Anda di halaman 1dari 12

SULIT*

Nama: ........................................................................................ Tingkatan: ................................

942/2
GEOGRAFI KERTAS 2
(Dua jam)

STPM 2013

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PURUN TRIANG, PAHANG UJIAN PENILAIAN 1 PENGGAL 2

SKEMA JAWAPAN

STPM 942/2 UNTUK PANDUAN PEMERIKSA

SULIT*

SULIT*

2 BAHAGIAN A: ALAM SEKITAR FIZIKAL

1 i. ii. iii. iv.

(a) Kenal pasti tiga komponen gas kekal dalam atmosfera. Nitrogen Oksigen Argon Karbon dioksida Pilih mana-mana tiga jawapan.

3 markah

(b) Kenal pasti dua perbezaan antara bahangan suria dengan bahangan terestrial. Bahangan Suria Dikenali sebagai bahangan matahari Dipancarkan waktu siang Dalam bentuk gelombang pendek Pilih mana-mana dua perbezaan. (c) Takrifkan maksud-maksud proses-proses berikut: (i) proses pantulan. Proses balikan bahangan matahari ke angkasa secara menegak apabila terkena partikelpartikel dalam atmosfera yang cerah seperti wap air an titisan hujan. 1 markah (ii) proses serapan. Proses serapan bahangan matahari oleh wap air, gas karbon dioksida dan gas ozon di dalam atmosfera. Berlaku secara terpilih. 1 markah (iii) proses serakan. Proses sebaran bahangan matahari secara mendatar apabila terkena partikel dalam atmosfera. 1 markah (d) Takrifkan maksud Albedo. Pembalikan bahangan matahari oleh permukaan bumi yang mempunyai darjah kecerahan yang berbeza-beza. Warna cerah seperti salji lebih banyak membalikkan bahangan atau cahaya matahari. 2 markah (e) Nyatakan peranan arus perolakan dalam konteks pemindahan haba secara menegak. Peranan arus perolakan ialah memindahkan haba pendam secara menegak ke atmosfera melalui proses sejatan wap-wap air. 2 markah Bahangan Terestrial Dikenali sebagai bahangan bumi Dipantulkan pada waktu malam Dalam bentuk gelombang panjang 2 markah

STPM 942/2 UNTUK PANDUAN PEMERIKSA

SULIT*

SULIT*

i. ii. iii. iv.

(f) Nyatakan tiga faktor yang mempengaruhi proses sejatan. Suhu yang tinggi di permukaan air. Angin yang kencang Kelembapan bandingan yang rendah (udara kering) Luas permukaan air yang besar seperti tasik dan laut Pilih mana-mana tiga jawapan.

3 markah

STPM 942/2 UNTUK PANDUAN PEMERIKSA

SULIT*

SULIT*

Jawab sama ada soalan 2 atau soalan 3. 2 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan kerpasan? Kerpasan ialah titisan air atau ais yang turun dari awan. Kerpasan berasal dari 1 markah lembapan udara yang terpeluwap dan jatuh semula dalam bentuk cecair atau 1 markah 1 markah pepejal. Contoh kerpasan ialah hujan, salji, hujan batu dan embun. (sekurang1 markah kurangnya dua contoh kerpasan)

(b) Huraikan mekanisme pembentukan dua jenia hujan di kawasan Tropika Lembap. Hujan perolakan BO1 - Hujan perolakan biasanya terjadi sepanjang tahun di kawasan-kawasan yang mengalami iklim khatulistiwa seperti di Malaysia. BO2 - Bermula dengan permukaan bumi yang pada waktu pagi yang menyebabkan sejatan berlaku. Di permukaan bumi yang menyerap bahangan matahari juga akan membebaskan haba. BO3 - Haba yang dikeluarkan itu akan memanaskan bungkusan udara (air parcel) yang berhampiran dengan permukaan bumi lalu bungkusan udara itu mengembang, menjadi ringan dan naik ke atas. BO4 - Akibat tukaran adiabatik suhu di dalam bungkusan udara yang naik tadi akan jatuh hingga ke takat embun (0oC). Pada masa itu berlakulah proses pemeluwapan. BO5 - Proses pemeluwapan yang berterusan akan menyebabkan wap-wap air bercantum menjadi berat dan tepu (kelembapan udaranya 100%). BO6 - Seterusnya bungkusan udara berkenaan bertukar menjadi awan kumulosnimbus, tidak stabil lalu turun titisan-titisan hujan. BO7 - Hujan perolakan biasanya disertai dengan kilat dan petir yang lazimnya turun pada senja atau lewat petang. Hujan bukit atau orografi atau relief BB1 - Hujan jenis ini sering berlaku di kawasan banjaran gunung yang selari dengan pantai atau berhampiran laut. BB2 - Angin arah laut yang membawa bungkusan udara lembap (banyak wap-wap air) akan dipaksa naik mendaki cerun bukit yang menghadapnya. BB3 - Bungkusan udara ini akan mengalami penyejukan adiabatik sehingga takat suhu embun dan kelembapan bandingannya mencapai 100%. BB4 - Seterunya wap-wap air dalam jisim udara tersebut akan mengalami proses pemeluwapan, berat dan tepu lalu menghasilkan titisan-titisan hujan. BB5 - Hujan lebat biasanya turun di kawasan cerun yang menghadap angin manakala kawasan cerun yang membelakanginya dikenali sebagai kawasan lindungan hujan. BB6 - Hujan jenis ini amat bergantung kepada kekuatan tiupan angin, sudut pertemuan angin tersebut dengan cerun gunung dan juga darjah perbezaan suhu daratan dengan lautan. (4 BO + 4 BB x 1 markah = 8 markah) STPM 942/2 UNTUK PANDUAN PEMERIKSA SULIT*

SULIT*

(c) Jelaskan pengaruh hujan terhadap alam sekitar manusia di kawasan Tropika Lembap. Pengaruh hujan terhadap alam sekitar manusia di kawasan Tropika Lembap: C1 aktiviti pertanian terjejas C2 aktiviti penternakan terjejas C3 aktiviti perikanan tergendala C4 aktiviti pengangkutan terganggu C5 aktiviti IKS tidak dapat dijalankan C6 aktiviti harian terganggu (6 fakta x 2 markah + 1 markah (jika calon mengemukan 6 fakta) = 13 markah)

STPM 942/2 UNTUK PANDUAN PEMERIKSA

SULIT*

SULIT* 3 (a) Terangkan konsep fenomena El-Nio.

El-Nio merujuk kepada fenomena peningkatan suhu air di pemukaan Lautan Pasifik 1 markah akibat peningkatan suhu global yang menyebabkan berlakunya perubahan pola tiupan 1 markah 1 markah angin Timuran. Semasa El-Nio, kawasan di sekitar kepulauan Asia Tenggara dan Utara Australia kurang menerima angin lembap yang menurunkan hujan dan 1 markah menyebabkan berlakunya kemarau yang berpanjangan. 1 markah (b) Huraikan kesan fenomena El-Nio terhadap alam sekitar fizikal dan manusia. Kesan fenomena El-Nio terhadap alam sekitar fizikal dan manusia BF1 kejadian kemarau BF2 kemusnahan ekosistem hutan BF3 kejadian jerebu BM1 kekurangan sumber makanan BM2 masalah kesihatan BM3 masalah pengangkutan (3 BF + 3 BM x 2 markah = 12 markah) (c) Bagaimanakah El-Nio mempengaruhi aktiviti pertanian dan perikanan di kawasan yang dilanda? Aktiviti pertanian CT1 El-Nio menyebabkan kemarau yang berpanjangan dan kegiatan pertanian tidak dapat dijalankan disebabkan kekurangan air. CT2 banyak tanaman musnah dan pendapatan petani berkurangan. CT3 produktiviti tanaman makanan seperti beras terjejas menyebabkan kekurangan sumber makanan. CT4 menyebabkan berlakunya krisis makanan dan menyebabkan masalah kebuluran. CT5 import bekalan makanan akan meningkat. Aktiviti perikanan CI1 - El-Nio menyebabkan berlakunya peningkatan suhu di lautan sebanyak 5oC dari suhu biasa. CI2 peningkatan suhu menyebabkan kemusnahan kepada pertumbuhan plankton yang menjadi sumber makanan ikan. CI3 terumbu karang yang menjadi tempat pembiakan ikan juga akan musnah CI4 kemusnahan plankton dan terumbu karang akan menjejaskan sumber perikanan kerana rantaian makanan terganggu CI5 pendapatan nelayan akan terjejas kerana sumber perikanan semakin berkurangan. (4 CT + 4CI x 1 markah = 8 markah) STPM 942/2 UNTUK PANDUAN PEMERIKSA

SULIT*

SULIT*

7 BAHAGIAN B: ALAM SEKITAR MANUSIA

Jawab semua soalan. 4 (a) Takrifkan maksud pertanian sara diri intensif.

Pertanian sara diri intensif ialah pertanian secara giat setempat untuk keperluan keluarga dan lebihan hasil akan dijual. 2 markah (b) Nyatakan tiga sumbangan bioteknologi kepada sektor pertanian di Malaysia. i. ii. iii. iv. Meningkatkan produktiviti/hasil pertanian secara berganda. Menghasilkan pelbagai produk pertanian dan pelbagai guna. Hasil pertanian lebih berkualiti dan berdaya tahan. Mana-mana jawapan yang bersesuaian.

3 markah

(c) Kenal pasti tiga ciri utama struktur hutan hujan tropika. i. ii. iii. iv. Terdiri daripada empat lapisan emergen, kanopi, tengah dan lantai hutan. Mempunyai kepelbagaian jenis pokok kayu keras cengal, meranti, keruing dan nyatoh. Malar hijau Mana-mana jawapan yang bersesuaian. 3 markah

(d) Berikan tiga sebab mengapa sumber perhutanan di negara-negara Asia Tenggara kian mserosot? i. ii. iii. iv. Aktiviti pembalakan haram yang sukar dikawal yang menjalankan amalan tebang-bersih. Penyahhutanan untuk pertanian ladang dan pertanian pindah. Projek hidroelektrik yang menenggelamkan hutan secara besar-besaran. Mana-mana jawapan yang bersesuaian. 3 markah (e) Nyatakan empat jenis sumber tenaga alternatif. i. ii. iii. iv. v. vi. Air (hidro) Solar Biomas (biojisim) Ombak Angin Geoterma

(pilih mana-mana lima jawapan 5 markah)

STPM 942/2 UNTUK PANDUAN PEMERIKSA

SULIT*

SULIT*

Jawab sama ada soalan 5 atau soalan 6 5 (a) Bezakan ciri-ciri antara perikanan pinggir pantai dengan perikanan laut dalam. Ciri-ciri Lokasi Masa operasi Perikanan pinggir pantai Perikanan laut dalam Pesisir pantai kurang dari 30 batu Laut dalam (ZEE) melebihi 30 batu nautika dari pinggir pantai. nautika dari pinggir pantai Dijalankan secara harian. Ke laut Berminggu-minggu di lautan dan pada waktu pagi dan pulang pada dijalankan secara berkumpulan dan waktu petang. Dijalankan secara besar-besaran. individu. Untuk jualan harian. Lebihan Untuk pasaran seperti pasaran digunakan untuk keperluan eksport. Kuantiti tangkapan banyak. keluarga. Kaedah tradisional. Menggunakan Teknologi moden seperti alat jaring, bubu, pancing. Dijalankan ecosonar dan bot berkuasa tinggi. oleh nelayan tradisional. Dijalankan oleh nelayan terlatih. modal dan dimiliki secara Modal besar dan dimiliki oleh persendirian. syarikat atau persatuan nelayan. Tenaga buruh sedikit. Dikalangan Tenaga buruh mahir/import. ahli keluarga atau warisan. Bilangannya ramai. Kuantiti sedikit ikan kembung, Kuantiti banyak tuna, layaran dll siakap, bilis dll (pilih mana-mana 3 ciri x 2 markah = 6 markah)

Orientasi tangkapan. Teknologi tangkapan. Modal Tenaga buruh. Hasil tangkapan

(b) Berdasarkan sebuah negara Asia Tenggara yang telah anda kaji, jelaskan langkahlangkah yang boleh diambil untuk memajukan sektor perikanan laut dalam di negara tersebut. Langkah-langkah yang boleh diambil untuk memajukan sektor perikanan laut dalam di negara Malaysia. Fakta Memodenkan infrastruktur perikanan Huraian Kemudahan di jeti perikanan perlu dipertingkatkan seperti jeti pendaratan, kemudahan tempat awet beku, gudang penyimpanan. Muara dan kuala bagi pelabuhan perikana diperdalamkan untuk membolehkan kapal yang besar berlabuh. Sistem pangangkutan dan telekomunikasi perlu dipertingkatkan. Pinjamanmodal untuk membeli bot-bot yang besar dan teknologi tangkapan moden seperti ecosonar kepada nelayan tempatan untuk menceburi perikanan laut dalam. Subsidi diesel nelayan untuk mengurangkan kos operasi. Kemahiran pengendalian bot dan alatan moden seperti ecosonar kepada nelayan yang menceburkan diri dengan perikanan laut dalam. Kemahiran pengurusan syarikat/koperasi kepada persatuan nelayan tempatan.

Memberikan bantuan/subsidi

Memberikan latihan/kemahiran

STPM 942/2 UNTUK PANDUAN PEMERIKSA

SULIT*

SULIT*

9 Kemahiran pemasaran hasil tangkapan. Menghapuskan peranan orang tengah untuk menguasai pasaran hasil perikanan melalui kaedah pemasaran berpusat oleh LKIM dan koperasi perikanan. Mengawal harga ikan di pasaran tempatan. Meneroka pasaran luar negara seperti ke Jepun dan China. Meningkatkan kawalan keselamatan nelayan dari ancaman lanun dan pencerobohan nelayan asing. Meningkatkan rondaan perairan oleh polis marin, APMM, tentera laut, jabatan laut dll. Kerjasama serantau antara negara jiran, persefahaman di kawasan ZEE, kerjasama teknikal dan bantuan kepakaran antara negara serantau. (5 isi x 2 markah = 10 markah) + 1 markah jika menyenaraikan 5 isi lengkap

Memperkukuhkan rangkaian pemasaran

Kawalan keselamatan

(c) Mengapakah sumber perikanan pinggir pantai di negara berkenaan semakin merosot? Sebab-sebab sumber perikanan pinggir pantai di negara Malaysia semakin merosot; Isi Tangkapan berlebihan Huraian Eksploitasi sumber perikanan oleh nelayan tempatan yang menyebabkan kepupusan sumber perikanan. Sumber perikanan yang masih kecil juga ditangkap menyebabkan bekalan sumber perikanan pada masa depan berkurangan. Zon pinggir pantai diceroboh oleh nelayan laut dalam dan nelayan asing khususnya dari negara Thai dan Vietnam. Kemusnahan habitat dan sumber perikanan berlaku akibat penggunaan pukat yang diharamkan seperti pukat tunda dan pukat harimau. Akibat tumpahan minyak dan pembuangan enap cemar dari kapal tangki menyebabkan proses pembauran; menutupi permukaan laut dan mematikan plankton dan zooplanton. Pembuang sisa industri/sisa toksik ke laut meningkatkan kadar pencemaran melalui pertambahan BOD. Mematikan hidupan akuatik. Penyaliran sisa kumbahan dari hotel, resort, chalet dan sisa domestik ke laut akan menyebabkan pencemaran eColi. Dilakukan oleh manusia yang mementingkan keuntungan semata-mata seperti penggunaan tuba, aliran arus elektrik, dan bom ikan yang memusnahkan keseluruhan spesies. Kaedah ini juga akan memusnahkan habitat dan rantaian makanan hidupan akuatik.

Pencerobohan nelayan laut dalam dan nelayan asing di zon pinggir pantai.

Peningkatan kadar pencemaran pantai.

Penggunaan kaedah penangkapan yang tidak dibenarkan.

STPM 942/2 UNTUK PANDUAN PEMERIKSA

SULIT*

SULIT* Kurang pengawasan oleh pihak berkuasa.

10 Zon pinggir pantai yang terlampau luas dan panjang menyukarkan pemantauan dan rondaan sepanjang masa. Pinggir pantai mudah diceroboh oleh nelayan asing. Masalah birokrasi dan kekurangan kakitangan agensi yang berkaitan seperti jabatan laut, polis marin dan APMM (mana-mana 4 isi x 2 markah = 8 markah)

STPM 942/2 UNTUK PANDUAN PEMERIKSA

SULIT*

SULIT* 6

11

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan sumber tenaga alternatif? Sumber tenaga alternatif atau tenaga gantian membawa maksud sumber tenaga yang tidak berasaskan pembakaran bahan api fosil atau pemecahan atom. Sekurang-kurangnya terdapat lima bentuk tenaga alternatif dalam dunia. Tenaga tersebut adalah tenaga suria, angin, geoterma, ombak dan hidroelektrik termasuk biomass. Tenaga alternatif juga disebut tenaga hijau iaitu melibatkan manipulasi alam untuk menjana tenaga elektrik. 5 markah

(b) Bincangkan kelebihan sumber tenaga alternatif berbanding dengan sumber tenaga konvensional. Kelebihan sumber tenaga alternatif berbanding dengan sumber tenaga konvensional. Isi Sumbernya berterusan/tidak pupus Huraian Wujud secara berterusan/tidak pupus kerana tenaga yang boleh diperbaharui seperti tenaga matahari, air, angin dan ombak. Sumber tenaga konvensional boleh pupus/habis (bekalannya semakin berkurangan) kerana sumber yang tidak boleh diperbaharui seperti petroleum, gas asli dan arang batu. Bersih/tidak mencemarkan Input atau output tenaga adalah bersih, tidak alam sekitar. membebaskan karbon, asap, jelaga dll. Diproses melalui turbin/dinamo serta rod. Berbeza dengan sumber tenaga konvensional yang boleh mencemarkan alam sekitar kerana diproses melalui pembakaran bahan api fosil. Kos rendah/jimat. Sumber diperoleh secara percuma seperti matahari, air, dan angin. Berbeza dengan sumber tenaga konvensional yaang melibatkan kos carigali. Kos baik pulih/penyelenggaraan juga rendah. Tidak melibatkan kos pengangkutan, hanya menggunakan kabel elektrik. Kos yang ditanggung oleh pengguna juga rendah. Kos tinggi hanya di peringkat kerja-kerja penjanaan seperti penjanaan hidroeletrik yang terpaksa melalui pembinaan empangan. Risiko/keselamatan Tidak akan berlaku kes kebocoran dan kebakaran kepada pengguna rendah. terhadap sumber tenaga kerana sumber tenagnya adalah selamat. Berbeza dengan sumber petroleum dan gas asli, risiko kebocoran dan kebakaran di stesen jana kuasa adalah tinggi. Mudah dikendalikan. (3 isi x 3 markah + 1 markah = 10 markah) *kepujian diberikan jika calon membuat perbandingan antara tenaga alternatif dengan tenaga konvensional. STPM 942/2 UNTUK PANDUAN PEMERIKSA SULIT*

SULIT*

12

(c) Jelaskan bagaimana aktiviti perlombongan atau pemprosesan mineral sumber tenaga konvensional menjejaskan kualiti alam sekitar di Malaysia. Punca-punca aktiviti perlombongan atau pemprosesan mineral sumber tenaga konvensional menjejaskan kualiti alam sekitar di Malaysia. Isi Pencemaran marin dan laut. Huraian Pencemaran semasa aktiviti cari gali dan pengerudian. Tumpahan petroleum mentah semasa mengangkutnya ke kapal. Proses pembauran berlaku menyebabkan ketulan-ketulan minyak mentah terapung di permukaan laut, contoh luar pantai Terengganu. Kemusnahan terumbu karang semasa aktiviti pengerudian dijalankan. Kerosakan habitat hidupan laut akibat tumpahan minyak semasa aktiviti cari gali dan pengangkutan, kemusnahan plankton dan zooplankton, rantaian makanan dan lain-lain elemen ekologi lautan. Contohnya di luar pantai Terengganu, Sabah dan Sarawak. Perlepasan sisa gas dan pembakaran gas asli di kawasan industri pemprosesan. Pembakaran/pelepasan gas asli ini akan membebaskan bahan-bahan pencemar udara; karbon dioksida, sulfur dioksida, metana dsb, contoh di Bintulu, Sarawak. Peningkatan suhu setempat di kawasan pemprosesan melalui pembakaran gas. Misalnya di Kerteh, Terengganu; gas-gas asli yang dibakar selama 24 jam boleh menaikkan suhu sekitar. Pembinaan kawasan loji pemprosesan menyebabkan perubahan landskap fizikal yang ketara. Aktiviti penebangan pokok, penebusgunaan kawasan paya untuk dijadikan tapak loji pemprosesan peroleum dan gas asli akan merosakkan ekosistem daratan kawasan sekitarnya. (5 isi x 2 markah = 10 markah)

Kerosakan ekosistem maritim.

Pencemaran udara.

Peningkatan suhu sekitar. Perubahan landskap fizikal dan kerosakan ekosistem daratan.

STPM 942/2 UNTUK PANDUAN PEMERIKSA

SULIT*