Anda di halaman 1dari 5

PENGENALAN

Guru telah memilih tajuk Magnet sebagai satu aktiviti yang dijalankan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Tajuk ini menyarankan murid-murid menjalankan satu penyiasatan dengan mengitlak tindakan Magnet ke atas pelbagai objek.Guru merancangkan aktiviti ini dengan berpandukan buku teks. Ini kerana tajuk yang di ajar itu perlulah yang terkandung dalan dokumen standard kurikulum dan mestilah berdasarkan buku teks. Walaubagaimanapun, guru melakukan pengubahsuaian dengan perjalankan aktiviti serta kategori objek-objek yang diuji.

Sebelum penyiasatan ini dijalankan, murid-murid telah diberikan pendedahan mengenai bentuk-bentuk magnet serta pengenalan mengenai Magnet. Ini memudahkan muridmurid untuk menjalankan penyiasatan.Guru juga telah menerangkan kemahiran saintifik kepada murid-murid agar mereka dapat menjalankan penyiasatan dengan betul dan tepat serta memperolehi keputusan daripada pemerhatian yang mereka jalankan.Antara kemahiran yang difokuskan adalah kemahiran asas dan kemahiran manipulatif.

Guru telah menyediakan langkah-langkah mengeksperimen untuk murid-murid. Memandangkan murid-murid ini adalah dari tahun 3, guru membimbing murid-murid untuk menjalankan penyiasatan ini. Penyiasatan yang dijalankan adalah penyiasatan terbimbing . Guru melakukan pemantauan sepanjang penyiasatan ini selain menjadi fasilitator. Murid-murid dapat merujuk kepada guru sekiranya mereka menghadapi sebarang masalah semasa menjalankan penyiasatan ini.

1.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Guru mengagihkan murid-murid kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan dieadarkan pelbagai objek yang diperbuat daripada kayu,besi,kertas,getah , kain, dan kaca. Murid-murid juga diedarkan Magnet Bar untuk menguji kesan tarikan magnet terhadap objek-objek tersebut. Murid-murid menjalankan penyiasatan dengan meletakkan objek yang diuji di hujung magnet. Murid-murid menjalankan penyiasatan ini dengan berpandukan lembaran penyiasatan yang telah diedarkan oleh guru. Berpandukan lembaran tersebut, murid murid menjalankan penyiasatan mereka. Guru juga mengedarkan lembaran kerja 1 , lembaran kerja 2 dan lembaran kerja 3 untuk diselesaikan sepanjang penyiasatan tersebut. Muridmurid merumuskan aktiviti mereka dengan membentangkan hasil dapatan setiap kumpulan di hadapan kelas.

KEMAHIRAN SAINTIFIK YANG DI KANDUNG DALAM AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Di

dalam

aktiviti

yang

telah

dirancangkan telah dari itu

iaitu

tajuk

Siapakah seperti

Rakan

Magnet,beberapa serta kemahiran

kemahiran

saintifik

diserapkan Kemahiran

kemahiran seperti

memerhati,kemahiran mengelas,kemahiran meramal,kemahiran membuat inferens berkomunikasi.Selain manipulatif menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul serta menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat.

Dalam penyiasatan ini, murid-murid akan menggunakan deria penglihatan dengan memerhatikan tindakan magnet ke atas bahan-bahan yang digunakan untuk diuji.Murid2.

murid memerhatikan pelbagai bahan yang digunakan itu dengan meletakkan dihujung magnet dan pastikan bahan yang diletakan itu ditarik magnet ataupun sebaliknya.Untuk mendapatkan keputusan ini, murid-murid akan mengisikan lembaran kerja satu . Seterusnya,murid-murid akan menggunakan kemahiran mengelas untuk mengasingkan objek-objek yang ditarik oleh magnet dan objek-objek yang tidak dapat ditarik oleh magnet.Murid-murid akan memerhatikan tarikan objek terhadap magnet dan seterusnya mengelaskan objek-objek tersebut mengikut sifat sepunya.Untuk mengasingkan objekobjek ini, murid-murid akan mengisikan lembaran kerja 2 yang diedarkan oleh guru. Setelah menjalankan pengelasan,murid-murid akan menulis pemerhatian mereka dengan melengkapkan jadual yang disediakan.Untuk bahagian ini guru akan mengedarkan lembaran kerja 1 dan 2. Ini merupakan kemahiran berkomunikasi kerana murid-murid meluahkan idea mereka dalam bentuk jadual. Selain dari itu kemahiran meramal juga diselitkan , berdasarkan contoh objek yang lain di dalam lembaran kerja .Di dalam lembaran kerja ini, guru memberikan objek objek lain dan murid-murid perlu meramal dengan mengisikan objek yang dapat ditarik oleh magnet berdasarkan pengalaman mereka semasa menjalankan penyiasatan tadi. Kemahiran proses sains yang asas terakhir yang terdapat dalam aktiviti penyiasatan ini adalah membuat inferens. Setelah murid-murid selesai menjalankan penyiasatan , murid-murid diarahkan berfikir secara kritis mengenai persoalan kenapa hanya sesetengah objek sahaja yang ditarik oleh magnet. Disini murid-murid akan menyatakan bahawa objek-objek yang ditarik oleh magnet adalah bahan magnetik dan ianya diperbuat daripada besi.

Kemahiran berkomunikasi ditekankan oleh guru semasa murid murid mengisikan jadual semasa kemahiran memerhati dan mengelas dijalankan. Selain dari itu, semasa

3.

membentangkan hasil dapatan murid-murid, kemahiran berkomunikasi

memainkan mudah

peranan ,ini kerana apa yang akan disampaikan oleh murid-murid perlulah

difahami, ringkat dan tepat. Ini dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan lebih baik dan murid-murid akan berani tampil dihadapan kelas tanpa rasa malu serta dapat meningkatkan keyakinan diri.

Selain dari kemahiran proses sains asas, terdapat juga kemahiran manipulative seperti menggunakan dan mengendalikan peralatan sains dengan betul. Semasa murid-murid menggunakan magnet bar yang diedarkan oleh guru. Mereka perlu menggunakan magnet dengan cermat serta tidak menjatuhkan magnet tersebut. Magnet yang diberikan itu di letakan dengan betul semasa menguji objek untuk mengelakkan sebarang kesilapan dalam melakukan pemerhatian. Ini kerana jika murid-murid gagal dalam menggunakan serta mengendalikan magnet dengan betul , keputusan yang mereka perolehi mungkin akan tersasar atupun kurang tepat.

Setelah menjalankan penyiasatan, murid-murid perlu tahu untuk menyimpan dengan betul maget bar tersebut. Ini merupakan satu kemahiran manipulatif dimana muridmurid didedahkan dengan cara simpan dengan betul magnet tersebut. Jika murid-murid tersilap dalam meletakan magnet bar dengan merapatkan kedua-dua kutub yang sama, ini akan merosakkan kekuatan magnet tersebut.

RUMUSAN

Secara kesimpulanya , ternyatalah bahawa kemahiran saintifik amat penting dalam mendidik murid-murid sekolah .Ini kerana kemahiran kemahiran ini membimbing 4.

murid-murid untuk menggunakan kemahiran berfikit selain dari menggunakan deriaderia yang dianugerahkan oleh tuhan. Melalui aktiviti penyiasatan ini, murid-murid dapat meningkatkan kemahiran psikomotor mereka dengan mengendalikan bahanbahan sains dengan cermat. Oleh itu guru perlulah sentiasa menitik beratkan kemahiran-kemahiran ini agar murid-murid tidak ketingalan ataupun tersisir dalam mempelajari kemahiran saintifik.

5.

Anda mungkin juga menyukai