Anda di halaman 1dari 20

KURSUS RESM AL-UTHMANI (HBQE1203

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBQE1203 : RESM AL-UTHMANI

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MAIL TUTOR

: : : : : :

SITI ESHAH BINTI SALLEH 650121035766001 650121-03-5766 019 8613014 sitieshahsalleh@oum.edu.my MOHD ZAINUN ANUAR BIN MAT SALLEH

E-MAIL SEMESTER PUSAT PEMBELAJARAN

: : :

zainun_anuar@oum.edu.my JANUARI 2013 SABAH LEARNING CENTER

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

|0

KURSUS RESM AL-UTHMANI (HBQE1203

ISI KANDUNGAN Perkara Pendahuluan 1. PENGENALAN : Rasm Uthmani 1.1 Pengertian Rasm Uthmani 1.2 Kepentingan ilmu Rasm Uthmani 1.3 Keistimewaan Rasm Uthmani 1.4 Keutamaan Ilmu Rasm Uthmani 1.4 Faedah Rasm Uthmani 2. FAKTOR-FAKTOR RASM UTHMANI PERLU DIBERI KEUTAMAAN 2.1 Rasm Uthmani Bersifat Tauqifi 2.2 Rasm Uthmani Adalah Sebahagian Rukun Bacaan Al-Quran 2.3 Meliputi Tujuh Huruf 2.4 Rasm Uthmani Bertepatan dengan Semakan Bacaan Al-Quran Terakhir 3. PERBEZAAN RASM UTHMANI DENGAN RASM QIYASI 3.1 Perbezaan Dari Sudut Tarif 3.2 Perbezaan Dari Sudut Hukum Penulisan Al-Quran 3.3 Perbezaan Dari Sudut Sifat Antara Tauqifi Atau Bukan Tauqifi 3.4 Perbezaan Dari Sudut Kaedah Penulisan : 3.5 Perbezaan Dari Sudut Fungsinya Yang Menepati Mushaf-mushaf Uthmani Yang Merupakan Sebahagian Rukun Bacaan AL-Quran 4. TAUQIFI & TAUFIQI 2.1 Definisi Tauqifi 2.2 Definisi Taufiqi 5. PERBAHASAN ULAMA MUKTABAR TENTANG ISU RASM UTHMANI SAMA ADA IA BERSIFAT TAUQIFI ATAU BUKAN TAUQIFI 5.1 Ulama-Ulama Yang Mengakui Bahawa Rasm Uthmani Bersifat Tauqifi 13 13 13 13 13 Muka Surat 2 3 3 3 4 5 5 5 5 6 6 7 7 7 8 9 9 12
________________________________________________________________________________________________________________

5.2 Ulama-Ulama Yang Tidak Mengakui Bahawa Rasm Uthmani Bersifat Tauqifi 15 5.3 Tauqifi & Istilahi (Ulama-Ulama Yang Mengakui Rasm Uthmani Bersifat Tauqifi Dan Mengharuskan Penulisan Bahasa Arab) RUMUSAN 17 16

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

|1

KURSUS RESM AL-UTHMANI (HBQE1203

BIBILIOGRAFI

18

Pendahuluan

Segala puji bagi Allah (s.w.t) Tuhan yang mencipta alam semesta. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad (s.a.w), keluarga dan para sahabat baginda. Saya amat bersyukur kepada Allah (s.w.t) di atas hidayah dan pertolongan-Nya, tugasan bagi Kursus Resm Al-Uthmani (HBQE 1203) yang menyentuh tentang Rasm Uthmani ini dapat disempurnakan sepenuhnya. Tugasan Ini disusun dan dibahagikan kepada beberapa bahagian utama Pengenalan : Rasm Uthmani, diikuti Faktor-Faktor Rasm Uthmani Keutamaan, bermula Perlu Diberi

seterusnya Perbezaan Resm Uthmani Dengan Resam Qiyasi, diikuti

Definisi Tauqifi & Taufiqi; dan juga Perbahasan Ulama Muktabar Tentang Isu Rasm Uthmani Sama Ada Ia Bersifat Tauqifi Atau Bukan Tauqifi. Dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pihak pensyarah dan sebagai penyelia tugasan ini iaitu En. Mohd Zainun Anuar Bin Mat Salleh di atas tunjuk ajar beliau sepanjang meyiapkan tugasan ini. Ucapan ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan kerana telah meluangkan masa untuk menjalankan sesi perbincangan. Kerjasama dan keperihatinan semua pihak amat saya hargai. Sesungguhnya, tugasan ini banyak memberi manfaat kepada diri saya dan saya berharap agar ia dijadikan salah satu sumber rujukan pelajar lain. Sememangnya tugasan ini telah memberi kefahaman yang mendalam hukum penulisan Al-Quran dengan Rasm Uthmani dan perbezaan pendapat ulama tentang sifat Rasm Uthmani sama ada Tauqifi atau TaUfiqi. Semoga Allah (s.w.t) memberkati usaha murni ini dalam meneroka dunia ilmu tanpa sempadan. Disediakan oleh : SITI ESHAH BT SALLEH 650121035766001 (Fakulti Pendidikan & Bahasa)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

|2

KURSUS RESM AL-UTHMANI (HBQE1203

1.

PENGENALAN : Rasm Uthmani Al-Quran merupakan mukjizat Nabi Muhammad s.a.w. yang terbesar daripada Allah

s.w.t serta sentiasa terpelihara daripada penyelewengan sama ada dalam bentuk lisan mahu pun dalam bentuk penulisan. Ia diturunkan melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s. bersama bentuk bacaan mutawatir. Allah s.w.t telah menentukan kaedah-kaedah tertentu bagi membentuk kalimah al-Quran. Dengan izin Allah s.w.t, para ulama Berjaya mengesan beberapa kaedah penulisan kalimah-kalimah al-Quran. Kaedah tersebut adalah kaedah Rasm Uthmani. Kaedah ini adalah bersumberkan Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda dan digunakan untuk menulis kalimah-kalimah kitab suci al-Quran al-Karim. Ini menunjukka kepada kita bahawa Rasulullah s.a.w. amat menitikberatkan penyeragaman kaedah penulisan kalimah-kalimah AL-quran iaitu dengan kaedah penulisan Rasm Uthmani supaya dapat mengekal dan memelihara ketepatan bacaan Qiraat tujuh atau sepuluh yang mutawatir daripada Rasululah s.a.w. Berikut dikemukakan beberapa penjelasan tentang beberapa perkara asas Rasm Uthmani. 1.1 Definisi Rasm Rasm bermaksud pembentukan (taswir) lafaz atau perkataan melalui penggabungan huruf-huruf Hijaiyyah. Rasm juga bermaksud gambaran-gambaran kalimah yang seterusnya dapat diujarkan atau dituturkan. Rasm juga ialah petunjuk adanya sesuatu lafaz. Ia juga bermaksud apa sahaja yang berkaitan dengan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan apa-apa saja jenis Khat, contohnya al-Kufi, al-Thulth dan al-Riqaah

1.2

Definisi Ilmu Rasm Ilmu Rasm ialah sesuatu ilmu yang membincangkan tentang kaedah dan cara

penulisan serta pembentukan lafaz/kalimah. Ia meliputi cara menjaga lafaz huruf atau mengekalkan bentuk tulisan asalnya atau melalui beberapa penambahan, pengurangan, pemisahan (fasal), perangkaian (wasal) atau penggantian (badal).

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

|3

KURSUS RESM AL-UTHMANI (HBQE1203

1.3 Definisi Rasm Uthmani Rasm Uthmani ialah ilmu yang membincangkan kaedah penulisan kalimah-kalimah ayat-ayat al-Quran yang digunakan dan dipersetujui oleh Saiyidina Uthman ketika penyalinan dan penulisan al-Quran. Ia juga diistilahkan sebagai Rasm Mushaf oleh Majma Buhuth al-Islamiyyat.Ulama telah mendefinisikan Rasm Mushaf sebagai apa-apa yang ditulis oleh para sahabat nabi berkaitan dengan lafaz al-Quran dalam mushaf Uthmani dengan bentuk dan format tersendiri yang berbeza dengan kaedah-kaedah penulisan bahasa Arab. Rasm Uthmani juga bermaksud tulisan mashaf-mashaf al-Quran yang digunakan dan dipersetujui oleh Sayyidina Uthman r.a. untuk menulis kalimah-kalimah al-Quran dan huruf-hurufnya. Ia juga bermaksud satu ilmu untuk mengetahui perbezaan antara mashaf-mashaf Rasm Uthmani dengan Rasm Qiyasi. Selain itu, sebahagian ulama berpendapat bahawa ia adalah sebarang penulisanyang menyalahi cara penulisan lafaz-lafaz disebabkan ziyadah, hadhf, ibdal dan sebagainya. Dr. Syaban Muhammad Ismail turut mendefinisikan Rasm Uthmani sebagai satu keterangan yang membicarakan mengenai mashaf-mashaf yang ditulis pada zaman Saiyidina Uthman r.a. dan diutus ke kota-kota Islam ketika itu. Kaedah penulisannya pula merangkumi tujuh huruf al-Quran, ditulis tanpa mempunyai titik dan baris semasa semakan terakhir dan tidak dimansuhkan bacaannya. Rasm Uthmani juga dikenali sebagai Rasm Istilahi kerana dinisbahkan kepada para sahabat yang bertanggungjawab untuk menulis mashaf-mashaf dengan menggunakan rasm tersebut. Selain itu, ia juga dinamakan Rasm Tawqifi kerana Rasm Uthmani merupakan kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w telah memerintahkan supaya Rasm Uthmani digunakan dalam penulisan al-Quran pada ketika itu. Secara konklusinya, daripada definisi-definisi yang dikemukakan oleh para ulama maka jelaslah di sini Rasm Uthmani itu ialah tulisan asal al-Quran yang diwahyukan oleh Allah s.w.t kepada Rasulullah s.a.w., diajarkan kepada para sahabat untuk menulis ayat-ayat al-Quran dan juga dinisbahkan kepada Sayyidina Uthman r.a.. kerana Sayyidina Uthman

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

|4

KURSUS RESM AL-UTHMANI (HBQE1203

telah mengarahkan supaya al-Quran disalin semula kepada beberapa buah mashaf dengan menggunakan Rasm tersebut.

1.4 Keutamaan ilmu Rasm Uthmani Setelah mengetahui definisi-definisi tentang Ilmu Rasm Uthmani, kita dapati ia sangat penting dipelajari dan didalami supaya penulisan kalimah-kalimah al-Quran sentiasa betul, tepat. Rasm Uthmani juga sangat perlu diberi keutamaan lebih-lebih lagi apabila seseorang itu hendak menulis atau membaca kitab suci al-Quran. Terdapat beberapa faktor yang dijadikan sandaran oleh para Ulama untuk memperkukuh kenyataan bahawa ilmu Rasm Uthmani sangat penring untuk didalami. Faktor-faktor tersebut ialah Rasm Uthmani bersifat Tauqifi, merupakan salah satu rukun bacaan al-Quran, merangkumi tujuh huruf al-Quran dan bertepatan dengan pembentangan terakhir.

1.5 Faedah Rasm Uthmani Faedah-faedah Rasm Uthmani antaranya ialah Rasm Uthmani dapat memelihara daripada kesalahan-kesalahan dalam penulisan Al-Quran. Rasionalnya ialah jika tulisan sesuatu kalinah atau lafaz salah, sudah tentu bacaannya juga salah. Penulisan yang betul adalah merupakan perkara penting untuk kesahihan dalam sebutan sesuatu kalimah.

2. Faktor-faktor Utama Rasm Uthmani Perlu Diberi Keutamaan Terdapat beberapa keistimewaan yang dimiliki oleh kaedah Rasm Uthmani antaranya ialah bersifat Tauqifi, menjadi sebahagian rukun bacaan al-Quran, meliputi tujuh huruf, dan bertepatan dengan pembentangan bacaan al-Quran terakhir.

2.1 Rasm Uthmani Bersifat Tauqifi Rasm Uthmani bersifat Tauqifi disebabkan ia satu kaedah penulisan yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada para sahabat. Rasulullah s.a.w. pula hanya akan menyampaikan sesuatu kepada ummatnya setelah mendapat wahyu daripada Allah s.w.t.. Ini menunjukkan bahawa kaedah penulisan yang baginda ajarkan itu sebenarnya datang daripada Allah s.w.t. Allah s.w.t. berfirman :

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

|5

KURSUS RESM AL-UTHMANI (HBQE1203

Ertinya : Demi bintang semasa ia menjunam. Rakan kamu (Nabi Muhammad s.a.w. yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu) tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar) dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah). Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakan itu (sama ada al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

Kemudian, penulisan al-Quran menggunakan kaedah Rasm Uthmani ini berterusan sampailah zaman Saiyidina Abu Bakar, zaman Saiyidina Uthman dan juga Tabi Tabiin

2.2 Rasm Uthmani Adalah Sebahagian Rukun Bacaan Al-Quran Rukun Bacaan al-Quran ada tiga perkara iaitu berkesinambungan sanad yang sahih, menepati bahasa Arab dan menepati salah satu Mushaf Uthmani. Salah satu daripadanya ialah hendaklah bertepatan dengan salah satu daripada mushaf-mushaf Uthmani sebagaimana mushaf-mushaf yang diedarkan ke Makkah, Madinah, Kufah, Basrah, Syam atas arahan Sayyidina Uthman atau pun mushaf al-Imam yang disimpan sendiri oleh beliau. Rukun bermaksud perkara yang perlu ada pada sesuatu tetapi jika tiada, maka Allah s.w.t. tidak akan menerima perbuatan atau amalan tersebut. Contohnya, ibadah puasa tidak akan diterima Allah s.w.t jika tidak dilengkapi oleh semua rukun-rukunnya. Samalah seperti amalan membaca al-Quran, ia tidak diterima bacaannya itu jika tidak menepati salah satu daripada mushaf-mushaf Uthmani. Bacaan yang tidak menepati rukun dianggap syaz iaitu bacaan ditolak.Perlu diketahui ulama bersepakat tidak mengakui quraniyyat (kequranan) Qiraat Syazzat dan tidak membenarkan bacaannya ketika dalam solat mahupun d luar solat.

2.3 Meliputi Tujuh Huruf Rasm Uthmani adalah meliputi tujuh huruf al-Quran seterusnya menjadikan Rasm Uthmani bertepatan dengan wajah Qiraat yang diajarkan Rasulullah s.a.w. kepada sahabatsahabatnya. Pendapat yang disepakati majoriti ulama berkaitan tujuh huruf tersebut ialah

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

|6

KURSUS RESM AL-UTHMANI (HBQE1203

tujuh cara bacaan yang merangkumi unsur-unsur seperti kata nama sama ada ia mufrad, muthanna atau jamak; sama ada ia muzakkar atau muannas; perselisihan pada cara ikrab (analisa nahu); perselisihan cara tasrif; perselisihan mendahulu atau mentakhir sesuatu huruf atau kalimah; perselisihan dari segi ibdal; perselisihan dari segi menambah atau mengurangkan sesuatu huruf atau kalimah; dan perselisihan pada lahjah sama ada tebal atau

nipis, imalah, tashil, isymam dan sebagainya. Jika Rasm Uthmani tidak digunakan dalam penulisan al-Quran, sudah tentu mushaf yang dihasilkan tidak meliputi semua huruf. Ini menunjukkan mushaf tersebut terhad dan tidak sesuai digunakan untuk membaca semua qiraat mutawatiroh yang lain. Sebaliknya hanya terbatas kepada Qiraat mutawatiroh tertentu sahaja. 2.4 Rasm Uthmani Bertepatan dengan Pembentangan Bacaan Al-Quran Terakhir Perlu diketahui bahawa Rasulullah s.a.w. telah melakukan semakan terakhir bacaan al-Quran dengan Malaikat Jibril dan Zaid Bin Thabit sahabat baginda turut berada bersama baginda s.a.w. Zaid Bin Thabit telah diberi tanggungjawab untuk menulis dan mengumpul al-Quran oleh dua orang Khulafa ar-Rashidin iaitu Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Uthman supaya menulis berdasarkan kepada pembentangan terakhir. Zaid Bin Thabit meyakini bahawa kesemua ayat al-Quran yang diturunkan semasa hayat nabi tetapi tidak dibentangkan ketika pembentangan terakhir adalah sebagai ayat yang dimansuhkan tulisannya dan beliau tidak menulisnya di mushaf tersebut. Begitu juga dengan kandugan dalam mushaf-muahaf para sahabat seperti mushaf-mushaf Sayyidatina Aisyah, Sayyidina Umar, mushaf Ubay Bin Kaab dan lain-lain lagi tidak dianggap sebagai mushaf yang betul kerana ia tidak terdapat semasa pembentangan terakhir.

3. PERBEZAAN ANTARA RASM UTHMANI (RASM ISTILAHI) DENGAN RASM QIYASI (RASM IMLAI)

Berikut dikemukakan beberapa perbezaan antara Rasm Uthmani dengan Rasm Qiyasi: 3.1. Perbezaan Dari Sudut Tarif :

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

|7

KURSUS RESM AL-UTHMANI (HBQE1203

Rasm Uthmani menurut Dr. Syaban Muhammad bermaksud satu keterangan yang membicarakan mengenai mushaf-mushaf yang ditulis pada zaman Sayyidina Uthman r.a. dan dihantar ke kota-kota Islam ketika itu di mana kaedah penulisannya merangkumi tujuh huruf al-Quran (Qiraat), ditulis tanpa titik dan baris serta bertepatan dengan tulisan dan bacaan semasa semakan akhir dan tidak dimansuhkan bacaan.

Manakala Rasm Qiyasi ialah membentuk atau menggambarkan satu kalimah dengan huruf ejaannya, dengan menekankan cara untuk memulakan dan berhenti pada kalimah tersebut. Ia juga membentuk atau menggambarkan satu kalimah berpandukan huruf-huruf ejaannya, supaya bersesuaian antara tulisan kalimah tersebut dengan sebutannya.

3.2 Perbezaan Dari Sudut Hukum Penulisan Al-Quran

Ulama bersependapat bahawa wajib mengikuti Rasm Uthmani dalam penulisan alQuran. Sesuai dengan sifatnya iaitu Tauqifi dan bukannya Taufiqi. Ia satu kaedah penulisan yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada para sahabat. Rasulullah s.a.w. pula hanya akan menyampaikan sesuatu kepada ummatnya setelah mendapat wahyu daripada Allah s.w.t.. Ini menunjukkan bahawa kaedah penulisan yang baginda ajarkan itu sebenarnya datang daripada Allah s.w.t. Allah s.w.t. berfirman :

Ertinya : Demi bintang semasa ia menjunam. Rakan kamu (Nabi Muhammad s.a.w. yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu) tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar) dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah). Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakan itu (sama ada al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

|8

KURSUS RESM AL-UTHMANI (HBQE1203

Manakala Rasm Imlai tidak sesuai untuk dijadikan penulisan al-Quran. Ia tidak bersifat Tauqifi kerana kaedah ini tidak pernah di ajar oleh Rasulullah s.a.w. Berdasarkan pendapat yang Rojih (Terpilih) aiaitu pendapat Jumhur yang mengakui penulisan al-Quran adalah tauqifi dan tidak boleh menyalahinya.

3.3 Perbezaan Dari Sudut Sifat Antara Tauqifi Atau Bukan Tauqifi

Rasm Uthmani bersifat Tauqifi dan bukannya Taufiqi kerana ia merupakan kaedah penulisan yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada para sahabat. Manakala Rasm Imlai ia tidak bersifat Tauqifi kerana kaedah ini tidak pernah di ajar oleh Rasulullah s.a.w.

3.4 Perbezaan Dari Sudut Kaedah Penulisan :

Rasm Uthmani menggunakan kaedah tertentuyang mana ia tidak sama dengan penulisan biasa dari segi sebutan disebabkan ia menggunakan beberapa kaedah seperti membuang, menambah, mengganti, menyambung atau memisahkan huruf dan penulisan hamzah.

Manakala Rasm Qiyasi cara penulisannya berpandukan kepada huruf-huruf ejaannya atau dengan kata lain ia merupakan satu kaedah penulisan kelaziman pengucapan atau pertuturan. Oleh itu, penulisannya tidak dikaitkan dengan menambah (ziyadah), membuang(hazaf), mengganti (ibdal), memisah dan menyambung (maqtu wa maushul) dan juga penulisan hamzah. Berikut adalah perbandingan antara contoh penulisan Rasm Uthmani dengan Rasm Imlai:

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

|9

KURSUS RESM AL-UTHMANI (HBQE1203

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

| 10

KURSUS RESM AL-UTHMANI (HBQE1203

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

| 11

KURSUS RESM AL-UTHMANI (HBQE1203

3.5 Perbezaan Dari Sudut Fungsinya Yang Menepati Mushaf-mushaf Uthmani Yang Merupakan Sebahagian Rukun Bacaan AL-Quran

Rasm Uthmani merupakan kaedah yang menepati mushaf-mushaf Rasm Uthmani dan sebahagian daripada Rukun Bacaan al-Quran kerana ia menepati mushaf-mushaf Rasm Uthmani. Terdapat tiga perkara rukun bacaan al-Quran iaitu berkesinambungan sanad yang sahih, menepati bahasa Arab dan menepati salah satu Mushaf Uthmani. Salah satu daripadanya ialah hendaklah bertepatan dengan salah satu daripada mushaf-mushaf Uthmani sebagaimana mushaf-mushaf yang diedarkan ke Makkah, Madinah, Kufah, Basrah, Syam atas arahan Sayyidina Uthman atau pun mushaf al-Imam yang disimpan sendiri oleh Sayyidina Uthman.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

| 12

KURSUS RESM AL-UTHMANI (HBQE1203

Sebaliknya Rasm Imlai tidak menepati mushaf-mushaf Rasm Uthmani yang menjadi salah satu rukun bacaan al-Quran.

4. TAUQIFI & TAUFIQI

4.1 Definisi Tauqifi Tawqifi ialah segala kandungannya diterima oleh Rasulullah s.a.w. dari wahyu lalu. Baginda menjelaskan kepada manusia atau para sahabat dengan kata-katanya sendiri. Justeru, Rasm Uthmani bersifat Tauqifi dan bukannya Taufiqi kerana ia merupakan kaedah penulisan yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada para sahabat.

4.2 Definisi Taufiqi Taufiqi ialah yang disimpulkan atau dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. menurut pemahamannya terhadap al-Quran kerana baginda bertanggungjawab menjelaskan al-Quran atau menyimpulkannya dengan pertimbangan dan ijtihad. Manakala Rasm Imlai ia tidak bersifat Tauqifi kerana kaedah ini tidak pernah di ajar oleh Rasulullah s.a.w.

5. PERBAHASAN ULAMA MUKTABAR TENTANG ISU RASM UTHMANI SAMA ADA IA BERSIFAT TAUQIFI ATAU BUKAN TAUQIFI

Berikut adalah perbahasan Ulama Muktabar tentang isu Rasm Uthmani sama ada bersifat Tauqifi atau Bukan Tauqifi.

5.1 Tauqifi (Ulama-Ulama Yang Mengakui Bahawa Rasm Uthmani Itu Bersifat Tauqifi) Terdapat ulama yang mengakui bahawa rasm Uthmani bersifat tauqifi yang mana wajib mengikuti Rasm Uthmani dalam penulisan al-Quran. Ahmad Ibn Hambal berkata bahawa haram hukumnya menyalahi Rasm Uthmani seperti dalam hal penulisan huruf ya atau alif atau wau.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

| 13

KURSUS RESM AL-UTHMANI (HBQE1203

Imam Malik pun turut berpendapat supaya mengikut bentuk penulisan yang pertama kali. Ketika beliau ditanya Bolehkah al-Quran ditulis dalam bentuk penulisan gaya baru?

Beliau lalu menjawab : Tidak boleh dan mesti mengikut bentuk penulisan yang pertama kali. Pendapat seterusnya adalah pendapat yang Rojih (Terpilih). Pendapat ini merupakan pendapat Jumhur yang mana majority ulama bersepakat bahawa penulisan al-Quran adalah Tauqifi dan tidak boleh menyalahinya. Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam kitab Fatawa al-Maashirah telah mempertahankan pendapat Jumhur tersebut dengan menjelaskannya secara terperinci. Berikut dikemukakan penjelasan beliau tersebut : i. Umat Islam sejak zaman Sayyidina Uthman menerima mushaf yang ditulis dan berubah ketika itu. Ia ditulis di bawah satu jawatankuasa yang diketuai oleh Zaid. ii. Umat Islam bersepakat mushaf ini hendaklah kekal sebagaimana ia ditulis tidak diubah atau ditukar walaupun cara penulisan sekarang sudah berkembang dan berubah. Walaupun begitu terdapat sedikit penambahan yang perlu yang tidak merubah bentuk kalimah asal. Penambahan ini merangkumi dari segi titik-titik huruf dan baris-baris. iii. Mushaf ini kekal hingga ke hari ini dalam bentuk tulisan Uthmani. Ini ialah sebagai langkah bersungguh-sungguh dalam memelihara nash al-Quran dari sebarang perubahan yang mungkin berlaku di masa mendatang sama ada secara tersilap atau disengajakan. iv. Huruf-huruf Latin juga tidak mempunyai aksara yang boleh menerangkan semua bunyibunyi huruf Arab yang khusus seperti huruf ha, ain, zho, sod dan to. v. Mungkin ada sebahagian orang menjelaskan bahawa ia boleh diselesaikan dengan meletakkan tanda-tanda khas seperti yang diletakkan oleh para orientalis untuk membezakan bunyi-bunyi huruf lain yang tidak mempunyai huruf khas. Walau bagaimanapun penyelesaian sebegini boleh berlaku kepada orang yang sudah mengetahui Bahasa Arab dan bunyi-bunyi hurufnya secara tepat. vi. Terdapat juga huruf-huruf seperti hamzah wasal bilakah sepatutnya ia dituturkan dan bilakah ia tidak dituturkan. Begitu juga tanwin bagaimanakah bunyi ketika disambung (wasal) dan diberhentikan (waqaf). Begitu juga tanwin dalam Taa Marbutoh adalah lain

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

| 14

KURSUS RESM AL-UTHMANI (HBQE1203

dengan tanwin dalam ta maftuhah ketika berhenti. Begitulah seterusnya ia hanya dapat dikuasai melalui latihan. vii. Walaupun begitu di dalam keadaan amat dhorurah kemungkinan dilonggarkan bagi mereka yang sukar mempelajari secara lisan dan di dalam penulisan selain daripada penulisan mushaf. Tetapi perlu diingat keharusan dalam dhorurah adalah sekadar yang perlu sahaja seperti terdapat di dalam kaedah syarak.

Selain itu, terdapat persidangan ulama sedunia yang turut mengakui pendapat tersebut. Pertubuhan-pertubuhan itu antaranya Majmak Buhuth Islami (Majlis Kajian Islam), Universiti al-Azhar Mesir dalam persidangan ke-6nya pada 30 Muharram 1391H dan Majmak Fiqh Islami (Majlis Fiqh Islam) di bawah Rabitah Alam Islami (Liga Islam Sedunia) Riyadh menetapkan bahawa : i. Mengekalkanpenulisan al-Quran secara Rasm Uthmani sahaja bagi mengelakkan sebarang penyelewengan dalam penulisannya. ii. Mengekalkan al-Quran yang ditulis dengan kaedah Rasm Uthmani sahaja kerana ia adalah satu sunnah para sahabat yang diambil daripada Rasulullah bertepatan dengan hadis alaikum bisunnati. ii. Mengelakkan penulisan Resm Uthmani dan mengikut penulisan Rasm Imlai dengan tujuan memudahkan bacaan akan membawa kepada pertukaran atau penambahan huruf alQuran tanpa disedari. iii. Membiarkan al-Quran tanpa piawaian penulisan yang tetap akan mendedahkannya kepada pihak yang mahu menulisnya melalui perantaraan kaedah-kaedah lain yang pasti akan merosakkan keaslian bacaan,

iv. Semua bentuk bacaan adalah perkara yang di ambil daripada Nabi s.a.w. bukan melalui sesuatu fatwa.

5.2 Istilahi (Ulama-Ulama Yang Tidak Mengakui Bahawa Rasm Uthmani Itu Bersifat Tauqifi)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

| 15

KURSUS RESM AL-UTHMANI (HBQE1203

Namun begitu, terdapat juga ulama-ulama yang tidak mengakui Rasm Uthmani itu bersifat Taiqifi. mengikut Rasm Uthmani antaranya Abu Bakr al-Baqillani dan Ibn Khaldun. Mereka berpendapat bahawa tidak salah sekiranya mengubah penulisan al-Quran mengikut kaedah penulisan bahasa Arab (selagi mana tidak berubah ayat al-Quran tersebut).

5.3 Tauqifi & Istilahi (Ulama-Ulama Yang Mengakui Rasm Uthmani Bersifat Tauqifi Dan Mengharuskan Penulisan Bahasa Arab)

Ulama-ulama ini terdiri daripada Sultan Ulama Izzudin Abd Al-Salam dan Badruddin al-Zarkashi. Mereka berpendapat bahawa menulis al-Quran dengan penulisan bahasa Arab adalah harus bagi masyarakat awam. Di samping itu, untuk golongan Ulama dan orang-orang tertentu (pakar al-Quran) adalah cenderung kepada penggunaan Rasm Uthmani atau mengekalkannya serta menjaganya. Seolah-olah umpama sejarah dan warisan yang perlu dipelihara bagi generasi akan datang.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

| 16

KURSUS RESM AL-UTHMANI (HBQE1203

RUMUSAN

Secara keseluruhannya Rasm Uthmani adalah bersifat Tauqifi. Ia juga berbeza dengan Rasm Imlai dari segi tarif, hukum penulisan al-quran, sifat antara Tauqifi atau bukan Tauqifi, perbezaan dari sudut kaedah penulisan, dan dari segi fungsinya yang menepati mushaf-mushaf uthmani yang merupakan sebahagian rukun bacaan al-quran. Terdapat beberapa faktor Rasm Uthmani perlu diberi keutamaan iaitu Rasm Uthmani bersifat Tauqifi, Rasm Uthmani adalah sebahagian rukun bacaan Al-Quran, meliputi tujuh huruf dan Rasm Uthmani bertepatan dengan semakan bacaan Al-Quran terakhir. Sifat Tauqifi dengan sifat Taufiqi adalah berbeza konsepnya. Terdapat tiga aliran pendapat ulama tentang Rasm Uthmani sebagai kaedah penulisan al-Quran yang menyentuh tentang pengakuan sama ada sifatnya Tauqifi atau bukan Tauqifi. Tiga aliran pendapat ulama itu terbahagi kepada ulamaulama yang mengakui bahawa Rasm Uthmani bersifat Tauqifi, ulama-ulama yang tidak mengakui bahawa Rasm Uthmani bersifat Tauqifi dan seterusnya ulama-ulama yang mengakui Rasm Uthmani bersifat Tauqifi dan mengharuskan penulisan Bahasa Arab.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

| 17

KURSUS RESM AL-UTHMANI (HBQE1203

BIBILIOGRAFI

Al-Quran al-Karim.

Ahmad Kamarudin Ibrahim, (2011). Rasm Uthmani (HBQE1203), Malaysia : Open University.

Ahmad Kamaruddin Ibrahim, (2009). Rasm Al-Uthmani, Kuala Lumpur : Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Bahagian Hal Ehwal Islam JPM, (1990). Panduan Membaca Al-Quran Rasm Uthmani Dan Kelebihannya, Kuala Lumpur : Utusan Printcorp Sdn. Bhd.

Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Percetakan Percetakan Al-Quran KKDN, (2004). Buku Panduan Rasm Uthmani, Kuala Lumpur : Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Kementerian Pendidikan Malaysia, (2006). Sukatan Pelajaran Kelas Kemahiran alQuran, Selangor : KPM

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

| 18

KURSUS RESM AL-UTHMANI (HBQE1203

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

| 19

Anda mungkin juga menyukai