Anda di halaman 1dari 11

Pembinaan Bahan Bantu Mengajar |1

UNIT PELAJARAN 2 PENGAMATAN PENDENGARAN

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan konsep pengamatan 2. Menjelaskan ciri-ciri pengamatan pendengaran 3. Menjelaskan teknik membina dan menilai kit pengamatan pendengaran.

PENGENALAN

engamatan atau persepsi merupakan elemen terpenting dalam proses kognitif Pengamatan bukanlah suatu proses yang lazim, kerana ia tidak berlaku secara automatik. Ia tidak terjadi dengan hanya kita membuka mata, merasa sesuatu atau mendengar bunyi-bunyian yang berada di alam ini. Pengamatan ialah satu proses yang melebihi tahap pendaftaran rangsangan-rangsangan yang diberikan kepada kita semua. Manusia sentiasa memilih segelintir daripada rangsanganrangsangan yang akan memberi makna kepada dirinya. Ini pula dilakukan dengan cara memberi perhatian atau tumpuan kepada kewujudan sesuatu entiti di sekelilingnya. Ia juga perlu dikenalpasti, diinterpretasikan, diorganisasikan, dan difahami supaya makna yang tersirat di sebalik entiti itu diperolehinya. Setelah semua ini dilakukan, barulah sesuatu kederiaan itu dipersepsi atau diamati oleh manusia. Segala fenomena yang dipersepsikan oleh manusia seharusnya melalui organorgan deria. Sememangnya organ derialah yang merupakan jalan masuk semua rangsangan ke tubuh, akal fikiran dan jiwa manusia. Dalam hal pengamatan ini, pengamatan melaui organ deria mata merupakan sesuatu yang penting, kerana lazimnya amatan melalui organ deria mata merupakan sesuatu yang penting, kerana lazimnya manusia selalu menumpukan perhatian melalui penglihatannya. Sudah tentu, bagi fenomena-fenomena lain seperti bau-bauan, citarasa makanan, dan bunyibunyian perlu didaftarkan oleh organ-organ deria yang berkenaan, tetapi banyak pakar berpendapat yang ia tidak begitu signifikan jikalau dibandingkan dengan pengamatan visual. Apa yang kita lihat, dengar, sentuh, hidu dan rasa tentang keadaan alam sekitar bergantung kepada pengamatan yang diperoleh melalui rangsangan yang diterima oleh pancaindera. Maklumat itu ditafsirkan oleh proses mental untuk membentuk konsep.

Pembinaan Bahan Bantu Mengajar |2

DEFINISI DAN PROSES PENGAMATAN

Biasanya pengamatan dipengaruhi oleh pengalaman yang sedia ada pada seseorang. Hal ini kerana pengamatan berperanan membuka dan menyediakan skrin pemikiran pada peringkat awal. Input dalam bentuk rangsangan deria akan disimpan dan dicetak ke filem. Prosesnya berlangsung berterusan dan ada ketikanya akan berlaku potong dan tampal pada mana-mana slot. Hal ini terjadi apabila berlakunya pertembungan input lama dan baru. Setiap kali kita melihat sesuatu rangsangan baru, maka ia akan dirakamkan dan kemudian difilemkan. Apabila kita menerima rangsangan baru, maka filem akan diputarkan, dan di sini berlaku proses pengkordinasian input baru dan lama pada mana-mana slot yang relevan dengan yang lama. Maklumat baru akan dirakam dan cuba disesuaikan dengan yang lama. Jika tiada hubungan langsung, maka satu filem baru akan dirakam. Begitulah seterusnya, proses ini berlaku berterusan sehingga ke akhir hayat. Menurut Mohd Salleh Lebar (1995) pengamatan merupakan suatu proses individu mentafsir kederiaan rangsangan dan memberi makna kepadanya. Ia juga adalah kesedaran dan reaksi seseorang individu terhadap rangsangan-rangsangan, iaitu yang bersifat peribadi. Pengamatan juga merupakan pola-pola yang bermakna. Sebenarnya ia tidak berlaku secara automatik tetapi mengambil masa yang lama, iaitu melalui pentafsiran dan pemahaman yang teratur. Pengamatan melibatkan proses otak menerima maklumat dari deria, menyusun semula maklumat tersebut dan menterjemahkannya kepada pengalaman yang bermakna. Pengamatan bukan sahaja melibatkan deria lihat sahaja, tetapi juga deria dengar, rasa, bau, kinestetik dan perasaan. Ia juga menjangkaui penggunaan deria dan merupakan proses kognitif. Umpamanya dalam proses melihat, cahaya dari objek itu masuk ke dalam mata dan imej objek itu terbentuk di retina. Ia menghasilkan impuls yang dihantar ke otak melalui saraf optik. Otak mentafsir impuls itu dan menginterpretasikannya mengikut sifat-sifat objek itu, misalnya dari segi bentuk dan warna. Objek itu dikira telahpun dilihat. Contoh ini memperlihatkan pertalian di antara fungsi mata dengan mental (otak) yang memproses maklumat. Sungguhpun demikikian ada beberapa sebab proses pengamatan tidak berlaku Di antaranya ialah: Gangguanan emosi (terfikir perkara-perkara lain dan hilang tumpuan), Keadaan kesihatan seseorang/ mengidap penyakit. dan Kurang pengalaman yang memberi dorongan untuk berfikir dan bertaakul. Secara rajah proses pengamatan yang melibatkan sensori di gambarkan seperti rajah di bawah.

Pembinaan Bahan Bantu Mengajar |3

Rajah 2.1 : Proses Pengamatan Sensori

Menerima Rangsangan

Merakam Maklumat

Bertindak balas (respons)

Memproses Maklumat

Pengamatan merupakan proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas pancaindera dengan bantuan kuasa intelek. Proses berlaku apabila wujudnya rangsangan luar yang boleh kesan dan bertindak dengan organ-organ deria, hasil proses mental dan neurologi yang mempengaruhi pembentukan konsep-konsep yang jelas dan tepat (Janet,1971). Pengamatan juga bermaksud proses yang memberikan makna kepada tugastugas pancaindera dengan bantuan pengalaman-pengalaman lalu yang berhubungan rapat dengan pemikiran kita.Oleh itu, pengamatan sebagai proses pengawasan dan penelitian. Memberi gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran tentang sesuatu dan pandangan atau tanggapan pancaindera (Noresah Baharom et al, 2002).

Penerimaan

Proses Data

Tindakbalas

Murid X sering menyebut perkataan yang berbeza apabila mengajuk sebutan anda. Senaraikan ciri-ciri dan sipmtom masalah pengamatan dihadapi oleh murid X tersebut.

JENIS PENGAMATAN
Proses pengamatan membolehkan kita memahami apa yang sedang berlaku di persekitaran. Beberapa orang yang menyaksikan perkara yang sama mungkin memberi Vtafsiran yang berbeza. Oleh itu, pengertian mereka berlainan. Dengan demikian setiap orang berperilaku secara berbeza. Penglihatan tidak berlaku dalam mata. Mata hanyalah suatu alat yang membantu proses penglihatan. Kebanyakan orang tersalah

Pembinaan Bahan Bantu Mengajar |4

anggap tentang pengamatan. Pengamatan kepada mereka hanya melibatkan apa yang dapat dilihat dengan mata. Sedangkan sebenarnya pengamatan melibatkan keseluruhan pancaindera manusia. Terdapat tiga jenis pengamatan yang utama, iaitu: a. Pengamatan Auditori (Diskriminasi pendengaran,ingatan pendengaran dan intergrasi) b. Pengamatan Visual (diskriminasi penglihatan,ingatan penglihatan dan intergrasi visual-motor dan visual kinestatik) c. Pengamatan Kinestetik-Tactile

BENTUK PENGAMATAN AUDITORI.


Terdapat enam aktiviti yang boleh dilaksanakan bagi menjayakan pengamatan pendengaran, iaitu diskriminasi pendengaran, penerimaan pendengaran, perkaitan pendengaran, ingatan pendengaran, melengkapkan pendengaran dan percantuman bunyi.

Bentuk Pengamatan Diskriminasi Pendengaran

Penerangan Keupayaan murid mengenali dan mengecam persamaan dan perbezaan bunyi yang didengar Tahap bunyi persekitaran yang didengar Bunyi-bunyi persekitaran yang mewakili bunyi benda-contoh ayam: berkokok Mengajuk semula bunyi yang didengar Memandankan bunyi yang dengan benda persekitaran didengar

Penerimaan Pendengaran Perkaitan Pendengaran

Ingatan Pendengaran Melengkapkan Pendengaran

Mencantumkan bunyi

Mengenalpasti bunyi yang boleh dicantumkan untuk membentuk perkataan yang bermakna

Pembinaan Bahan Bantu Mengajar |5

Cadangan Aktiviti bagi bentuk pengamatan pendengaran: a. mengecam bunyi dengan gambar Mendiskriminasi bunyi haiwan yang sama Dengar bunyi dan namakan haiwan

Gambar betina Anak ayam Ayam jantan

b. Mendiskriminasikan bunyi Mendiskriminasi bunyi haiwan yang berbeza Dengar bunyi dan namakan haiwan

Gambar katak Gambar bas Gambar botol Gambar bayi

Gambar motosikal Gambar angsa Gambar kilat Gambar

Pembinaan Bahan Bantu Mengajar |6

PEMBINAAN KIT PENGAMATAN PENDENGARAN


Penggunaan kit pembelajaran dalam proses pembelajaran dan pengajaran akan meningkatkan pemahaman pelajar dan menggalakkan aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang berpusatkan pelajar. Kit pengamatan berperanan sebagai suatu alat yang berkesan dan sesuai bagi pelajar untuk meningkatkan pencapaian dan minat dalam pembelajaran khususnya dalam peringkat awal membaca murid pemulihan khas. Penggunaan kit pengamatan seperti rakaman bunyi-bunyi persekitaran, kad gambar, kad cantuman, kad padanan dan sebagainya menjadikan proses P&P pengamatan pendengaran lebih menarik dan secara tidak langsung melibatkanpenglibatan aktif pelajar. Penggunaan objek yang menarik dan kaedah simulasi permainan yang berkaitan dengan bunyi-bunyi yang sesuai secara tidak lansung memudahkan murid-murid memahami dan mengingati apa yang telah mereka pelajari sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

Merekabentuk kit pengamatan pendengaran bagi murid pemulihan khas mengutamakan penggunaan dalam bilik darjah bagi tujuan penilaian. Pembinaan kit juga haruslah berdasarkan teori pembelajaran iaitu rangsangan-rangsangan persekitaran. Mengikut teori ini ransangan-ransangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan jangka panjang, d an akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Mengikut Gagne, pengalaman pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan j angka panjang adalah penting bagi manusia mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baru, demi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku. Berdasarkankepada teorinya, Gagne kemudian mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam sesuatu proses pembelajaran iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa penyimpanan, fasa penahanan, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi,fasa prestasi dan fasa maklum balas. Kandungan bahan dalam kit pengamatan pendengaran mengandungi enam jenis pengamatan iaitu diskriminasi pendengaran, penerimaan pendengaran, perkaitan pendengaran,ingatan pendengaran, melengkapkan pendengaran dan percantuman bunyi. Kandungan kit mesti mengandungi aktiviti dan bahan/peralatan audio seperti pita rakaman dan video.

Pembinaan Bahan Bantu Mengajar |7

KIT 1: Diskriminasi Pendengaran; KIT 2: Penerimaan Pendengaran; KIT 3: Perkaitan Pendengaran; KIT 5: Melengkap Pendengaran KIT 4: Ingatan Pendengaran KIT 6: Percantuman Bunyi

Bahan dan kandungan

a. Pita rakaman (alam benda da haiwan) b. Kad gambar (benda dan persekitaran) c. Kad padanan d. kad suku kata e. kad perkataan f. Kad ayat mudah

Objektif akhir pembinaan dan penggunaan kit pengamatan pendengaran adalah muridmurid pemulihan khas boleh membaca pada peringkat prabacaan dan bacaan penuh. Sungguhpun begitu terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi pengamatan pendengaran seseorang individu iaitu seperti perbezaan sensitif sensori. Bunyi yang kuat lebih mudah didengar berbanding bunyi yang perlahan; warna yang garang lebih menarik perhatian berbanding warna yang lembut dan sebagainya. Penumpuan Ada ahli-ahli psikologi yang menekankan bahawa selagi tidak ada penumpuan, tidak akan terbentuk pengamatan. Semasa manusia membuat pengamatan, manusia tidak melayan semua rangsangan yang diterimanya tetapi hanya memilih rangsangan yang tertentu sahaja. Dengan cara ini barulah kita dapat membentuk pengamatan terhadap rangsangan tersebut. Apabila kita memilih satusatu rangsangan, bermakna bahawa kita menumpukan perhatian kepada rangsangan tersebut. Ini menunjukkan bahawa selepas ada penumpuan barulah terbentuk pengamatan. Penumpuan berlaku apabila pancaindera seseorang itu ditumpukan kepada sesuatu rangsangan pada kadar masa yang membolehkan seseorang itu mengetahui apakah objek atau benda yang dipersepsikan. Tumpuan amat penting bagi orang yang baru pertama kali menerima sesuatu rangsangan. Katakan sebelum ini, ia tidak pernah mendengar bunyi dentuman mercun ,maka sudah tentu masa yang lama amat diperlukan untuk membina dan membentuk satu siri maklumat baru tentang bunyi mercun yang pelbagai bunyi .

Pembinaan Bahan Bantu Mengajar |8

1. 2. 3. 4.

Mencari gambar, bentuk, huruf dan simbol-simbol yang tidak sama. Perbezaan dan persamaan objek. Contoh : kerusi, meja, papan hitam dan sebagainya. Objek-objek yang hampir serupa yang boleh diperolehi daripada gambar haiwan, bunga dan daun-daun. Memadankan huruf-huruf dengan perkataan menekap corak, bentuk dan huruf

Huraikan cara mendisriminasikan bunyi-bunyi persekitaran.


membaca asas murid pemulihan khas

Rumusan Pengamatan dipengaruhi oleh pengalaman yang sedia ada pada seseorang Pengamatan pendengaran memerlukan fokus kepada arah bunyi diterima Pengamatan pendengaran menjadi asas kepada kemahiran mendengar
peringkata awal kanak-kanak. Pengamatan pendengaran memerlukan tumpuan

Rujukan
Otto,W & Smith,K (1980) Corective and remedial teaching. Houghton Miffllin. Jabatan Pendidikan Khas. 1998. Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemuilhan Khas (Masalah Penguasaan 3M) Kementerian Pelajaran Malaysia Jabatan Pendidikan Khas.2001. Manual IPP3M Tahun 3 (Kegunaan Program Pemulihan Khas) Kementerian Pelajaran Malaysia Hallahan, D.P & Kaufman, J.M (1997). Exceptional Children: Introduction to Special Education (7th ed.) Needham Heights M.A: Allyn & Bacon Kirk, S.A & Gallanger, M.C (1989). Educating Exceptional Children. Boston: HoughtonMifflin Lewis, R.B & Doorlag, D.H (2003). Teaching Special Student: In general education classroom (6th. Ed.) Ohio: Prentice Hall

Pembinaan Bahan Bantu Mengajar |9

Kathlen, L & Erik, C. 2010. Remedial and Special Education. Hammill Institute & Sage.

P e m b i n a a n B a h a n B a n t u M e n g a j a r | 10

P e m b i n a a n B a h a n B a n t u M e n g a j a r | 11