Anda di halaman 1dari 7

1.

0 Pengenalan

Maksud Arca

Arca merupakan hasil seni berbentuk 3 dimensi ( 3D ). Arca berasal daripada


perkataan ‘ sculpture ’ yang beerti mengukir, memotong, menebuk atau melarik.
Biasanya arca diletakkan di dalam suatu ruang untuk tujuan pameran. Nilai
estetiknya dapat dihayati dengan pancaindera. Permukaan arca boleh dipegang dan
arca boleh dipandang dari pelbagai sudut pandangan. Arca juga terdapat dalam
bentuk realistik atau bentuk abstrak.

Banyak arca dicipta melalui tempahan untuk memperingati sesuatu peristiwa


bersejarah, atau kehidupan seorang tokoh. Arca bertujuan sebagai seni awam yang
dipamerkan di luar, tetapi kekadangnya juga dipamerkan di dalam bangunan awam
untuk menegaskan sesuatu dengan cara yang lebih ketara daripada apa yang boleh
ditekankan melalui penggunaan perkataan.

Menjelang abad ke dua puluh, apabila seni mencapai dimensi baru, arca
berubah kepada ciri abstrak dan membuka era baru dalam peradaban arca. Kategori
arca boleh dibahagikan kepada dua iaitu arca estetik dan arca berfungsi.

Ciri-Ciri Arca yang baik dan kreatif

Arca yang kreatif dan baik haruslah dihasilkan menepati tema dan tajuk yang
ingin diketengahkan oleh pengkarya. Kebiasaannya pengkarya ingin berkongsi tema
bersama dengan pengarca yang lain. Tema yang ingin diketengahkan seperti
perkongsian maklumat, dokumentasi, lonjakan paradigma, cetusan emosi dan
perasaan. Semua persoalan yang ingin diketengahkan haruslah ada pada arca yang
dihasilkan dan mampu menonjolkan persoalan berkenaan melalui hasilan
pengkarya.

Bahan binaan arca juga haruslah sesuai dengan tujuan hasilan. Dalam
pengkaryaan arca, asemblaj mewakili karya yang agak bebas dan pelbagai
penggunaan bahan dan media. Maka dengan itu kesepaduan dalam pelbagai
penggunaan bahan dan media dapat menjadikan sesuatu arca yang kreatif dan
menepati ciri-ciri sebuah arca bersesuaian denga tema.

Arca yang baik haruslah kukuh, kuat, selamat dan tahan lama. Sejarah arca
membuktikan bahawa sebuah arca yang baik menggunakan alat dan bahan terdiri
daripada kombinasi yang padat dan kukuh.

Pengkarya arca akan dianggap dapat menghasilkan sebuah arca yang baik
apabila berjaya mempelbagaikan bahan yang diadun atau dipasang dengan baik.
Arca khususnya asemblaj mengadunkan pelbagai bahan lalu membentuk kesatuan
komposisi yang artistik.

Arca yang baik dan kreatif juga haruslah berjaya mengaplikasikan asas seni
reka, estetika dan etika pengkaryaan. Objek akan digubah berdasarkan asas seni
reka. Apabila asas seni reka ini diaplikasikan dengan baik dan betul, penampilan
karya akan menjadi lebih terancang dan rapi.

Akhir sekali yang paling penting dalam menhasilkan sebuah arca yang baik
dan kreatif ialah arca berkenaan haruslah bebas daripada ciplakan atau plagiat.
Sebagai pengkarya yang memahami hakikat keaslian, ciplakan adaloah satu
kelemahan lebih-lebih lagi jika penghasilannya bertujuan komersial. Arca yang
dihasilkan haruslah hanya satu dan tiada ditempat lain.
2.0 Kajian Arca Timbul, Arca Asemblaj, Arca Mobail dan Arca Stabail

2.1 Arca Timbul ‘ Still Life With Musical Instruments ’oleh Jaques Lipchitz

Jaques Lipchitz dilahirkan di Lithuania pada tahun 1891. Beliau belajar dalam
bidang kejuruteraan sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang kesenian di Paris
pada tahun 1909. Berada dalam masyarakat yang meminati seni disamping
bercampur dengan tokoh seni ketika itu seperti Juan Gris dan Pablo Picasso,
Lipchitz telah mula meminati seni terutama menghasilkan arca. Arca pertama beliau
telah dipamerkan pada tahun 1912 disebuah pameran seni di Perancis. Salah satu
arca timbul yang dihasilkan bertajuk ‘ Still Life With Musical Instruments ’.

Imej arca timbul ‘ Still Life With Musical Instruments ’

Alat yang digunakan pada pengamatan saya ialah alat-alat pertukangan


seperti pemotong kayu, pahat, tukul, kertas pasir dan varnis dalam membentuk
pelbagai bentuk imej timbul pada kepingan kayu yang diukir. Teknik yang digunakan
agak teliti dan memerlukan kemahiran yang agak tinggi dalam membentuk imej pada
kepingan kayu berkenaan. Persembahan arca timbul ini pada umum agak unik dan
kreatif kerana walaupun hanya menggunakan kepingan kayu yang diolah namun
cara pengolahan yang teliti memberikan sesuatu yang bermakna pada pengkarya ini.
2.2 Arca Asemblaj ‘ Bicycle Wheel ’ oleh Marchel Duchamp

Salah seorang pengarca bagi kategori arca asemblaj ialah Marchel Duchamp.
Duchamp dilahirkan pada tahun 1887 Blainville, Perancis. Duchamp bermula dengan
menghasilkan karya dalam bidang ‘ painting ‘ dalam tahun 1908. Duchamp
menceburi bidang penghasilan arca dan berjaya menghasilkan karya terunggul
dalam abad ke – 20 iaitu penciptaan secara seni tangan dan penghasilan karya
daripada bahan-bahan terbuang. Penciptaan arca asemblaj termasyhur iaitu ‘ Bicycle
Wheel ’ ( karya asli telah hilang ) adalah penciptaan terawalnya dalam bidang seni
tangan yang mana arca ini dibina menggunakan bahan-bahan yang terdapat di
rumah.

Imej replika arca asemblaj ‘ Bicycle Wheel ’

Penelitian yang dibuat melalui maklumat yang diperolehi daripada internet


menunjukkan bahawa alat yang digunakan dalam menghasilkan arca ini agak mudah
iaitu menggunakan alat pertukangan dan bahan yang digunakan ialah rim basikal
yang diambil daripada bahan-bahan terbuang. Teknik pembuatan arca ini agak
mudah yakni hanya menggunakan bahan terbuang sedia ada, cuma diolah dengan
menggunakan kreativiti sendiri. Persembahan karya ini pada pengamatan saya
walaupun nampak mudah namun mempunyai nilai estetika yang tinggi. Maksud
tersirat pada arca ini hanya diketahui oleh pembuatnya sahaja.
2.3 Arca mobail “ Horizontal Spines ” oleh Alexander Calder

Pengarca seterusnya yakni dalam bidang arca mobail ialah Alexander Calder.
Beliau dilahirkan dalam tahun 1898 di Philadelphia, Amerika Syarikat. Bapa dan
datuk beliau merupakan pengarca terkenal waktu itu. Selepas tamat pengajian
dalam bidang kejuruteraan, beliau bekerja dalam pelbagai bidang sebelum
menceburi bidang kesenian pada tahun 1923. Beliau banyak menghasilkan kerja-
kerja lukisan sebelum menceburi bidang arca mobail selepas berhijrah ke Paris pada
tahun 1930. Hasilan karyanya dipamerkan dalam pameran pertama bidang arca
mobail di Amerika Syarikat. Salah satu arca mobail yang dihasilkan bertajuk “
Horizontal Spines ”

Imej Arca mobail “ Horizontal Spines ”

Pada pengamatan saya, arca mobail ciptaan Calder ini merupakan arca yang
agak unik dan tersendiri. Beliau berjaya mengolah bahan-bahan terbuang yang
terdapat disekeliling seperti gelungan dawai untuk membentuk arca sedemikian. Alat
yang digunakan dalam menghasilokan arca ini mungkin terdiri daripada alat-alat
pertukangan tangan seperti payar, pemotong besi dan alat kimpalan. Persembahan
karya memerlukan penerangan yang agak kritis dalam menyakinkan penonton
tentang maksud tersirat pada arca ini. Apabila arca ini digantung, ia akan berpusing
secara mendatar.
2.4 Arca stabail “ Homeage New York: A Self Construction and Self Destroying
Work of Art ” oleh Jean Tinguely.

Pengarca seterusnya yakni dalam bidang arca stabail ialah Jean Tinguely.
Beliau dilahirkan di Swistzerland pada tahun 1925. Selepas tamat persekolahan
beliau menceburi bidang perniagaan. Beliau meminati bidang seni semasa beliau
belajar di Basle antara tahun 1941 – 1945. Tinguely mula membuat eksperimen
berkaitan penerokaan ruang melalui penghasilan arca menggunakan motor elektrik.
Pembabitan secara serius dalam penghasilan arca bermula apabila beliau berhijrah
ke Perancis dan bercampur dengan beberapa tokoh seni di sana. Salah satu arca
stabail yang dihasilkan bertajuk “ Homeage New York: A Self Construction and Self
Destroying Work of Art ”

Arca stabail “ Homeage New York: A Self Construction and Self Destroying Work of
Art ”

Jika hendak dibandingkan dengan arca-arca lain yang diterangkan di atas,


arca ini merupakan arca yang paling rumit dihasilkan. Bahan-bahan yang digunakan
dalam menghasilkan arca ini adalah terdiri daripada pelbagai bahan terbuang.
Tinguely berjaya mengolah bahan-bahan berkenaan menggunakan alatan kimpalan.
Beliau menggunakan teknik olah, susun, cantum dan lekat dalam menghasilkan arca
ini. Persembahan karya arca ini memerlukan penerangan yang teliti oleh pengarca
dan pemerhatian yang teliti oleh penonton untuk memahami maksud tersirat pada
arca ini.
3.0 Pemerhatian Secara Kritis dan Kreatif bagi arca asemblaj “ Bicycle Wheel ”
dan arca stabail “ Homeage New York: A Self Construction and Self
Destroying Work of Art.

Daripada empat jenis arca yang diterangkan di atas, saya mengambil dua
jenis arca yakni arca asemblaj “ Bicycle Wheel ” dan arca stabail “ Homeage New
York: A Self Construction and Self Destroying Work of Art ” untuk dibuat penilaian
secara kritis dan kreatif.

Rangka:
Aspek-aspek yang boleh di analisa
• Jenis Arca
• Kategori Arca
• Fungsi
• Media
• Cara Persembahan

Teknik