Anda di halaman 1dari 3

Cara-cara Memupuk Minat Di KalanganPelajar Membaca jambatan ilmu memang tidak dapat dipertikaikan lagi di kalangan pelajar samaada

di sekolah rendah atau sekolah menengah. Amalan membaca hendak dipupuk sejak kecil lagi bak kata pepatah Melentur buluh biarlah dari rebungnya.Dalam pada itu bahan bacaan mengandungi banyak ilmu pengetahuan yang dapat kita perolehi daripadanya.Dengan ilmu kita dapat Berjaya dalam pelajaran dan kehidupan kita.Selain, itu kita juga dapat menguasai ilmu sama ada menerusi media cetak atau media elektronik. Ibubapa juga berperanan untuk menyemai minat membaca kepada anakanak mereka.Ibubapa perlulah membawa anak-anak ke perpustakaan pada waktu lapang.Ibubapa juga patutlah membeli bahan bacaan untuk anak-anak mereka dan untuk mereka sendiri . Suratkhabar yang mempunyai pelbagai cerita hendak dibeli setiap hari supaya tidak digelar sebagai Katak di bawah tempurung. Selain itu, Perpustakaan Sekolah, Perpustakaan Awam,Perpustakaan Negeri dan Perpustakaan Negara yang telah disediakan oleh pihak kerajaan dapat kita gunakan di mana-mana sahaja.Selain itu,kerajaan juga telah menyediakan perpustakaan bergerak,dan ia dapat berfungsi dengan baik terutamanya di kawasan pedalaman. Hal ini,dapat menarik lebih ramai masyarakat di luar bandar untuk membaca pelbagai buku yang menarik. Guru-guru di sekolah rendah dan sekolah menengah turut memainkan peranan yang penting sekiranya minat membaca dapat ditingkatkan lagi.Program Nilam yang telah diadakan di sekolah mestilah berkesan,selain itu pelbagai hadiah akan diberi kepada pelajar yang banyak membaca buku,hal ini dapat meningkatkan lagi minat pelajar untuk membaca buku bertambah.Ini akan memberikan motivasi dan perangsang kepada para pelajar. Aktiviti seperti ini hendaklah diadakan setiap tahun supaya pelajar lebih berminat untuk membaca. (254 PatahPerkataan)

BAHAN-BAHAN : 100 grm caca kering berwarna-warni 5 ketul keledek saiz kecil 2 biji jagung Gula kabong secukupnya Sedikit gula pasir Santan kelapa secukupnya Secubit garam 2 helai daun pandan CARA MEMASAK : Bersih ubi keledek dan potong menjadi ketulan kecil , potong jagung , simpulkan daun pandan. Masukkan santan yang secukupnya dalam periuk bersama daun pandan serta masak kuah sehingga hampir mendidih kemudian masukkan semua caca dan ubi keledek . Masukkan gula kabong dan gula pasir secukupnya serta masukkan secubit-dua garam . Bila caca dan ubi dah masak serta empuk boleh la dimasukkan jagung kacau lagi . Rasa gula jika kurang manis boleh la ditambah lagi .Bila jagung dah masak boleh la ditutup api dapur .

Sedapnya bubur caca ni kalau suka boleh dimasukkan sedikti biji sago dan kacang merah..

Lepat Pisang Bahan 2 cawan pisang emas/berangan/montel lecek 1 cawan tepung gandum 2 s/b tepung susu 2 s/b gula garam daun pisang [layukan daun dan potong saiz 6 inci X 6 inci] Cara 1. Gaulkan semua bahan supaya sebati. 2. Letakkan dalam sesudu diatas daun pisang. Lipatkan. 3. Kukuskan selama 15 minit. 4. Sejukkan dan hidangkan.