Anda di halaman 1dari 44

PENGENALAN BAHASA VISUAL - FALSAFAH, UNIT 1 PENGARUH DAN LATAR BELAKANG DALAM PELBAGAI BUDAYA.

PENGENALAN BAHASA SENI VISUAL 1.1 Penghayatan Seni Dan Pengalaman Estetik Seni tampak telah wujud sejak dahulu lagi iaitu bermula dari dinding-dinding gua hingga kini yang berkembang dan merangsang terhadap penciptaan imej berbeza dari zaman ke zaman. Ia merupakan satu pengalaman hidup sebagai lambang kesenian (Cermin Hidup, kepuasan perasaan dan intelek - Seni Mesir Purba). Seni mempunyai aneka pengertian antaranya sebagai latihan psikomotor, satira, mesej, ikon, lambang mistik, bercerita, dokumen. Hasrat artis tercapai bila karya siap dan diterima adalah kepuasan kedua. Pemerhati bermula di tempat seniman berhenti, intelek dan emosi pemerhati dan kebolehan untuk mengamati karya. Seniman menghasilkan seni yang berikutnya menjadi bahan subjek bagi tindakbalas pemerhati aspek ini boleh dianggap sebagai sejenis Bahasa. Bahasa ini juga mempunyai hubungan dengan seniman. Mempunyai perantaraan yang membawa maklumat yang berasal dari punca karya seni dan bahasa ini ada penerima dan pemerhati. Sebagai pembaca pemerhati perlu mengenali dan dapat menghuraikan lambang dan corak bagi memahami maksud. Seumpama seperti buku bukan semua dapat fahami isi kandungan bahan.

Apakah yang anda fahami mengenai seni visual? Seni Visual adalah merupakan seni tampak yang tidak merujuk kepada kesenian yang lain seperti seni muzik, seni tari, seni teater, seni sastera dan seni mempertahankan diri merupakan penyatuan daripada sikap subjektif dan Pengalaman Estetik

kebolehan pengamatan yang bersifat kompleks. Albert R. Chandler

kepuasan yang didapati dalam seni sebagai pengalaman estetik yang beliau takrifkan sebagai kepuasan renungan dan sebagai gerak hati yang memuaskan perasaan. Kepuasan pula suatu keadaan akal fikiran yg diperlihatkan untuk memanjang dan mengulangi pengalaman tertentu. Pengalaman estetik juga berupa interaksi di antara objek seni dan pemerhati. Kebolehan pemerhati untuk mengamati dan memahami beberapa aspek atau pengalaman yang turut memberikan sumbangan kpd kepuasan estetik dan sikap menerima pemerhati.Penghayatan seni melibatkan gerak balas estetik manakala Pengalaman estetik boleh dicapai melalui pengamatan atau fokus Dengan demikian ia akan mewujudkan suasana yang kondusif dan keseragaman yang harmoni-agar pemerhati dapat berinteraksi dengan baik. Estetik dari bahasa Yunani aisthesis-kepekaan, tumpuan kepada hal-hal yang bersangkutan dengan indah dan keindahan (Alexander Gottlieb Baumgarten 1714-1762 & Georg Wilhelm Friedrich Hegel 1770-1831)

Georg Wilhelm Friedrich Hegel (1770-1831)

Alexander Gottlieb Baumgarten (1714-1762)

1.2 Pengalaman Pemerhati

Pengamatan tidak berlaku secara otomatik. Dalam sesetengah karya, ia memerlukan usaha dan latihan seperti seniman perlu bergerak balas dengan karya tersebut. Seniman yang kreatif akan memulakan rangkaian yang dapat mencetuskan pengalaman estetik kepada pemerhati. Tanggungjawab seniman berakhir di studio, di luar studio dipikul oleh pemerhati. Jika pemerhati tidak bersedia maka sesebuah karya tidak bermakna dan tidak dapat dirungkai dan difahami.

1.3 Penghayatan Dan Nilai Penilaian bergantung kepada kebolehan penilai dari segi pengalaman dan pengetahuan. Penilaian yang baik dapat membantu pemahaman sesebuah karya dengan lebih jelas. Sebaliknya ini bukan merupakan matlamat kepada individu tersebut untuk mencari makna dalam seni.

1.4 Objek Seni Karya seni membawa makna yang luas. Takrif seni Tolstoi pengarang Rusia abad ke-19 pernyataan atau perhubungan (subjek penggambaran). Clive Bell ahli estetik- sifat bentuk dan sifat formal (Bentuk bererti). Karya seni sebagai alat perhubungan. Seniman adalah tukang yang bukan sahaja memanipulasi bahan seperti seorang tukang yang mahir menggunakan alat dan bahan untuk mencapai matlamat karyanya atau sebagai alat perhubungan dan alat peraturan estetik. Karya seni - satu hasil hasil buatan manusia yang mempunyai bentuk dan peraturan tertentu yang menyuarakan pengalaman manusia. Keindahan- tindak balas estetik sama dengan tindak balas emosi yang lain dan ia berbeza bagi setiap individu. Seni ialah hasil buatan manusia yang menggunakan bahan yg diatur dengan mahir untuk menyuarakan pengalaman. Dalam lingkungan takrif ini ada yang dapat mencari keindahan, kepuasan intelek dan emosi.

1.5 Seni Sebagai Alat Perhubungan

Perhubungan ialah pemindahan maklumat atau buah fikiran dari sumber kepada penerima. Dalam hal ini bahasa menjadi perantaraan dan alat yang diperlukan. Seniman menggunakan lambang bergambar sebagai lambang kepada perkataan untuk mencipta makna dengan menggunakan unsur-unsur seni. Setiap karya seni samada rumit atau mudah apabila digunakan garis sbg unsur tunggal atau unsur asas akan memperolehi makna daripada cara garis itu disusun. Seniman menghasilkan karya dengan unsur bahantaranya dengan bergantung kepada sifat-sifat unsur tersebut. -Unsur Seni Arca: bentuk, ruang, jalinan, bahan,warna dan garis -Catan: warna, bentuk, ruang,jalinan (impasto) ,garis (lakaran)

PENGENALAN FALSAFAH SENI 2.1 Pengertian Perkataan falsafah dikatakan berasal daripada bahasa Yunani atau Greek Purba yang bermaksud philosophia iaitu cinta akan hikmah atau cinta akan kebijaksanaan. Istilah philosophia mula digunakan dalam abad ke-7 sebelum masihi (S.M.) oleh ahli falsafah Yunani yang bernama Pythagoras. Plato juga merupakan orang yang terawal memberikan takrif dengan lebih khusus. Plato menegaskan falsafah meneliti hakikat yang mendasari sesuatu benda atau perkara disebalik sifat luarannya iaitu perkara sebenar yang menjadi asas dan inti pati pembentukan sesuatu benda atau perkara. Kini terdapat pelbagai takrif falsafah bergantung kepada sudut pandangan dan pegangan hidup pentakrifnya. Falsafah boleh ditakrifkan sebagai satu penyelidikan ilmu yang berasaskan renungan dan pentaakulan untuk merumuskan sifat, hakikat dan kandungan alam yang dilihat secara keseluruhan. Terdapat pelbagai jenis falsafah antaranya ialah falsafah nazari atau theoria iaitu pengunaan akal atau fikiran. Selain itu terdapat juga falsafah amali iaitu praktis atau teknik yang dikatakan membentuk adab masyarakat. Dalam dunia falsafah terdapat ramai tokoh

terkemuka antaranya adalah Plato yang cukup dikenali oleh pencinta dunia falsafah yang telah dianggap sebagai pencetus idea falsafah Barat.

Plato: copy of portrait bust by Silanion Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1996) falsafah bermakna: Pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain. Falsafah Seni pula adalah proses kepada keindahan iaitu memberi gambaran gabungan nilai keindahan, rasa dan simbol yang dipersembahkan oleh pengkarya seni. Menurut Mohd Taib Osman (1988):

Hasil-hasil kesenian menjadi barang dagangan, lambang status sosial, memenuhi selera mereka yang berkemampuan ataupun santapan rohaniah bagi golongan intelektual.

Berikan pendapat anda tentang kepentingan falsafah seni dalam penghasilan karya-karya seni 2.2 Seni Islam

Khat menekankan tentang perlunya keseimbangan pola(-) dan pola(+) Arabesque Penekanan terhadap pergerakan & pengulangan serta keseimbangan objek Menolak objek yang melambangkan ketuhanan, figura Insan kamil tidak digambarkan secara tampak

2.3 Seni Cina Ditemui akhir zaman Batu tembikar(logam), tenunan, kaligrafi dan sebagainya Tembikar neolitik terbaik dari China Seni tembikar mengikut zaman Maharaja Cina : Yso & Shun kemerahan dengan perhiasan hitam Tembikar ini bermulut tebal & berbadan kecil Akhir Neolitik: hitam berkilat Dinasti Chou : lapisan glaze yang terang pada permukaan tembikar Zaman Wangsa Han : glaze kelabu kekuningan diperbuat dari tanah hitam dan copper oksid Zaman Wangsa Shang Seni Tembikar dijadikan peralatan sembahyang & peralatan rumah yang ditiru Akhir Zaman Wangsa Chou teknik tuang ditemui dalam 2 bentuk iaitu bentuk haiwan untuk kegunaan harian dan upacara sembahyang 2.3.1 Catan Cina Mula dengan gambar binatang Guna kain sutera/ kertas telap dakwat Perkembangan seni catan terkenal pada Zaman Wangsa Tang yang berunsur agama, Taoism dan Confucianisme Zaman Sung pelukis guna ciri-ciri pemandangan dan kemanusian Ciri-cirinya: -Motif terbatas berbanding seni barat -Panorama alam -Catan punyai falsafah hubungan manusia dan alam. 2.3.2 Kaligrafi Cina Ditemui seawal 2000sm pada Zaman Wangsa Shang Ditulis atas buluh, tulang dan kulit kura-kura. Zaman Conficius & Lao Zhu (Zaman Wangsa Chou) menggalakkan pertumbuhan ilmu & penulisan kaligrafi 928 221sm banyak terdapat batu dan tembaga berukuran sama

3 jenis tulisan zaman Wangsa Han : Tulisan biasa, Tulisan kasar & Tulisan sambung 2.3.3 Catan Landskap Cina Catan palaing istimewa Shan Shui iaitu catan landskap cina gunung & air (Dinasti Sung) Ciri-cirinya: -Tidak tertumpu pada realistik lebih kepada ekspresi yang membawa pengertian pada keseluruhan catan -Artis dapat berinteraksi dengan catan secara harmoni dan dapat terjemah falsafah melalui catan Konsep Yin dan Yang teras kepada catan cina iaitu antara Kelemahan & Kekuatan Yin dilambangkan sebagai gunung, kuda hitam & ayam jantan perlu diseimbangkan dengan Yang melalui perlambangan kabus, air, awan, bunga dan lembah 2.3.4 Hukum Catan Cina (Prinsip Shi-Vitalize Spirit) Monokrom penggunaan cat air dengan ton warna terhad untuk dapat impak dalam Komposisi mementingkan rangkaian ruang berdasarkan garisan tegak dan mendatar Ton & suasana Chi Yun Sheng: ton yang memberi warna ghairah dan dinamik Struktur & sapuan berus : sapuan awal berus memberi pengertian dibuat secara spontan & simbol kepada alam semulajadi Lakaran: penting sebagai pembentukan awal sesuatu gambaran Kesesuaian objek dengan lukisan: walaupun catan tidak sama dengan objek sebenar tetapi perlu ada persamaan dalaman. 2.4 Seni India Lukisan: bermula dari Dinasti Maurya pada 132sm yang berasaskan keagamaan Dijumpai di gua-gua dan kuil: Gua Ajanta, Kuil Kailasantha di Ellora

Motif utama: penggambaran tentang pemburuan percintaan, kombinasi imej manusia dan tumbuhan Lukisan pada daun dan kertas pada abad ke 12 16 Pesat dengan tertubuhnya sekolah seni lukis Gujarat & sekolah Budha di Timur India Ciri-ciri Byzantine dan seni Islam dalam seni lukis India pada abad ke 16 apabila kedatangan Islam & pengaruh Barat Persamaan dengan seni Persia(Parsi) yang menggabungkan manusia dan corak 2.4.1 Arca India Seni tertua India pada abad ke 16 patung-patung keagamaan. Diperbuat dari batu marmar. Gemilang pada Zaman Guptas Patung Lord Siva telah mendorong penghasilan arca dalam pelbagai bentuk dan bahan ketika pemerintahan maharaja Mahendra Varman dari Dinasti Pallavas

2.5 Seni Malaysia Dari abad ke 10 17 seni di Malaysia terputus-putus Pengaruh agama Hindu-Buddhisme-Islam Objek seni menjadi saksi kepada rangkaian agama dan budaya Daripada objek sejarah menjadi objek seni kepada nilai bentuk dan fungsi ikonografi : arca gangsa abad ke 9 , Batu Bersurat Trengganu & istana Mansyur Shah Motif Tumbuhan dalam rekabentuk seni Melayu berbentuk arabesque (keunggulan seni Melayu) Seramik Zaman Neolitik : tembikar & pinggan mangkuk dari tanah liat (bentuk sederhana). Pembuat miliki pengetahuan asas (Gua Cha, Kelantan) Ukiran Kayu batu megalith pedang, bahagian tangga, pintu, dinding, tiang, batu nisan, daun pintu, tingkat kukur abad ke 19

Genderang Dongsong arca asas ada tekstur yang timbul tenggelam Patung agama Hindu dan Buddha Batu Bersurat Khat Ukiran Jah Hut 1978, (pengubat sakit disebabkan oleh hantu) sebagai karya seni Keris estetika Melayu Motif alam daun, ranting, bunga

2.5.1 Catan Malaysia Niah Sarawak, Tambun Ipoh Abad ke 20, catan air teknik barat pemandangan kampung. Teknik catan Cina dan Barat banyak pengaruhi catan tempatan Sekolah Inggeris & Cina Prinsip estetika Melayu: -Halus - kesempurnaan -Berguna alat kegunaan -Bersatu ada mula dan ada akhir daun, ranting, buah (integrasi alam dalaman & luaran) -Berlawan pertentangan yang terkawal. Licin, kasar, timbul, lekuk (untuk wujud suasana tegang) -Berlambang keris bawa segala unsur perlambangan maruah (indah tapi bahaya) -Bermakna intrinsik (ukiran berbunga) & ekstrinsik (makna ukiran)

Hasilkan satu esei mengenai falsafah Melayu tradisi berdasarkan seni ukiran kayu Melayu Tradisi. Bincangkan mengenai pendapat mana-mana tokoh ukiran kayu serta pilih 2 jenis ukiran tersebut untuk dianalisa.

Prinsip-prinsip Menganalisa Catan Bentuk cara seniman mempernyatakan dirinya abstrak/ non abstrak. Ada berbentuk representasi, realistik Struktur rangka yang menyatukan bahagian dalam catan. Terbagi kepada 2 -Super garisan yang menonjol -Sub garis kecil yang bersatu Ditonjolkan melalui warna Imbangan imbangan secara visual menstabilkan kedudukan catan Komposisi daerah sasaran statik/ non statik yang menangkap mata. Untuk memastikan ada pusat utk dihayati Warna 2 jenis warna panas & dingin 3 hal tentang warna Hue warna itu sendiri, kroma kebernasanmerah yang cerah atau malap, value jarak dengan pemerhati, suasana & udara, keadaan cahaya Tema hal benda yang dinyatakan seniman

Anda perlu mencari 1 karya seni Barat dan 1 karya seni Jepun. Senaraikan tujuan falsafah seni tersebut dalam penghasilan karya mengikut kefahaman anda.

UNIT 2

ASAS SENI REKA SECARA PERBANDINGAN 1

1. UNSUR SENI Unsur-unsur seni reka terdiri daripada enam elemen asas yang penting dalam penggubahan sesuatu karya seni visual iaitu: Garisan Rupa Bentuk Jalinan Ruang Warna 1.1 Garisan Garisan adalah salah satu elemen seni reka. Ia adalah kesan titik-titik yang berlanjutan dan bertindak sebagai titik yang bergerak, dihasilkan menggunakan alat atau media seni lukis. Garisan terdapat dimana-mana sahaja samada yang terhasil secara semulajadi atau dihasilkan oleh manusia. Garisan mempunyai pelbagai jenis sifat dan identiti yang tersendiri serta memberi pengertian yang berbeza-beza. Jenis-jenis garisan ini juga merujuk kepada sifat-sifat fizikal sesuatu garisan itu seperti kasar, halus, panjang,

pendek, lurus, bengkok, terang, gelap, tebal, putus dan sebagainya. Garisan juga mampu menyatakan sesuatu idea atau perasaan. Ia boleh bersifat statik atau aktif. Garisan menjelaskan secara visual sesuatu objek.Aplikasi pelbagai jenis garisan yang bersesuaian dapat mencipta rupa, jalinan, ton dan corak serta menimbulkan bentuk, ruang dan pergerakan.

1.2 Rupa Rupa ialah hasil pertemuan hujung garisan dengan permulaannya.Aplikasi melalui rupa garisan, warna dan jalinan. Mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan yang mengelilinginya. Ianya dapat dikategorikan kepada rupa geometri dan organik. Rupa geometri lebih kepada rupa yang mempunyai sudut dan penjuru. Rupa organik pula yang mempunyai rupa bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus. Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim. Merupakan hasil pertemuan antara penghujung garisan dan permulaannya.

1.3 Bentuk Bentuk ialah lanjutan daripada pemahaman rupa. Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan biasanya bentuk mempunyai lebih daripada satu permukaan. Bentuk mempunyai struktur dalaman. Gabungan daripada rupa dapat menghasilkan bentuk. Bentuk terbahagi kepada bentuk dua dimensi, tiga dimensi dan pelbagai dimensi. 1.4 Jalinan Jalinan ialah sifat permukaan yang terdapat pada sesuatu objek dan boleh dikesan secara penglihatan (tampak) atau sentuhan. Jalinan pada permukaan objek alam sekeliling dan objek buatan manusia mempunyai kesan tampak yang berbeza. Tuhan menjadikan setiap objek alam dengan jalinan tertentu untuk manusia memikirkannya. Setiap jalinan mempunyai fungsi dan nilainya tersendiri. Jalinan merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan

sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek kepada kita. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu; jalinan sentuh dan jalinan tampak. Jalinan sentuh ialah jalinan yang dapat dirasai melalui sentuhan, contohnya kulit buah durian (alam semula jadi) dan jahitan sulaman (alam buatan manusia). Jalinan tampak pula jenis jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan. 1.5 Ruang Ruang ialah jarak di antara objek yang wujud di dalam alam nyata dan juga dalam karya seni visual. Objek yang berada di hadapan lebih jelas dan lebih besar berbanding dengan objek sama saiz yang berada di bahagian belakang. Ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan kosong di sekeliling objek, atau jarak antara dua objek. Manakala dalam karya seni visual, ruang diwujudkan melalui kekuatan gubahan warna, jalinan, rupa dan bentuk.

1.6 Warna Warna pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan. warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning; dan ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier. Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan daripada campuran dua warna asas. Sementara itu, warna tertier terhasil daripada percampuran warna asas dan sekunder.

Aktiviti 1: PERBANDINGAN KARYA Anda telah didedahkan dengan imej-imej pelbagai budaya dan disusuli dengan kajian terhadap subjek, tema, teknik dan bahan serta unsur-unsur

seni pada hasil-hasil karya. Aspek-aspek yang disentuh adalah berkaitan dengan falsafah dan latar belakang masyarakat dalam pelbagai budaya . Ini termasuklah karya-karya dalam bentuk 2-Dimensi dan juga 3-Dimensi. Sekarang cuba anda bandingkan kedua-dua karya A dan B dibawah ini.

Karya A
Khen Karan, Prince Riding an Elephant, Mughal (Sumber: Art Fundamentals10th.Edition)

Karya B
Bamboo in the wind (Sumber: Art FundamentalsTenth Edition)

Setelah anda perhatikan kedua-dua imej karya A dan B di atas, sila baca dua petikan berikut:-

Petikan 1:

Tamadun Islam bertunjang dan berpaksikan kepada konsep tauhid yang merupakan intipati dalam kehidupan bertamadun masyarakat Islam. Tamadun Islam adalah akidah, syariah dan akhlak dan merupakan komponen dalam agama Islam. Sumber dalam tamadun Islam adalah sumber naqli iaitu sumber wahyu. Sumber aqli iaitu yang berdasarkan akal merupakan sumber sekunder ketetapannya mestilah tidak bercanggah dengan sumber naqli. Aspek kerohanian dalam Tamadun Islam amat dipentingkan. Kerohanian (spiritual) dan kebendaan (material) mestilah seimbang dan bersepadu. Kesepaduan ini akan membentuk matlamat Tamadun Islam yang paling utama iaitu mencapai keredaan Allah, manakala material berfungsi sebagai wasilah atau alat penghubung dalam mencapai matlamat utama tersebut.

Petikan 2:

Lao Tze mengemukakan falsafah Tao sebagai suatu kekuatan di mana manusia cuba menjalin dirinya dengan alam. Konsep ini menyamai konsep Wu-Wei dalam aliran Konfusius yang mendorong manusia mengambil jalan pertengahan antara dua aktiviti tertinggi dan istirehat tertinggi. Mereka menafsir bahawa kehidupan yang berlaku di alam ini adalah hasil dari pergerakan alam yang berterusan. Seseorang dianggap dapat berhubung dengan alam apabila dia berjaya menghubungkan dirinya dengan Tao melalui pembersihan jiwa atau mengosongkan diri dari dua perkara yang keterlaluan.

Hasil daripada pemerhatian serta penelitian anda terhadap kedua-dua karya dan petikan di atas, anda akan mendapat satu gambaran tentang pegangan dan nilai yang ada pada kedua-dua karya tersebut.

Aktiviti 2: ASAS SENI REKA Cuba perhati dan kaji gambar rajah berikut. Ini akan dapat memberi satu gambaran tentang bagaimana komposisi sesebuah hasil karya seni visual dimanipulasikan.

Bentuk
Peralatan Seni Media

evolusi

Elemen-elemen Seni Garisan Rupa Ton Jalinan Warna


dihasilkan mengikut

Prinsip-prinsip Seni Reka Harmoni


melibatkan Faktor kesamaan -pautan visual Perulangan-Ritma

Kepelbagaian
melibatkan Faktor ketidaksamaan Imbangan Kontra-dikembangkan

Kadarbanding Penegasan Pergerakan Ekonomi


mencipta

Ruang

untuk mengujudkan

Kesatuan

(Sumber: Orvirk, O.G., et. al.(2006) ms : 29/30)

Dengan merujuk kepada kedua-dua karya yang dinyatakan di atas serta kefahaman tentang komposisi karya seni visual, cuba anda buat satu

perbandingan berdasarkan unsur-unsur seni dengan mengisi ruang yang disediakan dalam jadual berikut:-

Bil.

Unsur Seni Reka

Subjek/ Isi Kandungan

Karya A

Karya B

Kaitan Falsafah/ Budaya/ Latar Belakang Masyarakat

1. 2. 3. 4. 5.

Garisan Rupa Ton Jalinan Warna

Buat ulasan bagi setiap dapatan anda di atas. Berdasarkan dapatan anda tersebut, bincang bersama rakan kumpulan anda. Buatlah analisis terhadap karya-karya 2-Dimensi dan 3-Dimensi yang lain.

Bagi pengkarya seni visual seperti pelukis, arcawan, pereka bentuk dan pandai tukang, unsur garisan merupakan unsur yang sangat penting. Ini adalah kerana Garisan menentukan idea awal bagi penjelmaan karya-karya mereka.

Ternyata garisan adalah kajian visual bagi menterjemahkan karya. Terdapat pelukis yang menggunakan unsur ini sebagai manifestasi karya, misalnya Jackson Pollock dengan karya renjisan spontan dangan gaya penampilan Abstrak Expresionis telah menonjolan rentak-rentak garisan. J.Seeley dengan karya cetakan bertajuk Stripe Song berjaya menonjolkan garisan Op yang dikenali sebagai aliran Op Art. Pelukis-pelukis di Malaysia juga ada yang menggunakan garisan sebagai penonjolan imej sepertii Ibrahim Hussein dan Ismail Latif. Maknanya garisan merupakan unsur sangat signifikan dengan pengkaryaan pelukis dan pereka.

Stripe Song by J. Seeley, 1981, Photo Silkscreen print, 22x30

Jackson Pollock 1

Antara Sifat Fizikal Garisan ialah: 1. Ukuran Garisan- merujukan kepada panjang dan pendik garisan 2. Jenis Garisan - jenis garisan bergantung kepada luris, bengkok, zigzag, bengkang bengkong dsb

3. Arah Garisan - dari mana arah garisan itu bermula, mungkin arah dari pelbagai, arah yang sehala atau bertentangan. 4. Lokasi Garisan- Ukuran, jenis dan Arah garisan tentunya mempunyai lokasi tertentu bagi menempatkan peranan subjek dalam karya.. 5. Karektor garisan - Karetor garisan dapat disempurnakan melalui media. Ramai pelukis menggunakan media bagi memperlihatkan karektor garisan sebagai presentasi mesej karyanya.

Karya oleh Pablo Picasso yang bertajuk Mother, Child and Four

Studies of Her Right Hand (1904) dalam Duane & Preble, S (1994),
merupakan kajian kepada figura di dalam catan. Lukisan ini memberikan penekanan kepada bahagian tangan dan kepala figura dan pemberatan diberikan kepada perincian jari tangan kanan. Garisan kontur digunakan untuk menjelaskan rupa asas dan struktur tangan. Kepelbagaian jenis garisan digunakan untuk membentuk perincian sifat dan ciri figura tersebut, jalinan pada kulit, keadaan rambut dan kesan cahaya pada kepala dan bahu. Penggunaan garisan secara bersilang (cross- hatching) digunakan untuk menghasilkan kesan terang gelap cahaya. Aktiviti 3 : Kajian Unsur Garisan

Anda dikehendaki mencari satu karya seni tempatan. Cuba anda analisa karya itu berdasarkan sifat-sifat fizikal garisan dalam karya tersebut. Aktiviti 4 : Kajian Rupa Merujuk kepada mana-mana satu karya seni China, India atau tempatan. Cuba anda analisa karya di bawah berdasarkan sifat-sifat fizikal rupa dalam karya tersebut. Rupa Garisan luar imej dua dimensi atau lingkungan sempadan bahagian dalam objek tiga dimensi. Terdapat dua kategori rupa iaitu organik dan geometrik sama ada ianya dirujuk pada alam semulajadi atau objek buatan manusia. Di dalam sesuatu ruang permukaan. Rupa adalah subjek dan dianggap ruang positif dan latar belakangnya pula adalah ruang negatif. Perkaitan antara subjek dan latar merupakan aspek asas dalam persepsi yang membolehkan berlakunya interpretasi terhadap apa yang dilihat. Pelukis menggunakan rupa bukan hanya untuk menghasilkan imej-imej tertentu tetapi digunakan sebagai mewakili sesuatu simbol yang membawa sesuatu makna kepada karya yang dihasilkan.

Di dalam karya Marc Chagall yang bertajuk, I and The Village (1911) dalam Duane & Preble, S. (1994), menggunakan struktur bulatan dan segi tiga untuk menyusun rupa geometrik manusia, binatang dan tumbuhan. Beliau menggunakan ciri kelembutan pada rupa geometrik untuk mendapatkan kesan pergerakan di antara setiap bahagian ruang catan. Subjek semulajadi dipersembahkan dalam bentuk abstrak melalui rupa geometrik yang dipermudahkan untuk meluahkan kesan visual dan memberikan makna simbolik.

Bentuk Merupakan sesuatu yang menarik kepada objek 3 dimensi. Pelukis mungkin melahirkan bentuk-bentuk tertentu secara ilusi melalui gabungan nilai, warna, cahaya dabn bayang atau mungkin penggunaan objek sedia ada bagi menghasilkan sesuatu kesan. Bagi menghasilkan bentuk yang bermakna pelukis perlu membuat ketepatan pilihan kepada kesan cahaya, susunan, aras pandangan dan perspektif. Selain itu kesesuaian pemilihan bentuk juga memainkan peranan dalam memberikan makna-makna tertentu kepada karya.

Saint Serapion (1628) oleh Fancisco de Zurbaran dalam Duane


&Preble, S. (1994), dihasilkan melalui kesan tona yang minima bagi

menguatkan penampilan bentuk imej figura. Tanpa penggunaan tona pertengahan yang jelas, bahagian terang dan gelap terpisah secara langsung. Ianya menghasilkan kesan kontras yang kuat di antara terang dan gelap dalam mengujudkan kesan dramatik untuk menyokong kekuatan makna.

The Great Wave at Kanagawa (from a Series of Thirty-Six Views of Mount Fuji), Edo period (16151868), ca. 183133 Katsushika Hokusai (Japanese, 17601849); Published by Eijudo Polychrome ink and color on paper Source: Katsushika Hokusai: The Great Wave at Kanagawa (from a Series of ThirtySix Views of Mount Fuji) (JP1847) | Heilbrunn Timeline of Art History | The Metropolitan Museum of Art Aktiviti 5 : Kajian Bentuk Merujuk kepada karya seni Jepun di atas. Cuba anda analisa berdasarkan sifat-sifat fizikal bentuk dalam karya tersebut. Aktiviti 6 : KAJIAN HASIL SENI Berdasarkan situasi persekitaran di sekolah anda, cuba anda perhatikan hasil-hasil Seni Visual (2-Dimensi atau 3-Dimensi) yang terdapat di persekitaran tersebut. Contohnya, lukisan mural, papan tanda, lampu hiasan karya itu

di pejabat, reka bentuk tiang pagar sekolah, kolam air pancut, motto sekolah, reka bentuk kerusi di pejabat pentadbir, pasu bunga, poster di papan kenyataan sekolah, seni arca di taman sekolah dan pelbagai hasil-hasil Seni Visual yang lain. Cuba anda pilih salah satu daripada hasil seni tersebut dan rakamkan imej hasil Seni Visual tersebut. Kemudian buat kajian terhadapnya berdasarkan perkara-perkara berikut:i. Kaitan dengan unsur-unsur seni yang anda tahu. sesuatu budaya atau kepercayaan sesuatu bangsa ? Beri ulasan anda. iii. Adakah hasil ciptaan itu direka berasaskan falsafah tertentu ? Beri justifikasi kepada jawapan anda itu. ( Tuliskan ulasan anda tidak lebih daripada 150 patah perkataan ). _____________________________________ _____________________________________ _____________________________________ _____________________________________ _____________________________________
gambarfoto

ii. Pada pandangan anda adakah hasil ciptaan itu di pengaruhi oleh

UNIT 3

ASAS SENI REKA SECARA PERBANDINGAN 2

1. PRINSIP REKAAN

Prinsip

rekaan

adalah

kaedah

atau

pengolahan

unsur

seni

untuk

menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual. 1.1 Harmoni Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna Harmoni wujud di alam sekeliling apabila munculnya susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara atau gaya yang tertentu. Tujuan menghasilkan kesan harmoni adalah untuk menarik perhatian serta mengurangkan kejanggalan pada sesuatu gubahan, objek atau imej. Harmoni tidak akan wujud sekiranya terdapat ciri- ciri yang bercanggah.

Harmoni Dalam Catan

Harmoni Dalam Corak

Harmoni Dalam Pemandangan

Harmoni Dalam Animasi

Harmoni dari segi bentuk

Harmoni dari segi rupa

1.2 Kontra

Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan

Kontra dari segi warna

Kontra dari segi warna

1.3 Penegasan Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsure yang menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan

Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, member focus dan mengelakkan kebosanan Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsure seni yang kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan

penekanan pada cahaya dan bayang menimbulkan penegasan

penegasan pada objek yang berbeza warna

objek bangunan di tengah menimbulkan penegasan

1.4 Imbangan Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan Terdapat 2 jenis imbangan iaitu: -Imbangan simetri - unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah(garisan axis dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut) -Imbangan tidak simetri unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai ciri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan

Imbangan yang Simetri

Imbangan yang tidak simetri

1.5 Irama dan Pergerakan Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun,berpancar, bersinar-sinar dan sebagainya Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistik terhadap sesuatu gubahan Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dan sebagainya

ulangan objek yang menimbulkan pergerakan

arca pergerakan/irama

1.6 Kepelbagaian Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan Kepelbagaian dapat memberi gaya variasi, tenaga dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan

Kepelbagaian warna

Kepelbagaian bentuk dan jenis objek

1.7 Kesatuan Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram teratur dan selesa

Kesatuan tema warna

kesatuan tema jenis objek dan

Kesatuan warna, objek dan rupa

Aktiviti 1: KARYA SENI 3-DIMENSI Anda telah didedahkan dengan bahasa visual perbandingan terhadap pelbagai budaya dan disusuli dengan kajian terhadap Asas Seni Reka pada hasil-hasil karya. Sekarang cuba anda teliti empat buah karya 3-Dimensi dibawah ini. Empat buah karya berikut dikategorikan kepada Kategori 1 ( Karya-karya Timur ) dan Kategori 2 ( Karya-karya Barat )

Karya 3-Dimensi - Kategori 1

Karya : Vaseapothicaire. (Sumber : http://commons.wikimedia.org)

Karya : Cobalt Blue Bowl (Sumber: http://www.lacma.org/islamic_art/eip.htm)

Karya 3-Dimensi - Kategori 2

Arca : Marchesa- Julie Warren Martin(Sumber: Art Fundamentals 10th. Edition,.ms: 233)

Arca : Giant Soft Fan- Claes Oldenburg (Sumber : http//www.flickr.com/photos/elissacorsini)

Setelah anda perhatikan kedua-dua imej di atas, cuba anda baca petikan di bawah ini:

Petikan 1 Nilai-nilai universal dalam Tamadun Asia tertanam dalam ajaran-ajaran keagamaan yang telah berkembang subur di seluruh Asia; sama ada Islam, agama dan kepercayaan dari Tanah Besar China mahupun dari benua India. Nilai-nilai universal dari tradisi keagamaan ini boleh diringkaskan berdasarkan prinsip-prinsip seperti berikut; Berlandaskan idea keagamaan Menekankan aspek kemanusiaan dan institusi kekeluargaan Menekankan tatacara dan etika dalam kehidupan Mementingkan kebijaksanaan dalam kepemimpinan Menghargai alam sekitar Mementingkan ilmu dan orang berilmu

Petikan 2 Dalam sebuah karya seni memang boleh dimasukkan kedua-dua unsur bentuk dan unsur penyataan atau perhubungan, malahan kadangkadangnya ia mungkin perlu dibuat demkian. Bukti-bukti yang kian bertambah menunjukkan bahwa tekanan terhadap sifat bentuk dan penyataan dalam seni adalah berdasarkan kepada sesuatu yang lebih dalam daripada hanya sekadar gerak hati peribadi para ahli falsafah. Kajian psikologi pada tahun-tahun kebelakangan ini telah memberikan banyak gambaran baharu berhubungan dengan denyutan rasa hati manusia terhadap estetik dan mengaitkannya dengan keperluan untuk berhubung dan untuk mencorak pengalaman. Katalog kajian psikologi tentang pernyataan kreatif manusia yang kian bertambah itu menunjukkan bahawa semua manusia mempunyai penuh kepayaan untuk berhubung melalui penggunaan bentuk yang digelar seni ini.

Sumber :Dialog Seni Tampak (1985), ms: 24.

Setelah anda membaca petikan-petikan tersebut, anda dapat merumuskan bahawa hasil karya seni merupakan manifestasi pemikiran dan budaya sesuatu kaum. Ekspresi seni yang dijelmakan dalam pelbagai media dan teknik memperlihatkan hubungan manusia dengan persekitaran serta tamadun sesuatu bangsa.

Petikan di atas memberi satu gambaran tentang perbezaan pegangan dan nilai terhadap kedua-dua kategori karya-karya tersebut.

Aktiviti 2: PERBANDINGAN KARYA 3-DIMENSI Sekarang, cuba anda buat satu perbandingan bagi kedua-dua kategori karya 3-dimensi di atas dengan melengkapkan jadual di bawah : Bil. 1. Prinsip Harmoni Perulangan / Irama Kepelbagaian Kontra / Penegasan Pergerakan Ekonomi Imbangan Dominan Kadarbanding Karya 2-Dimensi Kategori 1 Karya 3-Dimensi Kategori 2

2.

3.

4.

5. 6. 7. 8. 9.

Hasil daripada dapatan anda tersebut, bincang dan kongsi bersama rakan dalam kumpulan anda. Buatlah analisis terhadap karya-karya bentuk 2Dimensi dan 3-Dimensi yang lain.

UNIT 4

ANALISIS ASAS SENI REKA DALAM KARYA

Aktiviti 1: HUBUNGKAIT FALSAFAH, PENGARUH DAN LATAR BELAKANG PELBAGAI BUDAYA Anda telah didedahkan dengan imej-imej pelbagai budaya dan disusuli dengan pelbagai pandangan serta konsep tokoh-tokoh seni dalam kursus yang lepas. Sekarang perhatikan pula subjek, tema, teknik dan bahan pada hasil-hasil karya 2-Dimensi dan juga 3-Dimensi di bawah :

Egyption Glass (Sumber : http://www.lacma.org/i slamic_art/eip.htm)

Mosaic faience (Sumber : http://www.lacma.org/isla mic_art)

Lotus and Five Fish (Sumber : http://www.xabusiness.com/chine se-fish-paintings.htm

Iznik Title (Sumber : http://commons.wikimedia. org/wiki/Image)

Pyxis of al-Mughira (Sumber :http://www.answers.com/t opic/islamic-art-history)

Nefertiti (Sumber : http://www.crystalinks.com/e gyptart.html)

Berdasarkan pemerhatian anda:-

Cuba anda hubungkaitkan imej-imej tersebut dengan pegangan falsafah seni tertentu.

Apakah ciri-ciri yang boleh anda kaitkan dengan falsafah-falsafah yang dinyatakan tadi ?

Cuba anda banding beza antara satu dengan yang lain. Adakah imej yang dihasilkan mempunyai sedikit persamaan atau kaitan dengan kehidupan masyarakat sesuatu budaya itu?

Buatkan ulasan anda mengenai persoalan di atas. ( Tuliskan ulasan anda tidak lebih daripada 150 patah perkataan ). _________________________________________________ _________________________________________________ _________________________________________________ _________________________________________________ _________________________________________________ Untuk mendapat penjelasan yang lebih lanjut , anda bolehlah melayari internet serta membuat bacaan dengan berpandukan rujukan yang disenaraikan

Aktiviti 2 : bawah

ANALISIS KOMPOSISI KARYA

Cuba anda analisa pada kedua-dua karya dalam gambarajah 1 dan 2 di

Gambarajah 1

Gambarajah 2

(Sumber : Knobler.N. (1985).Dialog Seni Tampak :Zakaria Ali, Terj.)

Perhatikan bagaimana komposisi (gubahan) imej itu dibentuk. Lihat susunan garisan struktur pada hasil karya tersebut. Garisan-garisan itu dikenali sebagai implied lines atau garisan saranan. Analisa garisan-garisan tersebut dan perhatikan bagaimana komposisi dalam hasil karya tersebut dihasilkan secara menyeluruh. Aktiviti 3 : ANALISIS KARYA Anda telah didedahkan bagaimana komposisi sesebuah hasil karya digubah berdasarkan implied lines atau garisan saranan. Sekarang,

cuba anda teliti pula imej dalam karya berikut :

Sati scene at Theur of Ramabai wife of Madhavrao Peshva, Ca.1771, Deccan paintingsLOS Angles CCU Museum of Art, Calfornia (Sumber:http://ignca.nic.in/asp/showbig.asp?proj id=ac13)

Garisan Saranan ( Implied lines)

Berdasarkan penelitian anda, cuba anda lakarkan susunan garisan-garisan saranan . Ini boleh dibuat dalam gubahan imej karya dalam ruang yang disediakan. Anda gunakan kertas surih ( tracing paper ) dan tekap pada hasil karya tersebut yang dimuat turun daripada sumber internet. Lakar garisangarisan saranan yang berkaitan di atas kertas tersebut.

Hasil daripada analisis anda tadi, anda dapat mengetahui garisan saranan (implied lines) membentuk komposisi imej dalam gubahan hasil karya itu. Sekarang, gunakan kefahaman dan pengetahuan anda untuk menganalisis hasil karya tersebut berlandaskan Asas Seni Reka yang telah anda pelajari dalam berbentuk ulasan. ( Tuliskan ulasan anda tidak lebih daripada 150 patah perkataan ).

_______________________________________ _______________________________________ _______________________________________ _______________________________________ Sebagai pengukuhan, anda boleh teruskan aktiviti lakaran garisan saranan (implied lines) anda pada karya-karya yang lain pula.

Peringatan : Hasil-hasil tugasan kerja anda hendaklah dihantar melalui e-mel kepada Pensyarah (Tutor) anda seperti mana format yang telah ditetapkan. Hasil yang telah dibuat pembetulan dan penambahbaikan akan dijadikan hard-copy untuk diserahkan dalam bentuk portfolio. Ini penting sebagai satu dokumentasi hasil kerja anda untuk menampakkan perkembangan pembelajaran reflektif sepanjang mengikuti kursus.

LUKISAN SENI DIGITAL merupakan sejenis bentuk seni baru yang mempergunakan teknik lukisan tradisional, seperti cat air, cat minyak, impasto, dan sebagainya untuk pelukisan digital melalui komputer, perisian, serta tablet pendigitan, dan stilus. Lukisan digital berbeza daripada seni digital yang lain serta seni komputer terjana, khususnya kerana ia tidak memerlukan paparan komputer untuk mendapat lukisan realistik daripada suatu model. Seorang artis digital hanya perlu menggunakan teknik lukisan untuk mencipta lukisan digital secara langsung dalam komputer.

Perbezaan utama antara lukisan digital dan lukisan tradisional adalah prosesnya yang tidak linear. Seorang artis sering boleh menyusun lukisannya dalam bentuk lapisan yang dapat disunting secara berasingan. Keupayaan untuk menghapuskan coretan dan memberus semula juga membebaskan artis daripada proses linear. Bagaimanapun, seorang pelukis digital harus menggunakan banyak atau kesemua teknik dan kajian pelukis tradisional.

Fall Sundance (1879 II) by Averys Art Artis digital mempunyai banyak alat yang tidak boleh didapati oleh pelukis tradisional. Sesetengah daripada ini termasuk:

palet maya yang mengandungi berjuta-juta warna; kanvas atau media hampir semua saiz; keupayaan mengembalikan kesilapan yang telah dibuat; pemadaman; dan pelbagai alat kesan 2D dan 3D.

Tablet grafik membenarkan artis membuat gerakan tangan yang amat tepat seolah-olah pen yang benar pada permukaan lukisan. Lukisan digital berkembang maju khususnya dalam seni pengeluaran, dan banyaknya telah digunakan dalam reka bentuk konsepsi untuk filem,

televisyen, dan permainan video. Terdapat juga pelbagai jenis lukisan digital, termasuk impresionisme, realisme, dan cat air. Perisian pelukisan digital seperti Corel Painter, Studio Artist, Adobe Photoshop, Jasc Paint Shop Pro, ArtRage, dan Open Canvas memberikan artis-artis digital suatu persekitaran yang sama dengan pelukis fizikal: kanvas, alat-alat lukisan, palet untuk mencampurkan warna, dan pilihan warna yang banyak

Karya grafik seperti ini sesuai untuk latarbelakang atau sebagai kertas hiasan dinding bagi menimbulkan suasana 3D. Dihasilkan dengan mengapungkan objek-objek 3D atau ilusi 3D. Elemen ini boleh dihasilkan mengguna perisian illustrator, atau untuk kesan yang lebih menarik menggunakan 3D studio Max, Maya atau Lightwave.

Terdapat beberapa elemen dalam ilustrasi ini merangkumi bentuk matahari dengan pancaran garisan, kelompok awan yang timbul diiringi garisan ombak laut serta sekumpulan burung terbang dan sebuah perahu layar. Berdasarkan ilustrasi tersebut senaraikan lima penghasilan pengeluaran (outcome) yang anda rasa boleh di tengahkan:

__________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai