Anda di halaman 1dari 2

Panitia Geografi SMK (P) Methodist Kuala Lumpur Soalan Kuiz Minggu Akademik 2013

1. Siapakah penjajah Inggeris yang telah menamakan bunga terbesar di dunia dengan nama Raflesia? Jawapan : Sir Stamford Raffles

2. Apakah nama pokok di mana lebah suka membuat sarang? Jawapan : Pokok Tualang

3. Di manakah letaknya lapisan ozon? Jawapan : Bahagian bawah stratosfera

4. Kereta yang menggunakan tenaga bateri bersama petrol dinamakan kereta apa? Jawapan : Kereta hibrid

5. Bilakah tarikh Hari Alam Sekitar Sedunia? Jawapan : 5 Jun

6. Apakah nama fenomena cuaca melampau yang bertentangan dengan La Nina? Jawapan : El Nino

7. Apakah nama puncak tertinggi di Gunung Kinabalu? Jawapan : Puncak Victoria

8. Sabah dan Sarawak terletak di Pulau Borneo yang merupakan pulau keberapa tebesar di dunia? Jawapan :3

9. Angin monsun barat daya merupakan angin lazim di Malaysia yang berpunca dari benua apa? Jawapan : Benua Australia

10. Apakah nama kaedah yang menggunakan burung hantu untuk menghapuskan binatang perosak di kawasan pertanian? Jawapan : Kaedah biologi

11. Apakah nama projek perkhidmatan pengangkutan awam yang sedang dilaksanakan di Lembah Klang? Jawapan : MRT (Mass Rapid Transit)

12. Apakah nama empangan hidroelektrik di negeri Perak yang merupakan empangan hidroelektrik yang pertama sekali dibina di Malaysia? Jawapan : Empangan Chenderoh (1930 )

13. Apakah nama hutan simpan yang terbesar di Semenanjung Malaysia? Jawapan : Hutan Simpan Belum (Perak)

14. Di negeri manakah letaknya Taman Laut Tunku Abdul Rahman? Jawapan : Sabah

15. Apakah nama asal Kota Kinabalu? Jawapan : Jesselton

Disediakan oleh : . EN. A RADZI JALIL (Ketua Panitia Geografi)