Anda di halaman 1dari 3

PERINCIAN TUGASAN KURSUS QGJ3033 SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI SEM 2 SESI 2012/2013 Anda sebagai pendidik

merupakan agen penting dalam merealisasikan agenda negara dalam membentuk dan malahirkan generasi dan masyarakat Malaysia yang sihat dan cergas. Melalui sukan sepanjang hayat dan rekreasi dapat membantu anda mencapai matlamat tersebut. Tuliskan kertas konsep berkenaan pelaksanaan program bagi membudayakan sukan sepanjang hayat dan rekreasi di sekolah. Kertas Konsep berkenaan harus mengandungi aktiviti sepanjang tahun.yang realistik dan mampu dilaksanakan di sekolah. Nyatakan contoh-contoh program tersebut serta huraian yang tepat dan jelas berkaitan pelaksanaannya. Penulisan anda haruslah disokong dengan teori, kajian atau pandangan dan pendapat dari pakar. Sediakan juga satu contoh brosur berkaitan salah satu program yang dilaksanakan secara kreatif dan inovatif yang mampu menarik perhatian murid di sekolah. FORMAT PENULISAN 1. Pengenalan 2. Konsep sukan sepanjang hayat dan rekreasi. 3. Definisi sukan sepanjang hayat dan rekreasi 4. Kepentingan sukan sepanjang hayat dan rekreasi dalam pembangunan domain psikomotor, kognitif dan afektif murid. 5. Program sukan sepanjang hayat dan rekreasi yang realistic dan mampu dilaksanakan di sekolah . 6. Kajian dan tinjauan terhadap bagaimana sukan sepanjang hayat dan rekreasi yang dilaksanakan di sekolah luar negara. 7. Brosur salah satu program sukan sepanjang hayat dan rekreasi yang di laksanakan di sekolah. 8. Rujukan.

ARAHAN: 1. Kertas Konsep ini hendaklah ditulis dengan font Time New Roman saiz 12 atau font Arial saiz 11 serta langkauan baris 1.5. 2. Panjang penulisan TIDAK KURANG daripada 10 muka surat. 3. Kelewatan penghantaran menyebabkan markah anda dipotong dan gagal sekiranya tidak meghantar tugasan lansung dalam masa yang ditetapkan. 4. Markah yang diperuntukkan ialah 40%. 5. Maklumat penghantaran tugasan adalah seperti berikut: a. Tugasan ini hendaklah dihantar kepada PENSYARAH E-LEARNING KUMPULAN MASING-MASING SAHAJA! Jangan hantar tugasan ini kepada tenaga pengajar tutorial kerana mereka mungkin bukan pensyarah e-learning anda, atau sesiapa sahaja yang bukan menjadi pensyarah e-learning kumpulan anda.

b. Mekanisme penghantaran tugasan ini adalah melalui TAPAK YANG DISEDIAKAN DALAM TUGASAN MYGURU3 SAHAJA! Jangan hantar tugasan melalui emel atau pos. Pensyarah E-Learning anda TIDAK AKAN MELAYAN tugasan yang dihantar melalui pos atau emel kecuali atas kes-kes tertentu yang dipersetujui oleh pensyarah e-learning. c. SILA HANTAR TUGASAN INI SEBELUM TARIKH TUTUP IAITU PADA 3 MEI 2013 (MINGGU KE 10)! Tarikh tutup tapak penghantaran tugasan adalah muktamad dan tidak akan dibuka lagi selepas itu. d. Oleh yang demikian, pastikan anda mengikuti langkah-langkah sepatutnya dalam proses upload tugasan bagi memastikan pensyarah e-learning berjaya membuka tapak penghantaran tugasan anda. e. Merujuk kepada pengalaman semester lepas, pensyarah e-learning tidak ada masalah dalam membuka tapak tugasan pelajar kecualilah jika pelajar sendiri tidak melakukan proses upload dengan betul menyebabkan tugasan diterima tapi tidak boleh dibuka. 6. Skema Pemarkahan adalah seperti berikut: BIL 1 2 3 ELEMEN DAN KRITERIA PEMARKAHAN Pengenalan Dapat menunjukkan tujuan Kertas Kerja itu dibuat. Konsep sukan sepanjang hayat dan rekreasi. Dapat menjelaskan secara tepat dan terperinci Definisi sukan sepanjang hayat dan rekreasi Dapat memberi beberapa definisi yang terkini, jelas dan tepat. Kepentingan sukan sepanjang hayat dan rekreasi dalam pembangunan domain psikomotor, kognitif dan afektif murid.. Dapat menyatakan dengan jelas dan tepat kepentingan mengikut domain yang dikehendaki. Program sukan sepanjang hayat dan rekreasi yang realistik dan mampu dilaksanakan di sekolah . Dapat merancang sekurang-kurangnya tiga aktiviti yang berkaitan dengan membudayakan sukan sepanjang hayat dan rekreasi. Aktiviti atau program mestilah yang berlainan daripada aktiviti sedia ada yang telah dirancang dalam takwim sekolah. Idea program hendaklah bersifat realistik dan mampu dilaksanakan di sekolah Kajian dan tinjauan terhadap bagaimana sukan sepanjang hayat dan rekreasi yang dilaksanakan di sekolah luar negara. Dapat menyatakan sekurang-kurangnya tiga contoh aktiviti atau program yang berkaitan sukan sepanjang hayat dan rekreasi yang telah dilaksanakan di sekolah luar negara. WAJARAN MARKAH 3 3 5 MARKAH YANG DIBERI

Brosur salah satu program sukan sepanjang hayat dan rekreasi yang di laksanakan di sekolah. Dapat menyerlahkan kreativiti dalam penghasilan brosur. Mengandungi maklumat yang jelas dan tepat mengenai program yang dijalankan Rujukan. Penulisan rujukan menggunakan gaya APA

JUMLAH MARKAH KESELURUHAN

40