Anda di halaman 1dari 25

BPME 1013 Asas Keusahawanan 200859

ISI KANDUNGAN 1.0 2.0 3.0 Abstrak Pengenalan Latar Belakang Firma 3.1 3.2 4.0 5.0 Misi Visi 5 8 12 16 18 21 23 24 1 2 3 4 4

Amalan Keusahawanan Dalam Firma Tindakan Kreatif dan Inovatif 5.1 5.2 Innovasi Penjanaan Lambang Kekuatan PKS Pemasaran Melalui Internet

6.0

Cadangan Kepada Pengusaha Produk PKS 6.1 Strategi Peningkatan Keupayaan PKS

7.0 8.0

Kesimpulan Rujukan

BPME 1013 Asas Keusahawanan 200859

1.0

ABSTRAK

Kerajaan Malaysia telah memberi keutamaan untuk membangunkan usahawan-usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam pelbagai bidang yang mempunyai daya saing yang tinggi ke arah pengekalan pertumbuhan ekonomi negara. perusahaan kecil dan sederhana (PKS) adalah penting di dalam proses perkembangan ekonomi dan mereka memainkan peranan yang penting dalam rangkaian pengeluaran negara. Peranan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sering diperkatakan sebagai salah satu ejen pembangunan ekonomi negara. Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mampu mempertingkatkan pengeluaran negara, mewujudkan peluang pekerjaaan, integrasi antara firma, menjana eksport serta mampu membantu dalam proses pengeluaran beberapa industri berskala sederhana mahupun besar. Justeru, kertas kerja ini akan cuba mengupas kedudukan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di lokasi pesisiran pantai yang sememangnya mempunyai potensi besar untuk dikembangkan. Fokus utama penghasilan kertas kerja ini adalah bagi melihat dengan lebih dekat kedudukan sebenar perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Kanchong Barat, Banting dan sejauhmana ia mampu membantu perkembangan industri-industri hiliran, khususnya industri dalam penghasilan kerepek yang beranekan jenis berasaskan kemahiran masyarakat tempatan yang jarang diberi penekanan sebelum ini. Kaedah pengumpulan data secara soal selidik digunapakai secara menyeluruh bagi meninjau kedudukan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Ini bertitik tolak dari dasar kerajaan kini yang menggalakan industri berasaskan bahan mentah serta pertanian yang mampu menghasilkan produk-produk yang berkonsepkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) diperingkat negeri. Secara keseluruhan kertas kerja ini mampu mengupas kedudukan sebenar perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang sebenarnya sangat mencabar kewibawaan seseorang sebagai seorang pengusaha dalam membagunkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). 2.0 PENGENALAN

Pada dasarnya, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tidak mempunyai sebarang pengertian yang sahih dan mutlak. Setiap individu, penyelidik, ahli akademik, penggubal polisi, agensi

BPME 1013 Asas Keusahawanan 200859

mahupun institusi memberi pengertian yang berlainan dan pelbagai. Kebanyakan pengertian yang dimajukan sebelum ini menggunakan ciri mengikut keperluan dan kesesuaian tertentu. Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) didefinisikan sebagai perusahaan perkilangan yang mempunyai nilai tahunannya yang tidak melebihi RM 25 juta dengan tenaga kerja sepenuh masa kurang daripada 150 orang pekerja (Malaysia, 2002). Manakala perusahaan kecil pula ialah perusahaan yang memproses bahan mentah bukan daripada toksid seperti perkakasan elektronik, alat tulis, barang kemas dan sebagainya. Di Malaysia, pengertian perusahaan kecil dan sederhana (PKS) juga tiada yang khusus. Individu, agensi dan institusi kerajaan memberikan pengertian yang pelbagai terhadap definisi sebenar perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pernah menggariskan beberapa pengertian umum tetapi sentiasa berubah mengikut masa. Misalnya Akta Penyelarasan Perindustrian atau Industrial Coordination Act yang telah diperkenalkan pada tahun 1975 mengkehendaki sebuah kilang yang beroperasi dengan jumlah tenaga buruh sepenuh masa lebih daripada 25 orang dan modal berbayar lebih daripada RM250,000 supaya memohon lesen pengilang baru. 3.0 LATAR BELAKANG FIRMA

Syarikat Fazz Enterprise telah ditubuhkan oleh Encik Haji Mahmudin Bin Abas di Kanchong Darat, Banting pada 24 Febuari 1983 sebagai pengilang memproses makanan ringan. Nama Fazz diambil sempena nama anak-anak. Kilang ini pada mulanya beroperasi di sebuah bengkel kecil di belakang rumah kediaman dengan memproses secara kecil-kecilan produk yang berasaskan ubi kayu, pisang tanduk dan keledek sahaja. Setelah produk-produk mendapat sambutan di pasaran barulah perniagaan ini diceburi secara serius dengan memperbesarkan lagi kilang memproses dan membuat penambahan pada jenis produk seperti sukun dan keladi. Dalam memenuhi permintaan dan kos pengeluaran yang semakin meningkat Encik Mahmudin telah mencari inisiatif dalam menangani masalah tersebut dengan membuat lakaran dan menghasilkan mesin pemotong dan penggoreng yang baru. Syarikat ini merupakan syarikat Sendirian Berhad di mana perusahaan yang menggunakan nama perniagaan Kerepek House ini adalah milik keluarga dan kini telah diambil alih oleh anak
3

BPME 1013 Asas Keusahawanan 200859

kedua beliau iaitu Encik Mohd Fazzly Bin Haji Mahmudin. Beliau telah mengambil alih pengurusan Kerepek House selama 10 tahun. Kini Fazz Enterprise mempunyai kilang pemprosesan bahan mentah, tempat pembungkusan, kebun-kebun bahan mentah milik syarikat, ladang kelapa sawit dan tempat penjualan runcit di Daerah Kanchong Darat, Banting, Selangor dan pusat pengedaran di Pulau Pinang. Permintaan produk tidak tertumpu pada pasaran domestik sahaja kerana pada 1995 hingga 2001 produk tersebut berjaya menembusi pasaran luar seperti German, United kingdom, Singapura dan Australia. Tetapi di atas kurangnya bekalan mentah dan permintaan yang semakin tinggi di pasaran domestik telah menyebabkan pemasaran ke luar negara terpaksa diberhentikan. Pada tahun 2000, sebuah kedai pameran telah dibina di tapak yang berlainan untuk tujuan pemasaran domestik di bawah jenama Kerepek House. Kini pasaran produk tersebut telah merangkumi hampir seluruh Malaysia terutamanya di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Dalam memastikan produk dapat diedarkan, syarikat telah membeli 2 buah lori 3 tan untuk tujuan penghantaran produk ke serata tempat di semenanjung Malaysia. 3.1 Misi

Misi Fazz Enterprise adalah untuk memaksimumkan keuntungan atas penjualan kerepek di samping memberi perkhidmatan dan bantuan kepada penguasaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta pengusaha tempatan. 3.2 Visi

Syarikat Fazz Enterprise mempunyai visi yang sangat memberangsangkan iaitu ingin enjadikan Fazz Enterprise sebuah perusahaan yang dikenali oleh semua lapisan masyarakat dan meluaskan pasaran ke seluruh peringkat domestik dan antarabangsa. Fazz Enterprise mempunyai beberapa objektif penubuhan syarikat iaitu: i. ii. iii. iv. Menjadi pengeluar dan pengeksport makanan yang utama ke pasaran antarabangsa menjelang tahun 2020 di peringkat global. Pemodenan sektor pertanian dan peranan baru sebagai penjana ekonomi. Meningkatkan pendapatan petani dan pengusaha secara berkala. Memperkenalkan dan memasarkan produk tempatan ke peringkat antarabangsa.
4

BPME 1013 Asas Keusahawanan 200859

Fazz Enterprise mengeluarkan produk yang berasaskan ubi kayu, pisang tanduk dan keledek sahaja. Setelah produk-produk telah mendapat sambutan dalam pasaran, barulah perniagaan ini diceburi dengan secara serius dengan memperbesarkan lagi kilang pemprosesan dan membuat penambahan pada jenis produk seperti sukun dan keladi. Fazz Enterprise juga memasarkan produk pengusaha tempatan serta pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang lain. Antara produk yang dipasarkan adalah seperti jeli kelapa, rempeyek (kacang tanah, kacang dal, kacang hijau), dodol, kuih bangkit, bahulu dan sebagainya. Perkhidmatan yang ditawarkan Fazz Enterprise kepada pelanggan ialah seperti: i.
ii.

Pelanggan boleh membuat tempahan pelbagai jenis kerepek pada musim perayaan, perkahwinan dan majlis-majlis keraian, serta belian borong dan runcit. Fazz Enterprise juga menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan yang ingin membuat sebarang tempahan melalui jarak jauh.

Syarikat Fazz Enterprise ini beroperasi sebagai pengilang memproses makanan ringan seperti kerepek, keropok, kuih-muih dan beberapa produk makanan dan minuman yang lain. Syarikat Fazz Enterprise juga memasarkan produk-produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) setempat yang tidak mempunyai tempat penjualan secara khusus.

Syarikat Fazz Enterprise mendapatkan bahan mentah dari penduduk setempat seperti ubi kayu, keladi, pisang, keledek dan lain-ain. Fazz Enterprise juga ada menanam sendiri bahan mentah. Dengan penanaman bahan mentah secara sendiri, Syarikat Fazz Enterprise dapat mengurangkan kos dan dapat menjual produk dengan lebih murah berbanding tempat lain. Kerepek keluaran Fazz Enterprise memenuhi citarasa setiap lapisan masyarakat. Hal ini kerana, kerepek yang dikeluarkan mempunyai pelbagai jenis perasa seperti: i. ii. iii. iv. v. Kerepek ubi pedas Kerepek ubi masin Kerepek ubi BBQ Kerepek pisang manis Kerepek pisang abu
5

BPME 1013 Asas Keusahawanan 200859

vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. 4.0

Pisang tanduk Opak pedas Mini karipap Kuih siput Keropok kentang Kerepek bawang Keropok kentang kari

AMALAN KEUSAHAWANAN DALAM FIRMA

Setiap syarikat mempunyai faktor-faktor utama yang tersendiri untuk mencapai kejayaan bagi perniagaan masing-masing. Ciri-ciri usahawan yang berjaya ialah mereka yang tidak takut kepada kekuatan musuh dengan menjadikannya sebagai kekuatan untuk bersaing. Mereka mestilah memulakan sesuatu dengan tidak mengharapkan semata-mata kepada peluang yang diberikan. Usahawan yang berjaya juga mestilah cepat bertindak untuk mengubah strategi yang mereka laksanakan berdasarkan kepada keperluan semasa.

Ini bermaksud, mereka tidak hanya bergantung kepada penetapan strategi awal yang dilaksanakan. Seterusnya, mereka juga bijak menggunakan masa yang sedia ada dengan sebaik mungkin. Perancangan dan pendapat yang baik merupakan sahabat yang terbaik kepada usahawan. Ianya dapat membantu para usahawan ini untuk mendapatkan pemasarandan kepercayaan daripada pelanggan dan pembekal.

Seterusnya ialah struktur organisasi didalam perniagaan. Ini bermakna terdapat pengkhususan perlaksanaan di dalam kerja yang dilakukan. Sebagai contoh, terdapat individu yang menguruskan akaun dan kewangan, pemasaran dan pengurusan sumber di dalam organisasi tersebut. Ini membolehkan perlaksanaan operasi lebih cekap dan berkesan, seterusnya mampu untuk bersaing dengan pesaing di dalam sektor yang sama. Usahawan yang berjaya juga ialah mereka yang sanggup berdikari dan berjaya menguruskan kewangan sendiri tanpa mengharapkan bantuan daripada mana-mana pihak. Ini akan menjadikan mereka dapat memerdekakan diri dan emosi agar dapat mengharungi cabaran yang sedia ada di dalam pernigaan yang mereka ceburi.
6

BPME 1013 Asas Keusahawanan 200859

Mereka yang berjaya menganggap bahawa cabaran dalam dunia perniagaan adalah dugaan dan godaan hidup merupakan individu yang memiliki ciri-ciri usahawan yang berjaya. Ianya secara tidak langsung akan membuatkan mereka lebih bijaksana dan minda dapat bekerja dengan pantas dalam membuat keputusan dan menikmati kejayaan yang sebenarnya Ketahanan mental dan sikap tidak takut kepada perubahan dan kegagalan akan membantu seseorang usahawan itu mengecapi kejayaan yang sebenarnya. Apabila seseorang usahawan itu gagal dalam menguruskan perniagaannya buat pertama kali, itu bukanlah noktah terakhir perniagaannya. Beliau mestilah tidak patah semangat dan hilang rasa hormat pada diri sendiri. Kebijaksanaan dalam mengatur kembali strategi dan sistem terkini mengikut perkembangan terkini, teknikteknik mengatasi pesaing, kehendak pelanggan dan ledakan teknologi maklumat merupakan kelebihan bersaing kepada usahawan tersebut. Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, jalan yang singkat atau jalan pintas perlu dielakkan dalam menjalankan sesuatu perniagaan. Perniagaan yang mengikut peraturan dan etika perniagaan ialah perniagaan yang dilakukan sendiri dengan sepenuh masa. Terdapat tujuh faktor atau langkah sebagai panduan bagi membentuk kejayaan seorang usahawan (Nadzri, 2000), iaitu:
i.

Keputusan yang dibuat secara sedar Rancangan perniagaan yang dibuat secara sedar yang mengambil kira setiap aspek perniagaan akan berjaya meningkatkan keuntungan syarikat dan lebih berdaya maju. Melalui rancangan perniagaan ini juga, para usahawan akan dapat mengenal pasti potensi syarikat untuk lebih berdaya saing di dalam industri yang mereka ceburi.

ii.

Minat terhadap bidang perniagaan yang diceburi Usahawan ataupun ahli perniagaan akan lebih bersikap positif terhadap kerja ataupun tanggungjawab yang mereka laksanakan sekiranya mereka minat di dalam bidang yang telah diceburi. Contohnya, kesanggupan untuk meluangkan masa dalam perniagaan, berani mengambil risiko, bersikap lapang dada dan tabah menghadapi cabaran dalam perniagaan.

BPME 1013 Asas Keusahawanan 200859

iii.

Tingkatkan kemahiran atau kepakaran dengan bersungguh-sungguh Tetapkan sendiri matlamat pencapaian dari masa ke semasa serta cuba elakkan diri dari melakukan kesilapan bagi kali yang kedua. Kepakaran perlu ada pada diri sendiri. Dari sekecil-kecil perkara hinggalah ke apa juga peringkat kerana seorang usahawan yang berjaya perlu bersedia melakukan apa saja pada setiap masa. Perniagaan perlu dibentuk berdasarkan kepakaran yang ada dan sewajarnya perniagaan dimulakan secara kecilkecilan.

iv.

Belajar daripada orang yang lebih arif berkaitan perniagaan yang diceburi Usahawan boleh bekerja dengan orang lain atau mengikuti kursus, seminar dan perbincangan untuk menambahkan pengalaman perniagaan. Ini adalah satu cara bagi memendekkan kaedah atau prosedur dalam perniagaan dan mengelak daripada melakukan perkara yang tidak mendatangkan faedah atau perkara yang merugikan.

v.

Bersedia menghadapi masalah atau risiko Usahawan perlu sentiasa bersedia bagi menghadapi masalah,dari segi kewangan, pemasaran dan risiko perniagaan serta mengambil kira setiap aspek dan iktibar dari segala keadaan yang berlaku. Pelbagai cabaran akan dihadapi, lebih-lebih lagi risiko dalam menghadapi pesaing yang ramai. Oleh itu, usahawan perlu bersedia dan bijak menyelesaikan masalah yang berlaku.

vi.

Berkebolehan memasarkan produk Usahawan sewajarnya mampu keluarkan produk yang ada pasaran atau permintaan dan boleh mendatangkan keuntungan. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menarik perhatian pelanggan. Oleh itu, usahawan perlu tahu selok- belok perniagaan dan ilmu yang berkaitan sebelum menceburi bidang yang mencabar ini.

vii.

Jangan cepat kecewa atau mengalah Kegagalan perlu dijadikan sebagai pengalaman dan peluang untuk terus berjaya. Usahawan perlu bersikap positif dan mengambil ikhtibar terhadap kesilapan lampau supaya lebih maju di masa hadapan.

BPME 1013 Asas Keusahawanan 200859

Terdapat beberapa ciri yang telah dinyatakan oleh Rosdi (2002), sebagai faktor utama yang mendorong kepada kejayaan seseorang usahawan dalam bidang yang mereka laksanakan. Di antaranya ialah hubungan jaringan dalam perniagaan merupakan ciri yang penting bagi membolehkan seseorang usahawan itu mampu bersaing dan bertahan lama dalam bidang perniagaan yang diceburinya. Ini bermakna, usahawan tersebut itu mempunyai hubungan yang baik dengan pesaing, pembekal dan pelanggan. Ianya bertujuan memberi kelebihan kepada usahawan untuk mengenal pasti peluang dan ancaman terhadap perniagaannya. Faktor kepercayaan juga terlibat secara langsung sebagai penentu kepada kejayaan firma. Mempercayai rakan kongsi adalah merupakan faktor yang penting dalam memastikan sesebuah perniagaan itu mampu bertahan. Unsur etika di dalam perniagaan adalah faktor utama yang mendorong kepada wujudnya unsur kepercayaan di dalam rakan kongsi perniagaan (Timmons dan Spinelli, 2000; Kuratko dan Hodgetts, 2001; Rosdi, 2002).

Sikap untuk mempelajari sesuatu yang baru dan tidak mudah berpuas hati dengan kejayaan juga merupakan faktor yang mendorong kepada kejayaan seseorang usahawan. Ini membolehkan seseorang usahawan itu membuat ramalan jangka panjang mengenai amalan, peluang dan ancaman yang wujud di dalam organisasi dan perniagaannya. Rumusannya, faktor utama yang mendorong kejayaan usahawan bumiputera ialah berilmu, mendengar pendapat, kecenderungan terhadap perubahan dan ketahanan mampu untuk memastikan seseorang usahawan itu bertahan lama di dalam perniagaannya (Hisrich et al., 2000; Timmons dan Spinelli, 2000; Rosdi, 2002).

Menurut Khaairuddin (1996), terdapat beberapa budaya hidup yang perlu dimiliki oleh setiap diri usahawan untuk menentukan kejayaan dalam perniagaan yang diceburinya. Asas budaya hidup ini perlu diamalkan tidak mengira jenis dan saiz perniagaan tersebut. Antaranya ialah rajin dan mempunyai daya inisiatif, yakin terhadap keupayaan diri, bersikap positif, bersemangat tinggi dan bertenaga, bijak mengambil peluang dalam perniagaan dan cekal iaitu tabah serta berani menghadapi apa jua cabaran. Seterusnya usahawan juga perlu bijak mengambil risiko, mengamalkan nilai-nilai kehidupan yang mulia, cekap dalam mencari maklumat, prihatin terhadap mutu kerja yang berkualiti dan berkomitmen terhadap tugas yang diamanahkan

BPME 1013 Asas Keusahawanan 200859

5.0

TINDAKAN KREATIF DAN INOVATIF

Pemasaran merupakan aktiviti yang sangat luas dalam sesebuah perniagaan. Ianya juga penting dalam memasarkan produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Definisi pemasaran berbezabeza menurut pandangan penyelidik terdahulu. Bagi pengamal pemasaran seperti para peniaga pula melihat konsep pemasaran sebagai aktiviti untuk memahami pasaran, bergerak seiring dengannya dan membentuk hubungan dengannya. Pemasaran juga merujuk kepada bagaimana mengenalpasti dan memenuhi keperluan manusia dan masyarakat. Dari sudut masyarakat, pemasaran merupakan bagaimana proses individu dan masyarakat memperolehi keperluan dan kehendak mereka melalui proses penciptaan, tawaran serta pertukaran produk dan perkhidmatan yang mempunyai nilai dengan pihak yang lain. Sebaliknya, dari sudut pengurusan, pemasaran bertujuan untuk mengetahui dan memahani pelanggan serta dapat memenuhi produk dan perkhidmatan yang sesuai dengan kehendak dan keperluan mereka.

5.0.1

Produk dan Kepuasan Pengguna Produk terbahagi kepada dua iaitu produk perniagaan dan produk pengguna. Produk boleh terdiri daripada sesuatu yang boleh dilihat seperti kasut, buku ataupun dalam bentuk perkhidmatan seperti perkhidmatan khidmat nasihat. Apabila membincangkan mengenai produk, terdapat banyak perkara yang perlu ada dalam sesebuah produk seperti jenama, kualiti, reka bentuk, pembungkusan dan sebagainya. Dalam hal ini, syarikat hendaklah melakukan pelbagai strategi yang dapat meningkatkan permintaan agar produk berjaya di pasaran. Jenama yang tidak dapat diterima oleh pasaran luar merupakan salah satu cabaran yang dihadapi syarikat. Selain itu, produk yang dikeluarkan syarikat perlu mempunyai kelebihan tersendiri bagi menarik bakal pembeli.

Antara elemen yang penting dalam sesebuah produk adalah jenama dan kualiti produk tersebut. Penilaian produk boleh diukur melalui jenama, harga danpembungkusan produk. Terdapat hubungan yang positif antara jenama sesuatu produk dengan kepuasan pembeli dan meningkatkan kesetiaan pembeli terhadap produk tersebut. Jenama merupakan faktor penting dalam sesebuah perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
10

BPME 1013 Asas Keusahawanan 200859

berdasarkan kepada inisiatif pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sendiri dalam merangka jenama produk yang mereka keluarkan. Selain itu juga, reka bentuk dan kesesuaian produk adalah amat penting kepada pengguna. Sesebuah produk yang direka mestilah mudah digunakan, diselaraskan serta dapat memenuhi kehendak pengguna. Oleh itu, pengeluar atau penjual hendaklah memahami keperluan pengguna. Terdapat kajian yang menunjukkan pengguna berpuas hati terhadap produk yang direka mempunyai kesesuaian dengan mereka. Di samping itu, kualiti juga merupakan salah satu elemen yang penting dalam produk. Dari sudut pengguna, kualiti ialah kapasiti sesuatu produk yang dapat memberikan kepuasan kepada pengguna. Terdapat beberapa ciri produk yang berkualiti antaranya termasuklah maklumat berkaitan penggunaan produk, kebolehan produk tersebut berubah bergantung pada keadaan semasa serta kepentingan produk pada pengguna yang berbeza. Justeru, produk merupakan salah satu dimensi dalam campuran pemasaran yang sangat penting terhadap kepuasan pengguna. Terdapat pelbagai ciri-ciri produk yang terbukti dapat memberikan kepuasan kepada pelanggan. Kepuasan pengguna terhadap produk yang ditawarkan dapat dikenalpasti melalui hubungan yang positif antara jenama, kualiti, rekabentuk serta kesesuaian produk terhadap pengguna. 5.0.2 Penetapan Harga dan Kepuasan Pengguna Penetapan harga merupakan salah satu dimensi campuran pemasaran. Harga bermaksud sejumlah wang atau nilai yang boleh diambil kira sebagai pertukaran untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan. Pengguna sentiasa inginkan harga yang setimpal dalam setiap pembelian produk dan perkhidmatan. Sekiranya harga yang ditetapkan tidak menggambarkan nilai sesuatu produk, pelanggan berkemungkinan tidak akan berpuas hati.

Pelanggan bersedia mengeluarkan sejumlah wang bagi mendapatkan produk yang mereka ingini yang memenuhi citarasa mereka. Kajian menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara harga yang setimpal dengan kesetiaan pengguna. Selain itu, terdapat
11

BPME 1013 Asas Keusahawanan 200859

juga kajian lain yang mengkaji hubungan antara penetapan harga dengan pengguna. Pengguna berpuas hati terhadap harga yang setimpal dan berbaloi. Terdapat kajian lain menunjukkan pengguna merasakan harga produk yang dijual oleh peruncit adalah tidak berbaloi kerana peruncit sentiasa memperoleh keuntungan daripada produk yang mereka jual. 5.0.3 Promosi dan Kepuasan Pengguna Promosi merupakan komunikasi yang digunakan oleh penjual untuk menyampai, memujuk dan mengingatkan bakal pelanggan mengenai produk yang ditayangkan dengan tujuan bakal pembeli akan tertarik seterusnya membeli produk tersebut. Terdapat pelbagai strategi promosi yang digunakan seperti pengiklanan, promosi jualan dan jualan secara langsung. Pemasaran turut digunakan sebagai cara untuk mengingatkan pengguna dameningkatkan permintaan sesuatu produk. Cara yang digunakan ialah dengan memilih kaedah paling berkesan yang sesuai dengan produk sama ada melalui pengiklanan, jualan langsung dan sebagainya. Terbaru, pengeluar mengenalpasti segmen-segmen tertentu dalam pasaran dan menjalankan promosi mengikut jenis-jenis pengguna yang berbeza-beza. Dalam menentukan hubungan antara promosi dengan kepuasan pengguna terdapat perbezaan dalam hasil kajian yang dilakukan oleh penyelidik terdahulu. Pada masa kini, terdapat pelbagai kaedah promosi yang dilaksanakan oleh pengeluar selain daripada kaedah pengiklanan di media massa. Integrated marketing comunications (IMC) merupakan kaedah yang dapat mempromosikan produk di pasaran berasaskan kepada sasaran pasaran. Kaedah ini mengintegerasikan campuran dalam elemen promosi seperti pengiklanan, perhubungan awam, promosi jualan serta personal selling bagi menyampaikan maklumat secara berkesan kepada pengguna. Oleh yang demikian, boleh dikatakan kaedah promosi yang dijalankan mempengaruhi kepuasan pengguna. Walaupun kajian terdahulu menunjukkan tidak terdapat hubungan antara promosi dengan kepuasan pengguna, namun kajian yang dilakukan ini masih lagi relevan kerana pada masa kini, cara promosi yang dilakukan telah berubah. Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) hendaklah mengatur strategi tertentu dalam mengiklankan produk mereka agar produk tersebut mampu bersaing di pasaran.
12

BPME 1013 Asas Keusahawanan 200859

5.0.4

Pengedaran dan Kepuasan Pengguna Pengedaran merupakan dimensi keempat dalam campuran pemasaran. Pengedaran merangkumi bidang yang luas termasuklah saluran pemasaran, peruncitan serta pengurusan logistic. Pengedaran telah menjadi keperluan kepada pelanggan serta pengguna kerana untuk memudahkan mereka dan mengurangkan kos. Salah satu cara untuk memuaskan hati pengguna dan pelanggan dalam aktiviti pengedaran adalah dengan melakukan penyelidikan terhadap perkhidmatan yang disediakan kepada mereka.

5.0.5

Kepuasan Pengguna Kepuasan pengguna telah banyak dibincangkan oleh penyelidik kepuasan wujud hasil daripada proses yang dialami daripada aktiviti harian pengguna. Kepuasan juga adalah proses penilaian yang wujudl melalui jurang antara hasil yang pengguna terima dan apa yang mereka jangkakan sebenar. Dari semasa ke semasa, terdapat pelbagai pengukuran digunakan bagi mengukur kepuasan pengguna. Namun begitu, dari masa ke semasa terdapat perubahan terhadap pengukuran kepuasan pengguna.

5.1

Innovasi Penjenaam Lambang Kekuatan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)

Dalam setiap perniagaan tidak pernah terlepas dari persaingan begitu juga dalam perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Dunia perniagaan masa kini semakin mencabar dan sebagaimana yang diketahui umum produk mahupun perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah koperasi tidak mungkin dapat memperoleh pasarannya dengan sendiri atau dengan mudah. Dalam mengejar arus persaingan perniagaan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) seharusnya memiliki strategi yang tepat, memperbaharui keluaran, meningkatkan perkhidmatan dan mempunyai pentadbiran perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang telus. Salah satu cara yang sering digunakan oleh pengusaha adalah dengan membentuk strategi pemasaran yang efektif dan inovatif. Peranan sebuah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kini bukan hanya dinikmati oleh para anggotanya tetapi juga kepada masyarakat umum. Ini menunjukkan betapa sengit persaingan untuk menawan pelanggan kerana tidak kira sama ada perusahaan kecil dan sederhana (PKS)

13

BPME 1013 Asas Keusahawanan 200859

ataupun syarikat-syarikat besar, masing-masing ingin memperkukuhkan perniagaan dengan mencari kaedah tersendiri untuk kekal dalam industri yang diceburi. Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) boleh bergerak gagah dan seiring dengan perniagaan yang mempunyai jenama yang sudah popular. Pelanggan akan mengenali perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui nama yang memberi imej yang baik dalam pemikiran pengguna. 5.1.1 Pemilihan Jenama Jenama yang mudah difahami dengan baik dapat member kesan yang besar kepada sesebuah perniagaan. Dengan perancangan yang teliti dan strategi yang betul, semua perniagaan mampu memanfaatkan jenama. Antara pelbagai faedahnya ialah dapat menyampaikan informasi mengenai peranan dan tujuan sesebuah organisasi, memberi makluman berkenaan produk dan perkhidmatan serta mempercepatkan usaha memperkenalkan produk yang baru dan sebagainya. Terdapat sepuluh petunjuk yang dilihat menyebabkan sesuatu jenama tersebut kukuh di pasaran iaitu: i. Kejelasan

Setiap perniagaan perlu memikir dengan mendalam tentang apa sebenarnya yang ditawarkan kepada pelanggan. Kejelasan jenama merupakan satu jaminan yang memberitahu pelanggan tentang perlunya mereka yakin pada organisasi mahupun keluaran hasil organisasi tersebut. ii. Ketekalan

Mengambil kira faktor jangka panjang dan perlu menitik berat usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam membina nama yang inovatif. iii. Kredibiliti

Jenama yang kukuh hanya dapat dibina atas asas yang mantap. Setiap perniagaan perlu mempunyai imej yang baik agar selari dengan jenama yang dibangunkan. Sekiranya imej perniagaan tidak menggambarkan perkara yang baik, pelanggan akan melihat jenama hasilan perniagaan tersebut tidak boleh dijamin mutunya.

14

BPME 1013 Asas Keusahawanan 200859

iv.

Integrasi

Perlu selaras dari semua aspek dan setiap kakitangan koperasi perlu berkomunikasi bersama khalayak ramai dengan cara yang sama. v. Kelainan

Organisasi perniagaan perlu menonjolkan dirinya demi mendapat perhatian umum. Untuk tujuan tersebut, perniagaan perlu memberikan satu keunikan dan kelainan daripada persaing. vi. Risiko

Perniagaan koperasi perlu berani membuat kelainan dan perlu bijak menjangkakan perkara yang akan berlaku pada masa hadapan dan mencari peluang yang ada. vii. Sokongan

Perlu mendapat sokongan dari semua pihak terutamanya dari perniagaan itu sendiri. Pembangunan jenama memerlukan dana yang mencukupi dan sokongan dari segi kewangan yang banyak memainkan peranan kepada sesuatu perniagaan. viii. Tumpuan Organisasi perniagaan perlu kreatif dalam apa jua cara untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat umum. ix. Perkaitan

Organisasi seperti koperasi perlu menilai semula jenama dari masa ke semasa supaya dapat menilai tentang penerimaan masyarakat terhadap perniagaan koperasi begitu juga penerimaan masyarakat terhadap imej perniagaan koperasi. x. Kepimpinan

Perlu ada individu yang bertanggungjawab mengawasi semua proses pembangunan jenama serta menilai persekitaran semasa. 5.1.2 Innovasi Pembangunan Jenama

15

BPME 1013 Asas Keusahawanan 200859

Pengukuhan sesuatu jenama tidak akan sempurna tanpa perubahan secara inovatif. Produk ditawarkan perlu berdaya saing untuk mendapatkan pasaran yang lebih luas. Kekuatan jenama cukup mempengaruhi daya pembelian seseorang dan majoriti pengguna di dunia membeli sesuatu barangan kerana jenama tersebut dapat dilihat dari produk harian sehingga ke produk yang bernilai tinggi. Jenama yang menawarkan produk berkualiti dan perkhidmatan selepas jualan pasti akan mendapat perhatian yang baik dari pelanggan. Sebagai contoh, jenama Kentucky Fried Chicken (KFC) yang terkenal dengan kualiti produk ayam dan juga rangkaian restorannya yang luas. Jika dibandingkan harga ayam goreng KFC dengan harga ayam goreng yang di jual di restoran biasa, harganya berbeza dan yang pastinya harga ayam goreng KFC adalah lebih mahal berbanding yang dijual di restoran biasanya. Ini adalah hanya kerana atas dasar kekuatan jenama dan KFC bukan hanya setakat menawarkan produk ayam goreng, malah lebih daripada itu. KFC menawarkan pengalaman menikmati ayam gorengnya yang berbeza dengan ayam goreng di restoran lain. Pelanggan yakin dengan jenama KFC kerana setiap kali pelanggan menikmati hidangan, mutunya kekal sama walau di mana sahaja rangkaiannya. Terdapat beberapa panduan yang boleh digunakan oleh organisasi seperti koperasi dalam merangka strategi pembangunan jenama iaitu:
i.

Jenama dapat memberi gambaran berkaitan keluaran yang dihasilkan.

Contohnya ialah jenama Shieldtox. Shield itu sendiri membawa maksud perisai yang menunjukkan produk tersebut seolah-olah boleh dijadikan sebagai alat pelindung daripada gigitan nyamuk.
ii.

Jenama perlu mudah disebut, dikenali dan ingati. Elakkan dari

menggunakan bahasa yang menyebabkan sebutan menjadi sukar dan pelik untuk dilafazkan oleh pelanggan. Contoh yang mudah untuk dikaitkan adalah seperti jenama produk 1901. Ia mudah untuk disebut dan ingati.
iii.

Jenama seharusnya jelas dari segi sebutan dan makna yang dibawa. Ia

perlu sesuai dengan produk yang dihasilkan. Sebagai contoh KFC walaupun dilihat jenamanya yang ringkas tetapi ia mudah disebut dan ingati di setiap

16

BPME 1013 Asas Keusahawanan 200859

peringkat mahupun di peringkat kanak-kanak. Jenama KFC melambangkan produknya iaitu Kentucky Fried Chicken (Ayam Goreng Kentucky).
iv.

Keunikan dalam membangunkan jenama seharusnya diberi penekanan.

Ini adalah kerana faktor jenama banyak menyumbang kepada penerimaan keluaran di pasaran. Pelanggan membeli atas dasar jenama. Sekiranya jenama tersebut membawa nilai status yang tinggi pelanggan akan terdorong untuk membeli walaupun harga yang ditawarkan tinggi sedikit berbanding keluaran yang lain. Jenama tempatan yang unik adalah seperti Secret Recipe, 1901, A&W dan sebagainya. Nampak kelainannya, ringkas, jelas dan mempunyai maksud yang mencipta keinginan pengguna untuk membeli. Konsep ini diguna oleh Secret Recipe, pelanggan membeli kerana ingin merasai nilai rahsia resipi yang dibawa oleh produk-produk keluaran syarikat.
v.

Pembangunan jenama perlu mengambil kira faktor-faktor budaya seperti

mana ia mudah diterjemahkan kepada bahasa asing dan tidak membawa makna yang tidak baik kepada budaya asing. Pengusaha perlu memikirkan faktor globalisasi mahupun produk tersebut tidak diesksport pada masa kini tetapi pasaran di Malaysia adalah terbuka kepada pelancong asing dan tempatan. Sebagai contoh 1901 diawal penubuhan Syarikat Nineteen O One Sdn Bhd kebanyakkan masyarakat menganggap syarikat tersebut merupakan syarikat dari negara asing. Sehubungan dengan itu, penggunaan jenama 1901 ia dilihat jelas dan mudah diterima oleh masyarakat Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa. 5.2 Pemasaran Melalui Internet

Pemasaran produk dan perkhidmatan adalah amat penting bagi semua jenis perniagaan. Pemasaran bererti memperkenalkan sesuatu produk atau perkhidmatan. Tanpa sistem pemasaran yang sistematik, produk yang baik tidak dapat dipasarkan dengan meluas dan merugikan pihak yang menghasilkan produk tersebut. Sebelum kaedah pemasaran melalui internet meningkat secara drastik, perniagaan konvensional lebih menumpukan cara pemasarannya melalui khidmat jurujual ataupun pegawai pemasaran yang dilantik untuk memasarkan produk mereka. Kebolehan yang mereka kuasai seolah-olah menjadi nadi bagi
17

BPME 1013 Asas Keusahawanan 200859

sesuatu firma perniagaan. Bagi firma perniagaan yang lebih besar, kaedah pemasaran seperti pengiklanan juga dibuat melalui media-media massa seperti di akhbar, majalah mahupun pengiklanan melalui televisyen. Kesemua ini memakan kos yang tinggi dan mempunyai kos penyelenggaraan yang sentiasa berulang. Ramai yang tidak menyedari bahawa internet dijadikan medium baru perniagaan bagi para usahawan di luar sana. Di antara kelebihan-kelebihan memasarkan produk dan perkhidmatan melalui internet adalah seperti: i. Melibatkan kos operasi yang begitu minimum dan jauh lebih murah seperti kos yang melibatkan promosi dan pengiklanan. Pemasaran internet melalui kemudahan online seperti Ezine dan e-Classified dapat digunakan secara meluas di internet. ii. Perniagaan boleh dibuka selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun dan ia juga boleh dilakukan secara automatik (autopilot) bergantung kepada jenis perniagaan yang dijalankan. iii. Mampu menarik pelanggan dari seluruh dunia dan seterusnya dapat mencapai pasaran ke peringkat global dengan mudah dan berkesan. iv. Pemasaran internet hanya perlu menggunakan sebuah laman web yang dibangunkan. Infrastruktur ini perlu dibangunkan bagi tujuan menjual dan ia hanya memerlukan nama domain dan alamat emel sahaja. v. Pemasaran internet membina akses secara langsung kepada pelanggan yang berpotensi. Seterusnya, anda dapat berkomunikasi dengan bakal pelanggan anda dengan cara menghantar email dan bercakap kepada mereka. 5.2.1 Strategi Pemasaran Melalui Internet Memasarkan sesuatu produk atau perkhidmatan melalui internet tidaklah semudah yang disangkakan. Ia memerlukan pengetahuan dan pengalaman yang mencukupi selain dari kegigihan dan sifat tidak mudah berputus asa. Kejayaan sesebuah perniagaan internet adalah bergantung kepada bagaimana perniagaan tersebut dibangunkan dan melaksanakan pelan strategi. Tiga perkara penting yang perlu difikirkan untuk

18

BPME 1013 Asas Keusahawanan 200859

dimuatkan di dalam pelan strategi bagi sesebuah organisasi seperti koperasi yang ingin memulakan pemasaran melalui internet. Perkara tersebut adalah seperti berikut: i. Mengenal pasti produk atau perkhidmatan yang ingin dihasilkan

Menghasilkan satu produk atau perkhidmatan yang terbaik bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang disangkakan. Produk atau perkhidmatan yang ingin diperkenalkan mestilah sesuatu yang unik dan bukan sesuatu produk yang hampir sama di luar. Produk seperti perisian komputer, perkhidmatan maklumat, laman peribadi dan perkhidmatan internet merupakan antara produk dan perkhidmatan yang laris di pasaran. Sebelum membangunkan sebarang produk, buat kajian terperinci dengan mencari apa yang pelanggan inginkan secara khusus. ii. Membangunkan Laman Web

Setelah membangunkan produk yang terbaik, langkah seterusnya adalah membangunkan laman web yang secara spesifiknya akan dapat digunakan untuk menjual produk atau perkhidmatan. Penggunaan bahasa dan perkataan yang sesuai merupakan alat pemasaran yang sangat berkuasa sehingga pelawat yang melawat laman web boleh bertukar menjadi pelanggan baru organisasi. Untuk membangunkan sebuah laman web yang berkualiti dan boleh menjual produk dan perkhidmatan, sesebuah organisasi seperti koperasi perlu memastikan laman web tersebut adalah lengkap. iii. Mempromosikan Laman Web perancangan yang menyeluruh dan berkesan untuk

Untuk Meningkatkan Laluan (Traffic) Perancangan yang koperasi buat mestilah merangkumi membolehkannya berjaya. Memilih strategi yang sesuai akan menyebabkan traffic laman web koperasi dapat dikembangkan dengan cepat. Antara strategistrategi yang boleh digunakan untuk memasarkan produk atau perkhidmatan koperasi 6.0 CADANGAN KEPADA PENGUSAHA PRODUK PERUSAHAAN KECIL DAN

SEDERHANA (PKS)

19

BPME 1013 Asas Keusahawanan 200859

Berdasarkan kepada hasil dapatan, pengguna berpuas hati terhadap produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), namun penambahbaikan sangat perlu agar produk ini mendapat berjaya di pasaran. Penyelidik mengemukakan cadangan penambahbaikan terhadap produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berdasarkan kepada kepuasan pengguna. 6.0.1 Pengaplikasian Konsep Relationship Marketing Dalam konsep relationship marketing, pemasaran bukan hanya bermula pada peringkat produk, sebaliknya merangkumi keseluruhan aktiviti yang melibatkan keseluruhan pekerja dalam organisasi membina dan mengekalkan hubungan yang berterusan, saling berinteraksi dengan pelanggan (Groonroos, 1994). Relationship marketing lebih menfokuskan kepada kaedah untuk membangun dan mengekalkan pelanggan yang telah sedia ada berbanding menarik pelanggan yang baru. (Zineldin dan Philipson, 2007). Ini bermaksud, dalam mengaplikasikan strategi relationship marketing, pihak pengusaha produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu mencipta kelainan dalam produk yang dikeluarkan. sasaran pasaran produk perlu ada untuk demografi pengguna yang berbeza-beza dari segi umur. sebagai contoh, berdasarkan pemerhatian penyelidik, pengusaha cenderung mengeluarkan produk turun temurun dan mengikut kepakaran yang ada seperti pembuatan kerepek dan kuihmuih. melalui strategi relationship marketing, penyelidik mencadangkan supaya produk yang dikeluarkan ini menumpukan kepada sasaran pengguna seperti makanan untuk kanak-kanak, golongan bekerjaya dan sebagainya. 6.0.2 Penambahbaikan Produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Hasil analisis mendapati hubungan antara produk dengan kepuasan pengguna adalah lebih kuat berbanding dimensi-dimensi lain. Tidak dinafikan, produk makanan dan minuman mempunyai persaingan yang sengit di pasaran kerana makanan dan minuman merupakan keperluan asas dalam kehidupan pengguna. Justeru, pelbagai kaedah boleh dilaksanakan bagi meningkatkan imej produk makanan dan minuman perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menarik minat pengguna. Pada cadangan penyelidik, produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu mempunyai jenama yang kukuh dan dapat menarik minat pembeli. Menurut Krake (2005), kebanyakan pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tidak mementingkan pengurusan jenama produk mereka. Ini
20

BPME 1013 Asas Keusahawanan 200859

kerana, kesedaran terhadap jenama. Tidak menjadi keutamaan pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam menetapkan perbelanjaan pemasaran. Selain itu juga, pembungkusan (packaging) produk makanan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) juga adalah penting. Lazimnya, apabila memperkatakan mengenai produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), apa yang tercetus di minda masyarakat adalah berkaitan produk seperti kerepek, keropok yang mempunyai pembungkusan dalam plastik jernih. Walaupun mempunyai rasa yang lazat, namun kadangkala kaedah pembungkusan menyebabkan produk mudah menjadi rosak. Ini disokong oleh hasil kajian yang menunjukkan terdapat kerosakan dalam produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mereka beli. Berdasarkan kepada kajian, pengguna amat mementingkan kualiti produk makanan dan minuman yang mereka beli. Oleh yang demikian, penyelidik mencadangkan agar kualiti produk makanan dan minuman perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dititikberatkan oleh pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Melalui pembungkusan yang menarik dan kukuh, ini akan dapat meyakinkan pengguna untuk membeli produk mereka. 6.0.3 Penambahbaikan Promosi Produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Produk makanan dan minuman mempunyai banyak pilihan di pasaran. Pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terpaksa bersaing meletakkan produk mereka standing dengan syarikat antarabangsa di pasaran. Oleh itu, penyelidik mencadangkan supaya strategi promosi diperluaskan lagi. Pada masa kini, terdapat pelbagai kaedah bagi mempromosikan makanan dan minuman. Tidak dinafikan, kos untuk pengiklanan di media massa seperti di televisyen memerlukan kos yang sangat tinggi. Bagi pengusaha berskala mikro dan kecil, mereka tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi. Justeru, pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) boleh mengaplikasikan kaedah Integrated Marketing Communications (IMC) yang menyediakan tapak atau jaringan kepada pengguna untuk berhubung. Sebagai contoh, pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) boleh mencipta laman sesawang untuk perniagaan mereka sendiri seperti Facebook dan My Space. Pada masa kini, pengguna semakin terdedah
21

BPME 1013 Asas Keusahawanan 200859

dengan aplikasi hiburan bersama teman-teman menggunakan alam siber. Melalui penciptaan laman sesawang ini, pengguna akan lebih dekat dengan produk makanan dan minuman perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) juga akan dapat maklum balas daripada para pengguna. Kos untuk mengiklankan produk mereka di lama sesawang ini juga adalah sangat murah dan berbaloi kepada pengusaha PKS. 6.0.4 Penambahbaikan Pengedaran Produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Berdasarkan hasil kajian, terdapat segelintir pengguna yang mengalami masalah untuk mendapatkan bekalan makanan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mereka ingini di pasaran. Oleh itu, pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu meluaskan jaringan penghantaran bekalan makanan mereka. Pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) juga perlu menghantar bekalan yang konsisten supaya pengguna mudah mendapatkan produk di pasaran. Di samping itu, peruncit juga memainkan peranan dalam menentukan kepuasan pengguna. Layanan dan perkhidmatan yang diberikan terhadap pengguna akan mendorong mereka untuk terus setia terhadap produk yang mereka beli. Selain itu juga, pengusaha perlu memilih saluran pengedaran yang tepat agar produk makanan dan minuman yang mereka jual sampai ke pengguna dengan lebih mudah. Terdapat beberapa sebab pentingnya pemilihan saluran pengedaran yang betul. Pertama, pengguna akan dapat memperolehi produk makanan dan minuman perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan mudah kerana bekalan yang mereka inginkan mudah diperolehi. Selain itu, ini akan dapat menjamin kualiti produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kerana dapat mengurangkan risiko kerosakan produk makanan yang diedarkan. 6.1 Strategi Peningkatan Keupayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)

Bagi meningkatkan keupayaan prestasi kewangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), beberapa cadangan dikemukakan dan antara cadangan yang dikenalpasti adalah sebagaimana berikut:i. Kerjasama Strategik

22

BPME 1013 Asas Keusahawanan 200859

Kerjasama boleh diadakan sama ada antara perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) atau perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan pihak ke tiga iaitu swasta atau kerajaan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan atau R&D. Kerjasama yang dijalankan boleh dilakukan melalui program pemadanan perniagaan (business matching) atau usahasama. Kerjasama sebegini, sudah pastinya banyak memberi kelebihan kepada koperasi kerana ia membolehkan kekuatan yang ada pada koperasi seperti modal, kekuatan keanggotaan, jaringan serta saiz pasaran yang luas digabungkan dengan kepakaran, pengalaman dan imej baik yang dimiliki oleh pihak swasta dan usahawan-usahawan. Pengabungan dari segi kepakaran dan juga keupayaan koperasi dalam program sebegini bukan saja akan memberi peluang kepada koperasi untuk menerokai bidang perniagaan yang lebih berpotensi, tetapi juga member ruang untuk koperasi untuk memposisikan kedudukan mereka di pasaran terbuka. Usaha sama juga boleh dilakukan dengan menyarankan semua koperasi mempersetujui menggunakan kemudahan atau perkhidmatan yang disediakan oleh koperasi. Sekiranya koperasi mempunyai hotel atau rumah penginapan, semua anggota koperasi di Malaysia wajar menggunakan kemudahan tersebut dan lain-lain perkhidmatan yang bersesuaian. Agensi-agensi kerajaan juga digalakkan atau diwajibkan menggunakan perkhidmatan atau kemudahan yang dijalankan oleh koperasi. Impaknya, perkhidmatan yang disediakan oleh koperasi bukan sahaja untuk koperasi tersebut tetapi untuk semua anggota koperasi termasuk kakitangan kerajaan dan pihak swasta digalakkan menyokong usaha ini. ii. Peningkatan Pengurusan Pengukuran kejayaan sesebuah organisasi bukan hanya disebabkan oleh kecekapan dalam mengurus kewangan, pentadbiran dan sumber manusia sahaja tetapi keuntungan yang diagihkan harus juga saksama antara perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kakitangan, anggota dan komuniti serta sekali gus membawa kepada kewujudan masyarakat yang baik. Pihak pentadbiran iaitu pengurus dan kakitangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) juga mempunyai peranan yang tidak kurang pentingnya. Mereka seharusnya bekerja
23

BPME 1013 Asas Keusahawanan 200859

dengan profesional dan boleh mengesan sebarang simptom atau tanda yang tidak selaras pada penyata kewangan kerana tanpa koperasi tersebut, mereka mungkin akan kehilangan pekerjaan. Jika perusahaan kecil dan sederhana (PKS) beroleh pendapatan yang baik, tempiasnya juga akan dapat mereka kecapi. Justeru, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu meningkatkan keupayaan pengurusan pentadbiran secara profesional agar mereka mampu mengendalikan koperasi dengan lebih cekap dan pantas. Mereka boleh membantu dengan mengadakan kerjasama antara perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang lain seperti mengendalikan perkhidmatan audit, akaun, teknologi maklumat dan lain-lain lagi. iii. Peranan Agensi yang Menyelia Koperasi Agensi-agensi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam gerakan koperasi perlu memperhalusi isu ini dan sama-sama memikirkan strategi bagi meningkatkan kualiti modal insan dalam koperasi secara terancang dan berterusan. Akhirnya dengan cara apa sekalipun kita mahu melaksana dan menjayakan agenda pembangunan modal insan, khususnya dalam gerakan koperasi di mana perkara paling penting yang perlu diberikan perhatian ialah penghijrahan minda dan kekuatan budaya ilmu. Ini adalah kerana keupayaan minda dan kekuatan budaya ilmu merupakan elemen yang kritikal dalam menentukan kesinambungan kejayaan kepada sesuatu negara, bangsa mahupun organisasi. Kecergasan minda dan berkemahiran berfikir serta didokong dengan berkemahiran berkomunikasi akan membantu koperasi untuk menjadi pemikiran positif bagi mempertingkatkan lagi usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). iv. Pelan Strategik Koperasi Semua koperasi perlu mempunyai Pelan Strategik sebagai garis panduan untuk merancang masa depan koperasi. Pelan ini akan membuat anjuran sama ada aktiviti yang sedang atau akan dijalankan mempunyai potensi untuk menjana pendapatan yang memberangsang. Pelan ini merupakan rujukan untuk lain-lain pelan seperti Pelan Strategik ICT, Pelan Pemasaran dan Pelan Sumber Manusia. 7.0 KESIMPULAN

24

BPME 1013 Asas Keusahawanan 200859

Kesimpulannya, kajian menunjukkan produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mempunyai potensi yang besar untuk diperkembangkan pada masa hadapan. Ini kerana, secara umumnya pengguna berpuas hati terhadap strategi campuran pemasaran produk PKS. Namun masih banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan supaya produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan terus bertahan di pasaran. Justeru, aktiviti pemasaran perlu dipertingkatkan lagi pada masa hadapan. Kerajaan telah menyediakan banyak insentif bagi meningkatkan produktiviti perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Pengusaha perlu merebut peluang yang ada agar produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dapat bersaing standing dengan jenama terkemuka lain. 8.0 RUJUKAN

Fozian Ismail. (2001). Peluang dan Cabaran Mada Depan Industri Pembuatan Dalam Era Globalisasi. Kertas Kerja yang dibentangkan di Konvensyen IKS: Persediaan Ke Arah Perdagangan Global Menjelang AFTA 2003, Kota Bahru, Kelantan. Siri Modul Kendiri PJJ. (2004). Asas Keusahawanan, Edisi Pertama. Universiti Utara Malaysia, PACE. Sridar, K. S. & Sridar V. (2004). Telecommunications infrastructure and economic Growth: Evidence from Developing Countries.Journal of Regional Analysis and Policy, 33(1): 1-25. Ismail Mohd. Salleh. 1989. Industri-industri Kecil. AMK Interaksi Sendirian Berhad. Malaysia. 2001. Rancangan Malaysia Ke-Lapan (RMK-8). Kuala Lumpur, Pencetaka Nasional Berhad. Malaysia. 2001. Taburan Penduduk Mengikut Kawasan Pihak Berkuasa Temapatan dan Mukim. Jabatan Perangkaan Malaysia Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. (2010). Memperkasa Tekad Keusahawanan Pelajar. Universiti Putra Malaysia. Zimmerer, W.T, & Scarborough, N.M. (2005). Essentials of Entrepreneurshipand Small Business Management, Pearson Prentice Hall,International. Wan Mohd Nazif & Fazilah Ibrahim. (2005). Formula Menjadi Usahawan Berjaya. PTS Professional. Ainon Mohd.(2007). Memulakan Business Sendiri, Edisi Kemas Kini. PTS Professional.

25