Anda di halaman 1dari 4

Nur Ramadhilfitri bin Ishak @ Zakaria 123919

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya saya masih dipanjangkan usia untuk menyiapkan tugasan Kerja Kursus Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu BMM3108 ini. Tidak lupa sekalung penghargaan saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing, Tuan Haji Nik Harun Aminarrashed bin Nik Mahmood atas segala sumbangan dan tunjuk ajar yang diberikan. Tidak lupa juga terima kasih kepada pasangan saya, saudara Wan Mohd Hanafi bin Wan Mustaffa kerana memberikan komitmen dan sumbangan yang amat besar dalam menjayakan tugasan ini. Semasa menjalankan kerja kursus ini, banyak masalah dan ilmu baru yang telah saya peroleh. Sewaktu mendapat soalan tugasan, saya terbayang dan berfikir di manakah saya mahu merakam video yang panjangnya 10 hingga 15 minit. Setelah puas berfikir, saya mengambil keputusan untuk mencari video-video di laman sesawang. Banyak pilihan yang boleh dilakukan dan saya dan pasangan saya bersepakat memilih dialek Terengganu sebagai bahan tugasan kami. Selain itu, saya masih ingat semasa saya cuba mencari contoh-contoh fonem, saya mengambil masa yang agak lama berikutan proses memasukkan fonem-fonem ini agak merumitkan. Setelah agak lama, kawan saya menyatakan bahawa fonem-fonem tersebut boleh ditulis dengan cepat dan mudah sekiranya kita menetapkan shortcutnya terlebih dahulu. Setelah itu, saya cuba mengikuti nasihatnya dan terbukti proses penulisan fonem-fonem ini menjadi sangat mudah. Tugasan ini juga memberi faedah kepada saya apabila saya belajar tentang kepayahan dan kejerihan dalam mencari bahan-bahan tugasan. Bagi saya, semakin sukar bagi seseorang mencari bahan yang diinginkan, semakin berhargalah ilmu yang diperoleh. Selain melatih sikap sabar, tugasan ini setidak-tidaknya melatih sikap tanggungjawab dan kerjasama antara pasangan. Jika tugasan ini dijalankan secara individu, sikap kerjasama dan tanggungjawab mungkin sukar untuk diterjemahkan dalam bentuk perbuatan. Namun, dengan berpasangan, nilai-nilai ini boleh diterapkan dengan sendirinya.

Segala masalah, keburukan dan kebaikan semasa menjalankan tugasan saya anggap sebagai latihan dalam menjadi seorang guru. Bagi saya tanpa masalah-masalah ini, kita tidak akan tahu sejauh manakah kehebatan dan kesediaan kita untuk menjadi seorang guru yang berkualiti kelak. Tuntasnya, saya sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Tuan Haji Nik Harun Aminarrashed bin Nik Mahmood dan saudara Wan Mohd Hanafi bin Wan Mustaffa atas segala penat lelah yang telah dicurahkan dalam menjayakan tugasan ini. Tidak lupa juga sekalung penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Sesungguhnya jasa kalian besar impaknya. Assalamualaikum w.b.t

WAN MOHD HANAFI BIN WAN MUSTAFFA 910615-03-5967 123931 Setelah selesai melaksanakan tugasan ini, banyak faedah dan manfaat yang saya dapat daripadanya. Melalui penghasilan kerja kursus ini, saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut dan terperinci tentang cara menghasilkan bunyi konsonan bahasa Melayu. Apabila selesai membuat tugasan ini, barulah saya mengetahui bahawa terdapat banyak cara untuk menghasilkan bunyi konsonan bahasa Melayu. Di samping itu, tugasan ini juga turut menekankan kepada aspek keilmuan. Saya berkata begitu kerana melalui tugasan ini saya dapat menimba ilmu pengetahuan baru tentang maklumat-maklumat yang saya perolehi semasa membuat kerja kursus. Contohnya, saya dapat banyak ilmu dalam mendiskusi tentang simbol fonetik, artikulasi tambahan, fonem segmental dan supra segmental dalam bahasa Melayu. Ini kerana tugasan yang diberikan berpandukan peringkat-peringkat tersebut. Ianya juga dapat mencungkil idea daripada minda saya sendiri untuk menghurai setiap asapek tersebut. Tugasan ini dapat membiasakan saya dengan pencabahan ilmu atau idea yang baru dalam melaksanakan sesuatu tugasan pada masa yang akan datang. Sebelum ini saya tidak mengetahui secara mendalam tentang simbol fonetik, artikulasi tambahan, fonem segmental dan supra segmenta tetapi sekarang ianya menebal di dalam minda saya. Maksudnya di sini, saya dapat menerangkan semula tanpa merujuk buku untuk menerangkan kepada orang lain tentang hal-hal yang berkaitan dengan perlembagaan. Secara tidak langsung, saya dapat memperbaiki dan menambah baik dari segi pengetahuan am saya dan seterusnya dapat menjadi seorang individu minda kelas pertama. Tambahan lagi, tugasan ini juga dapat meningkatkan keyakinan diri saya untuk berkomunikasi dengan masyarakat. Ini kerana saya dikehendaki menemuramah dengan responden untuk mendapatkan cerita binatang, cerita asal-usul atau cerita jenaka. Saya telah menemuramah beberapa orang responden untuk mendapatkan maklumat berkaitan cerita binatang. Melalui kerja kursus ini juga, saya dapat mempelajari cara mentranskripsi lambang fonemik pada setiap perkataan berdasarkan petikan cerita. Oleh itu, saya dapat

mengaplikasikan simbol-simbol fonetik dalam mentranskripsikan petikan cerita tersebut.

Di samping itu, manfaat yang saya perolehi sepanjang proses menyiapkan tugasan ini ialah saya dapat merancang masa yang ada dengan baik. Hal ini demikian kerana, saya perlu menggunakan masa yang diberikan dengan baik supaya dapat menyiapkan tugasan pada masa yang ditetapkan dan dapat menghasilkan tugasan dengan lebih berkualiti. Oleh itu, saya perlulah menggunakan masa yang diberikan dengan sebaiknya dan alhamdullillah kerana saya mempunyai masa yang mencukupi hasil daripada perancangan masa yang dilakukan. Malah, dengan masa yang diberikan ini juga memberikan saya peluang untuk mencari maklumat yang pelbagai dari berbagai bahan sumber seperti pusat sumber, internet, buku rujukan dan sebagainya. Tambahan lagi, pensyarah dan rakan-rakan banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Melalui kolaborasi dengan pensyarah, saya dapat gambaran dan caracara untuk menghasilkan tugasan yang terbaik yang mengikut format-format yang telah ditetapkan. Tugasan ini juga turut mengajar saya untuk menghargai masa yang ada dan tidak membazirkan masa yang ada untuk perkara yang tidak berfaedah. Ini penting terutamanya saya sebagai seorang bakal guru pada masa akan datang agar menepati masa yang telah ditetapkan dan selalu bersikap berdisiplin agar dapat menjadi contoh kepada murid-murid. Secara keseluruhannya, tugasan ini membawa banyak faedah kepada saya dalam pelbagai aspek dan menjadikan saya seorang yang lebih peka dalam pembelajaran. Tambahan lagi, tugasan ini amat berjaya bagi saya. Ini kerana saya telah faham sepenuhnya tentang isi tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Saya harap ilmu yang saya perolehi ini tidak saya persia-siakan begitu sahaja. Saya akan menfaatkan ilmu ini untuk di curahkan kepada bakal anak-anak murid saya kelak.

Anda mungkin juga menyukai