Anda di halaman 1dari 21

Definisi Terapi dalam Pendidikan Khas Secara umumnya, topik ini membicarakan kepada penggunaan terapi dalam Pendidikan

Khas. Segalapengetahuan dan kemahiran kaedah terapi ini disampaikan kepada pelajar secara teori dan amali. Selain itu,menumpukan kepada perancangan aktiviti terapi fisio dan terapi cara kerja membentuk strategi pelaksanaan,dan melatihkemahiran terapi muzik, nyanyian, pergerakan kreatif, drama dan kemahiran seni. Latihan kemahiranterapi ini dilaksanakan di dalam dan di luar institut. Terapi berasal daripada perkataan Greek iaitu "Therapeia" yang bermaksud satu perkhidmatan, satu kehadiran yang berkait dengan perkataan Greek (kata kerja) "therapeuo" yang bermaksud "i wait upon". Menurut kamus perubatan Mosby (2001) terapi didefinisikan dengan rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal. Definisi terapi dalam konteks pendidikan ialah kaedah untuk membantu seseorang murid untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Konsep terapi dalam konteks pendidikan ialah didasari dari konsep kepelbagaian kategori individu berkeperluan khas. Dengan itu, kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah dan ketidakupayaan pembelajaran mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor. Oleh yang demikian, terapi dalam pendidikan khas adalah salah-satu kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti-aktiviti dalam terapi dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran ke peringkat yang lebih tinggi.

Keperluan Terapi dalam Pendidikan Khas Kanak-kanak khas memerlukan terapi adalah untuk : Meransang kanak-kanak untuk bergerak-balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran Sebagai persediaan untuk belajar dari segimentel, fizikal, emosi dan sosialisasi Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial, dan psikomotor kanak-kanak bermasalah pembelajaran Sebagai motivasi kepada kanak-kanak Membina konsep kendiri Merangsang pengaliran darah danoksige

Kepentingan Terapi dalam Pendidikan Khas Terapi berkepentingan untuk : Meningkatkan kemahiran pengamatan Membantu untuk meningkatkan kemahiran bersosial murid Memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri Mengurangkan tekanan dan gangguan mental serta emosi Membantu serta merangsang pertuturan dan komunikasi Merangsang pemikiran dan kreativiti murid Membantu perkembangan fizikal dan tubuh badan Membantu untuk meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan

terapi fisio

terapi cara kerja terapi fisio


terapi muzik dan nyanyian terapi seni visual terapi hidro

Jenis-jenis terapi

terapi pergerakan kreatif

terapi main terapi aroma terapi herba terapi ozon terapi alternatif terapi floortime terapi pasir terapi haiwan terapi snoozeland

Terapi Hidro (Air)


Pemilihan program rekreasi renang/hidroterapi bagi murid-murid Program Pendidikan Khas adalah bagi memberi peluang kepada murid-murid bermasalah pembelajaran menjalani aktiviti dan program yang sama seperti murid-murid normal yang lain. Program yang dirancang biasanya merupakan program awalan atau permulaan renang. Murid diajar berenang dan bermain air di dalam kolam yang cetek. Kawasan yang paling dalam di kolam tersebut berukuran 1 meter. Terapi hidro di lihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar dan halus serta mental murid dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja. Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu murid tenang walaupun pada permulaannya sesetengah murid akan berasa takut untuk masuk ke dalam air. Perkara ini dapat diatasi dengan membawa murid ke kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan yang lebih dalam. Secara tidak langsung ianya telah melatih membina keyakinan diri murid-murid "water confidence". Melalui terapi seumpama ini, ianya dapat

memantapkan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktivi seperti regangan seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan jantung serta otot-otot rangka

Definisi Terapi Hidro Menurut Lees, T. (2007) menyatakan air mempunyai kualiti yang unik yangm embuatkan ianya hampir sempurna sebagai persekitaran atau medium untuk melakukan aktiviti kecergasan. Oleh itu, Hidroterapi didapati sesuai untuk

perkembangan fizikal dan pergerakan motor kasar dan motor halus serta mental muridmurid berkeperluan khas di mana segala otot-otot dan otak mereka dapat dirangsang, pergerakan dalam air lebih mudah dan bebas, serta tidak dibebani seperti keperluan alat sokongan yang menghadkan pergerakan.

Konsep Terapi Hidro Hidroterapi didapati sesuai untuk perkembangan fizikal dan pergerakan motor kasar dan motor halus serta mental murid-murid berkeperluan khas di mana segala otot-otot dan otak mereka dapat dirangsang, pergerakan dalam air lebih mudah dan bebas,serta tidak dibebani seperti keperluan alat sokongan yang menghadkan pergerakan. Imbangan dalam air bukanlah masalah utama.Oleh itu lebih banyak pergerakan dapat dilakukan dan daya penumpuan individu dapat dipertingkatkan dan masalah tingkahlaku didapati tidak seperti lazimnya. Ini disebabkan oleh ransangan air secara semulajadi. Walaubagaimanapun, murid berkeperluan khas mungkin mengalami sedikit rasa takut dengan air. Di sinilah guru memainkan peranan membantu dalam membina keyakinan diri. Hasilnya murid-murid akan dapat membina konsep diri yang positif melalui aktiviti hidroterapi ini. Melalui hidroterapi juga, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal melalui pelbagai aktiviti seperti regangan, melembutkan sendisendi, meningkatkan daya ketahanan otot-otot dan jantung. Banyak aktiviti dan pergerakan yang tidak dapat dilakukan di darat dapat dipraktikkan di dalam air. Dalam hubungan ini, hidroterapi dapat meneroka pergerakan-pergerakan yang boleh dilakukan oleh murid. Bagi sesetengah murid, mereka didapati lebih berkeyakinan di air berbanding di darat. Kejayaan sesuatu program pengajaran bergantung pada prosedur pengajaran yang jelas, sokongan dan garis panduan yang diberi. Walau bagaimanapun garis panduan adalah sama untuk semua, hanya penyesuaian dan modifikasi diperlukan terhadap individu berkeperluan yang unik ini.

Tujuan Terapi Hidro Aktiviti berenang dapat memberi keseronokan dan menggembirakan murid-murid bermasalah pembelajaran ketika berada di dalam kolam atau air di samping dapat membentuk sikap kerjasama dengan rakan-rakan mereka. Ia juga membolehkan

murid-murid bermasalah pembelajaran memperolehi kemahiran renang sama seperti murid-murid normal. Selain itu, renang juga merupakan salah satu latihan terapi (Hidroterapi/Terapi Air) bagi murid istimewa. Objektif Terapi Hidro Memberi keseronokan dan menggembirakan murid-murid bermasalah pembelajaran ketika berada di dalam kolam atau air. Dapat membentuk sikap kerjasama dengan rakan-rakan mereka Membolehkan murid-murid bermasalah pembelajaran memperolehi kemahiran renang sama seperti murid-murid normal. Aktiviti renang juga merupakan salah satu latihan latihan terapi (Hidroterapi/Terapi Air) bagi murid-murid Pendidikan Khas Menanam keyakinan dan keberanian dalam diri mereka untuk berada dalam air. Memberi pendedahan kepada persekitaran dan masyarakat sekitar ketika melakukan aktiviti air. Mengurangkan tekanan dan gangguan mental serta emosi Dapat membantu murid membina konsentrasi, sabar, dan berdisiplin tinggi ketika bermain aktiviti air.

Kepentingan Terapi Hidro Menghilangkan Tekanan Pergerakkan bebas di dalam air menjadikan murid-murid seronok. Ransangan semulajadi air memberi ketenangan kepada mereka dan menghilangkan tekanan dalam diri. Merangsang Pertuturan Keseronokan bermain air bersama rakan-rakan melatih mereka berkomunikasi di antara mereka. Interaksi antara jurulatih atau pakar terapi amat diperlukan ketika sesi latihan secara tidak langsung menggalakkan komunikasi mereka. Latihan ini sangat berkesan kepada kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan dan autisme. Simulasi sistem otak Penumpuan untuk melakukan pergerakan anggota badan dalam air merangsang system otak untuk merancang pergerakan tersebut. Kanak-kanak atau murid pendidikan khas dapat melatih fungsi otak menjadi lebih aktif, kepentingan ini sangat bermanfaat untuk kanak-kanak dari kategori slow learner atau lembam. Membina Keyakinan Diri Keyakinan diri dapat dibentuk melalui latihan ketika berada di dalam air. Muridmurid yang ketakutan berada di dalam air di beri latihan secara berperingkat untuk meningkatkan keyakinan diri dari semasa ke semasa. Aktiviti menyentuh dan bermain air di kawasan cetek antara langkah permulaan mengatasi perasaan takut. Mempertingkatkan Kreativiti Murid Murid akan menjadi lebih kreatif dengan melakukan pelbagai gerakan di dalam air. Alat bantuan permainan di sekitar kawasan air boleh membantu mereka berfikir cara untuk bermain dan merangsang pemikiran menjadi lebih kreatif. Ini juga bagus terutama untuk mereka yang Slow learner atau lembam.

Melatih Kawalan Diri Kanak-kanak hyperaktif akan dapat melatih diri mengawal pergerakan badan sewaktu berada di dalam air. Tingkah laku mereka yang sukar dikawal akan dapat dikurangkan jika mereka diberi latihan terapi ini secara berterusan. Ini adalah kerana pergerakan di dalam air memaksa mereka mengawal setiap pergerakan dengan lebih berhati-hati. Kawalan diri untuk melawan perasaan takut juga dapat dicapai melalui terapi ini. Melatih sikap bekerjasama Pergerakan secara berkumpulan membantu membentuk sikap tolong- menolong di antara satu sama lain. Kesukaran rakan-rakan untuk melakukan pergerakan atau perasaan takut mereka berada di dalam air dapat diatasi dengan sokongan rakan-rakan yang lain. Meningkatkan kesabaran Kesabaran untuk cuba melakukan pergerakan-pergerakan tertentu terutama bagi murid-murid yang gagal menguasai pergerakan motor kasar dan motor halus mereka dengan sendiri akan melatih diri mereka berusaha dengan lebih gigih sehingga berjaya melakukan pergerakan yang dikehendaki. Melatih daya pengamatan dan koordinasi badan Pergerakan di dalam air memerlukan pengamatan yang tinggi. Mereka perlu focus dengan keadaan sekeliling terutama kedalaman air untuk memudahkan mereka melakukan pergerakan yang sesuai mengikut kedalaman air. Selain itu juga, koordinasi badan dengan anggota badan yang lain berlaku secara serentak, maka secara tidak langsung murid yang bermasalah mengawal pergerakan badan dan anggota lain dilatih untuk melakukan pergerakan.

Panduan Keselamatan Sebelum menjayakan aktiviti renang untuk murid-murid pendidikan khas ini, faktor yang paling penting dan perlu diambil kira adalah factor keselamatan. Kita melihat factor keselamatan ini dalam sudut ketidakupayaan fizikal dan tahap ketidakupayaan intelektual murid-murid tersebut. 1. Ketidakupayaan Fizikal Guru hendaklah berada di dalam air dan bersedia untuk menerima murid ke dalam kolam. Semasa berada di dalam air hendaklah dalam kedudukan berdiri dengan kaki terbuka dan kepala berada di atas paras air. Gunakan bahagian atas badan untuk mengawal imbangan dan sentiasa apungkan badan. Elakkan daripada menunjukkan perasaan bimbang kepada murid sewaktu berada di dalam air kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi bimbang dan takut. Guru perlu sentiasa bercakap dan memberi galakkan kepada murid semasa mereka hendak masuk ke dalam air. Eye Contact boleh membantu membina keyakinan murid. Latihan hendaklah dimulakan dengan memasuki kawasan sudut kolam yang cetek. 2. Ketidakupayaan Intelektual Ketidakupayaan intelek juga dialami oleh murid pendidikan khas di mana tahap tumpuan yang singkat menyebabkan maklumat yang diberi tidak dapat disimpan dengan sempurna. Oleh itu, penjelasan guru perlulah ringkas dan tepat. Ada muridmurid pendidikan khas yang kurang persepsi kemahiran motor dan persepsi mengenai jarak atau kedalaman kolam renang. Maka persepsi yang tepat dan betul perlu disampaikan kepada mereka. Guru juga harus ingat bahawa murid-murid pendidikan khas tidak mempunyai pencapaian kemahiran yang sama, namun pada satu keadaan atau ketika mereka mungkin boleh menguasainya.

Aktiviti Rekreasi Renang/Hidroterapi Pendahuluan Memanaskan badan dan meregangkan otot. Mengenakan jaket keselamatan/pelampung Isi Pelajaran Bermain-main di tepi air. Murid masuk ke dalam kolam dengan bantuan guru dengan cara yang betul Guru membantu murid mengadakan aktiviti-aktiviti apungan. Melakukan aktiviti berjalan di dalam kolam dengan bantuan guru. Aktiviti renang dengan bantuan guru. Aktiviti renang bebas menggunakan bola dengan pemerhatian guru. Murid keluar daripada kolam dengan menggunakan kaedah tertentu Penutup Aktiviti kelonggaran dan regangan tangan dan kaki. Mengemaskan dan membersihkan diri.

Masalah Perlaksanaan Terapi Hidro Ketidakupayaan intelek juga dialami oleh murid pendidikan khas di mana tahap tumpuan yang singkat menyebabkan maklumat yang diberi tidak dapat disimpan dengan sempurna. Oleh itu, penjelasan guru perlulah ringkas dan tepat. Ada muridmurid pendidikan khas yang kurang persepsi kemahiran motor dan persepsi mengenai jarak atau kedalaman kolam renang. Maka persepsi yang tepat dan betul perlu disampaikan kepada mereka. Elakkan daripada memaksa murid pendidikan khas untuk masuk ke kawasan air yang lebih dalam. Selain itu, ada sesetengah murid yang fobia terhadap air. Ini menyukarkan guru. Guru juga harus ingat bahawa murid-murid pendidikan khas tidak mempunyai pencapaian kemahiran yang sama, namun pada satu keadaan atau ketika mereka mungkin boleh menguasainya.

Terapi Fisio
Pengenalan Kamus perubatan Mosby menyatakan bahawa terapi fisio atau terapi fizikal ialah rawatan ke atas ketidakupayaan pada seseorang individu dengan menggunakan agenagen fizikal dan pelbagai kaedah yang sesuai dengan pengertian fizikal. Misalnya, mengurut, manipulasi, latihan teraputik, penyejukan dan pemanasan (termasuk penggunaan gelombang pendek, gelombang mikro dan 'ultrasonic diathermy'), terapihidro, rangsangan menggunakan elektrik dan menggunakan cahaya. Kepelbagaian kaedah ini adalah sebagai satu cara memulihkan pesakit dan mengekalkan fungsi normal selepas mengalami sesuatu kecederaan atau penyakit. Fisio terapi adalah terapi yang dilakukan untuk membantu kanak-kanak

mengembangkan kemampuan motor kasar. Kemampuan motor kasar meliputi otot-otot besar pada seluruh tubuh yang memungkinkan tubuh melakukan pelbagai fungsi seperti berjalan, melompat, berlari, menendang, mengangkat, dan melempar bola. Aktiviti terapi fisio perlu dilakukan oleh ahli fisio yang berkemahiran sahaja dan hanya boleh diperolehi di pusat-pusat perubatan sahaja. Aktiviti terapi fizikal yang dilaksanakan adalah bergantung kepada permasalahan psikomotor yang berbeza pada seseorang individu. Namun begitu, sebagai seorang guru juga perlu mempunyai kemahiran untuk melaksanakan terapi fizikal yang mudah dan bersesuaian dengan murid bermasalah pembelajaran di sekolah Terapi fisio membantu seseorang kembali ke tahap fungsi fizikal tertinggi yang mampu dicapainya.

Kepentingan Terapi Fisio Terapi fisio sememangnya sangat efektif kepada murid-murid pendidikan khas kerana ianya mampu meningkatkan kemampuan otot-otot iaitu motor kasar dan motor halus termasuk koordinasi antara keduanya. Aktiviti-aktivti yang melibatkan otot-otot ini memerlukan masa yang lama dan perlu dilakukan berulang kali sehingga kemampuan otot menjadi matang dan murid boleh melakukan sendiri tanpa bantuan orang lain. Contohnya murid dapat berjalan, berlari dan melompat dengan kaedah yang betul. Selain daripada itu juga pemulihan bagi motor halus adalah sangat penting. Termasuk juga aktiviti-aktiviti yang melibatkan motor halus seperti memotong, menggunting, mencubit, meramas dan sebagainya. Latihan imbangan merupakan antara aktiviti yang dijalankan bagi membentuk keseimbangan badan seperti berjalan sebelah kaki, meniti diatas bangku dan sebagainya. Koordinasi kedua motor ini akan mampu meningkatkan kemampuan otak kiri dan kanan berfungsi dengan baik. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah menyambut bola dengan pelbagai saiz, mencantum puzzle dan sebagainya. Kesimpulannya kematangan kedua-dua motor halus dan kasar akan dapat

meningkatkan tahap kefungsian mereka dalam kehidupan seharian mereka. Aktiviti terapi ini juga dikatakan mampu meningkatkan daya pengamatan muridmurid pendidikan khas. Mereka memerlukan ketajaman pendengaran, penglihatan dan pemikiran supaya dapat berfungsi dengan baik. Secara tidak langsung murid-murid pendidikan khas ini dapat membuat perbandingan dan mencari persamaan dalam sesuatu aspek. Contohnya boleh memilih objek yang besar atau kecil, mampu mencari perbezaan dan membuat tafsiran. Pengamatan memerlukan rangsangan pelbagai deria supaya murid-murid pendidikan khas dapat membentuk konsep dengan betul. Oleh yang demkian aktiviti-aktiviti dalam terapi fizikal memberi impak yang besar dalam menghasilkan gerak balas terhadap pengamatan dan daya kosentrasi murid-murid pendidikan khas. Terapi fisio mampu membina keupayaan diri dan keyakinan yang tinggi. Muridmurid akan merasakan sendiri perubahan-perubahan yang mereka alami. Kesabaran

dan keinginan yang kuat untuk menjalani rawatan mampu mengubah persepsi diri dan rakan terhadap keupayaan dan kebolehan sendiri. Ini memberikan kesedaran dalam diri bahawa mereka juga mampu bersaing dengan rakan sebaya yang lain. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan menjadi pendorong atau motivasi kepada sesuatu yang lebih baik. Keazaman yang tinggi menjalani proses terapi membantu mereka membentuk kehidupan berdikari yang lebih baik. Mereka juga dapat bersosiolisasi dan berkomunikasi dengan baik bersama rakan sebaya. Keyakinan diri dapat meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan alatan dan rakan semasa menjalankan aktiviti terapi. Komunikasi yang baik mampu menggalakan mereka meluahkan perasaan dan bertukar-tukar pendapat. Mereka mampu bercerita mengenai aktiviti yang mereka jalani dan berkongsi keseronokan tersebut. Secara tidak langsung mereka dapat belajar dalam kumpulan dan mengamalkan nilai-nilai baik dalam kehidupan. Contohnya berkongsi alatan, bersifat sabar dan bekerjasama. Penerapan nilai-nilai baik ini akan menjadi panduan dalam kehidupan mereka. Rantaian nilai-nilai murni diharapkan dapat membentuk insan yang seimbang dan kepatuhan kepada peraturan serta mampu menjadi insan yang patuh kepada perintah Allah. Secara tidak langsung ianya akan meransang kepada pertuturan murid-murid pendidikan khas. Aktiviti terapi juga mampu mengubah tingkah laku murid-murid pendidikan khas. Contohnya sikap pendiam, tidak berminat untuk belajar, suka bersendirian, tidak fokus suka mengganggu dan sebagainya. Terutama sekali bagi murid Hyperaktif dan ADHD. Kemampuan memberikan ganjaran dan pujian semasa aktiviti yang dijalankan boleh meransang mereka mengubah tingkah laku. Bandura dan Walters mendapati bahawa kehidupan sehari-hari banyak tingkah laku yang dipelajari melalui contoh, teladan, dan melalui bahasa. Seandainya tingkah laku ini hendak dipelajari malalui Teori Pelaziman Operan atau Pelaziman Klasik maka sudah tentu kita akan mengambil masa yang cukup banyak bagi menguasai semua tingkah laku yang ada pada diri kita hari ini dan kita mungkin tidak akan mempunyai himpunan tingkah laku sebanyak yang kita ada pada hari ini (Amir Awang, 1989). Oleh yang demikian melalui aktiviti-aktiviti terapi murid akan terikat dengan jadual dan peraturan yang perlu dipatuhi. Pelaziman ini akan

memberikan kesan kepada mereka sekiranya aktivti-aktiviti yang dilakukan mampu memberikan ransangan kepada mereka mengamalkan tingkah laku yang baik. Aktiviti terapi fizikal ini juga turut membantu perkembangan fizikal dan tubuh badan mereka. Terutama sekali yang melibatkan otot-otot motor kasar. Contohnya dapat berjalan dan melompat dengan betul bila keseimbangan badan dapat dibentuk dengan baik. Kelembutan dan kelenturan otot-otot semasa melakukan aktiviti berkuda akan membantu menguatkan tubuh badan dan bahagian sendi-sendi. Ramai dalam kalangan murid pendidikan khas ini tidak mempunyai kesempurnaan dalam perkembangan fizikal. Oleh yang demikian latihan yang berterusan akan mampu membentuk tubuh badan yang sihat dan tegap. Selain itu juga, aktiviti terapi juga akan dapat membantu murid meluahkan dan melahirkan perasaan. Pakar- pakar psikologi berpendapat melalui aktiviti motor kasar dan motor halus yang dijalankan dalam kumpulan atau individu akan membantu mereka melepaskan segala kesusahan dan perasaan yang terpendam dalam hati mereka. Contoh seperti memukul boxing, menyepak bola dan sebagainya. Aktiviti ini dapat meredakan perasaan mereka terutama sekali bagi murid hyperaktif dan ADHD. Selepas aktiviti ini dijalankan kebanyakan murid akan lebih bertenang dan dapat memberikan tumpuan kepada aktiviti seterusnya.

Latihan Aktiviti Terapi Fisio Latihan yang melibatkan motor halus Meramas Merenyuk Mencubit Menguli Mengoyak Menggentel Menggunting Memotong

Mencabut Menggenggam Menggaru Memicit Latihan berpusatkan motor kasar Melambung Membaling Menyambut Menolak Menarik Melompat Menendang Memukul Berlari berjalan Latihan imbangan Berdiri di atas kerusi/bongkah kecil Berjalan di atas tali yang berada di atas lantai

Membawa buku di atas kepala Membawa bola ping pong dengan menggunakan sudu Berdiri dengan sebelah kaki Latihan koordinasi Melambung dan menyambut bola pelbagai saiz Memasukkan jarum ke dalam lubang manik Cara Perlaksanaan Terapi Fisio Terapi fisio atau dikenali juga sebagai terapi fizikal merupakan satu terapi yang sangat baik dan sangat diperlukan bagi memulihkan kanak-kanak pendidikan khas ini. Terdapat beberapa cara bagaimana untuk melaksanakan terapi ini. Cara pertama ialah berenang. Kolam renang merupakan tempat di mana berat badan kanak-kanak akan menjadi ringan. Selain itu di dalam kolam renang ini jugalah otot kanak-kanak boleh bekerja dengan agak baik. Hal ini berlaku disebabkan berat badan kanak-kanak ini telah ditampung oleh air. Kedua ialah dengan menggunakan peralatan profesional. Harga peralatan ini agak mahal tetapi sangat berbaloi apabila kita menggunakan dengan baik. Antara peralatan yang boleh digunakan ialah alat untuk meluruskan lidah. Alat ini mampu meluruskan lidah murid yang tidak betul kedudukannya. Melalui ini, lidah dapat diluruskan dan murid mampu menyebut huruf-huruf dan perkataan-perkataan dengan baik. Seterusnya ialah dengan meminta pandangan daripada mereka yang pakar dengan terapi ini. Kita boleh mendapatkan pandangan daripada ahli terapi di hospital untuk melakukan apa jua terapi untuk anak anda di rumah. Ahli terapi merupakan orang yang diberi tauliah untuk menyampaikan pengetahuan kepada orang ramai tentang terapi. Keempat ialah bersenam bersama dengan anak anda. Bersenam merupakan terapi fizikal yang sangat menyihatkan. Bersenam boleh mengeluarkan segala macam penyakit dari badan kita. Bersenam dengan anak anda bererti anda mengajar anak anda supaya mengamalkan cara hidup yang sihat.

Cara Lain Perlaksanaan Fisioterapi. Pemerhatian dan penilaian awal terhadap masalah yang dihadapi oleh murid. Penilaian dijalankan menggunakan instrument yang sesuai dan hasil penilaian dianalisa untuk melihat daerah kelemahan tertentu pesakit. Merancang proses rawatan sesuai dengan tahap keupayaan pesakit. Penilaian dijalankan secara berterusan sepanjang tempoh rawatan supaya dapat mengesan keperluan lain pesakit. Penilaian susulan dijalankan bagi melihat keberkesanan terapi atau perlu ditukar kepada aktiviti yang lebih sesuai. Peralatan yang diperlukan dalam terapi fisio Aktiviti motor kasar AKTIVITI Menolak Memukul Melambung Menyambut Berjalan Berlari Melompat ALATAN YANG DIGUNAKAN kerusi, meja, kotak, bola, boxing, badminton, bola ,pundi kacang, belon dll bola, pundi kacang, belon dll tali, tali skipping, gelung rotan, tali skipping

Aktiviti motor halus AKTIVITI Memotong Menggunting Mengguli Mencubit Meramas ALATAN YANG DIGUNAKAN gunting,pisau,pembaris Gunting doh, tepung, plastesin, doh, diri sendiri kelapa, span, kertas, bola lembut.garam

Mengentel Mengoyak Menjentik

tepung, kertas, tanah liat kertas dan kain karom, tutup botol, guli

Latihan imbangan AKTIVITI Berdiri Dengan Sebelah Kaki. Menjunjung Buku / Objek Di Atas Kepala Meniti Di Atas Bangku Buku atau pundi kacang Kayu titi, bangku panjang ALATAN YANG DIGUNAKAN

Berjalan Di Atas Tali Dengan Mendepa Tali., Dua Tangan.

Aktiviti koordinasi AKTIVITI Melambung Dan Menyambut Bola Pelbagai Saiz. Memasukkan Jarum Dalam Lubang Manik. Melengkapkan Puzzle Anyaman Menggunting Dan Menampal ALATAN YANG DIGUNAKAN Bola. Jarum dan manic Puzzle Kertas warna, riben, Gunting dang am

Berjalan Di Atas Garisan Yang Lurus Dan Tali, Bengkang Bengkok Jahitan Kain, benang, jarum

Refleksi Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah rahmat dan kurnianya kami sekumpulan dapat menyelesaikan tugasan berkenaan terapi di dalam Pendidikan Khas. Melalui tugasan ini kami telah dapat mengumpul pelbagai maklumat berkaitan cara-cara perlaksanaan setiap daripada terapi-terapi yang kami pelajari ini. Bagi terapi yang pertama iaitu terapi hidro murid-murid berpendidikan khas perlu diberi peluang untuk menjalani terapi hidro ini. Hal ini kerana terapi ini mampu membantu kanak-kanak khas melatih fizikal mereka bergerak dengan betul. Terutamanya pada kanak-kanak cerebral palsy, semasa menjalani terapi hidro, mereka akan mendapat kebebasan bergerak di dalam air kerana kebanyakan diantara mereka terbatas pergerakannya di darat. Sebagai contoh, bagi kanak-kanak cerebaral palsy yang mempunyai masalah ketegangan otot kaki. Semasa berada di dalam air suhu air yang sesuai akan membantu otot menjadi lembut. Rintangan yang diberikan oleh air juga akan menjadikan otot mereka lebih kuat. Mereka yang menjalani terapi hidro juga akan mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan berasa seronok menjalani terapi ini. Terdapat beberapa tempat yang boleh dijadikan sebagai tempat untuk menjalani terapi hidro iaitu seperti kolam renang dan jakuzi. Guru-guru perlulah mempunyai teknik yang betul sebelum membawa kanak-kanak khas ini menjalani terapi hidro. Eye contact amatlah penting antara guru dan murid supaya murid faham apa yang perlu mereka lakukan dan untuk mengelakkan mereka daripada hilang tumpuan. Manakala bagi terapi fisio pula, sebagai seorang guru kita bertuah kerana berpeluang untuk berjasa kepada murid-murid berkeperluan khas ini dalam aspek memulihkan motor kasar, motor halus dan koordinasi tubuh badan murid-murid melalui aktiviti yang dirancang di dalam terapi fisio ini. Jadi sebagai guru pendidikan khas seharusnya segala ilmu berkaitan terapi ini disimpan dan digunakan ketika berhadapan dengan murid pendidikan khas yang memerlukannya.