Anda di halaman 1dari 13

1

1.0

PENDAHULUAN

Sejarah peradaban tamadun dunia telah membuktikan bahawa dunia Islam telah melahirkan ramai tokoh-tokoh ilmuwan dan cendikiawan Islam yang hebat lagi ulung dari segi sahsiah, ilmu, sumbangan dan ketokohan mereka. Antaranya termasuklah tokoh imam empat serangkai iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam al-Syafie dan Imam Ahmad Hanbal. Ketokohan keempat-empat imam ini terserlah dari pelbagai aspek dan merupakan Ilmuwan Islam yang disanjung sepanjang zaman disebabkan bakti serta sumbangan mereka kepada umat Islam yang mana mereka ini adalah barisan Imam yang mempelopori pengasasan mazhab-mazhab yang wujud sehingga hari ini. Ironinya, mazhab-mazhab yang diasaskan oleh keempat-empat tokoh ini adalah sama sekali tidak bertentangan dengan ajaran yang terkandung dalam Islam di mana ia bernaung di bawah skop rangkuman perbahasan Ahl Sunnah Wal Jamaah iaitu sumber pengasasannya adalah merujuk kepada Al-Quran dan Al-Sunnah. Namun, dalam hal yang tertentu terdapat sedikit pertentangan hukum antara keempat-empat mazhab ini disebabkan oleh perbezaan masa, zaman, budaya, dan adat yang diamalkan oleh masyarakat pada ketika itu. Secara amnya, perbezaan ini tidaklah membawa kepada penyelewengan akidah oleh pengamal mazhab tersebut. Pada masa yang sama, kelahiran mazhab yang diasaskan oleh imam-imam ini adalah selari dengan perkembangan dan kelahiran karya dan kitab-kitab yang sarat terkandung dengan pelbagai hukum fiqah dan usul yang sehingga hari ini masih menjadi rujukan para ulama bahkan di dunia barat sekalipun. Dalam perbahasan mengenai mazhab-mazhab, penekanan perbincangan dalam esei ini memfokuskan kepada salah seorang imam daripada imam empat serangkai iaitu Imam Malik yang merupakan pengasas kepada Mazhab Maliki. Imam Malik merupakan seorang individu yang memberi banyak sumbangan kepada dunia Islam dan ketokohan beliau ini terbukti dari segi kebijaksanaan, ilmu, keimanan, sahsiah serta karisma yang dimiliki oleh beliau membolehkan beliau disanjung sepanjang zaman oleh masyarakat umat Islam seluruh dunia.

2.0

BIODATA IMAM MALIK

Perjalanan hidup Imam Malik dapat diklasifikan kepada beberapa skop perincian yang tersendiri di mana dari segi kisah kehidupannya semasa kecil, ciri keperibadian yang dimiliki beliau, salasilah keturunan, latar belakang keluarga, pengasasan mazhab dan lainlain lagi sehingga akhir umur kehidupan Imam Malik.

2.1

Kelahiran Imam Malik

Imam Malik Rahimahullah atau nama sebenar beliau Malik bin Anas bin Malik Amir AlHarith dilahirkan di Kota Madinah pada 93 Hijrah bersamaan dengan tahun 713 Masihi, iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik daripada kerajaan Bani Umaiyah. Beliau berasal dari keturunan Arab yang terhormat dan dimuliakan oleh masyarakat kerana datuknya Amir bin Al-Harith banyak berkorban bersama Nabi Muhammad s.a.w. dalam menegakkan agama Islam. Imam Malik merupakan imam yang kedua dari imam-imam empat serangkai dalam Islam dari segi umur. Imam malik ialah seorang imam dari Kota Madinah dan Imam bagi penduduk Hijaz. Beliau ialah salah seorang dari pengikut kepada pengikut (Tabi al-Tabiin). Beliau juga merupakan seorang alim fiqh yang terakhir bagi Bandar Madinah dan yang terakhir bagi fuqaha Madinah. (Zulkifli 1969: 117) Dalam buku Al-Manaqib Was Siar menyebutkan bahawa ibu Imam Malik telah mengandungkan beliau selama tiga tahun lamanya. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa Imam Malik berada dalam kandungan ibunya selama 2 tahun. Peristiwa ini merupakan salah salah satu keajaiban yang berlaku kepada Imam Malik kerana manusia biasa akan berada dalam kandungan ibunya selama 9 bulan sahaja. Situasi ini jelas menunjukkan bahawa keistimewaan yang dimiliki oleh Imam Malik itu terselah sejak dalam kandungan ibunya lagi. Kelahiran beliau di Kota Madinah menjadikan dirinya sebati dengan kehidupan di Madinah. Disinilah imam Malik membesar dan berjuang menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh sehingga beliau menjadi seorang ulama yang terkenal. (Imam Abu Zahrah 2011:19-21)

2.2

Salasilah Keturunan Dan Keluarga Imam Malik

Susunan keturunan Imam Malik adalah seperti berikut iaitu Malik bin Anas bin Malik bin Abi Amir bin Amru bin Ghaiman bin Huthail bin Amru bin Al-Haris dan beliau dari penyokong suku (Bani) Tamim Ibn Murrah. Datuk Imam Malik yang pertama ialah Malik bin Amar dari golongan Tabiin digelar sebagai Abu Anas. Manakala, Datuknya yang kedua iaitu Abu Amir bin Umru salah seorang daripada sahabat Rasulullah S.A.W yang berperang dengan Baginda dalam semua peperangan yang disertai oleh Rasulullah S.A.W. Diriwayatkan bahawa keturunan Imam Malik adalah individu yang banyak berjasa kepada Islam pada peringkat awal perkembangan agama Allah ini. Selain itu, datuknya juga termasuk salah seorang penulis kepada ayat suci al-Quran semasa zaman pemerintahan Khalifah Uthman. Dalam hal yang lain, Imam Malik berkahwin dengan jalan perhambaan (AtTasarri) maksudnya beliau berkahwin dengan seorang hamba (amah). Dengan kata lain, beliau tidak berkahwin dengan perempuan yang merdeka (Hurrah) dan dalam masa yang sama beliau sangat kasih kepada Keluarganya. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, beliau telah mendapat empat orang cahaya mata iaitu 3 lelaki dan seorang perempuan. Anaknya yang lelaki bernama Muhammad, Hamad dan Yahya sementara anaknya perempuan pula bernama Fatimah dengan gelaran Um-mmul Muminin.(Ahmad AsySyurbasi 1978:179)

2.3

Keperibadian Imam Malik

Imam Malik adalah seorang yang tinggi serta lebar tubuh badannya. Warna Kulitnya Putih, berdahi luas, manakala hidungnya tinggi serta menarik perhatian bagi sesiapa yang memandangya. Sepanjang hidupnya, Imam Malik terkenal dengan kecerdasan akal fikirannya yang tinggi sehinggakan mampu menghafal al-Quran dalam usia yang masih muda. Beliau juga terkenal dengan sifat mulia, bersopan-santun, suka memakai pakaian yang bersih, kemas serta bau-bauan yang harum selaras dengan tuntutan agama supaya menjadi orang yang pembersih. Walau bagaimanapun, beliau yang terkenal dengan

keramahan dan bergaul dengan semua lapisan masyarakat merupakan seorang yang pendiam dan hanya berkata-kata apabila perlu dan menganggap benda yang akan diucapkan adalah perkara-perkara yang berfaedah sahaja. Beliau juga seorang hartawan yang tidak lokek membelanjakan hartanya ke jalan Allah. Sebagai contoh, beliau pernah membantu Imam as-Syafie sehingga berjaya menjadi ulama terkenal. (Abdurrahman AsySyarqawi 2000: 288) Beliau juga seorang yang sangat menghormati hadis-hadis Rasulullah sendiri dan diri baginda sendiri walaupun baginda telah wafat. Beliau dikatakan tidak pernah menunggang sebarang jenis kenderaan di Madinah sebagai tanda menghormati jasad baginda yang tertanam di dalam kubur. Beliau pernah dirotan dengan cemeti sehingga patah tulang belakang kerana mengeluarkan fatwa yang tidak disukai oleh khalifah iaitu isteri yang ditalak secara paksa tidak jatuh talaknya. Hal ini menunjukkan betapa tabahnya beliau. Kerajinannya mengerjakan ibadat di malam hari pula menunjukkan kewarakan beliau terhadap Allah s.w.t. Prinsip hidup beliau mengenai ilmu ialah orang yang ingin belajar ilmu hendaklah berusaha mencarinya, bukan ilmu yang datang mencarinya. Beliau tidak pernah merungut apabila memberi pendidikan kepada anakanak muridnya. Beliau akan bersusah-payah memberi kefahaman kepada anak-anak muridnya tentang sesuatu masalah ilmu.(Hamzah Nasrati, 1962: 127)

3.0

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN IMAM MALIK

Semenjak kecil lagi, minat Imam Malik terhadap ilmu pengetahuan terserlah dengan sifatsifatnya yang bersungguh-sungguh dan keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T iaitu mempunyai ingatan yang kuat membolehkan beliau menghafaz al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah S.A.W dalam masa yang singkat. Pernah diceritakan dalam satu peristiwa dimana Imam Malik menghadiri majlis ilmu yang diajarkan oleh gurunya yang bernama Ibn Syihab. Dalam majlis itu, beliau telah mendengar sebanyak 30 hadis yang telah dan pada masa yang sama beliau dapat menghafal 29 hadis daripada 30 hadis yang didengar oleh gurunya. Secara kolektifnya, hal ini menunjukkan bahawa Imam Malik mempunyai ingatan yang sangat kuat dan ketekunan yang tinggi dalam menuntut ilmu.

Sepanjang kehidupan Imam Malik, beliau telah mempunyai ramai guru yang banyak membantu beliau menambah ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang di samping mempunyai ramai anak murid yang pernah menuntut ilmu dengan Imam Malik yang menjadikan Beliau seorang tokoh ilmuwan yang disegani sehingga kini. Justeru, Topik perbahasan seterusnya ini akan menjelaskan lebih mendalam tentang guru-guru dan murid-murid Imam Malik. (Zulkifli Mohammad 1969: 120)

3.1

Guru Imam Malik

Imam Malik adalah seorang yang mempunyai ramai guru. Kitab Tahzibul-asma wallughat menerangkan bahawa Imam Malik telah belajar dengan hampir 900 orang guru. 300 daripadanya adalah dari golongan Tabiin. Manakala, 600 lagi adalah dari Tabi Tabiin. Kesemua guru-gurunya dalah individu yang boleh dipercayai dan fasih dalam bidang agama terutamanya hal yang berkaitan dengan hukum fiqh. .(Ahmad AsySyurbasi 1978: 102) Antara guru-guru Imam Malik yang tekenal Ialah termasuklah Imam Syafie, Imam Rabiah bin Abi Abdul Rahman ar-Rayi, Imam Abdul Rahman bin Harmaz al-Araj, Imam Qasim Bin Muhammad, Imam Nafi maula Ibnu Umar, Imam Said Ibnu Musaiyab , Ibnu Syihab az-Zuhri dan banyak lagi.

3.2

Murid Imam Malik

Imam Malik mempunyai murid yang sangat ramai. Hal ini adalah kerana para murid beliau itu bukan sahaja terdiri daripada anak Kota Madinah, malah yang datang dari berbagai pelusuk Kota Madinah, malah yang datang dari pelbagai pelusuk Negara seperti dari Makkah, Iraq, Parsi, Yaman, Mesir, Afrika dan juga Sepanyol. Kebanyakkan murid Imam Malik adalah mereka yang terkemuka dan mempunyai perhubungan yang rapat dengan beliau. Mereka ini datangnya dari sebelah barat iaitu Mesir, Afrika dan juga Sepanyol kecuali Imam Asy-Syafie yang datang dari Makkah.

Antara Murid Imam Malik yang dimaksudkan seperti Imam Ibnu Wahbin, Imam Ibnu Qasim, Imam Abdullah bin Abdul Hakam, Imam Asbagh bin al-Faraj al-Amawi, Ziyad bin Abdul Rahman al-Qurtubi, Imam Asad bin Furat, Imam Abdul Salam bin Said at-Tanukhi dan sebagainya.(Abdul Halim al-Jundi, 1969: 50-55)

4.0

PENGASASAN MAZHAB MALIKI

Mazhab adalah satu aliran yang terdapat dalam Islam yang menjadi panduan dan pengangan kepada umat Islam dalam beramal dengan sesuatu hukum. Mazhab Maliki diasaskan oleh Malik bin Anas bin Malik Abi Amir al-Asbahi. Mazhab ini merupakan mazhab yang kedua diasaskan dalam Islam selepas kelahiran mazhab Hanafi.

4.1

Usul Istinbat Hukum

Kitab yang menjadi asas untuk memahami metodologi yang digunakan oleh Imam Malik dalam pengistinbatan hukum ialah al-Muwatta. Berdasarkan kepada kitab ini, muridmurid Imam Malik telah menggariskan beberapa metod bagi Mazhab Maliki iaitu:

4.1.1

al-Quran

Imam Malik telah meletakkan al-Quran sebagai sumber hukum yang paling utama dan tidak dapat disaingi oleh mana-mana sumber yang lain. Oleh itu, al-Quran sebagai sumber utama bagi Syariah perlu difahami dengan pengertiannya yang sebenar sama ada secara lansung atau tidak langsung bergantung kepada kehendak ayat dan pengertiannya. Di dalam berpandukan kepada al-Quran, beliau sentiasa berpegang kepada nas-nasnya yang jelas ( sarih) yang tidak mempunyai pengertian lebih daripada satu. Jika sesuatu nas itu mempunyai tafsiran yang pelbagai, maka beliau akan memilih tafsiran yang lebih jelas (al-zahir) selagi tidak terdapat dalil lain yang menyatakan sebaliknya.

4.1.2

Al-Sunnah

Imam malik merupakan salah seorang ulama hadis dan fiqh. Oleh itu, beliau meletakkan al-Sunnah di tempat kedua selepas al-Quran. Beliau menerima hadis-hadis mutawaatir dan Masyhur, tetapi sekiranya hadis tersebut hadis Ahad, terdapat dua pendapat, pendapat pertama mengatakan beliau mendahulukan qiyas dan amalan penduduk Madinah daripada hadis Ahad dan pendapat kedua mengatakan beliau mendahulukan hadis Ahad.

4.1.3

Amalan Penduduk Madinah (amal ahl-Madinah)

Imam Malik meletakkan Amalan Penduduk Madinah sebagai sandaran hukum kerana Madinah merupakan tempat penghijrahan Rasulullah S.A.W, tempat tinggal turunnya wahyu, tempat tinggal Rasulullah S.A.W, tempat tinggal sahabat dan penduduk Madinah lebih memahami tentang maklumat penurunan wahyu. Oleh Itu, amalan penduduk Madinah tidak akan terkeluar daripada kebenaran kerana mereka telah terasuh dengan didikan Rasulullah S.A.W dan sebagai pewaris baginda. Jesteru itu, atas dasar ini, ia boleh diterima sebagai hujah yang mengatasi qiyas dan hadis ahad. Beliau pernah mengkritik para ulama yang tidak berpegang dengan amalan penduduk Madinah dan buktinya ialah beliau pernah menulis surat kepada al-Layth bin Sad dengan berkata: Manusia mengikuti amalan pemduduk Madinah kerana di sanalah tempat berlakunya hijrah dan tempat turunnya al-Quran.

4.1.4

Pendapat Para Sahabat

Imam Malik berpendapat bahawa jika tidak terdapat hadis sahih tentang sesuatu masalah maka pendapat para sahabat boleh diambil sebagai hujah sekiranya tidak ada pandangan lain yang menyalahinya. Kenyataan ini dapat dilihat dalam huraian beliau melalui kitabnya al-Muwatta. Pendapat sahabat ini boleh diambil kira dalam penentuan sesuatu hukum syarak kerana kedudukan dan perhubungan baik di antara mereka dengan Rasulullah S.A.W. Mereka juga lebih mengetahui pentafsiran dan penjelasan yang

diberikan oleh Rasulullah S.A.W terhadap pengajaran Islam kerana mereka mengikuti wahyu dan mendengar sendiri ucapan baginda. Oleh itu, pendapat mereka perlu diutamakan daripada qiyas. Sungguhpun beliau menerima pendapat sahabat sebagai hujah tetapi dalam pelaksanaanya, beliau mendahulukan amalan penduduk Madinah daripada pendapat para sahabat. Namun begitu, apabila beliau mendapati perbezaan pendapat sahabat mengenai sesuatu masalah, maka beliau akan memilih pendapat yang ada persamaan dengan amalan penduduk Madinah. (Anwar Fakhri Omar, 2001: 182)

4.1.5

al-Masalih al-Mursalah, Qiyas dan Istihsan.

Ketiga-tiga asas tersebut juga diterima dalam hal-hal yang ketiadaan nas-nas dari alQuran dan as-Sunnah. Al-Masalih al-Mursalah ialah penentuan hukum berasaskan kepada kepentingan apabila tidak ada nas yang menentukannya. Qiyas ialah penentuan hukum bagi kes yang hukumnya tidak dinaskan berdasarkan kes yang dinaskan hukumnya kerana terdapat persamaan sebab atau illah hukum antara kedua-duanya. Manakala, Istihsan pula ialah menolak kehendak Qiyas yang nyata untuk menerima hukum lain yang bercanggah denganya kerana ia bertentangan dengan kepentingan yang dikehendaki atau bertentangan dengan kehendak nas. Ketiga-tiga metod ini digunakan oleh Imam Malik sekiranya sesuatu perkara itu tidak terdapat nas sama ada dari al-Quran, al-Sunnah, amalan penduduk Madinah atau pendapat sahabat. (Mahmood Zuhdi bin Hj. Abdul Majid, 1988:158)

4.1.6

Sadd al-Dharai

Sadd al-Dharai maknanya adalah saranan. Makna Sadd al-Dharai adalah menolak saranan tersebut. Maksudnya disini ialah saranan menuju perbuatan haram adalah haram hukumnya dan saranan menuju perbuatan wajib adalah wajib hukumnya. Konsep Sadd alDharai tidak melihat hanya kepada niat dan tujuan peribadi sebagaimana yang diketahui. Akan tetapi ia bertujuan kepada sisi manfaat umum atau kepada usaha menghilangkan keburukan umum. Di samping sumber-sumber di atas, Imam Malik juga berpegang

kepada beberapa sumber lain seperti ijmak, uruf dan istishab. (Imam Abu Zahrah, 2011:432)

4.2

KETOKOHAN IMAM MALIK DALAM BIDANG FIQH

Ketokohan Imam Malik terserlah dengan beliau membuka kelas pengajaranya sendiri di masjid. Hal ini demikian kerana rasa tanggungjawab untuk menyebarkan ilmu agama dan kemantapan ilmu pengetahuan yang ada pada diri Imam Malik. Dalam pengajarannya, beliau mengetengahkan fatwa mengenai hal yang benar-benar berlaku. Beliau tidak sesekali akan menjawab persoalan yang berasaskan kepada andaian dan sangat berasa takut sekiranya fatwa yang dikeluarkannya itu bercanggah dengan ajaran Islam sebenar. Beliau juga seorang yang mempunyai daya fikir yang sentiasa segar dan mempunyai kesabaran yang tinggi. Hal ini menjadikan beliau seorang yang tahan menghadapi pelbagai ujian dalam kehidupan. Imam Malik berpendapat bahawa ilmu dicari bukan kerana sebab yang lain tetapi cumalah semata-mata untuk keredhaan Allah S.W.T. Keikhlasan yang digambarkan inilah yang menjadikan beliau sentiasa mengelakkan diri dari mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan ajaran agama yang sebenar. (Mahmood Zuhdi 1988:1)

5.0

KITAB-KITAB TERKENAL IMAM MALIK

Imam Malik adalah seorang tokoh ilmuwan yang banyak menghasilkan karya-karya dan kitab-kitab yang memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan Islam terutamanya dalam bidang hukum fiqh. Dalam konteks ini, terdapat 2 kitab utama dan terpenting yang menjadi sumber rujukan kepada Mazhab Maliki iaitu kitab al-Muwatta dan kitab al- Mudawwanah.

10

5.1

Kitab al-Muwatta

Kitab Al-Muwatta adalah sebuah kitab Islam yang lengkap penyusunannya di mana kitab ini merupakan hasil karangan Imam Malik yang paling besar. Antara sebab yang mendorong kepada penulisannya adalah kerana timbulnya pendapat-pendapat penduduk Iraq mengenai sesuatu hukum agama, dan disebabkan kelemahan ingatan berkait dengan hadis Rasululah S.A.W. Antara faktor lain adalah yang mendorong Imam Malik mengarang kitab ialah atas permintaan pihak pemerintah Negara Islam pada ketika itu. Justeru, wujud suatu keinginan untuk menyimpan dan membukukan sebuah kitab yang dapat menjadi asas supaya ilmu-ilmu tersebut tidak lenyap begitu sahaja.(Abdul Halim 1969:187) Selain itu, Kitab al-Muwatta ini mempunyai keistimewaan tersendiri iaitu merupakan sebuah kitab yang pertama dibukukan dalam perundangan Islam. Kitab ini juga mengandungi hadis-hadis yang disusun mengikut bab-bab fiqh berdasarkan pandangan Imam Malik yang mana sumber rujukan penghasilan kitab ini berteraskan alQuran dan As Sunnah. Dalam konteks yang lain, keistimewaan yang ketara yang terdapat dalam ini dengan kata lain merujuk kepada Mazhab Maliki ialah terdapat satu metodologi istinbat hukum yang tidak terdapat dalam mazhab lain iaitu amalan penduduk madinah. (Anwar Fakhri 2001:193)

5.2

Kitab Al-Mudawwanah

Kitab Al-Mudawwanah adalah kitab yang kedua yang terpenting dalan mazhab Maliki. Kitab ini dibukukan oleh Asad bin al-Furat yang merupakan salah seorang anak murid Imam Malik. Dalam hal ini, Asad bin al-Furat telah membukukan kitab ini dengan mengambil pendapat Imam Malik dan telah di susun secara teratur oleh Sahnun. Kitab alMudawwanah lengkap dengan pelbagai masalah yang berkaitan dengan agama terutamanya dalam masalah fiqh (Mohammad Hashim 2006: 71) Kitab al-Mudawwanah, yang disebut juga al-Umm atau al-Mukhtalitah. Kitab alMudawwanah merupakan rujukan utama dalam mazhab Maliki, kerana ia mencakupi

11

pemikiran fikih empat orang mujtahid, iaitu: al-Imam Malik, Abd al-Rahman b. alQasim, Asad b. al-Furat, dan Sahnun b. Said. Maka tidak hairanlah banyak ulama menyusun syarah dan mukhtasarnya

6.0

PERKEMBANGAN DAN PENYEBARAN MAZHAB MALIKI

Mazhab Maliki bermula di Madinah dan tersebar ke seluruh negeri Hijaz. Mazhab ini juga berkembang di Mesir semenjak Imam Malik masih hidup lagi. Mereka yang bertanggungjawab menyebarkan Mazhab Maliki di Mesir ialah murid-muridnya yang terdiri daripada Abd al-Rahman bin al-Qasim, Ibn al-Hakam, Abd al-Rahim Khalid, Ashhab dan lain-lain lagi. Walaubagaimanapun, pada hari ini hanya sebahagian kecil daripada mazhab Maliki dipakai terutamanya dalam perkara ibadat. Begitu juga di Tunis, Mazhab Maliki telah disebarkan oleh muridnya Asad bin al-Furat. Manakala di Andalaus (Sepanyol), pada mulanya penduduk disitu berpegang dengan mazhab alAwzaI tetapi kemudian berpindah kepada mazhab Maliki setelah Yahya bin Yahya dilantik menjadi qadi. (Anwar Fakhri 2001:194-195) Mazhab Maliki berkembang di banyak Negara. Antaranya Mesir, Andalus, Tunisia, Algeria, Mauritania, Negeria, Sudan, Bahrian, Kuwait dan sebahagian Afrika. Perkembangan Mazhab Maliki ini bermula sejak zaman Imam Malik lagi. Ulama telah khilaf siapakah yang mula-mula menyebarkan Mazhab Maliki di Mesir. Ada yang mengatakan Abdul Rahman bin al-Qasim dan ada yang mengatakan Uthman bin alHakam al-Juzami Antara sebab Mazhab Maliki tersebar kerana ramainya ulama yang datang ke Kota Madinah pada musim haji dan berguru dengannya, kemudian pulang kembali ke negeri masing-masing, seterusnya menyebarkan Mazhab Maliki. Di samping itu, Imam Malik pernah menjawat jawatan qadhi di Kota Madinah dan digelar sebagai Imam Dar al-Hijrah. Hal ini juga sedikit sebanyak memberi sumbangan besar dalam perkembangan Mazhab Maliki. .(Zulkifli Mohammad al-Bakri, 1969: 139)

12

7.0

KESIMPULAN

Kesimpulannya, imam Malik merupakan seorang tokoh ulama Islam aliran mazhab yang kedua mengikut rentetan Imam empat serangkai yang banyak memberi sumbangan kepada perkembangan perundangan fiqh dalam agama Islam. Keunggulan dan karisma yang ditunjukkan oleh beliau menjadikan nama beliau disanjung sehingga kini oleh masyarakat Islam. Ketokohan beliau bukan sahaja terserlah dalam konteks keperibadian dan tingkah laku sahaja, tetapi ilmunya yang tinggi dalam bidang fiqh membolehkan Imam Malik merencanakan pelbagai hukum dalam masalah-masalah yang berkaitan dengan cabang bidang kehidupan manusia yang timbul pada masa itu. Sesungguhnya, umat Islam pada masa kini sepatutnya berterima kasih dan bersyukur kerana mempunyai tokoh Islam yang berwibawa dalam memberi sumbangan kepada perkembangan bidang perundangan fiqh yang mana sehingga kini kita sendiri dapat mengambil manfaat daripada ketokohan Imam Malik sama ada dari segi sahsiah, perundangan, mahupun dalam konteks latar belakang kehidupan Imam Malik itu sendiri.

13

8.0

RUJUKAN

Dr. Ahmad Asy-Syurbasi. 1978. Biografi Imam Empat Mazhab. Kota Bharu. Pustaka Aman Press Sdn. Bhd. Abdul Halim al-Jundi. 1969. Malik Bin Anas . Kaherah. al-Dar al-Muaarif bi Mesir. Hamzah Nasrati, 1962. Imam Malik Bin Anas. Kaherah. Al-Maktabah al-Kiamah. Imam Abu Zahrah. 2011. Imam Malik. Selangor. Jasmin Publications. Abdurrahman Asy-Syarqawi. 2000. Riwayat Sembilan Imam Fiqih. Bandung: Pustaka Hidayah Zulkifli Mohammad al-Bakri, 1969. Istilah-Istilah Fiqah dan Usul Empat Mazhab. Selangor: OMR PRESS Sdn. Bhd. Anwar Fakhri Omar, 2001. Metodologi Fiqh. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohammad Hashim Kamali. 2006. An Introduction to Shariah. Kuala Lumpur. Ilmiah Publishers Mahmood Zuhdi Bin Hj. Abdul Majid. 1988. Sejarah Pembinaan Hukum Islam. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya. Maulana Muhammad Ali, 2009. The Religion Of Islam, Zaydan, Abd al-Karim. 1989. al-Madkhal li dirassat al-shar'ah al-Islmiyyah. Beirut : Muassasat al-Rislah. Abdul Latip Talib, 2010. Novel Sejarah Islam Imam Maliki, PTS Litera Utama Sdn. Bhd, Selangor Ibrhm, Muhammad Ismal. 1978. Aimmat al-madhhib al-arbaah: Ab Hanifah, Mlik, al-Shfiiyy, Ibn Hanbal, haytuhum asruhum btuhum ruhum madhhibuhum. Bayrt: Dr al-Fikr al- Arabiyy.

Anda mungkin juga menyukai