Anda di halaman 1dari 44

IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR, ISLAM DAN BARAT TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA Jika kita lihat sedalam

dalamnya falsafah pendidikan di Malaysia, ia telah digubal oleh ideology ideology Negara berinspirasikan falsafah pendidikan Islam. Cubakita renungkan bersama, falsafah pendidikan Islam seperti yang di bawah : Pendidikan Islam adalah satu usaha yang berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berteraskan al-Quran dan As-sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, kepribadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan Negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan akhirat Jelas sekali, kita telah mencedok sebahagian besar daripada ideology ahli falsafah Islam yang membentuk falsafah tersebut. Di sini, jelas sudah terbukti yang falsafah pendidikan Islam telah memberi impak serta terselit dengan nyata implikasinya terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia. Falsafah Pendidikan Negara yang berteras konsep kesepaduan antara intelek, emosi, rohani dan jasmani telah diwujudkan. FPN ini berbunyi :Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah usaha untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai ksejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Apa yang jelasnya, usaha mewujudkan FPN ini secara langsung menunjukkan bagaimana teori menyepadukan antara elemen roh, jasad dan akal yang bakal menghasilkan manusia yang mempunyai keseimbangan emosi telah diterapkan dalam sektor pendidikan di Malaysia sehingga kepada asas yang paling kukuh sekali. Bagi menghidupkan FPN ini dua bentuk kurikulum baru yang mengamalkan sistem pendidikan bersepadu, KBSR dan KBSM telah diwujudkan mengantikan sistem kurikulum yang lama. Kedua-dua KBSR dan KBSM ini memberikan penekanan asas kepada usaha pembentukan saksiah, peribadi, emosi dan semangat tanggungjawab kepada diri, masyarakat dan alam sekitar. Di dalam pembentukan KBSR dan KBSM ini penekanan yang lebih seimbang diberikan kepada bidang fardu Ain dan Kifayah. Ternyata falsafah pendidikan Islam memberi impak yang besar terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia. Selain itu juga, kita lihat dari sudut barat pula. Bagaimana perkembangan pendidikan di Malaysia melihat falsafah pendidikan barat sebagai satu ikutan atau role model. Falsafah pendidikan barat terbahagi kepada dua iaitu, tradisional dan Moden. Ia menekankan aspekaspek perenialisme dan essensialisme. Perennial bermaksud tidak berubah. Atau lebih jelas lagi, sesuatu yang tidak akan berubah.

Ia berkonsepkan ciri-ciri semulajadi manusia bersifat sejagat dan tidak berubah. Matlamat pendidikan bagu falsafah ini pula, mengajar pengetahuan dan nilai yang bersifat sejagat, abadi atau tidak dan mempunyai had masa. Lebih tertumpu kepada potensi dan rasional individu, lebih pasif, penekanan agama melebihi sains, melatih 3M serta kemahiran mental, dan menaakul. Essensialisme pula berkonsepkan menumpukan perkara-perkara asas sahaja dan perkara ini pula bole berubah dari masa ke semasa. Ia bersifat praktikal dan pragmatik. Matlamat pendidikannya pula, pengajaran maklumat berbentuk fakta yang perlu dipelajari, dihayati dan disimpan oleh anak murid kita serta penghayatan budaya. Ia tertumpu kepada inovasi kurikulum sekolah -dirancang secara sistematik, guru memainkan peranan utama, latihan intelek dan mentall, 3M diterapkan dan nilai-nilai kemasyarakatan ditekankan. Begitulah, besar sekali implikasi falsafah pendidikan Timur, Islam dan Barat kepada perkembangan pendidikan di Malaysia. Sejarah pendidikan di Tanah Melayu juga ada menjelaskan bahawa, sebelum ia dijajah oleh pihak Inggeris, system pendidikan di situ sangat mementingkan suatu proses yang berterusan serta keakhiratan. Namun begitu, setelah didatangi oleh pihak penjajah, system pendidikan tersebut secara perlahan lahan telah diubah mengikut rentak pendidikan di Barat. Walaubagaimanapun, sekarang kita telah mempunyai ramai rakyat yang bijak dan mereka ini telah memilih jalan tengah untuk mencedok idea idea dari pendidikan Islam, Timur dan Barat.

IMPLIKASI FPK TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Setelah menganalisa Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita dapat lihat implikasinya terhadap sistem pendidkan negara kita. Setiap perkara yang dilakukan mesti mempunyai implikasinya yang tersendiri. Implikasi itu penting untuk melihat sejauh manakah keberkesanan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian-bahagian ini termasuk di dalam sistem pendidikan negara: Implikasi Implikasi Implikasi 7.1 Tehadap Terhadap Terhadap Implikasi Institusi Terhadap Kurikulum Pendidik Pendidikan Kurikulum.

Kurikulum di sekolah mengalami perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu. Setiap sekolah menerima sukatan pelajaran yang sama dan selaras. Ini kerana mengelakkan dari berlakunya sifat iri hati di kalangan pelajar kerana setiap sekolah belajar mengikut sukatan yang berlainan. Ini adalah bersalahan dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan individu yang seimbang. Bahan-bahan pelajaran yang dibekalkan juga diserapkan di dalamnya nilai-nilai murni dengan tujuan untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sistem pendidikan juga diubah menjadi pendidikan yang umum. Semua rakyat mampu untuk ke sekolah tetapi berlainan pada zaman dahulu hanya golongan

berada sahaja yang mampu untuk ke sekolah. Pelajaran untuk melatih pelajar mahir dalam teknologi pula diserapkan bagi membawa Malaysia kea rah yang maju dan tidak ketinggalan.

7.2

Implikasi

Terhadap

Pendidik.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini menggalakkan guru memahami sistem pendidikan selain daripada membimbing guru melaksanakan fungsi pendidikan. Ia boleh diperolehi di mana-mana dan bila-bila diperlukan. Guru boleh menjadi ejen perubahan untuk mendidik dan mengeluarkan generasi yang bertanggungjawab membantu merealisasikan matlamat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020. Guru mendedahkan sesuatu kepada pelajar bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran terutamanya dalam ICT untuk membolehkan pelajar mengikuti perubahan sistem pendidikan yang berteraskan teknologi. Guru mempunyai sikap bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjadi guru yang baik, sentiasa cuba berlatih dan mendapatkan apa yang telah dipelajari untuk memenuhi matlamat dan aspirasi falsafah ini. Pada masa yang sama guru bertindak sebagai pengawal kepada aktiviti negatif. Guru memperkembangkan dan memperkayakan pendidikan melalui perkembangan kurikulum bilik darjah, seperti, menjalankan aktiviti dan lembaran kerja yang diusahakan oleh guru. 7.3 Implikasi Terhadap Institusi Pendidikan.

Institusi pendidikan juga mengalami perubahan demi untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Pelbagai perubahan telah dilakukan. Kemudahan-kemudahan di sekolah diubah dan ditambah supaya pelajar mampu untuk merperkembangkan kemahiran mereka dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani. Ini adalah untuk melahirkan individu yang sempurna dan seimbang. Budaya di sekolah juga diubah untuk memupuk nilai-nilai murni di dalam diri pelajar supaya supaya saling bekerjasama, toleransi dan mengamalkan sikap perpaduan. Ini adalah matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan individu yang mampu untuk menyumbangkan keharmonian kepada negara. Suasana di sekolah juga diubah untuk melahirkan pelajar yang cintakan ilmu dan membentuk budaya membaca di kalangan mereka. Kesimpulannya, implikasi-implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mempunyai satu matlamat dan tujuan dan ia dinyatakan dalam bentuk falsafah iaitu: Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia Oleh : Mohd Fathi Bin Adnan, Rohana Bt. Hamzah, Amirmudin Bin Udin

ABSTRAK Kertas ini ditulis untuk memberi penerangan kepada umum tentang implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) terhadap sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) di Malaysia. Terdapat beberapa perkara yang dibincangkan dalam kertas ini, antaranya definisi FPK dan PTV, matlamat pendidikan di Malaysia, aliran falsafah yang mempengaruhi PTV, konsep dan matlamat FPK, peranan FPK, elemen-elemen yang terkandung dalam FPK, peranan sekolah dalam merealisasikan FPK dan implikasi FPK dalam sistem PTV. Adalah diharapkan melalui penerangan ini, semua pendidik serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung dapat memahami dengan jelas tentang matlamat pendidikan di Malaysia. Semua pihak juga perlu memahami kehendak FPK dan implikasinya terhadap pendidikan umumnya dan terhadap PTV khususnya. Semoga dengan penerangan ini, sistem PTV di Malaysia akan dapat mencapai hasrat dan matlamat negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Pengenalan Pendidikan di Malaysia berkembang dengan pesat sekali. Panduan utama pendidikan di Malaysia ialah berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK digubal untuk memberi panduan atau arah tuju untuk menentukan haluan, asas dan inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Sebagai negara yang sedang membangun, aspek utama yang ditekankan oleh kerajaan ialah pembangunan modal insan. Pembangunan modal insan yang seimbang akan menjamin pembangunan sesebuah negara. Dalam hal ini pendidikan memainkan peranan yang amat penting bagi merealisasikan hasrat negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Penekanan yang diberikan untuk menjana pembangunan modal insan yang seimbang ialah dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sepertimana yang terkandung dalam FPK. Salah satu cabang dalam pendidikan yang sangat penting dalam melahirkan modal insan yang seimbang ialah bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV). PTV dianggap sangat penting kerana melalui PTV negara dapat melahirkan tenaga kerja yang mahir, separamahir dan professional. Tenaga kerja yang lahir daripada bidang PTV dapat membangunkannegara untuk menjadi negara maju. Bagi mendapatkan tenaga kerja yang berkualiti, FPK perludiimplikasikan dalam PTV. Dengan mengimplikasikan FPK dalam PTV, negara akan mendapatsumber tenaga kerja yang berkualiti.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK )

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah dirumuskan pada tahun 1988 dan dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 yang berbunyi: Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. ( Akta Pendidikan 1996, Akta 550) Falsafah Pendidikan Kebangsaan lahir melalui suatu proses yang agak panjang iaitu satu proses pembinaan negara dan bangsa semenjak merdeka lagi. Idea penggubalan FPK telah dicetus selepas penerbitan laporan Jawatankuasa Kabinet pada tahun 1979. FPK yang dahulunya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal berlandaskan tigaideologi iaitu, Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru (RMK 3, 1976-1980) dan Dasar PendidikanKebangsaan (1999). FPK digubal oleh pakar-pakar pendidikan secara teliti dengan mengambilberat keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara. ( KPM, 2001). Pernyataan FPK menegaskan sistem pendidikan di Malaysia memberi penekanan terhadap perkembangan potensi individu secara bersepadu dan menyeluruh kearah melahirkaninsan yang baik berdasarkan kepercayaan, keyakinan dan kepatuhan kepada tuhan. Inibermakna, FPK berhasrat melahirkan insan yang berpegang teguh pada agama. FPK perludijadikan teras kepada pendidikan di negara ini bermula daripada pendidikan pra sekolahsehinggalah ke peringkat pengajian tinggi.

Pendidikan Teknik Dan Vokasional ( PTV ) Aristotle merupakan seorang ahli falsafah Yunani yang terkemuka selepas Plato dalam bukunyayang bertajuk Politik menghuraikan pendidikan sebagai satu ilmu yang bersifat estetikal dan politikal. Beliau menekankan tujuan ilmu pendidikan adalah untuk memberikan setiapwarganegara segala peluang yang ada untuk mencapai kebahagian hidup. Melalui ilmupendidikan, ia dapat melatih warganegara mematuhi peraturan-peraturan tingkahlaku yang baik dan cekap dalam mentadbir serta membangunkan negara (Mok, 1992).

Pendidikan juga merupakan suatu alat yang sangat penting dan dominan dalam proses pencapaian taraf maju masyarakat ke arah matlamat Wawasan 2020. Wawasan dan misi pendidikan pula menjadi alat terpenting (front runner) kepada Falsafah Pendidikan Negara bagi melahirkan insan yang ideal seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan, 1996 (Tatacara Pengurusan Kewangan & Perakaunan Sekolah (2000).

Pendidikan teknik dan vokasional didefinisikan sebagai : Formal education designed to prepare for skil ed occupation in industry, agriculture and commerce, generally at secondary level dan Formal education designed to provide knowledge and skil s underlying production process with a wider connotation then vocational education at secondary or higher level (Amberjeet,1993.m/s 3)

Menurut Kamus Dewan (2002), pendidikan teknik bermaksud pengetahuan yang berkaitan dengan pembuatan barang-barang hasil industri seperti jentera, kenderaan dan

bangunan, sementara pendidikan vokasional ialah pendidikan amali di mana menitikberatkankemahiran yang diperlukan untuk sesuatu pekerjaan. Menurut Cambridge InternationalDictionary of English (1995), mendefinisikan vokasional sebagai pendidikan yang memberikankemahiran dan mempersiapkan seseorang untuk alam pekerjaan, sementara teknik pulabermaksud mempunyai atau memerlukan cara khusus yang biasanya dipelajari, kemahiran danpengetahuan.

Kesimpulannya, pendidikan teknik dan vokasional ialah pendidikan yang berbentuk ilmu kemahiran yang boleh digunakan oleh pelajar setelah menamatkan pengajian mereka untuk menempuh alam pekerjaan. Umumnya pendidikan ini boleh didapati di sekolah-sekolah teknikyang mempunyai aliran vokasional. Ini berbeza dengan pendidikan akademik di mana pelajar didedahkan dengan ilmu pengetahuan secara umum walaupun terdapat mata pelajaran vokasional tetapi ditawarkan secara elektif.

Matlamat Pendidikan Di Malaysia Secara umumnya, matlamat pendidikan di Malaysia adalah untuk melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Menurut perspektif Islam, tujuan dan matlamat pendidikan adalah untuk membentuk akidah, sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Al ah untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara bagi mencapai keredaan Al ah (Hasan Langgulung,1986). Manakala menurut Harun Din dan Rakan-Rakan (1985), tujuan pendidikan adalah untukmembina individu yang bertindak sebagai khalifah di muka bumi ini. Daripada matlamat dantujuan pendidikan melalui perspektif Islam ini, dapatlah dirumuskan bahawa tujuan danmatlamat utama pendidikan seperti berikut: 1. Untuk pembinaan dan pendidikan akal (tauhid) 2. Untuk pembinaan keperibadian (sikap) 3. Untuk menyiapkan diri bagi kehidupan dunia dan akhirat (kemahiran) 4. Supaya manusia mampu menerokai dan menguasai ilmu sebagai asas pembangunan diri secara berterusan.

Menurut W.F Connel dalam http://www.angelfire.com/bc3/bcc4 yang dicapai pada 16 Ogos 2010, matlamat pendidikan boleh dipandang daripada tiga aspek utama iaitu aspek individu, masyarakat dan kebudayaan. Pendidikan mestilah bertujuan untuk menyediakan pengalaman bagi setiap individu untuk membantunya mencapai kawalan ke atas diri dan alam sekitarnya. Secara keseluruhannya, matlamat pendidikan di Malaysia adalah untuk melahirkan insan yang mempunyai ciri-ciri sebagai pemimpin dan yang kenal diri (self Actualization). Dalam erti kata lain, pemimpin bermaksud Khalifah di muka bumi ini. Setiap individu perlumenjadi pemimpin kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan alam. Menurut Eisner &Vallance (1974), dalam buku Curriculum: An Integrative Introduction tujuan pendidikan adalah untuk membangunkan potensi individu sepenuhnya. Pendidikan juga adalah satu proses untuk membantu individu menemukan makna disebalik kewujudan diri dan seluruh kejadian Tuhan di alam fizikal ini.

Aliran Falsafah yang Mempengaruhi PTV Terdapat beberapa aliran falsafah barat yang mempengaruhi sisten Pendidikan Teknik dan vokasional di Malaysia. Antaranya ialah aliran Essensialisme, aliran Pragmatism, aliran Progresivisme dan aliran Eksistensialisme (Widad, 2007). Walaubagaimanapun, PTV tidak terikat dengan mana-mana aliran falsafah ini. Aliran Essentialisme menekankan pembelajaran secara berperingkat iaitu dari yang mudah kepada yang lebih sukar. Menurut Essensialis, pendidikan sekolah harus bersifat praktik dan memberi anak-anak pengajaran yang logik yang mempersiapkan mereka untuk hidup. (http://anannur.wordpress.com/2010/07/08/filsafat-pendidikan-essensialisme/). menunjukkan bahawa aliran ini memang mempengaruhi PTV. Aliran Pragmatisme juga mempunyai pengaruh yang kuat terhadap sistem PTV. Dalam bahasa Greek, pragma bermaksud kerja. Ia boleh diertikan sebagai kaedah mengatur dan mengurus sesuatu perkara. Aliran ini juga menolak semua punca yang membawa kesan negatifkepada masyarakat. Aliran ini menganggap realiti adalah interaksi antara manusia sesamamanusia dan alam. Aliran ini memerlukan penyelesaian masalah untuk mencari sesuatujawapan terhadap pelajaran (Abdul Fatah, 2007). Aliran falsafah ketiga yang mempengaruhi PTV ialah aliran progresivisme. Falsafah ini menganggap objektif pendidikan tradisional tidak sesuai pada zaman moden. Aliran ini lebihmenumpukan pada perkembangan semasa. Tujuan falsafah ini adalah untuk memberi kemahiran dan alat yang diperlukan kepada individu untuk berinteraksi dengan persekitaranyang sentiasa berubah. (http://www.scribd.com/doc/11383475/PROGRESIVISME).

Aliran Eksistensialisme juga mempengaruhi sistem PTV. Falsafah ini terlalu individualistik dan terlalu bergantung kepada faktor-faktor yang subjektif seperti penghayatanemosi dan perasaan seseorang. Tujuannya untuk melahirkan individu yang boleh membentukdiri sendiri, bertanggungjawab terhadap diri dan menentukan arah hidupnya. Implikasinyaterhadap PTV ialah dengan meletakkan pendidikan PTV yang berasaskan kemahiran dan pengetahuan supaya menjadi bidang pendidikan yang penting untuk pembangunanmasyarakat. Sebagai kesimpulannya, PTV tidak mempunyai falsafah yang khusus. Walaupun, terdapat beberapa aliran falsafah barat yang mempengaruhi PTV di Malaysia. PTV tidak terikatdengan mana-mana aliran falsafah. Antara ciri-ciri yang perlu ada dalam falsafah PTV ialahianya mestilah universal, membangunkan PTV itu sendiri, menyatukan dan kebenaran perlulahbersifat mutlak. Pegangan PTV di Malaysia haruslah berdasarkan kepada Falsafah PendidikanKebangsaan dan matlamat pendidikan. Falsafah PTV perlulah memenuhi cabang falsafahseperti metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik. Metafizik boleh ditakrifkan sebagai satukajian berkaitan kewujudan ( Abdul Fatah, 2007). Tujuan utama pendidikan dalam kepercayaan ini adalah untuk mencapai penyedaran diri, pengetahuan diri dan perkembangan diri supaya fitrah manusia yang berkerohanian dapat diperkembangkan. Konsep dan Matlamat FPK

Konsep FPK Falsafah pendidikan negara merangkumi elemen epistemologi, metafizik dan aksiologi yangjuga secara langsung meliputi falsafah dealisme, realisme, perenilaisme, progresivisme daneksistensialisme ( Sufean Hussin, 1996). Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah digubal daripada pemikiran yang rasional dan kritis, berlandaskan daripada ideologi negarasebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan, termasukRukun Negara.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mengambil inspirasi daripada proses pembangunan bangsa dan negara yang agak panjang. Apa yang digariskan dalam falsafah ini juga amat berkait rapat dengan perkembangan dunia Islam dan pembangunan negara Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menggariskan segala istilah, pemikiran dan prinsipberkaitan dengan bidang pendidikan di negara kita. Dengan kata lain, ia menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yangtekal, jelas dan logik.

Matlamat FPK Berlandaskan kepada FPK yang telah dinyatakan, maka Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah bertujuan untuk menjelaskan secara rasional amalan-amalan pendidikan terkini serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan. Ini adalah kesinambungan daripada Matlamat Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna (KPM,2001). Dengan perkataan lain, Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut: percaya dan patuh kepada Tuhan; berilmu pengetahuan; berakhlak mulia; bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara; memilik sahsiah yang seimbang dan bersepadu; dan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

KPM (2001) juga menyatakan bahawa selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang, diharapkan juga, melalui proses pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya seperti: melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara; menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan; melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsipprinsip dan cita-cita demokrasi mengikut Perlembagaan; melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara; melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, dan bersikap toleransi, agar dapat mewujudkan perpaduan rakyat berbilang kaum; dan

mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan kemudahankemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.

Falsafah pendidikan negara mengandungi idea dan pandangan yang rasional terhadap pendidikan. Fungsi asas falsafah pendidikan ialah memberi panduan dan haluan kepada pakar pendidikan untuk merancang atau mereformasikan sistem pendidikan berlandaskan idea,konsep dan matlamat pendidikan Negara (KPM,2001).Sehubungan ini, Falsafah PendidikanKebangsaan adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan denganmengambil kira seluruh aspek berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dannegara.

Peranan FPK Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum dalam KPM (2001), Falsafah Pendidikan Kebangsaan memainkan peranan yang sangat penting seperti: sebagai cahaya yang memberi panduan dan arah tuju kepada segala usaha mengembangkan dan memajukan pendidikan; menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan Matlamat Pendidikan Negara; sebagai rujukan untuk membantu para pendidik memahami sistem pendidikan negara; sebagai bimbingan untuk para pendidik semasa mereka melaksanakan tugas tugas pendidikan; sebagai dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan kurikulum, bahanbahan pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran; sebagai pengawal ke atas aktiviti penyelewengan daripada dasar pendidikan; dan menghilangkan salah faham, keraguan atau pertelingkahan dalam sebarang usaha melaksanakan tugas ataupun aktiviti pendidikan.

Implikasi FPK Terhadap Sistem PTV

Berdasarkan huraian di atas, terdapat beberapa implikasi FPK terhadap sistem pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan sebuah dokumentasi yang murni dan luhur, dan memerlukan penghayatan, pemahaman dan keprihatinan para pendidik untuk merealisasikan tujuan dan cita yang tersurat dan tersirat dalam kandungannya.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi pengetahuan umum pada tahun 1988, telah menjadi teras dan tunjang kepada sistem pendidikan negara kita sejak sekian lama. Justeru itu, semua perancangan dan aktiviti pendidikan hendaklah merupakan hasil daripada nilai-nilai dan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Sememangnya kemunculan Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan membawa implikasi-implikasi kepada sistem pendidikan teknik

dan vokasional di negara kita seperti berikut.

Implikasi terhadap kurikulum PTV

Perubahan PTV sekolah adalah selaras dengan cita-cita dan tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi; Perubahan sukatan pelajaran PTV yang berorientasikan kepada program bersepadu. Perubahan bahan-bahan pelajaran PTV yang mengutamakan nilai-nilai murni diserapkan dalam semua mata pelajaran PTV. Perubahan program PTV yang berorientasikan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Perubahan sistem PTV yang berorientasikan ke arah pendidikan umum dan alam pekerjaan. Perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi.

Implikasi terhadap guru PTV

Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar dengan tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidik yang benar-benar memahami FPK akan dapat mengubah sikap peribadi dengan pandangan dan visi yang positif terhadap tugasnya bagi merealisasikan matlamat FPK. Melalui FPK juga, pendidik akan dapat mengubah strategi dan teknik pengajaran yang bersesuaian bagi melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan dan berakhlak mulia.Oleh yang demikian sangatlah penting bagi pendidik untuk benar-benar memahami matlamat dan tujuan yang ingin dicapai oleh Negara melalui FPK. Dengan memahami sepenuhnya kehendak FPK, guru PTV akan dapat memertabatkan PTV setanding dengan aliran sains.

Implikasi terhadap institusi PTV

Perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi: Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat peluang mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani, secara menyeluruh dan seimbang. Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar. Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cintakan ilmu dan seterusnya membentuk budaya membaca dalam kalangan mereka.

Rumusan

Falsafah Pendidikan Negara adalah teras kepada sistem pendidikan di negara ini. Falsafah inidigubal di atas kesedaran bahawa negara mesti mempunyai tuju hala dan matlamat yang benar dan tepat di dalam system dan rancangan pendidikannya. Selaras dengan Rukunnegara,falsafah pendidikan ini turut menekankan prinsip kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Malah keseluruhan Falsafah Pendidikan Negara adalah berpaksikan keTuhanan (KPM, 1988).

Falsafah Pendidikan ini dimanifestasikan dalam diri insan yang memiliki ciri-ciri baik, seimbang dan harmonis. Dalam konteks yang lebih luas, insan yang baik, seimbang dan harmonis mencerminkan individu yang berilmu pengetahuan, luhur dan mulia dari segi rohani,sihat dan bersih dari segi mental dan fizikal serta dapat berbakti kepada agama, bangsa dannegara (KPM,1988).

Pendidikan Teknik dan Vokasional pula merupakan satu cabang bidang pendidikan yang sangat penting untuk pembangunan negara. Tujuan utama PTV diperkenalkan adalah untuk memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan separa mahir di Malaysia. Disamping itu,PTV juga bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman sebenar untukpersediaan alam pekerjaan.

Melalaui penulisan di atas, adalah amat penting untuk para pendidik untuk memahami dengan jelas tentang FPK dan hubungannya dengan PTV. Ini adalah sangat penting kerana apabila pendidik memahami dengan jelas tentang FPK dan PTV, maka sudah tentunya matlamat pendidikan serta hasrat negara akan tercapai. Melalui FPK, kita akan dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan inteleknya. Disamping itu juga proses memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh juga akan lebih mudah dilaksanakan.

Rujukan Abdul Fatah Hasan. (2007). Mengenal Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Amberjeet ( 1993 ), Dasar Grant dan Peruntukan Pembiayaan Serta Prestasi Pendidikan Sains, Matematik, Teknik dan Vokasional di Malaysia. Ijazah Sarjana Muda, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Anan Nur ( 2010), Filsafat Pendidikan Essensialisme Retrieved on August 16, 2010, http://anannur.wordpress.com/2010/07/08/filsafat-pendidikan-essensialisme Evelyn J. Sowel ( 2005 ), Curriculum: An Integrative Introduction: 3rd Edition, New Jersey, Merill Prentice Hal .

Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2001 ), Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi, Pusat Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2000 ), Tatacara Pengurusan Kewangan & Perakaunan Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia (1988). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kuala Lumpur; Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan. ok Soon Sang (1992). Pedagogi 2 Strategi Pengajaran-Pembelajaran Pengajaran Mikro Persediaan Untuk Pengajaran Praktik. Subang Jaya: Cetaktama Sdn. Bhd. Noresah ( 2002 ), Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka. Paul Procter ( 1995 ), Cambridge International Dictionary of English First Edition, Cambridge University Press. Sufean Hussin (2004). Pendidikan di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Undang-Undang Malaysia, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), 1996, Percetakan Nasional Berhad, Kuala Lumpur. Widad Othman & Faridah Mariani Johari (2007), Curriculum Planning in Technical and Vocational Education, Kuala Lumpur, Open University Malaysia. Matlamat Pendidikan. Retrieved on August 16, 2010, from http://www.angelfire.com/bc3/bcc4 Falsafah Pendidikan di Malaysia. Retrieved on august 16, 2010, from www.docstoc.com/docs/.../Falsafah-dan-Pendidikan-di-Malaysia

S PENDEK FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA PISMP SEM 1 2010


Disediakan Oleh : Muhammad Ridhuan Bin Hanafi (2010211310030) PISMP Mathematics Cohort 5 IPG KBA 1.0 PENGENALAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan teras kepada sistem pendidikan di Malaysia sejak 1988. FPK telah distruktur berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan berlandaskan ideologi kebangsaan yang menerapkan Rukunegara, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (Choong, 2008).

" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Keduadua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi ciri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik. Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia. FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarg seterusnya kepada masyarakat dan negara. Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli

keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti. Pada 22 Mac hingga 26 Mac 2010, saya telah menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di SK Janglau, Kuala Rompin, Pahang. Jadi, saya telah membuat pemerhatian terhadap peranan pihak pengurusan, prasarana, dan program dan aktiviti yang dilaksanakan di sekolah ini dalam merealisasikan FPK. 2.0 PERANAN PIHAK PENGURUSAN DALAM MEMEPERKEMBANGKAN ASPEK INTELEK, JASMANI, EMOSI, ROHANI DAN SOSIAL MURID-MURID Sekolah memainkan peranan penting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) kerana sekolah merupakan agen sosialisasi dan agen perubahan seseorang insan. Selain itu,sekolah juga merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempat pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada. Di sekolah jugalah nilai-nilai murni perlu diterapkan dalam diri murid-murid untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari pelbagai aspek JERIS iaitu, jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan matlamat dan objektif FPK. Justeru, setiap individu di sekolah memainkan peranan masing-masing untuk melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Antara pihak yang berkaitan ialah Pentadbir Sekolah, Ketua Panitia, Guru Bilik Darjah dan Guru Bimbingan dan Kaunseling. 2.1 Peranan Pentadbir Sekolah Sistem pengurusan SK Janglau telah diterajui oleh guru besarnya Pn. Romlah@Ramlah bt. Ismail dan dibantu oleh GPK1, GPK HEM dan GPK Kokurikulum. Mereka sangat komited dalam usaha merialisasikan FPK dari semasa ke semasa. Bagi memastikan murid-murid di SK Janglau cemerlang dari segi intelek, pihak pentadbir sekolah telah mengadakan 9 kali ujian penilaian dalaman bagi murid darjah 6 sebelum menduduki UPSR. Hal ini dilaksanakan bagi memastikan setiap murid darjah 6 sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi UPSR selain dapat mengesan murid-murid yang perlu diberikan perhatian dalam pelajaran sekali gus dapat memastikan semua pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR. Pihak pentadbir juga memastikan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Dalam merealisasikan FPK dari aspek jasmani, pihak pentadbir SK Janglau sangat memberi penekanan dalam aspek kokurikum. Sebagai contoh, semua murid wajib hadir ke sekolah pada sebelah petang untuk menjalankan aktiviti kokurikulum pada setiap hari Rabu. Aktiviti kokurikulum termasuklah persatuan, unit beruniform serta sukan dan permainan. Selain itu, pihak pentadbir sekolah sentiasa menekankan kecemerlangan emosi murid-murid. Pihak pentadbir sekolah sentiasa memantau keceriaan dan kebersihan

dalam persekitaran dan juga di dalam bilik darjah. Kelas yang tercantik dan terbersiah akan memperoleh piala pusingan pada setiap minggu. Langkah ini sangat berkesan bagi memastikan murid-murid sentiasa menjaga suasana tempat belajar dan sekali gus dapat belajar dengan baik. Aspek rohani juga sangat ditekankan di sekolah ini. Buktinya, pihak pentadbiran telah menganjurkan Kem Bestari Solat, Majlis Solat Hajat dan Sambutan Maulidur Rasul. Program-program ini telah berjaya memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan aspek rohani untuk mencapai kecemerlangan dalam kehidupan. Akhir sekali, pihak pentadbir sekolah berusaha mewujudkan kecemerlangan sosial. Pihak pentadbir sentiasa mewujudkan keharmonian di antara anggota-anggota sekolah seperti budaya hormat-menghormati dan mengucap salam, kerjasama, rasa tanggungjawab, perpaduan, kemesraan dan keadilan. Pihak pentadbir juga menjalankan Rancangan Makanan Tambahan(RMT) kepada murid-murid. Selain itu, pihak pentadbir juga sentiasa peka terhadap masalah yang dihadapi oleh kakitangan sekolah. Mereka akan menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin kerana tidak mahu masalah ini akan menyebabkan pelajaran murid terganggu. 2.2 Peranan Ketua Panitia Guru yang dilantik menjadi ketua panitia kebiasaannya dipilih berdasarkan kecemerlangannya dalam mata pelajaran tertentu. Setiap mata pelajaran mempunyai seorang ketua panitia masing-masing. Ketua panitia menyediakan rancangan mengajar bagi panitia dan setiap guru akan merujuk kepada rancangan mengajar tersebut. Ketua panitia sentiasa merancang untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam bidang yang diuruskannya. Saya sempat menemu bual seorang Ketua Panitia Matematik, Pn. Salina, beliau telah mengadakan program Kiralah Sayang untuk meningkatkan kecemerlangan murid-murid dalam subjek matematik. Ketua Panitia juga sentiasa peka terhadap keperluan guru-guru di bawah naungannya. Jadi, peranan ketua panitia ini amat penting dalam memperbaiki kelemahan pengajaran selain dapat meningkatkan prestasi dan mutu semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan hasrat FPK yang ingin melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan serta berkeupayaan memberi sumbangan kepada kemajuan negara. 2.3 Peranan Guru Bilik Darjah Melalui temu bual dengan seorang guru kelas darjah 6A, En. Arman, beliau mengatakan guru bilik darjah memainkan peranan yang amat penting dalam keseimbangan murid-murid di sekolah. Guru kelas bertindak menggantikan ibu atau bapa ketika murid-murid di sekolah. Beliau perlu mengetahui setiap masalah pelajar supaya sesi pembelajaran tidak terganggu. Beliau juga mengambil berat tentang kehadiran murid ke sekolah. Kadang-kadang, beliau pergi ke rumah murid yang tidak datang untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid tersebut.

Beliau juga bertanggungjawab untuk membantu murid menghias kelas kerana terdapat program keceriaan yang dijalankan di sekolah. Penyusunan organisasi di dalam kelas dan jadual bertugas juga dilakukan oleh beliau. Bilik darjah yang ceria dan menarik dapat menarik minat murid-murid untuk datang ke sekolah. Selain itu, beliau juga sentiasa memberi bimbingan dan sokongan kepada muridmurid mereka supaya rajin belajar agar mendapat keputusan yang cemerlang. Beliau bertanggungjawab dalam mendisiplinkan murid-murid di dalam kelasnya. Beliau juga sering memberikan nasihat yang dapat membina keyakinan murid-murid mereka untuk belajar dan mengamalkan nilai-nilai murni sekaligus dapat merialisasikan FPK. 2.4 Peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling Guru Bimbingan dan Kaunseling di SK Janglau, En. Mohd Rizal memainkan peranan penting dalam merealisasikan FPK. Beliau lebih memfokuskan pembangunan aspek emosi. Beliau telah mengadakan pelbagai program motivasi dalam usaha mempertingkatkan kecemerlangan dalam kalangan murid-murid. Beliau juga mengadakan sesi kaunseling secara individu dan berkumpulan kepada murid-murid yang menghadapi masalah. Beliau banyak membantu dalam meningkatkan motivasi murid-murid di SK Janglau terutamanya dalam program-program yang dijalankan di sekolah ini iaitu Kem Motivasi dan sebagainya. 3.0 PRASARANA/KEMUDAHAN 3.1 Kemudahan sekolah dalam membina perkembangan fizikal Prasarana sekolah yang baik dan sempurna akan membantu merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Prasarana yang baik dan sempurna juga amat penting agar proses P&P murid-murid tidak akan terganggu malah membantu muridmurid untuk memperkembangkan lagi diri mereka. Antara kemudahan yang terdapat di SK Janglau dalam membina perkembangan fizikal ialah padang. SK Janglau mempunyai padang yang agak besar dan mencukupi untuk digunakan oleh semua warga SK Janglau. Semua aktiviti kokurikulum dilaksanakan di padang ini seperti Hari Sukan, pertandingan bola sepak, bola baling, bola jaring, olahraga dan sebagainya. Murid-murid perlu mematuhi peraturan penggunaan padang yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti memakai kasut, memakai baju sukan, tidak membuang sampah dan lain-lain ketika berada di padang. Selain itu, terdapat juga padang permainan di SK Janglau. Padang permainan ini lebih sesuai digunakan oleh murid Tahap 1 dan prasekolah kerana alat-alat permainan yang disediakan lebih sesuai digunakan oleh mereka seperti buaian, jongkang-jongket dan lain-lain. Tuntasnya, kemudahan-kemudahan yang disediakan ini banyak membantu murid dalam memperkembangkan fizikal mereka selaras dengan aspirasi FPK.

3.2 Keceriaan sekolah dalam memupuk nilai estetika, kebersihan, kecintaan terhadap alam semulajadi Suasana sekolah yang ceria, kondusif dan merangsang pembelajaran adalah sangat penting untuk menghasilkan murid-murid yang berkembang secara harmonis dan menyeluruh dari segala aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial. Untuk mencapai hasrat ini, iklim dan budaya sekolah haruslah berada dalam keadaan selesa, tenteram, aman damai, mesra dan juga riang. Sekolah ini amat mementingkan aspek nilai estetika, kebersihan, dan kecintaan terhadap alam semula jadi. Hal ini terbukti apabila sekolah ini telah menyertai Program Keindahan Keceriaan dan Alam Sekitar Sekolah (Program 3K) . Visi utama projek ini adalah untuk melahirkan generasi berkeperibadian yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek menjelang 2020. Untuk itu, pihak sekolah telah berusaha untuk meningkatkan tahap keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah dengan melaksanakan pelbagai aktiviti. Antaranya ialah mencantikkan lanskap sekolah, program melukis mural yang dijayakan oleh guru dan murid-murid, kata-kata hikmah yang ditampal di dinding-dinding dan di gantung di susur gajah, penanaman pokokpokok bunga renek oleh guru-guru dan murid-murid dan lain-lain. Kebersihan di seluruh kawasan sekolah amat penting kerana ia akan mempengaruhi proses P&P di dalam darjah. Amalan nilai-nilai murni dan berakhlak mulia merupakan salah satu elemen yang amat ditekankan di SK Janglau selaras dengan FPK. Guru-guru di sekolah ini sentiasa mendidik dan menerapkan akhlak mulia dan nilai-nilai murni kepada murid-murid melalui amalan pengajaran harian mereka. Nilai murni seperti memberi salam kepada guru dan orang yang lebih tua, membaca doa sebelum dan selepas belajar adalah yang diterapkan kepada murid-murid adalah untuk melahirkan warganegara yang beragama dan seimbang serta menyeluruh. Kesimpulannya, keceriaan sekolah ini sentiasa terjaga bagi memastikan pemupukan nilai estetika, kebersihan, dan kecintaan terhadap alam semulajadi. Perkara ini sekali gus akan dapat membantu merialisasikan FPK. 4.0 PROGRAM DAN AKTIVITI 4.1 Aktiviti kurikulum dalam membina perkembangan kognitif pelajar berdasarkan kepada kebolehan individu. Pihak sekolah bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti yang dapat membina perkembangan murid. Antara aktiviti yang telah dijalankan di sekolah ini ialah Hari Anugerah Kecemerlangan Murid, Sambutan Maulidur Rasul, Kem Kiralah Sayang program NILAM, kelas tambahan dan sebagainya. Secara tidak langsung, melalui program seperti ini dapat mencungkil potensi murid-murid lalu dapat diperkembangkan secara optimum.

Dengan perlaksanaan aktiviti kurikulum yang berbentuk pertandingan atau program ini, secara tidak langsung membantu dalam merealisasikan FPK di sekolah ini. Dalam sesi P&P, guru sekolah ini menggunakan alat bantu mengajar yang disediakan pihak sekolah seperti LCD, Projektor, laptop (untuk guru-guru Sains, Matematik, bahasa Inggeris dan pemulihan), radio, televisyen dan lain-lain yang telah disediakan oleh pihak sekolah melalui peruntukan-peruntukan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Program Pemulihan juga dilaksanakan di sekolah ini bagi mengatasi masalah keciciran penguasaan 3M dan pelbagai lagi masalah pembelajaran dalam kalangan murid-murid SK Janglau. Tuntasnya, pengurusan kurikulum yang baik dapat menghasilkan acuan yang bagus dan mantap dari segala aspek. Kurikulum juga memberi peluang kepada murid untuk menimba ilmu pengetahuan melalui pengalaman dan mengasah bakat dalam pelbagai bidang di sekolah seterusnya melahirkan individu yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan taat setia sebagaimana yang terkandung di dalam FPK. 4.2 Aktiviti kokurikulum dalam memperkembangan bakat dan potensi setiap individu murid Kokurikulum merupakan antara agenda utama di SK Janglau bagi merialisasikan FPK. Terdapat tiga jenis kokurikulum yang dijalankan di sekolah ini iaitu persatuan, kelab dan permainan dan unit beruniform. Antara unit-unit beruniform yang terdapat di SK Janglau ialah Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS), Puteri Islam dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM). Terdapat juga persatuan-persatuan akademik seperti Persatuan Sains dan Matematik, Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Bahasa Inggeris dan persatuan atau kelab bukan akademik seperti Kelab Badminton, Kelab Bola Sepak, dan sebagainya yang menjadi pilihan murid-murid untuk mengasah minat dan bakat mereka. Pada tahun 2010, antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah perkhemahan Unit Beruniform, Hari Sukan 2010 dan larian merentas desa. Antara objektif aktiviti kokurikulum ini dilaksanakan adalah untuk menyeimbangkan antara perkembangan mental (akademik) dengan jasmani, sosial emosi dan jasmani pelajar dan pengukuhan interaksi dan intergrasi di kalangan pelajar sekolah. Selain itu, matlamat kokurikulum adalah untuk meningkatkan minat, bakat, kemahiran dan daya kepimpinan pelajar serta meningkatkan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai-nilai murni. Jadi, dapatlah dirumuskan bahawa kegiatan kokurikulum amatlah penting untuk melahirkan masyarakat yang seimbang dari segala aspek sejajar dengan matlamat FPK. 5.0 CADANGAN-CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Setelah seminggu menjalankan PBS di SK Janglau, saya mendapati terdapat beberapa penambahbaikan yang patut dilakukan di sekolah ini bagi merialisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pertama, pihak pentadbiran terutamanya Guru Besar perlu sentiasa memantau dan menilai pengajaran guru serta memantau kemajuan murid. Guru Besar juga boleh memberi sedikit ganjaran untuk guru supaya guru-guru di sekolah ini lebih bersemangat untuk mengajar. Selain itu, Guru besar juga hendaklah menyediakan insentif untuk murid supaya timbul rasa minat dalam kalangan murid untuk terus bersaing secara sihat antara satu sama lain. Sekiranya perkara ini dilakukan, saya pasti FPK akan tercapai dengan jayanya kerana guru-guru dan murid-murid mendapat suntikan semangat melalui insentif dan ganjaran yang diberikan oleh Guru Besar. Kedua, Guru Besar perlu turut sama terlibat dengan perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang dirancang di sekolah. Guru Besar yang cemerlang akan sentiasa memberikan sokongan dan galakan kepada guru-guru untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih baik dan menarik minat murid-murid untuk belajar. Penglibatan secara langsung Guru Besar dengan organisasi sekolah amat penting dalam mewujudkan suasana dan iklim sekolah yang harmonis dan damai selaras dengan kehendak FPK. Ketiga, pihak sekolah seharusnya menyediakan sistem Punch Card bagi memastikan guru sentiasa berdisiplin dan menepati masa untuk datang ke sekolah. Disiplin guru-guru adalah amat penting kerana guru-guru akan menjadi role model kepada murid-murid. Keempat, pihak pentadbir hendaklah mengenalpasti murid-murid yang cemerlang yang datang daripada golongan miskin untuk diberi biasiswa. Pemberian biasiswa kecil kerajaan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan beban keluarga murid tersebut dan sekali gus akan meningkatkan semangat murid ini untuk terus belajar dan akhirnya akan mengharumkan nama sekolah atas kejayaannya. Kelima, pihak sekolah berperanan penting dalam melaksanakan matlamat FPK ini dengan meningkatkan keberkesanan dan pelaksanaan program pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sebagai contoh, peranan sekolah menaiktarafkan pusat sumber sekolah dengan menambah bilangan buku dan kemudahan-kemudahan di dalam pusat sumber seperti alat penghawa dingin, sudut kognitif dan sudut bacaan akhbar dapat menarik minat murid dan guru-guru untuk ke sana. Jadi hal ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan murid-murid selaras dengan matlamat FPK yang ingin melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan. Seterusnya, proses P&P di dalam bilik darjah juga dapat dipertingkatkan dengan penyelarasan rancangan mengajar. Guru memainkan peranan yang penting dalam menjayakan P&P yang berkesan. Oleh itu guru perlu menggunakan modul pengajaran KBKK semasa P&P berjalan kerana ingin mewujudkan suasana yang dapat menarik minat murid-murid. Guru juga perlulah memberi latihan dari sumber luar agar cara pengajaran dapat dipelbagaikan supaya murid-murid tidak bosan. Murid-murid akan

berasa lebih seronok dengan teknik pengajaran yang berbeza. Namun, guru perlulah memilih teknik pendekatan mengajar yang sesuai dengan situasi murid agar dapat mencapai objektif pengajaran yang dihasilkan. Di samping itu, kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah perlu melibatkan semua murid. Secara tidak langsung, individu yang sihat dan cergas dapat dilahirkan serta dapat melahirkan individu yang prihatan terhadap kesihatan diri. Dari aspek rohani, pihak sekolah boleh menubuhkan persatuan agama Islam, kelab Tarannum dan banyak lagi di sekolah untuk mewujudkan keseimbangan perkembangan mental (akademik) dengan perkembangan sosial, jasmani, dan rohani murid-murid sejajar dengan kehendak FPK. Murid-murid juga dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah serta dapat melahirkan kesejahteraan diri dengan penglibatan mereka di dalam aktiviti ini. 6.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, berdasarkan kepada semua huraian diatas, maka ternyatalah bahawa kejayaan sesebuah sekolah dalam merealisasikan FPK adalah bergantung kepada aspek pihak pentadbiran, prasarana, aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Semua aspek ini akan menentukan modal insan yang bakal dihasilkan sama ada memenuhi hasrat FPK atau tidak. Kejayaan sekolah dalam merealisasikan FPK juga secara tidak langsung mampu menjana dan membina modal insan yang berkualiti. Merujuk kepada PIPP (2006-2010), negara kita berhasrat untuk menghasilkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berperibadi mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta berkebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. Sekali lagi dinyatakan bahawa, peranan sekolah amat penting dalam menyahut cabaran yang terkandung di dalam FPK untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. 7.0 REFLEKSI Sepanjang saya menjalankan PBS di SK Janglau, saya membuat banyak pemerhatian terhadap pelaksanaan FPK di sekolah ini. Banyak pengalaman baru yang saya telah dapat di sekolah ini. Dalam tempoh saya menjalankan PBS ini, saya mendapati bahawa semua pihak terutamanya pihak pentadbiran dan guru-guru menunjukkan sikap yang positif dalam tugas masing-masing bagi merialisasikan FPK di sekolah ini. Sebagai buktinya, banyak program telah dirancang dan dilaksanakan oleh pihak pentadbiran kepada murid-murid bagi memastikan murid-murid mereka mendapat kecemerlangan dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Saya sempat melakukan pemerhatian ke atas seorang guru bahasa Inggeris ketika beliau sedang mengajar. Saya dapati guru ini sangat komited dalam mendidik murid-murid beliau. Pelbagai pendekatan, kaedah dan strategi telah digunakan sepanjang beliau mengajar bagi memastikan murid-murid mereka fokus terhadap apa yang beliau ajar. Saya amat kagum dengan sikap beliau yang sangat bijak mengawal sesi P&P. Saya yakin, guru-guru lain di sekolah ini juga mempunyai sikap yang sedemikian. Satu perkara lagi yang menarik perhatian saya adalah peranan Guru Besar di sekolah ini. Beliau sering membuat tinjauan,pemantauan dan pemeriksaan terhadap RMT yang disediakan di sekolah ini. Ini menunjukkan sikap Guru besar yang amat prihatin terhadap keselamatan murid-murid beliau. Selain itu, beliau juga sering membuat pemerhatian dan pemantauan secara mengejut ketika guru sedang mengajar. Jadi, saya amat teruja dengan sikap beliau. Saya beranggapan bahawa guru-guru di sekolah ini sudah mengetahui sikap Guru besar ini dan sentiasa bersedia pada setiap masa dan sekali gus akan menjadikan sesi P&P sentiasa terbaik. Impaknya, muridmurid sentiasa mendapat didikan dengan cara yang paling baik dan akhirnya akan menjadi murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Sebagai penutup, peranan semua pihak di sekolah ini adalah amat penting dalam membentuk kecemerlangan murid-murid dari aspek JERIS seperti yang terkandung dalam FPK. 8.0 RUJUKAN Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman. (2008), Falsafah pendidikan dan kurikulum. Tanjung Malim: Quantum Books. Choong.L.K. (2009), Falsafah dan pendidikan di Malaysia untuk program perguruan pendidikan rendah pengajian tahun 4. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiaman Sdn. Bhd. Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007. Perangkaan Pendidikan Malaysia 2007. KPM: Putrajaya. Falsafah pendidikan kebangsaan. (n.d). Retrieved Mac 24, 2010, from http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.php.

IMPLIKASI FPK TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan satu dokumen rasmi yang menggariskan hasrat Kerajaan terhadap sistem pendidikan negara ini serta matlamat pendidikan dengan jelas. Dengan itu, para guru haruslah menghayati dan mengusahakan FPK bagi memastikan hasrat Kerajaan dan matlamat pendidikan tercapai. Dalam hal ini juga,

kaum pendidik juga perlu menjadikan FPK sebagai garis panduan dan rujukan semasa menjalankan tugas- tugas pendidikan serta fungsi-fungsi pendidikan masing-masing. Di samping itu, para pendidik hendaklah memainkan peranan aktif dalam merealisasikan FPK. Oleh itu, mereka hendaklah bersifat terbuka terhadap perubahan pesat dalam bidang sains dan teknologi terutamanya dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Mereka juga harus menimba ilmu sebanyak yang mungkin dan mempelajari kemahiran-kemahiran baru yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran supaya dapat menghadapi dunia pendidikan yang semakin mencabar ini. Selain daripada itu, para pendidik perlu menyedari bahawa tugas mereka bukan hanya terbatas dan tertumpu kepada penyampaian ilmu dan kemahiran sahaja, tetapi mereka juga perlu memberi perhatian serius kepada pembentukan modal insan seperti mana yang diharapkan oleh Kerajaan. Para guru adalah individu yang amat diharapkan oleh masyarakat untuk membimbing generasi akan datang. Jesteru, mereka perlu melakukan perkembangan secara meyeluruh dan seterusnya berupaya menyumbangkan ilmu, kemahiran, masa dan tenaga mereka demi kemaslahatan bersama. Dipetik daripada: - Buku Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk PPPRP4T (2008); Di dalam buku Ilmu Pendidikan untuk KPLI ( Sekolah Menengah)juga ada menerangkan mengenai implikasi- implikasi kepada sistem pendidikan negara . Antaranya adalah seperti berikut : Implikasi terhadap kurikulum Perubahan kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan Falsafah Pendidikan Negara . Ini meliputi : o Perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu. o Perubahan bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilai-nilai murni diserapkan dalam semua mata pelajaran. o Perubahan program pendidikan yang berorientasikan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. o Perubahan sistem pendidikan yang berorientasikan kea rah pendidikan umum.

o Perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi. Implikasi terhadap pendidik Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar dengan tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi : o Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi yang positif terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan. o Perubahan professional dengan mengubah strategi dan teknik pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmupengetahuan, berketrampilan serta berakhlak mulia. Implikasi terhadap institusi pendidikan Perubahan organisasi sekolah kearah mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi : o Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat peluang mengembangkan potensi mereka dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial, secara menyeluruh dan seimbang. o Perubahan aktiviti budaya yang kondusif untuk memupuk nilai- nilai murni dalam jiwa pelajar. o Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mencintakan ilmu dan seterusnya membentuk budaya membaca di kalangan mereka. Kesimpulannya, jika para pendidik berpegang kepada Falsafah Pendidikan kebangsaan dalam melaksanakan tugas mereka, maka sudah pasti matlamat dasar pendidikan negara akan menjadi kenyataan. Chong Lean Keow (2008), Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia untuk PPPRPET. Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Ee Ah Ming (1998), Pendidikan Di Malaysia II (Semester V). Penebit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ibrahim Mamat (1993), Kepimpinan Sekolah, Teori Untuk Praktis.Kumpulan Budiman Sdn. Bhd Gan Tong Hock, (2007). Guru Bereflektif Penjana Gemilang.http://www.scribd.com. Akses pada 20 Februari 2008. Modal Insan

SK Seri Cheding, (2006). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. http://sksc. ppdkualalangat.gov.my/index.php. Akses pada 20 Februari 2008. Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein, (2005). Pesanan Pelajaran. http://www.angkasa.coop/pelancar/Arkib/julai05/index.htm.Akses 22 Febuari 2008. Menteri pda

Wan Muhammad Wan Ibrahim, (2007). Kenyataan Media JIM - Guru Tonggak Pembinaan Masyarakat Madanihttp://www.jim.org.my/modules.php?module=akhbar. Akses pada 24 Februari 2008.

KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAKKANAK PISMP SEM 1 2010


Disediakan Oleh : Muhammad Ridhuan Bin Hanafi (2010211310030) PISMP Mathematics Cohort 5 IPG KBA

1.0 KONSEP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Manusia adalah merupakan makhluk yang diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik kejadian. Manusia pertama yang hidup di muka bumi ini adalah Nabi Adam dan Hawa. Secara realiti dan hakikinya, setiap manusia pasti akan mengalami perubahan diri dan cara hidup dengan melalui proses pertumbuhan dan perkembangan mereka. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas kelihatan berubah mengikut peredaran masa. Perkembangan berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sel sehingga akhir hayat organisma. Menurut Shaffer (1999) seperti yang ditulis oleh Kamarulzaman Kamaruddin(2009) dalam buku bertajuk Psikologi Perkembangan : Panduan Untuk Guru, perkembangan merupakan satu proses perubahan yang berlaku secara kompleks. Menurut beliau, perubahan secara kuantitatif adalah perubahan yang dapat diukur secara konkrit seperti pertambahan saiz, tinggi dan berat. Perubahan ini adalah perubahan kuantiti kerana ia dapat ditentukan dengan ukuran pada satu peringkat ke satu peringkat yang lain. Santrock (2008) mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat.

Menurut Crow dan Crow (1980), perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Pandangan ini turut disokong oleh Atan Long (1980). Menurut Karl E. Garrison pula, perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan itu sama ada berbentuk struktur, kemahiran tingkah laku ataupun sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan bersifat sejagat. Selain itu, Paul Eggan dan Don Kauchak pula berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan. Secara ringkasnya, Mok Soon Sang(2008) menjelaskan bahawa perkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada peringkat lebih awal. 1.1 PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Menurut Mok Soon Sang(2009), pertumbuhan dikatakan berlaku dalam dua arah iaitu dari atas ke bawah dan dari tengah ke tepi. Misalnya, perkembangan dari arah kepala ke kaki (cephalocaudal), iaitu mengikut struktur dan fungsi (kepala dahulu sebelum badan dan kaki) dan dari arah tengah ke tepi (proximodistal), iaitu dari tengah menghala ke tepi anggota badan (tangan bergerak dahulu sebelum jari tangan bergerak). Seterusnya, Mok Soon Sang menjelaskan bahawa perkembangan dan pertumbuhan boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu peringkat pralahir (prenatal) iaitu ketika dalam kandungan selama 9 bulan, peringkat bayi iaitu ketika berumur 0 hingga 2 tahun, peringkat awal kanak-kanak ketika berumur 2 hingga 3 tahun, peringkat pertengahan iaitu ketika kanak-kanak berumur 6 hingga 9 tahun, peringkat akhir kanak-kanak iaitu ketika berumur 9 hingga 11 tahun, peringkat awal remaja ketika berumur 11 hingga15 tahun, peringkat pertengahan remaja iaitu ketika berumur 16 hingga18 tahun, peringkat akhir remaja ketika berumur 18 hingga 21 tahun, peringkat dewasa ketika berumur 21 hingga 60 dan peringkat tua selepas berumur 60 tahun keatas. Perubahan dari segi bentuk fizikal dan tingkah laku saling berkait dengan proses perkembangan. Ini bermakna, perubahan ini melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental dan sosial dari segi kuantiti serta kualiti. Menurut Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi (2008), terdapat lima prinsip perkembangan kanak-kanak. Prinsip pertama, proses perkembangan berlaku mengikut aturan. Misalnya seseorang bayi pada peringkat awal boleh duduk dengan bantuan, kemudian merangkak diikuti dengan kebolehan berdiri dan seterusnya berjalan. Proses perkembangan bayi adalah sama dalam semua peringkat melainkan bayi yang lahir awal, mungkin akan lambat dalam beberapa aspek. Perkembangan juga bermula daripada konkrit kepada abstrak terutamanya dalam perkembangan kognitif dan bahasa. Prinsip kedua, perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Contohnya, seorang bayi boleh menggenggam objek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari tangan. Pertumbuhan berlaku dengan otot-otot kasar terlebih dahulu sebelum beransur ke otot-otot halus. Seterusnya, mereka menyatakan bahawa pertumbuhan dan perkembangan adalah satu proses yang berlaku secara berterusan. Dengan kata lain, pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berlaku secara berterusan daripada lahir sehingga mati. Dalam proses perkembangan, seorang kanak-kanak akan menambah kemahiran sedia ada. Pada setiap peringkat, kanak-kanak akan mendapat kemahiran yang tertentu. Kemahiran yang ada padanya sekarang juga merupakan asas untuk mencapai kemahirankemahiran baru kelak.

Prinsip yang keempat pula ialah corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar perkembanganmanusia berbeza untuk setiap individu. Sebagai contoh, sesetengah kanak-kanak dapat berjalan pada umur 10 bulan manakala ada yang hanya boleh berjalan pada 18 bulan. Ini akan menjejaskan perkembangan emosi dan sosial kanak- kanak tersebut. Perkara ini adalah salah satu faktor yang membawa kepada perbezaan antara manusia seperti yang kita dapat lihat di dalam sebuah bilik darjah. Prinsip perkembangan yang seterusnya adalah perkembangan adalah hasil interaksi di antara kematangan dan pembelajaran. Kematangan adalah kemunculan potensi yang sedia ada dalam seseorang individu, misalnya merangkak, duduk, berjalan dan kemudian berlari. Ia dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik. Pembelajaran adalah hasil daripada latihan, proses peniruan atau identifikasi dan memerlukan usaha. Selain itu, mereka menyatakan bahawa proses pembelajaran membantu seseorang individu memperkembangan potensi yang sedia ada dalam dirinya. Misalnya perkembangan otot dan saraf anggota badan yang sempurna memungkinkan seseorang itu berenang tetapi dia hanya boleh berenang jika berlatih atau meniru cara-cara berenang. 2.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Mengikut kajian ahli psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan kepada lima aspek iaitu aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Kelima-lima aspek ini pula adalah berasaskan kepada dua faktor yang utama iaitu dipengaruhi oleh faktor baka dan faktor persekitaran. Ahli psikologi juga telah berpendapat bahawa tiada individu di dunia ini yang mempunya kadar perkembangan yang sama dan menjadikan faktor baka(nature) dan faktor persekitaran(nurture) sebagai penyebab utama ketidaksamaan kadar perkembangan seseorang individu. Pengaruh genetik atau baka keatas pertumbuhan dan perkembangan manusia ini sebenarnya dipelopori oleh Johann Gregor Mendel(1822-1889) di Austri. Menurut Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi (2008) dalam buku Perkembangan Kanak -kanak untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun, baka merujuk kepada ciri-ciri biologi, atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak- anak mereka seperti yang dikatakan oleh R. Hilgard. Amran Schienfed mengatakan bahawa baka menentukan persamaan antara ibu bapa dengan anak-anaknya, di kalangan ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi sifat-sifat seperti kebolehan , minat dan kawalan emosi. Gen-gen yang terkandung di dalam kromosom ini menguasai perkembangan manusia dan akan memberikan sifat unik bagi setiap individu. Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkan had keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau tidak pandai. Oleh sebab itu, menurut hasil kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1962) setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza. Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadarperkembangan yang sama. Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktorfaktor yang menyebabkan perbezaan kadar perkembangan manusia. Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiri daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terletak di lokus tertentu pada kromosom, iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yangdidapati dalam nukleus sel sperma (jantan) dan juga sel ovum (betina). Mengikut kajian, kromosom mengandungi bahanDNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal biasanya mempunyai 23 pasangan kromosom. Semasa proses persenyawaan, iaitu percantuman sel sperma (gamet jantan) dengan sel ovum (gamet betina) dengan membentuk zigot yang mula mendapat 23 kromosom daripada ibu bapa masing-masing. Seterusnya, proses pertukaran di

antara kromosom daripada ibu dan bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri baka diwarisi oleh bayi yang akan dilahirkan nanti.

tersendiri, kemudian

Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas. Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang bijak pandai akan melahirkan anak-anak yang juga bijak pandai. Emosi seseorang juga diwarisi daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik. Latar belakang keluarga yang porak peranda akibat perceraian, kematian, perpisahan akan memberi kesan buruk kepada emosi kanak-kanak seterusnya kepada perkembangan personaliti mereka. Faktor baka juga mempengaruhi sahsiah individu secara langsung. Sebagai contoh, individu yang mempunyai saiz badan yang agak besar akan berasa malu untuk bersosial dengan orang lain kerana banyak aktiviti yang boleh dilakukannya adalah terbatas. Saiz badan akan menentukan sama ada individu sesuai melakukan suatu aktiviti ataupun tidak. Kebolehan melakukan suatu aktiviti akan meningkatkan nilai prestij yang tinggi untuk dirinya. Hal ini menyebabkan individu tersebut akan diminati oleh rakan-rakannya dan seterusnya meningkatkan harga dirinya sekaligus akan membentuk sahsiah sihat. Contoh seterusnya ialah individu yang berasal daripada keturunan yang berpenyakit. Individu tersebut besar kemungkinan akan mewarisi penyakit, seperti lelah dan kencing manis melalui baka. Jadi, kanak-kanak tersebut sukar menyertai aktiviti sosial dan menyebabkan perkembangan sosialnya terganggu. Justeru, hubungan kanak-kanak tersebut dengan rakan-rakan menjadi berkurangan. Kemudian, dia akan merasa sedih dan sunyi. Impaknya, proses perkembangan sahsiahnya menjadi tidak sihat kerana perkembangan sosial dan emosi terjejas. Faktor kedua yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak ialah persekitaran. Faktor ini merujuk kepada keadaan semasa proses perkembangan kanak-kanak. Ini termasuklah pengalaman sebelum dan selepas lahir. Pengalaman sebelum lahir merangkumi pemakanan dan kesihatan ibu, gaya hidup ibu, rawatan yang diterima ibu, usia dan keadaan emosi ibu. Faktor-faktor selepas kelahiran pula adalah dipengaruhi oleh cara pemakanan, sosio ekonomi, tahap pendidikan keluarga, rakan-rakan, sekolah, masyarakat, tempat ibadat, media dan persekitaran dunia. Semua perkara ini akan mempengaruhi perkembangan seseorang manusia. Mengikut penulis Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi, dalam buku Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun, apabila kesihatan bayi selepas lahir dijaga, ini akan mempercepatkan pertumbuhan gigi susu pada gusi bawah ketika bayi berumur antara enam hingga lapan bulan. Seterusnya, khasiat yang diberikan seperti susu ibu amat baik dalam mempengaruhi perkembangan fizikal dan mental bayi tersebut. Pada tahap ini, perkembangan motor yang merangkumi kemahiran- kemahiran kordinasi otot telah mula meningkat. Antara kemahiran motor yang disebut ialah memegang, menyedut, menghisap, duduk, merangkak, berjalan, berlari dan sebagainya. Selain itu, keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan sekolah turut menjadi faktor perkembangan kanak- kanak. Perbezaaan gaya hidup sesebuah institusi keluarga seperti suasana rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga akan melahirkan individu yang mengikut perbezaan kadar perkembangannya. Keluarga yang mempunyai status sosio-ekonomi yang baik akan membantu perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana keluarga ini berupaya memberi makanan yang berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepadaanak-anak.

Ibu bapa perlu memastikan keperluan kasih sayang anak- anak dipenuhi dengan baik. Gaya hidup yang sihat yang diamalkan oleh setiap ahli keluarga seperti sentiasa menjaga kesihatan, bersenam, tidak merokok akan membentuk sebuah keluarga yang proaktif dan sempurna. Selain itu, faktor pemakanan juga turut mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Perkembangan ini meliputi fizikal, mental dan kerohanian kanak- kanak. Pemakanan yang diambil kanakkanak haruslah berzat, bersih dan seimbang. Makanan yang boleh menjejaskan kesihatan mental, emosi dan fizikal perlu dijauhi supaya tidak membantutkan perkembangan mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu mendidik anak supaya kenal makanan yang baik dan mengamalkan kesederhanaan ketika makan dan minum. Penyusuan susu ibu adalah lebih baik kerana susu ibu bebas dari jangkitan. Ketika sudah mencecah umur 4 tahun, kanak-kanak haruslah disajikan dengan makanan yang mempunyai banyak kandungan tenaga kerana pada masa ini kanak-kanak adalah sangat aktif. Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989), menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak merangkumi lima jenis sistem ekologi iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem, dan kronosistem. Menurut Bronfenbrenner, kelima-lima sistem ekologi ini adalah mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Mikrosistem merujuk kepada persekitaran terdekat dimana kanak-kanak lebih banyak menghabiskan masa dan interaksi secara langsung di dalam persekitaran itu. Sebagai contoh hubungan interaksi secara langsung antara kanak-kanak dengan ibu bapa, guru dan rakan-rakan. Orang-orang dalam mikrosistem ini memainkan peranan yang tidak kurang penting di dalam perkembangan kanakkanak. Mesosistem pula merujuk kepada kaitan antara perhubungan dengan 2 mikrosistem. Hal ini bermaksud satu mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan yang berlaku di rumah boleh mempengaruhi sikap atau tingkah-laku di sekolah dan sebaliknya. Mengikut Bronfenbenner juga, kanak-kanak yang diberikan galakan untuk berinteraksi dan berkomunikasi dalam mesosistem ini menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada kanak-kanak yang kekurangan peluang. Ekosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan kanak-kanak secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut. Misalnya sekolah dengan pasar raya. Kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasa oleh tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut. Makrosistem pula adalah perkembangan individu yang melibatkan norma-norma, nilai dan amalan masyarakat itu sendiri. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina dititikberatkan (Santrock,2008). Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi peranan yang lebih dominan dimana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting. Kronosistem pula melibatkan perubahan perkembangan dalam suatu tempoh masa. Sebagai contoh situasi kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada permainan-permainan komputer jika dibanding dengan kanak-kanak pada zaman dahulu kala yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah. Secara keseluruhannya, kelima-lima aspek ini adalah saling berinteraksi antara satu sama lain. Setiap unsur-unsur ini mempengaruhi perkembangan individu, maka setiap individu memang tidak dapat dinafikan mempunyai tahap perkembangan yang berbeza-beza. 3.0 PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK Mengikut Woofolk& Margetts (2007), perkembangan fizikal adalah merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan

perawakan manusia. Semasa pembesaran, kanak-kanak akan mengalami perubahan dari segi ketinggian, berat badan, kekuatan dan keupayaan untuk melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks. Perkembangan fizikal ialah perkembangan motor yang merangkumi kemahiran-kemahiran koordinasi otot untuk menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal. Contohnya ialah seperti berjalan, berlari, memanipulasi objek, duduk, melompat dan sebagainya. Selain itu, perkembangan fizikal juga merangkumi perkembangan sensori, khasnya penglihatan dan pendengaran. Semasa perkembangan, kanak-kanak akan mengalami perubahan dari segi ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks yang lain. Pada peringkat kanak-kanak, kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini adalah lebih stabil dan tidak begitu pesat jika dibandingkan dengan peringkat-peringkat sebelum ini. Selain itu juga, pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini lebih kepada bercorakkan penambahbaikan kemahiran-kemahiran psikomotor yang sedia ada. Pada peringkat umur 6 hingga 8 tahun iaitu ketika pertengahan kanak-kanak, dapat dilihat beberapa perkembangan fizikal berlaku iaitu ketinggian dan berat badan meningkat secara perlahan hinggalah keperingkat remaja. Gigi susu juga perlahan-lahan diganti dengan gigi kekal dan penulisan kanak-kanak ketika ini menjadi lebih kecil dan baik. Pada ketika ini juga, kanak-kanak mampu menghasilkan lukisan yang diorganisasi secara terperinci dan dalam permainan pula, mereka akan menambah permainan yang mengikut peraturan dengan aktiviti-aktiviti yang lebih kasar. Perkembangan fizikal akhir kanak-kanak pula iaitu ketika berumur 9 hingga 11 tahun semakin berkembang. Pada ketika ini, kemahiran motor seperti berlari, melompat, melontar, menyepak, menangkap, menggelecek diuruskan dengan lebih cepat dan dikoordinasi dengan lebih baik. Selain itu, masa tindak balas bertambah baik dan membantu perkembangan kemahiran motor. Kemahiran dalam penulisan juga semakin berkembang. Peralihan akhir kanak-kanak kepada awal remaja adalah didahului oleh individu perempuan 2 tahun lebih awal. Ketika umur meningkat kepada 11 hingga 14 tahun iaitu zaman awal remaja, pertumbuhan paling ketara sekali ialah melibatkan perkembangan organ seks. Bagi remaja perempuan, pada ketika ini akan berlaku penambahan lemak pada bahagian tertentu badan dan pada ketika ini, biasanya remaja perempuan akan mengalami kematangan lebih awal berbanding lelaki. Remaja perempuan mula keluar haid dan mencapai klimaks kepada pertumbuhan badan. Bagi remaja lelaki, pada ketika inilah pertumbuhan mula memuncak dan kesedaran orientasi seksual mula wujud.

3.1 TEORI PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK Robert Havighurst berpendapat perkembangan kanak-kanak amat persekitarannya. Institusi keluarga amat mempengaruhi personaliti kanak-kanak. dipengaruhi oleh

Beliau menghuraikan perkembangan utama manusia sebagai satu-satu tugas seperti berjalan, berlari atau melompat, yang dilahirkan di dalam kehidupan individu pada sesuatu peringkat yang tertentu akan membawa kepuasan serta mendorongkannya mengulangi tugas tersebut. Manakala kegagalan melaksanakan tugas kali pertama akan membawa perasaan kecewa serta menghindarkannya meneruskan tugas itu. Beliau juga menegaskan bahawa perkembangan personaliti seseorang dipengaruhi oleh nilai-nilai, norma-norma dan budaya masyarakat. R. Havighurst menyenaraikan tugastugas perkembangan kanak-kanak iaitu pada peringkat kanak-kanak (6-12 tahun).

Antara tugas-tugas perkembangan kanak-kanak pada peringkat ini ialah membentuk fizikal untuk permainan. Ketika ini, kanak-kanak lebih cenderung untuk bermain atau melakukan sesuatu aktiviti yang lebih menggunakan tenaga kerana kanak-kanak pada ketika ini amat aktif. Oleh sebab itu, kanak-kanak memerlukan fizikal yang lebih kuat untuk melakukan aktiviti-aktiviti dan permainan yang lasak. Selain itu,kanak-kanak ini juga mula membentuk konsep diri yang sihat. Hal ini kerana badan yang aktif akan menjadikan tubah badan kanak-kanak lebih sihat dan cergas. Pada peringkat ini juga, kanak-kanak telah menguasai konsep-konsep moral, nilai dan kemahiran hidup. Selain itu, kanak-kanak yang mula berkomunikasi bersama-sama rakan-rakan baru sudah mula membentuk kemahiran sosial dan mula membentuk kebebasan peribadinya. Kanak-kanak mula memperoleh kemahiran membaca, menulis dan mengira yang biasanya diasah dan diajar oleh guru-guru ketika belajar di sekolah. Pelbagai kebolehan yang mula dikuasai oleh kanak-kanak menjadikan mereka mula belajar berdikari seperti mahu pergi ke sekolah tanpa dihantar ibu bapa, mahu membeli barang-barang mereka sendiri dan sebagainya. Ketika ini jugalah kanak-kanak mula untuk belajar membezakan peranan lelaki dan perempuan. Perasaan ingin tahu kanak-kanak pada ketika ini biasanya mula berkembang dan perkembangan yang positif membantu kanak-kanak lebih yakin dalam menhadapi dunia sebenar. 3.2 DATA DAN PERBINCANGAN 3.2.1 UJIAN PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK BERUMUR 7 TAHUN JADUAL 1 : UJIAN PERKEMBANGAN FIZIKAL BAGI MURID TAHUN 1 SAIZ SAIZ TINGGI(CM) BERAT(KG) KEPALA(CM) BADAN 125.0 125.1 128.4 126.2 31.6 29.4 32.2 31.1 51 50.4 50.8 50.7 S S S S

BIL NAMA

1 AHMAD SYAZWAN BIN ZAKARIA 2 MOHD FAIZ BIN MOHD NOR 3 FIQREE BIN MOHAMED YUSOF PURATA

Jadual 1 di atas menunjukan data ujian perkembangan fizikal murid tahun 1 yang merangkumi tinggi, berat, saiz kepala dan saiz badan. Murid yang terlibat dalam ujian ini adalah Ahmad Syazwan bin Zakaria, Mohd Faiz bin Mohd Nor dan Fiqree bin Mohamed Yusof . Ketiga-tiga murid ini diambil daripada kelas yang berlainan. Ahmad Syazwan merupakan murid kelas 1A, Mohd Faiz dan Fiqree pula merupakan murid kelas 1B. Daripada jadual di atas, jelas menunjukkan bahawa terdapat perbezaan bagi ketiga-tiga murid tersebut dari segi tinggi, berat,saiz kepala dan saiz badan. Dari segi ketinggian, Ahmad Syazwan dan Mohd Faiz mempunyai ketinggian yang hampir sama iaitu 125 cm dan 125.1 cm manakala Fiqree mempunyai ketinggian 128.4cm. Ini menjadikan purata ketinggian murid tahun 1 adalah 126.2cm. Dari segi berat badan pula, Fiqree lebih berat berbanding Ahmad Syazwan dan Mohd Faiz. Fiqree mencatakan berat sebanyak 32.2kg, Ahmad syazwan 31.6kg dan Mohd Faiz 29.4kg. Ini menjadikan purata berat badan mereka sebanyak 31.1 kg. Ketinggian dan berat badan Fiqree adalah lebih berbanding Ahmad syazwan dan Mohd Faiz adalah disebabkan oleh faktor genetik dan faktor pemakanan murid tersebut. Ibu bapa yang tinggi dan besar akan menghasilkan anak-anak yang tinggi dan besar. Sebaliknya, ibu bapa yang rendah dan kecil akan menghasilkan anak-anak yang rendah dan kecil. Dari segi pemakanan pula, kanak-kanak yang

mendapat nutrien yang mencukupi akan kelihatan lebih tinggi dan sihat berbanding dengan kanak-kanak yang kurang mendapat nutrien. Dari aspek saiz badan pula, ketiga-tiga responden mempunyai saiz badan S iaitu kecil. Kanak kanak pada usia 7 tahun kelihatan kecil kerana dalam lingkungan usia ini mereka sangat aktif bergerak dan bermain. Walau bagaimanapun, faktor pemakanan memainkan peranan penting dalam menentukan saiz badan kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengambil makanan yang mempunyai banyak lemak dan karbohidrat berkemungkinan besar untuk menjadi obesiti dan gemuk. Sebaliknya, kanak-kanak yang menjaga pemakanan mereka dengan mengamalkan makanan seimbang akan menjadikan saiz badan mereka ideal. Jika dikira Body Mass Index(BMI) ketiga-tiga responden ini, ternyata mereka mempunyai BMI yang normal iaitu dalam lingkungan 18.5 hingga 23.5. BMI yang normal menunjukkan kanak-kanak mempunyai berat badan dan tinggi yang seimbang dan mempunyai saiz badan yang ideal. Dari segi saiz kepala, Ahmad syazwan, Mohd Faiz dan Fiqree masing-masing mencatatkan saiz kepala 51cm, 50.4cm, 50.8cm dan menjadikan purata saiz kepala bagi ketiga-tiga responden adalah 50.7cm. Jadi, saya dapat simpulkan bahawa, dalam lingkungan kanak-kanak 7 tahun, perkembangan saiz kepala adalah hampir sama. Kesimpulannya, perkembangan fizikal kanak-kanak 7 tahun adalah hampir sama tetapi faktor genetik dan faktor pemakanan yang membezakan perkembangan mereka. 3.2.2 UJIAN PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK BERUMUR 10 TAHUN JADUAL 2 : UJIAN PERKEMBANGAN FIZIKAL BAGI MURID TAHUN 4 SAIZ SAIZ TINGGI(CM) BERAT(KG) KEPALA(CM) BADAN 131.4 131.6 128.7 130.6 34.8 34.5 32.1 33.8 52.5 53.5 52.3 52.8 S S S S

BIL NAMA

1 MUHD SYAFIQ BIN KAMARUDDIN 2 MOHD IZZAT BIN MAZLAN 3 AZIZOL BIN MOHAMED DERAMAN PURATA

Jadual 2 di atas menunjukan data ujian perkembangan fizikal murid tahun 4 yang merangkumi tinggi, berat, saiz kepala dan saiz badan. Murid yang terlibat dalam ujian ini adalah Muhd Syafiq bin Kamaruddin, Mohd Izzat bin Mazlan dan Azizol bin Mohamed Deraman . Ketiga-tiga murid ini diambil daripada kelas yang sama iaitu kelas 4A. Daripada jadual di atas, jelas menunjukkan bahawa terdapat perbezaan bagi ketiga-tiga murid tersebut dari segi tinggi, berat,saiz kepala dan saiz badan. Dari segi ketinggian, Muhd Syafiq dan Mohd Izzat mempunyai ketinggian yang hampir sama iaitu 131.4 cm dan 131.6 cm manakala Azizol mempunyai ketinggian 128.7cm. Ini menjadikan purata ketinggian mereka adalah 130.6cm. Ini menunjukkan pada tahap ini, kanak-kanak lebih tinggi berbanding kanak-kanak 7 tahun. Dari segi berat badan pula, Muhd Syafiq dan Mohd Izzat mempunyai berat badan yang hampir sama iaitu masing-masing mencatatkan berat badan 34.8kg dan 34.5kg. Berat badan Azizol pula adalah 32.1kg. Ini menjadikan purata berat badan mereka sebanyak 33.8 kg. Ini menunjukkan berat badan kanak-kanak 10 tahun adalah lebih banyak berbanding kanak-kanak 7 tahun. Perbezaan ketinggian dan berat badan ketiga-tiga responden adalah tidak ketara. Hal ini demikian kerana ketiga-tiga responden mengamalkan pemakanan yang sihat.

Dari aspek saiz badan pula, ketiga-tiga responden mempunyai saiz badan S. Pada tahap ini, kanak-kanak sangat aktif bergerak dan bermain, jadi saiz badan mereka tidak mengalami masalah obesiti sekiranya mereka menjaga pemakanan merekaa. Jika dikira Body Mass Index(BMI) ketiga-tiga responden ini, ternyata mereka mempunyai BMI yang normal iaitu dalam lingkungan 18.5 hingga 23.5. BMI yang normal menunjukkan kanak-kanak mempunyai berat badan dan tinggi yang seimbang dan mempunyai saiz badan yang ideal. Dari segi saiz kepala, Muhd Syafiq, Mohd Izzat dan Azizol masing-masing mencatatkan saiz kepala 52.5cm, 53.5cm, 52.3cm dan menjadikan purata saiz kepala bagi ketiga-tiga responden adalah 52.8cm. Ini menunjukkan saiz kepala kanak-kanak 10 tahun adalah lebih besar berbanding kanak-kanak 7 tahun. Kesimpulannya, perkembangan kanak-kanak terus berlaku dari semasa Perkembangan kanak-kanak pada tahap ini juga hampir sama bagi ketiga-tiga responden. 3.2.3 UJIAN PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK BERUMUR 12 TAHUN JADUAL 3 : UJIAN PERKEMBANGAN FIZIKAL BAGI MURID TAHUN 6 BIL NAMA 1 2 3 BADRUL HISYAM BIN ISHAK KHAIRUL AMIN BIN MOHD NOR MOHD HAFIZUL BIN AHMAD PURATA TINGGI(CM) BERAT(KG) SAIZ KEPALA(CM) SAIZ BADAN 143.4 131.4 144.1 139.6 44.5 36.7 49.3 43.5 52.9 53.6 55.0 53.8 M M L ke semasa.

Jadual 3 di atas menunjukan data ujian perkembangan fizikal murid tahun 6 yang merangkumi tinggi, berat, saiz kepala dan saiz badan. Murid yang terlibat dalam ujian ini adalah Badrul Hisyam bin Ishak, Khairul Amin bin Mohd Nor dan Mohd Hafizul bin Ahmad. Ketiga-tiga murid ini diambil daripada kelas yang sama iaitu kelas 6A. Daripada jadual di atas, jelas menunjukkan bahawa terdapat perbezaan bagi ketiga-tiga murid tersebut dari segi tinggi, berat,saiz kepala dan saiz badan. Dari segi ketinggian, Badrul dan Hafizul mempunyai ketinggian yang hampir sama iaitu 143.4 cm dan 144.1 cm manakala ketinggian Amin adalah lebih rendah iaitu 131.4. Ini menjadikan purata ketinggian mereka adalah 139.6cm. Ini menunjukkan pada tahap ini, kanak-kanak lebih tinggi berbanding kanak-kanak 7 tahun dan 10 tahun. Dari segi berat badan pula, Hafizul mempunyai berat badan yang lebih berbanding Badrul dan Amin. Berat badan Hafizul ialah 49.5kg, Badrul 44.5kg dan Amin 36.7kg. Ini menjadikan purata berat badan mereka sebanyak 33.8 kg. Ini menunjukkan berat badan kanak-kanak 10 tahun adalah lebih berbanding kanak-kanak 7 tahun dan 10 tahun. Dari aspek saiz badan pula, Badrul dan Amin mempunyai saiz badan yang sederhana iaitu M manakala Hafizul mempunyai saiz badan yang agak besar iaitu L. Saiz badan hafizul adalah lebih berbanding Badrul dan Amin kerana kanak-kanak ini berasal daripada keluarga yang mempunyai saiz badan yang besar. Hafizul mengamalkan pemakanan yang tidak sihat kerana dia suka makan coklat. Hasil soal selidik, dia juga menyatakan bahawa dia suka makan setengah jam sebelum tidur. Dari segi pemakanan yang tidak sihat, akan menjadikan saiz badan kanak-kanak lebih besar. Jika dikira Body Mass Index (BMI) ketiga-tiga responden ini, Badrul dan Amin mempunyai BMI yang normal iaitu dalam lingkungan 18.5 hingga 23.5. Namun, bagi Hafizul, dia mempunyai BMI yang tidak normal kerana mencatatkan BMI sebanyak 23.8. Ini menunjukkan dia mempunyai berat badan yang

berlebihan. Sekiranya, dia tidak menjaga pemakanan kemungkinan besar dia akan mengalami masalah obesiti. Dari segi saiz kepala, Badrul,Amin dan Hafizul masing-masing mencatatkan saiz kepala 52.9cm, 53.6cm dan 55.0cm dan menjadikan purata saiz kepala bagi ketiga-tiga responden adalah 53.8cm. Saiz kepala Hafizul lebih besar disebabkan badannya yang besar. Ini menunjukkan saiz kepala kanak-kanak 12 tahun adalah lebih besar berbanding kanak-kanak 7 tahun dan 10 tahun. Kesimpulannya, perkembangan kanak-kanak pada tahap ini mengalami proses perkembangan fizikal secara berbeza-beza disebabkan oleh faktor baka dan persekitaran. 4.0 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK Menurut Nani,M. dan Rohani,A. (2007), dalam bukunya Panduan Kognitif Kanak-kanak Prasekolah(cetakan ketiga), kognitif merujuk kepada intelek atau pemikiran ( Spodek dan rakan-rakan 1987). Perkembangan kognitif memfokuskan kepada cara kanak-kanak belajar dan memproses maklumat. Dengan kata lain ia adalah suatu proses memperkembangkan daya fikir atau membina pengetahuan kanak-kanak. Maksud kognitif adalah berkait rapat dengan kognisi, iaitu aktiviti atau proses memperolehi ilmu secara taakulan atau pemikiran melalui deria. Maka perkembangan kognitf kanak-kanak adalah berkait rapat dengan perkembangan otak mereka serta interaksi sosial, khasnya dengan rakan sebaya yang lebih berpengalaman. Hal ini bermaksud, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah bergantung kepada perkembangan otak dan sensori motor(fizikal) serta interaksi dengan orang yang lebih berpengalaman, iaitu perkembanagn sosial. Perkembangan kognitif juga merujuk kepada kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami serta mengungati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanakkanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku dalam satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya. Secara holistiknya, perkembangan kognitif boleh ditakrifkan sebagai proses peningkatan keupayaan fikiran, pengetahuan dan keintelektualan seorang kanak-kanak dan kemampuan menjana akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelasaian masalah, memahami, menganalisa dan membentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman baru yang dilaluinya. 4.1 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK Mengikut teori perkembangan Jean Piaget dalam buku Mok Soon Sang(2009), perkembangan kognitif kanak-kanak terbahagi kepada empat peringkat iaitu Peringkat Deria Motor (0-2 tahun), Peringkat Pra-Operasi (2-7 tahun), Peringkat Konkrit (7-12 tahun) dan akhir sekali ialah Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun). Bagi kanak-kanak berumur 6-12 tahun, mereka berada pada tahap ketiga berdasarkan teori Piaget yang dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku semasa kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Pada ketika ini, sikap mementingkan diri sendiri dan tidak mengendahkan keperluan orang lain akan beransur hilang kerana pada peringkat ini kanak-kanak akan bersifat lebih matang dan terbuka serta bakal menempuhi peringkat seterusnya iaitu awal remaja. Selain itu, Jean Piaget berpendapat

bahawa kanak-kanak akan mengalami pemusatan perhatian terhadap satu-satu perkara, mereka mula memperoleh konsep transformasi, menguasai proses kebalikan dan akhirnya mengamati proses songsang. Pada peringkat ini, perasaan ingin tahu kanak-kanak mula meningkat dan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain. Mengikut Jean Piaget dalam buku Mok Soon Sang(2009), kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan. Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padanan. Mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek. Walaubagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami konsep-konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya. Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahap ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri. Di dalam Teori Pembelajaran Kognitif Piaget (1970), terkandung lima konsep yang asas, iaitu skema, adaptasi, keseimbangan, asimilasi dan akomodasi yang berkait rapat dengan pembelajaran kognitif seseorang individu. Skema merujuk kepada kebolehan atau pengalaman individu yang dipelajari dan diperolehi berdasarkan syarat-syarat yang diwarisi untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu. Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki. Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan. Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkan seperti contoh, jari ibu. Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas dengan persekitarannya. Adaptasi pula merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanakkanak mempunyai kecenderungan semulajadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran. Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau, perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan. Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada. Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi. Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanak-kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal". Akomodasi merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan. Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat menyesuaikan persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran. Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu.

Menurut Nani,M. dan Rohani,A. (2007), terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak. Pertama, faktor persekitaran fizikal. Kewujudan alat permainan binaan seperti blok dan lego akan menggalakkan mereka berfikir secara kreatif dan inovatif. Faktor kedua ialah persekitaran emosi. Persekitaran emosi negatif dapat mengganggu perkembangan kognitif kanakkaak. Faktor ketiga pula ialah persekitaran komunikasi. Persekitaran komunikasi amat penting dalam menggalakkan keupayaan berfikir secara logikal dan kreatif. 4.2 DATA DAN PERBINCANGAN 4.2.1 UJIAN KOGNITIF BAGI MURID BERUMUR 7 TAHUN JADUAL 4.1 : UJIAN KUANTITI AIR BAGI MURID TAHUN 1 BIL NAMA 1 2 3 AHMAD SYAZWAN BIN ZAKARIA MOHD FAIZ BIN MOHD NOR FIQREE BIN MOHAMED YUSOF SEBELUM TIDAK SAMA SAMA SELEPAS TIDAK SAMA SAMA

Jadual 4.1 menunjukan butiran mengenai ujian kuantiti air yang telah dijalankan ke atas murid tahun 1 ataupun murid yang berumur 7 tahun. Dalam ujian ini, pada mulanya, kuantiti air yang sama dimasukkan ke dalam dua bekas yang sama. Murid tersebut perlu menyatakan adakah kedua-dua bekas air tersebut mempunyai kuantiti air yang sama ataupun tidak. Ketiga-tiga responden menyatakan bahawa kuantiti air dalam bekas tersebut adalah sama. Kemudian, salah satu air dalam bekas itu dimasukkan ke dalam bekas lain yang mempunyai saiz yang berbeza.Responden dikehendaki menentukan sama ada kuantiti air dalam kedua-dua bekas itu adalah sama ataupun tidak. Dalam ujian ini, seorang daripada responden, Ahmad Syazwan telah menyatakan kuantiti air dalam kedua-dua bekas tersebut adalah sama manakala dua orang responden lagi, Mohd Faiz dan Fiqree menyatakan bahawa kuantiti air adalah tidak sama. Dalam hal ini, Ahmad Syazwan berjaya menjawab soalan tersebut dengan tepat manakala dua orang lagi tidak dapat menjawab dengan betul. Ini menunjukkan Ahmad Syazwan sudah menguasai prinsip identiti manakala Mohd Faiz dan Fiqree masih tidak dapat menguasai prinsip identiti. Dalam prinsip identiti, kanak-kanak sudah boleh mengetahui bahawa sekiranya tiada kuatiti yang ditambah atau dikurangkan , maka kuatiti air tersebut tetap sama walaupun dimasukkan di dalam bekas yang berbeza saiznya. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak pada peringkat Operasi Konkrit ( 7-11 tahun ) sepatutnya sudah dapat menyatakan kuantiti air itu tetap sama walaupun kelihatan paras air berbeza disebabakan air tersebut dimasukkan ke dalam bekas yang berbeza saiznya. JADUAL 4.2 : UJIAN PANJANG TALI BAGI MURID TAHUN 1 BIL NAMA 1 2 AHMAD SYAZWAN BIN ZAKARIA MOHD FAIZ BIN MOHD NOR SEBELUM TIDAK SAMA SAMA SELEPAS TIDAK SAMA SAMA

FIQREE BIN MOHAMED YUSOF

Jadual 4.2 menunjukan butiran mengenai ujian panjang tali yang dijalankan ke atas murid yang berumur 7 tahun. Dalam ujian ini, dua utas tali yang sama panjang telah digunakan. Dua utas tali tersebut disusun dalam dua baris yang sama tersebut akan ditunjukan kepada responden. Responden akan menentukan sama ada dua utas tali tersebut adalah sama panjang ataupun tidak. Daripada ujian yang dijalankan ke atas ketiga-tiga responden, mereka menjawab bahawa dua utas tali yang disusun dalam dua baris yang sama, adalah sama panjang seperti yang direkodkan dalam jadual diatas. Seterusnya, seutas tali dialihkan ke tepi sedikit dan kemudiannya responden diminta untuk menentukan sama ada kedua-dua utas tali itu adalah sama panjang atau tidak. Hasilnya, Ahmad Syazwan menyatakan bahawa kedua-dua utas tali tersebut tetap sama panjang manakala dua orang lagi menyatakan tali yang dialihkan tersebut lebih panjang. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak Peringkat Operasi Konkrit ( 7-11 tahun ) mampu menentukan bahawa panjang kedua-dua utas tali tersebut adalah sama walaupun kedudukannya telah diubah. Daripada ujian panjang tali ini, didapati bahawa hanya Ahmad Syazwan yang boleh menguasai prinsip identiti manakala Mohd Faiz dan Fiqree masih gagal untuk menguasai prinsip identiti seperti yang terkandung dalam konsep pemuliharaan. JADUAL 4.3 : UJIAN BILANGAN BOLA BAGI MURID TAHUN 1 BIL NAMA 1 2 3 AHMAD SYAZWAN BIN ZAKARIA MOHD FAIZ BIN MOHD NOR FIQREE BIN MOHAMED YUSOF SEBELUM TIDAK SAMA SAMA SELEPAS TIDAK SAMA SAMA

Jadual 4.3 menunjukan butiran mengenai ujian bilangan bola yang dijalankan ke atas responden tahun 1. Dalam ujian ini responden dikehendaki menyatakan sama ada bilangan bola yang disusun dalam dua baris yang berbeza adalah sama ataupun tidak. Pada mulanya, bola disusun secara selari dengan kadar jarak yang sama. Kemudian, salah satu baris duit syiling itu akan dipanjangkan jaraknya. Soalan yang sama ditanya sekali lagi kepada responden. Jawapan responden terhadap bilangan keduadua baris duit syiling tersebut akan direkodkan. Daripada jadual 4.3 ini, untuk soalan pertama, ketiga-tiga responden menyatakan bilangan bola adalah sama. Selepas susunan bola diubah, hanya Ahmad Syazwan yang berjaya menyatakan bilangan bola bagi kedua-dua baris adalah sama. Bagi, Mohd Faiz dan Fiqree, mereka menyatakan bahawa bilangan bola yang diubah susunannya adalah lagi banyak. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak dalam peringkat Operasi Konkrit( 7-11 tahun), sudah boleh menyatakan bilangan bola adalah sama walaupun baris kedua dipanjangkan. Beliau menyatakan bahawa, kanak-kanak dalam peringkat Operasi Konkrit ini sudah boleh menguasai konsep pemuliharaan ( conservation ). Daripada ujian ini, hanya Ahmad Syazwan telah mencapai peringkat Operasi Konkrit dan telah menguasai prinsip identiti seperti yang terkandung dalam konsep pemuliharaan ( conservation ). Ini juga mungkin kerana Ahmad Syazwan lebih bijak daripada Mohd Faiz dan Fiqree kerana dia berada dalam kelas 1A. Mohd Faiz dan Fiqree pula masih tidak dapat menguasai prinsip identiti. Dalam prinsip identiti,

kanak-kanak tahu sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan, bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun bentuknya atau susunannya berubah. 4.2.2 UJIAN KOGNITIF BAGI MURID BERUMUR 10 TAHUN JADUAL 5.1 : UJIAN KUANTITI AIR BAGI MURID TAHUN 4 BIL NAMA 1 2 3 MUHD SYAFIQ BIN KAMARUDDIN MOHD IZZAT BIN MAZLAN AZIZOL BIN MOHAMED DERAMAN SEBELUM TIDAK SAMA SAMA SELEPAS TIDAK SAMA SAMA

Jadual 5.1 menunjukan butiran mengenai ujian kuantiti air yang dijalankan ke atas responden tahun 4. Dalam ujian ini, dua bekas air yang sama dan satu bekas air yang berbeza digunakan. Pada mulanya, kuantiti air yang sama dimasukkan ke dalam dua bekas yang sama saiz. Responden dikehendaki menentukan sama ada kuantiti air tersebut adalah sama ataupun tidak. Hasilnya, ketiga-tiga responden iaitu Syafiq, Izzat dan Azizol menyatakan bahawa kuantiti air dalam kedua-dua bekas tersebut adalah sama. Jawapan responden direkodkan seperti dalam jadual. Kemudian, salah satu bekas yang berisi air tadi dituangkan ke dalam bekas yang mempunyai saiz yang berlainan. Responden dikehendaki menentukan sama ada kuantiti air dalam kedua-dua bekas itu adalah sama ataupun tidak. Dalam ujian ini, ketiga-tiga responden tahun 4 ini menyatakan bahawa kuantiti air dalam kedua-dua bekas tersebut adalah sama. Mereka menyatakan demikian kerana kuantiti air yang sama tetap sama apabila dimasukkan ke dalam mana-mana bekas sekalipun. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak pada peringkat Operasi Konkrit ( 7-11 tahun ) sudah dapat menyatakan kuantiti air itu tetap sama walaupun dimasukkan ke dalam bekas yang mempunyai saiz yang berbeza jika tiada penambahan kuantiti kepada air tersebut. Dalam ujian ini, jelas membuktikan bahawa ketiga-tiga responden telah pun menguasai prinsip identiti. Dalam prinsip identiti, kanak-kanak sudah boleh mengetahui bahawa sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan, bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun bentuknya berubah. JADUAL 5.2 : UJIAN PANJANG TALI BAGI MURID TAHUN 4 BIL NAMA 1 2 3 MUHD SYAFIQ BIN KAMARUDDIN MOHD IZZAT BIN MAZLAN AZIZOL BIN MOHAMED DERAMAN SEBELUM TIDAK SAMA SAMA SELEPAS TIDAK SAMA SAMA

Jadual 5.2 menunjukan butiran mengenai ujian panjang tali yang dijalankan ke atas responden tahun 4. Dalam ujian ini, dua utas tali yang sama panjang telah digunakan. Pada mulanya, dua utas tali disusun dalam dua baris yang sama dan kemudiannya responden akan menentukan sama ada dua utas tali tersebut adalah sama panjang ataupun tidak. Jawapan yang diberikan oleh responden akan direkodkan. Daripada ujian yang dijalankan keatas ketiga-tiga responden ini, mereka menjawab bahawa utas tali ini adalah sama panjang.

Seterusnya, seutas tali tadi akan dialihkan sedikit kedudukannya. Responden diminta untuk menentukan sama ada kedua-dua utas tali itu adalah sama panjang atau tidak. Didapati bahawa, ketigatiga responden menyatakan bahawa panjang tali yang dialihkan kedudukannya itu adalah sama dengan panjang asal. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak Peringkat Operasi Konkrit ( 7-11 tahun ) mampu menentukan bahawa panjang kedua-dua utas tali tersebut adalah sama walaupun kedudukannya diubah. Daripada ujian panjang tali ini, terbukti bahawa ketiga-tiga responden ini telah menguasai prinsip identiti seperti yang terkandung dalam konsep pemuliharaan. Dalam prinsip identiti,kanak-kanak sudah boleh menyatakan bahawa sekirannya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan, bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun bentuk diubah.

JADUAL 5.3 : UJIAN BILANGAN BOLA BAGI MURID TAHUN 4 BIL NAMA 1 2 3 MUHD SYAFIQ BIN KAMARUDDIN MOHD IZZAT BIN MAZLAN AZIZOL BIN MOHAMED DERAMAN SEBELUM TIDAK SAMA SAMA SELEPAS TIDAK SAMA SAMA

Jadual 5.3 menunjukan butiran mengenai ujian bilangan bola yang dijalankan ke atas responden tahun 4. Dalam ujian ini responden dikehendaki menyatakan sama ada bilangan bola yang disusun dalam dua baris yang berbeza adalah sama ataupun tidak. Pada mulanya, bola disusun secara selari dengan kadar jarak yang sama. Kemudian, salah satu baris duit syiling itu akan dipanjangkan jaraknya. Soalan yang sama ditanya sekali lagi kepada responden. Jawapan responden terhadap bilangan keduadua baris duit syiling tersebut akan direkodkan. Daripada jadual 5.3 ini, untuk soalan pertama, ketiga-tiga responden menyatakan bilangan bola adalah sama. Selepas susunan bola diubah, ketiga-tiga responden menyatakan bahawa bilangan bola bagi kedua-dua baris adalah sama. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak dalam peringkat Operasi Konkrit( 7-11 tahun), sudah boleh menyatakan bilangan bola adalah sama walaupun baris kedua dipanjangkan. Beliau menyatakan bahawa, kanak-kanak dalam peringkat Operasi Konkrit ini sudah boleh menguasai konsep pemuliharaan ( conservation ). Daripada ujian ini, saya dapat simpulkan bahawa ketiga-tiga responden telah mencapai peringkat Operasi Konkrit dan telah menguasai prinsip identiti seperti yang terkandung dalam konsep pemuliharaan ( conservation ). Dalam prinsip identiti, kanak-kanak tahu sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan, bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun bentuknya atau susunannya berubah.

4.2.3 UJIAN KOGNITIF BAGI MURID BERUMUR 12 TAHUN JADUAL 6.1 : UJIAN KUANTITI AIR BAGI MURID TAHUN 6 SEBELUM SELEPAS

BIL NAMA 1 2 3 BADRUL HISYAM BIN ISHAK KHAIRUL AMIN BIN MOHD NOR MOHD HAFIZUL BIN AHMAD

SAMA

TIDAK SAMA

SAMA

TIDAK SAMA

Jadual 6.1 menunjukan butiran mengenai ujian kuantiti air yang dijalankan ke atas responden tahun 6. Dalam ujian ini, dua bekas air yang sama dan satu bekas air yang berbeza digunakan. Pada mulanya, kuantiti air yang sama dimasukkan ke dalam dua bekas yang sama saiz. Responden dikehendaki menentukan sama ada kuantiti air tersebut adalah sama ataupun tidak. Hasilnya, ketiga-tiga responden iaitu Badrul,Amin dan Hafizul menyatakan bahawa kuantiti air dalam kedua-dua bekas tersebut adalah sama. Jawapan responden direkodkan seperti dalam jadual. Kemudian, salah satu bekas yang berisi air tadi dituangkan ke dalam bekas yang mempunyai saiz yang berlainan. Responden dikehendaki menentukan sama ada kuantiti air dalam kedua-dua bekas itu adalah sama ataupun tidak. Dalam ujian ini, ketiga-tiga responden tahun 6 ini menyatakan bahawa kuantiti air dalam kedua-dua bekas tersebut adalah sama. Mereka menyatakan demikian kerana kuantiti air yang sama tetap sama apabila dimasukkan ke dalam mana-mana bekas sekalipun. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak pada peringkat Operasi Konkrit ( 7-11 tahun ) sudah dapat menyatakan kuantiti air itu tetap sama walaupun dimasukkan ke dalam bekas yang mempunyai saiz yang berbeza jika tiada penambahan kuantiti kepada air tersebut. Dalam ujian ini, jelas membuktikan bahawa ketiga-tiga responden telah pun menguasai prinsip identiti. Dalam prinsip identiti, kanak-kanak sudah boleh mengetahui bahawa sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan, bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun bentuknya berubah.

JADUAL 6.2 : UJIAN PANJANG TALI BAGI MURID TAHUN 6 BIL NAMA 1 2 3 BADRUL HISYAM BIN ISHAK KHAIRUL AMIN BIN MOHD NOR MOHD HAFIZUL BIN AHMAD SEBELUM TIDAK SAMA SAMA SELEPAS TIDAK SAMA SAMA

Jadual 6.2 menunjukan butiran mengenai ujian panjang tali yang dijalankan ke atas responden tahun 6. Dalam ujian ini, dua utas tali yang sama panjang telah digunakan. Pada mulanya, dua utas tali disusun dalam dua baris yang sama dan kemudiannya responden akan menentukan sama ada dua utas tali tersebut adalah sama panjang ataupun tidak. Jawapan yang diberikan oleh responden akan direkodkan. Daripada ujian yang dijalankan keatas ketiga-tiga responden ini, mereka menjawab bahawa utas tali ini adalah sama panjang. Seterusnya, seutas tali tadi akan dialihkan sedikit kedudukannya. Responden diminta untuk menentukan sama ada kedua-dua utas tali itu adalah sama panjang atau tidak. Didapati bahawa, ketigatiga responden menyatakan bahawa panjang tali yang dialihkan kedudukannya itu adalah sama dengan panjang asal. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak Peringkat Operasi Konkrit ( 7-11 tahun ) mampu menentukan bahawa panjang kedua-dua utas tali tersebut adalah sama walaupun kedudukannya diubah.

Kesimpulannya, daripada ujian panjang tali ini, terbukti bahawa ketiga-tiga responden ini telah menguasai prinsip identiti seperti yang terkandung dalam konsep pemuliharaan. Dalam prinsip identiti,kanak-kanak sudah boleh menyatakan bahawa sekirannya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan, bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun bentuk diubah.

JADUAL 6.3 : UJIAN BILANGAN BOLA BAGI MURID TAHUN 6 BIL NAMA 1 2 3 BADRUL HISYAM BIN ISHAK KHAIRUL AMIN BIN MOHD NOR MOHD HAFIZUL BIN AHMAD SEBELUM TIDAK SAMA SAMA SELEPAS TIDAK SAMA SAMA

Jadual 6.3 menunjukan butiran mengenai ujian bilangan bola yang dijalankan ke atas responden tahun 6. Dalam ujian ini responden dikehendaki menyatakan sama ada bilangan bola yang disusun dalam dua baris yang berbeza adalah sama ataupun tidak. Pada mulanya, bola disusun secara selari dengan kadar jarak yang sama. Kemudian, salah satu baris duit syiling itu akan dipanjangkan jaraknya. Soalan yang sama ditanya sekali lagi kepada responden. Jawapan responden terhadap bilangan keduadua baris duit syiling tersebut akan direkodkan. Daripada jadual 6.3 ini, untuk soalan pertama, ketiga-tiga responden menyatakan bilangan bola adalah sama. Selepas susunan bola diubah, ketiga-tiga responden juga menyatakan bahawa bilangan bola bagi kedua-dua baris adalah sama. Mereka berkata demikian kerana mereka mengatakan bahawa apabila bola yang sama digunakan sudah tentu bilangannya adalah sama walaupun diubah kedudukannya. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak dalam peringkat Operasi Konkrit( 7-11 tahun), sudah boleh menyatakan bilangan bola adalah sama walaupun baris kedua dipanjangkan. Beliau menyatakan bahawa, kanak-kanak dalam peringkat Operasi Konkrit ini sudah boleh menguasai konsep pemuliharaan ( conservation ). Daripada ujian ini, saya dapat simpulkan bahawa ketiga-tiga responden telah mencapai peringkat Operasi Konkrit dan telah menguasai prinsip identiti seperti yang terkandung dalam konsep pemuliharaan ( conservation ). Dalam prinsip identiti, kanak-kanak tahu sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan, bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun bentuknya atau susunannya berubah.

5.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK Kajian tentang perkembangan kanak-kanak memberikan implikasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Kanak-kanak dalam peringkat umur 7-12 tahun ini telah mengalami perkembangan otot-otot halus, koordinasi mata dan tangan dan kanak-kanak dalam lingkungan umur ini juga kelihatan lebih kuat, cepat dan mempunyai keupayaan untuk fokus kepada aktiviti atau tugas yang diberikan kepada mereka. Pada usia lingkungan 7-12 tahun ini, kanak-kanak boleh diajar bermain alat muzik dan aktivitiaktiviti seperti melukis dan mewarna kerana mereka sudah pun mengalami perkembangan otot-otot halus. Perkembangan otot-otot halus ini membantu mereka untuk menggenggam sesuatu dengan kemas dan kuat.

Selain itu, ibu bapa dan pendidik boleh melibatkan kanak-kanak ini dalam aktiviti permainan dan latihan-latihan seperti berenang dan gimnastik kerana aktiviti seperti ini mampu menguatkan otot, daya tahan otot dan membina pergerakan yang lebih cekap. Pendidik boleh menyediakan aktiviti lasak untuk kanak-kanak lelaki seperti bermain bola sepak, ragbi dan hoki kerana kanak-kanak lelaki cenderung untuk melakukan aktiviti lasak. Manakala pendidik juga perlu menyediakan permainan yang bersesuaian untuk kanak-kanak perempuan seperti bola jaring dan bola baling. Selain menyediakan aktiviti fizikal, kanak-kanak juga perlu disajikan dengan makanan yang seimbang dan bersesuaian dengan tahap umur mereka. Dalam lingkungan umur ini mereka perlu disajikan dengan makanan yang mampu memberikan tenaga kepada mereka kerana kanak-kanak di antara 7-12 tahun ini sangat aktif bergerak dan bermain. Jadi, mereka memerlukan tenaga yang banyak untuk mejalankan aktiviti-aktiviti tersebut. Menurut Gorbin dan Lindsey ( 1994 ), kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dan psikomotor. Pada tahap usia ini kemahiran psikomotor halus menjadi lebih baik dan cekap. Kebiasaannya, dalam usia kanak-kanak ini, perbezaan saiz, berat badan dengan rakan sebaya boleh menimbulkan masalah sosial dan masalah penyesuaian diri seseorang individu. Jika diperhatikan, dalam sebuah kelas akan terdapat perbezaan yang ketara dari segi ketinggian, berat dan bentuk badan pelajar. Terdapat murid yang gemuk dan kurus serta murid yang tinggi dan rendah. Kebiasaanya, sebuah kelas akan mengandungi pelbagai etnik pelajar yang berbeza dari aspek bentuk fizikal. Jika diperhatikan, kaum cina mempunyai kulit yang cerah, bermata sepet manakala kaum melayu mempunyai kulit yang sedikit gelap berbanding kaum cina dan kaum india mempunyai kulit yang gelap. Namun perbezaan fizikal mengikut kaum merupakan ciri-ciri universal dan diterima umum. Kanak-kanak tidak merasakan perbezaan kaum menggangu kehidupan mereka seharian. Sebaliknya, perbezaan fizikal dari segi saiz badan seperti kanak-kanak yang mempunyai saiz badan yang besar, gemuk, pendek dan sebagainya.

6.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK Mengikut Teori Pembelajaran Kognitif Piaget, isi pelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu daripada konkrit kepada abstrak, daripada dekat kepada jauh, daripada pengalaman yang sedia ada kepada pengalaman baru, dan daripada kasar kepada halus mengikut perkembangan fizikal individu. Mengikut Piaget dalam buku Mok Soon Sang(2009), pembelajaran merupakan perubahan bentuk tingkah laku. Pembelajaran yang baru dan kompleks hendaklah menggunakan proses akomodasi untuk mengubah struktur kognitifnya agar mengadaptasikan keperluan situasi pembelajaran yang dihadapinya. Oleh kerana proses akomodasi bergantung kepada motivasi intrinsik individu, guru hendaklah menggalakan mereka melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Mengikut Joyce dan Weil, dan Slavin (ahli-ahli mazhab neokognitif: konstruktivisme) dalam buku Mok Soon Sang(2009) menyarankan dan mengaturkan langkah-langkah pengajaran yang berdasarkan implikasi Teori Pembelajaran Kognitif Piaget. Langkah pertama yang perlu dilakuakn oleh guru berdasarkan kajian mereka ialah merancang sesuatu situasi pembelajaran yang mencabar untuk pelajar. Langkah kedua ialah menimbulkan dan menggerakkan tindak balas pelajar, dan sengaja memberi idea yang bertentangan untuk memerhati tindak balasnya. Langkah seterusnya ialah dengan memberi kerja tugas yang berkaitan bagi pemindahan pembelajaran supaya mereka dapat mengaplikasikan apa yang diajar kedalam penyelesaian masalah. Langkah terakhir ialah dengan membentuk kumpulan yang mengandungi pelajar yang hampir sama

peringkat perkembangan kognitif mereka, agar membolehkan pelajar yang berada di peringkat perkembangan kognitif lebih tinggi mengajar pelajar di bawah perkembangan kognitif yang rendah. Mengikut implikasi pengajaran dan pembelajaran oleh Jean Piaget pula guru boleh menggunakan bahan yang konkrit bagi mengilustrasikan konsep yang lebih kompleks. Penggunaan bahan berbentuk 3D, rajah, carta dan pengalaman pelajar itu memberi peluang pelajar bersedia ke arah pembelajaran yang lebih komples. Aktiviti seperti memberi peluang kepada pelajar mencari alternatif dalam menyelesaikan masalah dan membuat hipotesis sendiri. Sebagai contoh, dalam kelas Pendidikan Seni Visual guru boleh memberikan peluang kepada murid untuk menghasilkan catan dengan menggunakan teknik yang difikir sendiri oleh murid. Selain itu, kemukakan konsep yang luas dan tidak hanya terikat kepada fakta-fakta dengan cara membiarkan murid meneroka dan mengkaji konsep itu sendiri. Sebagai contoh, murid-murid boleh berfikir mengapa terjadinya siang dan malam. Melalui cara ini, sistem pembelajaran akan lebih menarik dan pasti menghiburkan para pelajar. Kesimpulannya, perkembangan kanak-kanak sangat penting untuk dipelajari dan di terokai oleh setiap guru dan bakal guru agar mampu menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan mudah difahami.

7.0 RUMUSAN DAN CADANGAN 7.1.1 RUMUSAN Selepas mengkaji dan memahami pelbagai teori serta pandangan ahli-ahli psikologi terkenal, saya dapat merumuskan bahawa perkembangan individu adalah bersifat kualitatif tetapi jelas berubah melalui peredaran masa. Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan melalui peredaran masa menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu. Peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju kearah tertentu serta dijangkakan. Perkembangan individu sebenarnya dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu faktor baka dan persekitaran. Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan membantu individu mencapai tahap perkembangan yang maksimum. Perkembangan adalah satu pertalian saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu wujud pertalian nyata antara kematangan jasmani dan kematangan mental. Corak perkembangan berbeza-beza dimana semua kanak-kanak mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama. Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat sebelum lahir(prenatal), bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Tambahan pula, pengawasan terhadap perkembangan dan pertumbuhan bayi selepas lahir dari semasa ke semasa adalah penting kerana ini merupakan satu -satunya cara untuk mengenal pasti sebarang keadaan yang luar dari kebiasaan Walaupun kerajaan telah menyediakan program - program bagi mengawasi perkembangan kanak -kanak , usaha -usaha ini tidak akan berjaya tanpa kesedaran pihak ibu bapa tentang peranan mereka dalam mengawasi perkembangan dan tumbesaran anak mereka. Oleh hal yang demikian, setiap pihak perlulah memberi kerjasama dalam kita mendidik anak bangsa kita yang akan menjadi pelapis kepimpinan negara kita. Jika dari kecil lagi anak-anak sudah terbiar, sama-sama kita fikir dan renungkan apakah nasib yang akan menimpa mereka kelak.

7.1.2 CADANGAN Terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan proses perkembangan kanak-kanak. Setelah menyedari dan mengetahuai faktor baka dan persekitaran adalah amat penting dalam membentuk fizikal dan mental kanak- kanak yang baik, jadi pertama sekali, peranan ibu bapa adalah amat penting dalam mendidik dan melatih anak- anak mereka untuk menjalani gaya hidup yang sihat. Selain itu, ibu bapa perlu memberikan peluang kepada anak- anak mereka untuk meningkatkan perkembangan kendiri agar mereka mempunyai kemahiran yang lebih tentang menguruskan diri sendiri. Komunikasi antara ibu bapa dan anak- anak harus terjalin agar anak- anak lebih yakin untuk berkomunikasi dengan orang lain pula. Di samping itu, kanak-kanak perlu didedahkan untuk bersosial bersama-sama anak-anak jiran ataupun anak-anak penduduk kawasan perumahan. Ia bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada mereka untuk bergaul dengan rakan sebaya, mengamalkan gaya hidup yang sihat, sekaligus dapat melatih komunikasi yang berkesan antara mereka dengan rakan- rakan yang lain. Dengan cara ini, kanak- kanak akan mempelajari bagaimana untuk bersosial dengan betul dan sihat. Aktiviti yang dilakukan oleh kanak- kanak juga perlu mendapat pengawasan daripada ibu bapa. Ia bukan bererti mengongkong tetapi sebagai ibu bapa, mereka harus mengambil berat tentang anak- anak mereka. Untuk mempertingkatkan potensi anak -anak , ibu bapa perlu mempunyai sikap dan amalan positif serta pengetahuan yang boleh membantu mempengaruhi perkembangan anak mereka dengan lebih mendalam lagi terutamanya dari segi kekuatan dan bakat semula jadi yang dimilikinya. Dengan ini , ciri -ciri positif yang dimiliki oleh anak mereka dapat di pupuk dan dirangsang untuk mencapai kecemerlangan. Bukan itu sahaja, langkah lain yang boleh dilakukan untuk membantu perkembangan kanakkanak ialah guru haruslah peka dengan kebolehan dan minat murid- murid. Komunikasi dan interaksi yang baik dengan murid dapat membantu guru mengetahui kebolehan dan minat mereka. Dengan cara ini, kendiri positif dapat ditingkatkan dalam diri murid. Apabila mereka menyedari keupayaan diri mereka, maka keyakinan diri akan meningkat. Ini membolehkan mereka menjalin persahabatan dengan individu di persekitarannya, berinteraksi dengan baik, gaya percakapan, cara bertindak dan tingkah laku yang baik. Guru juga perlu mengetahui perkembangan emosi kanak-kanak supaya dapat mengenalpasti kebolehan kanak-kanak apabila mengetahui tahap perkembangan mereka. Guru juga dapat mengenali setiap kanak-kanak dan menyediakan rangsangan yang sesuai untuk kanak-kanak. Melalui mengetahui tahap perkembangan kanak-kanak dapat membantu guru untuk memperkembangkan sosioemosi kanakkanak dan membawa mereka kearah kejayaan dan kesejahteraan. Sebagai seorang pendidik, meneliti perbezaan fizikal murid-murid adalah sangat penting kerana pendidik perlu melihat potensi dan kekurangan murid dan dapat melaksanakan proses pengajaran mengikut tahap muridnya. Pengaruh perbezaan individu dari aspek fizikal mampu mematikan minat dan masa depan murid-murid (Sheldon, 1992). Dengan mengetahui perbezaan fizikal individu akan membantu guru mengawal dirinya supaya tidak menyinggung hati dan perasaan muridnya. Cadangan seterusnya, guru perlu mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran. Seperti yang sedia maklum, strategi pengajaran terbahagi kepada 3 jenis iaitu, pemusatan guru, pemusatan murid, pemusatan bahan dan latihan. Pemilihan strategi adalah fleksibel dan mengikut kesesuaian dan keadaan semasa murid. Guru yang pandai memilih strategi pengajaran akan menjadikan proses P&P menarik dan berkesan.

Seterusnya, guru hendaklah mempelbagaikan kaedah pengajaran. Antara kaedah mengajar yang biasa diamalkan ialah kaedah kumpulan, kooperatif, inkuiri, kuliah dan sebagainya. Pemilihan kaedah pengajaran yang tepat akan menjadikan proses P&P lebih menarik dan berkesan. Hal ini demikian kerana, murid-murid mempunyai persepsi yang berbeza terhadap kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru mereka. Justeru, guru perlu bijak melihat kecenderungan murid agar proses pembelajaran sentiasa menjadi sesi yang menarik. Selain itu, guru perlu merancang variasi penyampaian. Guru seharusnya menggunakan segala kebolehan dan bakat yang dikurniakan contohnya bermain muzik, bercerita dan sebagainya. Selain itu, guru perlu bijak mengawal intonansi suara agar murid-murid sentiasa terhibur. Satu peringatan kepada guru ialah, mereka perlu sentiasa memastikan tahap kemampuan pelajar terlebih dahulu sebelum memulakan pengajaran. Bagi murid yang cerdas, guru perlu membimbing dalam proses pengkayaan ilmu manakala bagi pelajar yang lembap guru perlulah sentiasa membimbing dan melakukan aktiviti asas dan mudah untuk memudahkan mereka memahami pembelajaran yang disampaikan. Di samping itu, guru perlulah sentiasa merancang objektif pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bertujuan untuk menyelaraskan objektif pengajaran mengikut tahap kemampuan pelajar. Bagi pelajar yang pintar, objektif pembelajaran seharusnya lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang lemah. Dengan adanya perancangan dan kajian yang teliti berkenaan dengan tahap perkembangan fizikal dan kognitif pelajar, maka proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan baik dan objektif pengajaran dan pembelajaran akan dapat dicapai dengan jayanya. Kesimpulannya, semua pihak harus memainkan peranan dalam membentuk perkembangan kanak- kanak agar mereka dapat menjalani kehidupan yang stabil dan sempurna dan seterusnya kanakkanak ini akan menjadi aset negara yang paling bernilai.

8.0 RUJUKAN Buku : Rohani Abdullah, (2001). Perkembangan kanak-kanak : Penilaian Secara Portfolio, Serdang: Penerbit UPM. Rohani Abdullah, (2002). Perkembangan kanak-kanak : Penilaian Secara Portfolio, Serdang: Penerbit UPM. Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, Rafidah Kastawi, (2008). Perkembangan Kanak-kanak Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, (2009). Perkembangan Kanak-kanak Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang, (2009): Perkembangan Kanak-kanak, Selangor : Multimedia Sdn. Bhd. Kamarulzaman Kamaruddin, (2009). Psikologi Perkembangan : Panduan Untuk Guru. Tanjung Malim : Penerbit UPSI. Fazli, A.B., ( 2006). Perkembangan Emosi Warisan dan Persekitaran.