Anda di halaman 1dari 25

BAHAGIAN A

RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

1.0 PENGENALAN
1.1 Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan Menurut Wikipedia, keselamatan ditakrifkan sebagai perihal selamat, kesejahteraan atau keamanan. Keselamatan juga bermaksud keadaan terlindungi daripada masalah fizikal, sosial, kewangan, politik, perasaan, pekerjaan, psikologi, pelajaran dan perkara-perkara lain yang melibatkan kerosakan atau kejadian yang tidak diingini. Ini juga termasuk dalam konteks terlindung daripada sesuatu malapetaka atau kejadian yang berkaitan dengan kesihatan dan ekonomi. Keadaan selamat adalah hasil daripada perubahan tingkah laku manusia atau perancangan fizikal persekitaran yang dapat mengurangkan kemungkinan wujudnya bahaya dan secara langsung menghindar berlaku kemalangan. Oleh itu, jika dikaitkan dengan bengkel samada di sekolah atau Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Husssein Onn, keselamatan bengkel diutamakan oleh amalan pengurusan dan

merupakan perkara yang paling penting dan perlu

setiap guru dan pensyarah terutamanya bagi subjek

Kemahiran Hidup. Ianya adalah bagi menjamin perjalanan dan pengendalian bengkel dan pelajar dapat dilakukan dengan teratur dan efisien. Selain itu, pengurusan dan keselamatan bengkel yang mengikut standard yang ditetapkan akan dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif kepada guru atau pensyarah serta pelajar. Ianya juga dapat menghindari perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku yang akan merumitkan proses pengurusan di institusi pendidikan dan memberi tekanan kepada pendidik. Bagi menyempurnakan tugasan RBT 3112 Pengurusan Keselamatan Bengkel ini, saya telah membuat tinjauan di bengkel Kemahiran Hidup Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Segala maklumat yang diperolehi mengenai pengurusan bengkel di institut akan dimuatkan di dalam laporan yang disediakan. RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL
2

1.2 Konsep 5S Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang membawa maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amalkan ini diringkaskan menjadi 5S agar ia lebih mudah disebut dan seringkas penggunaannya. Walau pun ringkas, manfaat dari hasil

penggunaannya terserlah dengan gaya kerja yang sistematik. Bermula dengan aktiviti 5S dan seterusnya mengamalkannya dengan penggunaan kaedah dan teknik kawalan kualiti, sesebuah organisasi akan mampu mengekal, menambahbaik dan meningkatkan kualiti kerja.

SISIH (SEIRI) SENTIASA AMALKAN (SHITSUKE)

5S

SUSUN (SEITON)

SERAGAM (SEIKETSU)
Carta 1 : Definisi 5S

SAPU (SEISO)
3

RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

1.2.1 Sisih (Seiri) Sisih atau mengasing adalah satu proses kerja mengasing barangan yang perlu daripada sekumpulan barangan yang tidak diperlukan di tempat kerja. Ia adalah proses menentukan barang-barang atau peralatan yang diperlukan atau tidak diperlukan. Proses pengasingan ini membantu dalam menentukan barangan yang mungkin tidak diperlukan sekarang tapi boleh digunakan pada masa hadapan dan peralatan haruslah disimpan di tempat simpanan yang sesuai. 1.2.2 Susun (Seiton) Menyusun dan melabel dilakukan setelah kesemua barangan yang tidak diperlukan diasingkan. Ini dilakukan bertujuan memudahkan penggunaan dan penyimpanan. Susunan barangan dilakukan mengikut kumpulan yang sama. Dengan berbuat demikian, ia akan membantu mempercepatkan proses kerja bagi mendapatkan barang tersebut apabila diperlukan kelak. Tujuan utama menyusun untuk menjimatkan ruang nampak lebih kemas dan teratur dan memudahkan proses mencari pada masa akan datang. Jadi, segala proses pengajaran atau penggunaan bengkel menjadi lancar, efisien dan dapat menjimatkan masa. 1.2.3 Sapu (Seiso) Kebanyakan pekerja atau pelajar akan merasa lebih selesa apabila bekerja dalam persekitaran yang bersih dan segar. Selain dari meningkatkan efisien kerja dan pelajaran, menyapu juga boleh mempertingkatkan tahap

keselamatan di tempat kerja dan peralatan yang digunakan. Ia bertujuan untuk menghilangkan habuk atau kekotoran yang melekat di lantai, mesin di tempat kerja atau barang-barang yang telah disisih dan disusun. Satu senarai semak hendaklah diletakkan untuk menjadi panduan kepada pekerja tentang apa yang harus dilakukan pada masa akan datang dalam aktiviti ini. RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL
4

1.2.4 Seragam (Seiketsu) Seragam hanya dapat dilakukan setelah aktiviti sisih, susun, dan sapu telah disempurnakan. Seragam atau mengekalkan kebersihan tempat kerja pada tahap asal adalah penting agar segala usaha yang dilakukan dalam tiga aktiviti terdahulu tidak menjadi sia-sia. Aktiviti yang dilakukan sendiri oleh kakitangan akan menyemai sifat kekitaan dan cintakan kebersihan di tempat kerja. Justeru, seseorang individu akan sentiasa memastikan dan mengekalkan kebersihan tempat kerja atau tempat mereka belajar. 1.2.5 Sentiasa Amalkan (Shitsuke) Setiap pekerja atau pelajar perlu faham, patuh, berusaha dan mengamalkan penjagaan kebersihan organisasi serta tempat kerja. Amalan kebersihan memang dituntut oleh semua masyarakat dan juga agama. Walau apa pun situasi kita, memang tidak dapat dinafikan amalan kebersihan merupakan titik tolak untuk menjelmakan peribadi yang mulia. Amalan ini dapat disemai dalam diri individu dengan memberi tunjuk ajar menerusi program latihan secara berkala dan mengamalkan budaya nasihat-menasihati. Jika di sekolah atau institusi pengajian, guru atau pensyarah perlu menerapkan nilai ini dan menjadikan ia sebagai budaya agar pelajar dapat mengekalkan setiap amalan yang baik dalam diri mereka.

RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

2.0 ASPEK PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BENGKEL


2.1 Skop Organisasi dan Pengurusan Bengkel

2.1.1 Pengurusan Menurut istilah Kamus Dewan (2001), pengurusan adalah suatu perihal (kerja dan sebagainya) dalam menguruskan sesuatu perihal mengurus (syarikat, badan, perniagaan dan sebagainya). Ianya adalah berkaitan dengan perihal menguruskan bengkel dan guru Kemahiran Hidup. Menurut Rashid (1995) mendifinisikan pengurusan sebagai mengurus manusia, aset, organisasi dan Negara dimana ianya adalah kerja yang khusus yang hanya diketahui oleh manusia yang terlatih dalam sesuatu bidang berkaitan. 2.1.2 Pentadbiran Menurut Kamus Dewan (2001), pentadbiran bererti perbuatan melaksanakan urusan mengelola atau menjalankan sesuatu pejabat, sekolah dan lain-lain lagi. Dengan kata lain pentadbiran ialah satu perlakuan untuk mengurus atau bertindak sebagai ejen dalam hal-ehwal fungsi pemerintahan. Menurut Haji W an Azmi Ramli di dalam bukunya Pengurusan Terkini Pentadbiran adalah satu cara untuk menjayakan dasar-dasar kerajaan melalui penyelarasan serta penyeliaan segala pekerjaan yang dibuat disamping tindakan yang diambil. Haji Wan Azmi Ramli turut menyatakan bahawa pentadbiran ialah sesuatu yang ditadbirkan dan ini merangkumi bidang batasan yang amat luas seperti menelah (meramal), merancang, mengelola, mengawal, menasihat, menyelaras, menyelia, melatih dan kadangkala , meniru dan menurut. Segala ini diuruskan, secara sedar atau tidak sedar mengikut dasar tertentu agar matlamatnya tercapai dan kerja berjalan lancar yang boleh dimanfaat oleh semua.
6

RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

2.1.3 Pengurusan Dan Organisasi Dalam pengurusan sebuah bengkel Kemahiran Hidup samada di IPG, institutsi-institusi pengajian atau sekolah haruslah mempunyai satu organisasi yang mampu mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Kamaruddin (1994), organisasi meliputi satu atau lebih pusat kuasa yang menepatkan matlamat memperuntukan sumber-sumber

mengarah kepada kemajuan. Pembinaan organisasi yang mantap dan berkesan dapat menguruskan segala aktiviti dengan lancar dan menepati apa yang dikehendaki. Setiap mata pelajaran di IPG atau sekolah mempunyai jabatan atau panitia yang tersendiri yang dianggotai oleh individu-individu tertentu. Begitu juga berkenaan mata pelajaran Kemahiran Hidup. Walaupun di sekolah rendah mata pelajaran Kemahiran Hidup dianggap tidak penting tetapi ia tetap mempunyai fungsi dan struktur organisasinya yang tersendiri. Panitia Kemahiran Hidup dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup. Seperti panitia yang lain, panitia ini dipimpin oleh seorang guru kanan sebagai ketua panitia yang dilantik oleh Guru Besar sekolah. Semua ketua panitia menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Di samping itu juga keputusan dalam mesyuarat panitia dibawa oleh Ketua Panitia kepada Guru Besar atau GPK untuk makluman dan tindakan. Panitia Kemahiran Hidup diwujudkan adalah untuk bertanggungjawab dalam meningkatkan mutu dan keberkesanan P&P Kemahiran Hidup dikalangan murid-murid. Selain itu, ahli Panitia Kemahiran Hidup juga akan berikhtiar dan berusaha mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif dan boleh mendorong kecenderungan murid terhadap pembelajaran. Di samping itu juga, panitia Kemahiran Hidup juga bertujuan untuk memperbaiki prestasi pelajar dalam peperiksaan berasaskan target yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah. Mereka juga hendaklah mewujudkan semangat bekerjasama diantara panitia dengan persatuan atau
7

RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

kelab. Mereka juga akan menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan yang disediakan bagi tiap-tiap aliran dan jika perlu menubuhkan bank soalan. Antara peranan Jabatan Kemahiran Hidup di IPG atau Panitia Kemahiran Hidup di sekolah ialah memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan ahli panitia. Mereka juga akan menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan. Selain itu, mereka juga akan memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran pelajar dan kegunaan guru-guru atau pensyarah-pensyarah untuk dibekalkan di Pusat Sumber. Di IPG, Ketua Jabatan dan Ketua Panitia di sekolah-sekolah rendah dan menengah merupakan individu terpenting yang mana akan

bertanggungjawab menguruskan Panitia Kemahiran Hidup. Antara bidang tugas Ketua Jabatan dan Panitia ialah menyelaraskan sukatan dan rancangan pelajaran mingguan, bulanan dan semester. Mereka bertanggungjawab membuat anggaran perbelanjaan tahunan untuk diserahkan kepada Guru Penolong Kanan pada setiap hujung tahun. Mereka juga akan membuat pesanan bahan dan alatan melalui borang pra pesanan. Di samping itu, Ketua Jabatan dan Ketua Panitia juga akan mengagihkan tugas mengajar serta tanggungjawab pengurusan,

penyelenggaraan dan keselamatan bengkel kepada pensyarah-pensyarah dan guru-guru Kemahiran Hidup yang lain. Beliau juga akan menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah mengajar yang kemaskini serta akan menjalankan mesyuarat panitia.

RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

2.1.3.1 Carta Organisasi Jabatan Kemahiran Hidup IPGKTHO

PENGARAH

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

KETUA JABATAN KEMAHIRAN HIDUP

TIMBALAN KETUA JABATAN KEMAHIRAN HIDUP

PENSYARAH KANAN

PENSYARAH

PENSYARAH

PENSYARAH

PELAJAR IPGKTHO

Carta 2 : Carta Organisasi Jabatan Kemahiran Hidup IPGKTHO RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

2.1.3.2 Carta Organisasi Panitia Kemahiran Hidup di Sekolah

GURU BESAR

GURU PEN KANAN 1

KETUA PANITIA

GURU KH TAHUN 4

GURU KH TAHUN 5

GURU KH TAHUN 6

Carta 3 : Carta Organisasi Panitia Kemahiran Hidup di Sekolah

Dalam sesebuah sistem pentadbiran dan pengurusan bengkel yang cekap, seharusnya diketuai oleh seorang ketua yang mempunyai sikap

tanggungjawab yang tinggi. Ini termasuklah dari aspek pengurusan dan pentadbiran sesebuah institusi pengajian atau sekolah kerana sebuah organisasi yang baik mempunyai sistem pengurusan yang baik. Pengarah dan Guru besar selaku penaung kepada pentadbiran dan pengurusan bengkel seharusnya sentiasa memastikan kehendak dan keperluan yang diperlukan oleh bengkel tersebut sentiasa dipenuhi agar tidak berlaku sebarang kecacatan terhadap bengkel Kemahiran Hidup yang lengkap. Bagi pensyarah-pensyarah dan guru-guru mata pelajaran Kemahiran Hidup untuk setiap kelas perlulah sentiasa menjaga dan memastikan bahan dan peralatan di dalam bengkel sentiasa dalam keadaan yang baik tanpa sebarang kerosakan atau kecurian. Mereka juga perlulah sentiasa merekod bahan-bahan atau peralatan yang digunakan bagi membuat bancian yang terjamin serta mampu membuat semakan jika terdapat barangan atau alatan yang ingin diganti atau ditambah. RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL
10

Tidak lupa juga, pelajar-pelajar yang menggunakan bengkel Kemahiran Hidup juga mempunyai tanggungjawab mereka yang tersendiri semasa berada di dalam bengkel. Mereka perlu sentiasa akur akan peraturan pemakaian, keselamatan dan peraturan adab-adab ketika memasuki bengkel bagi menjamin keselamatan diri sendiri dan orang lain.

2.2 Skop Organisasi dan Pengurusan Bengkel 2.2.1 Pengurusan Kewangan Sebagaimana yang kita sedia maklum, aspek kewangan merupakan salah satu penggerak utama di dalam sesebuah organisasi. Dengan kewangan yang kukuh, kita akan dapat menyediakan pelbagai kemudahan dan menjalankan pelbagai aktiviti yang dirancang. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian di dalam proses membuat perbelanjaan terutamanya apabila berada di dalam organisasi di IPG dan sekolah. Pertama, pensyarah dan guru haruslah mengetahui dengan jelas tentang bidang tugas mereka. Kedua, mereka perlulah mengetahui dasardasar yang harus diikuti dan ketiga, pensyarah dan guru harus mengetahui prosedur yang perlu dilalui dalam membuat perancangan kewangan di IPG dan sekolah. Punca kewangan di IPG dan sekolah boleh di dapati daripada tiga sumber iaitu daripada kerajaan, ibu-bapa dan pelajar serta orang awam. Di dalam membuat perancangan perbelanjaan pula, seorang pensyarah dan guru Kemahiran Hidup haruslah menyediakan dan mengambil kira beberapa aspek seperti berikut: 1) Menyediakan anggaran perbelanjaan 2) Penyediaan alat bantu mengajar 3) Rekod penyelenggaraan 4) Perubahan kurikulum 5) Rekod inventori 6) Rekod hutang
11

RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

2.2.2 Pengurusan Stok Dan Inventori

1. Penyimpanan stok Barang barang yang diterima hendaklah disimpan secara teratur. Stok yang belum digunakan mesti diasingkan daripada stok yang digunakan atau rosak. 2. Pengeluaran stok Catatan hendaklah dibuat dalam buku stok 3. Pemeriksaan stok Boleh dibuat sekurang-kurangnya 2 kali setahun 4. Penyelenggaraan alatan Pengurusan sesebuah bengkel perlu ada satu sisitem untuk memastikan bengkel diurus dengan baik. Antaranya : Sistem peminjaman dan pemulangan alatan Sistem rekod kecederaan dan kemalangan Sistem penggunaan bengkel dan mesin Lain-lain sistem yang difikirkan perlu dan sesuai.

Hasil dapatan daripada bengkel di sekolah, didapati bahawa pihak pengurusan bengkel telah menyediakan dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan bagi mendapatkan segala bentuk kemudahan di dalam bengkel Kemahiran Hidup. Pihak pengurusan bengkel telah menyediakan satu fail khas iaitu Fail Jabatan Kemahiran Hidup atau Panitia Kemahiran Hidup bagi menyimpan rekod-rekod dan maklumat penting terutamanya bagi rekod kewangan. Segala bentuk aktiviti dan perkara penting akan direkodkan bagi memastikan pengurusan bengkel yang tulus dan cekap. Ini bagi memastikan sebarang kemalangan ataupun isu yang timbul dapat dirujuk daripada rekod yang disediakan dan memudahkan langkah penyelesaian. Dengan
12

pengurusan kewangan yang cekap, segala aktiviti di dalam bengkel dapat dilaksanakan dengan berkesan.

RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

2.3 Prinsip Reka Bentuk Bengkel yang Efisien Pada pemerhatian saya, IPG Kampus Tun Hussein Onn ini memenuhi prinsip- prinsip pengendalian dan pengurusan bengkel. Menurut Prof.Madya Dr. Widad etc (2003), dalam melaksanakan pengendalian dan pengurusan bengkel, beberapa prinsip asas perlu diberi perhatian iaitu: 1) Persekitaran yang selamat 2) Bengkel yang efisien 3) Pencahayaan yang baik 4) Selamat untuk semua peralatan 5) Memudahkan kawalan pensyarah atau guru 6) Memenuhi keperluan psikologi pelajar

2.3.1 Persekitaran Yang Selamat Kesihatan dan keselamatan pelajar perlu diberi perhatian sepanjang masa semasa mereka berada di bengkel. Oleh itu, keadaan bengkel perlulah berada dalam keadaan yang selamat dan selesa. Sepanjang pemerhatian saya di Bengkel Kayu IPG Kampus Tun Hussein Onn, saya mendapati bahawa keadaan bengkel berada di dalam keadaan yang selamat. Susun atur bahan dan peralatan yang sesuai dan diletakkan di tempat yang selamat. Selain itu, pencahayaan dan pengudaraan di dalam bengkel boleh dikatakan sesuai dengan saiz bengkel. Bagi memastikan pencahayaan di dalam bengkel dapat memberi keselesaan kepada pelajar, pensyarah atau pengguna, setiap dinding bengkel dilengkapi dengan tiga birai tingkap yang mempunyai 8 keping cermin. Namun begitu, terdapat cermin yang yang telah rosak yang dibiarkan tidak dibaiki. Keadaan grill tingkap yang berkarat juga perlu diberi perhatiaan. Bengkel ini dilengkapi dengan tiga unit kipas yang dapat memberikan pengudaraan yang baik di dalam bengkel.
13

RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

Peralatan di dalam bengkel pula masih berada dalam keadaan yang baik dan sesetengahnya masih baru dan jarang digunakan. Akan tetapi ada juga peralatan yang tidak dapat digunakan kerana telah rosak dan berkarat. Walaubagaimanapun, alatan yang telah rosak ini perlu direkod dan disimpan dengan baik bagi memudahkan pengiraan stok.

2.3.2 Bengkel Yang Efisyen Keperluan dalam memaksimumkan produktiviti semasa berada di dalam bengkel amat ditekankan bagi mengelakkan pembaziran masa dan tenaga. Dengan itu, aspek yang perlu dititik beratkan ialah susunan alatan dan kelengkapan yang dapat memudahkan pengendalian alatan dengan baik dan selamat serta mencapai objektif pembelajaran pelajar. Melalui pemerhatian yang telah dilakukan, keadaan susun atur alatan dan kelengkapan di dalam bengkel Kemahiran Hidup di IPG Kampus Tun Hussein Onn adalah sesuai dan memudahkan pengendalian dan

menguruskan peralatan. Semua peralatan dan kelengkapan di dalam bengkel diletakkan di bahagian tepi bengkel serta sebuah dua buah bilik yang besar untuk menempatkan pelbagai bahan, alatan dan mesin terutamnya untuk kerja kayu. Selain itu, peralatan dan kelengkapan juga di susun dan diasingkan mengikut kategori bagi memudahkan proses penyimpanan dan mengemas peralatan. Peralatan dan kelengkapan yang mahal dan bahaya pula di letakkan di dalam almari supaya tidak membahayakan pelajar dan pensyarah semasa berada di dalam bengkel.

14

RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

2.3.3 Pencahayaan Yang Baik Aspek yang perlu ditekankan bagi mewujudkan pencahayaan yang baik ialah pencahayaan yang mencukupi, penggunaan warna yang baik, susun atur

peralatan di dalam bengkel dan semua faktor yang memberi kesan kepada penglihatan. Pencahayaan yang baik akan dapat meningkatkan tumpuan murid semasa pembelajaran dan meningkat produktiviti. Suasana di dalam bengkel di Bengkel Kayu IPG Kampus Tun Hussein Onn ini boleh dikatakan mempunyai kadar pencahayaan yang baik. Nisbah lantai dengan jumlah tingkap adalah sesuai selain mempunyai lubang udara di bahagian atas tingkap. Bengkel ini juga mempunyai beberapa unit lampu kalimatan yang dapat menambahkan lagi kadar pengcahayaan di dalam bengkel. Bilangan unit lampu ini memadai dengan saiz bengkel yang agak besar dan mampu membantu memberikan penglihatan yang baik kepada pelajar dan pensyarah semasa melakukan aktiviti. Susunan peralatan dan kelengkapan di dalam bengkel pula tidak menghalang cahaya dari luar memasuki bahagian dalam bengkel. Ruangan bengkel yang luas lengkap dengan papan tanda keselamatan supaya sentiasa dapat mengingatkan pelajar tentang keselamatan apabila mereka memandangnya. Susun atur meja juga kondusif dan tidak terhad untuk pelajar melakukan aktiviti amali. Keadaan meja yang luas dan mampu memuatkan 6 orang pelajar untuk melakukan kerja berkumpulan. Struktur meja juga kelihatan kukuh dan masih cantik walaupun umurnya sudah lama. Namun begitu, warna di dalam Bengkel Kayu IPGKTHO ini tidak banyak membantu dalam memberikan pencahayaan yang baik.

15

RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

2.3.4 Selamat Untuk Semua Peralatan Keadaan sesebuah bengkel perlulah dapat meminimumkan kemungkinan

berlaku kehilangan atau kerosakan disebabkan kecurian, cuaca, salah guna dan tingkah laku yang negatif serta elemen negatif yang lain. Merujuk pengurusan kepada keadaan telah Bengkel Kayu IPGKTHO ini, pihak dengan

bengkel

mengambil

langkah

keselamatan

memasang slot untuk kunci mangga pada pintu dan tingkap yang mempunyai besi. Ini bagi memastikan keadaan peralatan dan bahan di dalam bengkel adalah selamat daripada kegiatan-kegiatan tidak bermoral yang mungkin wujud. Selain aspek keselamatan pelajar, ianya juga bagi memastikan keselamatan peralatan di dalam bengkel juga selamat daripada perkaraperkara negatif.

2.3.4 Memudahkan Kawalan Guru Seorang pensyarah atau guru seharusnya mempunyai daya penglihatan yang baik terhadap semua bahagian di dalam bengkel. Selain itu, pendidik ini juga perlu memiliki daya pendengaran yang baik dan mempunyai kemudahan laluan yang cepat ke semua arah di dalam bengkel. Oleh kerana saiz bengkel di IPGKTHO ini yang agak besar, adalah agak sukar bagi pensyarah untuk mengawal semua aktiviti yang dilakukan oleh pelajar. Walau bagaimanapun, susun atur meja di dalam bengkel yang sesuai juga memudahkan pergerakan pensyarah dari satu bahagian ke satu

bahagian dengan cepat. Dengan itu,sekiranya berlaku kemalangan semasa proses pengajaran, pensyarah dapat bertindak pantas bagi mengawal

keadaan dan mengambil langkah keselamatan kepada pelajar.

16

RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

2.3.5 Memenuhi Keperluan Psikologi Pelajar Suasana di dalam bengkel perlulah dapat mendorong pembentukan sikap yang positif pelajar seperti menjaga kebersihan, berdisiplin dan sebagainya. Bagi memastikan pelajar dapat membentuk sikap positif mereka di dalam bengkel, pelbagai usaha telah dilakukan. Antaranya ialah beratur sebelum masuk ke bengkel, sentiasa menjaga kebersihan dengan menyapu lantai apabila tamat waktu pembelajaran, menyimpan peralatan di tempatnya dan lain-lain lagi. Dengan itu, pemupukan amalan disiplin di dalam diri pelajar dapat dibentuk secara tidak langsung. Kata-kata arahan yang dilekatkan di dinding bengkel dan rak peralatan pula bertindak sebagai arahan pasif daripada pihak pengurusan bengkel bagi menggalakkan pelajar sentiasa menjaga tingkah laku dan disiplin mereka semasa berada di dalam bengkel. Dengan itu, pelajar akan sentiasa peka dengan aspek disiplin dan mengelakkan mereka daripada melakukan tingkah laku yang negatif.

17

RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

2.4 Peraturan dan Perundangan dalam Pengurusan Bengkel Peraturan keselamatan diadakan untuk memastikan suasana kerja dalam persekitaran serta suasana bengkel Kemahiran Hidup yang teratur dan selamat tanpa berlakunya kemalangan ataupun kecederaan. Keselamatan bengkel meliputi aspek yang berikut :Keselamatan am. Keselamatan diri dan rakan Keselamatan alatan dan bahan

2.4.1 Keselamatan Am

1. Peraturan dari segi pemakaian dan potongan rambut yang diurus dengan kemas dan menggunakan kasut bertutup perlu difahami oleh semua murid. 2. Rambut mestilah pendek dan kemas. 3. Pemakaian apron yang betul. Bagi lelaki tali leher perlu dimasukkan ke dalam apron. Lengan baju yang panjang dilipat kemas. 4. Sebelum memasuki bengkel perlu mendapat kebenaran dan berada dibawah pengawasan guru sepenuhnya. 5. Keadaan persekitaran bengkel perlu dipastikan sentiasa kemas, bersih dan teratur. 6. Sentiasa mematuhi arahan guru dan berhati-hati dalam setiap kerja di bengkel. 7. Kawasan tempat kerja perlu dibersihkan sebelum meninggalkan bengkel KH. 8. Semua suis elektrik perlu dimatikan sebelum meninggalkan bengkel.

18

RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

2.4.2 Keselamatan Diri dan Rakan

1. Jadikan sikap mematuhi peraturan sebagai suatu amalan. 2. Pakailah pakaian yang sesuai dan kemas ketika berkerja di dalam bengkel, 3. Pakai apron dan kasut getah yang bertutup. 4. Bagi murid yang mamakai baju lengan panjang, lipat lengan baju ketika berkerja. 5. Bagi murid-murid perempun,rambut yang panjang hendaklah diikat. Bagi yang bertudung, pastikan tundung dipakai dengan kemas. 6. Jangan bermain atau bergurau-senda semasa berada di bengkel KH. 7. Amalan sentiasa berkerjasama dan bantu-membantu sesama ahli kumpulan. 8. Tangan perlu dibasuh dengan betul setelah selesai kerja di bengkel KH.

2.4.3 Keselamatan Alatan dan Bahan

1. Penggunaan bahan dan alatan perlu mendapat bimbingan daripada guru sebelum murid boleh menggunakannya. 2. Penggunaan alatan yang teratur dan betul adalah penting bagi memelihara peralatan daripada cepat rosak. 3. Perancangan penggunaan alatan dan bahan dengan teliti sebelum memulakan sesuatu projek. 4. Atalan perlu dibersihkan dan dipulangkan kembali ke stor setelah selesai penggunaannya. 5. Penyimpanan bahan mudah terbakar, mudah pecah dan berbahaya perlu menepati piawaian keselamatan yang terbaik oleh guru. 6. Sentiasa berhati-hati sewaktu menggunakan sebarang peralatan di bengkel KH
19

RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

2.5 Punca Dan Pencegahan Kemalangan Terdapat pelbagai jenis kemalangan yang berlaku setiap hari. Setiap kemalangan yang berlaku pasti ada penyebabnya. Oleh itu, menurut Prof.Madya Dr. Widad etc (2003), punca kemalangan boleh dibahagikan

kepada tiga sumber utama iaitu:

PUNCA KEMALANGAN
Kemanusiaan Fizikal Pentadbiran

Carta 4: Punca-punca Kemalangan 2.5.1 Punca Kemalangan 2.5.1.1 Faktor Kemanusiaan Adalah tidak dapat dinafikan bahawa terdapat kemalangan yang terjadi berpunca daripada kecuaian manusia. Faktor kemanusiaan merangkumi: 1) Kecuaian 2) Kurang pengetahuan 3) Tidak berdisiplin 4) Masalah kesihatan 5) Tingkah laku dan emosi 6) Individu (accident repeater) Oleh itu, bagi meminimumkan punca kemalangan daripada faktor kemanusiaan di bengkel sekolah, pihak pengurusan bengkel telah mengambil beberapa langkah seperti melengkap guru Kemahiran Hidup dengan ilmu pengetahuan dalam aspek keselamatan, mewujudkan papan kenyataan peraturan bengkel dan tatacara penggunaan alatan.
20

RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

2.5.1.2 Faktor Fizikal Faktor fizikal terbahagi kepada tiga bahagian iaitu persekitaran, peralatan dan mesin serta sistem pendawaian. Persekitaran adalah meliputi: 1) Kawasan tempat kerja 2) Keadaan pengcahayaan 3) Kebisingan 4) Sistem pengudaraan 5) Penyimpanan, pengendalian dan pelupusan bahan. Pengunaan peralatan dan mesin sememangnya dapat membantu kita melakukan kerja dengan mudah dan lancar. Namun begitu, kita juga berdepan dengan bahaya kerana kesilapan di dalam mengurus dan mengendalikan mesin serta peralatan akan dapat mewujudkan persekitaran yang bahaya di dalam bengkel. Selain itu, sistem pendawaian di bengkel juga akan dapat mewujudkan punca kemalangan. Kemalangan yang disebabkan oleh

pendawaian biasanya ialah renjatan elektrik. Antara punca kemalangan daripada faktor pendawaian ialah sistem pendawaian yang melebihi 40 tahun, beban lebih had, kebocoran elektrik, pendawaian tanpa kebenaran dan pemasangan yang salah. Dari segi kebersihan pula, bengkel akan dibersihkan pada setiap kali tamat sesi pembelajaran . Segala peralatan dan bahan pula akan diperiksa oleh pensyarah atau guru Kemahiran Hidup yang berpengalaman.

21

RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

2.5.1.3 Faktor Pentadbiran Faktor pentadbiran pula melibatkan beberapa aspek iaitu: 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) Penguatkuasaan peraturan yang tidak dilaksanakan Kurang atau tiada arahan keselamatan Kawalan kelas yang lemah Tunjuk ajar yang tidak lengkap Tiada prosedur kerja Tiada latihan pencegahan keselamatan Sikap guru danpentadbir yang mengambil jalan mudah

Melalui pemerhatian yang telah dilakukan, faktor pentadbiran di dalam pengurusan keselamatan bengkel di IPG Kampus Tun Hussein Onn begitu positif. Pihak pentadbir dan pihak pengurusan bengkel amat memberi perhatian dalam mewujudkan keadaan bengkel yang selamat digunakan oleh pensyarah dan pelajar khususnya. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh

pentadbir seperti meletakkan papan peraturan bengkel, menyediakan pelan kebakaran dan sebagainya.

22

RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

2.5.2 Pencegahan Kemalangan Oleh kerana Bengkel Kemahiran Hidup di IPGKTHO mengandungi pelbagai bahaya yang boleh mengundang kemalangan, maka langkahlangkah pencegahan perlulah diberi perhatian. Antara aspek dalam utama dalam pencegahan kemalangan ialah :

Panduan Keselamatan Kebakaran

Keracunan

PENCEGAHAN KEMALANGAN

Keselamatan Mesin dan Peralatan

Kebisingan

Carta 5: Faktor Pencegahan Kemalangan Berdasarkan kesemua faktor pencegahan kemalangan di atas, ianya telah banyak diaplikasikan di dalam bengkel di sekolah atau mana-mana institusi pengajian. Faktor pencegahan amat penting bagi mengekang dan mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Pepatah juga ada menyebut, mencegah lebih baik daripada mengubati .
23

RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

Keadaan di dalam bengkel IPGKTHO telah dilengkapi dengan aspekaspek pencegahan kemalangan terutamanya bagi aspek kebakaran dan keselamatan mesin dan peralatan. Bagi pencegahan kebakaran dan penggunaan mesin dan peralatan, pihak pengurusan bengkel telah

menyediakan beberapa langkah pencegahan seperti: 1) Menampal pelan laluan kecemasan semasa kebakaran di bengkel 2) Sentiasa menyelenggara peralatan yang digunakan 3) Memastikan keadaan bengkel sentiasa kemas dan teratur 4) Memastikan sisa bahan kerja dibuang dengan betul 5) Menampal nota penggunaan peralatan dengan betul 6) Mesin yang berbahaya di simpan di dalam almari khas 7) Menguruskan kawalan pelajar dengan teratur 8) Mengasingkan bahan berbahaya 9) Menyediakan buku rekod penyelenggaraan 10) Menyediakan buku rekod kemalangan 11) Motto dan arahan keselamatan 12) Menyediakan pemadam api di dalam dan di luar bengkel Alat pemadam api digunakan untuk memadamkan kebakaran kecil Setiap jenis alat pemadam api hendaklah dilabelkan untuk memudahkan pemilihan alat pemadam yang betul. Setiap pelajar hendaklah tahu dimana alat pemadam api ditempatkan supaya boleh diambil dengan cepat apabla diperlukan

24

RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

Air
(A )

Karbon Dioksida ( BCF )

JENIS BAHAN PEMADAM


Debu Kering ( ABC )

Buih ( B)

Carta 6: Jenis Bahan Pemadam

JENIS BAHAN PEMADAM Air Buih Debu kering Karbon dioksida

CONTOH LABEL A B ABC BCF

PUNCA KEBAKARAN Kayu, kain, plastik, sampah sarap Cat, minyak ,petrol, lekar, gas Semua jenis kebakaran Cat, minyak petrol, lekar, gas, peralatan elektrik

Jadual 1: Maklumat Bahan Pemadam Api

Bengkel ini juga dilengkapi dengan peti kecemasan ataupun first aid.Ini untuk memastikan pelajar dan pensyarah berada dalam keadaan selamat semasa kerja amali berjalan.Peti ini sedikit sebanyak dapat membantu semasa keadaan kecemasan sebelum mangsa dibawa ke hospital. RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL
25