Anda di halaman 1dari 27

1.

0 Pengenalan Pengurusan bilik darjah merupakan agenda utama bagi bakal guru dan guru kerana melalui pengurusan bilik darjah yang berkesan, persekitaran pembelajaran yang kondusif dapat dilaksanakan.salah satu cara untuk menguruskan bilik darjah dengan berkesan adalah dengan membina hubungan yang baik dengan murid-murid dan mengawasi perjalanan rutin bilik darjah supaya berjalan dengan lancar. Guru perlu memahami tingkah laku tingkah laku, personaliti dan tabiat murid-murid dalam bilik darjah. Pengetahuan tentang model-model pengurusan disiplin dan cara-cara perlaksanaannya dapat dijadikan panduan oleh guru-guru dalam menguruskan bilik darjah dengan berkesan. Terdapat lima jenis model pengurusan disiplin iaitu Model Modifikasi Tingkah Laku oleh B.F Skinner, Model Disiplin Asertif oleh Lee Canter, Model Akibat Logikal oleh Rudolf Dreikurs, Model Pengurusan Kelompok oleh Jacob S. Kounin dan Model Terapi Realiti oleh William Glasser. Oleh yang demikian, tugasan berkehendak pelajar secara berkumpulan

menerangkan konsep disiplin bilik darjah secara menyeluruh serta menghuraikan cirri-ciri utama model disiplin Dreikurs dan Kounin seterusnya banding bezakan kedua-dua model tersebut dari segi tujuan, cara perlaksanaan, kekuatan dan kelemahan model-model tersebut. Manakala tugasan individu,pelajar dikehendaki membuat analisis berkaitan situasi yang telah diberi kemudian menjelaskan model yang sesuai digunakan untuk menangani masalah tingkah laku supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.

EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU

1.1 Konsep Disiplin Konsep disiplin mempunyai berbagai-bagai tafsiran. Mengikut P.F. Olivia (1956), disiplin merujuk kepada kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada autroriti, keadaan tempat bekerja yang teratur, urusan yang sistematik, cara yang menetapkan peraturan atau hukuman dengan berkesan. Manakala, G.V. Sheriakov F. Redl (1956) mentafsirkan disiplin sebagai perihal ketenteraman dan peraturan di dalam sesuatu kumpulan, termasuk cara-cara mendapatkan ketenteraman dan peraturan itu, serta hukuman. Dalam buku Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), disiplin membawa beberapa maksud seperti kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang, sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Selain itu, kesanggupan seseorang bekerja atau membuat sesuatu dengan tertib. Seterusnya, kesanggupan seseorang menghormati hak individu lain serta mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain. Tambahan lagi, disiplin juga merupakan kesanggupan hormat-menghormati di antara satu dengan yang lain dan mempunyai semangat tolong-menolong dan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina. 1.2 Konsep Disiplin Bilik Darjah Disiplin bilik darjah merupakan satu idea bagaimana guru mengawal murid untuk bertingkah laku agar pembelajaran dapat berjalan lancer. Disiplin merupakan set peraturan yang dikenakan kepada murid untuk mengawal dan mendapatkan tingkah laku yang diingini. Perkataan disiplin berasal daripada perkataan Latin disciplina yang bermaksud mengajar. Melalui kamus bahasa pula, disiplin bermaksud kawalan yang diperoleh daripada penguatkuasaan peraturan. Di dalam konteks bilik darjah, disiplin merupakan satu set peraturan yang dikenakan kepada murid-murid untuk mengawal dan mendapatkan tingkah laku yang diingini. Pendidik pada masa lalu menganggap pengajaran dan disiplin adalah dua perkara yang berbeza. Mereka berpendapat mengajar adalah untuk menyampaikan ilmu pada murid-murid manakala disiplin adalah untuk mengawal tingkah laku murid supaya menunjukkan tingkah laku yang diterima.
EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU 2

1.3 Ciri-ciri Utama Model Akibat Logikal Dreikurs

Rajah 1.3: Ciri-ciri Utama Model Akibat Logikal Dreikurs

Model Akibat Logikal Dreikurs menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah. Mereka juga harus diberi autonomi untuk membincangkan salah laku di dalam bilik darjah serta membantu menguatkuasakan peraturan di dalam bilik darjah. Murid-murid boleh dibimbing untuk ingat-mengingati antara satu sama lain tentang peraturan yang telah ditetapkan. Apabila murid faham dan mengamalkan peraturan yang telah ditetapkan, masalah disiplin akan dapat dikurangkan. Seterusnya, Dreikurs menekankan guru perlu mengenal pasti punca kepada masalah tingkah laku. Beliau mengemukakan strategi untuk membantu murid-murid memperoleh disiplin kendiri berdasarkan kefahaman murid-murid atau kanak-kanak terhadap nilai-nilai sosial yang terdapat di persekitarannya. Dreikurs berpendapat disiplin kendiri boleh dicapai di dalam suasana bilik darjah yang demokratik.
EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU 3

Disiplin dapat dilihat melalui murid-murid yang mempunyai kawalan kendiri berdasarkan kepentingan persekitaran. Murid-murid yang boleh mengawal diri sendiri akan menunjukkan inisiatif. Disiplin yang berkualiti terbentuk di dalam bilik darjah yang mengamalkan demokrasi, iaitu guru dan muriddapat bekerjasama membuat keputusan dalam pengurusan bilik darjah

1.4 Ciri-ciri Utama Model Pengurusan Kelompok Kounin

MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN


Model ini menfokuskan kepada kajiannya terhadap cara pengurusan bilik darjah dan pengurusan p&p mempengaruhi tingkah laku murid di sekolah. Withitness
Ia merujuk kepada kebolehan guru membendung tingkah laku buruk sebelum ia sampai sesuatu situasi yang tidak boleh dikawal.

Bertindih (overlapping)
Ia merujuk kepada kebolehan guru menguruskan 2 atau lebih aktiviti individu atau berkumpulan pada masa yang sama.

Momentum
Ia merujuk kepada kebolehan guru untuk menggunakan pergerakan yang sesuai sepanjang masa pengajaran.

EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU

Kelancaran
Cirinya ialah kontiniuiti, iaitu perjalanan pengajaran berlaku tanpa sebarang ganggguan.

Menggalakkan akauntabiliti
Ia merujuk kepada komunikasi kepada semua murid bahawa penyertaan mereka sedang diperhatikan dan ditaksir.

Rajah 1.4 :Ciri ciri utama Model Kounin

Model ini telah dicipta oleh seorang ahli teoris dalam bidang pengurusan bilik darjah iaitu Jacob Kounin. Buku yang berjudul Discipline and Group Management merupakan karya beliau mengenai pengurusan tingkah laku berkesan. Terkenal dengan Konsep Riak - apabila seorang murid akur kepada arahan, murid lain juga akan ikut bersama. Ciri-ciri teori ini adalah mengenai teori berkaitan disiplin dan pengurusan kumpulan manakala matlamat teori ini pula ialah pengajaran dengan disiplin dapat dicapai (seiring). Teori disiplin ini lebih sebenarnya lebih menfokuskan kepada kajiannya terhadap cara pengurusan bilik darjah dan pengurusan p&p mempengaruhi tingkah laku murid di sekolah. Selain itu juga dalam teori ini juga terdapat perkara-perkara utama dalam model Pengurusan Kelompok Kounin. Perkara-perkara tersebut ialah bertindih (over lapping), merangkumi semua (withitness), momentum (momentum), kelancaran(smoothness), fokus kumpulan (group focus) dan menggalakkan akauntibiliti. Cirri-ciri pertama bertindih

(overlapping) ialah ia merujuk kepada kebolehan guru menguruskan dua atau lebih aktiviti individu atau kumpulan pada masa yang sama. Contohnya Aini terus bacakan jawapan awak, saya dengar. Ida berhenti bercakap dan dengar jawapan Aini.. Guru yang berkebolehan melakukan tindakan pertindanan ini, boleh mengawal dan menguruskan bilik darjah dengan baik.

EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU

Ciri kedua pula ialah merangkumi semua (withitness) ia merujuk kepada kebolehan guru membetulkan tingkah laku buruk sebelum ia sampai sesuatau situasi yang tidak boleh dikawal. Sebagai contoh, dalam gerak kerja kumpulan, guru ini berjaya mengawasi dan berinteraksi dengan semua kumpulan kecil walaupun pada ketika itu dia sedang mengajar satu kumpulan yang tertentu. Yang ketiga pula ialah momentum (momentum) ialah ia merujuk kepada kebolehan guru untuk menggunakan pergerakan yang sesuai sepanjang masa pelajaran. Momentum bagi Kounin merujuk kepada keadaan, iaitu guru memulakan pengajaran dengan menarik perhatian murid, meneruskan pengajaran dengan lancar, melakukan peralihan antara aktiviti P&P dengan cekap dan membuat penutup dengan menyimpulkan pengajaran pada hari itu dengan berkesan. Beliau menekankan tentang kelincinan pelaksanaan P&P dengan perkembangan pengajaran yang lancar daripada satu bahagian kepada bahagian yang lain. Kerana menurut Kounin, guru yang mempunyai momentum pengajaran yang baik akan membantu murid untuk bersedia melibatkan diri dalam aktiviti p&p. Ciri yang keempat pula ialah kelancaran (smoothness) iaitu kontinuiti, tanpa sebarang gangguan. Ia merujuk kepada kelancaran dan pelaksaan aktiviti di dalam bilik darjah memainkan peranan yang penting untuk mengawal salah laku di dalam bilik darjah. Aktiviti p&p yang tidak lancar, tertangguh, arahan yang tidak jelas dan aktiviti p&p yang tidak menarik, menyumbang kepada kebarangkalian untuk salah laku berlaku dengan lebih kerap. Yang kelima pula ialah Fokus kumpulan (group focus) iaitu memusatkan perhatian semua murid lain daripada respons seorang murid sedang diberikan. Yang terakhir ialah menggalakkan akauntibiliti ia merujuk kepada komunikasi kepada semua murid bahawa penyertaan mereka semua sedang diperhatikan dan ditaksir. Strategi ini boleh digunakan dengan selalu memanggil murid untuk memberikan maklum balas, menjawab soalan, membuat demontrasi atau penerangan. Cara ini membolehkan guru mengekalkan perhatian murid dan membuatkan murid sentiasa bersedia untuk membuat tugasan atau menjawab soalan guru.

EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU

2.0 Perbezaan Model Disiplin Dreikurs dan Kounin

Model Disiplin Dreikurs -Memastikan murid-murid dapat belajar secara koperatif dengan cara berkerjasama, tanpa hukuman atau ganjaran

Ciri-ciri Tujuan

Model Disiplin Kounin Pengawasan dan penyeliaan yang teliti oleh guru terhadap aktivitiaktiviti di dalam bilik darjah.

-Guru perlu mengenal pasti kesilapan murid dan memberi perhatian kepada murid tersebut

Cara pelaksanaan

- Mengetahui apa yang dilakukan oleh murid pada setiap masa. - Guru perlu boleh

- guru harus membetulkan kesilapan murid itu dengan memberi penerangan yang munasabah -Guru hendaklah berwaspada semasa memberikan peneguhan dan hukuman kepada murid -Guru hendaklah memberi sokongan kepada murid bermasalah

menangani dua masalah pada satu masa. - Pastikan pembelajaran berlaku secara taratur. - Kekalkan penglibatan murid dan menarik perhatian mereka supaya minat terhadap pembelajaran. -Tumpuan kepada setiap kumpulan. - Teguran yang diberi mestilah jelas dan menyatakan dengan spesifik tingkah laku yang hendak dibetulkan serta

EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU

mengelakkan daripada memberikan teguran secara umum keada muridmurid. - Guru perlu mengaplikasikan pelbagai strategi yang sesuai, pelbagai dan menarik supaya murid lebih memberi tumpuan. - Melibatkan murid-murid secara aktif di dalam bilik darjah dengan banyak melakukan aktiviti pengajaran yang berpusatkan murid. - Guru memulakan pengajaran, meneruskan pengajaran dan membuat penutup dengan baik dan lancar. - Dapat mewujudkan persekitaran dan suasana bilik darjah yang kondusif -Tidak berunsur hukuman - Guru dapat memupuk autonomi -Menitikberatkan variasi dari segi strategi dan teknik pengajaran. - Guru sukar mengenalpasti kesilapan Kelemahan -Sukar untuk guru mengambil tindakan.
8

Kekuatan

- Fokus kepada pengurusan kelompok.

EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU

murid pada permulaan -Sukar bagi guru -Guru sukar memahami akibat tindakan terhadap salah laku murid permulaan mengawal gerak-geri murid dengan terapi.

TUJUAN

Tujuan utama model disiplin Dreikurs ialah untuk memastikan murid-murid dapat belajar secara koperatif dengan cara berkerjasama, tanpa hukuman atau ganjaran. Hal ini kerana, setiap murid dalam sesebuah kelas tersebut memberikan sumbangan aktiviti dalam bilik darjah. Oleh itu, bagi melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang cemerlang seseorang guru tersebut perlu menggalakkan penglibatan semua murid dalam sesebuah kelas. Guru juga perlu mengenalpasti kesilapan murid dan memberi penjelasan terhadap kesilapan yang mereka lakukan. Manakala, model disiplin Kounin pula adalah bertujuan dan bermatlamat untuk mewujudkan integrasi pengajaran dengan disiplin. Menurut Kounin, atribut yang dikehendaki seperti kemesraan dan pemahaman tidak menjamin

keberkesanan bagi mengurus bilik darjah. Beliau berpendapat bahawa, bagi mengurus bilik darjah dengan baik, guru hendaklah menggunakan teknik whitness, bertindih, momentum, kelancaran, peka berwaspada kumpulan, menggalakkan

akauntabiliti, format penyertaan tinggi dan peralihan. Justeru itu, guru hendaklah bersedia dan mengenalpasti teknik-teknik yang sesuai untuk digunakan bagi menyelesaikan masalah murid-murid di dalam bilik darjah.

CARA PERLAKSANAAN Menurut Dreikurs, terdapat beberapa langkah yang perlu diambil oleh guru dalam menangani masalah tingkah laku murid yang tidak diingini di dalam bilik darjah. Langkah pertama, guru perlu mengenal pasti kesilapan murid, dengan memberikan perhatian kepada tindak balas terhadap tingkah laku buruk itu, sambil memerhati respons oleh murid tersebut. Langkah kedua, guru harus membetulkan
EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU 9

kesilapan murid itu dengan memberi penerangan yang munasabah, disertakan dengan perbincangan logik yang tersilap diaplikasikan. Sebagai contoh, murid yang melakukan kesilapan dalam bilik darjah perlu diberikan bimbingan dan motivasi supaya tidak melakukan kesilapan yang berulang. Langkah ketiga, guru perlu elakkan rampasan kuasa dengan menarik balik autoritinya, tetapi menurunkan kuasa kepada murid yang bertingkah laku buruk, misalnya memberi peluangnya mengarah dan membuat keputusan. Selain itu, bagi langkah-langkah positif bagi menangani tingkah laku membalas dendam ialah dengan cara memberi sokongan kepada murid bermasalah untuk menunjuk prestasinya. Langkah yang terakhir adalah, guru hendaklah memberi sokongan kepada murid bermasalah dengan memberi peneguhan terhadap usaha mereka walaupun sedikit sahaja.

Manakala, bagi model pengurusan kelompok Kounin, langkah pertama cara pelaksanaannya adalah dengan mengaplikasikan teknik withitness. Teknik merujuk kepada keupayaan guru membetulkan tingkah laku buruk sebelum ia sampai ke sesuatu situasi yang tidak dapat dikawal. Hal ini merujuk kepada kesedaran dan kepekaan guru dalam mengawasi pergerkan dalam bilik darjah. Guru juga bertanggungjawab memerhatikan sikap pelajar dalam kelas. Sebagai contoh, guru perlu mengenalpasti dengan cepat masalah tingakah laku pelajar dalam bilik darjah dan menyelesaikannya dengan segara. Langkah kedua ialah mengaplikasikan teknik bertindih (overlapping). Teknik ini merujuk kepada kebolehan guru menangani dua atau lebih aktiviti individu atau berkumpulan pada masa yang sama. Misalnya, guru meminta seorang murid untuk membaca di hadapan dan memberi arahan kepada murid yang lain untuk mendengar. Langkah pelaksanaan ketiga ialah dengan menggunakan teknik momentum. Pelaksanaan teknik ini adalah merujuk kepada kebolehan guru untuk memastikan pergerakan dan kelancaran aktiviti dalam proses P&P. Sebagai contoh, guru memulakan pengajaran yang menarik, lancar serta membuat rumusan di akhir pengajaran dengan berkesan. Guru juga perlu mengambil kira aspek minat, kebolehan dan perkembangan pelajar dalam sesebuah proses P&P. Oleh itu, guru hendaklah menerangkan konsep asas terlebih dahulu sebelum meneruskan pengajaran ke tahap yang lebih sukar. Langkah pelaksanaan keempat ialah dengan
EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU 10

penerapan teknik kelancaran (smoothness). Ianya merujuk kepada kebolehan guru untuk memastikan proses P&P berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Oleh itu, guru hendaklah memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya soalan atau memberikan pendapat berkenaan dengan pengajaran. Dengan cara ini, guru dapat menilai tahap pengajaran berdasarkan soalan dan komen yang diberikan, seterusnya mengambil langkah segera bagi memastikan kelancaran proses P&P. Langkah pelaksanaan terakhir ialah mengaplikasikan teknik kewaspadaan

kumpulan. Teknik ini merujuk kepada pemusatan semua murid lain apabila respons seorang murid sedang diberikan. Ianya merujuk kepada kebolehan guru untuk mewujudkan minat dan menarik tumpuan murid secara aktif terhadap sesuatu yang dipelajari. Contoh-contoh perlaksanaannya ialah, guru mengambil tindakan dengan mengemukakan soalan kepada seorang murid setelah tumpuan diberikan oleh murid-murid yang lain, memberikan respons yang baik apabila murid menanyakan soalan dan memberitahu murid bahawa mereka akan dinilai selepas pengajaran disampaikan.

KEKUATAN DAN KELEMAHAN Menurut Model Akibat Logikal Dreikurs mempunyai kelebihannya tersendiri iaitu dapat mewujudkan persekitaran dan suasana bilik darjah yang kondusif dengan terjalinya komunikasi yang terbuka antara guru dan murid serta saling hormatmenghormati atara satu sama lain. Hal ini kerana disiplin dapat dilihat melalui setiap murid yang mempunyai kawalan kendiri berdasarkan kesan kepentingan

persekitaran. Tambahan pula, guru dapat memupuk autonomi di mana murid-murid akan berasa tanggungjawab ke atas sebarang tindakan dan pilihan yang dibuat oleh mereka sendiri. Namun begitu, model Dreikurs menunjukkan kesukaran untuk guru permulaan mengenal pasti dan meneliti motif-motif setiap salah laku yang dilakukan oleh murid-murid. Malahan, guru juga mengalami kesukaran untuk memahami akibat secara logical dengan setimpal terhadap setiap salah laku murid-murid tertentu. Kuonin berpendapat bahawa guru harus melakkan penutup kepada aktiviti yang dijalankan dan menyimpulkan pengajaran tersebut dengan berkesan. Model Disiplin Kounin mempunyai kelebihan dimana murid akan berasa seronok dalam pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, model Kuonin ini dilihat tidak meberi
EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU 11

kesan yang mendalam terhadap masalah disiplin yang berlaku. Ini adalah kerana, teknik penyelesaian disiplin dari segi hukuman tidak banyak dipraktikkan dalam Tingkah Laku Pelajar Lelaki Tingkah Laku Pelajar Perempuan

Bergaduh Buli Tidak menyiapkan kerja rumah Mencuri

Tidur dalam kelas Bercakap-cakap semasa guru mengajar Makan menconteng

model ini. Pendekatan model ini tidak meliputi sistem pengurusan bilik darjah yang sepenuhnya dan masalah disiplin akan tetap berlaku walaupun pelbagai pendekatan telah dilakukan. Hal ini mungkin seseorang murid itu didorong oleh masalah dalaman mereka sendiri sama ada keluarga,latar belakang, personaliti ataupun masalah luar sekolah. 3.0 Analisis Situasi Bilik Darjah Menggunakan Model Disiplin yang dipilih Rajah 3.0 : Situasi tingkah laku pelajar dalam kelas Tahun 6 Bunga Raya

3.1 Analisis NURSHAWATI ABD WAHAB (26879) MODEL DISIPLIN DREIKURS

mendapatkan perhatian

menunjukka n kekurangan

MOTIF

mencabar kuasa

membalas dendam

EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU

12

Rajah 3.1 : motif salah laku pelajar

Saya telah melakukan analisis terhadap situasi di atas. Berdasarkan analisis tersebut, pada pandangan saya model yang sesuai digunakan untuk menangani masalah tingkah laku supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar ialah Model Akibat Logikal Dreikurs. Hal ini kerana menurut Dreikurs (1968 ) mendapati bahawa tingkah laku bermasalah berpunca daripada motif-motif seperti untuk mendapatkan perhatian, mencabar kuasa, membalas dendam dan mempamerkan kekurangan. Salah laku sering berpunca daripada murid-murid yang ingin mendapatkan perhatian guru. Dalam situasi ini, pelajar telah mempamerkan tingkah lalu seperti bergaduh, membuli dan tidur dalam kelas untuk mengundang kemarahan guru. Banyak masalah disiplin berpunca daripada perebutan kuasa antara guru dengan murid. Sebagai seorang guru, semestinya memiliki hak untuk mengekalkan disiplin bilik darjah dan mengawasi tingkah laku murid. Adakalanya tindakan guru menyebabkan murid berasa tertekan dan dipinggirkan. Oleh itu, mereka bertindak mencabar kewibawaan guru seperti barcakap-cakap semasa guru mengajar dan tidak menyiapkan kerja rumah yang telah diberikan oleh guru. Murid bertindak membalas dendam apabila guru dilihat sebagai bersikap tidak adil dan bersikap autokratik. Pada peringkat ini murid banyak dikawal oleh emosi negatif. Murid-murid ini akan menunjukkan tingkah laku yang serius. Contoh seperti mencuri, bergaduh dan menconteng kawasan dinding sekolah atau didalam tandas. Kadangkala murid terlampau dikawal oleh emosi negativf sehingga tidak sedar kelakuan mereka bukan sahaja mendatangkan keburukan kepada orang lain tetapi juga kepada diri mereka sendiri. Berdasarkan kesemua tingkah laku yang dilakukan oleh para pelajar tahun 6 Bunga Raya, dapat disimpulkan kesemua tingkah laku tersebut adalah aktif dan tidak ada motif menunjukkan kekurangan.

EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU

13

3.1.1 Cara Menangani Masalah Tingkah Laku Pelajar

Kenal Pasti Motif Murid

Bantu Murid Memahami Motif Yang Ditunjukkan

Bantu Murid Tukar Matlamat Salah Kepada Matlamat Sebenar

Bimbing Murid Bertanggungjawab Ke Atas Matlamat Baharu

Bantu Murid Melihat Akibat di Sebalik Tingkah Lakunya

Rajah 3.1.1 : Cara Dreikurs Menangani Murid yang Mempunyai Motif yang salah

EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU

14

Motif

Teknik penyelesaian

1- Inginkan perhatian
Sengaja membangkitkan kemarahan guru dengan cara : Pelajar lelaki : bergaduh Pelajar perempuan : tidur dalam kelas

Minimumkan tahap perhatian- jangan endahkan tingkahlaku tersebut. Iktiraf tingkahlaku bermasalahserapkan dalam sesi pengajaran

2- mencabar kuasa
Pergelutan kuasa antara guru dan murid

Cuba

kekalkan

persekitaran

pembeajaran yang positif. Alihkan fokus ke tempat lain Usahakan supaya murid yang berkenaan menyedari kelakuannya

Pelajar lelaki : tidak menyiapkan kerja rumah

Pelajar perempuan : bercakapcakap semasa guru mengajar, makan 3- Membalas Dendam


murid terasa tidak diberikan layanan yang adil yang ditunjukan melalui cara cara seperti : pelajar lelaki : bergaduh, mencuri pelajar perempuan : menconteng Cuba kekalkan persekitaran pembeajaran yang positif. Alihkan fokus ke tempat lain Usahakan supaya murid yang berkenaan menyedari kelakuannya

4- Menunjukkan kekurangan
tindakan lain selain dari diatas seperti

Ubahsuai kaedah mengajar Gunakan bahan bantu pembelajaran berbentuk maujud atau komputer

EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU

15

mengundurkan diri, mengasingkan diri dan lain-lain

Rajah 3.1.2 : Motif salahlaku dan Teknik Penyelesaian

Bagi Dreikurs, dendaan tidak patut dijalankan di dalam bilik darjah. Dendaan menunjukkan cara guru membalas dendam terhadap perbuatan murid. Contohnya, murid menyakiti hati guru, melalui dendaan guru seolah-olah membalas dendam dengan menyakiti hati murid. Dendaan juga menunjukkan kekuasaan mutlak guru. Dendaan selalunya memalukan murid dan mungkin akan membawa kepada kesan yang lebih negatif dan sepatutnya diganti dengan akibat-akibat logikal yang telah dipersetujui bersama antara guru dengan murid. Menurut cara Dreikur menangani masalah tingkahlaku bermasalah ialah guru perlu mengenal pasti motif murid berdasarkan empat motif utama iaitu mendapatkan perhatian, mencabar kuasa ,membalas dendam dan menunjukkan kekurangan. Bila guru telah dapat mengenal pasti motif utama murid maka mudah bagi guru memeilih kaedah atau teknik penyelesaian kepada masalah tingkahlaku tersebut. Guru perlu bantu murid untuk memahami motif yang telah ditunjukkan. Murid mungkin gagal untuk memahami cara yang terbaik untuk mendapat tempat dan menyesuaikan diri di dalam bilik darjah. Sebagai contoh di dalam kelas Tahun 6 Bunga Raya, antara motif murid ialah untuk mendapatkan perhatian seperti bergaduh dan tidur dalam kelas. Oleh yang demikian, setelah guru menyedari motif tersebut antara teknik penyelesaiannya ialah meminimumkan tahap perhatian dengan jangan endahkan tingkah laku

tersebut.seterusnya iktiraf tingkah laku tersebut dan serapkan dalam sesi pengajaran dengan menegur perbuatan tersebut agar tidak diulangi. Selain itu, bantu murid tukar matlamat salah kepada matlamat sebenar dengan tunjuk dan beri kesedaran bahawa mereka telah memilih cara atau motif yang salah untuk mendapatkan pengiktirafan diri. Contohnya tingkah laku tidak menyiapkan kerja rumah, bercakap-cakap semasa guru mengajar, makan bergaduh, mencuri dan

EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU

16

mencontang didalam kelas merupakan tingkahlaku bermasalah bermotifkan mencabar kuasa guru di dalam kelas serta membalas dendam. Menyedari motif tersebut guru perlu mengambil langkah cuba kekalkan persekitaran bilik darjah yang positif dengan tidak mengambil langkah drastik seperti marah atau menengking murid , guru sebaiknya alihkan fokus pelajar ke tempat lain dengan melaksanakan selingan aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang menerapkapkan nilai-nilai moral serta mewujudkan sifat kesedaran dalam diri murid. Sebaiknya, guru perlu usahakan agar murid berkenaan menyedari kelakuannya Motif menunjukkan kekurangan merupakan perlakuan terakhir yang murid akan lakukan setelah merasa dirinya tidak memberikan perhatian mahupun mengiktiraf tingkahlaku atau perbuatannya sebelum ini. Oleh yang demikian guru perlu ubah suai kaedah pengajaran agar lebih memberangsangkan sesi pengajaran dan pembelajaran agar semua murid terlibat hal ini bagi menaikkan semangat murid untuk belajar. Seterusnya, guru juga boleh mengambil inisiatif dengan menggunakan bahan bantu mengajar maujud atau berbantukan komputer. Secara holistiknya, guru perlu membantu murid-murid ini untuk menukarkan matlamat yang salah kepada matlamat sebenar yang mendatangkan manfaat kepada semua serta menggalakkan dan beri bimbingan kepada murid untuk bertanggungjawab atas matlamat baharu yang dipilih. Tambahan lagi, guru perlu bantu murid untuk melihat akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan agar murid memahami baik buruk tingkah laku tersebut ke atas diri mereka dan juga insan disekeliling mereka.

EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU

17

3.2 ANALISIS Model Pengurusan Kelompok Kounin. (Mohd Izzan Amir Bin Mohd Johari)

Model Pengurusan Kelompok Kounin ini dapat membantu guru dalam menguruskan bilik darjah dan pengajaran dan pembelajaran yang mempengaruhi tingkah laku murid. Oleh itu, guru dapat memanfaatkan cara pengawalan dan penyeliaan yang digunakan dalam model ini untuk memastikan pengurusan bilik darjah itu berkesan. Kounin menyarankan beberapa cara yang berkesan untuk mengawal pengurusan bilik darjah. Pertama ialah guru perlu berupaya dan mampu untuk mengawal dan menyelia lebih daripada aktiviti bilik darjah pada setiap masa,

dengan erti kata lain guru perlu mempunyai withiness. Hal ini dapat menjadikan murid lebih fokus kerana berasa bimbang dirinya akan dikenakan denda kerana guru mampu mengetahui setiap perlakuan yang sedang dilakukannya seperti bercakap semasa guru sedang mengajar. Kedua, guru juga perlu ada pertindanan iaitu kebolehan guru melakukan dua perkara dalam satu masa. Berikutan itu, murid akan lebih berhati-hati dan akan menjadikan keadaan kelas lebih teratur dan terurus. Ketiga pula ialah kesan gelombang di mana suatu teguran yang dilakukan oleh seorang guru kepada seorang murid dalam sebuah bilik darjah namun kesan teguran itu memberi pengajaran kepada murid yang lain juga seperti guru menegur murid lelaki yang bergaduh di dalam bilik darjah.
Selain daripada itu, teori Kuonin juga mencadangkan bagi menjamin kelancaran dan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah perlu diberi penekanan kerana itu yang menjadi punca kepada apa bentuk tingkah laku murid. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tidak sistematik seperti tertangguh, tidak lancar serta arahan guru yang tidak jelas akan memberi kesan terhadap salah laku murid-murid. Menurut Kuonin lagi, beliau amat memberi tumpuan utama terhadap pengurusan pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan murid sentiasa terlibat dengan aktivti bilik darjah dan sentiasa memberi murid tugasan-tugasan yang berkenaan. Guru perlu mengaplikasikan pelagai strategi yang sesuai, pelbagai dan menarik supaya murid lebih memberi tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan penglibatan yang menyeluruh

EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU

18

daripada murid, guru dapat mengekalkan perhatian murid serta menjadikan murid sentiasa bersedia untuk membuat tugasan ataupun menjawab soalan yang telah dikemukakan.

Perkara ini dapat diaplikasikan oleh guru-guru dengan sebaik mungkin supaya dapat menyelia dan mengawal bilik darjah dengan baik. Sehubungan itu, untuk melaksanakannya dengan baik guru perlu menggunakan tiga ciri utama semasa menjalankan tindakan disiplin kepada murid iaitu jelas, tegas dan serius. Menurut Kounin, guru perlu jelas dalam memberikan arahan. Hal ini kerana arahan yang diberikan harus bersifat spesifik dan bukan bersifat umum. Sekiranya guru memberi arahan secara umum murid tidak dapat memahami dengan jelas arahan guru tersebut untuk dia bertindak. Seterusnya arahan yang disampaikan perlulah lebih tegas. Sekiranya tidak tegas murid akan melakukannya sekali lagi. Guru juga perlu menyelitkan akibat ayng akan diterimanya dalam teguran yang disampaikan. Namun begitu perlu

melaksanakannya secara berkala bukan hanya pada masa-masa tertentu sahaja. Tambahan lagi, nada dan intonasi serta mimik muka guru ketika membuat teguran perlulah lebih serius. Guru juga boleh menggunakan perlakuan nonverbal yang akan membantu tindakan disiplin diambil dengan lebih berkesan. Selain itu, kelancaran dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran juga penting. Hal ini kerana jika guru membuat penerangan yang meleret akan menghilangkan fokus murid dan murid akan hilang minat untuk meneruskan pembelajaran. Signifikannya dalam model ini, guru dapat mengaplikasi segala cara untuk mengawal dan menyelia bilik darjah dengan baik. Guru juga perlu

menyediakan perancangan pengajaran yang menarik supaya murid dapat menumpukan perhatian dan dapat mengurangkan masalah tingkah laku murid.

EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU

19

3.3 ANALISIS NURSHAKILA BINTI ABDULLAH (27358 ) MODEL DISIPLIN DREIKURS DAN KOUNIN Di dalam sebuah kelas Tahun 6 Bunga Raya terdapat 3 orang pelajar lelaki dan 2 orang pelajar perempuan yang mempunyai tingkah laku yang bermasalah. Bagi tingkahlaku yang bermasalah pelajar lelaki ialah bergaduh, buli, tidak menyiapkan kerja rumah dan mencuri. Manakala bagi pelajar perempuan antara tingkah laku mereka yang bermasalah ialah tidur dalam kelas, bercakap-cakap semasa guru mengajar, makan, dan menconteng. Berdasarkan situasi yang diberi saya beranalisis bahawa model disiplin yang sesuai digunakan bagi menyelesaikan masalah ini ialah saya akan menggunakan dua model disiplin iaitu model disiplin Dreikurs dan Kounin mengikut situasi dan keadaan yang sesuai untuk mengatasi permasalahan tingkah laku yang berlaku. Bagi melaksanakan model disiplin Dreikurs ini pada pelajar lelaki dan perempuan yang bermasalah itu, saya akan mengaplikasikan model disiplin ini dengan mengenal pasti dahulu punca tingkah laku yang bermasalah itu berlaku berpunca daripada motif yang sebenarnya. Kerana mengikut model disiplin Dreikurs ini mendapati bahawa masalah tingkahlaku yang bermasalah ini berpunca daripada motif-motif yang berikut seperti ingin mendapatkan perhatian, mencabar kuasa, membalas dendam dan mempamerkan kekurangan. Bagi masalah pelajar lelaki seperti buli dan pelajar perempuan yang suka menconteng ini saya mengkelaskan masalah ini mengikut teori Dreikurs ia adalah bermotifkan pelajar tersebut sengaja menimbulkan masalah kerana ingin mendapatkan perhatian. Mengikut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Sanuel ( Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah laku ), salah laku ini sering berpunca daripada murid-murid yang ingin mendapatkan perhatian guru. Salah satu bentuk tingkah laku yang ingin mendapat perhatian ialah apabila murid sering membuat tingkah laku yang mengundang kemarahan guru dengan mengusik rakan sekelas atau membuli rakan sekelas atau rakan-rakan yang lain. Tindakan ini akan mengundang perasaan marah dan sakit hati guru dan rakan sekelas kerana menganggu proses p&p dijalankan. Apabila berhadapan dengan situasi begini, adalah penting bagi guru tersebut untuk menganalisa dan mencari punca kepada salah laku tersebut. Sekiranya perhatian yang salah diberikan kepada
EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU 20

salah laku, kemungkinan besar salah laku tersebut akan meningkat. Sebagai contoh, seorang murid cuba untuk mendapatkan perhatian guru dengan menganggu rakan di sebelah. Guru terus memarahi salah laku tersebut. Tindakan guru memberi mesej kepada murid cara yang dilakukan boleh menarik perhatian guru maka perbuatan tersebut akan diulangi. Guru perlu mencari cara untuk memberikan perhatian kepada murid yang mendatangkan kesan yang positif. Guru tidak memberikan perhatian kepada tingkah laku yang tidak diingini tetapi memberikan perhatian kepada tingkah laku yang diingini. Sebagai contoh, di sebalik kenakalan Amin, guru memuji Amin apabila dia berjaya menyiapkan kerja-kerja dengan baik. Secara tidak langsungnya guru memberikan pilihan kepada murid sama ada untuk terus membuat perkara yang tidak sepatutnya dan tidak mendapat perhatian atau membuat sesuatu yang disukai guru serta mendapat perhatian. Seterusnya guru bimbing murid untuk memilih cara mendapat perhatian yang betul. Bagi masalah yang seterusnya yang di hadapi oleh pelajar lelaki iaitu tidak menyiapkan kerja sekolah, saya mengkelaskan ia kepada motif permasalahan iaitu motif mencabar kuasa. Banyak masalah disiplin berpunca daripada perebutan kuasa antara guru dan murid. Sebagai seorang guru, anda mempunyai hak untuk mengekalkan disiplin bilik darjah dan mengawasi tingkah laku murid. Adakalanya, tindakan guru menyebabkan murid berasa tertekan dan dipinggirkan. Oleh itu mereka bertindak mencabar kewibawaan guru seperti enggan menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru yang boleh menyebabkan kemarahan guru kepada mereka. Dalam keadaan sedemikian, guru harus mengelakkan diri daripada bersemuka dan melepaskan emosi kepada murid. Keadaan ini akan menambahkan tekanan terhadap konflik yang dihadapi. Murid mungkin akan bertindak balas juga dengan menggunakan emosi. Sebaiknya guru harus bertenang dan penggil murid untuk berjumpa dengan guru secara individu. Kenal pasti punca kelakuan mereka, tunjukkan yang anda mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oelh mereka. Bincang dengan mereka motif sebenar di sebalik kelakuan mereka tersebut serta tunjukkan sebab dan akibat yang munasabah akan dihadapi mereka jika mereka tidak menyiapkan kerja rumah dan terus melakukan tingkah laku tersebut. Seterusnya bagi permasalahan tingkah laku murid lelaki yang mencuri dan bergaduh saya menkelaskan masalah tingkah laku ini bermotifkan membalas

dendam. Hal ini sering berlaku kerana kadangkala dengan menggunakan kekerasan
EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU 21

atau bersikap autokratik, guru berjaya menangani salah laku di dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun hasilnya mungkit bersifat luaran. Murid tidak menunjukkan salah laku disebabkan dendaan yang diberikan tetapi menyimpan dendam atas tindakan yang dikenakan oleh guru. Mereka melihat tindakan guru sebagai tidak adil dan akan mencari jalan untuk membalas dendam terhadap guru tersebut, rakanrakan atau kepada sekolah itu sendiri. Murid-murid sebegini sememangnya akan menimbulkan masalah yang lebih serius seperti pelajar lelaki ini iaitu mencuri dan bergaduh. Oleh itu, guru haruslah mengambil pendekatan yang bijak dengan cuba mengawal dan memahami emosi yang dialami oleh murid tersebut. Bantu murid supaya mereka dapat melihat matlamat tingkah laku mereka adalah salah.

Kadangkala dalam peringkat ini, murid terlampau dikawal oleh emosi negatif sehingga tidak sedar kelakuan mereka bukan sahaja mendatangkan keburukan kepada orang lain malah member keburukkan juga kepada diri sendiri. Saya juga akan membantu murid tersebut menyalurkan emosi negatif tadi kepada tingkah laku yang lebih bermanfaat. Pada masa yang sama. Dapatkan kerjasama daripada murid-murid lain untuk tidak meminggirkan murid tersebut dan bersama-sama membantu untuk saling memahami perasaan rakan-rakan mereka di dalam bilik darjah. Bagi menyelesaikan masalah pelajar perempuan di dalam kelas 6 Bunga Raya ini, saya mencadangkan untuk menggunakan model disiplin Kounin. Hal ini kerana terdapat beberapa pelajar perempuan di dalam kelas tersebut yang suka tidur di dalam kelas dan bercakap-cakap semasa guru mengajar. Salah laku tersebut berlaku besar kemungkinannya berpunca daripada guru. Kounin telah

mencadangkan guru melaksanakan kelancaran dan pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah memainkan peranan yang penting untuk mengawal salah laku di dalam bilik darjah. Antara cirri model ini ialah kelancaran. Cirinya ialah kontiniuiti, iaitu perjalanan pengajaran berlaku tanpa sebarang ganggguan. Aktiviti p&p yang tidak lancar, tertangguh, arahan yang tidak jelas dan aktiviti yang tidak menarik akan menyumbangkan kepada kebarangkalian untuk salah laku yang telah berlaku. Murid pula akan berasa bosan dan tidak memberi perhatian di dalam kelas. Oleh itu, kebarangkalian yang berlaku oleh pelajar perempuan ini mungkin berpunca daripada guru tersebut yang tidak peka dan kreatif dalam menyampaikan p&p dengan menarik dan berkesan. Oleh itu guru haruslah bijak dalam merangka perjalan aktiviti
EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU 22

p&p yang menarik dan berkesan mengikut kemampuan murid tersebut. Hal ini kerana perancangan p&p yang mengikut kemampuan pelajar juga dapat member motivasi yang baik kepada pelajar supaya mereka berasa seronok belajar sesuatu yang mengikut kemampuan mereka. Jika proses p&p di sampaikan tidak mengikut kemampuan mereka, mereka akan cepat berasa bosan dan keadaan akan lebih teruk lagi berlaku jika mereka berasa putus asa untuk menimba ilmu dengan lebih lagi. Bagi mengatasi masalah beberapa pelajar perempuan yang suka makan dan mencoteng ini saya akan mencadangkan model disiplin Dreikurs. Bagi pelajar yang suka makan di dalam kelas ini saya mengekalaskan dia sebagai motif mencabar kuasa ( konflik ). Hal ini kerana mereka mencabar kewibawaan guru dan tidak menghormati guru kerana makan semasa guru mengajar. Dalam keadaan sedemikian, guru harus mengelakkan diri daripada bersemuka dan melepaskan emosi kepada murid. Keadaan ini akan menambahkan tekanan terhadap konflik yang dihadapi. Murid mungkin akan bertindak balas juga dengan menggunakan emosi. Sebaiknya guru harus bertenang dan panggil murid untuk berjumpa dengan guru secara individu. Kenal pasti punca kelakuan mereka, tunjukkan yang anda mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh mereka. Bincang dengan mereka motif sebenar di sebalik kelakuan mereka tersebut. Kesimpulannya guru haruslah bijak dalam menangani masalah dan menggunakan model yang sesuai berdasarkan situasi dan keadaan yang sesuai dengan masalah tingkah laku yang berlaku di dalam kelas. Guru juga tidak seharusnya mengambil ringan setiap masalah tingkah laku yg berlaku di dalam kelas. Jika tidak di selesaikan dengan segera, hal ini besar kemungkinan akan menyebabkan masalah akan berpanjangan berlaku tanpa di hentikan dengan sebarang penyelesaian. Dan yang lebih memudaratkan lagi jika masalah ini berlarutan sehingga boleh mengakibatkan permasalahan yang lebih besar yang mungkin akan menganggu dan mengancam kepada agama, negara dan bangsa.

EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU

23

3.3 ANALISIS Muhammad Muizzuddin Bin Ahmad Razlan (27213) MODEL DISIPLIN KOUNIN Berdasarkan analisis saya terhadap masalah tingkah laku yang berlaku dalam kelas 6 Bunga Raya, saya berpendapat bahawa masalah tingkah laku tersebut dapat ditangani dengan menggunakan Model Kelompok Kounin. Hal ini kerana model ini sangat sesuai bagi menangani masalah disiplin dengan berkesan dan menyeluruh dalam pelbagai aspek. Model Kelompok Kounin menitikberatkan kesedaran dan kawalan guru dalam mengawasi tingkah laku pelajar di dalam bilik darjah semasa proses P&P berjalan. Antara masalah yang sesuai ditangani dengan menggunakan konsep ini ialah seperti bergaduh dan membuli. Dalam situasi pelajar bergaduh dan membuli sesama mereka sendiri guru boleh menggunakan teknik withness iaitu dengan cara guru membetulkan tingkah laku tersebut sebelum ia menjadi lebih serius. Hal ini penting supaya guru dapat memberikan perhatian lebih kepada murid tersebut dan dalam masa yang sama mengawasi semua perkara yang berlaku dalam bilik darjah pada setiap masa. Sebagai contoh, dalam kerja berkumpulan, guru memberikan penerangan kepada kumpulan yang mempunyai murid bermasalah dan dalam masa yang sama memberikan tugasan lain kepada kumpulan yang lain. Dengan cara ini, semua murid mempunyai tugasan dan aktiviti serta melibatkan diri dalam pengajaran yang disampaikan oleh guru. Bagi mengatasi masalah murid yang makan dalam kelas pendekatan yang sesuai ialah dengan cara guru memberikan teguran atau tindakan berkesan yang turut sama memberi kesan kepada murid lain, iaitu Kesan Gelombang (Ripple Effect). Arahan dan teguran yang diberikan mestilah jelas, tegas dan serius supaya kesan gelombang itu berjalan secara efektif. Contoh arahannya, Arif, berhenti makan sekarang dan buat latihan yang cikgu berikan ini. Hal ini kerana perbuatan tersebut mengganggu konsentrasi murid lain serta proses P&P untuk berjalan dengan lancar. Seterusnya, teknik yang sesuai bagi mengatasi masalah murid yang bercakap dengan rakan semasa guru sedang mengajar ialah dengan penerapan teknik
24

EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU

pertindihan (overlapping). Teknik ini membolehkan guru menguruskan dua atau lebih aktiviti dalam satu masa yang sama. Tanggungjawab guru untuk mengawal keseluruhan murid dalam bilik darjah akan menjadi mudah jika guru menggunakan teknik ini. Sebagai contoh, guru memberikan arahan kepada seorang pelajar untuk membaca petikan yang terdapat dalam buku teks dan seterusnya meminta pelajar yang membuat bising tersebut memberikan tumpuan dan membuat ulasan terhadap bacaan oleh rakannya tadi. Dengan ini, pelajar yang membuat bising tadi akan berhenti bercakap dengan rakan yang lain. Hal yang sama turut berlaku kepada rakan yang lain juga. Perlakuan menconteng dan tidur dalam kelas semasa aktiviti P&P dijalankan ialah disebabkan murid berasa bosan dengan pengajaran yang disampaikan oleh guru. Pendekatan kaedah Kesan Gelombang (Ripple Effect) dapat memberikan kesan yang efektif dalam menyelesaikan masalah murid-murid ini. Oleh itu, Guru hendaklah menegur murid-murid ini dengan cara berhemah serta menyatakan akibat buruk yang akan berlaku sekiranya mereka tidak memberikan tumpuan penuh semasa proses P&P. Bagi mengelak masalah ini daripada berterusan, guru juga hendaklah menggunakan kaedah, teknik dan strategi yang menarik dalam P&P. Pendekatan teknik withitness merupakan langkah terbaik dalam

membendung masalah tingkah laku pelajar daripada menjadi semakin serius. Sebagai contoh, bagi menangani masalah murid tidak menyiapkan kerja rumah dan mencuri guru perlu mengambil tindakan segera supaya masalah ini tidak berlanjutan. Pemantauan dan kepekaan guru terhadap masalah ini merupakan perkara penting supaya kesilapan yang dilakukan murid tidak berulang. Contohnya, guru hendaklah memberikan bimbingan kapada murid yang terlibat dengan kegiatan mencuri dan tidak menyiapkan kerja rumah dari semasa ke semasa. Kaedah Kesan Gelombang (Ripple Effect) juga boleh diaplikasikan dalam situasi ini untuk memberikan kesan kepada pelajar yang bermasalah disamping murid-murid yang lain.

EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU

25

4.0 Rumusan. Guru perlu mengetahui dan peka dengan pengurusan bilik darjah. Hal ini kerana pengurusan bilik darjah yang berkesan perlu mempunyai asas pengurusan disiplin yang kukuh. Demikian itu wajar untuk seorang guru merancang langkah pengurusan bilik darjah dengan baik. Sebagaimana Model Disiplin Dreikurs dan Model Kelompok Kounin dapat juga dilaksanakan dan diaplikasikan dalam merancang pengurusan disiplin bilik darjah. Hal ini kerana teori-teori ini mempunyai kekuatan masing-masing dalam strategi pengurusan bilik darjah. Tuntasnya, guru sebenarnya perlu bijak dalam menilai dan membuat pertimbangan kepada masalah tingkah laku murid yang dihadapi. Hal ini kerana tidak semua bilik darjah mengalami masalah yang sama dan tidak semua teori dapat digunakan dalam menyelesaikan masalah yang berbeza. Sebagai seorang guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas dalam pengurusan bilik darjah diatambah dengan pengalaman yang ada akan membantu guru menilai sesuatu pengurusan yang kondusif untuk kegunaan sendiri di dalam bilik darjah.

EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU

26

EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU

27