Anda di halaman 1dari 22

PENGENALAN Perbincangan mengenai stilistik adalah berkenaan dengan gaya (style).

Dalam bahasa Melayu, kata stylistics menjadi stilistik. Sebagai pendahuluan, kita akan membicarakan persoalan istilah terlebih dahulu. Persoalan ini pula berkaitan dengan berbagai-bagai persoalan lain, misalnya istilah dan pengertian yang berhubungan dengan style dan stilistik atau persoalan yang berhubungan dengan kemunculan ilmu itu sendiri, yang juga berhubungan dengan hakikatnya sebagai ilmu. Sebelum timbul ilmu stilistik, iaitu kajian gaya yang digunakan untuk menganalisis karya sastera, bahasa memang sudah mempunyai apa yang dinamakan gaya. Ini kerana semua pengucapan yang tidak lurus seperti yang biasa dipakai oleh masyarakat adalah gaya. Kelainan daripada bahasa yang lurus dan biasa itu dipakai untuk bercakap atau menulis. Maka, timbullah berbagai-bagai kelainan dan ia membezakan gaya tertentu antara satu sama lain. Stilistik ialah ilmu yang masih baru dan kedudukannya masih goyah. Kesedaran tentangnya masih goyah, terutamanya tentang gaya yang sudah lama wujud bagi mengkaji gaya yang terdapat di dalam sesebuah karya sastera. Terdapat dua faktor yang menyebabkan perkembangannya lambat. Ini dinyatakan seperti berikut:

(i)

Perhatian terhadap gaya mungkin pernah muncul pada orang yang hidup di dalam dunia sastera dan mereka sedar, pemakaian bahasa mereka berbeza daripada bahasa seharian mereka.

(ii) Di dalam hubungan dengan perkembangan lainnya, ada keinginan untuk merumuskan gaya yang terdapat pada bahasa yang indah itu dengan menghubungkan gaya dengan keindahan.

Kedua-dua faktor ini berpengaruh terhadap kelambatan munculnya stilistik sebagai ilmu. Gerak ke arah stilistik sebagai ilmu hanya muncul setelah adanya perubahan besar di dalam perkembangan linguistik dan kajian karya sastera. Berdasarkan gerak ke arah menjadikan stilistik sebagai bidang ilmu yang penting,

kita akan didedahkan tentang kepentingan ilmu stilistik yang meliputi definisi stilistik, ciri-ciri stilistik, stilistik di dalam bahasa, bahasa perbandingan dan keberkesanan stilistik di dalam bahasa. Stilistik berasal daripada bahasa Inggeris iaitu style yang bererti gaya dan daripada bahasa serapan ,linguistik yang bererti tatabahasa. Menurut Kamus Bahasa Indonesia, stilistik ialah ilmu kebahasaan yang mempelajari gaya bahasa.Menurut Bally,Jacobson,Leech,Widdowson,Levin,ching,Chatman,dalan dan lain-lain, mereka menjelaskan stilistik sebagai suatu deskripsi daripada bahasa yang digunakan di dalam teks sastera. Bagi Leech, stilistik adalah pembelajaran gaya ilmu linguistik atau simply defined as the (linguistic ) study as style. Wawasan demikian adalah seiring dengan pernyataan Cummings dan Simmons: bahawa pembelajaran bahasa di dalam teks sastera merupakan a branch of linguistic called stylistic.Di dalam konteks yang lebih luas ,Jacobsons beranggapan bahawa puitika (poetics) sebagai teori tentang system dan kaedah teks sastera sebagai bahagian yang tidak dipisahkan bagi linguistik. Manakala ,Chavatik pula mengemukan stilistik sebagal kajian teks sasatera dan kod estetik dengan kajian stilistik yang mengkaji bahasa dalam teks sastera, sebagaimana bahasa menjadi objek kajian linguistik (Aminuddin,1995;22). Sedangkan menurut Rene Wellek dan Austin Warren , stilistika perhatian utamanya adalah kontras sistem bahasa pada zamannya (Wellek dan Warren, 1990:221). Bertolak daripada berbagai pengertian yang telah disebutkan,Aminuddin mentakrifkan stilistik sebagai pengajian tentang cara pengarang di dalam menggunakan sistem tanda sejajar dengan gagasan yang ingin disampaikan secara kompleks, dan juga kekayaan unsur pembentuk itu dijadikan sasaran kajian hanya pada wujud penggunaan sistem tandanya. Walaupun fokusnya hanya pada sistem tanda untuk memperoleh pemahaman tentang ciri-ciri penggunaan , apabila system tanda dihubungkan dengan cara pengarang di dalam menyampaikan gagasan , kita perlu memahami

i) ii) iii)

Gambaran objek/peristiwa Gagasan Ideologi yang terkandung di dalam karya sastera

Mengikut Kamus Linguistik Edisi Ketiga ,stilistik boleh didefinisikan sebagai ilmu yang menyelidiki bahasa yang dipergunakan di dalam karya sastera atau ilmu yang bersifat interdisiplin antara linguistik dan kesusasteraan ataupun penerapan linguistik pada penelitian gaya bahasa. Mengikut Kamus Zaaba, stilistik ialah suatu kajian mengenai teknik penggunaan gaya bahasa yang mantap serta secara berkesan di dalam suatu penulisan.Kamus Dewan Edisi Ketiga pula mengatakan stilistik ilah kajian tentang teknik penggunaan gaya bahasa secara berkesan di dalam penulisan .Ianya berkaitan dengan stail

atau gaya terutamanya gaya bahasa. Stilistik ialah kajian stail yang melibatkan bentuk atau bahasa dan isi kesusasteraan.Ia meliputi kajian mengenai teknik pemakaian bahasa di dalam penulisan dan teknik yang mengkaji segala kemungkinan yang berkaitan dengan gaya bahasa penulisan kesusasteraan yang semata-mata untuk mendapatkan kefahaman sebenar tentang kesusasteraan (Nik Hassan Basri:378). Stilistik juga merupakan satu lagi disiplin yang mengkaji ciri-ciri lingustik yang berbeza yang berlaku di dalam kalangan kelompok sosial.Kelompok sosial itu pula dibezakan oleh bidang pekerjaan atau perbezaan kelas di dalam sesuatu masyarakat.walaubagaimanapun , pada kebiasaanyan ,stilistik merujuk kepada kajian mengenai bahasa literari sesuatu komuniti dengan menggunakan kaedah linguistik. Kaedah ini banyak dipakai .antaranya ialah untuk menghuraikan tingkah laku bentuk bentuk bahasa tulisan yang digunakan atau dicipta oleh pengarang di dalam karya deskriptif mahupun karya kesusasteraan .Di dalam karya kesusasteraan, bentuk bahasa tulisan atau gaya bahasa banyak dipakai.Oleh itu, berdasarkan jenis bahasa inilah , maka stilistik berusaha mencari jalan keluar bagi menghuraikan perhubungan antara bentuk pengucapan dengan makna yang dibawa oleh ny a Basri :378). (Nik Hassan

Menurut Keris Mas , stilistik ialah kajian stail mengkaji segala kemungkinan gaya kesusasteraan untuk menilai dan mendapat kefahaman sebenar mengenai sesebuah teks kesusasteraan.Segala hubungan yang menimbulkan kelainan gaya bahasa, baik gaya individu mahupun implikasi lain, yang melibatkan,lahirnya hasil sastera yang diperhatikan dan diberi saluran kajian khusus. Selain itu, kesusasteraan yang mempunyai sifat dan hakikat perkembangan dan perubahan yang sejajar dengan perkembangan fikiran dan realiti kehidupan manusia dan masyarakat, ikut dipertimbangkan, di kaji dan dihubungkan dengan kajian bahasa (Keris Mas:8) Kajian terhadap teks sastera secara tradisional hanya terbatas pada kelainan bahasa dalam hubungan dengan kehendak tatabahasa, disamping kelainan yang bersifat figuratif ;iaitu penggunaan peribahasa,bahasa kiasan,sindiran ,ungkapan dan sebagainya.Kajian stilistik telah berubah kepada kajian yang dianggap lebih objektif dan saintifik. Ia meliputi kajian terhadap teks sastera, yang tidak lagi dari sudut kebahasaan saja tetapi juga dari sudut isi yang disampaikan dengan penggunaan bahasa itu. Perubahan kajian ini disebut kajian bentuk dan kajian isi, yang diandaikan sebagai apa yang diperkatakan (isi) dan apa cara mengatakan bentuk atau bahasa ). Dengan stilistik, pendekatan terhadap kajian teks sastera meninggalkan cara pendekatan yang subjektif dan impresionis dan memasuki cara baru yang lebih objektif dan lebih saintifik.(Keris Mas :8) Didalam disiplin linguistik, terdapat stilistik. Stilistik merujuk kepada penggunaan prinsip linguistik terhadap bahasa sastera,stilistik atau ilmu gaya dapat dianggap sebagai kajian variasi linguistik. Variasi linguistik ini mempunyai hubungan yang rapat dengan konteks teks dan konteks situasi. Stilistik juga mempunyai hubungan yang rapat dengan disiplin sosiolinguistik dan dialektologi .Kedua-dua pula merupakan cabang linguistik (Azmi Rahman ,Esasterawan.com). Beberapa pendapat lain yang sempat dikutip telah diutarakan oleh Freeman(1970:4).baginya ,stilistik melihat penggunaan bahasa yang menyimpang atau deviasi daripada norma tatabahasa , penggunaan pengulangan dan meminjam usaha pengarang (di dalam konteks ini penyair) untuk mendapat kepastian tulisannnya.

Murray pula berpendapat bahawa stilistik ialah gaya dan sesuatu yang istimewa, teknik eksposisi,pencapaian estetika dan pernyataan sikap penulis.Pemilihan kata dan penyusunan struktur ayat memperlihatkan ciri-ciri keperibadian penulis. Bahasa sastera, khasnya bahasa puisi adalah bahasa yang paling menonjol deviasi atau penyimpangan bahasa. Di dalam kajian puisi,stilistik melihat kajian bahasa puisi dengan unsur linguistik seperti fonologi, morfologi dan sintaksis.Stilistik juga melihat diri puisi sebagai bahasa kreatif yang membenarkan terjadi deviasi/penyimpangan di dalam aspek linguistik secara eksplisit maupun implisit (Esasterawan.com) Kridalaksana(1982:157), di dalam Kamus Linguistik, memberikan batasan stiliistik.menurutnya , stilistik adalah ilmu yang menyelidiki bahasa yang dipergunakan di dalam karya sastera: iaitu ilmu interdispiliner antara linguistik dan kesusasteraan atau penerapan linguistik pada penelitian gaya bahasa (Dwisusanto,Wordpress.com) Tuner (1977:7), juga memberikan pengertian tentang stilistik.menurutnya , stilistik adalah bahagian daripada linguistik yang memusatkan perhatian nya pada variasi penggunaan bahasa , terutama kesusasteraan. Fowier (1987;237), mengatakan bahawa stilistik merupakan cabang daripada pengajian sastera.Menurutnya para ahli mengatakan bahawa stilistik meneliti sastera pada aspek bahasa ; yakni imej, struktur suara, sintaksis dan lain-lain.Umar Junus (1980:xvii), mengatakan bahawa hakikat stilistik adalah pemakaian dan penggunaan nya di dalam karya sastera.Tetapi kemunculannya sudah ada di dalam linguistik .Menurutnya , stilistik dipakai sebagai gabungan, iaitu ilmu sastera dan ilmu linguistik .Selanjutnya ,Umar Junus (1980;xviii) mengusulkan bahawa stilistik menjadi ilmu yang berdiri sendiri, terlepas daripada linguistik ataupun sastera. Sebagaimana yang kita sudah ketahui, stilistik,adalah tentang ilmu gaya bahasa.Gaya bahasa sendiri adalah pemuafakatan kekayaan bahasa oleh seseorang di dalam bertutur dan menulis, pemakaian ragam tertentu untuk memperoleh kesan tertentu serta keseluruhan ciri bahasa sekelompok penulis sastera (Kridalaksana,1982:49-50)

Enkvist(Junus 1989:4), mengatakan bahawa gaya bahasa ada enam pengertian , seperti berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Bungkus yang membungkus inti pemikiran yang telah ada sebelumnya Pilihan antara berbagai pernyataan yang mungkin Sekumpulan ciri peribadi Penyimpangan norma atau kaedah Sekumpulan ciri kolektif Hubungan antara satuan bahasa yang dinyatakan di dalam teks yang lebih luas daripada kalimat

Untuk mengkaji karya sastera dari sudut stilistik, ada dua kemungkinan di dalam mendekatinya , iaitu:

(i)

Pertama, pengajaran stilistik dilakukan dengan cara menganalisis system linguistik karya sastera dan dilanjutkan dengan menginterpretasi ciri-cirinya.Ia dilihat daripada tujuan estetik karya sastera sebagai makna yang penuh.

(ii)

Kedua, penelitian stilistik ini di lakuakn dengan menghayati variasi terhadap pemakaian bahasa yang normal dan mememukan tujuan estetiknya (Wellekdan Warren,1990:226)

Berdasarkan kedua-dua pendekatan tersebut, ternyata terdapat perbezaan mengikut bidang kajian masing-masing.namun kedua-dua pendekatan tersebut pada hakikatnya tidaklah saling bertentangan (Dwisusanto,Wordpress.com).

Stilistik ialah kajian kuantitatif yang berkaitan dengan usaha untuk mendapatkan atau membuktikan ciri-ciri keindahan bahasa yang universal berkenaan sesuatu karya sastera. Ciri-ciri keindahan bahasa yang universal itu, misalnya berupa rangkaian (perulangan) sesuatu bentuk linguistik seperti ayat jenis tertentu atau bunyi tertentu . sesuatu karya sastera boleh berupa novel , cerpen,drama , puisi moden atau sajak (Lutfi Abas,1988:210).Stilistik wujud sebagai cabang disiplin linguistik yang berdiri sendiri pada penghujung abad ke 19 dan awal abad ke 20.

Di dalam Bahasa Inggeris , stilistik mula digunakan pada tahun 1846.Mengikut Awang Sariyan (1985) daripada dua aliran pemikiran yang diperkembangkan oleh Charles Bally dan Leo Spitzer itu, ahli-ahli stilistik menyimpulkan dua jenis kajian stilistik, iaitu; (i) Kajian tentang unsur-unsur ekspresif bahasa yang dapat menampilkan pemikiran dan perasaan sefektif mungkin (ii) Kajian tentang gaya bahasa pengarang secara individu.

Lutfi Abas, dalam tulisannya cuba menunjukkan perbezaan antara stilistik dengan linguistik. Dengan cara membuat perbandingan ini, maka beliau dapat mengemukakan takrif stilistik dengan lebih jelas. Ini akan diterangkan seterusnya.

CIRI- CIRI LINGUISTIK Stilistik atau kajian bentuk boleh dibahagikan kepada dua perkara. Pertama,kajian tentang kelainan bahasa yang mengandungi bentuk gaya , bahasa pengulangan,penyirnaan, perbandingan, pertautan dan pertentangan.Kelainan bahasa juga termasuk peribahasa, sindiran dan gaya retorik. Ciri yang keduanya ialah pemakaian bahasa yang termasuk segala yang tercakap dalam linguistik seperti fonologi,morfologi,sintaksis dan semantik. Stilistik di dalam kajian bahasa secara umumnya boleh dibahagikan kepada lima bahagian. Ianya boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian yang utama tadi.

(a) Ciri-ciri yang terdapat di dalam gaya bahasa perbandingan adalah seperti imejan, metafora,personafikasi,pleonasme dan simile. (b) Gaya bahasa pertentangan pula adalah seperti hiperbola,inverse dan paradox (c) Sementara , gaya pertentangan merangkumi aliterasi, anaphora,asonansi,epifora,rima dan sinkof. (d) Gaya yang terakhir ialah penyirnaan yang hanya terdapat satu cirri sahaja iaitu sinkof.Kesemua gaya ini mempunyai takrifan dan ciri-ciri yang membezakan diantaranya. Di dalam mata pelajaran Bahasa melayu, gaya bahasa ini di ajar mengikut tahap-tahap tertentu. Misalnya gaya bahasa perbandingan simile di ajar kepada pelajar-pelajar tingkatan satu.

Sungguhpun gaya bahasa pertautan tidak terdapat di dalam sukatan pelajaran, ianya juga perlu dikuasai oleh guru bagi membezakan nya dengan ciri-ciri yang lain. Menurut Nik Hassan Basri (2005) , gaya bahasa pertautan ialah gaya bahasa yang menghubungkan sesuatu yang memiliki ciri atau sifat tertentu dengan yang lain.antaranya gaya bahasa yang selalu dikelompokkan di dalam gaya bahasa ini ialah gaya bahasa sinekdok, eufemisme, epitet, antonomasia, eponym, metonimia dan alusi. Kilatan atau bayangan merupakan nama lain bagi alusi.Alusi merupakan pemerian yang membayangkan atau merujuk sesuatu secara tidak langsung kepada sesuatu
8

cerita. Contohnya , gambar yang ditunjukkan itu menggembalikan kenangan kita kepada peristiwa Mei 1969.Seterusnya antonomasia melibatkan penggunaan Jabatan kementerian dan gelaran tertentu seperti Dekan dan Guru Besar. Ciri yang seterusnya ialah epitet yang menjadi keterangan atau frasa yang menggelarkan atau merupakan suatu huraian yang menjelaskan atau menggantikan nama sesuatu benda atau gaya bahasa. Ia merangkumi pengganti symbol atau lambing yang menyatakana sesuatu sifat atau ciri yang khas daripada seseorang atau sesuatu hal. Contoh perkataan yang sering digunakan bagi menggambarkan ciri ini ialah Loceng pagi bersahut-sahutan pada pagi itu di rumah saya.Loceng pagi sebenarnya menggambarkan ayam jantan yang berkokok. Eponim pula sejenis gaya yang menggunakan nama seseorang yang memiliki sifat tertentu di pakai di dalam ayat bagi menghubungkan sifat yang dimiliki oleh orang lain.Contoh ayat ,Perangai kamu ini seperti Pak Pandir. Manakala eufemisme merupakan kata atau ungkapan yang lebih halus sebagai pengganti kata-kata atau ungkapan yang agak kasar atau keras.Contohnya, perkataan mati, danberanak.Terdapat perkataan yang sinonim dengan perkataan ini seperti meninggal dunia.Perkataan ini lebih lembut berbanding mati. Tetapi bagi menggambarkan ciri eufemisme,perkataan kasar digunakan .Metonimia pula digunakan bagi menjelaskan ciri atau nama seperti jenama dan sebagainya. Ciri yang terakhir di dalam gaya pertautan adalah sinekdok.Sinekdok membawa maksud perkataan yang disebut itu membawa maksud sepenuhnya, walaupun perkataan separuh sahaja digunakan. Contohnya ,Setelah mereka pergi dari rumah,batang hidung pun tak nampak. Batang hidung itu mewakili keseluruhan tubuhnya (Nik Hassan Basri ,2005) Gaya bahasa penyirnaan atau pelesapan iaitu bentuk bahasa yang mengalami unsure pengguguran bunyi,suku kata, kata, frasa atau bahagian ayatnya.Antara unsurnya ialah sinkof,afesis, akronim.apokop,ellipsis, dan aferisis.Aferisis ialah salah satu gaya bahasa penyirnaan ,iaitu pengguguran bunyi atau kata pada awal ujaran atau huruf awal atau suku kata awal bagi sesuatu perkataan.Pengguguran ini adalah bagi memudahkan penutur meyebutnya .Contoh perkataan yang sering digugurkan ialah perkataan hulu menjadiulu dan kamu menjadi mu sahaja.

Sementara itu, kata yang mengalami proses penyingkatan pula disebut sebagai akronim.Penyingkatan ini adalah disebabkan oleh pengguguran huruf atau suku kata didalam struktur kata tertentu,sama ada hasil daripada cantuman dua atau lebih perkataan sehingga akhirnya membentuk satu perkataan yang terdiri daripada satu atau lebih suku kata.Contoh nya ABIM yang bermaksud Angkatan Belia Islam Malaysia.Apokop pula ialah sejenis gaya bahasa penyirnaan yang mengalami proses pengguguran huruf akhir, praakhir atau suku kata akhir bagi sesuatu perkataan, contohnya anakandamenjadi anak sahaja.seterunya ,ellipsis merupakan sejenis gaya bahasa penyirnaan yang di dalam struktur ayatnya dihilangkan kata, frasa atau rangkai kata atau pengguguran tertentu seperti pengguguran frasa nama sebagai subjek, objek. Ian jug termasuk pengguguran seluruh frasa predikat atau pengguguran bahagian frasa predikat atau gaya bahasa,yang di dalam ayatnya di dapati adanya unsur penghilangan atau pengguguran kata atau kata-kata atau ayat yang menjadi unsur penting di dalam pembinaan sintaksis yang lengkap. Di dalam contoh ayat, Dia dirotan,frasa yang digugurkan ialah oleh gurunya. Proses penyingkatan adalah disebabkan penggunaan huruf , suku kata atau bahagian suku kata di dalam struktur kata dan rangkai kata tertentu, sama ada hasil daripada cantuman dua atau lebih, tetapi pencantuman itu tidak dapat membentuk akronim.Contohnya Akademi Seni Kebangsaan (ASK).Pengguguran huruf sisip atau suku kata sisip perkataan atau dengan menghilangkan huruf tengah atau suku kata tengah. Contohnya , baharu menjadi baru saja.Afesis dan aferisis adalah hampir sama , tetapi afesis mengugurkan bunyi vokal bagi sesuatu kata, manakala aferisis adalah sebaliknya.Contoh perkataan kekanda menjadi kanda.Kesemua ciri di bawah penyirnaan ini adalah hampir sama tetapi mempunyai hanya sedikit perbezaan dari segi pengguguran penyingkatan. Ciri stilistik keempat yang terdapat dalam gaya bahasa pengulangan atau repetisi bermaksud gaya bahasa yang mengandungi unsur pengulangan bunyi, suku kata, kata, frasa, atau bahagian ayat yang dianggap penting untuk menghasilkan kesan dan memberi tekanan di dalam sesebuah konteks yang sesuai.Terdapat lima ciri yang sering digunakan di dalam sukatan pelajaran iaiatu aliterasi, anaphora,
10

asonansi,dan epifora.Sementara itu, terdapat sembilan ciri yang kurang digunakan iaitu anadiplosis,antanaklasis,asyndeton,epanalepsi,epanortesis,epizeukis,erotesis, gradasi, dan kiasmus. Pengulangan bunyi konsonan yang sama pada awal kata dan yang berurutan , sama ada di dalam puisi tradisional , moden, prosa tradisional, moden kreatif atau bukan kreatif. Gaya bahasa ini terbentuk hasil daripada pengulangan konsonan yang sama .Oleh yang demikian , taringan (1985a:181,185a:197) mendifinisikan aliterasi sebagai pemakaian kata yang permulaannaya sama bunyinya. Contohnya, pengulangan konsonan d dara damba daku.Anafora pula ialah pengulangan perkataan pertama pada setiap baris atau pada setiap ayat, yang biasanya secara berurutan supaya memperoleh kesan tertentu.Menurut Rahman Shaari (2004;5), anaphora ialah pengulangan kata pada awal baris untuk ayat-ayat yang berturut-turutan.Pengulangan ini biasanya dapat dilihat di dalam beberapa rangkap sajak atau syair. Seterusnya asonansi, pengulangan vokal pada setiap baris atau ayat yang biasanya berurutan seperti anaphora.Di dalam bahasa Melayu , terdapat enam jenis vokal tetapi bunyi-bunyi itu hanya diwakili oleh lambing a,e,i,o,dan u iaitu sebanyak lima huruf sahaja. Contoh , gaya bahasa asonansi yang dipetik daripada puisi, sajak Negara Cintaoleh Nahmar Jamil,iaitupengulangan vokal a.Puisinya adalah seperti berikutAlam adalah sebahagian daripada kami ,alam adalah syurga bumi,cinta kepadanya adalah cinta jutaan bunga-bungaan, cinta kepadanya cinta jutaan manusiawi. Setiap huruf a menggambarkan asonansi. Epifora atau epistrofa ialah sejenis gaya bahasa pengulangan: iaitu pengulangan kata,frasa,beberapa kata pada akhir baris atau beberapa kata pada akhir ayat yang juga berurutan.gaya bahasa pengulangan ini biasanya terdapat di dalam puisi atau prosa.Contoh gaya bahasa epifora yang ditinjau di dalam prosa kumpulan. Surat yang merupakan buku karya S. Othman Kelantan iaitu: Aku tidak mahu.Benarbenar tidak mahu(halaman 29).

11

Rima akhir bunyi ialah bunyi yang sama pada huruf akhir atau kata akhir di dalam suatu rangkap , iaitu yang terdapat dalam puisi seperti syair,gurindam,pantun,atau rima ialah susunan bunyi atau keselarasan huruf pada akhir kata atau suku kata terakhir di dalam sesuatu baris atau serangkap puisi, misalnya aaaa,abab,abcabc,aabb,abba dan sebagainya. Contoh rangkap yang memaparkan rima akhir abab yang dipetik daripada Pantun Budi, iaitu; Tenang-tenang air di laut,sampan kolek mudik ke tanjung;hati terkenang mulut menyebut, budi sedikit rasa nak junjung(Nik Hassan Basri ,2005) Sungguhpun ciri-ciri ini juga terkandung di dalam gaya bahasa penyirnaan,namun ianya kurang diketahui.Anadiplosis ialah sejenis gaya bahasa pengulangan, iaitu kata atau frasa terakhir di dalam satu klausa atau ayat yang berikutnya.Contohnya ,Di dalam raga ada darah,di dalam darah ada tenaga ,di dalam tenaga ada daya,didalam daya ada segala.Antanaklasis pula ialah sejenis gaya bahasa pengulangan yang mengandungi pengulangan kata yang sama bentuknya di dalam ayat , tetapi mempunyai makna yang berbeza.Contohnya,Burung kakak tua menegur ayahku kelmarin. Menegur kakak tua ayahku pagi kelmarin. Gaya bahasa pengulangan yang menggunakan tanda baca yang sama berulangulang untuk menghubungkan kata, frasa,klausa,ayat antara satu dengan lainnya menjadikan satu ayat yang panjang ,iaitu hanya dengan tanda koma atau beberapa tanda koma.Gaya bahasa ini terlalu banyak menggunakan tanda koma di dalam ayat.Penggunaan gaya bahasa ini boleh digunakan juga di dalam penulisan kreatif.Ianya dikenali sebagai asindeton.Sementara, epanalepsi membawa maksud pengulangan kata pertama menjadi kata terakhir di dalam kalausa atau ayat.Epanalepsi juga merupakan pengulangan awal kata di dalam struktur kata di dalam ayat menjadi kata terakhir di dalam baris yang sama di dalam ayat.Contohnya,Mereka tidak lupa pesanan ibu mereka Epanortesis ialah gaya bahasa pengulangan,iaiatu pengulangan beberapa kata yang sama di dalam ayat.Tetapi di sebalik pengulangan itu terkandung maksud ayat pada mulanya ingin menjelaskan sesuatu tetapi diperbetulkan yang salah.contohnya,Ramli makan nasi,eh makan bubur.Epizeukis ialah sejenis
12

gaya bahasa pengulangan, iaitu pengulangan kata atau frasa yang pentingkan atau yang ditekan itu diulang beberapa kali berturut-turut di dalam satu ayat.Contohnya,Ya Allah,Tuhan Yang Maha Kuasa dan Maha Pengampun. Erotesis pula merupakan sejenis gaya bahasa pengulangan yang berupa pertanyaan yang sering digunakan di dalam ucapan , pidato, perbahasan atau penulisan yang tujuannaya adalah untuk mencapai keberkesanan yang mendalam dan penekanan setra pertanyaan yang disuarakan atau persoalanyang diajukan itu tidak mengharapkan jawapan.Gradisi pula ialah gaya bahasa pengulangan yang memaparkan maklumat yang mengandungi beberapa kata atau frasa yang paling sedikit tiga kata atau istilah yang hadir secara berurutan di dalam ayat yang mempunyai beberapa perubahan yang bersifat kuantitatif.Misalnya Kita malah bermegah juga di dalam kesengsaraan kita tahu kesengsaraan itu menimbulkan ketekunan,dan ketekunan menimbulkan tahan uji, dan tahan uji menimbulkan harapan.Dan pengharapan tidak mengecewakan........(Taringan,1985:239) pula merupakan inverse hubungan antara dua kata di dalam satu ayat pula dikenal sebagai kiasmus. Sementara ,mesodilopsis atau nama lainnya responsif ialah gaya bahasa pengulangan; iaitu pengulangan kata atau frasa yang berada di tengah tengah baris atau pengulangan kata atau beberapa kata di bahagian tengah ayat atau di bahagian tengah baris sesuatu ayat yang berturut-turutan.Paralelisme ialah gaya bahsa pengulangan, iaitu sejenis gaya yang berusaha untuk mencapai keselarian di dalam penggunaan kata kata beberapa frasa yang menduduki fungsi yang sama di dalam bentuk kenahuan yang sama..Contohnya,Rasuah bukan sahaja patut di kutuk tetapi diperangi habis-habisan.Polisindeton ialah sejenis gaya bahasa pengulangan, iaitu yang menggunakan kata hubung yang sama diulang-ulang untuk menghubungkan kata dengan kata menggunakan kata hubung yang sama diulang-ulang untuk menghubungkan kata dengan kata atau frasa dengan frasa atau klausa dengan klausa di dalam ayat.Contohnya,Bapanya memelihara kambing dan ayam dan lembu dan kerbau di ladang. Gaya yang terakhir di dalam gaya bahasa yang berkaitan dengan pengulangan ialah tautotes.Tautotes ialah sejenis gaya bahasa pengulangan ,iaitu yang berupa pengulangan sebuah kata atau beberapa kata berkali-kali di dalam sebuah struktur
13

ayat.Contohnya Abang mengunjungi kakak,kakak mengunjungi abang dan mereka saling kunjung mengunjungi. Gaya bahasa pertentangan,mengemukakan makna yang bertentangan dengan makna yang bertentangan.Gaya yang sering digunakan di dalam gaya bahasa ini tiga sahaja iaitu hiperbola,paradox,dan inverse atau anastof.Manakala , gaya bahasa yang lain pula adalah seperti antifrasis,antiklimaks,apofasis,hipalase. a)Hiperbola berasal daripada bahasa Yunani.Kata majmuk ini dibina melalui gabungan perkataan hyper yang bermaksud melebihi dan ballienyang bererti meluahkan atau mengeluarkan .Jadi , maksud hiperbola ialah pembaziran atau suatu cara yang melebihkan lebihkan semata-mata untuk mencapai kesan tertentu, iaitu suatu gaya bahasa yang mengandungi kebenaran yang diperbesarkan-besarkan (Dale et al.,1971:233).Dengan kata lain hiperbola ialah unkapan yang melebihkan lebihkan apa yang sebenarnya dimaksudkan : jumlahnya, ukurannya dan sifatnya (Moelino,1984:3). (b) Paradoks ialah sejenis gaya bahasa pertentangan yang mengandungi pertentangan nyata dengan fakta yang ada,tetapi kenyataannya mengandungi kebenaran dengan pendapat umum dan reality.Ini bermaksud paradox memaparkan suatu keadaan atau suasana yang berlawanan.Gaya bahasa ini boleh dijumpai dalam teks komsas.Contohnya , ditengah-tengah kesedihan ada juga kelucuan (Dzul Karnain,2000:79). c) Inverse atau anaskof pula ialah gaya bahasa pertentangan yang memfokuskan pembalikan kata-kata atau frasa yang berbeza daripada susunan nya yang lazim atau ayat yang susunnya dimulai dengan predikat dan diikuti dengan subjek, sama ada ayat aktif songsang atau ayat pasif songsang.

14

1.0 HURAIAN DAN PENJELASAN TENTANG STILISTIK DAN SEJAUH MANAKAH IA MAMPU MEMANTAPKAN BAHASA MELAYU. BERIKAN CONTOH-CONTOH YANG KONKRIT BAGI MENYOKONG HUJAH ANDA Menurut Seymour Chatman (1971), stilistik lebih membatasi dirinya kepada unsur bahasa. Oleh sebab itu, kebanyakan pembicaraan mengenai stilistik selalu dilihat di dalam hubungan dengan bahasa dan linguistik. Sebelum timbul ilmu stilistik, iaitu ilmu kajian gaya yang digunakan untuk menganalisis hasil penulisan, bahasa memang sudah mempunyai apa yang dinamakan gaya, kerana semua pengucapan yang tidak lurus seperti yang terbiasa dipakai oleh masyarakat adalah gaya. Kelainan daripada bahasa yang lurus dan biasa itu dipakai oleh pelbagai orang, baik untuk bercakap atau menulis. Maka, timbullah berbagai-bagai kelainan. Setiap kelainan ini menjadi gaya tertentu yang berbeza antara satu dengan yang lain .

Walaupun stilistik, sebagai satu disiplin ilmiah masih agak baru, namun pemikiran tentang gaya atau stail sudah lama timbul. Sejarah munculnya stilistik berkait rapat dengan retorik sebagai disiplin pertama di dalam tradisi Barat yang memberikan penyataan bahasa. Stilistik sering dikaitkan dengan gaya. Gaya di dalam bahasa bermaksud cara atau ragam bahasa itu dipakai. Pemakaian bahasa mempunyai pelbagai jenis kegunaan tertentu; seperti untuk menghuraikan ilmu pengetahuan, digunakan dalam bidang penulisan serta pemakaiannya dalam konteks tidak rasmi.

Di dalam percakapan biasa, manusia selalu menggunakan pelbagai gaya walaupun ayat yang dituturkan mempunyai maksud yang sama, contohnya:

(a) Dia itu orang bijak pandai (b) Dia itu pujangga besar

Kedua-dua ayat tersebut sama maknanya tetapi lain dari segi pengucapannya. Kelainan seperti itu sering berlaku di dalam bidang penulisan, selain kata-kata yang diucapkan oleh manusia seharian. Kelainan pemilihan kata untuk menyatakan satu makna yang sama akhirnya menjadi salah satu unsur lahirnya gaya, yang pada dasarnya bermula dengan percubaan mengucapkan sesuatu berlainan caranya
15

daripada pengucapan biasa. Maka, berlakulah bermacammacam kelainan daripada pengucapan biasa. Selain daripada kelainan pemilihan kata, terdapat juga kelainan daripada penyusunan ayat. Struktur sintaksis yang lurus mengandungi subjek, predikat (misalnya) dilainkan dengan menterbalikkan susunan seperti ayat berikut:

(a) Makan dia bersama saya (b) Dia makan bersama saya

Seterusnya, terdapat pelbagai kelainan daripada pengucapan yang lurus hingga bahasa itu menjadi berwarna dan berbunga, indah dan menarik serta dapat berperanan untuk menimbulkan rasa yang berlainan dan makna yang lebih halus. Selain itu, apabila seseorang berhujah, bercakap, berkomunikasi atau berbual, apa yang ingin dilihat dan tahu bukan sahaja isi tetapi bagaimana caranya dilafazkan. Sesuatu situasi atau lokasi juga memainkan peranan penting kerana ia boleh menentukan maksud sesuatu ujaran. Tentu sekali, sebagai seorang pendengar ingin tahu isi kandungan mesej yang hendak disampaikan, apa cara disampaikan, bagaimana disampaikan dan respons yang patut diberi terhadapnya. Maka, stilistik merujuk kepada situasi sosial di mana ujaran berlaku atau disampaikan. Ujaran penutur dan pendengar dapat menentukan bunyi atau kata-kata yang dilafazkan kerana melalui proses sosialisasilah, seseorang itu berupaya membuat interpretasi isi kandungan ujaran. Sebagai contoh, seseorang itu dapat menentukan dan mengenal pasti asal-usul atau kedudukan geografi penutur, hubungan sosial antara penutur dan pendengar, kedudukan status mereka, selain dapat mengetahui bahasa yang digunakan itu adalah loghat, slanga, jargona, dialek, bahasa baku atau nada juga intonasi ketika mesej itu disampaikan Variasi ini dapat dilihat daripada beberapa dimensi seperti berikut ;

(a) Fitur tetap stilistik

(i) Individu (Bahasa yang ditutur oleh individu itu sendiri atau bahasa sehari-hari) Fungsi : Digunakan di dalam pergaulan santai yang alamiah. Teks : Bahasa sehari-hari Unsur Stilistik : Kesantaian, mudah, ketegangan emosi yang terlihat pada
16

kelancaran dan hambatan di dalam pembicaraan dan cenderung kepada ayat pendek yang tidak mementingkan ketetapan dan kenahuannya.

(ii) Dialek (Bahasa yang dituturkan mengikut daerah geografi atau kedudukan sosial) Fungsi : Digunakan di dalam hubungannya dengan keadaan bahasanya. Teks : Mengikut daerah geografi atau kedudukan sosial. Unsur Stilistik : Berlainan daripada bentuk standard, baik dari segi sebutan, tatabahasa atau penggunaan kata-kata tertentu.

(ii) Masa (Ketika/zaman yang dituturkan) Fungsi : Bagi memberi pemahaman kepada pemakai mengikut sesuatu masa tertentu. Teks : Bahasa kuno, klasik dan kini. Unsur Stilistik : Struktur kata yang tertentu mengikut zaman atau masa yang dituturkan dari segi sebutan, ejaan dan penggunaan ayat yang panjang serta pendek.

(iv) Wacana Media (dituturkan, ditulis, direkod melalui tayangan wayang gambar dan sebagainya). Fungsi : Informasi, menjelaskan sehingga orang tahu dengan jelas tentang peristiwa yang dilaporkan. Teks : Artikel surat khabar dan sebagainya. Unsur Stilistik : Lukisan tentang apa yang terjadi (nama tempat, pelaku dan sebagainya), penggunaan slogan, perifrasa dan kata pemula (yang menarik).

17

(b) Fitur sementara stilistik

(i)

Laras (Bahasa undang-undang, sains, perubatan, ekonomi, politik dan sebagainya) Fungsi : Bagi menghuraikan hal, aspek, bidang dan peristiwa yang berbezabeza. Teks : Bahasa undang-undang, agama, sains, ekonomi dan sebagainya. Unsur Stilistik : Perbezaan banyak kata, imbuhan dan jenis ayat tertentu mengikut laras yang digunakan.

(ii) Status (Slanga, jargona, lemah-lembut, diraja dan sebagainya) Fungsi : Menentukan konteks dan status pemakai apabila menuturkannya. Teks : Dituturkan mengikut status pemakai. Unsur Stilistik : Intonasi yang berbeza, pencampuran kod bagi slanga, kata atau ungkapan yang tertentu bagi jargona dan sebagainya.

(iii) Bahasa pergaulan rasmi Fungsi : Melaksanakan hubungan rasmi antara pegawai pemerintah dan rakyat. Teks : Bersifat pemerintah, melukiskan dengan berbelit-belit. Unsur Stilistik : Konstruksi ayat pernyataan yang rumit, gagal menggunakan kata yang berhubungan dengan perasaan.

(iv)Gaya bahasa rasmi Fungsi : Penyampaian kebenaran ilmu dan hukumannya dengan pembuktian logik dan objektif. Teks : Karangan ilmiah, komentar, kuliah. Unsur Stilistik : Kata-kata yang neutral daripada nilai sastera dan tanpa warna emosi, istilah yang monosemi, jarang ditemui penggunaan ungkapan seperti pepatah, jalinan yang padu antara ayat-ayatnya.
AK KEN DIRI 2

.2 18

Apa yang dinyatakan tersebut adalah sebahagian daripada ruang-lingkup stilistik di dalam sesuatu bahasa. Oleh kerana itu, pembaca jarang terjumpa perkataan yang mempunyai kedua-dua makna konseptual dan makna stilistik, jadi tidak mungkin wujud sinonim sebenar. Elok disemai sinonim dengan makna konseptual untuk memudahkan pembaca mengenali gaya-gaya atau cara-cara yang diketengahkan oleh penutur. Di dalam hal ini, tidak mungkin juga kita mendapat jawapan yang sama bagi sesuatu perkataan yang bersinonim dengan perkataan lain. Keadaan ini berlaku kerana penutur mempunyai cara tersendiri. Contohnya, perkataan sarapan atau makan pagi yang mempunyai sama sahaja sifat luarannya iaitu aktiviti makan di waktu pagi, tetapi sifat dalamannya tentu sekali berbeza. Bagi sesetengah orang, makan pagi betul-betul makan, mengenyangkan, banyak dan sedap terutama bagi pesawah, penoreh getah atau pelaut. Bagi orang Barat, makan pagi memang banyak, iaitu banyak dan sedap pula. Bagi orang lain, hanya kudap-kudap sahaja atau sedikit-sedikit dan tidak banyak, iaitu hanya untuk melapik perut sahaja.

Disamping itu, stilistik juga mempunyai bahasa perbandingan dan fungsi yang tersendiri, terutama di dalam sesebuah penulisan prosa tradisional. Ia digunakan untuk menerangkan sesuatu maksud perkataan secara berkias. Sebagai contoh, di dalam gaya bahasa eufemisme, perkataan seperti bunting boleh digantikan dengan ayat seseorang yang telah mengandung. Secara tidak langsung, perkataan tersebut akan menjadi lebih gramatis dan sedap untuk dibaca. Seterusnya, bahasa perbandingan adalah bertujuan sebagai penggambaran atau pelukisan watak dan memberi pengajaran kepada pembaca tentang sesuatu akibat daripada perbuatan yang tidak baik. Seperti contoh, bahasa perbandingan bagaikan harimau kehilangan belangnya boleh membawa maksud seseorang yang berkuasa dalam sesuatu hal, tetapi telah kehilangan kuasa akibat daripada tindakannya yang tidak baik.

Seperti yang dinyatakan, stilistik merupakan gaya yang digunakan oleh pemakai bahasa untuk menyatakan fikiran dan perasaan mereka mengikut konteks masing-masing. Konteks memainkan peranan penting di dalam semua aspek perbualan antara penutur dan pendengar. Cara atau gaya seseorang itu mengeluarkan buah fikiran, berkomunikasi atau berhubung boleh menentukan
19

anggapan seseorang atau pendengar terhadap seseorang penutur. Aspek komunikasi sosial yang mempunyai pelbagai stail atau gaya penyampaian bahasa memainkan peranan penting di dalam hal ini. Selain itu, penggunaan bahasa ketika berkomunikasi dapat menentukan siapa penutur, apa statusnya dan latar belakang sosial seseorang. Di samping itu, kadangkala tinggi rendah nada atau intonasi suara seseorang itu boleh mencerminkan kedudukan kastanya, darjatnya, mewakili sesebuah kumpulan seperti dialek, slanga, jargona dan sebagainya, berstatus tinggi atau berpelajaran tinggi.

Selain itu, stilistik juga melihat bukan sahaja isi tetapi gaya pengucapan seseorang apabila berhujah ataupun mengeluarkan sesuatu idea. Daripada itu, maka penghasilan idea yang diberikan akan dapat menentukan asal-usul atau kedudukan geografi penutur, hubungan sosial antara penutur dan pendengar, kedudukan status mereka ataupun pendengar dapat mengetahui bahasa yang digunakan itu adalah loghat, slanga, jargona, dialek, bahasa baku atau nada juga intonasi ketika mesej itu disampaikan. Maka, pengkajian stilistik, terutamanya dalam bidang bahasa akan dapat menggariskan gaya tertentu seseorang apabila berkomunikasi dengan orang lain, tidak kira secara formal mahupun tidak formal.

Sebagai rumusan, stilistik merujuk kepada pengkajian yang berunsurkan gaya, sama ada di dalam bidang penulisan ataupun sebaliknya. Sebagai ilmu yang masih baru, di dalam tradisi ilmiah Bahasa Melayu, stilistik sudah berupaya meyakinkan pengkaji bahasa bahawa di dalam hubungan sosialisasi, seseorang perlu menentukan stail pengucapannya. Gerak ke arah stilistik sebagai ilmu, baru muncul setelah adanya perubahan besar di dalam perkembangan linguistik. Dengan adanya stilistik di dalam setiap bidang, tidak kira ianya berbentuk ilmiah ataupun tidak, secara tidak langsung akan dapat mempelbagaikan cara penghasilan sesebuah makna.

20

2.0 REFLEKSI TENTANG FUNGSI STILISTIK DALAM MEMANTAPKAN BAHASA MELAYU

Alhamdulillah, bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana limpah dan kurnianya dapat juga saya menyiapkan tugasan projek BMM 3107 iaitu Pengantar Linguistik Bahasa Melayu dengan masa yang ditetapkan hasil usaha kawan-kawan dan tidak lupa juga pada pensyarah saya sendiri iaitu, Tuan Haji Zubaidi bin Ahmad. Dalam tempoh perlaksaan yang diberikan selama 5 minggu ini, Alhamdulillah ia membuahkan hasil juga semasa saya menyiapkan tugasan projek ini. Semasa menyiapkan tugasan projek ini, saya mempunyai masalah yang menyukarkan untuk menghabiskan tugasan ini, antaranya ialah, saya tidak langsung memahami apa yang dikatakan dengan Stilistik ini memandangkan tajuk bagi bab ini tidak diterangkan lagi. Namun ia tidak mematahkan semangat saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan kadar yang segera. Terlebih dahulu, saya ingin berterima kasih kepada pensyarah saya kerana banyak membantu saya dan rakan-rakan menyiapkan tugasan projek ini dengan kadar masa yang ditetapkan.

Apakah yang dikatakan dengan Stilistik ini? Perkataan ini telah bermain difikiran saya untuk menerangkan erti-erti yang tersirat dalam menyelami fungsifungsi Stilistik dalam memantapkan Bahasa Melayu di Malaysia ini. Mengikut Kamus Linguistik Edisi Ketiga, stilistik boleh didefinisikan sebagai ilmu yang menyelidiki bahasa yang dipergunakan di dalam karya sastera atau ilmu yang bersifat interdisiplin antara linguistik dan kesusasteraan ataupun penerapan linguistik pada penelitian gaya bahasa. Selain itu, di dalam disiplin linguistik, terdapat stilistik. Stilistik merujuk kepada penggunaan prinsip linguistik terhadap bahasa sastera. Stilistik atau ilmu gaya dapat dianggap sebagai kajian variasi linguistik. Variasi linguistik ini mempunyai hubungan yang rapat dengan konteks teks dan konteks situasi. Stilistik juga mempunyai hubungan yang rapat dengan disiplin sosiolinguistik dan dialektologi.

Dari segi fungsi-fungsi Stilistik ialah saya dapat mengetahui dimana Stilistik dapat memantapkan dalam Bahasa Melayu dari segi penggunaan dialek iaitu bahasa dapat digunakan di dalam hubungannya dengan keadaan bahasanya. Contohnya
21

dari segi dialek orang Kelantan lebih pekat berbanding bahasa-bahasa biasa. Barang siapa yang tidak faham akan bahasa Kelatan ini akan runsing pemikiran bagi yang tidak tahu menahu dalam konteks bahasa Kelantan ini. Fungsi yang kedua pula ialah dari segi status penggunaannya. Contohnya penggunaan bahasa slanga,bahasa kasar dan bahasa basah. Dari segi bahasa slanga ialah bahasa yang baru dan mempunyai maksud yang tersendiri. Bahasa ini banyak diujarkan oleh anak-anak muda zaman sekarang ini. Contohnya ialah, lu apa hal bro, mat rempit dan minah rempit dan sebagainya. Bahasa slanga ini juga lebih kurang sama dengan bahasa kasar sedikit.

Fungsi yang ketiga pula ialah, bahasa pengaulan rasmi. Dalam fungsi yang ketiga ini, kita dapat lihat dimana bahasa amat penting sekali dalam memantapkan stilistik ini dalam Bahasa Melayu. Bahasa yang digunakan juga perlu sesuai dengan apa yang diujarkan. Selain itu, nada dan intonasi juga amat penting dalam memastikan perkara yang diujarkan dapat difahami oleh pendengar dan orang lain. Fungsi yang keempat dan yang terakhir sekali ialah dari segi laras bahasa yang digunakan. Fungsi ini amat penting sekali bagi memastikan laras yang digunakan itu mestilah sesuai dengan perkara yang hendak diujarkan. Contohnya ialah laras bahasa dari segi agama. Laras yang digunakan mestilah berkaitan dengan hadishadis dan ayat-ayat Al-Quran. Laras bahasa juga amat penting diaman jatuhnya sesuatu syarikat bergantung kepada laras bahasa dari segi ekonomi.

Intihanya, fungsi Stilistik ini amat penting sekali dalam meastikan bahasa yang digunakan ini dapat difahami oleh orang ramai tidak kira penutur mahupun pendengar. Oleh itu, Stilistik ini perlu diterapkan kepada generasi muda pada zaman sekarang ini, supaya mereka tidak akan lupa dimana asal usul mereka berada dan dapat menyebarkan bahasa kita dimata dunia.

22