Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA BENGKEL MEMBINA BAHAN BANTU MENGAJAR OLEH IBU BAPA MURID LINUS TARIKH TEMPAT ANJURAN

: : : FEBRUARI KELAS TAHUN 2 JAWATANKUASA LINUS SK.KAMPUNG SENAU

TUJUAN: Kertas kerja ini disediakan untuk memohon kelulusan dan pembiayaan daripada pihak sekolah bagi menjalankan bengkel ini. PENGENALAN: Program ini adalah penting untuk melibatkan ibubapa untuk sama-sama melibatkan diri dalam program membantu anak-anak mereka sendiri untuk mencapai sasaran menguasai kemahiran 3M dikalangan anak-anak mereka. OBJEKTIF: Melibatkan ibubapa dalam proses penyediaan bahan untuk anak-anak mereka belajar di rumah. Ibu bapa dapat belajar cara-cara untuk mengajar anak-anak mereka dirumah agar apa yang dibelajar di sekolah dapat mendapat tindakan susulan di rumah dengan bimbingan daripada ibu bapa. JUSTIFIKASI: Program ini diwujudkan untuk memberi kesedaran kepada ibubapa tentang pentingnya anak-anak mereka menguasai kemahiran 3M dan pentingnya ibubapa terlibat sama untuk menjayakan program tersebut. KUMPULAN SASARAN/PESERTA: Ibubapa murid tahun 1,2 dan 3(Tegar/Linus), murid pemulihan dan murid prasekolah 6 tahun.

TENTETIF PROGRAM: BIL. 1. 2. 3. AKTIVITI PESERTA Tunjuk cara fasilitator fasilitator Ibu bapa membina bahan dengan dibimbing Semua peserta dan dipantau oleh guru yang terlibat Penerangan guru tentang cara-cara untuk Semua peserta menggunakan bahan yang telah dihasilkan tadi. ANGGARAN PERBELANJAAN BIL. 1. 2. 3. 4 5. PERKARA Manila kad Pen marker Gunting Gam Pembaris KUANTITI 20 keping 20 batang 20 bilah 10 botol 10 batang JUMLAH(RM) 12.00 24.00 Pinjam Panitia PS Pinjam Panitia PS Pinjam panitia MT

PENUTUP: Diharapkan program ini dapat dijayakan dengan sempurna dan ABM dapat dihasilkan dengan jayanya dan ibubapa dapat mengajar anak-anak mereka dirumah dengan bahan yang telah sama-sama mereka hasilkan tadi.

KERTAS KERJA PERTANDINGAN MENGEJA,MEMBACA DAN MENGIRA LINUS

TARIKH TEMPAT ANJURAN

: : :

MEI KELAS PEMULIHAN SK.KAMPUNG SENAU JAWATANKUASA LINUS SK.KAMPUNG SENAU

TUJUAN KERTAS KERJA: Kertas kerja ini disediakan untuk memohon kelulusan dan pembiayaan daripada pihak sekolah bagi menjalankan pertandingan ini. PENGENALAN: Pertandingan ini dianjurkan oleh pihak Jawatankuasa Linus Sk.Kampung Senau bagi memberi sokongan dan dorongan kepada murid-murid yang lemah(Tegar,Pemulihan,Linus) untuk memajukan diri mereka dan sekaligus melibatkan murid-murid yang lemah dalam pertandingan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. OBJEKTIF: Memberi peluang kepada murid-murid yang lemah untuk bersaing antara satu sama lain. Memberi keyakinan diri kepada murid-murid yang lemah bahawa mereka juga turut dihargai oleh pihak sekolah wlaupun mereka belum mencapai apa yang diharapkan. Menimbulkan semangat daya saing dikalangan ibubapa untuk turut membantu mendidik anak-anak mereka yang masih lemah. JUSTIFIKASI: Pertandingan ini dianjurkan untuk melibatkan murid-murid yang lemah dalam aktiviti yang pihak sekolah anjurkan dan sekaligus sebagai medan untuk mereka berjuang dan memperkembangkan bakat masing-masing dan sekaligus mencapai tahap 3M seperti yang pihak sekolah harapkan. KUMPULAN SASARAN/PESERTA:

Murid-murid pemulihan, pra sekolah,murid linus tahun 1,2 dan 3 ANGGARAN PERBELANJAAN : BIL. 1. 2. 3. 4. PERKARA Hadiah Tempat Pertama Hadiah Tempat Kedua Hadiah Tempat Ketiga Hadiah Saguhati KUANTITI 6X5 6X4 6X3 6X2 JUMLAH(RM) 30.00 24.00 18.00 12.00 84.00

PENUTUP: Diharapkan pertandingan ini akan mendapat sambutan yang baik dari kalangan pelajar Linus, Tegar, Pra sekolah dan murid pemulihan, serta mendapat sambutan yang baik daripada kalangan ibubapa murid-murid yang terlibat. Kerjasama daripada semua guru juga amat diharapkan untuk menjayakan program ini.