Anda di halaman 1dari 8

Amali 2

Tajuk

: TAKSONOMI DAN BIOKEPELBAGAIAN

Tujuan

: Untuk mengkaji pengelasan haiwan berdasarkan ciri-ciri sepunya.

Pengenalan : Biokepelbagaian merupakan kepelbagaian benda hidup di muka bumi sama ada flora atau fauna. Ia merangkumi semua hidupan dalam ekosistem atau seluruh bumi termasuk hidupan laut. Biokepelbagaian selalu digunakan untuk mengukur keadaan sistem biologi yang sihat. Kepelbagaian hidupan di bumi hari ini terdiri daripada berjuta-juta spesies biologi yang tersendiri hasil daripada evolusi 3.5 juta tahun lalu. Dalam erti kata lain, biokepelbagaian boleh ditakrifkan sebagai aneka spesies organism di bumi. Bilangan spesies di dunis sekarang dianggarkan melebihi 80 juta. Spesies pula boleh ditakrifkan sebagai satu kumpulan organism yang boleh menghasilkan keturunan. Pelbagai spesies dan ekosistem dan

kebolehubahan gen dalam spesies di dalam habitat tertentu dipanggil kepelbagaian biologi atau biodiversity. Biodiversity adala penting untuk evolusi dan untuk mengekalkan sistem kehidupan biosfera. Kepentingan biodiversity terletak dalam ekologi, genetic, sosial, ekonomi, sains, kepentingan pendidikan, kebudayaan, rekreasi dan estetik. Spesies biologi adalah sekumpulan organism yang mempunyai moyang yang sama. Mereka juga berkongsi banyak cirri-ciri yang dan mempunyai potensi untuk menghasilkan keturunan yang subur. Morfologi merujuk kepada bentuk dan struktur organism atau mana-mana bahagian. Konsep spesies morfologi menyokong bahawa ahli-ahli sesuatu spesies adalah individu yang kelihatan serupa antara satu sama lain. Konsep spesies morfologi adalah yang paling intuitif fan juga yang paling tua. Ia pada dasarnya berpunca dari idea bahawa

spesies kumpulan yang sama mempunyai penampilan yang sama. Perbezaan morfologi antara setiap spesies membenarkan kita untuk membezakan antara satu sama lain seperti singa daripada harimau dan satu pohon daripada daisy.

Tugasan

: Seorang ahli sains telah tiba di bulan dan semasa tempoh lima minit

diperuntukkan untuknya, beliau telah mengumpul beberapa haiwan dari permukaan bulan. Haiwan tersebut telah dibawa ke bumi dan akan menjadi sebahagian daripada kandungan buku Biodiversiti Bulan.

Anda diberi tugas membahagikan haiwan bulan kepada kumpulan ( spesies ) yang berbeza.

Kumpulan dibahagikan kepada lima. Satu set haiwan dikelaskan mengikut spesies masing-masing berdasarkan cirri-cirinya dan dicatat bilangannya. Andaikan mereka semua telah dewasa dan tidak ada perbezaan jantina. Maklumat mengenai habitat dan kelakuannya tidak diperoleh dan haiwan tersebut dikelaskan mengikut cirri-ciri yang boleh dilihat (morfologi)

Adakah terdapat 29 spesies ataupun ada kumpulan individu yang dikelaskan bersama-sama di dalam sesuatu spesies.

Keputusan :

Kumpulan Spesies

Ciri-ciri umum

Moon Morphs

A ( Enorb )

Badan panjang Mempunyai tentakel pendek Bintik di tepi badan

19 , 20 , 26, 29

B ( Enorbix )

Badan bulat Tentakel panjang Badan berbintik Mempunyai sepasang mata 1, 17, 16, 24, 27

C ( Katordic )

Badan pendek Berjari 3 Badan bercorak Berkaki 2, 3, 4, 5, 12, 22, 23, 18

D ( Blasp )

Badan pendek Tentakel berbintik Tidak berkaki 6, 21, 9, 10, 11

E ( Blaspheme )

Badan pendek Tidak berkaki Tiada tentakel Tiada mata Kepala leper Ekor pendek 7, 8, 13, 14, 15, 26, 28

Soalan :

1. Apakah ciri-ciri yang dikenalpasti sewaktu pengelasan haiwan dibuat ? Mengapa ciri itu dipilih? Mengapakah bukan ciri yang lain?

Sewaktu pengelasan haiwan ini dilakukan bersama ahli kumpulan, beberapa ciriciri luaran fizikal telah diberi keutamaan bagi mengelaskan haiwan tersebut kepada lima spesies yang mempunyai ciri-ciri luaran fizikal yang sama. Ciri-ciri fizikal yang kami perhatikan dan kami pilih ialah spesies A yang mempunyai ciri berbadan panjang, berbintik ditepi badan dan mempunyai tentakel yang pendek. Ciri kedua bagi spesies B ialah mempunyai badan berbentuk bulat, tentakel yang panjang, berbintik dibadan dan mempunyai sepasang mata. Bagi spesies C pula ciri-ciri sepunya yang dipilih ialah badan pendek, berjari 3 dan berkaki serta bercorak dibadan. Ciri-ciri yang terdapat pada spesies D pula mempunyai badan pendek, tentakel berbintik dan tidak berkaki. Manakala bagi spesies terakhir yang kami kelaskan iaitu spesies D mempunyai ciri berbadan pendek, tidak berkaki, tiada tentakel, tiada mata, kepala leper dan berekor pendek. Kami memilih ciri-ciri ini kerana ia mudah dilihat, mudah dikenalpasti dan ianya juga adalah ciri-ciri utama yang boleh didapati di setiap Moon Morphs. Kami tidak memilih ciri yang lain kerana ianya agak sukar untuk dikenalpasti, terdapat kekeliruan dan akan memberikan sedikit masalah kepada kami sewaktu mahu melakukan pengelasan.

2. Adakah kesemua individu di dalam spesies itu serupa antara satu sama lain? Berapakah variasi yang diterima di antara individu di dalam spesies tersebut?

Individu dalam setiap kumpulan spesies ini tidak sama antara satu sama lain. Ini disebabkan kerana terdapat lima variasi berbeza yang terdapat diantara individu di dalam spesies tersebut seperti mempunyai badan panjang, badan berbentuk bulat, badan berbintik, mempunyai tentakel dan kepala berbentuk leper. Melalui

lima variasi ini, setiap individu boleh dikelaskan lagi sehingga menjadi satu ciri sahaja. Sebagai contoh kumpulan spesies yang berciri badan panjang boleh dikecilkan lagi dengan cirri spesies berekor dan tidak berekor.

3. Apakah yang akan terjadi kepada spesies jika menerima variasi individu yang sangat tinggi? Apakah pula yang akan terjadi jika menerima variasi individu yang sangat rendah?

Sekiranya spesies menerima variasi individu yang sangat tinggi, MoonMorphs ini akan dapat dikumpulkan kepada lebih banyak sub-spesies sehingga pengelasan dibuat kepada satu ciri sahaja. Manakala sekiranya variasi individu sangat

rendah maka pengelasan yang boleh dibuat adalah sangat terhad kepada hanya beberapa sub-spesies sahaja atau akan hanya dikelaskan mengikut cirri-ciri asas dan biasa.

4. Jelaskan bagaimana seorang taksonimis dapat membahagikan sesuatu spesies kepada dua atau lebih spesies yang baru ?

Peringkat permulaan, ahli

taksonomi akan mengumpul spesies. Selepas itu,

mereka akan mengenalpasti ciri-ciri luaran setiap spesies. Spesies ini kemudiannya akan dikumpulkan mengikut cirri yang sama dan serupa. Dengan itu, spesies-spesies itu tadi akan berpecah kepada dua atau lebih spesies baru.

5. Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya variasi di dalam individu ?

Banyak faktor yang boleh menyebabkan berlakunya variasi di dalam individu. Contohnya seperti perubahan iklim dan penghijrahan spesies atau perubahan tabiat tidur siang dan malam sesuatu spesies. Perubahan ini adalah bersifat fleksibal bagi menentukan survival populasi. Ia juga meningkatkan kebolehan sesuatu spesies untuk bermandiri dalam persekitaran yang sentiasa berubah. Selain itu varias juga boleh berlaku disebabkan oleh faktor genetic. Variasi yang dipengaruhi oleh faktor genetic boleh diwarisi dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Manakala variasi yang dipengaruhi oleh faktor lain seperti perubahan iklim dan persekitaran pula tidak boleh dikawal.

6. Mengapakah spesies Moonmorf ini dipanggil morfospesies ? Spesies Moonmorf dipanggil sebagai morfospesies disebabkan spesies tersebut dikelaskan berdasarkan ciri-ciri persamaan yang boleh diperhatikan

dalam sesuatu spesies. Morfospesies merupakan kaedah tradisi yang digunakan sejak dahulu dalam mengelaskan sesuatu spesies. Kaedah ini terbatas kerana maklumat yang digunakan untuk mengelas spesies adalah sedikit dan perlu merujuk kepada perbezaan yang jelas dan nyata berbanding spesies-spesies yang lain. Selain itu, variasi geografi selalu tidak diambil kira dalam kaedah pengelasan ini.

7. Jelaskan mengapa spesies tersebut bukan spesies biological. Moonmorf bukan spesies biologikal kerana tiada maklumat tentang pembiakan Moonmorph tersebut. Jika tiada maklumat tentang pembiakan mereka maka ianya tidak boleh dikategorikan Moonmorf sebagai spesies biologikal. Ini

adalah kerana biologikal spesies dikategorikan mengikut spesies apabila sesuatu hidupan itu berjaya membiak secara semulajadi sesame mereka, apabila mereka berjaya membiak dan menghasilakn individu yang subur maka hidupan dikira sebagai satu spesies biologikal.

Anda mungkin juga menyukai