Anda di halaman 1dari 8

JKA 216/4: PARADIGMA DAN TEORI SOSIAL PENGURUS KURSUS: Dr Fatan Hamamah Yahaya

Pengenalan Bagi anda yang mengkhusus dalam bidang Antropologi dan Sosiologi, saya percaya kursus ini bukanlah sesuatu yang baharu dan asing. Bagi mereka yang minor, anda akan memula "perjalanan" ke arah ruang lingkup ilmu yang akan menimbulkan lebih soalan dari jawapan. Ini agak berbeza dengan bidang pengajian sains tulen kerana "bahan", "benda" atau perkara yang anda teliti dan kaji, iaitu masyarakat adalah entiti yang kompleks. Pada satu segi, masyarakat adalah satu fenomena atau "kejadian" yang abstrak tetapi nyata. Ia sesuatu yang boleh kita rasai dan alami kerana kita juga menjadi ahli dalamnya tetapi dalam masa yang sama ia juga bebas dari tindakan kita. Kita juga "rasai" sebagai satu yang "hidup" tetapi tidak pula kita pasti di mana "punca" dan di mana nadinya, dan penting sekali kenapa dan bagaimana ia berbeza dan berbagai dari masa dan tempat. Berlainan dari benda atau bahan yang lain, masyarakat adalah suatu fenomena; abstrak tapi nyata, cair tapi padat, berstruktur tetapi berubah, bersepadu tetapi bertelingkah. Pendek kata, "masyarakat manusia" adalah suatu yang kompleks, ia merupakan suatu "kejadian", suatu fenomena, suatu abstraksi yang semua manusia alami. Kesemua ini ialah soalan-soalan yang menjadi papan tanda pertanyaan yang akan anda temui. Soalan-soalan tersebut bukan yang baharu, ia telah cuba dijawab oleh ahli falsafah, ahli teologi (agama) dan para pengkaji sosial. Malah jawapan kepada soalan tersebut semuanya menjadi asas pada pembentukan teori sosial. Apa yang ingin disampaikan dalam kursus ini Modul kursus ini mengandungi dua tema utama: i) Tema pertama: Paradigma dan Teori dalam Sejarah Kursus ini akan singgah di beberapa lokasi ilmiah yang menerokai pengetahuan tentang masyarakat. Bermula dengan penilitian para ahli falsafah Yunani ini sehinggalah ke zaman pencerahan (enlightenment) dan Rennaisanse dan seterusnya ke zaman Pasca Revolusi Perancis hingga ke zaman Eropah Moden, anda akan dibawa singgah untuk melihat aliran pemikiran tentang masyarakat. Dalam pengertian yang longgar, teori ialah "pendirian" atau "penerangan" tentang kejadian sosial (masyarakat).
-1-

"Teori" agung yang mampu menerangkan "kejadian" ini belum ada. Yang ada sekarang, hasil dari debat, perbincangan, dialog dan penyelidikan, hanya "pendapat" pendekatan yang "cuba" sebolehnya menerangkan sesuatu kejadian atau fenomena sosial. Dalam kursus ini anda akan pelajari paradigma dan teori-teori sosial yang menerangkan tentang keadaan, suasana serta dinamik (perubahan) dan proses masyarakat berubah serta kesan utama dan sampingan. Anda akan mempelajari teori ini melalui pendekatan" atau "paradigma". Anda tentu akan menyoal. Kalau semua "teori" ini adalah cuma sekadar pendapat atau pendekatan, buat apa kita perlu belajar, kerana bukan saja teori ini tidak berkemampuan memberi "kebenaran", ianya juga akan berubah kerana masyarakat adalah suatu kejadian yang berubah (dinamik). Walau bagaimanapun "perkembangan" teori sosial ini sebenarnya bukan penambahan ilmu baru. Perbincangan dan penerangan tentang corak, aturan dan perubahan masyarakat bukanlah monopoli cendekiawan Barat. Malah IbnKhaldun, cendekiawan Tunis yang terkenal dengan kitabnya Mukadimah telahpun menyarankan teori atau penerangan tentang perubahan dan perkembangan tamadun 8 kurun sebelum teori sosial barat muncul. Perkembangan teori-teori sosial untuk menerangkan perubahan sosial juga mengikuti transformasi yang berlaku berikutan revolusi industri di Eropah Barat di sekitar awal kurun ke-18. Arena penteorian dalam sosiologi dan antropologi barat bermula dengan para ahli falsafah sosial yang anda akan diperkenalkan dalam kursus ini. Kemudian, anda akan ditemui dengan tiga cendekiawan yang terkenal iaitu Marx, Weber dan Durkheim yang meletakkan asas "aliran" atau "pendekatan" atau paradigma untuk meneliti, menerang dan memahami apa itu sebenarnya masyarakat dengan berpedoman kaedah yang dikenali saintifik, positif dan emp irik. Untuk menyenangkan pelajar yang mula memahami perkembangan paradigma dan teori sosial moden, segala tulisan, perdebatan dan perbincangan yang akan dibentangkan mengikut aliran sejarah perkembangan pengetahuan sains. Pembuka tirai kepada 'paradigma" moden, berdasarkan saranan dan perbincangan pengasas paradigma sosial iaitu Marx, Weber dan Durkheim. Modul ini juga memberi imbasan ringkas tentang "paradigma moden" iaitu pengolahan semula (berdasarkan andaian yang terperinci) paradigma klasik dan pengenalan pada beberapa "teori" sosial yang berkaitan. Antara perkara yang akan ditumpukan ialah latar belakang falsafah teori sosial, yang menjadi
-2-

pedoman pada sosial/budaya.

pembentukan

teori

dalam

sosiologi

dan

antropologi

Di samping itu, bahagian ini juga memperkenalkan anda pada jenis "teori" sosial yang menumpukan kepada perkara yang lebih mikro seperti teori kognisi, interaksi dan tindakan sosial (social action). ii) Tema Kedua: Wacana dan aliran pemikiran sosial dalam suasana sosial kontemporari Antropologi dan sosiologi, sebagai disiplin sains sosial yang bertujuan memahami dan menerangkan kehidupan dan kegiatan manusia, tidak terlepas daripada perlonjakan pasca-moden ini. Teori-teori yang ada tidak lagi mencukupi untuk menerangkan perubahan dan pertumbuhan situasi baru, malah situasi baru yang berlaku berikutan order baru ini tidak serata dan universal. Kesan dari proses globalisasi dan revolusi teknologi maklumat dan komunikasi, tekanan serta corak permasyarakatan dan struktur yang tumbuh di dunia tidak lagi sama. Kepelbagaian corak ini menidakkan kemampuan teori-teori yang ada menerangkan kegiatan, suasana dan corak perjalanan masyarakat. Bagi antropologi khususnya, keadaan ini adalah suatu cabaran, terutamanya sebagai satu disiplin yang berasaskan penyelidikan dan pemerhatian untuk menerangkan kepelbagaian, tingkahlaku, budaya masyarakat manusia dan segala yang menjadi penyebab kepada kepelbagaian ini. Salah satu fenomena sosial yang menonjol di dalam dekad ini, yang menjadi tumpuan ahli-ahli antropologi ialah permasalahan sosial berkaitan dengan kelompok sosial yang dulunya terpinggir tetapi sekarang sudah menjadi tema penting: kedudukan wanita, kumpulan minoriti (ethnis), kumpulan pendesak (misalnya environmentalis) dan kumpulan sub-budaya yang dulunya dianggap sebagai devian tetapi sudah bersuara seperti homoseksual dan kumpulan agama yang menjanjikan kehidupan baru dengan berbalik kepada yang asal. Pemikiran sosial (social thought), seperti fesyen dan muzik, berulang dan berbalik dalam satu litaran kepada akar umbi yang lama untuk mendapatkan darah baru bagi menilai fenomena sosial baru. Tidak seperti sains tulen, penelitian tentang manusia (human sciences) atau sains sosial telah beberapa kali berbalik kepada tulisan-tulisan serta pemikiran dan teori silam untuk merombak corak analisis dan tafsiran tentang gejala sosial yang lebih semakin kompleks. Bahagian ini membincang teori serta pendekatan yang timbul dan dipertahankan sepuluh tahun yang lalu, iaitu teori-teori yang biasanya digelar moden yang
-3-

cuba menerangkan situasi masyarakat dunia sekarang dan segala yang terjadi sebelum ini. Teori-teori Marx yang menjadi asas pembentukan paradigma konflik telah menjadi jumud dan ketat dengan analisa kelas dan terperangkap dengan penerangan economic determinism sehingga tidak berdaya menentang atau mentafsir perubahan dan keruntuhan masyarakat komunisme. Begitu juga dengan paradigma fungsionalisme, yang berpedomankan falsafah positivisme dan prinsip universal yang melihat aktiviti manusia bermasyarakat berdasar kehendak mencapai keseimbangan, berstruktur dan bersinambungan secara timbal balik, telah terbukti bercanggahan dengan realiti sosial.

Isu utama modul ini ialah bagaimana teori-teori moden ini yang bercambah di dalam kelompok intelek barat selepas perang dunia kedua dan kegunaannya, terutamanya untuk menerang dan mentafsir suasana sosial barat pada tahuntahun tujuh puluhan dan lapan puluhan. Jika kita lihat kembali sejarah perkembangan teori sosial, akan dapat kita lihat bahawa kritik dan debat tentang kelemahan teori-teori moden (konflik Marx), struktural-fungsional (Parson) dan semua variasi dari kedua ini dari aliran bawaan Max Weber telah bermula pada tahun70-an lagi. Tema penting dalam bahagian ini bersabit dengan perubahan masyarakat dan sistem yang berkaitan: ekonomi, politik, budaya. Berakhirnya perang dingin, keruntuhan sistem komunisme, revolusi maklumat dan pertumbuhan order baru adalah antara perubahan struktur masyarakat manusia dan mengubah cara manusia berhubung, berinteraksi dan bertindak. Sama ada suka atau tidak, kita sekarang sudah menjejaki suasana baru yang berbeza, dari segi bentuk dan corak, dari zaman lalu. Mungkin di Malaysia suasana baru ini belum kita rasai sepenuhnya, tetapi kita tidak akan terlepas darinya kerana masyarakat kita, negara kita sememangnya terikat dan tersabit dengan segala yang berlaku di barat. Dalam istilah sains sosial, suasana baru ini disebut sebagai post-modern atau pasca-moden. Pedoman Penyediaan Untuk Sessi Sidang Video Sebelum anda datang untuk kursus intensif, saya syorkan supaya bersedia dengan pengetahuan tentang paradigma-paradigma utama yang boleh anda perolehi dari dalam modul. Anda akan ditambah dengan maklumat yang lebih terperinci tentang teori-teori dan dengan perbincangan yang lebih khusus

-4-

tentang perubahan sosial dan pembangunan. seperti berikut:

Agenda sidang video adalah

Perjumpaan 1:

Pengertian umum tentang 'teori" sosial dan penerangan lain yang menyerupai teori: - pernyataan umum - hipotesis - paradigma - rangka konsepsi Falsafah positivisme dan sosiologi/ antropologi moden Sumber dan sumbangan disiplin lain dalam pembentukan teori sosial. Tokoh-tokoh penteori sosial Teori sosial moden Persamaan/perbezaan andaian antara teori klasik dan moden Kupasan dan ulasan ke atas paradigma dan teori sosial dalam isu-isu semasa. Apa yang anda peperiksaan akhir. perlu sedia sebelum menghadapi

Perjumpaan 2: Perjumpaan 3: . Perjumpaan 4: Perjumpaan 5:

Perjumpaan 6:

Perjumpaan 7:

Kerja Kursus Nilai kerja kursus bagi kursus ini ialah 40%. i) Ujian (20%) Penilaian kerja kursus berdasarkan Ujian (20%) semasa kursus intensif. ii) Tugasan (20%) Soalan tugasan anda adalah seperti berikut: Soalan: Jelaskan makna teori dan paradigma sosial. Contoh boleh diperolehi dalam karya salah seorang tokoh berikut:

-5-

(a) Karl Marx (b) Max Weber (c) Emile Durkheim (d) Ibn Khaldun . Arahan penyedian tugasan: i. ii. Panjang tugasan ialah antara 8 - 10 muka surat. Penulisan tugasan mesti memperlihatkan penulisan akademik yang serius dari segi pembentangan, perbincangan dan penulisan penggunaan bahan rujukan dan petikan dengan cara American Psychological Association (APA Style). Contoh: Mengikut Ibn Khaldun, dunia sosial adalah dunia metaforia (2007) Konsep Dunia adalah metaforikal (Rustam 2007) Dunia adalah bayangan yang diberi bentuk melalui metafora keluarga(Rustam 2007:12). [12 ialah halaman buku atau makalah dimana petikan dirujuk] . Jika perlu, gunakan nota hujung (endnotes), iaitu nota akhir bersiri, dihujung tugasan sebelum bibliografi. Senaraikan rujukan dalam bibliografi bagi bahan yang di rujuk SAHAJA. iii. Anda boleh gunakan rujukan dari laman web/internet. Rujukan web yang telah digunakan disenaraikan dalam format penulisan bibliografi: nama penulis atau nama laman, dan URL/http. Anda BOLEH menulis tugasan dalam Bahasa Inggeris. Gunakan halaman hadapan rasmi PPPJJ yang disertakan untuk dimuatkan dengan maklumat pelajar dan kursus. Tarikh muktamad penghantaran tugasan ialah pada 14 Januari 2013.

vi. v.

vi.

Bahan Tambahan Giddens, A. 1979. Central Problems In Social Theory. London: McMillan. Barret, R. 1984. The Rebirth of Anthropology Theory. Toronto: University of Toronto Press. Gamide, A. 1981. An Introduction to Modern and Political Thoughts. Cambridge: McMillan. Roxborough, I. 1983. Teori-teori Kemunduran. Kuala Lumpur: DBP. Ritzer,G. 1996. Modern Sociological Theory. New York: McGraw International Edition.

-6-

SELAMAT BELAJAR Pengurus Kursus Alamat: Telefon: e-mel: Dr Fatan Hamamah bt Yahaya Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh USM, 11800 Pulau Pinang 04-6532316 hamamah@usm.my

-7-

Perancangan Akademik

JKA 216 PARADIGMA DAN TEORI SOSIAL


Sidang Akademik 2012/2013
KELAS SIDANG VIDEO
Sidang Video TARIKH Masa

Perjumpaan 1 Perjumpaan 2 Perjumpaan 3 Perjumpaan 4 Perjumpaan 5 Perjumpaan 6 Perjumpaan 7


(Tarikh dan masa kelas sidang video perlu diisi oleh pelajar dengan merujuk kepada jadual Sidang Video Sidang Akademik 2012/2013 yang telah dihantar kepada pelajar)

-8-