Teknik Latihan
Pancaragam
Oleh:
Zaharul Lailiddin Saidon
PENGENALAN
Salah satu faktor utama yang menentukan kejayaan sesebuah pancaragam
sekolah ialah teknik latihan yang diamalkan oleh guru pancaragam dalam sesi
pengajarannya. Justeru itu, setiap bakal guru pancaragam perlu mendapat
pendedahan secukupnya tentang teknik latihan pancaragam supaya mereka
dapat merancang dan melaksanakan pengajaran yang berkesan untuk
pancaragam yang bakal dibimbing. Teknik latihan yang sesuai dan sistematik
dapat memastikan kualiti masa latihan dimaksimakan. Ini amat penting dalam
situasi di negara kita di mana masa untuk penglibatan pelajar dalam aktiviti ko-
kurikulum sekolah seperti pancaragam begitu terhad disebabkan fokus guru dan
ibubapa terhadap matapelajaran akademik dan peperiksaan.
PERANCANGAN LATIHAN
Memandangkan masa latihan merupakan komoditi yang sangat berharga, setiap
guru pancaragam perlu menggunakan masa yang diperuntukkan untuk aktiviti
pancaragam dengan cara yang paling berkesan. Justeru, teknik latihan bermula
dengan pengurusan masa secara berkesan. Masa latihan yang berkualiti boleh
dicapai sekiranya guru mengamalkan dua perkara asas iaitu (1) perancangan
yang baik, dan (2) memperkenalkan rutin untuk amalan dalam setiap sesi latihan
yang diadakan.
2 TEKNIK LATIHAN PANCARAGAM Zaharul Lailiddin
Saidon
Rutin Latihan
Rutin Bukan
Rutin Muzikal
Muzikal
Aktiviti Memanas
Latihtubi Teknikal
Permainan Semerta
Aktiviti Memanas
Sebaik sahaja pelajar selesai memasang alat setelah masuk ke bilik latihan,
mereka perlu memulakan aktiviti memanas secara individu. Rutin ini penting
kerana ianya bukan sahaja dapat membantu menyediakan ahli pancaragam bagi
sesi latihan pada hari berkenaan tetapi juga penting untuk menyediakan alat
dengan suhu yang sesuai bagi tujuan penalaan. Oleh itu, guru perlu
membimbing pelajar tentang cara memanas di samping memberi kesedaran
kepada mereka tentang kepentingan aktiviti ini.
Setelah pelajar selesai menjalankan aktiviti memanas secara individu untuk dua
atau tiga minit, guru akan memulakan aktiviti memanas secara keseluruhan.
Tujuan utama memanas ialah untuk mendapatkan penalaan yang baik. Selain
daripada latihan bermain skel dalam pelbagai nada, artikulasi dan irama, guru
digalakkan menggunakan chorale sebagai bahan untuk aktiviti memanas. Chorale
merupakan bahan aktiviti pemanasan pancaragam yang amat berguna kerana
6 TEKNIK LATIHAN PANCARAGAM Zaharul Lailiddin
Saidon
Latihtubi Teknikal
Masa yang lebih lama seharusnya diperuntukkan untuk aktiviti latihtubi teknikal
bagi kumpulan ahli pancaragam junior dibandingkan dengan kumpulan ahli
yang lebih senior. Ahli pancaragam junior boleh dibimbing dengan penjarian
baru, permainan skel dan arpegio manakala bagi kumpulan pelajar senior, guru
boleh menekankan kepada aspek yang lebih mendalam seperti transposisi,
harmoni dan interpretasi artikulasi.
Selalunya, sebagai penutup kepada langkah ini ialah permainan lagu baru secara
keseluruhan bagi menilai sejauh mana pencapaian pelajar dalam aspek-aspek
yang telah diberi penekanan dalam sesi latihan pada hari tersebut. Dengan cara
ini dapat membantu guru merancang sesi latihan yang akan datang termasuk
aspek-aspek permainan yang harus diberi penekanan.
Bacaan Semerta
Salah satu perkara penting yang seharusnya diberi perhatian oleh guru
pancaragam ialah aspek kemahiran membaca dan menginterpretasi skor muzik.
Dalam melaksanakan aktiviti ini dalam sesi latihan pancaragam, guru
seharusnya membuat persediaan awal dengan memilih, menentukan dan
seterusnya menyediakan bahan bagi aktiviti bacaan semerta yang sesuai dengan
tahap kemampuan dan pencapaian pelajar secara keseluruhan. Aras kesukaran
bahan bacaan semerta perlu dirancang dengan teliti supaya mengikut urutan
dengan mengambil kira perkembangan aspek seperti irama, penjarian dan renj.
Biasanya sebagai penutup kepada setiap sesi latihan, guru meminta pelajar
memainkan satu atau dua lagu yang pernah dipelajari dalam pelajaran-pelajaran
yang lepas. Bergantung kepada masa yang ada, permainan satu atau dua lagu
8 TEKNIK LATIHAN PANCARAGAM Zaharul Lailiddin
Saidon
Pertama, langkah ini merupa satu bentuk aktiviti pengukuhan kepada perkara
yang telah dipelajari dalam pelajaran lepas. Kedua, ianya dapat meningkatkan
keyakinan pelajar di samping memotivasikan mereka untuk terus berlatih
dengan lebih bersungguh-sungguh bagi membolehkan mereka memainkan lagu
yang baru dipelajari dengan lebih baik lagi.
JADUAL LATIHAN
PENUTUP
Sistem dan teknik latihan yang berkesan merupakan nadi kepada kualiti
persembahan sesebuah pancaragam. Sistem dan teknik latihan yang berkesan
hanya boleh dicapai melalui perancangan yang sistematik, menyeluruh dan teliti
Zaharul Lailiddin Saidon TEKNIK LATIHAN PANCARAGAM 9
RUJUKAN
Anthony Chew dalam Gale, Bruce (2001). The Band Director’s Handbook: A Guide
for College & Secondary School Music Directors Southeast Asia. London: Asean
Academic Press Limited.
Bolinger, Donald E. (1979). Band Directors Complete Handbook. New York: Parer
Publishing Company.
Fraedrich, Eileen (1997). Art of Elementary Band Directing. Florida: Meredith Music
Publication.
Gale, Bruce (2001). The Band Director’s Handbook: A Guide for College & Secondary
School Music Directors Southeast Asia. London: Asean Academic Press Limited.
Lisk, S. Edward (1991). The Creative Director: Alternative Rehearsal Techniques, third
edition. Florida: Meredith Music Publication.
Wayne, Bailey (2003). The Complete Marching Band Resource Manual: Techniques
and Materials for Teaching, Drill Design, and Music Arranging. Philadelphia:
Pennsylvania Press.