Anda di halaman 1dari 1

Perbincangan : 1.

Didapati bahawa nilai peneutralan bagi asid hidroklorik dengan natrium hidroksida, asid sulfurik dengan natrium hidroksida serta asid nitrik dengan kalium hidroksida adalah sama iaitu 57.12 KJ/mol. Berdasarkan keputusan ini, dapat dirumuskan bahawa haba peneutralan antara asid kuat dan alkali kuat adalah sama. 2. Menurut keputusan, peningkatan suhu campuran R, S dan T semasa tindak balas asid dan alkali telah menunjukkan bahawa haba dibebaskan. Ini telah membuktikan bahawa tindak balas peneutralan merupakan tindak balas eksotermik. Berikut merupakan rajah aras tenaga bagi tindak balas campuran R, S dan T. 3. Dalam eksperimen ini, asid monobes iaitu asid hidroklorik dan asik nitrik digunakan untuk tindak balas campuran R dan T manakala asid dwibes iaitu asid sulfurik telah digunakan untuk tindak balas campuran S. Dalam ketiga-tiga tindak balas, alkali monobes telah digunakan. Dengan ini, dalam tindak balas campuran R dan T, penceraian 0.025 mol asid dalam air akan menghasilkan 0.025 mol ion hidrogen kemudian bertindak balas dengan alkali untuk menghasilkan 0.025 mol air. Dengan ini haba yang dibebaskan dalam tindak balas ialah 1428 KJ untuk 0.025 mol air. Maka haba peneutralan tindak balas adalah -57.12KJ/mol. Manakala dalam tindak balas campuran S pula, penceraian 0.025 mol asid sulfurik dalam air akan menghasilkan 0.050 mol ion hidrogen kemudian bertindak balas dengan alkali untuk menghasilkan 0.050 mol air. Haba yang dibebaskan dalam tindak balas ialah 2(1428)KJ, iaitu 2856 KJ untuk 0.050 mol air. Maka haba peneutralan tindak balas adalah -57.12KJ/mol. Kesimpulannya, kebesan asid dan alkali hanya akan mempengaruhi haba yang dibebaskan dalam sesuatu tindakan tetapi mempengaruhi haba peneutralan tindak balas kerana haba peneutralan ditakrifkan dari segi pembentukan 1 mol air. 4. Berdasarkan teori haba peneutralan antara asid kuat dan alkali kuat adalah -57.3 KJ/ mol. Namun, dalam eksperimen ini, haba peneutralan bagi ketiga-tiga tindak balas asid kuat dengan alkali kuat adalah lebih rendah daripada -57.3 KJ/mol disebabkan sebahagian haba telah dihilangkan ke persekitaran. 5. Terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan kehilangan haba peneutralan ke persekitaran walaupun telah mengambil langkah-langkah berjaga. Pertama sekali adalah haba yang dibebaskan telah diserapkan oleh cawan plastik walaupun ia merupakan penebat haba yang baik. Keduanya adalah pembukaan tingkap dan pintu makmal semasa eksperimen, keadaan ini akan menyebabkan kadar penyerapan haba ke persekitaran dipercepatkan. 6. Untuk memperbaiki eksperimen ini, saya mencadangkan bahawa cawan plastik ditutupkan dengan penutup semasa tindak balas untuk meminimunkan kehilangan haba ke persekitaran melalui mulut cawan. Tambahan lagi, saya mencadangkan cawan plastik dibalutkan dengan kain yang tebal untuk mengelakkan haba yang diserapkan oleh cawan plastik dibebaskan ke persekitaran dengan kadar yang cepat.