Anda di halaman 1dari 13

BBK: KESUSASTERAAN RAKYAT MELAYU

PENSYARAH:
PN.HJH.HALIMAH BT. HASSAN

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI


UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TAJUK:
PANTUN SEBAGAI PEMBENTUK
JATI DIRI INDIVIDU DAN MASYARAKAT MELAYU

OLEH:

ANIZA BINTI MALIK


( B 9244 )
B.A ( BLM )
BAHAGIAN SATU..

Isi Kandungan Halaman

Dokumentasi Pantun

Latar Belakang Penutur

Latar Belakang Budaya dan Masyarakat

Rumusan dan Kritikan


Pantun

Latar Belakang Penutur

Latar Belakang Budaya dan Masyarakat

Rumusan dan Kritikan


BAHAGIAN DUA

Isi Kandungan Halaman

1. Pengenalan

2. Peranan Pantun peribahasa Sebagai

Pembentukan Jati Diri Individu

2.1 Aspek Budi

2.2 Aspek Maruah

2.3 Aspek Berani dan Bertanggungjawab

3. Peranan Pantun Peribahasa Sebagai

Pembentukan Jati Diri Masyarakat

3.1 Aspek Perpaduan

3.2 Aspek Muafakat

3.3 Aspek Timbang Rasa dan jujur

3.4 Aspek Kesetiaan.

4. Kesimpulan

Bibliografi
Lampiran

BIBLIOGRAFI

Arba,ie Sujud,2007.Apresiasi Bahasa:Interpretasi dan Ekspresi.Kuala lumpur.


Sarjana Press Sdn. Bhd.

Adnan Abd. Majid, 2008. Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur.Dewan


Bahasa dan Pustaka.

Aripin Said,1994.Puisi Warisan.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harun Mat Piah,1989.Puisi Melayu Tradisional : Satu Pembicaraan Genre dan


Fungsi.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harun Mat Piah, Ismail Hamid, Siti Hawa Salleh, Abu Hassan Sham, 1993.
Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur.Dawama Sdn.Bhd.

Rogayah A. Hamid, Jumaah Ilias, 2006.Pandangan Semesta Melayu: Pantun.


Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd.Fauzi Abdullah.“Pantun: Satu Analisis Semiotik” dlm.Dewan sastera, hlm.7-


12, Feb.1998.

Noriah Taslim. “Yang Indah dan Yang Elok” dlm.Dewan Sastera. hlm. 28-29. Dis.
2007

Noriah Taslim. “ Pantun dan Pembudayaan Bangsa” dlm. Dewan Sastera.hlm.81-


83.Ogos. 2007.

Noriah Taslim. “Pantun dan Psikodinamika Kelisanan ” dlm. Dewan Sastera. hlm.
82-87.Jan. 2003
Rahman Shaari. “Keharmonian Isi dengan Pembayang Pantun” dlm. Dewan
Sastera.hlm.16-18 Oktober. 2006.

Rogayah A.Hamid “Kebijaksanaan dan Emosi dalam Pantun” dlm. Dewan


Sastera.hlm.11-15 Oktober. 2006.

PENDAPAT:

Mohd.Taib osman (1979:9) menyatakan bahawa kehadiran pembayang tidak


lebih sebagai suatu hal teknikal proses penciptaan.

Sutan Takdir Alisjahbana (1971 :13) menganggap usaha mencari kaitan


pembayang dengan maksud adalah sia-sia.

Pendapat Za’ba ( 1962:36) yang menggariskan salah satu criteria pantun yang
baik dan murni iaitu:

‘ Maksud itu sebaik-baiknya hendaklah dibayangkan oleh bahagian


pembayangnya dengan isyarat persamaan bunyi atau dengan gambaran kias
ibarat’.

Za,ba ( 1962:223) membincangkan teknik hubungan kiasan antara pembayang


dengangan maksud :

‘Antara pembayang dengan maksud yang sebenar itu ada perhubungan lain juga
daripada perhubungan bunyi;jika panun yang cukup elok boleh dilihat
pembayangnya memang mengandungi maksud pantun itu dengan cara kias dan
bayangan disambilkan kepada gambaran-gambaran alam dan sebagainya.
Tujuan yang dimaksudkan itu telah ada terbayang di situ tetapi tiada terang
seolah-olah sengaja ditudung…’
Francois-Rene Daillie mengatakan dalam bukunya Alam Pantun Melayu: Studies
of the Malay Pantun,yang bermaksud:

‘Pantun dan kehidupan bagaikan irama dan lagu pada masa dahulu.Namun kini
keseiringan ini hanya kekal dalam majlis-majlis tertentu.Ia harus dipulihara dan
diangkat kembali supaya terus seiring dalam kehidupan Melayu
sarwajagat.Teknologi moden yang merobah cirri-ciri kehidupan tidak harus
dijadikan batu loncatan untuk menodai hak milik kekal bangsa sendiri yang sudah
teruji nilainya sejak berabad lamanya..’

R.J Wilkinson dan R.O Winstedt (1961) mengatakan bahawa, “satu daripada
perkara penting yang boleh membawa seseorang itu Berjaya menyelidik hal-
ehwal orang Melayu ialah kebolehannya memahami dan menyelami
pengetahuan,perasaan,dan aliran fikiran orang Melayu melalui pantun.
Seseorang itu tidak akan dapat menduga aliran fikiran orang Melayu kalau tidak
memahami pantunnya”.

Budi adalah perkataan Sanskrit,bererto asas-hikmah,dan di dalam ilmu


kejawen,budi diibaratkan sebagai pelita atau obor ysng menyinari jalan yang
ditempuhi oleh manusi

(R.Paryana Suryadipura 1993:177)

Manusia Melayu melihat rupa dan paras jiwa seseorang itu dalam bentuk budi
yang mana,budi adalah struktur dalaman atau struktur batiniah Melayu yang
terpancar dari satu hikmah yang tertinggi iaitu Tuhan.

(Zainal Kling 1995: 15)

Oleh itu,manusia yang memiliki nilai dan berorientasikan budi disebut sebagai
manusia budiman. Orang yang berbudi ialah individu yang membuat jasa dan
berjasa kepada orang yang menerima budi-baktinya.

Konsep budi dan budiman inilah teras kemanusiaan Melayu yang bukan sahaja
‘selcentered’, ‘man-centered’,tetapi juga berpaksikan ketuhanan (‘God-
ecentered’)

(Norazit Selat dan Zainal Abidin Borhan 1996: 33)

Hina besi kerana karat,


Hina manusia tidak berbudi

Dalam rangkap ketiga,”Hina besi kerana karat” menggambarkan sikap individu


yang tidak berbudi.Sikap ini diibaratkan seperti besi yang telah berkarat dan tidak
berguna lagi malahan mendatangkan kecederaan sekiranya dipijak.

Sikap individu yang tidak berbudi dianggap hina kerana budi itu sendiri
diibaratkan sebagai pelita yang menyinari jalan kehidupan manusia.

( R.Paryana Suryadipura 1993:177)

Dengan adanya sikap berbudi,kehidupan individu yang berbudi ini akan sentiasa
dihargai dan masyarakat akan hidup dalam keadaan saling tolong-menolong
seterusnya membantu dalam memperkukuhkan lagi jati diri bangsa Melayu.

Kesimpulan

Sastera adalah cerminan hidup yang di dalamnya terungkap persoalan


hidup dan kehidupan yang menggunakan bahasa sebagai wahana pemaparan.
Dalam konteks ini bahasa Melayu yang mempunyai keistimewaan berupaya
menyelongkar khazanah makna yang menjadi cerminan kepada keperibadian
prilaku masyarakat yang dipaparkan.

Demikianlah yang dapat dikesan melalui pantun yang dapat merakamkan


hati budi dan daya pemikiran orang Melayu yang berfokus kepada aspek
personaliti atau keperibadian bangsa Melayu dalam sikap berkasih
sayang,kerendahan diri,sikap berbudi,sikap kepahlawanan dan bersopan.

Hakikat pantun sebagai khazanah bagsa yang di dalamnya terungkap


pelbagai mesej penting adalah sesuatu yang perlu dipertahan. Dalam pantun
tergambarnya jiwa dan keperibadian masyarakat Melayu khususnya masyarakat
Melayu tradisional. Hal ini sebagaimana ungkapan R.O Winstedt yang
menjelaskan jika ingin mengetahui orang Melayu telitilah pada pantun-pantun
kerana di situlah wujudnya jiwa mereka. Dalam konteks ini tafsiran tentang orang
melayu akan mudah difahami sekiranya bahasa yang menjadi asas pembinaan
pemikiran dapat diterjemah dalam bentuk tafsiran yang konkrit. Di sinilah
terletaknya fungsi dan peranan bahasa sebagai pengantara dalam penghubung
unuk menggagaskan sesuatu secara lebih berhemah.

Penelitian terhadap pantun-pantun ini mendapati unsur jati diri Melayu jelas
terpapar dalam garapan sastera empat baris yang berestetika tinggi ini. Secara
keseluruhan warisan sastera bersama Nusantara ini perlu dihalusi keindahannya
agar identiti dan keaslian peribadi bangsa terserlah untuk dikongsi dan dihargai
bersama.

Asmah Haji Omar (1995) mengatakan bahawa orang Melayu sangat menekankan
kesantunan dan kesopanan ketika berbahasa. Dalam apa-apa sahaja topik yang
dibualkan, didapati bahawa sikap berselindung itu masih diamalkan. Mereka tidak
mahu berterus-terang dalam banyak hal. Perkara yang mereka bicarakan seolah-
olah dirancang terlebih dahulu, padahal, sebenarnya tidak. Mereka seolah-olah
bermain dengan bahasa dan ini sudah semacam menjadi satu kelaziman bagi
mereka. Percakapan yang tidak langsung ini, menurut beliau, dapat dilihat dari
segi aspek sosiolinguistik dan juga aspek pragmatik penggunaan bahasa.

PENGENALAN
Prosa traditional merupakan penghasilan hasil karya kreatif sebelum bermulanya
sastera moden.Sastera ini merupakan yang tertua dan satu-satunya jenis
kesusasteraan yang wujud sebelum masyarakat Melayu mengenali sistem
tulisan.Ciri-cirinya adalah seperti;

1.Penggunaan ayat-ayat yang panjang dan berbelit-belit


2.Tidak terdapat nama pengarang kerana berasal daripada cerita lisan
3.Mempunyai unsur-unsur mitos dan lagenda
Antara contoh prosa traditional ialah pantun.Pantun merupakan pengucapan
kemelayuan sejak dahulu kala sehingga kini.Dalam pantun terkandung seluruh
jiwa,seni,kebijaksanaan,budi bahasa,dan pandangan dunia Melayu.Pantun
Melayu sarat dengan kiasan dan nasihat.

Dari sudut epistemologi pula, pantun mempunyai dua bahagian utama iaitu
pembayang dan maksud atau sampiran dan isi.Namun demikian kedua-dua
bahagian ini bertemu secara integratif sehingga menjadi suatu pengucapan yang
begitu indah.Kedua-dua bahagian ini diibaratkan dua struktur yang saling
melengkapi dan tidak dapat dipisahkan.
Antara contoh pantun Melayu ialah pantun peribahasa yang merupakan
satu pantun yang penuh dengan kiasan berkaitan sesuatu perkara dimana
terdapat unsur nasihat di dalamnya.

CONTOH PANTUN PERIBAHASA ;


Tinggi sungguh Gunung Daik,
Mercunya nampak terang berkelium;
Kalau asal benih yang baik,
Jatuh ke laut menjadi pulau.

Kayu bakar dibuat arang,


Arang dibakar memanaskan diri;
Jangan mudah menyalahkan orang,
Cermin muka lihat sendiri.

Pergi ke rumah Cik Mariam,


Ramai orang tengah berjaga;
Carik-carik si bulu ayam,
Lama-lama bercantum juga.

Kayu keras si kayu kampas,


Alas tempat orang berjudi,
Ada beras kerja pun deras,
Ada padi kerja pun menjadi.

Kalau ada duit sekupang,


Boleh beli cuka mentahun;
Habis padi burung terbang,
Bagai ulat tak kenangkan daun.

FALSAFAH DISEBALIK PANTUN

Tinggi sungguh Gunung Daik,


Mercunya nampak terang berkelium;
Kalau asal benih yang baik,
Jatuh ke laut menjadi pulau.

Secara keseluruhannya,pantun di atas membawa maksud seseorang individu


yang baik akan sentiasa diterima oleh masyarakat walau di mana pun dia
berada.Dalam pembayang pantun jelas menunjukkan penulis mengaitkan unsur
alam dengan maksud yang ingin disampaikan iaitu antara benih dan juga laut.Dari
sudut falsafah dapat difahami bahawa sesuatu yang berasal dari benih atau
keturunan yang baik akan menjadi sesuatu yang berguna kapada orang lain.

Kayu bakar dibuat arang,


Arang dibakar memanaskan diri;
Jangan mudah menyalahkan orang,
Cermin muka lihat sendiri.

Pantun di atas membawa makna yang positif iaitu menyuruh masyarakat untuk
melihat kekurangan yang terdapat pada diri sendiri sebelum menyalahkan orang
lain berkaitan sesuatu perkara.Dari sudut falsafah masyarakat Melayu
amnya,lebih suka untuk bermuhasabah diri iaitu sentiasa menyedari bahawa
setiap individu mempunyai kelemahannya yang tersendiri.Dalam pembayang
pantun,jelas menunjukkan perkaitan antara unsur alam iaitu kayu bakar yang
dijadikan arang dan arang tersebut di bakar untuk memanaskan diri.

Pergi ke rumah Cik Mariam,


Ramai orang tengah berjaga;
Carik-carik si bulu ayam,
Lama-lama bercantum juga.

Secara keseluruhannya pantun diatas bermaksud adik-beradik yang


bergaduh,lambat-laun akan berbaik semula.Dalam rangkap maksud pantun
diibaratkan seperti carik-carik bulu ayam yang lama kelamaan akan bercantum
semula.Hal ini disebabkan hubungan darah diantara adik-beradik yang tidak
boleh diputuskan.Dari sudut falsafah,masyarakat Melayu memang
menitikberatkan kasih sayang atau silaturahim antara adik-beradik kerana ia
merupakan salah satu asas kepada kebahagiaan sesebuah keluarga.

Kayu keras si kayu kampas,


Alas tempat orang berjudi;
Ada beras kerja pun deras,
Ada padi kerja pun menjadi.

Secara keseluruhannya rangkap pantun diatas membawa maksud sekiranya kita


mempunyai kemahiran dan keupayaan berkaitan sesuatu perkara maka segala
kerja yang dilakukan akan menjadi mudah dan senang.Dari sudut falsafah
terdapat unsur pengajaran dalam rangkap pantun diatas iaitu kita seharusnya
memiliki kemahiran yang mantap sebelum mencuba untuk melakukan sesuatu
kerja agar kerja tersebut tidak menjadi sia-sia dan merugikan diri
sendiri.Masyarakat Melayu selalu menerapkan dalam kehidupan
seharian agar masyarakat tidak melakukan perkara yang sia-sia atau tidak
berfaedah.

Kalau ada duit sekupang,


Boleh beli cuka mentahun;
Habis padi burung terbang,
Bagai ulat tak kenangkan daun.

Secara keseluruhannya pantun diatas bermaksud seseorang yang sudah lupa


diri.Dalam rangkap maksud dikaitkan unsur flora dan fauna iaitu padi dan juga
burung.Dari sudut falsafah,burung menjadi simbol kepada orang yang lupa diri
kerana burung lantas terbang setelah padi habis di makannya.Selain itu,ulat turut
diibaratkan sebagai seseorang yang lupa diri kerana ulat telah melupakan daun
sedangkan daun adalah asal usul ulat.Berdasarkan pantun diatas terdapat unsur
pengajaran didalamnya iaitu kita tidak seharusnya lupa diri kerana sifat ini akan
membawa kepada kehancuran diri sendiri.

KESIMPULAN

Berdasarkan pantun peribahasa yang telah saya kupas dapat disimpulkan atau
dirumuskan secara keseluruhannya bahawa karya klasik Melayu mempunyai nilai
estetikanya yang tersendiri.Disebalik nilai tersebut terdapat pula maksud yang
tersirat atau abstrak dan memerlukan kajian yang mendalam untuk memahami
maksud disebaliknya.Sebagai generasi baru kita hendaklah melakukan kajian
tersebut agar nilainilai yang terdapat dalam karya klasik Melayu tidak pupus di
telan zaman.

BIBLIOGRAFI
1.2007, Kamus Dewan Edisi ke empat, Kuala Lumpur,Dewan Bahasa dan
Pustaka
2.Lagu Rakyat,Memupuk Kesantunan Melayu, Rogayah A.Hamid dan
Jumaah Ilias.
3.1995 , Globalisme dan Patriotisme dalam Sastera Melayu Kumpulan
Kertas Kerja Hari Sastera
4.Sumber internet
.