Anda di halaman 1dari 13

1 2 3 4 5 6 7

PEMARKAHAN RAKAMAN 1 REFLEKSI 1 RAKAMAN 2 REFLEKSI 2 RPH LAPORAN KT FORUM JUMLAH

KPD 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2


TAJUK

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) PENGAJARAN MAKRO & REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO
KUMPULAN EL-J06 (A121 PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA SHARIPAH NORA SHIDA BINTI SHARIS DIN NO. ID D20112055338 NO. TELEFON 016-7444717

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR SUPPIAH A/L NACHIAPPAN TARIKH SERAH: 30 NOVEMBER 2012

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Pengajaran Makro Kelas Tarikh Masa Bil. Murid Tema Subtema Tajuk : Prasekolah Ibnu Katsir : 6 November 2012 : 8.00 8.30 pagi : 25 orang : Alam Hidupan : Haiwan Peliharaan : Kitaran hidup ayam : ST 3.0 Menyiasat Alam Hidupan

Tunjang utama

Standard kandungan : ST 3.2 Meneroka alam sekitar menggunakan organ deria ST 3.4 Menjalankan penerokaan ke atas ciri, habitat, cara pergerakan, jenis makanan, kitaran hidup haiwan jinak yang biasa ditemui. Standard Pembelajaran : ST 3.2.2 Menggunakan deria berikut dalam penerokaan alam persekitaran secara terbuka : a. penglihatan b. pendengaran c. d. sentuhan hidu

ST 3.4.8 Memerhati dan menceritakan kitaran hidup haiwan yang biasa dijumpai. Kesepaduan Tunjang : BM 2.0 Kemahiran Bertutur Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : i) Bercerita semula mengenai kitaran hidup seekor ayam ii) Menyusun kad kitaran hidup seekor ayam Pengetahuan sedia ada : Murid telah didedahkan dengan gambar ayam . Murid-murid pernah mendengar bunyi ayam Murid-murid pernah melihat telur ayam Kemahiran Berfikir : Menjana idea
2

Penerapan nilai : Berdikari, kasih sayang, kerajinan, dan kerjasama Kosa kata : ayam betina, ayam jantan, bertelur, menetas, anak ayam

Bahan Bantu Mengajar Radio/CD, puppet, telur, kad gambar, kad perkataan dan lembaran kerja

LANGKAH/ MASA

ISI PELAJARAN

AKTIVITI P&P

CATATAN/ABM

Pengenalan tentang 1. Guru membuat lakonan BBM Set Induksi 5 minit ayam betina. seekor ayam yang bertelur - puppet menggunakan puppet. 2. Guru meminta murid - telur

membunyikan bunyi ayam. Membezakan sifat 1. Guru menunjukkan tiga BBM

telur ayam dengan jenis telur (ayam, itik, dan - telur ayam telur itik dan telur burung) dan meminta mereka - telur itik burung. meneka yang mana satu telur - telur burung ayam. Langkah 1 5 minit 2. Guru mengedarkan telurtelur tersebut dan muridmurid dengan memegangnya berhati-hati dan

melihat sifat yang ada pada telur itu. 3. Murid menerangkan sifat telur yang dilihat. Kitaran hidup ayam Langkah 2 10 minit - telur - anak ayam - ayam betina 1. Guru menunjukkan BBM

gambar telur, ayam betina - kad gambar dan anak ayam. 2. Murid mengeja perkataan berdasarkan gambar.
3

- kad perkataan

3. Guru menerangkan kitaran hidup ayam. 4. Guru meminta murid

menyusun kad gambar untuk melengkapkan kitaran hidup ayam.

Nyanyian Langkah 3 5 minit

lagu 1. Guru meminta murid- BBM murid Ayam menyanyikan Bertelur lagu - radio/CD sambil

Ayam Bertelur

membuat aksi. Latihan menyusun 1. Guru mengedarkan BBM

kitaran hidup ayam Penutup 5 minit

lembaran kerja kitaran hidup - lembaran kerja ayam. 2. Murid-murid mengisi

tempat kosong kitaran hidup ayam mengikut urutan dan mewarna gambar.

REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO

PENGENALAN

Pada hari Selasa, 6 November 2012 yang lepas, saya telah merakamkan pengajaran makro terhadap 18 orang murid-murid prasekolah. Saya telah memilih Teknologi iaitu Awal Sains di bawah tajuk Tunjang Sains dan

Kitaran Hidup Ayam. Pengajaran makro telah

dijalankan selama 30 minit. Saya bersyukur kerana telah berjaya melaksanakan pengajaran tersebut dengan lancar. Terdapat banyak perkara yang telah saya pelajari daripada pengajaran makro ini. Pada pengajaran makro tersebut, saya telah memulakan set induksi dengan pengenalan kepada tajuk iaitu Kitaran Hidup Ayam. Kemudian saya telah memberi penerangan tentang 4

kitaran hidup seekor ayam. Saya juga menjalankan aktiviti nyanyian yang berkaitan dengan pembiakan ayam dan seterusnya membuat penutup akademik dengan menguji kefahaman murid melalui lembaran kerja yang diedarkan. Saya telah membuat refleksi daripada pengajaran makro saya. Refleksi adalah proses merenung, menganalisis, mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk membaiki diri yang dilakukan secara berterusan. (Hanipah, 1999) Melalui refleksi ini saya dapat mengetahui

kekuatan dan kelemahan yang dikenalpasti semasa menjalankan pengajaran makro. Saya boleh membuat penambahbaikan terhadap pengajaran saya sama ada kelemahan adalah dari pihak saya atau pun anak murid saya.

KEKUATAN

Sepanjang menjalankan pengajaran makro, saya dapati bahawa saya dapat mengurus dan mengawal bilik darjah dengan tersusun dan berkesan. Pengurusan bilik darjah merujuk kepada semua tindakan guru semasa mengendalikan kelas supaya dapat mewujudkan suasana persekitaran yang tersusun untuk menggalakkan pembelajaran yang berkesan ( Haliza & Joy, 2009). Dengan membuat persediaan rapi sebelum memulakan pengajaran makro maka pengajaran dan pembelajaran saya dapat dijalankan seperti yang dirancang dan tersusun. Pelbagai teori, kaedah dan teknik telah saya aplikasikan semasa menjalankan pengajaran makro tersebut. Pemilihan kaedah yang sesuai amat penting bagi menarik minat murid dan memastikan murid-murid berada dalam keadaan terkawal sepanjang proses

pengajaran dan pembelajaran. Contohnya penggunaan kotak rahsia dan puppet dalam sesi set induksi yang digabungkan dengan bahan maujud iaitu telur ayam, telur itik dan telur burung dalam pengajaran saya dilihat dapat meningkatkan motivasi dan memberi keseronokan kepada murid-murid. Murid-murid begitu teruja untuk mengikuti pembelajaran seterusnya. Selain itu, saya juga berupaya mewujudkan komunikasi yang berkesan dan interaksi dua hala yang baik dengan murid-murid. Dengan menggunakan suara yang kuat dan jelas, saya mempu menyampaikan pengajaran dengan berkesan kerana murid-murid dapat mendengar arahan tanpa gangguan dari murid-murid lain mahupun murid-murid di luar kelas. Komunikasi yang berkesan dapat menghasilkan iklim pembelajaran yang kondusif dan muridmurid akan lebih aktif dalam proses P&P (Mok, 2008). Justeru itu, semasa menggunakan teknik penyoalan, saya menggunakan aras bahasa yang bersesuaian dengan tahap kognitif dan pengetahuan sedia ada murid-murid. Maka, jika kita lihat dalam pengajaran makro tersebut

penglibatan murid-murid sangat aktif. Semua murid dilihat berusaha untuk menjawab setiap pertanyaan yang diajukan. Penggunaan kad gambar juga amat penting kerana ianya dapat merangsang minat murid untuk memberi tumpuan dalam pengajaran. Pembinaan kad-kad gambar juga haruslah mengikut lunas-lunas tertentu seperti jelas, keharmonian warna, kesesuaian saiz dan bentuk huruf. Seperti yang telah dinyatakan oleh J.S.Farrant (1981 : 142-143), dalam membuat pilihan gambar-gambar, guru perlulah memberi perhatian kepada ketepatan, kesesuaian, berseni, ringkas, terang, menarik, jelas dan bersih. Saya menggunakan gambar-gambar yang menarik seperti gambar ayam, telur, ayam betina, ayam jantan dan anak ayam agar murid-murid saya lebih jelas dengan penerangan saya mengenai kitaran hidup ayam. Peneguhan juga merupakan teknik mengajar yang agak penting yang boleh mengubah perlakuan murid Saya telah menggunakan peneguhan dalam pengajaran saya seperti

memberikan kata pujian kepada murid yang dapat menjawab soalan dengan betul. Saya menggunakan perkataan seperti bagus, baik, serta pandai dan meminta semua murid memberi tepukan kepada rakan mereka yang memberi jawapan dengan tepat yang diaplikasi dari teori pembelajaran behavioris. Ini sebagai satu usaha untuk memotivasi murid-murid agar mereka terus aktif dalam pembelajaran. Penggunaan radio dan CD dalam pengajaran mampu menarik minat murid terutama murid-murid di prasekolah. Saya telah meminta murid menyanyikan lagu Ayam Bertelur. Saya dapati mereka begitu gembira sekali menyanyi dengan bimbingan guru. Emosi mereka jelas tergambar, secara tidak langsung boleh merangsang minat mereka bagi mengikuti pengajaran saya, membantu menenangkan fikiran mereka dan memberi peluang mereka melakukan pergerakan. Di samping itu, aktiviti nyanyian ini dapat menguji kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Selain itu, aktiviti nyanyian dapat mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas (Hawijah Ahmad dan Md. Safea Mohamad, 1992). Bagi memperkukuhkan ingatan mereka terhadap kandungan isi pelajaran yang telah diajar, saya menyediakan lembaran kerja yang bersesuaian dengan tajuk yang di ajar (Rujuk lampiran). Penyediaan lembaran kerja juga merupakan aspek penting yang harus dititik beratkan. Ianya haruslah bersesuaian dengan tahap kognitif murid-murid. Untuk murid-murid prasekolah, gambar memainkan peranan yang penting dalam penyediaan lembaran kerja. Saya telah meminta murid-murid menyusun semula kitaran hidup ayam berdasarkan gambar yang diberi. Seterusnya murid akan mewarnakan gambar-gambar tersebut. Saya juga telah menyediakan lembaran kerja untuk pengayaan dan pemulihan (Rujuk lampiran) bagi mengukuhkan lagi ingatan mereka. 6

KELEMAHAN

Setelah melihat semula proses pengajaran makro saya menerusi rakaman video, baru saya sedar bahawa saya tidak menulis tajuk yang hendak saya ajar, iaitu Kitaran Hidup Ayam. Saya hanya sekadar memberitahu mereka bahawa hari ini kita akan belajar Kitaran Hidup Ayam. Tajuk merupakan elemen penting yang harus kita nyatakan kepada murid-murid, agar mereka tahu apa yang mereka sedang belajar ketika itu. Pada pandangan saya murid-murid mungkin boleh terpesong tentang kefahaman mereka mengenai apa yang saya ajar, mungkin mereka beranggapan saya hendak mengajar mengenai telur, kerana saya memperkenalkan telur ayam, telur itik dan telur burung. Maka saya lihat di sini tajuk perlu ditulis di papan putih, bukan sekadar dinyatakan begitu sahaja. Terdapat satu kelemahan lagi yang saya rasa perlu diperbaiki dalam pengajaran makro saya. Sewaktu saya mengedarkan telur-telur tersebut kepada murid-murid untuk memberi peluang mereka meneroka dengan cara menyentuh dan memerhati, saya dapati kebanyakkan mereka akan menghidu telur tersebut. Untuk makluman, saya telah merebus telur-telur itu terlebih dahulu. Saya terfikir lebih elok telur itu dikupas, dan murid-murid akan dapat melihat perbezaan di antara telur-telur tersebut dan seterusnya mereka boleh merasa telur tersebut. Secara tidak langsung saya menggunakan kesemua deria rasa mereka. Saya berpendapat pembelajaran pasti akan lebih menyeronokkan dan meninggalkan impak yang mendalam kepada murid-murid saya. Setelah diamati rakaman semula video pengajaran makro saya, terdapat satu lagi kelemahan saya iaitu penglibatan murid. Saya dapati ramai murid yang ingin mengambil bahagian dalam aktiviti menyusun semula kitaran hidup ayam tersebut. Ada murid yang tidak terpilih untuk membuat susunan tersebut yang kecewa kerana gagal dipilih oleh saya. Jelas terdengar suara, Ala. Keadaan ini saya lihat boleh mematikan keyakinan mereka untuk mengikuti pembelajaran seterusnya.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Saya telah meminta beberapa orang guru untuk memberi komen terhadap pengajaran makro saya. Ternyata kelemahan saya yang dikenalpasti mempunyai persamaan dengan komen rakan-rakan saya. Selepas ini saya akan memastikan bahawa tajuk mestilah ditulis terlebih dulu. Tanpa tajuk, bermacam-macam tanggapan boleh dibuat oleh anak murid saya 7

mengenai pengajaran saya pada hari itu. Pada masa akan datang saya akan memastikan perkara ini diberi keutamaan terlebih dahulu. Mengenai penggunaan bahan maujud, saya fikir ianya telah lengkap diaplikasikan sedemikian, namun saya dapati penggunaan telur sebagai rangsangan pengajaran boleh dipelbagaikan lagi. Seharusnya saya mengupas telur-telur tersebut, membelahnya dan menyuruh murid melihat perbezaan ketiga-tiga telur tersebut dan akhir sekali saya boleh menyuruh murid merasa telur-telur tersebut dan menyatakan perbezaan dari segi rasa pula. Pasti pengajaran saya akan lebih menyeronokkan. Berkenaan dengan penglibatan murid pula, saya dapati saya harus memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan murid. Mereka akan merasa sangat bangga apabila terpilih untuk meyiapkan tugasan. Menjadi satu kepuasan bagi diri mereka apabila dipilih oleh saya. Justeru itu terdapat keluhan-keluhan kecil segelintir murid yang tidak terpilih untuk melakukan aktiviti. Pada masa akan datang saya akan menyediakan aktiviti yang boleh melibatkan lebih ramai lagi murid.

PENUTUP

Keseluruhannya saya dapati pengajaran makro banyak membantu saya mengenalpasti kekuatan dan kelemahan saya. Perancangan yang sempurna akan dapat menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menyeronokkan. Di samping itu, pengajaran dan pembelajaran akan lebih lancar dan seterusnya mencapai objektif pengajaran yang ditetapkan dengan jayanya. Saya juga bertambah yakin dengan pengajaran saya setelah melihat sendiri pengajaran makro saya. Bahan Bantu Mengajar (BBM) juga dilhat sebagai unsur penting bagi membantu pengajaran dan pembelajaraqn agar ianya menyeronokkan. Saya sangat berpuas hati dengan pengajaran makro saya. Ternyata dengan menonton semula rakaman video tersebut membuatkan saya lebih berkeyakinan untuk meningkatkan teknik dan kaedah yang lebih berkesan agar murid-murid saya mendapat kepuasan dalam pembelajaran. Saya juga dapat lihat penggunaan BBM merupakan tarikan yang kuat kepada murid-murid terutama kanak-kanak di prasekolah yang sememangnya mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi. Semoga pengajaran dan pembelajaran saya selepas ini akan lebih bermakna kepada anak didik saya . lebih berkesan dan

RUJUKAN

Definisi ABM, (Sumber : http://www.scribd.com/doc/12807608/Definisi-ABM)

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia, (2010). Dokumen Standard Kurikulum Prasekolah, Bahagian Pembangunan Kurikulum : Kementerian Pelajaran Malaysia.

Laporan Refleksi Pengajaran Makro, (2012). (Sumber : http://2bluefish.blogspot.com/2012/10/laporan-refleksi-pengajaran-makro-dan.html)

Mok Song Sang. (2008) Murid dan Alam Belajar. Selangor Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Tay. L. K. (2000). Kaedah Pembelajaran Koperatif : Ke Arah Pembelajaran Bacaan Pemahaman Teks Yang Berkesan. Jurnal Akademik MPSAH, 8, 1-8.

Zurida Ismail, Sharifah Norhaidah Syed Idros dan Maznah Ali (2003). Pendidikan Sains Prasekolah. PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd : Pahang

LAMPIRAN Nama : _____________________________________________ Hari : _____________________ Tarikh : _____________________ Kitaran Hidup Haiwan Arahan : Susun gambar semula untuk menunjukkan kitaran hidup ayam

10

Nama : _____________________________________________________ Hari : ____________________ _____________________ Aktiviti Pemulihan Arahan : Warnakan gambar di bawah. Tarikh :

11

Nama : _________________________________________________________ Hari : _____________________ Tarikh : ___________________

Aktiviti Pengayaan Arahan : Suaikan gambar dengan perkataan yang betul.

1. anak ayam

2. ayam betina

3. ayam jantan

4. telur ayam

5. reban ayam

12

13