: PEMBENTANGAN
: 28 SEPTEMBER 2009
: PENULISAN ILMIAH : 5 OKTOBER 2009 : GAYA DAN KAEDAH PENGAJARAN GURU PRASEKOLAH DALAM SAINS AWAL
NAMA
: 1) NOOR SHAZWANI BT. ABDUL RAZAK 2) AZMARINA BT. MOHD GHAZALI 3) NORLI BT. MOKHTAR 4) SITI SARA BT. SALLEH 5) NORLIDA BT. AMIR AMZAH
JABATAN/FAKULTI
TEMPAT SEMAKAN
: UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS : EN. KAMARUL AZMAN BIN ABDUL SALAM
1.0 PENDAHULUAN
Pendidikan
prasekolah
adalah
satu
program
yang
menyediakan
pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih, sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu. Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.
Langkah mewajibkan pendidikan prasekolah secara beransur-ansur oleh Kementerian Pendidikan Malaysia adalah tepat kerana keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual. Penekanan serius ini khususnya terhadap kanak-kanak yang berusia antara 56 tahun. Mereka telah diberi pilihan sama ada mendapatkan pendidikan prasekolah annex di sekolah-sekolah rendah kerajaan atau lain-lain institusi pendidikan prasekolah. Bagi melahirkan generasi masa hadapan yang cemerlang, guru-guru pendidikan prasekolah ini seharusnya komited, berdedikasi, berkebolehan dan mempunyai sikap kasih atau altruistik terhadap kanak-kanak. Namun begitu sejauh manakah guru-guru ini mencapai hasrat tersebut?
Pengalaman
kanak-kanak
pada
peringkat
awal
mempengaruhi
pembelajaran dan perkembangan mereka seterusnya. Proses perkembangan kanak-kanak adalah berterusan. Oleh itu, persediaan dan pengalaman awal kanak-kanak memerlukan pembelajaran yang terancang, menarik dan relevan dengan perkembangan semasa serta dapat memenuhi keperluan individu kanakkanak. Selain itu kita perlu memikir dan mempertimbangkan kemampuan, keupayaan, kebolehan dan kesediaan kanak-kanak mengikut tahap
perkembangan mereka. Guru kepada kanak-kanak pada peringkat awal perlu lebih kreatif dan fleksibel dalam pengajaran mereka. Mereka harus peka pada tahap perkembangan dan ciri-ciri peribadi setiap kanak-kanak dan
Dalam melaksanakan program tadika atau prasekolah, guru dan pelaksana tadika seharusnya mengetahui dan memahami perkembangan kanakkanak pada peringkat umur 3 hingga 6 tahun. Hal ini bertujuan agar mereka boleh mengguna dan menterjemahkan kurikulum mengikut kesesuaian
peringkat umur, kemampuan, kebolehan dan minat murid. Untuk keberkesanan pendidikan awal kanak-kanak kurikulum perlu dirancang dan distruktur mengikut titik permulaan pembelajaran kanak-kanak mengikut apa yang mereka tahu dan boleh buat, melalui bahan atau kandungan dan aktiviti pembelajaran yang sepadan dengan tahap dan keperluan kanak-kanak, merancang aktiviti yang
bertujuan dan bermakna untuk memberi peluang kepada pengajaran dan pembelajaran di luar dan di dalam bilik darjah (Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2003). Marjorie Taylor, seorang pakar psikologi merangkap penyelidik daripada University of Oregon di Eugene, pendidikan sains awal bermula setelah kanakkanak menggunakan imaginasi sebagai alat pemikiran mereka. Kanak-kanak dan imaginasi adalah sesuatu yang saling berkait rapat. Mereka belajar menerusi imaginasi. Imaginasi kanak-kanak kadang-kadang melangkaui jangkaan. Di antara individu yang memberi kesan paling banyak terhadap imaginasi kanakkanak adalah mereka yang paling rapat dengannya, iaitu ibu bapa atau pengasuh. Pakar psikologi Alison Gopnik dari University of California, Berkeley dalam Rohani Abdullah mengatakan bahawa kanak-kanak sudah boleh berimaginasi seawal usia sembilan bulan. Menurut Montessori, minda kanakkanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang diterima melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia untuk diajarkan konsep tersebut (Rohani Abdullah et. al, 2004).
Kepelbagaian pendekatan, teknik dan kaedah pengajaran prasekolah dalam sains awal penting bagi mencapai pembelajaran yang terancang,
menyeluruh dan mampu menarik minat murid kerana menurut kajian, pembelajaran yang pertama inilah yang akan menjadi asas kepada pengetahuan sedia ada yang bakal mereka ada dalam minda bawah sedar.
Guru
prasekolah
hendaklah
mengetahui
peranan
mereka
dalam
mempelbagaikan aktiviti yang boleh mendatangkan manfaat kepada kanakkanak prasekolah. Antara peranan guru prasekolah adalah sebagai pendorong yang menggalakkan pembelajaran kanak-kanak. Hal ini disebabkan kanak-kanak belajar melalui permainan atau aktiviti yang tidak formal. Guru yang berpengetahuan akan berusaha untuk menyediakan aktiviti pembelajaran yang mengembirakan dengan melibatkan kanak-kanak secara aktif. Aktiviti yang dirancang tersebut membolehkan kanak-kanak mencapai kejayaan di peringkat kebolehan mereka.
Guru pula seharusnya tidak lokek untuk memberi pujian kepada kanakkanak yang telah berjaya mencuba kerana cara ini akan dapat membantu kanakkanak membina konsep diri yang positif. Di samping itu, dengan adanya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik, secara tidak langsung ia akan memberi kesan kepada diri kanak-kanak kerana ia berjaya menarik minat kanakkanak untuk ke sekolah setiap hari.
Selain itu, guru prasekolah yang berpengetahuan juga mempunyai pengaruh yang penting dalam kehidupan kanak-kanak. Sikap dan sahsiah yang dimiliki oleh guru tersebut akan menjadi contoh kepada kanak-kanak prasekolah. Secara tidak langsung kanak-kanak akan memerhati dan seterusnya meniru
kelakuan guru tersebut. Oleh hal yang demikian, guru prasekolah hendaklah menggunakan peluang dengan menunjukkan contoh serta teladan yang baik dan menerapkan nilai-nilai yang positif kepada kanak-kanak prasekolah.
Gaya dan kaedah pengajaran di dalam kelas amat penting dalam memastikan perancangan program yang lebih berkesan untuk perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Bagaimanapun apa jua perancangan yang dibuat, aktiviti itu haruslah selaras dengan falsafah, matlamat dan objektif pengalaman yang sesuai (Rohaty, 2003). Pelbagai gaya dan kaedah pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sains awal di peringkat prasekolah yang memerlukan guru berperanan dalam merangsang pemikiran aktif dan kreatif kanak-kanak.
Untuk merangsang pemikiran sedemikian, guru-guru perlulah merangka persekitaran pembelajaran dan memahami tahap kebolehan kanak-kanak supaya ia bersesuaian dengan topik dan aktiviti sains. Antaranya adalah
pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) yang berbantukan komputer. Ia memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia berfungsi untuk menambahkan
kelancaran perhubungan antara guru dengan murud, murid dengan guru, dan murid dengan murid.
Menurut Kamarudin & Siti Hajar (2004), seseorang guru seharusnya dapat menentukan jenis dan bentuk bahan atau media yang akan digunakan. Ia juga harus menentukan bahan-bahan itu sesuai dengan minat, pengetahuan dan keupayaan murid. Contoh bagi alat bantu mengajar yang biasa digunakan ialah pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan komputer amat digalakkan pada peringkat prasekolah. Hal ini bukan sahaja dapat meningkatkan pengetahuan murid-murid dalam mengendalikan perisian komputer malahan cara pengajaran ini boleh membuatkan murid-murid lebih berminat untuk belajar serta menjadikan mereka lebih maju dalam menerajui kecanggihan teknologi dari semasa ke semasa.
Oleh itu, penggunaan elemen-elemen mutimedia seperti teks, grafik, audio, video dan animasi bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran adalah lebih efektif dan menarik perhatian pelajar. Tajuk yang dipilih adalah Mengenal Haiwan. Dengan animasi ataupun video, murid sekolah dapat mengenal dan membuat perbezaan dalam mengklasifikasi jenis haiwan seperti haiwan bersayap, berjalan, berkaki dua dan sebagainya. Sebagai contoh burung dan ayam dapat dikelaskan dalam kategori haiwan bersayap manakala lembu dan kambing adalah haiwan yang berkaki empat. Tambahan pula, di
persekitaran mereka terdapat pelbagai jenis haiwan yang mereka biasa lihat dan secara tidak langsung akan menambah pengetahuan sedia ada.
Selain itu juga, kaedah pengajaran yang paling berkesan bagi pendidikan prasekolah adalah melalui teknik belajar dalam bermain. Pendekatan belajar sambil bermain ini adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid untuk belajar dalam suasana yang
mengembirakan dan bermakna. Pendekatan ini memberi penekanan kepada proses pengajaran dan pembelajaran kerana bermain adalah fitrah semulajadi kanak-kanak. Melalui bermain, mereka akan berasa gembira dan senang hati untuk membuat penerokaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Carr, dalam teorinya menyatakan, bermain adalah penting kepada kanakkanak kerana bermain dapat menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing (Kraus, 1990). Dari aspek psikoanalisis Freud, bermain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperoleh perasaan dapat mengawal keadaan yang dikatakan dapat membantu kanakkanak untuk berurusan dengan realiti yang sebenar (Kraus, 1990). Dalam konteks prasekolah di Malaysia, khususnya dari perspektif kurikulum, main atau bermain itu bukanlah bermain bebas tanpa perancangan tetapi bermain yang mempunyai unsur seperti main terancang, fleksibel, bersruktur serta main yang memenuhi keperluan kognitif, psikomotor dan afektif.
Dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan pula, pendekatan belajar melalui bermain akan dapat meningkatkan keupayaan kognitif, keinginan untuk meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar dan halus, kemahiran inovatif, kritis dan kreatif serta membantu mengatasi perasaan bimbang dan tertekan. Pendekatan menekankan ciri-ciri yang seperti antiviti yang menggembirakan, penerokaan dan interaksi dengan persekitaran,
permainan bebas dan terancang, kelonggaran masa, percubaan idea sendiri dan juga memberi peluang untuk memberikan tumpuan dan perhatian.
Selain itu, terdapat banyak kebaikan yang dapat diperolehi oleh kanakkanak prasekolah melalui pendekatan belajar dalam bermain. Antaranya ialah dapat mengukuhkan penguasaan konsep pembelajaran dari umum kepada khusus, dapat meningkatkan keupayaan kognitif, dapat bersosialisasi dengan rakan-rakan, meningkatkan penguasaan kemahiran emosi, mengukuhkan perkembangan fizikal dan menguasai kemahiran daya rekacipta.
Namun begitu, sebelum seseorang guru melaksanakan pendekatan belajar melalui bermain, guru tersebut perlulah mengambil kira perkara-perkara yang berikut. Antaranya adalah seperti hasil pembelajaran yang ingin dicapai, bahan yang digunakan mestilah sesuai dengan murid, bahan tersebut mestilah konkrit, benar dan maujud serta permainan yang dijalankan mestilah menarik dan mengembirakan kanak-kanak. Terdapat banyak contoh aktiviti dalam bermain sambil belajar yang boleh dilakukan oleh murid-murid prasekolah.
Antaranya adalah seperti mengecam huruf yang terdapat pada nama sendiri. Contohnya guru menampal kad-kad nama dan murid-murid tersebut perlu mengenalpasti dan memilih nama mereka sendiri.
Antara permainan pembelajaran bagi sains awal ialah permainan yang melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanakkanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran tentang badan mereka. Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka untuk bersenam. Hal ini secara tidak langsung akan memberi pengetahuan kepada kanak-kanak tentang bahagian tubuh badan mereka serta mengetahui bersenam bukan sahaja menyeronokkan malahan dapat menyihatkan tubuh badan manusia.
Selain dari melakukan aktiviti senaman, berlakon juga merupakan aktiviti belajar dalam bermain yang lazimnya telah dipraktikkan oleh guru di tadika.
Misalnya, guru menyuruh kanak-kanak berlakon sebagai doktor dan pesakit seperti situasi sebenar dan dalam situasi begini kanak-kanak akan didedahkan dengan bagaimana cara untuk merawat pesakit, mengenal ubat-ubatan dan sekali gus pembelajaran dalam sains awal dapat dilakukan secara tidak langsung dalam permainan ini.
Seterusnya, gaya pengajaran guru prasekolah yang berkesan ialah melalui pengajaran dan pembelajaran secara kreatif. Contohnya guru boleh mempelbagaikan cara meningkatkan minat murid untuk menulis. Dengan menyediakan di sudut tulisan dengan tray pasir atau garam, kanak-kanak boleh berlatih menulis menggunakan hujung jari di atas pasir atau garam. Cara ini mudah bagi kanak-kanak untuk memadam dan menulis semula bentuk-bentuk yang diminatinya. Kanak-kanak hanya perlu mengoyang (shake) tray jika ingin memadam untuk menulis semula huruf dan sebagainya. Dengan
adanya aktiviti seperti ini kanakkanak akan lebih berminat untuk belajar menulis. Rajah : Murid sedang membentuk huruf di atas permukaan pasir.
Selain itu, kanak-kanak akan menjadi bosan dan tertekan sekiranya guru mengajar kanak-kanak menulis dan membaca. Keadaan tersebut berlaku kerana cara tersebut telah menyebabkan kanak-kanak merasakan mereka kurang mendapat peluang untuk menggunakan pengetahuan sedia ada yang telah terbentuk dengan cara yang bermakna.
Kreativiti adalah keupayaan untuk memikirkan sesuatu dalam keadaankeadaan luar biasa dan bersedia untuk menyelesaikan masalah secara unik. Beberapa faktor yang menyumbang ke arah pemupukan kreativiti murid di sekolah. Antaranya persekitaraan sekolah yang menggalakkan aktiviti kreativiti secara individu. Ia dapat meransang kreativiti dengan menyediakan sumbersumber yang dapat murid peroleh sepanjang masa.
Selain itu, gaya dan kaedah pengajaran guru yang berkesan ialah dengan merangka aktiviti secara berkumpulan. Hal ini membolehkan guru merancang aktiviti dan bahan yang dapat merapatkan jurang perbezaan antara murid. Guru membentuk kumpulan yang sama rata lebih kurang empat hingga lima orang. Dalam kumpulan guru memberikan satu aktiviti untuk dilakukan bersama-sama. Contohnya guru memberikan gunting dan kertas serta gam untuk membuat bentuk ataupun cantuman supaya menjadi bentuk bunga, binatang atau sebagainya. Menurut Piaget (1969), tugas guru bukan sahaja memberikan pengetahuan kepada kanak-kanak, tetapi menunjuk, mencari atau memberikan
alat-alat
atau
cara
yang
menimbulkan minat dan ransangan kepada kanak-kanak. Rajah : Murid melakukan aktiviti di dalam kumpulan.
pendapat
dan
pakar-pakar
darjah. Dengan melakukan aktiviti dalam kumpulan lebih menimbulkan lagi minat untuk belajar. Dalam pembelajaran koperatif, murid bekerja bersama-sama dalam kumpulan-kumpulan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang telah distruktur dengan baik. Apabila kumpulan koperatif dipandu dan dibimbing oleh objektif yang jelas, murid terlibat dengan beberapa aktiviti yang dapat meningkatkan pemahaman mereka terhadap sesuatu topik.
Guru
juga
menggunakan
kaedah
dan
gaya
pengajaran
dengan
menggunakan pendekatan bertema. Mengikut huraian sukatan kurikulum prasekolah kebangsaan pendekatan bertema adalah pengurusan kurikulum dan pembelajaran melalui satu topik yang dipilih bersesuaian dengan kehidupan murid, masa, tempat dan minat murid. Pemilihan tema dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah berasaskan kesesuaian dan berkaitan dengan pengalaman dan kehidupan murid, situasi, masa atau peristiwa.
Contoh aktiviti yang dilakukan guru melalui pendekatan bertema ialah pelajaran yang bertemakan kesihatan tubuh badan. Dalam tema ini murid-murid di ajar cara-cara menggosok gigi dengan betul dan cara menjaga kesihatan
tubuh badan. Melalui aktiviti ini berkaitan dengan pengalaman dan kehidupan harian murid. Hal ini juga berkait dengan pendidikan sains awal di peringkat pra sekolah.
berhubung dengan kehidupan mereka. Bagi mereka dunia ini penuh dengan pelbagai peristiwa dan benda yang menarik dan penuh dengan misteri yang perlu diterokai dan difikirkan. Sains bagi kanak-kanak bermula apabila mereka sedar mereka dapat belajar berhubung dengan alam kehidupan melalui tindakan dan perlakuan mereka sendiri seperti meniup belon atau buih sabun dan sebagainya.
Isaac Asimov, dalam Rohani Abdullah (2004) sains adalah cara kita berfikir dan melihat dunia persekitaran kita. Sains adalah suatu proses eksperimen yang berterusan dan mencuba jawapan terhadap kejadian dan tindak balas yang berlaku di dalam persekitaran. Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh melalui pengalaman sains seharusnya dapat membantu kanak-kanak memahami dan mencorakkan alam sekeliling. Justeru, pendedahan
awal dalam sains amat penting bagi membolehkan kanak-kanak membina rasa tanggung jawab, prihatin serta hormat pada alam sekitar.
Program pendidikan sains prasekolah seharusnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menguasai kemahiran saintifik yang diperlukan bagi mengkaji dan memahami alam. Selain itu, pengalaman dalam sains juga seharusnya dapat membantu kanak-kanak membina sikap dan minat yang positif dalam diri mereka.
4.2 Sains Prasekolah Bagi peringkat prasekolah, sains adalah cara kanak-kanak menerangkan dunianya. Sains bagi kanak-kanak adalah ramalan (saya fikir), pemerhatian (saya lihat), dan kesimpulan (saya tahu atau pelajari). Kanak-kanak belajar dengan melakukan aktiviti (hands-on) dan berfikir tentang aktiviti yang dilakukan (minds-on). Mereka perlu melakukan aktiviti supaya mereka dapat melihat sendiri kesan dan akibat daripada manipulasi yang dilakukan dalam pelbagai keadaan. (Zurida et. al, 2008).
Dalam pendidikan awal kanak-kanak, proses sains adalah suatu pembelajaran yang dapat menggalakkan kanak-kanak memperolehi
pengetahuan fakta sains, menimbulkan minat ingin tahu, meneroka persekitaran, meramal, memerhati dan sebagainya. Apabila kanak-kanak terlibat dalam aktiviti pembelajaran seperti meneroka, secara tidak langsung mereka akan terlibat
Riley & Savage (1994) dalam Zurida et. al (2008), pembelajaran sains seharusnya berlaku sejajar dengan perkembangan kanak-kanak yang lebih suka bertanya, menyentuh dan melakukan aktiviti dan pergerakan. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan sama ada menyentuh, memicit, menarik, rasa, hidu, meregang dan sebagainya melibatkan penglibatan aktif kanak-kanak dan menjadikan
pengalaman pembelajaran menjadi lebih konkrit. Pengalaman pembelajaran yang relevan berkaitan dengan kehidupan kanak-kanak, bukan sahaja menentukan pembelajaran itu menjadi lebih bermakna, malah sukar untuk dilupakan.
Selain itu, kanak-kanak juga dapat belajar dengan baik apabila mereka berminat dengan aktiviti yang dilakukan, mendapat sokongan dan galakan daripada guru ataupun orang yang lebih dewasa, terlibat dengan aktiviti handson dan terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada mereka.
4.3 Tujuan Dan Matlamat Vygotsky (1984) dalam Zurida et. al (2008), pendedahan awal kanakkanak ke atas sains adalah penting bagi perkembangan konsep-konsep saintifik serta perkembangan intelek yang lain. Malah, menurut Harlan & Jelly (1989), dalam Zurida et. al pula mengatakan bahawa pendapat terkini menyarankan supaya pengalaman sains seharusnya dimulakan pada peringkat yang lebih awal lagi. Matlamat pendidikan sains untuk kanak-kanak dapat dilihat dari aspek kemahiran dan pengetahuan. Aspek pengetahuan ditentukan oleh guru dengan mengenal pasti perkara-perkara yang perlu dan penting untuk diketahui bagi kanak-kanak dan berfungsi dalam persekitarannya serta menarik minat mereka.
Menurut Kamii dan De Vries (1978) dalam Zurida et. al (2008) mencadangkan matlamat program pendidikan sains untuk kanak-kanak adalah untuk membolehkan kanak-kanak menjana idea, masalah dan soalan serta menghubungkan objek dengan peristiwa dan mengenal pasti persamaan dan perbezaan. Matlamat ini memberi implikasi pendekatan hands-on dalam pengajaran sains dengan member ruang dan peluang messing about.
Hawkins (1965), juga dalam Zurida et. al (2008) antara tujuan pendidikan sains adalah untuk membantu meningkatkan perkembangan bahasa dan kemahiran membaca kanak-kanak, memberi peluang kepada kanak-kanak bagi mengkaji hubungan kesan dan akibat, membantu kanak-kanak menguasai kemahiran berfikir secara kreatif, kritis, analitis dan sistematik dalam membuat penakulan dan juga dapat membantu kanak-kanak membina dan menghayati sikap dan nilai murni.
4.4 Pendekatan Pengajaran Mengajar sains pada peringkat prasekolah memerlukan pendekatan yang berbeza daripada yang digunakan pada peringkat rendah ataupun menengah. Pengajaran dalam sains adalah melibatkan kedua-dua proses dan isi kandungan atau konsep-konsep sains. Pada peringkat awal, tumpuan kepada sains adalah lebih pada komponen proses. Komponen ini memberi fokus ke atas cara yang digunakan bagi mendapatkan pengetahuan saintifik. Justeru, kanak-kanak
memerlukan pengalaman yang membolehkan mereka mengumpul, menyusun dan menilai pengetahuan sains.
Menurut Rohani et. al, (2004) pada peringkat awal pengajaran sains, guru menyediakan persekitaran peluang yang pembelajaran untuk sains dengan cara menyediakan kanak-kanak
selamat
diterokai,
menggalakkan
memerhati, mencuba, bertanya soalan dan menyelesaikan masalah, mendapat pembelajaran melalui pengalaman, mengubahsuai dan membuat perkaitan antara sesuatu dengan sebab musabab, membuat rumusan saintifik daripada pengalaman, mengaitkan pengalaman sebenar dengan konsep seperti
memasak air sehingga cerek berbunyi dikaitkan dengan konsep air mendidih.
McAnarney mengatakan bahawa sains bagi kanak-kanak melibatkan mereka secara aktif dalam aktiviti-aktiviti penerokaan dan penyiasatan. Aktivitiaktiviti pembelajaran ini membolehkan kanak-kanak meneroka, membuat penemuan dan membina kesedaran berhubung alam di sekeliling mereka serta fenomena-fenomena semulajadi. Sains bagi mereka termasuklah melihat pergerakan haiwan, tumbuhan, air dan pasir, bermain dengan blok binaan dan melihat pergerakan kereta permainan dan putaran roda, membuat eksperimen serta mencuba dan bertanya soalan (Zurida et. al 2008).
Kanak-kanak memulakan penerokaan dengan membuat percerapan yang mungkin akan mencetuskan tekaan saintifik dan membuat ramalan, seterusnya mereka akan merekodkan pemerhatian yang dilakukan.
beberapa konsep yang berkaitan dengan air. Ia memberi peluang kepada kanak-kanak menjalankan eksperimen dengan menggunakan bahan-bahan dan peralatan seperti bekas-bekas daripada pelbagai bentuk dan saiz, bahan-bahan yang dapat tenggelam ataupun timbul, bahan yang larut dalam air, melihat kesan pewarna, membuat buih sabun dan membuat pelbagai bentuk daripada buih sabun.
2) Permainan pasir Kanak-kanak boleh diajak berbincang berhubung saiz dan bentuk pasir serta teksturnya dan membina sand castle daripada pasir. Pasir boleh dipindahkan daripada satu bekas ke bekas yang lain yang mempunyai bentuk yang berbeza. Kanak-kanak juga boleh mencampurkan pasir dengan air dan melihat kesan membina bentuk dengan pasir kering dan pasir basah.
3) Bahan-bahan sentuhan Aktiviti ini memerlukan guru menyediakan bahan-bahan yang dimasukkan dalam karung atau beg kain bagi memudahkan kanak-kanak menyentuh bahan-bahan yang terdapat di dalam beg berkenaan. Kanak-kanak perlu menerangkan apa yang dapat dirasai melalui sentuhan dan cuba meneka bahan yang terkandung di dalam bekas berkenaan. Melalui aktiviti ini, kanakkanak dapat mempelajari konsep ataupun perkataan seperti lembut, keras, panjang, licin, kasar dan sebagainya bagi menerangkan rasa sentuhan.
4) Aktiviti pendengaran Kanak-kanak diminta menerangkan bunyi yang mereka dengar dan menamakan sumbernya. Keupayaan kanak-kanak membezakan bunyi ini
dapat dipertingkatkan melalui pelajaran muzik yang mana kanak-kanak diminta menyatakan samaada bunyi itu tinggi ataupun rendah, kuat ataupun perlahan dan panjang ataupun pendek.
5) Manik-manik berwarna Aktiviti ini dilakukan bagi membolehkan kanak-kanak memperolehi pelbagai kemahiran. Kanak-kanak belajar mengenali warna, bentuk dan saiz manikmanik. Mereka boleh merangkaikan manik-manik mengikut susunan yang telah ditetapkan oleh guru itu sama ada dari segi perbezaan warna, saiz dan sebagainya.
5.0
PENUTUP
Gaya dan juga kaedah pengajaran guru prasekolah sememangnya amat penting dalam menyampaikan ilmu kepada kanak-kanak prasekolah kerana kanak-kanak tersebut tidak sama pemikirannya dengan murid-murid yang berada pada tahap umur yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, para guru prasekolah perlulah memainkan peranan masing-masing dalam menyampaikan
pengetahuan kepada mereka agar segala ilmu tadi dapat diserap dengan lebih baik.
Selain itu, guru prasekolah juga perlu pandai dan kreatif dalam mengaplikasikan pelbagai gaya dan kaedah pengajaran sewaktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlangsung dalam kelas. Mereka mestilah bijak memilih alat bantu mengajar supaya ianya sesuai dengan sesuatu mata pelajaran seperti mata pelajaran Sains. Hal ini adalah untuk memastikan kesemua murid prasekolah memberikan perhatian dan menarik minat mereka sewaktu guru sedang mengajar.
Bagi Sains awal pula, guru prasekolah mestilah tahu bagaimana untuk menjadikan P&P dalam mata pelajaran terbabit menjadi seronok supaya kanakkanak prasekolah berminat untuk mempelajari mata pelajaran terbabit. Para guru juga perlulah menyampaikan setiap kandungan mata pelajaran secara tepat namun dengan cara yang mudah untuk difahami oleh murid-murid pada peringkat ini kerana cara penerimaan mereka terhadap maklumat yang disampaikan adalah berbeza dengan murid-murid yang lebih tinggi tahap umurnya.
Oleh yang demikian, mata pelajaran ini mestilah diajar dengan cara menggunakan gaya dan kaedah pengajaran prasekolah yang betul, sesuai dengan tahap umur murid-murid prasekolah iaitu 4-6 tahun. LAMPIRAN
BIBLIOGRAFI Kamaruddin & Siti Hajar. (2004), Pedagogi Asas Pendidikan, Kuala Lumpur: Kayazano Enterprise Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003), Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kuala Lumpur: Percetakan Rina Sdn,Bhd Nor Hashimah & Yahya. (2004), Panduan pendidikan Prasekolah, Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributors Sdn.Bhd Rohani et al. (2004) Panduan Kurikulum Prasekolah, Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributors Sdn.Bhd Suppiah Nachiapan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Abdul Syukur (2008), Psikologi Pendidikan, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd Zurida Ismail, Sharifah Norhaidah Syed Idros, Maznah Ali (2008), Pendidikan Sains Prasekolah, Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd Farawahida. (2006). Perisian Pengajaran Berbantukan Komputer (PBK) Untuk Pelajar Prasekolah Di Bawah Tajuk Mengenal Haiwan daripada http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/FARRAHWAHILD AAP010074D2006TTP.pdfMariani Md. Nor. (2008) Kepentingan Bermain Dalam Pendidikan Prasekolah, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. daripada http://www.scribd.com/doc/4007899/Kepentingan-Bermain-Dalam Pendidikan Prasekolah Mariani Md. Nor. (2006) Realiti Trend, dan Isu Dalam Pendidikan Awal Kanak Kanak daripada http://myais.fsktm.um.edu.my/4917/1/8.pdf