Anda di halaman 1dari 7

[ARTIKEL TERKINI] MEMAHAMI KONSEP ASAS SISTEM PENTADBIRAN ISLAM

Posted by syafiqe on September 7, 2008 OLEH: Mohamad Syafiqe bin Abdul Rahim (Jabatan Syariah & Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam UM) Konsep Pentadbiran Jika diteliti, terdapat banyak definisi tentang konsep sistem pentadbiran Islam. Walau bagaimanapun, sebelum memahami apa yang dimaksudkan dengan sistem pentadbiran Islam secara lebih jelas, adalah penting untuk terlebih dahulu memahami apa yang dimaksudkan dengan konsep pentadbiran. -Istilah pentadbiran adalah berasal daripada perkataan latin iaitu administrare yang bermaksud menjaga.[1] -En Gladden menakrifkan ia sebagai menjaga atau mengawasi manusia dan mengurus hal-hal.[2] -Pfeiffer mendefinisikan pentadbiran terdiri daripada penyelarasan tenaga manusia dalam urusan kerajaan supaya bekerjasama dalam melaksanakan tugas yang telah ditetapkan.[3] -Al-Buraey pula mentafsirkan pentadbiran sebagai kegiatan kumpulan teratur manusia yang dilaksanakan dengan berkesan, tugas kerajaan atau rangkaiannya melalui kerjasama, keharmonian dan keputusan yang rasional.[4] -Sondang P. Siagam menyatakan ia merupakan suatu proses kerjasama antara dua orang manusia atau lebih berdasarkan kepada kerasionalan tertentu untuk mencapai tujuan yang telah ditentukan

sebelumnya.[5] Dengan kata lain, pentadbiran juga bermaksud sebagai usaha mengatur dua orang atau lebih manusia untuk menjalankan sesuatu kerja.[6] -Mohd Amin Salih menyatakan pentadbiran merupakan proses pelaksanaan kegiatan yang dirancangkan oleh institusi kepimpinan yang merupakan daya penggerak kepada pelaksanaan proses pentadbiran.[7] -Ishwar Dayal menyatakan pentadbiran sebagai memastikan pencapaian sesuatu matlamat yang telah ditentukan oleh sesebuah organisasi. Ianya dilakukan dengan membuat penjelasan tentang apa yang ingin dicapai, siapa yang perlu memikul tugas dan dalam keadaan yang bagaimanakah sesuatu tugas itu perlu dilaksanakan.[8]

-Muhammad Abdul Rauf menyatakan ia sebagai proses perlaksanaan untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menyelaraskan tenaga manusia agar dapat mengikuti satu perancangan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.[9] -Ordway Tead pula mentakrifkan pentadbiran sebagai hala tuju manusia di dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu tujuan yang dikongsi bersama dengan melibatkan proses mengintegrasikan usaha supaya keputusan yang diingini dapat dicapai.[10] Berdasarkan beberapa pandangan tersebut dapat dirumuskan bahawa pentadbiran meliputi suatu bentuk organisasi yang tersusun dan sistematik bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Oleh itu adalah penting bagi menyatupadukan seluruh kegiatan organisasi di bawah satu penggerak bagi memastikan matlamat tercapai dengan pengurusan yang cekap. Sistem Pentadbiran Islam Jika pentadbiran melibatkan aspek keislaman atau disebut sebagai sistem pentadbiran Islam, ianya perlulah memenuhi keperluan utama bagi membentuk satu pentadbiran yang menyeluruh dengan mengaplikasikan aspek syariat. Dengan kata lain pentadbiran Islam bertujuan untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat bagi masyarakat manusia berpandukan al-Quran dan Sunnah.[11] Oleh itu, definisi pentadbiran Islam bolehlah diperhatikan antaranya seperti berikut: Al-Buraey menyatakan bahawa Al-Quran tidak menyebut secara khusus tentang apa itu pentadbiran

namun ia menggunakan bahasa Arab iaitu yudabbiru bermakna mengarah, memimpin, mengendali, mengurus, merancang, mengemudi, mengatur, mengawal, bertugas, mengurus dengan baik, berekonomi, buat perancangan dan perniagaan.[12] Menurut beliau lagi, pentadbiran Islam perlulah beroperasi menerusi persefahaman atau yang lebih dikenali sebagai demokrasi sebagai asasnya. Oleh itu pemimpin atau pentadbir yang diktator dan autokratik tidak mempunyai tempat dalam sistem pentadbiran Islam.[13] Saari Sungip mendefinisikan sistem pentadbiran Islam sebagai salah satu bahagian daripada

bahagian-bahagian yang tercantum erat dan terbina di atasnya Islam itu sendiri sebagai satu cara hidup yang kuat dan kukuh. Oleh itu apa yang menjadi asas kepada Islam mestilah juga menjadi asas kepada bahagian yang lain.[14] Mohd Affandi Hassan menyatakan bahawa pentadbiran Islam ialah penyempurnaan amanah yang

diterima manusia daripada Allah sebagai hamba dan khalifahnya di dunia, dengan mengerjakan amal salih secara syura (perundingan dan kerjasama) dalam organisasi.[15] M.A Niaz pula dalam mendefinisikan maksud sistem penadbiran Islam menyatakan bahawa

pentadbiran Islam ialah satu model yang berorientasikan nilai (value-oriented model) bertujuan untuk

memaksimumkan nilai keislaman dan standard etika. Keadilan sosial dan kebebasan adalah antara matlamat yang perlu dicapai oleh pentadbir dalam sistem pentadbiran Islam. Meskipun terdapat beberapa aspek nilai yang mempunyai persamaan dengan model dan budaya lain, keunikan model sistem pentadbiran Islam ialah pada : i) ii) iii) iv) Keesahan dan kepatuhan kepada tuhan Lebih mengutamakan perpaduan dan kerjasama berbanding persaingan Sikap dan kelakuan yang sederhana dan ringkas Wujudnya prinsip syura yang merupakan nadi kepada pentadbiran Islam.[16] Ibrahim Abu Sin menyatakan pentadbiran Islam merupakan satu kajian ilmiah terhadap bakat dan

kebolehan serta kemahiran seseorang untuk menjadi pengurus.[17] Ibn Khaldun menafsirkan pentadbiran Islam sebagai satu kegiatan kemasyarakatan bagi

menguruskan usaha-usaha kemanusiaan, berkumpulan dan bermatlamat. Beliau berpendapat pentadbiran adalah dilihat sebagai satu konsepsi kemasyarakatan yang berasaskan kepada peranan manusia itu sendiri sebagai pemimpin organisasi kemasyarakatan.[18] Rumusan Apa yang dapat dirumuskan berdasarkan pelbagai pandangan di atas ialah sistem pentadbiran Islam perlulah dibezakan dengan pentadbiran moden kerana sistem pentadbiran Islam berpaksikan kepada semangat syariat dalam merealisasikan matlamat dan objektifnya. Malah, sistem pentadbiran Islam adalah berdasarkan dua prinsip yang penting iaitu Syariah berasal daripada tuhan dan ianya bebas untuk semua umat, beri kelonggaran kepada setiap individu untuk melaksanakannya berdasarkan kesedaran nurani dan keimanan.[19] Apa yang penting meskipun terdapat pelbagai definisi tentang sistem pentadbiran Islam, namun yang paling utama ia mestilah memenuhi sekurang-kurang lima aspek utama iaitu : i) Syura iaitu perundingan secara muhibah sebelum keputusan dibuat.

ii) Keadilan kerana berasaskannya sahaja kesejahteraan manusia dan masyarakat dapat diwujudkan dan terjamin kesinambungannya. iii) Kebebasan dalam batas-batas yang ditentukan oleh hukum iaitu kebebasan untuk menegakkan

masyarakat yang adil yang setiap anggotanya menyuruh berbuat baik dan mencegah kejahatan.

iv)

Persamaan hak dalam mendapat keadilan dan kebaikan samaada dari segi undang-undang mahupun

pembahagiaan kekayaan negara. v) Untuk memastikan keempat-empat aspek ini dapat dilaksanakan, Islam menetapkan aspek kelima iaitu

kebebasan rakyat untuk mendakwa pemimpin yang menyeleweng.[20]

[1] Al-Buraey, Muhammad (2001), Pembangunan Pentadbiran Menurut Perspektif Islam, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka, hal.228 [2] Ibid. [3] Ibid. [4] Ibid. [5] Sondang P. Siagam (1982), Falsafah pentadbiran dan Pengurusan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka, hal. 3 [6] Raja Mohd Affandi (1981), Islam dan Dasar-Dasar Pembangunan, Kuala Lumpur : Syarikat Belina, hal. 39 [7] Mohd Amin Salih , Kepimpinan Menurut Pandangan Islam [8] Ishwar Dayal (1976), Designing a Work Organisation, New Delhi : Tark Art Press, hal. vii [9] Mustafa Daud (1995), Pengurusan Islam, Kuala Lumpur : Utusan Publication, hal. 1 [10] Ordway Tead (1959), Administration : Its Purpose and Performance, New York : Harper and Brothers Publisher, hal. 2 [11] Raja Mohd Affandi, op. cit. [12] Al-Buraey, Muhammad, op. cit., hal. 234 [13] Ibid., hal. 237-238 [14] Saari Sungip (1987), Kepimpinan Dalam Sistem Pentadbiran Islam, Kertas Kerja dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Mengenai Aspek Kepimpinan, 17 Disember 1987, Kuala Lumpur

[15] Mohd Affandi Hassan, Kecemerlangan Pentadbiran Dasar dan Amalan Dalam Islam, dlm Mohd Yusof Noor (Ed.), Pendekatan Tauhd Dalam Pengurusan dan Pentadbiran Awam : Konsep, Prinsip dan Model Alternatif, hal. 51 [16] M.A. Niaz, Trends and Developments in The Tools of Management and Decision Making in Contemporary Period : Appraisal From Islamic Perspective, hal. 9-10 [17] Ahmad Ibrahim Abu Sin (t.t), Pengurusan Dalam Islam, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka, hal. 37 [18] [19] Al-Buraey, Muhammad, op. cit., hal. 235 [20] Mohd Afandi Hassan, op. cit., hal. 49

Pengurusan: Definisi, Sejarah dan Konsep Siri 2


Filed under: Fakulti Pengurusan Leave a comment April 8, 2008

Oleh: Mohammad Fauzi


Tokoh-tokoh lain dan sumbangan mereka secara umum dapat dilihat dari ringkasan berikut :1. Hugo Munsterberg (1912) Penggunaan aplikasi berdasarkan pendekatan psikologi dalam kajian terhadap pekerja yang terlibat dalam industri perkilangan dan pengurusan. 1. Walter Dill Scott (1911) Memperkembangkan aplikasi berdasarkan pendekatan psikologi yang digunakan ke atas pekerja yang terlibat dalam sektor pengiklanan, pemasaran dan personel. 1. Max Weber (1946) Memperkenalkan Teori Birokrasi 1. Vilfredo Pareto (1917) Digelar Bapa Pendekatan Sistem Sosial kepada organisasi dan pengurusan. 1. Elton Mayo & F.J Roethlisberger (1933) Kajian yang terkenal di loji Howthorne milik Syarikat Western Electric. Kajian yang dibuat adalah berkenaan saling kaitan anatara pengaruh sikap dan hubungan sosial kumpulan kerja ke atas prestasi. 1. Chester Barnard ( 1938 ) :

Antara karya yang terkenal adalah The Functions of Executives. Menurut beliau tugas pengurus ialah untuk memelihara sistem usaha kerjasama dalam organisasi formal. Beliau menyarankan pendekatan sistem social yang komprehensif kepada pelanggan. 1. Laurence Peter (1969) Meneliti dan membuat rumuasan berdasarkan pemerhatiannnya yang mendapati bahawa kebanyakan orang dinaikkan pangkat akan diberikan tugas baru di tahap yang mereka tidak cekap. 1. William Ouchi (1981) Membincangkan amalan pengurusan Jepun yang terpilih dan disuai guna dalam persekitaran Amerika Syarikat. 1. Thomas Peters & Robert Waterman (1982) - Mengenalpasti ciri-ciri syarikat yang mereka anggap unggul
Sumber : Pengurusan Harold Koontz & Heinz Weirich (Terjemahan DBP)

Pentadbiran Definisi Dari Segi Takrifan Menurut Haji Wan Azmi Ramli di dalam bukunya Pengurusan Terkini Pentadbiran adalah satu cara untuk menjayakan dasar-dasar kerajaan melalui penyelarasan serta penyeliaan segala pekerjaan yang dibuat disamping tindakan yang diambil. Haji Wan Azmi Ramli turut menyatakan bahawa pentadbiran ialah sesuatu yang ditadbirkan dan ini merangkumi bidang batasan yang amat luas seperti menelah (meramal), merancang, mengelola, mengawal, menasihat, menyelaras, menyelia, melatih dan kadangkala ,meniru dan menurut. Segala ini diuruskan, secara sedar atau tidak sedar mengikut dasar tertentu agar matlamatnya tercapai dan kerja berjalan lancar yang boleh dimanfaat oleh semua. Para sarjana Barat mempunyai takrifan yang tersendiri mengenai definisi pentadbiran dari sudut takrifan. Sebagai contohnya Mayo (1954) mendefinisikan pentadbiran adalah satu fungsi untuk menetapkan, menentukan, dan memperjelaskan sesuatu, menggubal dasar dan peraturan serta memberikan kepercayaan kepada kakitangan untuk menyelesaikan penugasan terutama penugasan yang berprestij tinggi..Selain daripada penekanan turut diberikan agar pentadbir diberikan autonomi untuk membuat sebarang pilihan, penyediaan dan pengelolaan ke atas segala kemudahan yang bersesuaian. Bagi Newman (1963) pula, beliau mentakrifkan pentadbiran sebagai satu garis panduan yang berpandukan gaya kepimpinan yang mampu menyelia dan mengawal segala usaha yang dijalankan bersama oleh individu di dalam sesebuah organisasi yang mempunyai matlamat yang sama. Menurut pendapatnya lagi kerja-kerja pentadbiran mempunyai perkara-perkara asas seperti perancangan, pengelolaan, mengatur, mengumpul, membuat penyeliaan dan membuat pengawalan.

Definisi Dari Segi Konsep Woodrow Wilson melalui bukunya The Study Of Administration menyatakan konsep dan pemahaman tentang pentadbiran dapat dipelajari dengan lebih mudah sekiranya seseorang itu mempelajari dan memahami sepenuhnya konsep sains politik. Menurutnya terdapat dua persoalan yang utama apabila memperkatakan tentang konsep pentadbiran iaitu :1. 1. Siapakah yang paling sesuai menggubal undang-undang dan apakah rasional disebalik Bagaimanakah kaedah yang terbaik untuk melaksanakan undang-undang yang digubal Charles A. Beard berpandangan bahawa pentadbiran adalah satu dari cabang ilmu sains. Melalui kajian beliau yang dijalankan melalui The Bureau Of Municipal Research, beliau dikatakan dapat mengggariskan perbezaan yang nyata konsep pentadbiran dalam sektor kerajaan dan sektor swasta. Beliau juga berpendapat bahawa terdapat elemen hubungan manusia dalam pentadbiran.
Sumber : Konsep Asas Pentadbiran Awam K. Ramanatha

penggubalan undang-undang tersebut? dengan jelas, nyata dan tanpa meninggalkan apa-apa fakta penting yang berkaitan?