Anda di halaman 1dari 6

SYAHIRAH BINTI ZAINALABIDIN

Soalan PJM 3112 Tajuk 4 : Pengurusan Permainan Tradisional

Objektif

Gambar menunjukkan beberapa jenis permainan tradisional yang terdapat di Malaysia. Antara berikut yang manakah merupakan tujuan sebenar permainan ini diwujudkan?

I. II.

Sebagai aktiviti untuk memenuhi masa lapang Permainan yang mendorong pemainnya menggunakan kemahiran kognitif untuk menyelesaikan masalah

III. IV.

Permainan yang dicipta untuk tujuan komersial semata-mata Untuk menjana kreativiti seseorang individu

A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja C. I, II dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja

PISMP PRASEKOLAH JANUARI 2011

SYAHIRAH BINTI ZAINALABIDIN

Permainan Konda Kondi yang juga dikenali sebagai Perik Mata memerlukan fikiran yang tajam dan kekuatan pemain. Pemain perlu memikirkan arah yang selamat untuk menguis kayu dan mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan.

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah aspek kecergasan yang dapat dibina dalam diri para pemain sekiranya mereka bermain permainan ini dengan cara yang betul?

A. Imbangan B. Masa tindak balas C. Daya tahan otot D. Ketangkasan

Struktur Sebelum memulakan permainan tradisional, biasanya undian dilakukan bagi menentukan atau memulakan pertandingan. Nyatakan DUA sistem undian yang kerap digunakan dan terangkan cara undian tersebut dijalankan. ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

PISMP PRASEKOLAH JANUARI 2011

SYAHIRAH BINTI ZAINALABIDIN

Esei Kepentingan menjaga permainan tradisional akan mampu mendidik generasi muda menghargai dan menghormati permainan ini agar tidak pupus ditelan zaman. Namun kini permainan congkak, galah panjang, batu seremban dan seumpamanya semakin dilupakan. Berdasarkan pernyataan di atas huraikan kepentingan memelihara permainan tradisional dan sebab-sebab permainan ini kian dilupakan.

PISMP PRASEKOLAH JANUARI 2011

SYAHIRAH BINTI ZAINALABIDIN

SKEMA JAWAPAN Objektif C. B. I, II dan IV sahaja Masa tindak balas

Struktur Lambung duit Cara membuat undian: a) Wakil pasukan akan memilih permukaan duit syiling b) Lambungan dalam bentuk pusingan ke atas akan dilakukan oleh orang yang berkecuali atau pengadil c) Apabila duit jatuh, wakil pasukan dan pengadil akan melihat hasil lambang duit syiling yang tengadah ke atas d) Pemain yang membuat tekaan pada duit syiling yang tengadah dikira sebagai pemenang

Mencabut Nombor atau Perkataan Cara membuat undian: a) Kepingan kertas dipotong berdasarkan bilangan pemain atau jika dilakukan bagi menentukan ahli kumpulan, nombor ditulis adalah mengikut kumpulan b) Tetapi sekiranya undian dilakukan untuk menentukan giliran, nombor ditulis dalam sistem menaik mengikut jumlah ahli c) Kepingan kertas yang ditulis nombor akan digulung dengan kemas dan diisi ke dalam kotak serta dikocak d) Setiap pemain boleh mengambil satu gulungan kertas sahaja dan nombor yang tercatat akan menentukan kumpulan atau giliran pemain *Jawapan-jawapan lain yang relevan juga diterima

PISMP PRASEKOLAH JANUARI 2011

SYAHIRAH BINTI ZAINALABIDIN

Esei Kepentingan memelihara permainan tradisional: - Mengekalkan warisan dan kebudayaan sesuatu kaum o Permainan tradisional menunjukkan sesuatu kebudayaan. Contohnya, permainan wau, gasing, congkak, sepak raga menunjukkan dapat kebudayaan warisan kaum Melayu o Warisan budaya dapat diteruskan sekali gus menjadi cermin identiti bangsa - Tarikan pelancong o Satu cara yang menarik dan berkesan untuk mempromosi

pelancongan negara o Sebagai satu unsur tambahan untuk menarik minat masyarakat luar o Memberikan pengalaman yang berharga kepada para pelancong asing - Menyihatkan tubuh badan o Terdapat permainan tradisional yang melibatkan aktiviti kecergasan fizikal seperti sepak raga dan galah panjang o Dapat menjana minda atau kemahiran berfikir untuk sesuatu permainan seperti dam dan congkak - Mewujudkan semangat perpaduan o Mengukuhkan mengira kaum o Membentuk persefahaman dan semangat setiakawan dalam hubungan silaturrahim antara masyarakat tanpa

melaksanakan sesuatu permainan - Mengelakkan gejala sosial o Penggunaan masa lapang yang lebih bijak dan berfaedah serta terancang

PISMP PRASEKOLAH JANUARI 2011

SYAHIRAH BINTI ZAINALABIDIN

Punca permainan ini semakin dilupakan: - Arus pemodenan teknologi o Masyarakat dewasa ini lebih mementingkan aktiviti mengejar

kebendaan dan kemewahan o Lebih tertarik dengan perkembangan teknologi maklumat yang pesat membangun - Kurang nilai komersial o Generasi muda memandang remeh terhadap permainan ini kerana mereka bertanggapan permainan ini tidak mendatangkan hasil yang lumayan dan tiada nilai komersial seperti permainan badminton dan bola sepak - Persaingan daripada permainan lain o Kegemaran generasi muda lebih cenderung kepada permainan masa kini dan moden seperti tenis, badminton, skuasy, permainan video dan sebagainya - Kurang pendedahan dan diperluaskan o Permainan tradisional kurang diperkenalkan pada semua peringkat baik di sekolah mahupun badan-badan atau pertubuhan swasta o Permainan ini dianggap bukan menjadi agenda penting sesebuah badan sukan o Permainan ini kurang popular kerana hanya melibatkan beberapa negara tertentu sahaja o Jarang diketengahkan pada peringkat yang lebih tinggi seperti sukan bertaraf dunia atau antarabangsa

*Jawapan-jawapan lain yang relevan juga diterima

PISMP PRASEKOLAH JANUARI 2011

Anda mungkin juga menyukai