Anda di halaman 1dari 7

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN BIOGRAFI Nama: Uthman ibn Affan bin Abil As bin Umaiah, bin abd

d sham Keturunan: Quraisy Tarikh lahir: 47 sebelum Hijrah Tempat lahir: Taif Penampilan: Kacak, lemah- lembut dan berjanggut perang Gelaran: Zu Nurain (berkahwin dengan dua puteri Rasulullah) Tarikh lantik khalifah: 5 Muharam 24 Hijrah Tempoh menjadi khalifah: 10 tahun Wafat: 18 Zulhijah 35 Hijrah Punca wafat: Mati di bunuh

SUMBANGAN SAIDINA UTHMAN A) Kegemilangan Pada era Khalifah Uthman, wilayah Islam bertambah luas hingga ke Kabul, di bahagian timur asia, dan Maghribi di sebelah bahagian utara Afrika. Beliau juga berjaya menumpaskan pemberontakan dengan kekuatan yang dimiliki. Kekuatan angkatan kaum Muslimin terserlah sehigga dapat menundukkan pasukan Byzentine yang menguasai laut ketika itu. Dengan penaklukan sepanjang pesisiran Afrika Utara maka pengawalan laluan laut Mediterranean terletak di bawah penguasaan islam. B) Memelihara kesucian al-Quran Al-Quran al-Karim adalah tertulis dalam bahasa arab, yang merupakan bahasa asing bagi jutaan manusia yang memeluk islam ketika itu. Apabila mereka membaca mushaf al-Quran maka bacaan mereka menimbulkan kekeliruan dari sudut bacaan (qiraah) ekoran dari tulisan dan salinan yang berbeza. Bagi mengelakkan al-Quran tercemar dari sudut tulisan dan bacaan maka Khalifah Uthman mengambil langkah memusnahkan salinan-salinan yang terdapat di Syria, Basrah, kufah, Mesir dan lain-lainnya, dan menetapkan cuma mushaf yang terdapat di Madinah sahaja yang diakui kesahihannya, dan sekaligus menjadi satusatunya mushaf tumpuan dan rujukan bagi kaum Muslimin seluruhnya. ( C) Tugas dakwah Khalifah Uthman menghabiskan banyak waktu dengan menyampaikan dakwah di kalangan orang-orang tawanan perang. Ramai bilangan mereka yang memeluk islam ekoran dakwah yang disampaikan oleh beliau, dan di samping itu, beliau turut mengajar fiqh kepada penganutpenganut islam, yang pada satu ketika, menunjukkan jemaah tentang cara-cara mengambil wudhu dengan sempurna.

D) Kerja-kerja pembangunan Bangunan-bangunan pejabat dibina, begitu juga rumah-rumah rehat untuk kegunaan para pegawai yang bertugas di beberapa bandar seperti Kufah, Basrah dan Syria. Bagi kepentingan rakyat umum, jalan raya, jambatan dan telaga airdibina bagi keperluan para pengembara, dan begitu juga tebing-tebing sungai turut dibina bagi mengatasi masalah banjir yang sering dihadapi oleh penduduk Madinah. E) Ketaqwaan mendalam Ketaqwaannya begitu mendalam maka itulah beliau segera menangis apabila disebutkan tentang azab di kubur. Katanya, kubur adalah tempat pertama sebelum menuju akhirat. Sekiranya seseorang itu dapat mengatasi azab kubur, maka ia akan peroleh kejayaan pada hari perhitungan kelak. F) Pentadbiran kenegaraan Beliau mengamalkan sistem syura sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah sebelumnya, dengan para sahabat yang sama dilantik menduduki Majlis Syura sebagai anggotanya, dan mereka ialah Ali ibn abi Talib, Zubeir bin al-Awam, Talhah bin Ubaidillah, dan Abdul Rahman bin Auf.

G) Pemerintahan wilayah Mereka yang di lantik sebagai pentedbir wilayah pada zaman pemerintahannya adalah Muawiyah bin Abi Sufian di Syria, Yaala bin Muhabbah di Yaman, Abdullah bin Hadrami di Makkah, Qasim bin Rabiah al-Thaqafi di Taif, Abdullah bin Amir, Abdullah bin saad di Mesir, Abu Musa al-asyari di Kufah, dan Habib Muslimah Fahmi di Asia kecil, termasuk Armenia dan Antalia. H) Ketenteraan Ketenteraan pada era pemerintahannya meningkat kekuatannya dan begitu juga bilangan anggotanya di samping menyelaraskan mekanisma perhubungan di antara satu Briged dengan satu Briged yang lain. Misalnya, ketika Muawiyah bin abi Sufian memerlukan pasukan tentera untuk menghadapi kemaraan pasukan tentera Byzentine maka Briged tentera di Iran dan Armenia digerakkan segera untuk membantu Muawiyah bin abi Sufian di Syria. I) Pencukaian dan perbendaharaan Pendapatan hasil cukai untuk perbendaharaan meningkat dam hasil itu dipergunakan sebaiknya demi kepentingan dan kebajikan rakyat. Imbuhan ditambah untuk pelbagai peringkat dan golongan rakyat, dan pada bulan-bulan Ramadhan, orang-orang miskin dan mereka yang tidak berupaya disediakan makanan untuk berbuka puasa. Peruntukan perbelanjaan bangunan diambil dari wang perbendaharaan untuk membina jalan, jambatan, masjid, projek perumahan dan kelengkapan tentera. Beliau merupakan Khalifah pertama yang mengambil keputusan bagi pembiayaan tetap untuk para Muadzin.

SAIDINA UTHMAN SEORANG DERMAWAN Dalam tahun kesembilan hijrah, Nabi mendapat berita bahwa Rom sedang merancang untuk memusnahkan Negara Islam yang baru muncul. Nabi seterusnya mengarahkan kaum kaum Muslimin untuk melengkapi diri mereka dengan persiapan perang. Tetapi persediaan menjadi sukar kerana pada tahun itu, kaum Muslimin nampaknya kekurangan sumber tanaman, dan mereka sedang menghadapi musim panas yang sangat panas. Mereka tidak memiliki kelengkapan yang cukup seperti tentera, kerana sebahagian besar Muslimin terdiri dari golongan yang miskin. Situasi ini tidak menghentikan Nabi SAW. Baginda mendesak para sahabat mempersiapkan diri untuk berperang. Setiap sahabat mencuba segala yang terbaik untuk memperkuatkan pasukan Muslimin. Perempuan menjual perhiasan emas dan permata yang mereke miliki untuk membantu persiapan perang. Walaupun ratusan sahabat yang siap untuk masuk ke medan perang, mereka kekurangan banyak perkara yang diperlukan untuk berperang, seperti kuda, unta, dan bahkan pedang. Nabi mengatakan kepada mereka bahawa ini adalah persoalan yang hidup atau mati untuk negara Islam yang baru. Nabi lantas membuat pengumuman yang jelas: Barangsiapa yang menyediakan kelengkapan untuk para prajurit, akan diampuni segala dosa oleh Allah. Usman bin Affan saat mendengar ucapan Rasulullah SAW, dia menyiapkan dua ratus unta berpelana untuk melakukan perjalanan ke As-Sham, dan mereka semua disiapkan dengan 200 auns emas sebagai sumbangan. Dia menyumbangkan 1000 dinar dan meletakkannya ke atas riba Nabi. Lagi dan lagi `Usman bin Affan sampai ia memberi sumbangan dengan menambah 900 unta dan 100 kuda, selain wang yang diberikan. Melihat kedermawanan `Usman bin Affan, Nabi membuat pernyataan berikut: Dari pada hari ini, tidak akan ada apa yang akan membayakan `Usman bin Affan walaupun apa yang dilakukannya.

Kisah Ke-Islaman Saidina Usman bin Affan R.A 1. Saidina Usman termasuk dlm golongan yg mula memeluk Islam. 2. Beliau memeluk Islam melalui dakwah yg telah disampaikan oleh Saidina Abu Bakar As-Sidiq R.A. 3. Saidina Usman mudah menerima Islam kerana beliau mempunyai akhlak yg mulia. 4. Kita mestilah mengamalkan aklhlak yg terpuji supaya mudah menerima kebenaran.

Sifat Peribadi Saidina Usman bin Affan R.A 1. Sifat Taat kpd Allah dan Rasul. Contoh : Beliau sanggup berhijrah ke Habsah dgn meninggalkan segala kemahuan, harta benda dan sanak saudara demi menyahut seruan Allah dan Rasul. 2. Takut kpd Allah Contoh : Beliau banyak beribadah spt kiamulai, berpuasa sunat dan membaca Al-Quran sebagai persediaan utk menghadapi hari slepas mati. 3. Malu dan lemah-lembut Contoh : Sentiasa mengeluarkan kata-kata yg baik ketika bercakap walaupun dgn musuh.

Anda mungkin juga menyukai