Anda di halaman 1dari 2

Contoh Surat Perlantikan Guru Penasihat Rujukan Tuan: Rujukan Kami: Tarikh: Encik Ramli bin Putih, Guru

Penasihat Pergerakan Pengakap, SMK Bandar Banting, 42700 Banting, SELANGOR. Tuan, PERLANTIKAN SEBAGAI GURU PEMIMPIN PERGERAKAN PENGAKAP Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Berhubung perkara diatas, dimaklumkan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya sebagai penolong pendaftar oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti termaktub dalam Peraturan (4) Warta kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196, bahawa tuan telah dilantik sebagai Guru Pemimpin Pergerakan Pengakap, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting berkuatkuasa mulai 1 hb. Januari 2005 hingga 31hb. Disember 2005. a. perlu dilaksanakan oleh tuan. Bersama-sama ini disertakan senarai tanggungjawab yang SMKBB/7/P/2002(20) JEA2003/PKS/05/2003(6) 2 Januari 2005

3. Semoga dengan pelantikan ini tuan dapat menjalankan tanggungjawab untuk meninggikan prestasi perkhidmatan pendidikan dan pergerakan pengakap. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

. ( ) Pengetua, SMK Bandar Banting, Jalan Telekom 2, 42700 Banting. SELANGOR. Merangkap PENOLONG PENDAFTAR PERSATUAN SEKOLAH s.k. 1. 2. 3. Fail Peribadi Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah Fail Pengakap

Tanggungjawab Guru Pemimpin/Penasihat 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah. Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Passukan Pakaian Seragam, Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan/Permainan. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik. Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disedia dan difailkan. Mendaftarkan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab Persatuan dan Kelab Sukan/ Permainan kepada Pengetua/Guru Besar atau Badan Induk. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli. Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/zon/daerah/negeri dan kebangsaan dengan baik. Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan . Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli. Menandatangani Buku Kehadiran Ahli. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili . Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua/Guru Besar dari semasa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai