Anda di halaman 1dari 6

KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), pendidikan adalah suatu usaha yang

berterusan dan berlangsung sepanjang hayat (life long learning). Ini kerana adalah secara rasionalnya, manusia mengalami pertumbuhan dan

perkembangan dan ini akan menyebabkan perubahan berlaku pada individu. Selain daripada itu, persekitaran yang terus berubah dari semasa ke semasa juga menuntut kepada ketrampilan yang perlu sentiasa dipertingkatkan. Melalui konsep pendidikan sepanjang hayat, kesinambungan dalam kehidupan dapat berlangsung dengan lancar dan baik. Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Berdasarkan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), matlamat pendidikan negara dapat dihuraikan sebagai menyedia dan memberi peluang pendidikan kepada semua rakyat di negara ini tanpa mengira kaum dan asal keturunan. Seterusnya memberi peluang kepada rakyat negara ini menuntut ilmu sepanjang hayat selaras dengan konsep pendidikan seumur hidup dan membolehkan mereka melakukan kerja dengan menggunakan kemahiran yang dipelajari. Pendidikan juga dapat mengembangkan keupayaan individu dari segi fizikal dan mental lantas membolehkan seseorang itu menghayati prinsip Rukun Negara bagimeng hasilkan rakyat yang lebih baik, iaitu rakyat yang taat setia, progresif, patriotik, bertoleransi dan bermoral baik. Selain daripada itu, proses pendidikan dapat melengkapi seseorang itu

dengankemahiran berkomunikasi untuk meningkatkan kefahaman yang positif danmengeratkan perhubungan antara satu sama lain. Pendidikan juga dapat menghasilkan tenaga perkerja yang berpengetahuan dan berkemahiran bagi mempertingkatkan produktiviti untuk kestabilan politik, sosioekonomi dan budaya ELEMEN-ELEMEN UTAMA DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Terdapat empat belas elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Pertama ialah pendidikan suatu usaha berterusan iaitu di mana pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni.

Proses pemerolehan dan pemindahan ilmu ini berlangsung secara berterusan bermula dari kecil sehingga ke akhir hayat. Ini dapat membantu individu terbabit menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan. Kedua ialah perkembangan potensi individu di mana pendidikan akan dapat memberi peluang kepada individu untuk berkembang bakat, potensi dan kebolehan mereka. Kita sedia ketahui bahawa setiap individu telah dikurniakan Tuhan dengan bakat, potensi dan kebolehan yang tertentu. Maka seelok-eloknya ia hendaklah dicungkil, dipupuk, dikembangkan dan dipertingkatkan. Ketiga pula ialah perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu di mana bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh dikembangkan secara berasingan, sebaliknya dihubungkaitkan atau diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan antara satu sama lain. Ini dilihat kerana perkembangan dan peningkatan seelokeloknya merangkumi empat aspek, iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani. Keempat ialah insan yang seimbang dan harmonis iaitu amat penting bagi individu memiliki ilmu(intelek), sahsiah yang baik(emosi), percaya kepada Tuhan serta mempunyai akhlak yang baik(rohani) dan kesihatan diri yang baik(jasmani). Apabila keempat-empat ini seimbang, maka terhasillah individu yang mampu hidup secara harmonis dengan diri sendiri dan orang lain. Kelima merupakan unsur intelek iaitu di mana setiap individu mesti mempunyai kemahiran asas 3M ( membaca, menulis dan mengira). Individu tersebut juga mestilah sering berusaha untuk memperoleh dan mengembang ilmu yang benar serta berkemahiran untuk berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif. Tidak lupa juga, individu juga haruslah sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran. Unsur rohani adalah unsur yang kedua iaitu setiap individu perlu menyedari dan percaya kepada Tuhan serta bersyukur dengan pemberian Tuhan. Tidak ketinggalan, individu tersebut haruslah berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni. Unsur emosi pula adalah penting kerana setiap individu mestilah mempunyai emosi yang matang dan stabil semasa menuntut ilmu pengetahuan dan patut memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang serta mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan.

Unsur yang terakhir ialah unsur jasmani iaitu di mana individu hendaklah menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal dan boleh mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial serta menggunakan kemahiran

kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat. Elemen yang keenam adalah kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan di mana setiap individu mestilah mengakui tentang kewujudan Tuhan dan mengakui Tuhan sebagai Pencipta manusia dan alam. Individu juga mesti menyedari bahawa hukum dan fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan dan haruslah menyedari juga bahawa individu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala perbuatan dan tindakannya serta mengamalkan segala ajaran agama yang dianuti. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan merupakan elemen yang ketujuh di mana setiap individu sepatutnya mencintai ilmu pengetahuan dan berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya membaca serta mempunyai fikiran yang luas dan terbuka. Seterusnya elemen kelapan mengatakan bahawa rakyat Malaysia yang berketerampilan mestilah mempunyai kecekapan dan kompetensi diri dan berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna serta mempunyai pandangan yang jauh dan berinisiatif. Individu juga haruslah memupuk pembawaan diri yang baik. Elemen kesembilan ialah rakyat Malaysia yang berakhlak mulia iaitu individu perlu mempunyai perwatakan diri yang baik serta berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab merupakan elemen yang kesepuluh di mana individu ialah seorang yang boleh dipercayai dan menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan harus dilaksanakan dengan baik. Setiap individu hendaklah menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan cekap selain dari mematuhi peraturan undang-undang negara serta berusaha untuk meningkatkan diri,keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara. Elemen yang kesebelas ialah rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri iaitu individu mesti berfikiran waras dan berjiwa tenang dan

mempunyai daya ketahanan daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup. Seterusnya ialah rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara adalah elemen yang kedua belas di mana setiap individu hendaklah berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormatmenghormati dan sebagainya. Individu tersebut mestilah juga berusaha untuk memajukan ekonomi negara berdasarkan dasar-dasar yang ditetapkan di samping sering mengekalkan kestabilan dan mematuhi perlembagaan dan peraturan negara serta mampu mempertahankan maruah diri, profesion, agama, bangsa dan negara. Elemen yang ketiga belas ialah berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri iaitu individu mesti mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang tinggi serta berkebolehan untuk mengharungi liku-liku hidup. Manakala yang terakhir adalah sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Di mana individu haruslah menjadikan Rukun Negara sebagai amalan hidup dan perlu memupuk

persefahaman keluarga. Individu juga hendaklah mematuhi norma masyarakat dan cintakan negara.

IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA Pertama, Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah satu dokumen rasmi yang menggariskan hasrat kerajaan terhadap sistem pendidikan negara ini serta matlamat pendidikan dengan jelas. Oleh itu, kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan hendaklah dihayati dan diusahakan oleh kaum pendidik bagi memastikan hasrat kerajaan dan matlamat pendidikan tercapai. Dalam pada itu, amat penting agar Falsafah Pendidikan Kebangsaan dijadikan satu garis panduan dan rujukan kaum pendidik semasa mereka melaksanakan tugas-tugas pendidikan serta fungsi-fungsi pendidikan masing-masing.

Kedua, para pendidik hendaklah memainkan peranan aktif dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam hal tersebut, mereka haruslah bersifat terbuka terhadap perubahan yang pesat dalam bidang sains dan teknologi terutamanya dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Sehubungan dengan itu, mereka seharusnya bersedia untuk menimba ilmu dan kemahirankemahiran baru berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran, kemudian berani dan sanggup melaksanakan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah bagi mata pelajaran yang diajar. Ketiga, para pendidik perlu menyedari hakikat bahawa tugas dan tanggungjawab mereka bukan hanya terbatas dan tertumpu kepada penyampaian ilmu dan kemahiran sahaja. Malahan pembentukkan modal insan itu juga perlu diberi perhatian yang serius. Adalah diharapkan agar generasi muda menjadi individu yang berkembang secara menyeluruh dan seterusnya berupaya menyumbangkan ilmu, kemahiran, masa dan tenaga mereka demi keluarga, masyarakat dan negara. Selain daripada itu, guru-guru juga mesti memiliki ciri-ciri yang berikut : Mesti mempunyai unsur kecintaan dan kemesraan serta mempunyai penampilan diri yang menarik. Mesti mempunyai integriti yang tinggi di mana dia boleh dipercayai serta mempunyai tabiat baik yang kukuh. Mesti bertanggunjawab dan sentiasa menyempurnakan tugas. Mesti mempunyai imej kendiri yang baik dan berasa yakin pada diri sendiri. Mesti mempunyai tenaga mental yang tinggi serta berkeupayaan untuk terus belajar seiring dengan pertambahan tugas. Mesti mempunyai daya kepimpinan supaya ia boleh berpengaruh ke atas orang lain. Sebagai rumusan, jelas terbukti bahawa sekiranya setiap pendidik berpegang kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam menjalankan tugas dan

tanggungajawab professional mereka, sudah pasti matlamat dasar pendidikan negara akan menjadi satu kenyataan, dan bukan hanya satu impian sahaja.