Anda di halaman 1dari 15

PEMBANGUNAN SAHSIAH ( KKD 2063 ) NOVEL RANJAU SEPANJANG JALAN ( AKHIRNYA LAHUMA)

HAFIZA BINTI MOHD AKHBAR I/C. NO. 751130-11-5234 NO. MATRIK : PPG /12966/12

PENSYARAH DR. SHAHABUDDIN B HASHIM DR NORSHAFRIN BT AHMAD DR SYED MOHAMAD B SYED ABDULLAH

Isi Kandungan

1.Isi kandungan 2.Pendahuluan Pembangunan Sahsiah

3.Pengenalan Latar Belakang Penulis Sinopsis Novel Ranjau Sepanjang Jalan

4. Teori Personaliti Waja Diri- Resilience Definisi Fakto-faktor Yang mempengaruhi Resilience Kemampuan-kemampuan dasar resilience

5.Tajuk: Akhirnya Lahuma Penerapan Teori/Analisa Karya 6. Rumusan 7.Rujukan

PENDAHULUAN PEMBANGUNAN SAHSIAH Sahsiah diambil pada perkataan Bahasa Arab iaitu keperibadian ataau peribadi.Ia juga menggambarkan sifat personaliti unik individu yang membezakan dirinya dengan individu yang lain. Manakala Abdul Majid dan Rahil(1995) mendefinisikan sahsiah sebagai perkaitan antara penilaian ,perasaan, emosi dan perlakuan manusia.Selain itu ,sahsiah juga merujuk kepadaa pembbentukan psikologi seseorang individu secara keseluruhan .Menurut Asmah dan Herman (1995) Sahsiah manusia boleh diperhati,dikenalpasti dan diperihalkan.Oleh itu pembangunan sahsiah merujuk kepada aspek perubahan pada diri manusia itu sendiri samaada perubahan itu secaraa positif atau negatif.Pembangunan Sahsiah juga membawa makna membina akhlak ,peribadi dan tingkah laku dengan matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun,intelek,murni dan berdaya maju. Pembangunan sahsiah seseorang dipengaruhi oleh factor baka dan persekitaran.Faktor baka ialah saizbadan, penyakit,kecerdasan dan temperamen. Faktor persekitaran pula ialah keluarga,pengalaman awal,kebudayaan,pengaruh sekolah,rakan sebaya,media massa daan masyarakat.Melalui faktor baka saiz badan akan menentukan kesesuaian seseorang dalam melakukan aktiviti. Kebolehan melakukan sesuatu aktiviti akaan meningkaykan keyakinan diri individu serta menjadi tumpuan orang dan ini akan meningkatkan penghargaan kepada individu dan seterusnya membentuk sahsiah diri yang sihat.Bagi faktor penyakit pula terdapat beberapaa jenis penyakit yang diwarisi melalui baka seperti asma , kencing manis,sakit jantung dan sebagainya boleh menjejaskan hubungan dirinya dengan orang lain. Ini akan mempengaruhi perkembangan sahsiah individu dan perkembangan sosial dan emosi terganggu. Menurut Azizi et al (2007) kecerdasan mempunyai hubungan signifikan dengn prestasi akademik.Individu yang mempunyai kecerdasan yang tinggi akan membentuk sahsiah yang positif.Manakala faktor Temperamen merupakan sifat semulajdi individu yang mempengaruhi interaksi individu dengan individu yang lain. Faktor persekitaran memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah individu antaranya keluarga. Didikan daripada ibu bapa sejak kecil boleh mempengaruhi perkembangan sahsiah atau personaliti individu. Pengalaman awal kanakkanak member kesan yang besar terhadap kehidupan di kemudian hari.pengalaman awal yang negatif akan menjejaskan pembangunan sahsiah individu. Faktor kebudayaan juga mempengaruhi perkembangan sahsiah melalui kebudayaan yang berbeza mempunyai norma dan nilai berbeza.Pengaruh sekolah adalah agen sosialisasi yang berfungsi secara formal.Guru memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pembangunan sahsiah individu. Guru yang penyayang akan mempengaruhi pembentukan emosi murid-murid yang stabil. Oleh itu pembangunan sahsiah merupakan penampilan kendiri seseorang secara keseluruhan iaitu dari aspek fizikal ,emosi ,spiritual ,cara berfikir dan berinteraksi. Ia juga tidak dapat dipisahkan dengan kepercayaan agama. Bagi membangunkan sahsiah individu faktor persekitaran dan keluarga adalah penting selain faktor kendiri .

PENGENALAN LATAR BELAKANG PENULIS : SHAHNON AHMAD Dato Hj Shahnon bin Ahmad dilahirkan pada 13 Januaari 1933di Kampung Banggul Dedap, Sik , Kedah.Beliau telah mendapat gelaran Sasterawan Negara pada 9 Oktober 1982. Beliau lebih mesra dipanggil Cikgu Shahnon tetapi bergelar Professor Emiritus di university Sains Malaysia,Pulau Pinang. Ayah beliau merupakan seorang posmen, bernama Hj Ahmad bin Hj. Abu Bakar yang berasal dari Medan ,Sumatera.Haji Ahmad telah berkahwin dengan ibu Shahnon serta menetap di Sik. Haji Ahmad pernah menjadi perisik di era Perang Dunia Kedua kepada pihak British bagi mencari maklumat-maklumat rahsia tentang gerakaan gerakan pihak Jepun. Ibu Shahnon , Hajah Kelsum binti Haji Mohd Saman, bersal dari kampong Poseng ,Pattani , Thailand Dia merupakan generasi kedua daripada keturunan Pattani yang brpindah dan bermastautin di Kampung Banggul Derdap. Dato Shahnon Ahmad mendapaat pendidikan asas di Sekolah Melayu Sik pada tahun 1941. Setelah lulus darjah V (1946) beliau menuntut pula di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar sejak dari tahun 1947 hingga 1953.Pada tahun 1954 Shahnon bekerja sebagai guru dan bertugas I Grammer English School di Kuala Terengganu. Pada tahun 1955 hingga 1956 beliau mendapat latihan sebagai Pegawai Askar Di Raja, Port Dickson, Negeri Sembilan. Pada zaman kanak-kanaknyaShahnon Ahmd menjlani kehidupanya di Kampung Bamggul Derdap. Beliau dikenali sebagai kanak kanak yang pendiam , pemalu dan tidak suka bergaul dengan orang lain.Aktiviti yang selalu dilakukan oleh Dato Shahnon ialah mengikut ibunya ke sawah.Selepas tamat sekolah menengahnya, beliau memperlihatkan bakatnya sebagai penulis.Sifatnya yang sensitif mendorongnya menulis kisah-kisah hidup manusia yang berlaku di sekelilingnya. Shahnon mula berkarya pada perterngahan tahun 1950-an dan dalam masa 10 tahun beliau telah muncul sebagai penulis dan mempunyai bakat besar.Beliau adalah seorang penulis yang begitu sensitif kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalam dan luar masyarakat bangsanya.Sebahagian karyanya ialah: Anjing-anjing(1964) Debu Mrah(1965 Rentong(1965) Terdedah(1965) Ranjau Sepanjang Jalan ( 1966) Protes (1967) Serengenge(1973)

Sinopsis Novel Ranjau Sepanjang Jalan. Mengisahkan kehidupan keluaarga anak tani iaitu Lahuma dan kelurganya sejak zaman nenek moyangnya. Lahuma adalan seorang watak yang menerima segala dugaan yang datang dengan redha dan penuh kesyukuran. Sawah bendang , padi dan nasi begitu sinonim dalam kehidupan Lahuma sekeluarga.Meski pun pelbagai dugaan yang datang mereka sekeluarga mengharunginya dengan npenuh keredhaan . Bagi Lahuma sawah bendang adalah satu-satunya sumber mat pencarian bagi menyara dirinya, isterinya Jeha dan tujuh orang anak perempuanya. Suatu hari kaki Lahuma telah terkena duri nibung tetapi dia tetap berusaha untuk menyembuhkan dirinya tanpa pergi ke hospital.Walaupun dengan keadaan kakinya yang sakit dia masih tetap tidak menyrah kalah untuk mengerjakan sawah bendangnya.Sehinggalah Lahuma Dijemput mennghadap ILAHI.Walaupun Lahuma telaah mati tugas ketua keluarga telah diambil alih oleh isterinya Jeha dengan dibantu oleh anak-anaknya.Jeha telah memikul tugas sepertimana Lahuma dulu.Mennyambung Tugas Lahuma ke bendang mengerjakan sawah. Segala dugaan dihadapinya sama seperti lahuma.Jeha terus mengharungi hidupnyabersama-samaa aanaakanaknya menentang ranjau hidup. Namun begitu Jeha tidaklah sekuat kudrat lelaki seperti suaminya Lahuma.Kedatangan ketam yang telah merosakkan padi Jeha dan semua penduduk Kampung Banggul Dedap begitu mencabar kepada Jeha sekeluarga.Jeha akhirnya telah kalah dalaam mengharungi hidupnya sebagai pegganti suaminya . Disebabkan tidak dapat mengawal dirinya yang telah kehilangan suami dan keadaan hidup yang harus diharungi nya bersamaa tujuh anak perempuanya Jeha telah hilang ingatan.Jeha telah dihantar ke Hospital Tanjung Rambutan untuk mendapatkan rawatan. Tugas seterusnya telah diambil alih oleh anak sulungnya Sanah.Sanah akan menyambung mengerjakan bendang sawah untuk menyara hidup mereka sekeluarga.Walaupun bersedih dengan keadaan yang dialaminya , hidup mesti diteruskan.Sanah dibantu adik-adiknya meneruskan kehidupanya dengan penuh ranjau. Walaupun ibunya, Jeha telah pulang daripada menjalanu rawatan kedaan ibunya btetap seperti itu. Gilanya masih tidak hilang lagi. Namun begitu bSanah gembira kerana ibunya telah pulang. Sanah akan menjaganya bersama adikadiknya yang lain .Dengan kepulangan ibunya ,Jeha Sanah akan mengadak kenduri dengan hasil paadi barunya itu. Itulah yang dinantikan oleh Sanah untuk membuat kenduri padi baru untuk ibunya dan ayahnya Lahuma.

TEORI PERSONALITI WAJA DIRI ( Resilience ) DEFINISI . Menurut McMillan and Reed(1994) personaliti waja diri boleh disenaraikan kepada 4 faktor iaitu atribut individu, keluarga, sekolah dan penggunaan masa yang positif.Selain itu waja diri boleh dijelaskan sebagai satu proses penyesuaian atau pembaikkan yang melibatkan seseorang dengan persekitarannya. Manakala menurut Grotberg (1995) waja diri adalah kemampuan seseorang untuk menilai, mengatasi dan meningkatkan diri ataupun mengubah dirinya dari kesengsaraan dalam hidup. Bagi Reivich dan Shatte(1999) waja diri ialah keperluan individu untuk respon secara sihat dan aktif ketika menghadapi trauma atau kesulitan, dimana ia penting untuk mengatasi tekanan hidup seseorang. Berdasarkan pendapat-pendapat di atas waja diri boleh di rumuskan iaitu keperluan individu untuk mengatasi dan meningkatkan diri dari keburukkan dan tindakan secara sihat untuk memperbaiki diri sehingga mampu menghadapi dan mengatasi tekanan hidup seharian individu tersebut. Dalam konteks perkembangan manusia yang bersaandarkan kepada agama sebagai satu kemestiaan dalam kehidupan,seseorang itu tidak dapat lari daripada antribut atau faktor kerohanian.Individu yang mementingkan kedudukan dan pengaruh agama dalam kehidupan ,lebih-lebih lagi yang berpegang kepada agama sebagai satu cara hidup akan meletakkan elemen kerohanian sebagai antribut personaliti waja diri yang tertinggi.Manakala mengikut pandangan barat ialah teori personaliti waja diri berdasarkan pengalaman harian yang mereka alami dalam kehidupan.Mengikut Noran (1997)Teori personaliti yang dikemukakan banyak bergantung kepada peristiwa penting dalam kehidupan peribadi dan budaya yang ada dalam persekitaran mereka. Shatte dan Reivich (2002) telah mengemukakaan bahawa resilience atau waja diri ialah kemampuan sevara sehat dan proaktif untuk mengawal emosi ketika menghadapi rintangan atau trauma. Masten & Coatswerth(dalam Dawis,1999),mengatakan bahawa resilience memerlukan dua syarat, iaitu yang pertama adanya ancaman yang signifikan pada individu(ancaman berupa status high risk atau ditimpa kemalangan dan trauma yang kronis) dan yang kedua adalah adaptasi atau perkembangan individu tergolong baik(individu berperilaku dalam compotent manner) Menurut Grotberg (1999) resilience adalah kemampuan manusia untuk menghadapi , mengatasi,menjadi kuat ketika menghadapi rintangan . Resilience bukan merupakan suatu keajaiban , tidak hanya ditemukan padaa sebahagian manusia dan bukan merupkan sesuatu yang berasal dari sumber yang tidak jelas . Setiap manusia memiliki kemampuan untuk menjadi resilience dan setiap orang mampu untuk belajar bagaimana menghadapi ritangan dalam hidup seseorang.

Wolff (dalam Banaag, 2002), memandang resilience sebagai trait. Menurutnya, trait ini merupakan sesuatu tersembunyi yang muncul dan melawan kehancuran individu dan melindungi individu dari segala rintangan kehidupan. Individu yang mempunyai kebijaksanaan, mudah beradaptasi,social temperament dan peribadi yang menarik akhirnya akan memberikankontribusi secara konsisten pada diri sendiri .

Banaag (2002) menyatakan resillensi adalah satu proses interaksi antara faktor individual dengan faktor lingkungan ,. Faktor individual ini berfungsi menahan perosakan diri sendiri dan melakukan konstruksi diri secara positif, sedangkan faktor lingkungan berfungsi untuk melindungi individu daripada kesulitan hidup individu itu sendiri. Manakala menurut Papalia, Olds dan Fedman (2003) resillence itu adalah sikap tabah dan tahan lasak yang dimiliki seseorang ketika menghadapi perkara yang sukar dan sulit. Lazarus (dalam Tugade & Fredrikson 2004) mengatakan resillence dengan kelenturan pada logam.. Misalnya , besi cetak yang banyak mengandungi karbon sangat keras tetapi rapuh atau mudah patah (tidak resillence) sedangkan besi yang di tempa mengandungi sedikit karbon sehingga mudah dilentur dan dibentuk sesuai dengan keperluan (resilience)).Melalui fahaman itu resillence boleh diterapkan untuk membezakan individu yang memiliki daya tahan dan yang tidak sesuai didedahkan pada pengalaman negatif. Pada tahun 1992 Liquanti membuat kesimpulan bahawa teori resilience member kekuatan pada individu untuk menghadapi cabaran hidup. Mereka tidak mudah mengalah apabila menghadapi tekanan . Mereka mengawal diri daripada melakukan perkara-perkara yang negatif. Ini menjadikan individu itu seorang yang tabah dan cekal.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI RESILLIENCE.

Grotberg menyatakan terdapat beberapa faktor resillence yang mempengaruhi seseorang itu . a) Temperamen Temperamen mempengaruhi bagaimana seorang individu bereaksi terhadap ransangan.Apakah sseorang itu bereksi sangat cepat atau lambat terhadap ransangan. Twemperamen dasar sesorang mempengaruhi bagaimana individu itu menjadi seorang pengambil risiko atau individu yang berhati-hati. b) Budaya Perbezaan budaya merupakan faktoryang membatasi dinamika yang berbeza dalam resillensi seseorang. c) Usia Usia juga memainkan peranan yang penting dalam resillence seseorang. Anak-anak yang lebih muda (bawah lapan belas tahun) lebih banyak bergantung kepada sumber-sumber dari luar.Manakala anak-anak yang lebih tua (lapaan belas ke atas) banyak bergantung kepada kemampuan dirinya sendiri. d) Jantina Bagi perempuan mereka banyak mencari bantuan dan lebih sensitif berbanding lelaki lebih pragmatic, focus pada masalah dan lebih suka bertindak sendiri daripadaa bergaantung kepaada orang lain. Mengikut McMillan and Reed (1994) terdapat 4 faktor yang mempengaruhi resillence pada seseorang: a) Antribut individu. Antribut individu ini dikaitkan dengan sifat kerohanian yang adaa dalaam diri seseorang. b) Keluarga c)Persekitaran d)Penggunaan masa yang positif.

Kemampuan-kemampuan Dasar Resilience Shatte dan Reivich (2002) mengemukakan beberapa kemampuan yang bisa mengungkap kemampuan resilience pada individu iaitu : 1. Emotion Regulation Merupakan kemampuan untuk tetap tenang ketika berada di bawah tekanan. Individu yang resilience menggunakan kemampuan pengaturan emosi agar boleh mengawal emosi, perhatian dan perilaku mereka. Selfregulation sangat penting untuk membentuk hubungan yang intim, berhasil di tempat kerja dan memiliki fizikal yang sihat. Sebaliknya, individu yang tidak dapat mengawal emosi maka mereka sering merasa keletihan secara emosional dan menunjukkan ketidakmampuan untuk mengatur emosi dan tidak mampu untuk membina hubungan dengan orang lain. 2. Impulse Control Impulse Control adalah kemampuan untuk mengendalikan mengendalikan dorongan-dorongan primitif yang ada dalam diri individu dan lebih mengutamakan fikiranfikiran yang rasional. Ketidakamampuan untuk menahan dorongan-dorongan bisa melibatkan pemikiran dan tindakan yang salah. 3. Optimisme Individu yang resilient adalah individu yang optimis. Mereka percaya bahawa segala sesuatu boleh berubah menjadi lebih baik. Mereka memiliki harapan untuk masa depan dan percaya bahawa mereka dapat mengatur kehidupan mereka. Bila dibandingkan dengan individu yang pesimis, orang-orang yang optimis secara fizikal lebih sihat, tidak mudah mengalami depresi dan lebih produktif di tempat kerja. Optimisme adalah suatu keyakinan bahawa setiap masalah boleh diatasi. 4. Causal Analysis Causal Analysis adalah kemampuan seseorang untuk mengenali penyebab dari masalah yang dialami. Jika individu tidak dapat menilai penyebab dari setiap masalah yang mereka alami dengan baik, maka ia akan terperosok untuk membuat kesalahan. 5. Empati Empati adalah kemampuan untuk membaca keadaan emosi dan psikologis seseorang. Beberapa inidividu mampu membaca melalui isyarat non verbal seperti ekspresi wajah, intonasi suara, bahasa tubuh untuk membaca fikiran dan perasaan orang lain.

6. Self-efficacy Self-efficacy adalah kemampuan yang menunjukkan bahawa seseorang dapat memecahkan masalah yang dialami demi mencapai kesuksesan. 7. Reaching Out Reaching Out adalah kemampuan untuk bertemu dengan orang-orang baru, mencuba hal-hal baru, berani melakukan kegiatan yang memerlukan keberanian dan kekuatan dari dalam dir Tahapan Resilience Reivich dan Shatte (2002) mengemukakan empat tahapan-tahapan dari resilience iaitu : 1. Overcome Kemampuan resilience diperlukankan untuk mengatasi rintangan semasa kanak-kanak seperti perceraian, kemiskinan, pengabaian secara emosional atau penyiksaan fizikal. Kemampuan resilience diperlukan agar individu dapat mengatasi kerosakan yang terjadi di masa muda agar dapat mewujudkan masa dewasa yang diinginkan. 2. Steer Through Kemampuan resilience diperlukan agar individu dapat mengatasi kesulitan yang timbul dalam kehidupan sehari-hari. Penelitian menunujukkan bahawa manfaat alami dari menguasai stres yang kronis adalah melalui self efficacy. Orang-orang yang memiliki self efficacy yang tinggi adalah untuk memecahkan masalah dalam hidup dan tidak mudah menyerah sekiranya tidak menemukan jalan keluar dari permasalahan yang dihadapi. 3. Bouncing Back Kemampuan resilience diperlukan agar individu mampu bangkit kembali dari kesulitan yang dialami seperti perceraian, kemiskinan, bencana alam , ataupun kehilangan anggota keluarga. 4. Reach Out Beberapa manfaat yang dapat diperoleh adalah individu dapat menilai risiko yang dihadapi, dapat mengekspresikan pemikiran dan perasaannya serta dapat menemukan erti dan tujuan dari hidup mereka. Berdasarkan beberapa pengertian di atas, dapat disimpulkan bahawa resilience adalah kemampuan manusia untuk menghadapi dan mengatasi rintangan, halangan dan kesulitan dalam hidup sehingga individu tersebut menjadi lebih kuat.

Tajuk : Akhirnya Lahuma. Penerapaan Teori /Analisis Karya McMillan and Reed (1994) menyatakan antribut individu yang dikaitkan dengan sifat kerohanian adalah resillencer yang terdapat dalaam individu itu. Menyingkap kembali kehidupan Lahuma dan keluarga yang taat dalam agama dan tidak leka dalam ajaraan Allah. Walaupun kehidupan lahuma dan keluarga jauh dari kekayaan harta tetapi kehidupan Lahuma dan keluarga dekat dengan kekayaan kurniaan dari Allah S.W.T. Sembahyang tidak dijauhi, tadahan tangan tidak dilupaidan dipanjatkan kepada AllahLahuma berpendapaar sejauh mana kekayaan seseorang itu dan semiskin mana pun orang itu ,segalanya adalah dari Maha Pencipta.Sifat kerohaniaan Lahuam terhadap Allah amatlah jelas. Sebelum pergerakan yang dilakukan ,doa sering berkumat kamit di mulutnya.Memohon perlindungan untuk dirinya dan keluarganya.Ini jelas ditunjukkan dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan dalam bab 2 perenggan ke tiga: Lahuma tidak mahu melangkah turun tangga besok pagi-pagi tanpa keizinan Yang Maha Esa.Kedua-dua tanganya ditadah. Dan sudut hatinya meluapkan segala kerumitan , hanya tertumpu kepada Tuhan, Oh Tuhanku Yang Maha Besar Yang Maha Agung ,benarkanlah aku mula bekerja besok dan biarlah selama itu aku dilindungi oleh-Mu. Jauhkan aku daripada segala bencana alamdaripada lipan-lipan dan ular dan kala jengking yang bias-bisa. Singkirkan segala banjir yang besar yang boleh melimpahi padiku.Singkirkan kemarau panjang yang mengeringkan tanah bendangku.Jauhkanlah segala malapetaaka yang menghalan kami. Jauhkan segalaa ketam-ketam putih mematahkan anak-anak padi kami selama ini. Jauhkan segal rebut dan taufan . Jauhkan aku,biniku Jeha dan anak-anakku Sanah,Milah ,Jenab,Semek,Liah, Lebar dan Kiah. Jauhkan kami daripada segala malapetaka. Menurut Papalia,Olds dan Fedman (2003) resillence adalah sikap tabah dan tahan lasak yang dimiliki seseoketika dihadapkan dengan keadaan yang sulit. Keberanian dan keperkasaan jelaas ditunjukkan daalam diri Lahuma. Lahuma sentiasa melindungi keluarga daripada bahaya.Lahuma sanggup membunuh ular tedung kelaminyang cuba mematuk ieterinya , Jeha.Lahuma berani tanpa memikirkan nyawanya sendiri.Lahuma beranggapan jika Jeha sakit , beerti tangan kanannya patah terkulai. Keberaniaanya dapat dilihat di dalaam bab ketiga perenggan ke enampuluh enam: Dan dengan tempikan itu Lahuma menyerbu macam angin hala kepada ular yang melenggok-lenggok kepalanya itu. Ular mematuk dengan deras tapi hanya udara menjadi sasaranya . Lahuma dengan pantas mencekik leher ular itu sesungguh-sungguh hatinya.Ekor dan badan ular itu membelit-belit tanganya. Parangnya di cabut dengan tangan kiri . dan dengan ayunan yang kuat ular itu dicencang hingga dikerat-kerat badanya itu. Kepala ular itu disepuk ke tanah dan dengan tangan kanannya pula kepala ular itu ditumbuk-tumbuk hingga ranap masuk kedalam bumi .

Menurut Shatte dan Reivich (2002) menyatakan bahawa resilience adalah kemampuan untuk berespon secara sehat dan produktif ketika menghadapi rintangan dan trauma. Menerusi watak Lahuma dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan , Lahuma mampu mengatasi segala rintangan yang di hadapi . Ini dapat dilihat semasa isterinya, Jeha di serang ular tedung ,Lahuma dengan tenang menghadapi rintangan dan Berjaya mengatasinya. Bukn itu sahaja malah Lahuma juga berjaya mengatasi serangan ketam ,burung tiak dan juga segala bencana alam yang lain pada tahun sudah dalam menguruskan bendang sawahnya.Lahuma juga seorang yang gigih dan berhati waja . Walaupun apa jua halangan yang dihdapinya ,dia tidak pernah serik dan hidup ini tidak di biarka berlalu begitu sahaja. Baginya perlu ada usaha untuk mengharunginya. Grotberg(1995), mengemukakan faktor resilience yang didefinisikan sebagai bangga pada diri sendiri. Individu tahu bahawa mereka adalah seorang yang penting dan mereka bangga akan siapakah mereka itu dan apapun yang mereka lakukan itu akan di capai. Individu itu tidak akaan membiarkan orang lain meremehkan atau merendahkan mereka. Ketika individu mempunyai masalah dalam hidup kepercayaan diri dan selfestem membantu mereka untuk dapat bertahan dan mengatasi masalah tersebut. Kekentalan dalam mencapai sesuatu yang dikehendaki misalnya dia berazam akan menanam padinya pada tahun ini untuk keluarganya. Lahuma sanggup hadapinya walaupun dia tahu berbagai ritangan akan dihadapinya nanti.Ini dapat dilihat dalam bab satu : Padi mesti di tanam .Mesti di jaga .Anak-anak kita perlu makan siang malam. Tidak ada nasi ,anak-anak kita akan mati. Makan bergantung kepada sawah. Sakit segar bergantung kepada sawah juga .Sawah nadi segar kita sejak datuk nenek dahulu lagi. Dia mesti di pupuk dan di jaga.Biar sapa datang menyerang .Kita wajib melawan .Biar datang seribu musuh kita ,kita mesti melawan .Itulah hidup kita . Itulah hidup anak kita .Itualah satu-satunya hidup keturunan kita dari dahulu sehingga sekarang. Faktor resillence seterusnya ialah mandiri dan bertanggungjawab. Individu dapat melakukan berbagaai macam hal menurut keinginan mereka dan menerima berbagaai konsekuasi dan perilakunya Individu berasa ia boleh mandiri dan bertanggungjawab atas hal tersebut. Watak Lahuma dan Jeha individu yang sangat sesuai untuk resillence di atas. Lahuma seorang yang sangat bertanggungjawab tehadap keluarganya. Ini dapat ditunjukkan bahawa Lahuma bimbang tentang anak cucu cicitnya nanti apabila dia tiada . Oleh itu dia hendaklah mempertahankan bendang sawahnya yang ada sekarang.

Manakala Jeha pula seorang isteri dan ibu yang bertanggungjawab. Dia sanggup meneruskan perjuangan suaminya demi mempertahankan bendang sawahnya itu. Sehinggakan Jeha akhirnya tidak berdaya untuk mempertahankan bendang sawahnya itu dari ancaman ketam dan burung tiak.Jeha akhirnya hilang kawalan diri dan menjadi kurang siuman. Menurut Grotberg perbezaan jantina mempengaruhi dalam kemampuan resilience. Anakperempuan lebih banyak memerlukan bantua luat berbanding dengan anak lelaki.Dalam watak Ranjau Sepanjang jalan ini anak kepada Lahuma semuanya perempuan. Oleh itu Lahuma tidak mengharap mana anak-anak perempuanya itu dalam menguruskan bendang sawahnya itu. Walaupun begitu Lahuma berfikir bahawa penduduk kampung Banggul Dedap semuanya petani.Oleh yang demikian jika anaknya Sanah dan yang lain-lain berkahwin akan mengikut suaminya ke bendang sawah juga. Oleh itu Sanah telah diasuh dan di ajar bagaimana untuk menguruskan bendang sawah. Ini dapat ditunjukkan dalam novel ini Sanah telah mengambil alih tugas bapanya dan ibunya ,apabila ibunya telah tidak waras lagi.Sanah telah menyambung kerja-kerja ibunya dengan menjaga bendang sawah daripada ancaman ketam dan burung tiak serta bencana-bencana yang lain. Seterusnya mengikut pendapat Grotberg lagi faktor budaya juga memainkan peranan dalam Resillience.Dalam novel ini terdapat perbezaan budaya di mana orang yang kaya akan maju manakala orang yang miskin akan ketinggalan. Ini dapat dilihat dalam watak tuk Penghulu Kampung Banggul Dedap yang mana bendang sawahnya diuruskan dengan cara moden manakala bendang sawah Lahuma diuruskan dengan cara tradisional. Sawah bendang tuk penghulu berjaya di bersihkan dalam beberapaa hari saja dengan menggunakan traktor berbanding bendang sawah Lahuma hanya dibersihkan oleh Lahuma sekeluarga dengan menggunakan parang sahaja. Ini membuktikan bahawa faktor budaya memainkan peranan penting dalam waja diri seseorang. Oleh itu individu yang mempunyai resilence dalam dirinya berjaya atau mampu mengatasi masalah dan rintangan yang dihadapinya.

Rumusan
Mengikut daripada pengertian resilience dapat dinyatakan bahawa Lahuma adalah individu yang mampu mengatasi dan menghadapi rintangan dengan waja . Ini terbuktikan banyak pendapat menyatakan maksud resillence adalah kemampuan manusia untuk menghadapi ,mengatasi, menjadi kuat ketika rintangan dan hambatan.Mengikut Grotberg(1999) setiap manusia memiliki kemampuan untuk menjadi resilience dan setiap orang mampu untuk belajar bagaimana menghadapi rintangan dan hambatn dalam hidupnya. Di dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan ini watak-watak yang diketengahkan banyak mempunyai prinsip resilience terutama bagi watak Lahuma dan Jeha.Lahuma yang seorang watak yang banyak mengharungi dugaan dan hidup bersama keluarga. Dia menghadapinya dengan mengerjakan bendang sawahnya bersama tulang empat keratnya dibantu bersama Jeha dan anakanaknya.Sehingga akhirnya Lahuma tidak dapat mengerjakan bendang sawahnya kerana terkena duri nibung. Walaupun terkena duri nibung semangat waja tetap ada pada dirinya kerana sentiasa hendak turun ke bendang sawahnyawalaupun kakinya sakit. Akhirnya kakinya menjadi busuk dan telah meninggal dunia.Perjuangannya telah disambung oleh isterinya Jeha dan akhirnya Jeha tidak dapat menanggung segala cabaran yang dihadapi dan telah hilang akal. Selain itu di dalam novel ini banyak mengetengahkan tema kemiskinan .tema kemiskinan petani di kawasan pendalaman yang sangat menonjol dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan begitu bermanfaat untuk di hayati sesiapa sahaja tidak mengira lapisan umur Melalui novel ini kita mampu merasai keperitan dan kesusahan hidup golongan miskin. Sikap petani yang mudah menyerah semasa ditimpa kesusahan sangat ditekan oleh Shahnon Ahmad supaya golongan petani sedar kan bahan tulisanya membangkit dan merubah pendirian mereka yang kolot dan jumut.Selain itu kelemahan golongan wanita juga telah menambahkan lagi kesusahan hidup para petani di Kampung banggul Dedap. Sememangnya Novel Ranjau Sepanjang Jalan sebuah novel yang sangat menarik kerana terdapat pelbagai konflik yang berlaku dan juga peristiwa yang berlaku sangat menyayat hati . kesinambungan dan penerimaan daripada masyarakat telah diterjemahkan kepada bahasa Inggeris oleh Adibah Amin dengan judul No Harvest A Thorn. Ini menunjukkan bahawa novel ini begitu menarik sehinngga telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris untuk bangsa asing membaca dan menjiwai cerita kisah benar dari Shahnon Ahmad .

Rujukan Pemikiran Dalam Karya :Esei :Sumbangan Shahnon Ahmad Mengangkat Isu Kemiskinan Dalam Novel Pilihan Shahnon Ahmad Dewan Bahasa Dan Pustaka http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content==articles&ArticlesID=719 Dr Michael Hall (Dialihbahasa dan disesuaikan oleh M Nasser Ismail,pelatih Bertauliah Neuro Semantic NLP dan Meta Coach) Teori Sosilogi Sastera, dan Tema persoalan Novel Ranjau Sepanjang Jalan http://nidapink90.blogspot.com/2010/10/teori-sosiologi-sastera-dan-tema-persoalan belajarpsikologi.com http://belajarpsikologi.com/pengertian -resilience/ ranjau sepanjang jalan budaksedih.multiply.com/journal-Cached Personaliti Wajadiri Pendidikan : Konsep dan Perkembangan Penyelidikan Oleh: Shahabuddin Hashim.