Anda di halaman 1dari 17

1.

Pengenalan kepada Strategi Pembelajaran Konstrukvisme

Seperti mana yang telah diterangkan oleh Abruscato, J. (2000), proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berdasarkan konsep konstrukvisme merupakan suatu konsep pembelajaran yang mana sangat menekankan perlibatan pelajar secara langsung dalam menimba ilmu pengetahuan untuk seluruh proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang mana akan dirancangkan oleh guru di dalam kelas. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) ini, semua murid adalah digalakkan untuk mencari dan mendapatkan pelbagai informasi dan maklumat yang berkaitan dengan topik pembelajaran mereka dalam kelas tersebut. Guru hanya akan memainkan peranan sebagai fasilitator sahaja dan memberikan bimbingan kepada murid- murid untuk menimbakan ilmu pengetahuan di dalam kelas. Ia merupakan sejenis pembelajaran yang aktif dan bukan pasif. Sesungguhnya, Esler, W. K. & Esler, M. K. (2001) telah menerangkan bahawa proses pemindahan ilmu pengetahuan seperti ilmu pengethauan yang mana berkaitan dengan konsep pemantulan, pemutaran dan pembesaran dalam topik pembelajaran transforamasi di Matematik Tingkatan 5 tidak mungkin dapat dilakukan dengan sempurna. Menurut daripada penjelasan daripada beliau, keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas ini amatlah bergantung kepada tahap inisiatif murid tersebut dalam melibatkan diri untuk menimbakan ilmu pengetahuan di dalam kelas. Salah satu elemen yang sangat penting dalam konsep konstruktivisme ialah struktur kognitif di mana ia merupakan suatu konsep yang penting dan diberikan perhatian dalam proses membina konsep yang baru untuk seseorang murid dalam proses pembelajaran di dalam kelas. Selain daripada itu, konsep konstruktivisme juga memberikan tekanan kepada guru di mana seharusnya membimbing murid untuk membina kerangka baru untuk penimbaaan ilmu pengetahuan yang baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) tersebut. Secara umumnya, beberapa langkah yang penting mestilah dituruti oleh guru dalam perancangan aktiviti kelas berdasarkan konsep konstruktivisme. Langkah langkah adalah seperti yang disenaraikan di bawah:

Pembinaan ilmu pengetahuan dan konsep untuk seseorang pelajar dalam tajuk pembelajaran transformasi di dalam mata pelajaran Matematik Tingkatan 5. Memastikan perlibatan pelajar secara giat dan aktif dalam usaha untuk membina ilmu pengetahuan yang relevan dengan pemutaran, pemantulan dan juga pembesaran berdasarkan konsep yang pernah dipelajari dalam pembelajaran di Tingkatan 2 dan 3.

Melakukan perbandingan terhadap maklumat yang baru dengan pengalaman pelajar yang lama atau sedia ada dalam membentuk konsep pembelajaran yang berkaitan dengan tajuk transformasi.

Melakukan aktiviti untuk memotivasikan pelajar di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Penggunaan alat bantuan yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam usaha untuk mempertingkatkan tahap keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas.

2.0

Kelebihan Strategi Pembelajaran Konstruktivisme dalam Pengajaran

Transformasi Secara lazimnya, strategi pembelajaran yang berasaskan konsep konsruktivisme ini telah membawa pelbagai kebaikan kepada pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) tersebut. Ini adalah kerana strategi pembelajaran yang berasaskan konsep konstruktivisme akan memudahkan pemahaman pelajar dalam konsep yang berkaitan dengan tajuk transformasi seperti pemantulan, pemutaran dan juga pembesaran. Menurut penerangan yang dilakukan oleh Cooper, J., Prescott, S., Cook, L. Smith, L., Mueck, R., & Cuseo, J. (1985), pengajaran yang berasaskan konsep pembelajaran konstruktivisme akan mengalakkan guru supaya menganjurkan pelbagai aktiviti kelas dan melibatkan pelajar secara langsung dalam aktiviti ini di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas. Ia adalah sangat penting untuk memastikan mreka dapat menyerapkan konsep konsep seperti pemantulan, pembesaran dan juga pemutaran. Perlibatan diri secara aktif dalam aktiviti kelas juga dilihat sebagai suatu

langkah yang cukup penting untuk membolehkan seseorang pelajar membina konsep mereka yang berkaitan dengan tajuk transformasi ini. Selain daripada itu, semua guru yang menggunakan cara pengajaran yang berasaskan konsep konstruktivisme juga akan mengaplikasikan pelbagia alat bantuan pengajaran yang relevan seperti powerpoint dan video dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas. Ia akan memberikan suatu kelebihhan di mana konsep seperti pemutaran dan pemantulan yang tidak dapat diimaginasikan oleh pelajar dapat dipersembahkan di atas skrin dan ia akan memudahkan pemahaman pelajar di dalam kelas tersebut. Oleh itu, konsep pembelajaran konstruktivisme ini telah memainkan peranan yang cukup penting dalam usaha untuk mempertingkatkan kefahaman pelajar dalam konsep konsep yang berkaitan dengan transformasi di dalam kelas. Kenyataan ini turut mendapat persetujuan oleh Zurida Ismail, Syarifah Norhaida dan Syed Idros (2006) di mana beliau juga menyatakan bahawa pada kebiasaannya pelajar yang gagal mendapat markah yang cemerlang dalam tajuk transformasi adalah mereka yang tidak dapat membayangkan konsep konsep seprti pantulan dan pemutaran dalam topik transformasi seperti yang diterangkan oleh guru. Maka, alat bantuan yang sesuai seperti LCD projector adalah sangat penting untuk mempersembahhkan konsep ini dalam bentuk visual kepada semua pelajar di dalam kelas ini. Akhirnya, guru Matematik Tingkatan 5 yang mana menjalankan sesi temuramah juga berpendapat bahawa pelajar mereka di dalam kelas tidak akan berasa bosan dan tida berminat dalam pembelajaran sekiranya corak pengajaran yang berdasarkan konstruktivisme digunakan di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Ini adalah kerana murid murid mempunyai peluang untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kelas dan mereka tidak hanya duduk di dalam kelas dan mendengar penjelasan daripada guru sebagaimana yang dilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang konvensional. Guru yang ditemuramah tersebut juga menjelaskan bahawa mereka akan menganjurkan pelbagai jenis aktiviti kelas yang relevan untuk pelajar pelajar di dalam kelas. Maka, ia akan menyebabkan pelajar tidak berasa bosan dan hilang keminatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

3.0

Kelemahan Strategi Pembelajaran Konstruktivisme dalam Pengajaran

Transformasi Seperti yang disedia maklum, strategi pembelajaran konstrukvisme ini telah membawa pelbagai kelebihan kepada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas. Akan tetapi, guru guru Matematik Tingkatan 5 yang ditemu bual masih berpendapat bahawa kelemahan tetapi wujud di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang menggunakan strategi pembelajaran konstrukvisme ini di dalam topik transformasi. Semua kelebihan yang wujud di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) ini akan diterangkan dengan jelas dalam bahagian kertas ini. Menurut penerangan yang diberikan oleh salah seorang guru Matematik Tingkatan 5 yang ditemuramah, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang mana menggunakan cara pengajaran berasaskan konstrukvisme akan memakan masa yang terlalu panjang sehingga ia mungkin akan menjejaskan aktiviti kelas yang lain di dalam kelas. Ini adalah disebabkan oleh aktiviti kelas yang dianjurkan mestilah melibatkan semua pelajar di dalam kelas dan bukan semua pelajar dapat menjalankan aktiviti kelas tersebut dengan cepat. Terdapat sebilangan pelajar yang akan melambatkan seluruh proses penjalanan aktiviti kelas ini. Oleh itu, ia akan menyebabkan guru di dalam kelas menghadapi masalah di mana kekurangan masa untuk aktiviti kelas lain seperti latihan pengayaan di dalam kelas. Kekurangan latihan pengayaan di dalam kelas akan memberikan impak yang sangat besar kepada pelajar kerana tahap penguasaan mereka dalam sesuatu topik pembelajaran seperti pantulan, pembesaran dan pemutaran tidak dapat dipertingkatkan. Pada masa yang sama, guru Matematik Tingkatan 5 juga berpendapat bahawa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berdasarkan konsep konstruktivisme sangat menekankan pemikiran refleksi dan juga proses kematangan seseorang pelajar di dalam kelas. Maka, ia akan sesuai dijalankan di dalam kelas di mana semua pelajar adalah mempunyai pemikiran kognitif yang baik dan berupaya untuk menjanakan pelbagai jenis idea dengan baik dan sistematik di dalam kelas. Ini adalah kerana proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) ini adalah menekankan tentang kefahaman konsep dan kefahaman

relational seseorang pelajar yang berkaitan dengan mata pelajaran Matematik. Seperti yang diterangkan oleh Alessi & Trollip (2001), kefahaman konsep dan kefahaman relational merupakan dua elemen yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang mana berasaskan teori pembelajaran konstrukvitisme. Walaubagaimanapun, bukan semua pelajar di dalam kelas akan mempunyai tahap pemikiran kognitif yang cemerlang. Ini telah menyebabkan pengajaran ini adalah tidak sesuai digunakan di dalam kelas yang besar. Menurut penjelasan daripada salah seorang respon dalam sesi temu bual ini, kebanyakan pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran di dalam kelas akan bersikap pendiam di dalam kelas. Sikap yang pendiam dan tidak aktif ini merupakan suatu cabaran yang besar bagi guru yang ingin menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berasaskan konsep konstruktivisme. Ini adalah kerana pelajar pendiam ini tidak akan mengambil inisiatif dalam aktiviti kelas yang dianjurkan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas. Maka, ia akan menjadi tidak bermakna untuk seseorang guru tersebut mengimplemetasikan corak pengajaran yang sedemikian di dalam kelas. Lama kelamaan, pelajar pendiam ini juga akan berpendapat bahawa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas ini membosankan dan ia seterusnya akan menjadikan mereka tidak berminat dalam mata pelajaran tersebut. Akhirnya, panitia untuk mata pelajaran Matematik yang ditemu bual ini telah memberikan pendapat beliau bahawa proses pengajaran yang berasaskan konsep konstruktivisme ini tidak boleh diaplikasikan dalam kelas yang besar seperti mempunyai 40 orang pelajar. Ini adalah kerana ia akan membebankan seseorang guru dalam kelas untuk menjaga displin pelajar sepanjang masa mereka melibatkan diri dalam aktiviti kelas yang dijalankan tersebut. Keadaan ini juga secara langsung akan membazirkan masa seseorang guru di dalam kelas sehingga mereka akan menghadapi kekurangan masa untuk menjalankan aktiviti kelas yang lain seperti latihan pengayaan tersebut.

4.0 Cadangan Rancangan Pengajaran untuk Topik Transformasi Sesungguhnya, perbincangan yang berkaitan dengan penggunaan corak pengajaran yang berdasarkan konstruktivisme akan diterangkan dengan menggunakan salah satu contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) seperti yang ditunjukkan di bawah untuk konsep pantulan di bawah tajuk transformasi untuk Matematik Tingkatan 5: Tajuk pembelajaran : Transformasi Tingkatan Masa Bilangan Murid Bidang Objektif BBM Nilai murni : 5 Dahlia : 8.45am 9.45am (60 minit) : 25 orang : Pantulan : Murid dapat menguasai konsep pantulan dengan baik : Powerpoint, kertas grid, cermin dan LCD projector : Bekerjasama dan sifat berdikari

Pengetahuan yang sedia ada: Murid mengetahui maksud pantulan Langkah / Masa Set induksi (5 minit) Pengajaran Pengenalan murid kepada tajuk pembelajaran pada hari tersebut Pembelajaran Pada permulaan kelas, guru akan memulakkanya dengan menggunakan seunit cermin untuk menunjukkan kepada pelajar di dalam kelas. Catatan / Bahan Cermin

Kemudiannya, guru akan menerangkan fungsi yang sebenar untuk cermin di mana ia akan digunakan untuka melakukan pantulan. Pada masa yang sama, guru juga akan mnerangkan bahawa saiz imej pantulan cermin adalah berkait rapat dengan jarak Prinsip pantulan yang digunakan dalam cermin ialah kedudukan objek tersebut dari cermin. Pelajar pelajar akan memberikan perhatian di sepanjang proses penerangan guru di Langkah 1 (10 minit) Penerangan yang berkaitan dengan konsep dalam Pantulan dalam kelas Pada permulaan untuk langkah ini, guru akan melukiskan suatu bentuk segitiga di atas kertas grid plastik yang disediakan di atas papan hitam Kertas grid.

Guru akan melakukan penerangan yang teliti tentang cara cara untuk melakukan pantulan yang mana berdasarkan segi tiga yang dilukiskan tersebut, Kemudiannya, guru akan mula menanyakan pelajar di dalam kelas sama ada mereka memahami konsep yang Langkah 2 (20 minit) Aktiviti kumpulan diajarkan ataupun tidak. Di dalam aktiviti kumpulan ini, guru akan memecahkan semua pelajar di dalam kelas kepada beberapa kmpulan dan setiap kumpulan akan terdiri daripada 5 orang pelajar yang berlainan. Lembaran kerja 2 akan diedarkan untuk setiap kumpulan tersebut dan semua ahli kumpulan adalah dikehendaki untuk berbincang antara satu sama lain untuk ABM: Lembaran kerja 1.0

mencarikan jawapan yang mana berkaitan dengan imej pantulan dalam lembaran kerja Langkah 3 (17 minit) Persembahan hasil perbincangan kumpulan tersebut. Kemudiannya, guru akan menggunakan kemudahan ICT iaitu LCD projecktor untuk memaparkan soalan di atas papan hitam dan setiap kumpulan diarahkan untuk melukiskan imej pantulan yang di atas papan hitam tersebut. Kemudiannya, guru akan melakukan penyemakan untuk imej yang dihasilkan oleh pelajar ini dan komen yang relevan juga akan dinyatakan oleh guru tentang hasil persembahan pelajar tersebut. BBM: LCD Powerpoint dalam lembaran kerja ini Projektor dan ABM: Lembaran kerja 1.0

Penutup

Refleksi dan kesimpulan

Di langkah terakhir,

(13 minit)

guru di dalam kelas akan membuat kesimpulan yang berkenaan dengan konsep transformasi yang mana dipelajari pada hari ini dan pelajar akan memberikan tumpuan dan perhatian kepada penjelasan yang diberikan oleh pelajar ini.

LAMPIRAN 1

LEMBARAN KERJA 1

5.0 Alat Bantuan Pengajaran yang digunakan dalam Rancangan Pengajaran Sesungguhnya, alat batuan pengajaran akan memainkan peranan yang sangat penting untuk menentukan keberkesanan dan kejayaan seluruh proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas. Oleh yang demikian, penggunaan alat bantuan pengajaran yang relevan adalah sangat penting untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk topik transformasi. Antara alat bantuan pengajaran yang telah digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk tajuk transformasi ini ialah seperti Powerpoint, lembaran kerja dan juga cermin. Alat bantuan pengajaran pertama yang digunakan dalam pengajaran ini ialah cermin. Sesungguhnya, cermin merupakan suatu alat bantuan yang sangat penting terutamanya dalam menolong guru menerangkan konsep pantulan dengan berkesan dan efektif di dalam kelas. Ini adalah kerana kebanyakan pelajar akan menghadapi masalah dalam mengimaginasikan konsep pantulan sekiranya guru setakat menerangkan konsep ini secara lisan di hadapan kelas. Maka, ia akan mengakibatkan pelajar gagal menguasai konsep pantulan dalam mata pelajaran ini. Oleh yang demikian, cermin dapat mempersembahkan konsep pantulan di hadapan pelajar dan pelajar akan mempelajari konsep pantulan ini melalui kelas ini. Oleh itu, kita boleh mengatakan bahawa penggunaan cermin akan memudahkan kefahaman pelajar terhadap konsep yang ingin dipersembahkan dalam tajuk transformasi ini. Selain daripada itu, penggunan LCD projector dan juga PowerPoint juga telah memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan keberkesanan seluruh proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk mengajar pelajar berkaitan dengan konsep pantulan. Sesungguhnya, penggunaan LCD projector dan juga Powerpoint adalah penting untuk seseorang guru memaparkan soalan yang ingin disampaikan oleh mereka. Berbanding dengan melukis soalan ini di atas papan hitam, penggunaan LCD projector dan juga Powerpoint akan menjadikan seluruh soalan dalam lembaran kerja ini kelihatan kemas dan jelas. Ia akan memudahkan perlibatan pelajar di dalam aktiviti tersebut.

Pada bahagian yang terakhir, guru yang ditemuramah untuk meluahkan pendapat mereka bahawa penggunaan lembaran kerja yang berkaitan dalam aktiviti kelas atau proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) telah memainkan peranan yang cukup penting untuk mempertingkatkan kefahaman dan penguasaan seseorang pelajar di dalam konsep pantulan tersebut. Pada masa yang sama, latihan yang diberikan dalam bentuk lembaran kerja dan diedarkan untuk setiap kumpulan akan memberikan peluang kepada semua pelajar dalam kumpulan untuk melakukan perbincangan sesama ahli kumpulan masing masing dalam menjana pelbagai jenis idea untuk menyelesaikan masalah dan tugasan yang diberikan oleh guru di dalam kelas tersebut. Ini merupakan salah satu penekanan yang dilakukan di bawah teori pembelajaran Konstrukviisme.

6.0 Kesimpulan Secara kesimpulannya, corak pengajaran yang sesuai amatlah penting untuk menjayakan seluruh proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk seseorang pelajar dalam apa apa jenis mata pelajaran seperti Matematik Tingkatan 5. Guru guru yang ditemu bual teleh berpendapat bahawa corak pengajaran yang berdasaskan teori pembelajaran konstruktivime merupakan corak pengajaran yang dominan dalam proses pengajaran da pembelajaran (P&P) untuk mata pelajaran Matematik Tingkatan di sekolah tersebut. Sesungguhnya, ia merupakan sesuatu strategi pembelajaran yang penting dan juga menekankan perlibatan pelajar dalam aktiviti kelas yang dianjurkan dalam kelas tersebut. Ia merupakan suatu jenis pembelajaran yang aktif di mana pelajar akan mengambil inisiatif untuk mencari informasi dan maklumat yang berkaitan dengan topik pembelajaran tersebut. Oleh yang demikian, corak pengajaran yang berdasarkan konsep pembelajaran konstruktivisme merupakan suatu konsep pembelajaran yang berkesan untuk mempertingkatkan tahap keminatan pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Matematik Tingkatan 5 terutamanya dalam konsep pemantulan, pembesaran dan juga pemutaran. Selain daripada itu, alat bantuan sesuai yang digunakan seperti PowerPoint dan cermin juga sangat penting untuk memudahkan kefahaman pelajar di dalam konsep yang diajarkan dalam kelas iaitu konsep pemantulan. Walaubagaimanapun, corak

pengajaran yang berdasarkan konsep pembelajaran konstruktivisme ini masih mempunyai beberapa kelemahan yang perlulah diatasi sebelum boleh dipraktikkan oleh seseorang guru di dalam kelas. Antaranya ialah membazirkan banyak masa sehingga tidak cukup masa untuk dilokasikan untuk sesi aktiviti lain. Oleh itu, kita boleh menyimpulkan bahawa konsep pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang bercorak konstruktivisme seharusnya dipratikkan dan diubahsuaikan oleh semua guru di dalam kelas dan juga sekolah di masa hadapan.

7.0 Rujukan Abruscato, J. (2000). Teaching Mathematic. A Discovery Approach. (5th Edition) USA, Allyn & Bacon. Esler, W. K. & Esler, M. K. (2001). Teaching Elementary Mathematic (8th ed.).Washington: Wadsworth Publishing Company. Jonassen,D.H. (1991). Objectivism Versus Constructivism: Do We Need A New Philosophical Paradigm? Educational Technology Research And Development, 39 (3), 514. Pusat Perkembangan Kurikulum.(2001). Modul Pengajaran Secara Konstruktivisme. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Zurida Ismail, Syarifah Norhaida dan Syed Idros (2006). Kaedah Mengajar Matematik. Kuala Lumpur: PTS Proffesional Publishing Sdn. Bhd

Anda mungkin juga menyukai