Anda di halaman 1dari 20

Ahad, 10 Januari 2010 Laman Utama Profil Hubungi Kami Peta Laman

Asas kesihatan, pendidikan dan asuhan kanak-kanak bermula daripada ibu bapa yang berpengetahuan. Mulakan dunia anak-anak anda dengan kehidupan yang aktif dan sihat!

Umum Kesihatan Bayi Baru Lahir Pemakanan Tumbesaran dan Perkembangan Kesihatan Pergigian Kesihatan Mental Imunisasi Kecederaan, Kemalangan dan Keracunan Keadaan Penyakit Khusus Pengubatan

Keadaan Khusus >> Sindrom Down

Sindrom Down
Apakah Sindrom Down?
Sindrom Down ialah penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom tambahan pada kromosom

nombor 21 yang terdapat pada seseorang kanak-kanak. Tiga salinan kromosom 21 (biasanya hanya dua salinan) terdapat dalam setiap satu sel. Penyakit ini juga dikenali sebagai Trisomy 21. Kanak-kanak yang terlibat lahir dengan ciri-ciri fizikal dan boleh juga mempunyai masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengannya.. Nota :

Sindrom bermakna kehadiran sekumpulan gejala dan tanda yang boleh menunjukkan kepada sesuatu penyakit Sindrom ini mengambil nama seorang doktor Inggeris bernama Dr. Langdon Down, orang pertama yang menjelaskan penyakit ini pada tahun 1866

[Atas]

Apakah kekerapan terjadinya Sindrom Down?


Kadar kejadian keseluruhannya ialah satu pada setiap 800 kelahiran. Risiko menjadi tinggi dengan bertambahnya umur ibu semasa hamil. [Atas]

Bagaimanakah Sindrom ini disahkan?


Pengesahan penyakit ini dilakukan dengan ujian darah kanak-kanak itu bagi mengesan kehadiran kromosom tambahan kromosom nombor 21. Ujian juga boleh dilakukan semasa kehamilan melalui

ujian darah, pemeriksaan ultrasound atau analisis cecair mentuban (amniotic fluid) [Atas]

Ciri-ciri fizikal
Ciri-ciri fizikal termasuklah:

Tubuh yang pendek Kepala bersaiz kecil Raut wajah yang rata dengan kedudukan mata sedikit ke atas Lidah terjelir Satu garis lurus di tapak tangan, tangan yang besar, jari tangan yang pendek dan jurang yang besar di antara ibu jari dengan jari kedua kaki. Pertumbuhan yang lambat. Kecacatan mental yang ringan atau sederhana

Gambar seorang kanak-kanak Sindrom Down [Atas]

Masalah-Masalah Kesihatan yang Berkaitan Sindrom Down dan Rawatan


1. Pertumbuhan yang lambat, kesukaran untuk belajar dan bertutur o Kanak-kanak berkeadaan lembik semasa lahir, tumbesaran terbantut di peringkat bayi
o o

dan kanak-kanak. Lambat atau sukar dalam pembelajaran Lambat dalam pertuturan Kanak-kanak ini akan mendapat faedah yang besar dari program pengesanan awal, pendidikan khas dan rawatan pertuturan. Dapatkan maklumat dari doktor atau jururawat anda tentang kemudahan perkhidmatan pemulihan kanak-kanak berkeperluan khas yang paling hampir dengan tempat tinggal.

2. Penyakit jantung kongenital o Kanak-kanak Sindrom Down biasanya lebih berisiko tinggi untuk dilahirkan dengan penyakit jantung berbanding dengan kanak-kanak biasa Doktor akan membuat saringan terhadap kanak-kanak Sindrom Down untuk mengesan

sebarang penyakit jantung kongenital dan merujuk untuk penilaian lanjut jika perlu. Penyakit ini mungkin memerlukan rawatan perubatan atau pembedahan.

3. Kecacatan pertumbuhan perut o Intestinal atresia


o

Tiada dubur Biasanya kecacatan ini dapat dikesan selepas lahir dan perlu di bedah. Walaupun jarang berlaku, tetapi kadar kejadian ini tinggi berbanding dengan kanak-kanak biasa.

4. Mudah mendapat jangkitan o Pemberian imunisasi boleh diberi mengikut jadual. Bawalah berjumpa dengan doktor segera bila demam atau nampak kurang sihat.

5. Masalah pendengaran dan penglihatan o Saringan dan rawatan perlu dibuat bergantung kepada masalah yang dikesan.

6. Gangguan fungsi Tiroid

o o

Pengeluaran hormon yang rendah, hipotiroid. Perlu rawatan penambahan hormon, contohnya tiroxin Pengeluaran hormon yang berlebihan, hipertiroid. Perlu rawatan untuk mengawal pengeluaran hormon.

7. Barah (kanser) o Leukemia akut lebih mudah berlaku kepada Sindrom Down berbanding kanak-kanak
o

biasa Saringan dan rawatan perlu dibuat bergantung kepada keadaan.

[Atas]

Pencegahan

Kaunseling keturunan: Risiko untuk mendapat anak berikutnya yang juga Sindrom Down bergantung kepada jenis kecacatan kromosom anak dan umur ibu bapanya. Kadar risiko kejadian berulang adalah 1% Amalan merancang keluarga

[Atas]

Pemulihan

Program intervensi

Terapi carakerja Terapi pertuturan Pendidikan khas Latihan kemahiran khas

Tujuan rawatan pemulihan ialah bagi membantu kanak-kanak tersebut mencapai keupayaan dan perkembangan maksima serta mampu berdikari. Program pemulihan boleh didapati di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau di pusat-pusat anjuran pertubuhan sukarela bukan kerajaan. Maklumat lanjut boleh didapati dari pusat sumber tempatan seperti: hospital (klinik kanak-kanak), klinik kesihatan, Pejabat Kebajikan Masyarakat atau Pejabat Pendidikan (Unit Pendidikan Khas). Kanak-kanak ini perlu didaftarkan seawal mungkin di Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendidikan. Ini bagi memudahkan ia mendapat jagaan kesihatan, kebajikan dan penempatan di sekolah-sekolah khas supaya mereka mendapat pendidikan yang sempurna. Doktor yang merawat perlu mengisi borang-borang tertentu untuk memudahkan merancang program intervensi awal. Kanak-kanak yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat layak untuk mendapat beberapa keistimewaan rawatan kesihatan dari klinik atau hospital kerajaan.. [Atas]

Kumpulan Sokongan
Terdapat banyak kumpulan sokongan di seluruh dunia. Maklumat lanjut boleh didapati dari internet. Contohnya:
1. Kiwanis Down Syndrome Foundation

Alamat : KDSF-National Centre Lot 13490 Jalan Jenjarum, off Jalan SS23/1, Taman SEA 47400 Petaling Jaya Tel: 03-78030179 Fax: 03-78064862 Website : www.kdsf.org.my e-mail : admin@kdsf.org.my info@kdsf.org.my 2. Persatuan Sindrom Down Malaysia Alamat : 79 Lingkungan U-Thant, 55000 Kuala Lumpur Tel : 03-42579818 Website : http://www.mysindromdown.org e-mail : psdm@tm.net.my 3. Langdon Down Centre 2a Langdon Park Teddington TW11 9PS Tel : 0845 230 0372 Fax : 0845 230 0373

Website : http://www.downs-syndrome.org.uk Email : info@downs-syndrome.org.uk

MENGENALI SINDROM DOWN


Ramai pernah mendengar namun ramai juga cetek pengetahuan mengenainya. Ia bukan penyakit moden atau penyakit 'orang kaya', malah Sindrom Down (SD) tidak tepat dikatakan penyakit. SD tidak boleh diubati. Ia terjadi kerana keadaan baka tidak normal. Dianggarkan SD terjadi pada kadar satu bagi setiap 650 kelahiran. Perkembangan mental dan fizikal kanakkanak SD lambat berbanding kanak-kanak biasa. Kanak-kanak SD perlu pendidikan khas seawal mungkin agar dapat membantu mereka berdikari. SD terbahagi tigaTrisomi, Translocation dan Mosaic. Tidak kira jenis apa, kanak-kanak SD boleh dikenali melalui wajah mereka yang hampir sama. Masalah kesihatan dihidapi kanak-kanak SD: Sakit jantung berlubang

Mudah mendapat selesema, radang tenggorok, radang paru-paru Kurang pendengaran Lambat/bermasalah bertutur Penglihatan kurang jelas

Suasana membesarkan kanak-kanak SD: Suasana persekitaran penting, membantu pembesaran kanak-kanak SD. Ketenangan dan kemesraan penjaga dapat merangsang penerimaan pembelajaran lebih cepat. Alat permainan perlu sesuai teknik pengajaran. Ia perlu ditambah untuk mengelak kebosanan mereka. Kanak-kanak SD perlu berasa selamat, disayangi dan diterima keluarga serta masyarakat. Ini membantu membentuk imej diri positif dan mendorong mereka belajar. Disiplin perlu diterap pada usia awal. Nyatakan had tingkah laku yang dibenar dan tidak dibenarkan. Perlu beri pujian kepada setiap kecermerlangan dicapai.

Membantu kanak-kanak SD bertutur Kebanyakan kanak-kanak SD lambat bertutur. Mereka wajar dibantu pada usia awal. Antara langkah perlu diambil: Adakan kegiatan atau permainan bahasa yang dapat menarik perhatian mereka. Cuba dapatkan perhatian sebelum bercakap dengan mereka. Jangan terlalu banyak bertanya. Tunggu tindak-balas mereka dan beri mereka peluang menjawab. Guna ayat pendek dan bahasa mudah difahami. Sambil bertutur, buat aksi atau lakonan. Latihan berterusan. Pilih masa sesuai, terutama ketika mereka masih segar dan aktif. Tumpu kepada satu perkara. Beri masa, peluang dan latihan sebelum beralih kepada latihan baru. Guna setiap peluang, berinteraksi dengan mereka. Selalu beri tindak-balas kepada setiap percakapan mereka.

Peringatan kepada ibu bapa: Cara terbaik kanak-kanak SD mempelajari perkara baru, melalui boneka.

Pilih alat permainan sesuai tahap perkembangan kanak-kanak. Sedia bahan sampingan untuk permainan khayalan. Jangan terlalu memaksa mereka melakukan sesuatu. Boneka pilihan atau kesayangan, dapat dijadikan pendorong. Apabila kanak-kanak SD boleh bermain dengan alat permainan mudah, mereka boleh dibiarkan bermain sendirian. Jangan biar kanak-kanak SD bersendirian. Mereka perlu bergaul, memberi dan menerima tindak-balas daripada rakan.

Cadangan kepada ibu bapa Jangan berasa sedih jika dikurnia anak SD. Ibu bapa perlu tabah dan atasi perasaan itu dengan menyayangi, membimbing dan mengajar mereka seperti anak normal. Ibu bapa perlu membuat rujukan doktor, sekiranya mendapati anak mereka SD. Dapatkan maklumat mengenainya, dengan menghubungi pusat SD. Jadi ahli persatuan SD, cara itu anda dapat bertukar pengalaman dan berkongsi maklumat demi kebaikan anak. Maklumat lanjut, sila hubungi: Yayasan Sindrom Down Kiwanis Down Syndrome Parents' Network 59, Jalan Gasing 19, Jalan SS 3/70 46000 Petaling Jaya 47300 Petaling Jaya Telefon: 03-7571179, 03-75751861 Telefon: 03-7764319 Ciri fizikal kanak-kanak SD : Hidung kemek Lidah tebal dan kerap terjelir Tapak tangan lebar Tapak tangan ada hanya satu lipatan Jari kelengkeng tangan melengkung Jarak ibu jari kaki dengan jari kedua, lebar Leher pendek dan besar

Kelopak mata berlipat-lipat Sendi longgar Otot lembik

Kepentingan permainan Permainan penting membantu pembesaran setiap kanak-kanak. Ia membantu pemahaman mereka mengenai kehidupan. Melalui permainan juga, kanak-kanak SD menjadi cerdik dan berkeupayaan memahami hubung kait, sebab dan akibat. Permainan selidik dan jelajah

- tertarik kepada semua benda - mengutip dan membelek objek - menggigit, membaling dan menggosok objek pada permukaan lantai, untuk mendapatkan tindakbalas - merangkak dan bertatih serta berminat membuka almari, laci, bakul atau kotak. Permainan membina dan kognitif

misalnya, mencantum gambar berdasarkan corak, bentuk atau warna Permainan sosial

- ketawa apabila digeletek - bermain sembunyi-sembunyi Permainan khayalan

- berpura-pura menjadi orang lain dalam suasana berbeza

- bermain masak-masak Permainan merangsang pergerakan otot

- berlari, melompat, memanjat, menari dan mengayuh basikal Permainan bahasa

- meniru gaya cakap - menyanyi

Pemilihan Alat Permainan


Umur 0 - 6 bulan 6 - 12 bulan 12 - 18 bulan 18 bulan Permainan Loceng, alat permainan bergerak, tangan sendiri atau alat permainan yang boleh dipegang dan digigit Alat permainan berbunyi dan boleh ditarik serta permainan cantum bina Kotak boleh disusun tinggi, kepingan kadbod bercorak, bol, ai, buku bergambar Kotak, kepingan kadbod bercorak, permainan cantum 2 tahun bina, buku bergambar, boneka

JELITA, JANUARI 1997, M/S 170-171

|| UTAMA ||

SYNDROME DOWN - Maklumat & Fakta


Apa itu Sindrom Down?

Sindrom Down disebabkan kelainan pada kromosom. Kromosom adalah merupakan serat-serat khusus yang terdapat didalam setiap sel didalam badan manusia dimana terdapat bahan-bahan genetik yang menentukan sifat-sifat seseorang. Bayi normal dilahirkan dengan jumlah 46 kromosom (23 pasang) iaitu hanya sepasang kromosom 21 (2 kromosom 21). Sindrom Down yang kerap terjadi ialah disebabkan oleh kelebihan kromosom 21 dimana 3 kromosom 21 menjadikan jumlah kesemua kromosom ialah 47 kromosom. Keadaan ini boleh melibatkan kedua-dua jantina (lelaki dan perempuan).
Apakah yang menyebabkan Sindrom Down?

Bagi ibu-ibu yang berumur 35 tahun ke atas semasa mengandung mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk melahirkan anak Sindrom Down. 95% Sindrom Down disebabkan oleh kelebihan kromosom 21. Keadaan ini disebabkan oleh "non-dysjunction" kromosom yang terlibat iaitu kromosom 21 dimana semasa proses pembahagian sel secara mitosis pemisahan kromosom 21 tidak berlaku dengan sempurna. Di kalangan 5% lagi kanak-kanak Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan "Translocation". Keadaan ini biasanya berlaku oleh pemindahan bahan genetik dari kromosom 14 kepada kromosom 21. Bilangan kromosomnya normal iaitu 23 pasang atau jumlah kesemuanya 46 kromosom. Mekanisma ini biasanya berlaku pada ibu-ibu di peringkat umur yang lebih muda. Sebahagian kecil Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan "mosaic".
Apakah ciri-ciri Sindrom Down?

Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai ciri-ciri fizikal yang unik. SIFAT PADA KEPALA, MUKA DAN LEHER
Mereka mempunyai iras muka yang hampir sama seperti muka orang Mongol. Pangkal hidungnya kemek. Jarak diantara 2 mata jauh dan berlebihan kulit di sudut dalam. Saiz mulut adalah kecil dan saiz lidah yang besar menyebabkan lidah selalu terjelir. Pertumbuhan gigi lambat dan tidak teratur. Paras telinga adalah lebih rendah. Kepala biasanya lebih kecil dan agak leper dari bahagian depan ke belakang. Lehernya agak pendek.

SIFAT PADA TANGAN DAN LENGAN


Sifat-sifat yang jelas pada tangan adalah mereka mempunyai jari-jari yang pendek dan jari kelingking membengkok ke dalam. Tapak tangan mereka biasanya hanya terdapat satu garisan urat dinamakan "simian crease".

SIFAT PADA KAKI


Kaki agak pendek dan jarak di antara ibu jari kaki dan jari kaki kedua agak jauh terpisah dan tapak kaki.

SIFAT PADA OTOT Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai otot yang lemah menyebabkan mereka menjadi lembik dan menghadapi masalah lewat dalam perkembangan motor kasar.
Masalah-masalah yang berkaitan:

Kanak-kanak Sindrom Down mungkin mengalami masalah kelainan organ-organ dalaman terutama sekali jantung dan usus. MASALAH JANTUNG Masalah jantung yang paling kerap berlaku ialah jantung berlubang seperti Ventricular Septal Defect (VSD) iaitu jantung berlubang diantara bilik jantung kiri dan kanan atau Atrial Septal Defect (ASD) iaitu jantung berlubang diantara atria kiri dan kanan. Masalah lain adalah termasuk salur ateriosis yang berkekalan (Patent Ductus Ateriosis / PDA). Bagi kanak-kanak sindrom down boleh mengalami masalah jantung berlubang jenis kebiruan (cynotic spell) dan susah bernafas. MASALAH USUS Masalah usus biasanya dikesan semasa awal kelahiran seperti: a. Salur esofagus yang tidak terbuka (atresia) ataupun tiada saluran sama sekali di bahagian tertentu esofagus. Biasnya ia dapat dekesan semasa berumur 1 - 2 hari dimana bayi mengalami masalah menelan air liurnya atau di kesan oleh doktor atau jururawat kerana mereka tidak dapat memasukkan tiub untuk menyedut air perut semasa baru lahir. b. Salur usus kecil duodenum yang tidak terbuka penyempitan yang dinamakan "Hirshprung Disease".

Keadaan ini disebabkan sistem saraf yang tidak normal di bahagian rektum. Biasanya bayi akan mengalami masalah pada hari kedua dan seterusnya selepas kelahiran di mana perut membuncit dan susah untuk buang air besar. c. Salur usus rectum atau bahagian usus yang paling akhir (dubur) yang tidak terbuka langsung atau penyempitan yang dinamakan "Hirshprung Disease". Keadaan ini disebabkan sistem saraf yang tidak normal di bahagian rektum. Biasanya bayi akan mengalami masalah pada hari kedua dan seterusnya selepas kelahiran di mana perut membuncit dan susah untuk buang air besar. MASALAH PERUBATAN YANG LAIN Kanak-kanak Sindrom Down mungkin mengalami masalah Hipotiroidism iaitu kurang hormon tairoid. Masalah ini berlaku di kalangan 10% kanak-kanak Sindrom Down. Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai ketidakstabilan di tulang-tulang kecil di bahagian lener bolih menyebabkan berlakunya penyakit lumpuh (atlantoaxial instability) dimana ianya berlaku di kalangan 10% kanak-kanak Sindrom Down. Sebahagian kecil mereka mempunyai risiko untuk mengalami kanser sel darah putih iaitu leukimia. MASALAH PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN Kanak-kanak Sindrom Down secara keseluruhannya mengalami kelewatan perkembangan dan kerencatan akal. Pada peringkat awal pembesaran mereka mengalami masalah lambat dalam semua aspek perkembangan iaitu lambat untuk berjalan, perkembangan motor halus dan bercakap. Perkembangan sosial mereka agak menggalakkan menjadikan mereka digemari oleh ahli keluarga. Mereka juga mempunyai sifat periang. Perkembangan motor kasar mereka lambat disebabkan otot-otot yang lembik tetapi mereka akhirnya berjaya melakukan hampir semua pergerakan kasar.
LEMBAM (SLOW LEARNER)

Definisi Kanak - kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas / kurikulum / di sekolah biasa, terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif pengajaran yang mudah / objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah / rendah.

Ciri - ciri: - Pencapaian pelajaran / akedemik berbeza. - Pendiam / tidak aktif / banyak cakap. - Sukar menerima arahan. - Tidak dapat berkomunikasi seperti kanak - kanak biasa. - Menyebut huruf - huruf yang tidak tepat / salah, bertukar - tukar. - Meninggalkan huruf, sukukata atau perkataan ketika membaca dan menulis. - Tulisan yang terlalu buruk/Sukar dibaca. - Kekerapan kesalahan dalam ejaan, tanda bacaan. - Tanpa ketetapan /Menaik dan menurun - Huruf terbalik /Urutan dan arah yang salah - Tanpa ketetapan dan ketentuan - jarak huruf dan perkataan. - Saiz yang tidak seragam / Mencampuradukkan saiz - besar dan kecil. - Idea yang tidak berkembangan dan penyusunan idea yang tidak teratur. - Perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa yang tidak tepat. Punca: - Baka - Tersekat pengalaman - Intelek yang rendah - Masalah emosi - Kekecewaan - Rasa rendah diri - Kemantangan yang lambat - Lemah daya ingatan - Mudah terganggu tumpuan - Kurang rangsangan - Faktor-faktor kesihatan - Persekitaran - Amalan makanan

- Kesan semasa mengandung - Penyakit semasa pembesaran selepas lahir. - Ubat semasa mengandung. - Kemalangan. - Sosio - ekonomi. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran - Temubual - Merujuk kepada pwgawai / pakar perubatan - Mewujudkan suasana pengajaran - pembelajarn yang sesuai / menyeronokkan - Senang ke susah. - Konkrit ke abstrak. - Melibatkan seberapa banyak pancaindera - Banyakan pengukuhan dan latihtubi. - Jauhkan dendaan yang negatif
CEREBRAL PALSY (KERENCATAN OTAK) Cerebral bermakna otak dan Palsy ialah kurang daya kawalan ke atas otot-otot. Cerebral Palsy (atau lebih dikenali sebagai Spastik) ialah suatu keadaan yang berpunca daripada kecacatan otak yang lazimnya berlaku : 1. Sebelum kelahiran Jangkitan dalam rahim. Ibu mengalami Darah Tinggi, Kencing Manis, Kurang Darah, dsbnya. ketika mengandung. Pendarahan teruk & kronik ketika mengandung. 2. Semasa proses kelahiran Kelahiran tidak cukup bulan, Kecederaan semasa lahir, Lemas semasa lahir dan Jangkitan semasa lahir . 3. Selepas kelahiran (sebelum berumur 3 tahun) - Meninggitis (jangkitan kuman diselaput otak) - demam kuning. - Jaundis yang teruk (kemicterus), - Kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan, penderaan & penganiayaan fizikal. Seorang kanak-kanak cerebral palsy dilahirkan bagi setiap 800 kelahiran, tanpa mengira jantina, kaum, umur ibu atau latarbelakang sosial. Tanda-tanda : - Bayi kelihatan lembik (floppy) - Lewat perkembangan - Menggunakan sebelah tangan (hand preference) - Masalah menusu - Kerap menangis, meragam, merengek tanpa sebab, ataupun terlalu diam & kurang tindakbalas terhadap rangsangan. - Refleks primitif yang kekal

- Sembelit - Cepat marah - Jenis-Jenis Kerencatan Otak - Spastik - otot menjadi kejang - Kanak-kanak Cerebral Palsy yang spastik mempunyai otot badan tertentu mengikut jenis. Ini menyebabkan bahagian badan yang terlibat keras dan susah untuk dikendalikan. - Spastik Quadriplegik CP - di mana kedua kaki dan lengan terlibat - Spastik Hemiplegik CP - di mana sebelah tubuh terlibat - Spastik Diplegik CP - di mana kedua kaki terlibat dan kedua lengan dan tangan terlinat secara minima. - Athetoid - pergerakan yang tidak dapat dikawal - Ataxia - gaya berjalan / duduk yang tidak stabil - Hypotonik - otot lembik - Campuran sifat- sifat di atas.

Masalah yang sering dialami oleh kanak-kanak CP - Terjejas pusat kawalan otot di otak - Kecacatan Fungsi (motor / deria / persepsi / terencat akal ) - masalah koordinasi - pergerakan badan / pergerakan tangan - masalah gerak badan yang kekok, janggal, tidak dapat mengimbang badan, menggeletar dan menyeringai. - Kekejangan, terencat akal, penglihatan kabur , pekak -juga dialami oleh kanak-kanak ini. - Kesulitan untuk menghisap dan menelan. - Lain-lain masalah : * komunikasi -pertuturan * pendengaran * pembelajaran * penglihatan * sawan tarik * masalah tingkahlaku -meragam Back to top
2000 - 2006(PHKKS) Pusat Harian Kanak-Kanak Spastik Bandar Ipoh Perak Malaysia.