Anda di halaman 1dari 26

PENGENALAN SEJARAH tamadun dunia bermula dengan masyarakat pertanian yang bergantung hidup dengan aktiviti bercucuk tanam

dengan kehidupan yang ringkas dan mudah. Dalam abad ke-19 tamadun dunia telah berubah kepada masyarakat industri yang mempunyai ciri-ciri pengkhususan dan memberi keutamaan kepada hasil pengeluaran atau produksi komoditi. Kini masyarakat dunia di abad ke-21 telah berubah kepada zaman baru yang dikenali sebagai

'knowledge age' atau k-ekonomi. Keperluan baru ini menekankan kepentingan maklumat,
kreativiti dan inovasi dalam memberi perkhidmatan baru kepada masyarakat. Abad ke-21 ialah abad kini dalam kalendar-kalendar yang berdasarkan Zaman Kristian ataupun Zaman Umum seperti kalendar Gregory, Tempohnya adalah dari 2001 hingga 2100 dan tempoh milenium ketiga adalah dari 2001 sehingga 3000. Ini disebabkan pengiraan abad pertama bermula dengan tahun 1.Biasanya, penggunaan umum mengganggap bahawa abad ke-21 berlangsung dari 2000 hingga 2099 dan milenium ketiga dari 2000 sehingga 2099. Pada 2000, ISO menyokong kegunaan umum dengan mentakrifkan kalendar yang memulakan perhitungannya dari tahun sifar. Dari segi amalan, masalah ini telahpun diselesaikan dengan penggunaan 1 Januari, 2000 yang meluas untuk menandakan permulaan abad ke-21.1 Pada abad ke-21 ini, negara kita menghadapi isu dan cabaran dalaman serta luaran akibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi, dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Informatian and Communications Technology, ICT). Salah satu cabaran negara adalah membangun satu sistem ekonomi yang berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi bagi menghadapi persaingan negara lain. Perubahan sistem ekonomi ini adalah fenomena yang pasti akibat arus perdana yang dibawa oleh globalisasi. Ekonomi baru ini memerlukan sokongan padu daripada sektor pendidikan untuk melahirkan rakyat Malaysia dalam pelbagai bidang.2 Kesan globalisasi adalah meluas dan infiniti. Dalam konteks kehidupan manusia, globalisasi meliputi bidang politik, sosial, dan ekonomi. Globalisasi menjadikan segala-galanya milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan. Yusof al-Qardhawi (2001), mendefinisikan globalisasi dengan maksud mensosialisasikan pola atau sistem tertentu yang dimiliki oleh yang berpengetahuan tinggi

1 2

http://ms.wikipedia.org/wiki/Abad_ke-21 http://ml.scribd.com/doc/39146635/Pendidikan-Abad-Ke-21-Isu-Dan-Cabaran

sesuatu negara atau kelompok sehingga menembusi seluruh dunia. Berdasarkan kefahaman ini, globalisasi dikenali dengan pelbagai istilah seperti dunia tanpa sempadan (borderless world), kampung global atau desa sejagat (global village) dan dasar langit terbuka (open sky

policy) dan menjadi suatu fenomena baru dalam mewujudkan ciri-ciri pensejagatan. Dalam erti
kata yang lain, dunia dijadikan suatu pentas yang kecil agar mudah terjangkau dalam waktu yang singkat.3 Oleh yang demikian, artikel ini akan menghuraikan bagaimana menyediakan modal insan untuk menempuh segala cabaran abad ke-21 ini secara umumnya dan cabaran globalisasi secara khasnya. Bermula dengan sistem pendidikan, kemahiran, guru seterusnya pelajar abad ke-21, artikel ini menjelaskan apa yang perlu ada bagi setiap aspek tersebut sabagai bekalan modal insan menghadapi cabaran ke 6 wawasan 2020 iaitu Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja pengguna teknologi tinggi tetapi juga menyumbangkan kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

Ahamad Tarmizi b. Azizan dan Zoolcaphly b. Sahib. Komputer Dan Seni Di Era Globalisasi : Peranan Dan Cabaran.

Pendidikan Abad Ke 21 Di abad Ke-21 ini, seluruh dunia tidak kira sama ada di negara maju atau negara sedang membangun dijangkakan akan mengalami perkembangan pesat lagi mencabar dalam bidang ekonomi, politik dan sosial. Ramai pihak berpendapat bahawa perubahan tersebut sedikit sebanyak mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan bidang pendidikan. Alvin Toffler seorang penulis terkenal pernah menyatakan bahawa 'the illiterate of the 21st century are not

those that cannot read or write, but those that cannot learn, unlearn and relearn.' Menurutnya
pendidikan di abad ini lebih mencabar dan mestilah berupaya melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif, mampu menyelesaikan masalah dan berfikir secara kritikal. Perubahan kepada zaman k- ekonomi yang menekankan keperluan maklumat dan bercirikan globally networked adalah sangat berkait rapat dengan perkembangan ICT. Oleh itu sering dikatakan bahawa mana-mana negara yang dapat menguasai teknologi maklumat dan mempunyai kemudahan jaringan ICT maka mereka dianggap mempunyai kelebihan dan seolaholah memiliki kuasa tambahan. Sementara itu negara-negara yang mengabaikannya akan ketinggalan dalam persaingan di peringkat global ini. Menurut Thomas Friedman dalam bukunya The World Is Flat : A Brief History of the Twenty-First Century pendidikan turut memainkan peranan penting dan menjadi kunci utama kepada kejayaan ekonomi dan kelestarian dunia dalam abad ke-21 ini.
4

Mengikut Laporan UNESCO (Report Of The International Commission On Education For

The Twenty First Century), pendidikan yang berterusan sepanjang hidup harus berasaskan
empat tonggak, iaitu: Learning to know (belajar untuk tahu); Learning to do (belajar untuk buat); Learning to live together (belajar untuk hidup bersama) dan Learning to be (belajar untuk menjadi). Pada peringkat asas, pendidikan seharusnya dapat memberi seseorang kanakkanak pendedahan kepada pengetahuan yang luas dan pelbagai sebelum dispesifikkan secara mendalam dalam bidang-bidang tertentu. Belajar untuk tahu membantu seseorang membina satu spektrum ilmu yang membolehkan dia memilih bidang yang sesuai dengan lebih jitu. Ilmu di sini juga merangkumi cara belajarsesuatu kemahiran yang begitu diperlukan untuk memudahkan seseorang menikmati peluang-peluang belajar yang begitu banyak dari pelbagai

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.h tm

sumber. Ilmu yang diperoleh harus seiring dengan kemahiran untuk melakukan tugasan berasaskan ilmu itu. Belajar untuk buat bukan dihadkan kepada kemahiran operasi atau mekanikal sahaja tetapi merangkumi kompetensi-kompetensi seperti kebolehan untuk menangani situasi-situasi yang tidak dijangka, kerja berpasukan, menyesuaikan diri dalam pelbagai konteks sosial dan kerja.
5

Manakala menurut YAB Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (2012), inovasi pendidikan ialah penyumbang utama pembangunan modal sosial dan ekonomi negara. Pendidikan juga merupakan pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang melengkapkan generasi muda dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran kerja, dan menjadi pengupaya perkembangan ekonomi keseluruhannya. Sehubungan dengan itu, kerajaan perlu memastikan sistem pendidikan negara berfungsi secara berkesan untuk menjayakan Model Baru Ekonomi, Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan yang menjadi asas perkembangan ekonomi negara dalam persaingan ekonomi global. Sehubungan dengan itu, demi memperkasakan pendidikan sebagai pemangkin dan

pembentuk insan yang serba lengkap untuk menempuh cabaran-cabaran abad ke-21, banyak negara, samada negara-negara maju mahupun negara membangun, membangunkan kecanggihan ICT sebagai pencetus minda pelajar masa kini. Kecanggihan ICT melalui pelbagai aspek, dari segi pekakasan mahupun perisian mampu menjana daya kognitif pelajar dan kemahiran psikomotor pelajar dari pelbagai aspek. Pada abad ke-21, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Negara juga menghadapi cabaran untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan atau Kekonomi. Oleh itu, KPM menyediakan program pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlak mulia. KPM juga meneliti semula program dan projek yang dirancang bagi penyegaran, pembaharuan, pengukuhan, penyusunan semula dan penggubalan baru. Semua ini adalah hasil perancangan yang terkandung dalam dokumen Pembangunan Pendidikan (2001-2010) KPM. Ohmae (1995) menyatakan bahawa perkembangan dalam teknologi maklumat dan arus globalisasi telah menyebabkan berlakunya kecairan sempadan nasional yang telah melahirkan
5

http://abihulwa.blogspot.com/2009/05/pendidikan-abad-ke-21.html

paradigma baru kepada semua organisasi, termasuk institusi pendidikan. Seperti mana-mana negara di seluruh dunia, Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi cabaran tersebut sebagai kesan daripada arus globalisasi. Hallinger (1998) menegaskan globalisasi telah mendorong berlakunya anjakan paradigma yang amat ketara di kebanyakan negara dalam konteks untuk mencari makna terhadap kualiti pendidikan dan juga kurikulum yang ditawarkan. Ini disebabkan kebimbangan akan kehilangan daya saing dalam persekitaran dunia global sekiranya penyemakan dan perubahan terhadap kurikulum tidak dilakukan. Dalam konteks ini, sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami transformasi yang agak radikal bermula sekitar tahun 1990-an sebagai reaksi kepada perubahan di peringkat global tersebut. Beberapa perubahan kurikulum terutama dari segi strategi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan seperti: 1. Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia. 2. Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar. Ini memberi peluang kepada pelajar mendapat kemahiran dan maklumat sesuai dengan keupayaan mereka dan aplikasi pelbagai stail pembelajaran. 3. Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan pelajar mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara. 4. Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara elektronik dengan rakan dan guru. Di samping perkembangan dari segi penggunaan teknologi maklumat, kurikulum di Malaysia juga telah disemak semula dan diberi nilai tambah supaya kurikulum tersebut adalah relevan dan berupaya untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran tertentu bagi menghadapi persekitaran global setelah mereka melepasi alam persekolahan. Trend yang agak ketara dikenal pasti dalam perkembangan kurikulum di Malaysia adalah ke arah melahirkan

warganegara global, selaras dengan perkembangan jaringan informasi dalam era globalisasi kini. Ini seiring dengan pendapat Hallinger (1998) bahawa langkah yang proaktif diperlukan supaya sekolah berupaya melahirkan pelajar yang mempunyai ciri tertentu bagi persediaan menghadapi persaingan global iaitu dari segi: 1. Mempunyai budaya pembelajaran sepanjang hayat 2. Mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan bahasa antara bangsa 3. Menguasai kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan dan kehidupan Seharian 4. Bersedia dari segi kognitif untuk tugasan yang kompleks dan mencabar, menyelesaikan masalah serta menjana pengetahuan baru. 5. Menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi sosial, politik dan budaya. Seiring dengan perubahan pada persekitaran global juga, kurikulum di Malaysia telah melalui satu era transformasi dari segi penggunaan bahasa Inggeris dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran sains dan matematik di sekolah rendah dan di sekolah menengah. Ini bertujuan untuk memberikan persediaan kepada pelajar bagi menghadapi persekitaran global terutama berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi di mana bahasa Inggeris adalah begitu penting dikuasai bagi mengakses ilmu dan maklumat dalam bidang tersebut. Bahasa antara bangsa yang lain seperti bahasa Arab, Perancis, Jepun, Jerman dan lain-lain turut diperkenalkan juga di sekolah yang bertujuan menyediakan pelajar untuk menghadapi dunia global dan menjadi global player secara lebih berkesan.6 Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario yang mencabar dalam pendidikan alaf baru di Malaysia kerana ia memberikan sumbangan yang besar kepada pencapaian Pendidikan Bertaraf Dunia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial, serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan mengabungkan serta memberikan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi secara

Habib Mat Som Megat Ahmad Kamaluddin Megat Daud .Globalisasi Dan Cabaran Pendidikan Di Malaysia. Universiti Malaya

bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Serta pengurusan sekolah yang efektif.7 DAN BAHAWASANYA tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat. Mukadimah Akta Pendidikan 1996

ICT dilihat berpotensi baik sebagai penguat dan pemangkin dalam mencapai proses pengajaran dan pembelajaran yang unggul (Davitt, 2005). ICT dianggap berperanan sebagai alat untuk mengajar dan belajar, sambungan serta media pertukaran. Justeru itu, peluang yang ada perlu diraih melalui penggabungan pengetahuan dan pembelajaran dengan kekuatan alat teknologi pendidikan, dan menggunakan sinergi ini bagi menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.
8

Sistem pendidikan Malaysia yang sedia ada sekarang telah mengetengahkan peranan ICT dalam pnp, kerajaan juga telah merancang lagi perubahan bagi memantapkan ICT dalam pendidikan di Malaysia. Antara Sebelas anjakan utama untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) ialah, Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia Meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestariNet bagi semua 10,000 sekolah menjelang 2013 Menambahkan kandungan atas talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula dengan perpustakaan video guru terbaik menyampaikan pengajaran dalam mata pelajaran kritikal pada 2013 Memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan berasaskan kendiri untuk meningkatkan kapasiti dan pembelajaran lebih khusus

7 8

http://ml.scribd.com/doc/39146635/Pendidikan-Abad-Ke-21-Isu-Dan-Cabaran Johari Surif et al. Tahap Amalan Dan Pengintegrasian Ict Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Sains. Universiti Teknologi Malaysia.

Sepanjang dekad yang lalu, Kementerian telah membelanjakan lebih daripada RM6 bilion untuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam inisiatif pendidikan, seperti Sekolah Bestari. Jumlah ini merupakan antara pelaburan modal paling intensif pernah dilakukan dalam sistem pendidikan. ICT mempunyai potensi yang besar untuk memacu proses pembelajaran ilmu dan kemahiran berfikir yang luas Namun demikian, potensi ini belum dizahirkan. ICT akan memperkukuh proses pengajaran dan pembelajaran di semua 10,000 buah sekolah. Murid akan memperoleh akses kandungan yang lebih luas, menarik dan interaktif. Mereka akan dapat belajar mengikut kadar sendiri dan mempunyai pilihan yang lebih luas melalui program jarak jauh. Pengetua/guru besar dan guru juga mempunyai akses kepada sumber dan komuniti pembelajaran nasional dan antarabangsa yang dapat meningkatkan kualiti amalan mereka. ICT akan sentiasa menjadi sebahagian daripada kehidupan harian di sekolah, tanpa jurang pemisah antara bandar dengan luar bandar. Semua guru dan murid akan dilengkapkan dengan kemahiran yang diperlukan bagi menggunakan teknologi ini secara berkesan dan bermakna.9 Antara kaedah pembelajaran ICT adalah melalui web. Web 2.0 adalah istilah umum yang berkaitan dengan aplikasi web yang memudahkan perkongsian maklumat interaktif yang beroperasi melalui media internet dengan bantuan pelayar web dan tidak perlu proses instalasi terlebih dahulu seperti umumnya kita gunakan sehari-hari. Sebuah laman Web 2.0 memberi penggunanya bebas untuk berinteraksi atau berkolaborasi antara satu sama lain dalam komuniti maya. Berbeza dengan laman web dimana pengguna terhad kepada pasif melihat kandungan yang diciptakan untuk mereka. Contoh aplikasi Web 2.0 termasuk laman web rangkaian sosial, blog, wiki, halaman perkongsian video dan halaman perkongsian grafik.10 Menurut Khan (1997), pembelajaran berasaskan web merupakan program pembelajaran berasaskan hipermedia yang menggunakan ciri dan sumber web untuk menghasilkan suatu persekitaran pembelajaran yang bermakna dan menyokong pembelajaran. Relan & Gillani (1997) mendefinisikan pembelajaran berasaskan web sebagai aplikasi strategi-strategi pembelajaran kognitif dalam persekitaran pembelajaran konstruktif dan kolobratif

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) Nur Fadzilah Binti Othman. Tahap Penggunaan Aplikasi Web 2.0 Dalam Kalangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam Di Malaysia . Universiti Teknologi Malaysia. 2010
10

menggunakan kemudahan web. Disebabkan terdapat pelbagai kemudahan ini membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dilaksanakan dengan lebih berkesan.11 Di negara-negara maju sangat canggih kerana hanya berfokus kepada ICT di bilik darjah. Contohnya, di Amerika Syarikat Dr Michael Wesch, seorang ahli Lembaga Penasihat bagi Sekolah abad ke-21, mencetus fenomena masyarakat sosial baru yang mana membangunkan banyak alatan Web 2.0 seperti Jott, Twitter, YouTube (terdapat juga TeacherTube,

SchoolTube, dan StudentTube), Diigo dan Google Earth untuk kegunaan bilik darjah. Beliau
juga menerangkan cara penggunaan web 2.0 dalam bilik darjah serta menekankan amalannya di bilik darjah. Malah, di Asia Tenggara pendidikan abad ke -21 juga berfokus kepada Teknologi Maklumat (ICT). Misalnya, Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang di Singapura telah menggantikan buku dengan komputer tablet iPad yang bertujuan membuat perubahan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas (NTD Televisyen) (Venthan, 2006; Singapore

School Trials iPad as Textbook Replacement, 2012).


Pelbagai kaedah pembelajaran yang digunakan dan dirancang dalam proses pembinaan insan serba lengkap bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Ada yang telah diaplikasikan, ada juga akan diaplikasikan. Namun yang demikian, akhirnya ia akan melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran yang sesuai iaitu kemahiran abad ke-21 yang kan dibincangkan dibab yang seterusnya.

11

Khairun Nadwa Binti Md Tahir. Kesan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri (PBI) Melalui Web Terhadap Prestasi Dan Persepsi Pelajar Dalam Matapelajaran Fizik Peringkat Universiti . Usm. 2007

Kemahiran Abad Ke 21 Berdasarkan cabaran pendidikan Malaysia ke arah K-ekonomi, ia menuntut agar negara membangunkan sumber tenaga yang mempunyai ciri-ciri K-worker, celik dan mahir dalam ICT, mampu bersaing pada peringkat tempatan dan pada peringkat global, bahkan memiliki jati diri dan daya saing yang tinggi selaras dengan perkembangan era dunia abad ke-21 yang sagat mencabar. Oleh yang demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) perlu menyediakan program pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlak mulia bagi memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.12 Kemahiran yang dimaksudkan inilah yang dibincangkan dibab ini. Kerajaan komited melaksanakan transformasi sistem pendidikan negara untuk tempoh 15

tahun akan datang. Tranformasi pendidikan ini bermatlamat melengkapkan setiap murid di negara kita dengan segala kemahiran baharu yang diperlukan oleh mereka untuk merebut peluang dan menangani cabaran abad ke-21. Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara termaju didunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif, mempunyai kemahiran kepimpinan yang mantap dan berupaya berkomunikasi dengan berkesan diperingkat global.
YAB Tan Sri Dato Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin. Pakar pendidikan di kebanyakan negara menyedari hakikat bahawa kanak-kanak memerlukan kemahiran yang lebih daripada 3M (menulis, membaca, mengira) setelah mereka menamatkan alam persekolahan. Dalam dunia globalisasi pada abad ke-21, keperluan untuk melahirkan modal insan berkualiti tinggi menjadi semakin penting. Kebanyakan negara menerima konsep kemahiran abad ke- 21 sebagai paksi kurikulum, namun definisi konsepnya belum dipersetujui. Menteri Pendidikan Singapura menyatakan bahawa individu yang lengkap dengan kemahiran abad ke- 21 merupakan individu yang mempunyai keyakinan diri, mengamalkan pembelajaran kendiri, menyumbang dengan aktif, dan merupakan warganegara yang prihatin. Di Finland, kemahiran abad ke-21 berteraskan perkembangan kendiri, identiti budaya dan keantarabangsaan, kemahiran media dan komunikasi, warganegara partisipatif,

12

http://ml.scribd.com/doc/39146635/Pendidikan-Abad-Ke-21-Isu-Dan-Cabaran

bertanggungjawab terhadap persekitaran, menitikberatkan kesihatan diri dan masa depan yang lestari. Di Malaysia, Kementerian telah mengenal pasti kemahiran abad ke-21 yang sesuai dengan konteks tempatan dan dapat menyediakan warga Malaysia untuk bersaing pada peringkat antarabangsa. Untuk itu, kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersemangat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, dan patriotik, serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi, dan bekerja secara berpasukan. Kurikulum sekolah rendah dan menengah yang dikaji semula akan memastikan keseimbangan pengetahuan yang penting dengan kemahiran berfikir, dan nilai untuk memastikan kejayaan murid pada masa akan datang.
13

Gambar 1 . Standard Kemahiran Abad Ke-21

13

Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. September 2012. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Perubahan diperlukan untuk memenuhi keperluan masyarakat sekarang yang banyak dipengaruhi oleh dunia yang dicorakkan oleh pembangunan teknologi. Pemikiran ini merujuk pada pandangan bahawa pembelajaran patut memanfaatkan teknologi untuk pedagogi terkini yang lebih prihatin kepada ciri-ciri pelajar sekarang. Penekanan perubahan pendidikan yang dimaksudkan mengaitkan kemahiran abad ke 21 dengan peranan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Sehubungan dengan proses pembestarian sekolah yang dibuat oleh KPM memerlukan pelajar berkemahiran dalam bidang ICT. Kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan pelajar yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-

directed) dan kada kendiri (self-placed).14


Kebanyakan kemahiran abad ke 21 adalah berdasarkan kepada pendedahan terhadap ICT. Jika dahulu, literasi cuma merangkumi membaca, menulis, dan mengira, literasi abad ke 21 melibatkan literasi digital. Guru memainkan peranan utama dalam membimbing pelajar untuk melayari internet, mencari laman sesawang, memilih perisian yang sesuai dan mengumpul serta mengulas maklumat. Dengan bimbingan guru juga kesedaran global pada era digital sepatutnya mudah dicapai dan seharusnya meningkat. Kemahiran berfikir aras tinggi melebihi pengimbasan kembali fakta atau informasi. Kemahiran berfikir melibatkan interaksi berfikir mengikut strategi kognitif, meta kognitif dan pengetahuan semasa menghuraikan masalah (Young 1997). Menurut OECD (2006), salah satu pendekatan yang dicadangkan ialah sekolah-sekolah memberikan wadah agar kemahiran abad ke-21 diasah supaya murid-murid lebih bersedia untuk menghadapi cabaran ekonomi pengetahuan. Kemahiran ini berkaitan dengan pengurusan pengetahuan seperti pemilihan, penyesuaian, analisis dan perkongsian dalam alam web. Kemahiran ini disokong oleh teknologi maklumat dan komunikasi.
15

Malah, sumber terbaik yang membina kemahiran komunikasi interaktif seperti kemahiran sosial dan peribadi, semangat berpasukan dan kolaborasi adalah menerusi lima bentuk teknologi era digital iaitu mobility (bergerak) seperti telefon pintar, connectivity

14 15

http://ml.scribd.com/doc/39146635/Pendidikan-Abad-Ke-21-Isu-Dan-Cabaran Wan Alfida Suleiman . Mengasah Kemahiran Literasi Digital . Sekolah Rendah Beacon

(penyambungan) seperti WiFi, rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter, enjin carian seperti Google dan Yahoo, dan portal perkongsian maklumat seperti Wikipedia dan YouTube. Di peringkat antarabangasa, LLC mengiktiraf keperluan kritikal untuk membangunkan kemahiran abad ke 21 di sekolah-sekolah. Walau bagaimanapun, dipercayai bahawa pendidikan ini tidak menghadkan pembangunan profesional dan reka bentuk kurikulum sedia ada. Kemahiran abad ke 21 yang dipelajari melalui kurikulum, ia merupakan disiplin, bersepadu, berasaskan projek, dan banyak lagi, termasuk dalam kurikulum berasaskan projek dengan menggunakan tujuh kemahiran hidup yang diperjuangkan oleh Tony Wagner dalam bukunya, Jurang Pencapaian Global: Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah Kerjasama merentasi Rangkaian dan Memimpin oleh Pengaruh Ketangkasan dan Penyesuaian Inisiatif dan keusahawanan Komunikasi Berkesan Lisan dan Bertulis Mengakses dan Menganalisis Maklumat Rasa ingin tahu dan Imaginasi Pembelajaran berasaskan projek (project-based learning) adalah salah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam negara Malaysia mampu memupuk kemahiran abad ke 21. Contohnya, topik-topik tertentu dalam mata pelajaran Sejarah dan Sains diberi sebagai tugasan projek di mana pelajar mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber. Tugasan menerusi pembelajaran berasaskan projek seperti ini, juga menggalakkan komunikasi interaktif. Pelajar dapat berbincang dan berkongsi maklumat mengenai projek bersama rakan dan guru secara bersemuka atau atas talian menerusi pelbagai alat media sosial seperti e-mel, Facebook atau blog. Dalam usaha untuk pelajar-pelajar kita bersedia untuk mengemudi dunia abad ke-21 ini, mereka mesti menjadi celik dalam literasi abad ke-21 termasuk media, budaya, maklumat, emosi, ekologi, kewangan dan siber. Bekerjasama dengan pelajar dari seluruh dunia dalam projek bermakna, kehidupan sebenar adalah alat yang diperlukan untuk membangunkan literasi ini. Pelajar boleh mempelajari bahawa melalui kerjasama, bukan persaingan, mereka boleh

bekerjasama untuk menjadikan dunia tempat yang lebih baik. Pelajar akan menggunakan teknologi, termasuk Internet, dan kerjasama global untuk menyelesaikan isu-isu kritikal. Dalam membincangkan potensi pembelajaran berasaskan Web, Hill (1997) menyatakan bahawa pembelajaran Web memberi peluang kepada pelajar untuk memperolehi strategi berfikir pada aras tinggi dengan menggalakkannya memikir secara mencapah serta dengan adanya pandangan dari pelbagai perspektif. Bonk dan Reynolds (1997) turut menegaskan bahawa pembelajaran berasaskan Web yang konstruktivis, di mana pelajar digalakkan menyatakan pendapat dan idea masing-masing, menjalankan refleksi, meneroka sumberpengetahuan yang pelbagai serta mengenal pasti kecondongan dan kekuatan hujah, adalah tunggak kepada pemupukan kemahiran berfikir aras tinggi. Pendapat ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Sanders dan Morrison-Shetlar (2001) yang mendapati bahawa komponen Web yang memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi secara tak-sinkroni antara satu sama lain, mempunyai kesan positif tinggi terhadap pembelajaran dan kemahiran berfikir secara kritis.16 Selain itu, melibatkan pelajar dalam aktiviti kokurikulum juga penting. Semua pelajar diwajibkan menyertai pasukan beruniform. Tindakan ini dapat membantu pelajar mengasah kemahiran literasi alaf digital (terutama kesedaran global), kemahiran komunikasi efektif dan kemahiran pemikiran inventif melalui pembabitan mereka dalam aktiviti-aktiviti berkaitan. Pendekatan pembelajaran perlu dijuruskan kepada perkembangan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dan yang boleh menghasilkan pelajar yang berdikari (independent learners). Jelas sekali, bahawa pembangunan abad ke 21 dalam kalangan pelajar memerlukan perubahan pada pendekatan pendidikan. Perubahan ini boleh berlaku di peringkat sekolah atau bilik darjah. Walau bagaimanapun, perubahan di peringkat sekolah atau bilik darjah memerlukan kesedaran dan kemahiran di kalangan guru dan pentadbir. Program pengurusan perubahan dan kajian semula program latihan guru adalah perkara-perkara asas yang perlu disediakan ke arah pendidikan, persekolahan dan kemahiran abad ke 21.

16

Tina Lim Swee Kim . Pembelajaran Berasaskan Web: Kesan Pendekatan Konstruktivis Berbanding Pendekatan Langsung. Maktab Perguruan Ipoh Perak

Guru Abad Ke-21 Pengetahuan Isi Kandungan Kurikulum Guru abad ke-21 perlu mempunyai tahap pengetahuan isi kandungan kurikulum yang baik. Perkembangan terkini dalam kurikulum pendidikan sewajar diketahui oleh setiap guru. Antara pengetahuan isi kandungan kurikulum yang perlu difokuskan ialah: Kesediaan guru untuk menyampaikan bahan pengajaran merupakan perkara terpenting dalam pengendalian sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna pengetahuan guru tentang isi kandungan kurikulum merupakan kesediaan terpenting untuk memastikan keberkesanan pengajarannya.

Pengetahuan substantif, iaitu pengetahuan tentang apa yang ada dalam fakta atau konsep yang digunakan untuk menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk dalam mata pelajaran berkenaan. Hal ini bermakna setiap guru seharusnya memiliki pengetahuan substantif ini, terutamanya bagi tajuk-tajuk yang melibatkan isu-isu semasa.

Pengetahuan sintaktik, iaitu pengetahuan tentang cara bagaimana sesuatu perkara itu dibentuk dan dihasilkan berdasarkan prosedur, kaedah dan proses yang melaluinya, sesuatu kebenaran dan pengetahuan baru dapat dibina. Hal ini bermakna setiap guru perlu mengukuhkan kefahaman konseptual pelajar dengan menggunakan contoh, analogi, hujah secara logikal dan berhujah menggunakan asas fakta yang tepat mengikut tahap pemikiran pelajar.

Penguasaan ilmu, iaitu setiap guru perlu menguasai ilmu mata pelajaran dan ilmu pedagogi. Pengetahuan isi kandungan subjek yang berkaitan dengan sukatan, sama ada secara langsung atau tidak secara langsung merupakan faktor penentu kefahaman pelajar terhadap apa yang diajarkan oleh guru. Hal ini bermakna tanpa menguasai kandungan kurikulum, boleh mengganggu pemahaman dan pengetahuan pelajar tentang tajuk yang dipelajari.

Rumusannya, tahap keberkesanan pengajaran guru banyak bergantung kepada pengetahuan isi kandungan subjek dan kemampuan guru mengurus masa untuk dimanfaatkan sepenuhnya dalam pengajaran. Pengetahuan isi kandungan kurikulum yang baik juga membantu guru merancang pengajaran harian, mingguan dan bulanan secara sistematik dan bertulis.

Pengetahuan Pedagogi Pengetahuan pedagogi mengajar bermaksud setiap guru perlu mempunyai pelbagai pengetahuan berkaitan pedagogi mengajar. Dalam konteks pendidikan, setiap guru sewajarnya memahami dan menguasai pelbagai kemahiran mengajar/pedagogi terkini yang melibatkan kaedah, pendekatan, teknik dan strategi mengajar. Dalam pengajaran, seharusnya pelajar merasai dan dapat memahami bahawa guru mereka seharusnya lebih mahir dan lebih mengetahui sesuatu tajuk yang dibincangkan berbanding pelajar. Hal ini boleh dilihat antara lain melalui pedagogi mengajar yang guru gunakan.

Pendekatan pengajaran: Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, terdapat banyak


pendekatan pengajaran yang boleh digunakan di dalam bilik darjah. Selalunya guru-guru akan menggunakan pendekatan konvensional dan tradisi yang sudah biasa digunakan dalam pengajaran seperti deduktik, induktik dan komunikatif. Kini sepatutnya guru-guru perlu meneroka kepada pendekatan pengajaran terkini dan sesuai dengan tahap kognitif, kepelbagaian pelajar, kesesuaian tajuk yang diajar dan sebagainya. Antara pendekatan terkini yang boleh digunakan ialah pendekatan masteri, kontekstual, konstruktif, koperatif, kolaboratif, penyebatian kemahiran, penggabungjalinan pelbagai displin ilmu dan pembelajaran berasaskan masalah.

Kaedah pengajaran: Terdapat banyak kaedah pengajaran dan pembelajaran yang


sewajarnya setiap guru mengetahui dan menguasainya. Di dalam kelas kepelbagaian pelajar, kaedah mengajar berpusat pelajar seharusnya diberi penekanan oleh guru. Antaranya ialah kaedah perbincangan, main peranan, penyelesaian masalah,

pembelajaran atas talian, inkuiri, sumbang saran dan sebagainya. Kaedah pengajaran yang banyak berpusatkan guru dan bahan tidak digalakkan digunakan oleh guru.

Teknik pengajaran: Teknik pengajaran adalah perincian daripada penggunaan sesuatu


kaedah yang digunakan. Teknik pengajaran lebih kepada pelaksanaan bagaimana sesuatu kaedah pengajaran itu dapat dilaksanakan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik pengajaran merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara teknik mengajar yang biasa digunakan ialah teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, penyoalan, sumbang saran dan permainan. Tujuan menggunakan pelbagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran adalah untuk menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah, maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.

Strategi pengajaran: Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita
mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, di dalam bilik darjah yang pelbagai tahap pencapaian, guru perlu memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan pelajar. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.

Kesimpulannya,

dalam

melaksanakan

kepelbagaian

kaedah

pengajaran

dan

pembelajaran, guru perlu memilih kaedah yang sesuai digunakan seperti kaedah praktis, perbincangan, soal jawab dan sebagainya. Selepas kaedah yang hendak digunakan dipilih, barulah guru merancang teknik yang boleh komplemen dengan kaedah tersebut seperti teknik bercerita, latih tubi, menghafal dan seumpamanya. Usaha mengenal pasti dan memilih kaedah dan teknik yang sesuai dapat memenuhi pendekatan yang digunakan yang disebut sebagai strategi.

Pengetahuan Guru Tentang Ciri Pelajar Guru yang baik ialah seorang guru yang bukan sahaja mempunyai kepelbagaian kemahiran mengajar, tetapi juga mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap setiap anak pelajar yang di dalam kelas yang diajarnya. Pengetahuan berkaitan ciri pelajar adalah amat diperlukan untuk membantu guru memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan setiap ciri pelajarnya17. Pengetahuan guru tentang ciri pelajarnya boleh menjadikan pengajaran guru menyeronokkan dan meninggalkan kesan positif dalam diri pelajar berkenaan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, pengetahuan guru tentang pelajar-pelajarnya dilihat dari aspek:

Maklumat umum tentang pelajar berkenaan: Hal ini bermaksud setiap guru bukan
fungsinya untuk mengajar sahaja, tetapi juga mengambil berat akan hal-hal berkaitan dengan pelajar yang diasuhnya. Mengambil berat ini amat penting jika guru berkenaan menjadi guru kelas pada setiap pelajar tersebut.

Pengetahuan tentang tahap kognitif pelajar: Setiap pelajar adalah berbeza tahap
kognitifnya. Guru perlu memahami setiap pelajarnya itu adalah berbeza tahap kognitifnya. Sudah tentu apabila menyoal (aras soalan), memberi tugasan (mudah atau sukar), memberi arahan main peranan (sebagai ketua, pembentang, pencatat) dan sebagainya, maka guru-guru perlu mengambil keupayaan pelajar tersebut untuk

17

(Zamri 2011, Wood 2002)

menjawab soalan, menyiapkan tugasan, kemampuan bertindak ketika main peranan dan sebagainya.

Pengetahuan tentang sikap pelajar: Faktor sikap amat penting dalam menentukan sama
ada seseorang pelajar itu berminat atau tidak berminat mempelajari sesuatu mata pelajaran itu, guru yang mengajar, kaedah pengajaran yang digunakan dan sebagainya. Justeru, setiap guru perlu memastikan pengajarannya menyeronokkan, dan mudah difahami pelajar. Kreativiti dan inovatif guru ketika mengajar boleh mempengaruhi sikap pelajar terhadap mata pelajaran.

Memahami Psikologi Pembelajaran Guru perlulah memahami dan menguasai sepenuhnya psikologi pembelajaran untuk mengawal dan membentuk sikap pelajar. Teori-teori psikologi pembelajaran yang dipelajari perlulah digunakan semula dan diaplikasikan kepada pelajar. Sebagai seorang guru perlu memahami sepenuhnya psikologi pembelajaran dan mengetahui kegunaannya bagi setiap masalah pelajar. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif pelajar-pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan

luar biasa.
Memiliki Kemahiran Kaunseling Menerapkan nilai-nilai murni/moral/akhlak nilai-nilai murni menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila insan dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara. Menggunakan Teknologi Terkini Guru memainkan peranan utama dalam membimbing pelajar untuk melayari internet, mencari laman sesawang, memilih perisian yang sesuai dan mengumpul serta mengulas

maklumat. Dengan bimbingan guru juga kesedaran global pada era digital sepatutnya mudah dicapai dan seharusnya meningkat. Pembelajaran berasaskan projek (project-based learning) adalah satu pendekatan P&P yang boleh memupuk kemahiran tersebut. Topik-topik tertentu dalam mata pelajaran Sejarah dan Sains contohnya boleh diberi sebagai tugasan projek di mana pelajar perlu mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber. Tugasan menerusi pembelajaran berasaskan projek juga menggalakkan komunikasi interaktif. Pelajar berbincang dan berkongsi maklumat mengenai projek bersama rakan dan guru secara bersemuka atau atas talian menerusi pelbagai alat media sosial seperti e-mel, Facebook atau blog. Sumber terbaik bagi membina kemahiran komunikasi interaktif seperti kemahiran sosial dan peribadi, semangat berpasukan dan kolaborasi adalah menerusi lima bentuk teknologi era digital iaitu mobility (bergerak) seperti telefon pintar, connectivity (penyambungan) seperti

WiFi, rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter, enjin carian seperti Google dan Yahoo, dan
portal perkongsian maklumat seperti Wikipedia dan YouTube. Jelas sekali bahawa pembangunan abad ke-21 dalam kalangan pelajar memerlukan perubahan pada pendekatan pendidikan. Perubahan ini boleh berlaku di peringkat sekolah atau bilik darjah. Walau bagaimanapun, perubahan di peringkat sekolah atau bilik darjah memerlukan kesedaran dan kemahiran di kalangan guru dan pentadbir. Program pengurusan perubahan dan kajian semula program latihan guru adalah perkara-perkara asas yang perlu disediakan ke arah pendidikan, persekolahan dan kemahiran abad ke-21. Teknologi dan perkomputeran para pendidik seharusnya mengorak langkah dan menggembleng peluang untuk melengkapkan diri berketrampilan sebagai pemimpin ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat untuk pelbagai bidang dan menjadi mekanisme urusan haria Perkembangan dunia aspek ekonomi, sosial, politik dan teknologi seharusnya menjadi indikator asas kepada sistem pendidikan dan persekolahan untuk memenuhi keperluan tenaga manusia yang berteraskan keilmuan yang berkualiti, asas nilai dan moral yang berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, semangat patiotis dan memelihara perpaduan rakyat sebagai

bangsa Malaysia, dan manusia yang bertaraf dunia. Para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21.

Pelajar Abad Ke-21 Bijak menyoal Pelajar abad ke-21 perlulah bijak dalam menyoal. Kita sudah sudah sedia maklum bahawa pelajar abad ke-21 terdedah kepada keterbukaan teknologi. Oleh itu, pelajar akan lebih bijak untuk menyoal kepada guru. Yakin berkomunikasi Pelajar yang yakin berkomunikasi ini boleh terbentuk hasil daripada usaha guru. Pelajar akan sentiasa aktif dan yakin berkomunikasi jika guru sentiasa memberi kepada mereka untuk bercakap. Manakala guru yang tidak memberi peluang untuk pelajar bercakap akan membuat pelajar mereka pasif. Oleh itu, pelajar abad ke-21 perlulah diberi peluang oleh guru untuk lebih berkomunikasi di dalam kelas. Dahagakan ilmu Pelajar abad ke-21 sentiasa mencari ilmu. Sebelum ini, semua isi pelajaran diberi oleh guru sepenuhnya tetapi pada masa kini pelajar perlu sentiasa meneroka ilmu mereka sendiri. Persaingan bagi setiap orang pelajar pada abad ke-21 adalah tinggi dan mereka perlu bijak dalam mencari ilmu baru. Menjana idea Pelajar abad ke-21 perlu sentiasa menjana idea mereka selaras dengan perkembangan zaman yang ada. Contohnya, pelajar di negara Jepun sentiasa menjana idea baru selaras dengan tahap pendidikan dalam negara mereka. Tahap pendidikan dan pelajar mereka adalah jauh mendahului kita. Oleh itu, untuk bersaing dengan negara-negara maju yang lain pelajar kita haruslah sentiasa menjana idea mereka. Berkemahiran kritis Berkemahiran kritis sangat perlu kepada seorang pelajar. Seorang pelajar tidak harus menerima sahaja sesuatu perkara tanpa menilainya terlebih dahulu. Era teknologi ini, maklumat sangat mudah diperolehi tetapi tidak semua maklumat adalah adalah benar. Oleh itu, berkemahiran

berfikir dengan kritis adalah penting supaya pelajar dapat menapis dan menilai kebenaran sesuatu perkara yang diperolehi. Berkeperibadian tinggi Pelajar abad ke-21 akan lebih sempurna dengan keperibadian yang tinggi. Seorang pelajar tidak harus mempunyai kemahiran yang tinggi sahaja. Berkeperibadian tinggi sangat perlu pada diri pelajar. Pada abad ke-21 kita dapat lihat ramai pelajar yang semakin jauh daripada keperibadian tinggi ini. Keadaan ini berlaku kerana mereka banyak belajar sendiri daripada kemudahan ICT dan tanpa perlu berjumpa dengan orang lain. Dleh itu, keperibadian tinggi perlulah disebabkan dalam diri pelajar abad ke-21 supaya diri mereka selaras dengan kemahiran dan keperibadian yang tinggi Pelajar dan Internet Walaupun masih ramai pelajar tidak berpeluang untuk menikmati kemudahan internet terutamanya di kawasan pendalaman, namun sebagai pelajar abad ke-21 mereka harus mengambil peluang dengan bijak untuk memperoleh maklumat di internet. Revolusi maklumat yang akan mewujudkan Era Maklumat akan membawa perubahan secara menyeluruh dan dramatik kepada cara hidup kita, cara bekerja dan tatacara melihat dunia secara global. Negara kita telah berjaya melihat akan kemunculan pelajar abad ke-21 yang dipengaruhi dengan ganerasi berilmu dan bermaklumat tersebut. Kemajuan dalam teknologi Komputer pada hakikatnya akan memastikan bahawa revolusi maklumat akan mempengaruhi hidup kita secara lebih mendalam serta menyeluruh. Terdapat beberapa kelebihan pembelajaran menggunakan Internet: a) Peluang pembelajaran melalui Internet lebih bersifat terbuka dan luas kerana ia tidak tertakluk kepada lokasi tertentu, sebaliknya ia meliputi seluruh dunia. b) Internet juga menyediakan ruang dan maklumat pembelajaran dan perkongsian dengan kepada golongan professional dalam bidang tertentu, seperti kejuruteraan, perubatan, farmasi, teknologi, komputer dan sebagainya. c) Kemudahan Internet juga memperkayakan lagi sumber-sumber maklumat yang dahulunya hanya dipersembahkan melalui kaedah konvensional sahaja, iaitu buku, majalah, surat khabar,

rencana tertentu, jurnal dan buletin. Melalui Internet, sumber-sumber tersebut turut disediakan dalam bentuk World Wide Web. Sumber-sumber begini biasanya disediakan oleh pihak institusi pengajian tinggi, badan-badan pemikir dan pusat penyelidikan dalam bidang tertentu. Ianya bukan sahaja untuk dijadikan bahan rujukan kepada para pelajar sekolah, kolej dan universitI, malah ia juga turut oleh dimanfaatkan oleh semua golongan orang yang berminat. d) Dalam pencarian sejumlah kecil maklumat, seperti ensiklopedia dan kamus, ia mudah dilaksanakan. Tetapi bagi mencari sejumlah maklumat yang besar, langkah mencari dan memilih mungkin agak sukar bagi pengguna yang masih lagi belum memahami teknik pencarian maklumat dalam Internet. Internet menyediakan satu perisian atau aplikasi yang dinamakan enjin carian bagi memudahkan proses pencarian anda terhadap topik tertentu. Walaupun begitu, perlukan sedikit kemahiran penggunaan enjin carian bagi memastikan bahawa maklumat yang betul dapat diperolehi. Di dalam abad ke-21, internet menawarkan maklumat yang pelbagai untuk tujuan pembelajaran. Ruang siber yang ada terbuka luas untuk penerokaan pengetahuan. Apa yang penting ialah maklumat ini perlu diproses dan dianalisis untuk mendapat manfaat semaksimum yang mungkin.

Kesimpulan Abad ke-21 begitu sinonim dengan era digital bertunjangkan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menyebabkan kemahiran tersebut menjadi semakin penting kini. Kepentingan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi ini selaras dengan keperluan kemahiran abad ke-21 yang sememangnya penting untuk diaplikasikan dalam bidang pendidikan. Profesionalisme guru perlu dipertingkatkan memandangkan mereka adalah tunjang kepada pelopor kemahiran abad ke-21 dalam melahirkan modal insan kreatif dan inovatif. Kajian lepas mendapati bahawa tahap kesediaan guru dalam menguasai kemahiran masih pada tahap memuaskan. Kegagalan guru dalam menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran menyebabkan kemahiran ini sukar digarap dikalangan guru. Tanpa kesediaan yang tinggi di dalam diri guru, segala reformasi pendidikan yang dijalankan bagi melahirkan generasi muda sejajar dengan perkembangan dunia akan menemui jalan kegagalan. Disebabkan perubahan ini, warga pendidik mempunyai cabaran yang lebih besar dalam menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran berteraskan teknologi seiring dengan kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi zaman kini. Namun, kesediaan guru dalam menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi masih lagi berada pada tahap sederhana. Ini menyebabkan guru memerlukan latihan yang lebih bagi membantu mereka merealisasikan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran seiring dengan keperluan pelajar. Dengan peningkatan penggunaan ICT dikalangan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka adalah merupakan sesuatu yang perlu bagi meningkatkan dan memajukan lagi tahap penggunaan ICT terhadap guru seiring dengan keperluan kemahiran abad ke-21 yang perlu diterapkan dikalangan guru dan pelajar18.

18

(Lima et al., 2004; Rabe & Cadorna-Carlow, 2007)

Rujukan Kaori Okano & Motonori Tsuchiya. 2007. Pendidikan Moden Jepun: Ketaksamaan dan

Kepelbagaian. Terj. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.


Lima, M., Koehler, M., & Spiro, R. 2004. Collaborative Interactivity and Integrated

Thinking in Brazilian Business Schools Using Cognitive Flexibility Hypertexts: The Panteon Project. Jurnoul Educational Computing Research, 31(4), 371-406.
Mohd Salleh Lebar. 1993. Bimbingan & Kaunseling: Tugas Guru dan Kemahiran Asas. Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Mohd. Sharani Ahmad & Zainal Madon. 2004. Tip Pandai Belajar: PanduanTeknik-Teknik

Berkesan Semasa Belajar dan Mengajar. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Rosie Turner-Bisset. 2007. Pengajaran Pakar. Terj. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Wood, J.W. 2002. Adapting instruction to accommodate students in inclusive setting:

Including all students. New York: Pearson Education Inc.


Zamri Mahamod. 2011. Inovasi P&P dalam pendidikan Bahasa Melayu. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.