Anda di halaman 1dari 32

TEORI PEMBELAJARAN TOPIK 6 TOPIK 6 TEORI PEMBELAJARAN PENGENALAN Pendekatan pengajaran guru dalam bilik darjah amat bergantung

kepada bagaimana p elajar mempelajari kandungan sesuatu mata pelajaran. Ahli-ahli psikologi telah m engkaji bagaimana pembelajaran berlaku dan menghasilkan beberapa teori pembelaja ran. Teori-teori ini boleh dibahagikan kepada teori-teori pembelajaran behaviori sme, sosial dan kognitif. Teori pembelajaran behaviorisme berfokus kepada tingka h laku dan persekitaran, teori pembelajaran sosial berfokus kepada tingkah laku dan pemikiran, sementara teori pembelajaran kognitif berfokus kepada pemikiran. Bab ini menjelaskan tentang teoriteori ini dan penggunaannya dalam pengajaran da n pembelajaran dalam bilik darjah. Diharapkan para guru dapat membuat refleksi t entang pendekatan pengajaran mereka dan mengaitkannya dengan teori-teori pembela jaran yang berkenaan. Bab ini bukan sahaja berguna untuk guru, tetapi juga untuk pelajar untuk mengetahui cara pembelajaran sendiri yang efektif. OBJEKTIF Di akhir bab ini, anda seharusnya dapat: 1. menghuraikan teori-teori pembelajara n behaviorisme, sosial dan kognitif; 2. menjelaskan teori-teori pembelajaran Gag ne, Ausubel, Bruner dan konstruktivisme; dan 3. menerangkan pembelajaran langsun g, koperatif dan masteri. 6.1 TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME Adakah anda pernah memberi hadiah (seperti coklat atau buku) kepada diri anda at au anak anda apabila anda atau dia mencapai sesuatu (seperti mendapat A dalam pe periksaan)? Menurut ahli-ahli psikologi behavioral, pembelajaran adalah perubahan tingkah la ku yang berlaku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman. P roses pembelajaran ini dilalui oleh setiap insan sejak dia dilahirkan, sehingga sukar bagi kita untuk membeza dan memisahkan antara pembelajaran dengan tumbesar an, kerana kedua-duanya adalah saling berkaitan. Behaviorisme menumpukan perhati an ke atas aspek tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan boleh diukur. Ahli-ahli psikologi behavioris berpendapat sesuatu benda yang wujud adalah benda yang kita boleh diperhatikan. Kita tidak dapat melihat pemikiran, tetapi kita d apat membuat 120 OUM

TOPIK 6 TEORI PEMBELAJARAN pemerhatian terhadap perlakuan manusia. Dari tingkah laku ini kita dapat membuat kesimpulan tentang apa yang sedang difikirkan. Antara tokoh-tokoh behaviorisme yang terkemuka ialah ahli-ahli pelaziman klasik Pavlov dan Watson serta ahli-ahl i pelaziman operan Thorndike dan Skinner. 6.1.1 Teori Pelaziman Klasik Pavlov Menurut Pavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas berm aksud apa-apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat sesuatu rangsangan. Rangsan gan pula ialah apa-apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas. Contoh nya, kebanyakan guru apabila mendengar loceng, akan keluar dari bilik guru atau kelas untuk mengawasi pelajar. Tingkah laku ini terbawa-bawa hingga ke rumah, ia itu apabila guru mendengar bunyi loceng di rumah, beliau akan keluar dari bilik dan memerhati ahli-ahli keluarganya. Daripada contoh ini, bunyi loceng tersebut adalah rangsangan, manakala tindakan guru tersebut adalah gerak balas. Hasil dar ipada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku akibat kai tan antara rangsangan dengan gerak balas. Pembelajaran yang berlaku melalui perk aitan tersebut dinamakan pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat rangsang an ini dikenali sebagai pelaziman klasik. Melalui eksperimen Pavlov terhadap see kor anjing, 3 peringkat pelaziman telah dihasilkan iaitu (a) sebelum pelaziman, (b) semasa pelaziman dan (c) selepas pelaziman. Hasil eksperimen Pavlov dapat di rumuskan dalam Jadual 6.1. Beberapa konsep penting dalam proses pengajaran dan p embelajaran dihasilkan melalui prinsip pelaziman klasik yang dikemukan oleh Pavl ov. Konsep tersebut ialah (a) generalisasi, (b)diskriminasi dan (c) penghapusan. (a) Generalisasi Generalisasi bermaksud rangsangan yang sama akan menghasilkan tindak balas yang sama. Contohnya, Ali menjadi risau setiap kali ujian kimia aka n diadakan. Ali juga menjadi risau setiap kali ujian biologi akan diadakan, kera na kedua mata pelajaran tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Jadi kerisauan dalam satu mata pelajaran (kimia) telah digeneralisasikan kepada satu mata pelajaran (biologi). OUM 121

TEORI PEMBELAJARAN TOPIK 6 Jadual 4.1: Eksperimen Pavlov (b) Diskriminasi Dikriminasi berlaku apabila individu bertindak balas terhadap s esuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain. Dala m kajian terhadap anjing, didapati anjing tersebut hanya bertindak balas apabila mendengar bunyi loceng sahaja, tetapi tidak pada bunyi selain daripada loceng. Dalam kes Ali, Ali tidak akan menjadi risau jika mengambil ujian bahasa Inggeris atau ujian sejarah, kerana kedua-dua mata pelajaran tersebut amat berbeza dari mata pelajaran sains. (c) Penghapusan Penghapusan berlaku apabila rangsangan ter lazim yang tidak disertai dengan rangsangan tidak terlazim. Dalam kajian Pavlov, bunyi loceng tidak disertakan rangsangan tak terlazim (daging). Dalam hal ini, lama-kelamaan bunyi loceng tadi tidak akan merangsang anjing tersebut untuk meng eluarkan air liur. Tindak balas akhir akan terhapus dan prinsip ini dikenali seb agai penghapusan. Jadual 6.2 menunjukkan rumusan dapatan kajian Pavlov. 122 OUM

TOPIK 6 TEORI PEMBELAJARAN Jadual 6.2: Rumusan Dapatan Kajian Pavlov 6.1.2 Teori Pelaziman Klasik Watson Selain Ivan Pavlov, John B. Watson merupakan seorang lagi ahli psikologi yang me nggunakan perkataan behaviorisme untuk menerangkan perubahan tingkah laku dalam proses pembelajaran. Beliau telah menjalankan kajian untuk membuktikan bahawa em osi manusia juga boleh dilazimkan secara klasik. Beliau telah menjalankan kajian ke atas seekor tikus putih dan seorang kanak-kanak lelaki bernama Albert, yang berumur 11bulan. Dalam kajiannya, beliau telah menunjukkan kepada kanak-kanak te rsebut seekor tikus putih. Pada mulanya kanak-kanak tersebut tidak menunjukkan p erasaan takut pada tikus tersebut, tetapi apabila satu bunyi yang kuat dikeluark an serentak dengan kemunculan tikus tersebut, kanak-kanak tersebut menjadi takut dan menangis. Keadaan ini diulang beberapa kali sehingga menimbulkan perasan ta kut kanak-kanak tersebut pada tikus putih. OUM 123

TEORI PEMBELAJARAN TOPIK 6 Berdasarkan penyelidikannya ini, Watson menyarankan bahawa guru boleh mempengaru hi pengalaman pembelajaran pelajar dengan menentukan rangsangan yang akan dideda hkan kepadanya dan jenis gerak balas yang akan dihasilkan. Dengan menggabungkan beberapa rangsangan, gerak balas tertentu dapat dikaitkan dengan pelbagai situas i. Dalam proses pengajaran, guru haruslah sentiasa memilih rangsangan yang menye ronokkan. 6.1.3 Teori Pelaziman Operan Thorndike E. L. Thorndike merupakan ahli behavioris pertama yang mengemukakan konsep pelazi man operan. Beliau menjalankan kajiannya ke atas haiwan seperti kucing, ayam, anj ing dan monyet. Melalui kajiannya ke atas seekor kucing, yang dimasukkan ke dala m sebuah sangkar dengan makanan diletakkan di luar sangkar, beliau mendapati kuc ing tersebut telah melakukan beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar. Pembe lajaran ini dikenali sebagai pembelajaran cuba jaya. Melalui pembelajaran cuba jay a ini, kucing tersebut melakukan pelbagai reaksi; dan apabila terpijak selak pin tu, sangkar itu terbuka. Kucing tersebut akan keluar untuk mendapatkan makanan. Apabila dimasukkan ke dalam sangkar itu semula, sekali lagi kucing tersebut akan melakukan beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar tersebut. Dengan kata la in kucing tersebut belajar membuka pintu sangkar secara cuba jaya dan pengulanga n. Melalui eksperimen ini, Thorndike berpendapat bahawa pembelajaran berlaku has il daripada gabungan antara S-R, iaitu stimulus (rangsangan) dan response (gerak balas). Thorndike menyarankan bahawa pembelajaran manusia dikawal oleh hukum te rtentu, yang disebut sebagai hukum pembelajaran. Hukum-hukum pembelajaran ini da pat dibahagikan kepada tiga, iaitu (a) Hukum Kesediaan, (b) Hukum Latihan dan (c ) Hukum Kesan. (a) Hukum Kesediaan Menurut Thorndike (1913), apabila seseorang i tu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan, maka tindakan itu dapat memberi ke puasan kepadanya. Sekiranya dia tidak melakukannya, akan menimbulkan perasaan du kacita dan kalau dia dipaksa melakukannya, akan menghasilkan pembelajaran yang t idak sempurna. Rumusannya, hukum kesediaan merujuk kepada kesediaan dan persiapa n-persiapan yang perlu ada, sebelum individu itu bertindak, iaitu belajar. Kesed iaan dapat dilihat dari tiga aspek yang utama, iaitu kesediaan psikomotor, kesed iaan afektif dan kesediaan kognitif. (b) Hukum Latihan Menurut Thorndike, perkai tan antara rangsangan dan gerak balas (R-G) akan bertambah kukuh melalui latihan yang diulang-ulang. Seseorang individu akan menguasai kemahiran jika latihan di adakan. Contohnya, jika pelajar selalu mengulangkaji rumus matematiknya, dia aka n dapat mengingatinya dengan lebih mudah. Hukum latihan menyatakan bahawa sesuat u tingkah laku akan diteguhkan melalui aplikasi dan akan dilemahkan tanpa penguk uhan. Hukum latihan ini sangat sesuai digunakan bagi latihan hafalan. 124 OUM

TOPIK 6 TEORI PEMBELAJARAN Rajah 6.1: Hukum pembelajaran Thorndike (c) Hukum Kesan Hukum kesan menyatakan bahawa jika sesuatu tindakan diikuti oleh sesuatu perubahan persekitaran yang menyeronokkan, kebarangkalian tindakan itu berlaku akan meningkat dan sebaliknya. Selepas gerak balas terhasil, pertalian a ntara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh, jika terdapat kesan yang menyeronokkan. Kesan yang meyakitkan akan melemahkan pertalian antara R-G. Conto hnya, jika dalam eksperimen Thorndike, kucing tersebut mendapat kejutan elektrik apabila keluar dari sangkar, kesannya tentulah menyakitkan dan ia tidak akan me mpunyai motivasi untuk keluar dari sangkar. Rumusannya, jika tingkah laku diikut i dengan kepuasan, ia akan diulang, tetapi jika ia diikuti dengan kesakitan ia a kan lenyap. Berdasarkan kepada tiga hukum yang telah dikemukan oleh Thorndike, m aka guru bolehlah menggunakannya sebagai salah satu pendekatan yang berkesan unt uk merangka strategi pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah. Antara strategi yang boleh digunakan oleh guru ialah: Mengadakan pelbagai rangsangan untuk mewu judkan kesan pembelajaran yang menyeronokkan. Memberi ganjaran atau peneguhan un tuk respons yang betul. Menentukan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran. Sentiasa menilai aspek kesediaan pelajar. Guru memulakan pengajaran setelah beli au mendapati pelajar bersedia dari aspek kognitif, fizikal dan afektif. OUM 125

TEORI PEMBELAJARAN TOPIK 6 Anda perlu mengajar kepada pelajar anda teori behaviorisme. Bagaimanakah akan an da gunakan tiga hukum Thorndike untuk mengajar teori ini? (i) (ii) Hukum kesedia an Hukum latihan (iii) Hukum kesan 6.1.4 Teori Pelaziman Operan Skinner B.F. Skinner bersependapat dengan Pavlov, tetapi menyatakan bahawa perlakuan har us diperhatikan dalam jangka masa yang panjang dan membentuk perlakuan yang komp leks daripada perlakuan yang mudah. Skinner banyak menjalankan kajian dengan men ggunakan binatang seperti tikus dan burung merpati. Beliau telah menghasilkan Ski nner Box di mana tingkah laku binatang dalam kotak tersebut boleh dikawal dan ger akbalasnya boleh diperhatikan dan direkod/diukur. Kajian ini membawa beliau kepa da penggunaan teori pelaziman operan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Menurut Skinner (1953), dalam teori pelaziman operan gerak b alas boleh diperkuatkan (diulangi) atau dihapuskan (tidak diulangi), jika diberi kan peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan. Rajah 6.2: B. F. Skinner Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu d iulangi. Menurut Rachlin (1991), peneguhan diberikan, pertamanya untuk memuaskan kehendak individu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Sk inner membahagikan peneguhan kepada dua jenis, iaitu peneguhan positif dan peneg uhan negatif. 126 OUM

TOPIK 6 TEORI PEMBELAJARAN Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman operan Skinner, iaitu: peneguha n positif, peneguhan negatif, dendaan, prinsip Premack dan pelupusan. (a) Penegu han Positif Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakua n itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lag i. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan po sitif yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan sebagainya. Jadual 6.3 menun jukkan satu lagi contoh peneguhan positif. Jadual 6.3: Peneguhan Positif Tingkah Laku Pelajar kemukakan soalan dengan baik Kesan/Akibat Guru memuji pelajar Tingkah laku Masa Hadapan Pelajar kemukakan lebih banyak soalan yang baik. Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas dan bersist ematik. Hanya tingkah laku yang spesifik sahaja yang perlu diberi peneguhan. Gur u juga mestilah ikhlas ketika memberi peneguhan. Menurut Brophy (1981), ciri-cir i pujian (peneguhan positif) yang memberi kesan ialah (a) memuji secara ikhlas, (b) memuji dengan cepat, (c) memuji tanpa pilih kasih, (d) memuji usaha dan cuba jaya, (e) memuji tingkah laku yang spesifik dan (f) memuji jawapan atau respons yang spontan. (b) Peneguhan Negatif Peneguhan negatif ialah rangsangan serta me rta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah la ku ditunjukkan. Contohnya, seorang bapa memarahi anaknya kerana tidak membuat ke rja rumah yang diberikan oleh guru. Oleh kerana jemu dengan leteran bapanya, mak a si anak tadi pun menyiapkan kerja sekolahnya. Tindakan anak (membuat kerja rum ah) dapat mengelak daripada rangsangan yang tidak diingini (leteran bapa). Jadua l 6.4 menunjukkan satu lagi contoh peneguhan negatif. Jadual 6.4: Peneguhan Negatif Tingkah Laku Pelajar tidak menyiapkan tugasan tepat pada waktunya Kesan/Akibat Guru menegur pelajar Tingkah laku Masa Hadapan Pelajar akan menyiapkan tugasan yang seterusnya tepat pada waktunya Peneguhan boleh dilaksanakan secara berterusan atau berkala. Rajah 6.5 menunjukk an jadual peneguhan yang boleh digunakan untuk membentuk tingkah laku yang diing ini. Jadual peneguhan ini meliputi peneguhan berterusan, peneguhan berkala tetap , peneguhan berkala berubah, peneguhan berkala nisbah tetap dan peneguhan berkal a nisbah berubah. OUM 127

TEORI PEMBELAJARAN TOPIK 6 Jadual 6.5: Jadual Peneguhan Peneguhan Maksud Contoh Bentuk Gerak Balas Cepat me mberi kesan. Tindakan apabila peneguhan diberhentikan Kurang ketekunan dan kehil angan tindak balas dengan cepat. Menunjukkan sedikit ketekunan dan penurunan pad a kadar yang pantas dalam gerak balas apabila masa peneguhan berlalu. Ketekunan masih tinggi dan kadar penurunan gerak balas yang perlahan. Peneguhan berterusan. Peneguhan diberi Menonton selepas setiap televisyen gerak balas. Peneguhan diberi Kuiz Peneguhan mingguan berkala tetap selepas satu (fixed-inter val) jangka masa yang ditetapkan. Tahap gerak balas meningkat apabila diberi peneguhan tetapi menurun selepas pene guhan diberikan. Pelajar akan lambat memberi gerak balas; berhenti seketika sele pas peneguhan. Peneguhan berkala berubah (variableinterval) Peneguhan berkala nisbah tetap (fix ed-ratio) Peneguhan selepas jangka masa berubahubah. Pop kuiz Peneguhan selepas bilangan set gerak balas yang telah ditetapkan. Peneguhan sele pas beberapa bilangan gerakbalas yang berubah-ubah. Kerja yang dibayar mengikut kadar. Cepat memberi gerak balas; berhenti seketika selepas peneguhan. Tiada nilai peneguhan dimana peneguhan hilang nilainya bila kerap diberikan pene guhan yang sama. Kekal tinggi. Peneguhan berkala nisbah berubah (variable ratio) Mesin yang mengeluarkan tiket dengan memasukkan wang ke dalamnya. Gerak balas yang sangat tinggi dan masih menunjukkan gerak balas walaupun penegu han tidak diberikan. (c) Dendaan Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengu rangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah k esan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. Jadual 6.6 menunjukkan satu lagi contoh dendaan. Jadual 6.6: Dendaan Tingkah Laku Pelajar membuat bising dalam kelas Kesan/Akibat Gurumemberi amaran kepada pelajar Tingkah laku Masa Hadapan Pelajar berhenti membuat bising dalam kelas 128

OUM

TOPIK 6 TEORI PEMBELAJARAN Dendaan boleh dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu pertama dendaan persembahan ( jenis I) dan kedua dendaan penyingkiran (Jenis II). Dendaan Persembahan Dendaan persembahan (presentation punishment) berlaku apabila sesuatu rangsangan menyeba bkan berlakunya perubahan dalam tingkah laku diri pelajar tersebut. Dendaan bent uk ini tidak melibatkan fizikal, tetapi dapat menakutkan pelajar. Contohnya, lar ian padang, sistem demerit, guru memberi kerja tambahan. Dendaan Penyingkiran De ndaan penyingkiran (removal punishment) berkaitan dengan penyingkiran rangsangan . Contohnya, ibu bapa atau guru-guru tidak memberi kemudahan apabila seseorang p elajar tidak berkelakuan betul. Contoh mengenakan dendaan penyingkiran ialah sep erti tidak membenarkan mereka menonton televisyen dalam tempoh seminggu, sebab m ereka tidak membuat kerja rumah Matematik. Untuk menjadikan dendaan lebih efekti f, beberapa peringkatan perlu diambil kira. Antaranya ialah: Dendaan dilakukan s egera, sebaik sahaja perlakuan tidak diingini dipamerkan. Orang yang menerima de ndaan mesti tahu mengapa dia dihukum. Dendaan hendaklah diberi atas dasar untuk mengubah kelakuan dan bukan sebagai balasan perlakuannya. Dendaan dikenakan hend aklah tekal. Kalau si A dikenakan 3 rotan untuk kesalahan yang dilakukan, maka s i B juga mesti dikenakan 3 rotan untuk kesalahan yang sama. Ada pendapat yang mengatakan bahawa dendaan boleh menghasilkan gangguan emosi ya ng berpanjangan dan ia juga boleh membawa kepada persoalan etika. Dendaan yang k eterlaluan boleh dianggap sebagai suatu deraan dan dendaan yang dikenakan secara berterusan boleh membentuk tingkah laku yang negatif, seperti pengasingan diri, rasa rendah diri dan menggangu perkembangan emosi dalam jangka masa yang panjan g. (d) Prinsip Premack Konsep utama prinsip Premack ialah mengaitkan aktiviti ya ng kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang diminati. Prinsip Premack juga dikenali seba gai Grandmas Rule yang berasaskan kenyataan kamu boleh keluar bermain selepas kamu h abis memakan sayur-sayuran ini. Sebagai guru, kita boleh menyelang selikan aktivi ti yang menarik dengan aktiviti yang kurang menarik dalam bilik darjah untuk men ingkatkan kadar pembelajaran murid. Contohnya, selepas mengakhiri mata pelajaran matematik, satu aktiviti bermain komputer akan diadakan. (e) Pelupusan Pelupusa n bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan sendirinya. Keadaan ini dapat di atasi jika: Peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu dapat dik enal pasti. Peneguhan itu tidak lagi digunakan. Guru sanggup bersabar dalam meng hadapi proses pelupusan, kerana hasilnya tidak datang dengan serta merta. OUM 129

TEORI PEMBELAJARAN TOPIK 6 Aplikasi Teori Skinner dalam Bilik Darjah Teori pembelajaran Skinner boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran-pembelaja ran dalam bilik darjah berasaskan kepada prinsip-prinsip berikut: Pemberian pene guhan positif apabila pelajar melakukan sesuatu tingkah laku yang diingini henda klah secara bersistematik. Ganjaran yang diberi haruslah bersesuaian dengan umur pelajar. Wujudkan ganjaran mengikut kadar kepayahan tingkah laku yang diingini. Guru perlu herhati-hati apabila memberi peneguhan negatif kepada pelajar kerana dia mungkin akan dianggap sebagai hukuman. Gerak balas yang diperoleh hasil dar i rangsangan haruslah dikukuhkan untuk membentuk pelaziman. Guru perlu memberika n keutamaan kepada latihan dan gerak balas yang berulangulang. Sediakan maklumat berikut untuk 4 jenis teori behaviorisme. Pavlov Watson Thornd ike Skinner Ciri-ciri Contoh Persamaan Perbezaan Latihan 6.1 Huraikan beserta contoh cara guru melaksanakan peneguhan positif dan negatif dal am kelas. 130 OUM

TOPIK 6 TEORI PEMBELAJARAN 6.2 TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL Teori pembelajaran sosial (social learning theory) telah diasaskan oleh Albert B andura (1986, 1977, 1998, 2000). Teori pembelajaran sosial ini telah dinamakan s emula sebagai Teori kognitif sosial oleh Bandura sendiri (Moore, 2002). Teori pemb elajaran sosial menyatakan bahawa faktor-faktor sosial, kognitif dan tingkah lak u memainkan peranan penting dalam pembelajaran (Santrock, 2001). Faktor kognitif akan mempengaruhi jangkaan pelajar tentang kejayaannya; sementara faktor sosial , termasuk pemerhatian pelajar tentang tingkah laku dan pencapaian ibu bapanya, akan mempengaruhi tingkah laku pelajar tersebut. Teori pembelajaran sosial menga nggap manusia sebagai makhluk yang aktif, berupaya membuat pilihan dan menggunak an proses-proses perkembangan untuk memperihalkan peristiwa serta berkomunikasi dengan orang lain. Perilaku manusia tidak ditentukan oleh kuasa dalaman dan seja rah perkembangan seseorang atau bertindak pasif terhadap pengaruh persekitaran. Dalam banyak hal, manusia adalah selektif dan bukan entiti yang pasif, yang bole h dipengaruhi oleh keadaan persekitaran mereka. Manusia saling memerlukan, penga ruhmempengaruhi antara satu sama lain. Ahli-ahli psikologi sosial termasuklah Al bert Bandura, Walter Mischel, Julian Rotter, Martin Seligman dan lain-lain. Albe rt Bandura (1925-) adalah seorang profesor psikologi di Universiti Stanford dan beliau telah mengemukakan Model Determinisme Timbal Balik (reciprocal determinism model) dan Teori Pembelajaran Peniruan. Rajah 6.3: Albert Bandura (a) Model Determinisme Timbal Balik Bandura mengemukakan model determinisme timb al balik yang mengandungi tiga faktor utama, iaitu perlakuan, individu (kognisi) dan persekitaran (lihat Rajah 6.4). Faktor-faktor tersebut saling berinteraksi dan mempengaruhi pembelajaran. Bandura berpendapat bahawa perlakuan seseorang ad alah hasil interaksi antara faktor dalam diri (kognisi) dan persekitaran. OUM 131

TEORI PEMBELAJARAN TOPIK 6 Rajah 4.4: Model Determinisme Timbal Balik Sumber: Santrock, 2001 Educational Ps ychology, ms 256 (b) Teori Pembelajaran Peniruan Bandura telah menjalankan kajian bersama Walter (1963) ke atas kesan perlakuan kanakkanak apabila mereka menonton video tentang orang dewasa memukul, mengetuk dengan tukul besi, menendang dan duduk atas patun g Bobo, menumbuk sambil menjeritjerit sockeroo. Bandura telah menayangkan video te rsebut kepada kanak-kanak tadika. Kemudian mereka diarahkan pergi ke bilik perma inan yang terdapat patung seperti Bobo di situ. Apabila kanak-kanak tersebut nam pak patung itu, mereka pun melakukan aksiaksi yang dilakukan oleh orang yang mer eka tonton dalam tayangan tadi. Mengikut Bandura, apabila tingkah laku seseorang itu ditiru. Orang yang ditiru itu secara spontan menjadi model kepada si peniru . Menurut teori ini, terdapat beberapa cara peniruan boleh dilakukan: Proses tir uan mudah, iaitu meniru secara langsung. Contohnya, guru mendemonstrasi cara mem buat kapal terbang menggunakan kertas dan pelajar meniru secara langsung. Proses tiruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan. Contohnya, kanak-kanak meniru pe rlakuan bersorak di padang, jadi perlakuan bersorak adalah taksekatlakuan di pad ang. Tetapi jika kanak-kanak tersebut bersorak dalam kelas semasa guru sedang me ngajar, tentulah guru akan memarahinya dan diberi tahu perlakuan yang ditirunya tidak dibenarkan dalam keadaan tersebut. Jadi perlakuan tersebut menjadi sekatla kuan dalam situasi tersebut. Proses tiruan melalui elisitasi timbul apabila kita melihat perlakuan orang lain. Contohnya, kita melihat jiran kita masak mee untu k berbuka puasa, lalu timbul keinginan dalam diri kita untuk membuat perlakuan y ang sama. Maka keinginan kita untuk meniru timbul setelah melihat jiran melakuka n perlakuan tersebut. Proses peniruan melalui empat langkah tertentu, iaitu peme rhatian, penyimpanan, pengeluaran dan motivasi. 132 OUM

TOPIK 6 TEORI PEMBELAJARAN Pemerhatian, iaitu apabila seseorang ingin meniru perlakuan model, mula-mula dia akan perhatikan model tersebut dan cuba mengingat langkah-langkah yang dilaksan akan oleh model tersebut. Penyimpanan, iaitu langkah-langkah perlakuan model aka n disimpan dalam ingatan oleh pelajar. Pengeluaran, iaitu tingkah laku yang diti ru diperlihatkan dalam situasi yang sesuai. Motivasi, iaitu sekiranya tingkah la ku yang diperlihatkan menerima peneguhan (motivasi) daripada orang lain, penirua n akan diulangi. (Rujukan: http://www.ship.edu/~cgboeree/bandura.html) Latihan 6.2 Huraikan beserta contoh langkah-langkah dalam proses peniruan. 6.3 TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF Ahli psikologi kognitif berpendapat bahawa pembelajaran adalah proses mental yan g aktif untuk mendapatkan, menyimpan, mengingat dan menggunakan ilmu. Fokus kaji an ahli psikologi kognitif ialah terhadap proses aktif minda individu untuk mema hami persekitarannya. Cara individu berfikir tentang situasi, termasuk kepercaya annya, jangkaannya dan perasaannya, mempengaruhi fakta yang individu pelajari da n cara dia belajar. Ahli psikologi kognitif berpendapat bahawa ilmu pengetahuan yang diperoleh adalah hasil pembelajaran dan kuasa ilmu yang mendorong seseorang belajar (Woolfolk,1998). Anderson et al. (dalam Woolfolk, 1998) menyatakan baha wa: Instead of being passively influenced by environment events, people actively choose, practice, pay attention, ignore, reflect and make many other decisions a s they pursue goals. Older cognitive views emphasized the acquisition of knowled ge, but newer approaches stress its construction. Ini bermakna manusia secara akt if memilih, mengamal, memberi perhatian, menghindar, merenung kembali dan membua t banyak keputusan tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam persekitaran b agi mencapai matlamat mereka. Begitu juga, Slavin (1997) menyatakan pembelajaran adalah proses aktif minda yang berfokus kepada maklumat penting, menapis maklum at tidak penting dan menggunakan maklumat sedia ada untuk membuat pemilihan. Unt uk memahami pembelajaran dari perspektif kognitif dengan lebih mendalam, bahagia n berikut menjelaskan tentang psikologi gestalt, eksperimen Kohler dan model pem prosesan maklumat. Ahli-ahli psikologi kognitif yang terdahulu termasuklah Max W ertheimer, Kurt Koffka dan Wolfgang Kohler (dikenali juga sebagai ahli psikologi Gestalt). Kohler, dalam kajiannya ke atas cimpanzi yang bernama Sultan, telah m enemui pembelajaran melalui celik akal (insight). OUM 133

TEORI PEMBELAJARAN TOPIK 6 Oleh itu, pandangan ahli psikologi kognitif terhadap pembelajaran juga dikenali sebagai Teori Pembelajaran Gestalt (Banks & Thompson, 1995). Ahli psikologi kogn itif yang lain, seperti Edward Tolman, memajukan konsep pembelajaran latent, iai tu pembelajaran berlaku tanpa peneguhan, yang digunakan juga oleh Jean Piaget, J erome Bruner, David Ausubel dan Robert Gagne. Ahli psikologi kognitif kini berpe ndapat bahawa pembelajaran melibatkan dua proses mental penting, iaitu persepsi (pengamatan) dan pembentukan konsep (penanggapan). Gagne melihat proses pembelaj aran sebagai langkah-langkah individu memproses maklumat. Ausubel pula telah men gemukakan pembelajaran resepsi dan bermakna. Seterusnya, Bruner mengemukakan pem bentukan konsep dan pembelajaran penemuan. 6.3.1 Teori Pembelajaran Gestalt Fahaman psikologi gestalt telah menjadi asas kepada perkembangan psikologi kogni tif. Psikologi gestalt telah diasaskan di Jerman. Perkataan gestalt adalah perkata an dalam bahasa Jerman yang bermaksud pola (pattern atau configuration). Tetapi, f ahaman gestalt lebih mendalam daripada kata-kata tersebut. Ahli-ahli gestalt ber pendapat, dalam mengkaji subjek dari aspek psikologikal daripada proses pemerhat ian yang mudah kepada personalitinya, kita perlu melihat polanya sebagai satu ke seluruhan (as a whole). Teori gestalt dirumuskan sebagai the whole is greater tha n the sum of its parts. Kohler, salah seorang pengasas psikologi gestalt, melalui kajiannya ke atas seekor cimpanzi (Sultan) telah mengemukakan konsep celik akal ( insight). Celik akal bermaksud penyelesaian masalah berlaku secara mendadak atau tiba-tiba dan lengkap. Bagaimanapun, individu memerlukan masa untuk berfikir ke rana dia perlu melihat unsur-unsur berkaitan yang ada dalam persekitarannya dan mengaitkannya dengan pengalaman lepas. Dalam kajiannya, Kohler telah meletakkan seekor cimpanzi bernama Sultan yang lapar dalam sebuah sangkar. Di luar sangkar terdapat sebiji pisang dan beberapa batang buluh yang panjangnya berbeza-beza. S ultan cuba mendapatkan pisang beberapa kali dengan menggunakan buluh tersebut, t etapi gagal. Sultan duduk berdiam diri seketika, mengamati buluh-buluh dan memik irkan alternatif-alternatif untuk menyelesaikan masalahnya.Tiba-tiba dia mendapa t idea. Di saat tercetusnya idea itulah yang dikenali sebagai celik akal. Dia me ngambil buluh pendek dan menggunakannya untuk mendapat buluh panjang dan seterus nya menggunakannya untuk mengambil pisang. Rajah 6.5: Celik akal tercetusnya idea atau penyelesaian 134 OUM

TOPIK 6 TEORI PEMBELAJARAN Pernahkah anda berfikir bagaimana maklumat yang anda terima umpamanya dari memba ca bab ini diproses oleh otak anda? Kohler, Koffka dan Wertheimer telah menubuhkan psikologi gestalt. Ahli-ahli psik ologi gestalt, seperti Kohler, Koffka dan Wertheimer, banyak memperkatakan tenta ng persepsi dan pembentukan konsep. Mereka telah mengemukakan prinsip yang berka itan dengan organisasi persepsi dan penanggapan manusia. Walaupun fahaman gestal t ini telah berkubur, tetapi kebanyakan idea yang telah dikemukakannya telah dig una pakai dan dikembangkan oleh aliran psikologi kognitif dan aliran psikologi h umanistik. 6.3.2 Model Pemprosesan Maklumat Pemprosesan maklumat bermaksud aktiviti mental manusia yang berkaitan dengan men erima maklumat, menyimpan dan mengeluarkannya semula untuk digunakan (Woolfolk, 1998). Model memproses maklumat sama seperti model komputer (Lihat Rajah 6.6), i aitu terdiri daripada ingatan deria (sensory memory), ingatan jangka pendek atau ingatan kerja (short-term/ working memory) dan ingatan jangka panjang (long-ter m memory). (a) Ingatan Deria Ingatan deria merupakan ingatan jangka pendek yang wujud pada deria manusia. Masa simpanan maklumat ialah antara 1 hingga 3 saat. J ika maklumat ini tidak diproses, ia akan hilang serta merta. (b) Ingatan Jangka Pendek Kapasiti ingatan jangka pendek adalah kecil. Tempoh simpanan maklumat ada lah antara 5 hingga 20 saat. Maklumat diproses, ditapis, disusun atau disintesis untuk dihantar ke stor ingatan jangka panjang untuk disimpan. Salah satu cara u ntuk menyimpan maklumat baru ialah secara ulang sebut berkali-kali (rehearsal). Contohnya, dalam pengajaranpembelajaran, guru berhenti sebentar, tanya soalan te ntang fakta yang telah diterangkan; selepas pelajar respon, ulang semula peneran gan. (c) Ingatan Jangka Panjang Ingatan jangka panjang mempunyai kapasiti besar. Ia menyimpan maklumat lebih lama, iaitu lebih daripada beberapa minit hingga ke beberapa tahun. Ingatan jangka panjang, dari segi kandungan boleh dibahagikan k epada 3, iaitu ingatan episodik, semantik dan prosedural: Ingatan episodik Ingat an episodic adalah ingatan tentang peristiwa yang dialami seseorang sepanjang ha yatnya, lengkap dengan masa dan tempat. Contohnya, mengingat peristiwa jatuh basi kal. Ingatan semantik Ingatan semantik adalah ingatan tentang makna, iaitu menyimpa n konsep, fakta, hukum, skema atau imej. Contohnya, mengingat makna semantik. OUM 135

TEORI PEMBELAJARAN TOPIK 6 Ingatan prosedural Ingatan prosedural adalah ingatan tentang bagaimana melakukan sesuatu, terutamanya yang melibatkan aktiviti fizikal yang berurutan. Contohnya , mengingat bagaimana menaiki basikal, sekiranya anda telah lama tidak menaiki b asikal. Rajah 6.6: Model memproses maklumat Sumber: Atkinson & Shiffrin, 1968; Gagne, 19 85 Perbezaan antara ingatan deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang ditunjukkan dalam Jadual 6.7. Jadual 6.7: Perbezaan antara Tiga Tahap Ingatan Ciri Kemasukan maklumat Pengekal an maklumat Kapasiti Kehilangan maklumat Lama ingatan Mengingat semula Ingatan D eria Pra-perhatian Tidak boleh Besar Tidak digunakan Ingatan Jangkaan Pendek Per lukan perhatian Perhatian berterusan/ ulangan Kecil - Gangguan - Terlalu banyak - Usang 5 hingga 20 saat Automatik Ingatan Jangka Panjang Perlukan pengulangan U langan/ Latih-tubi/ Penyusunan Tiada had - Mungkin tiada - Gangguan - Usang Bebe rapa minit hingga beberapa tahun Perlu proses mencari 1 hingga 3 saat 136 OUM

TOPIK 6 TEORI PEMBELAJARAN Latihan 6.3 1. 2. Terangkan pendapat ahli psikologi kognitif tentang pembelajaran. Bincangka n apa yang dimaksudkan dengan ingatan episodik dan ingatan semantik. 6.3.3 Teori Pembelajaran Gagne Robert M. Gagne telah dilahirkan pada tahun 1916 dan merupakan seorang ahli psik ologi eksperimental yang berpengalaman dalam bidang penyelidikan pembelajaran se rta telah terlibat dalam latihan dan masalah-masalah pendidikan yang lain. Gagne telah banyak menulis kertas kerja dan buku tentang psikologi gunaan. Kebanyakan idea Gagne tentang analisis tugas menunjukkan pembelajaran berlaku secara berpe ringkat (hierarchy), iaitu bergerak daripada peringkat paling mudah kepada perin gkat paling kompleks. Gagne telah mengenal pasti lapan peringkat pembelajaran. S etiap pembelajaran hanya akan dicapai sekiranya pelajar telah menguasai pembelaj aran di peringkat yang lebih awal. Peringkat-peringkat ini ditunjukkan dalam Raj ah 6.7. Rajah 6.7: Peringkat pembelajaran Gagne Peringkat-peringkat Gagne adalah seperti berikut: (a) Pembelajaran Isyarat Seseo rang individu mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat. Contohnya, apabi la seseorang menguap, kita dapat isyarat dia mengantuk. Apabila ayah pulang ke r umah dengan wajah masam atau muram, anak-anaknya dapat isyarat ayah mereka tidak suka diganggu. Pembelajaran berlaku melalui pelaziman tingkah laku. Contohnya, bila guru OUM 137

TEORI PEMBELAJARAN TOPIK 6 masuk ke bilik darjah, semua murid akan berdiri dan memberi ucapan, Selamat sejah tera, cikgu!. Dalam hal ini, murid-murid telah dilazimkan dengan tingkah laku ter sebut. (b) Pembelajaran Gerak Balas Proses peneguhan penting untuk memperkuatkan pertalian antara rangsangan dengan gerak balas. Peneguhan mesti diberi secara k onsisten dan tekal supaya gerak balas yang positif dapat dikekalkan. Contohnya, Ali menunjukkan kerja sekolah yang dia dapat 80%. Ibunya memberi pujian, Bagus, A li pandai !. Ali akan mengulang tingkah laku itu lagi (membuat kerja sekolah deng an baik) untuk mendapat pujian daripada ibunya. (c) Pembelajaran Rangkaian Motor Pembelajaran rangkaian motor digunakan dalam pembelajaran kemahiran seperti per mainan, muzik, elektronik, mekanikal dan lain-lain. Rangkaian merupakan satu sir i tingkah laku yang berkaitan untuk melengkapi tugasan yang dijalankan. (d) Pemb elajaran Pertalian Bahasa Untuk menyatakan sesuatu prinsip, pelajar memerlukan k emahiran bahasa untuk mengaitkan fakta, data dan konsep. Pertalian bahasa merupa kan satu rangkaian berbahasa. Ia memerlukan kemahiran berbahasa yang telah dipel ajari dahulu. (e) Pembelajaran Diskriminasi Belajar membezakan benda-benda yang dipelajari mengikut ciri-ciri tertentu, untuk memudahkan proses mengkategori dan menyimpannya dalam ingatan. Pada masa yang sama, pelajar dapat membezakan rangs angan atau maklumat penting berbanding maklumat tidak penting dan memberi gerak balas berlainan untuk rangsangan yang berlainan. Pembelajaran diskriminasi adala h sangat penting dalam proses pembelajaran. Pelajar dapat menapis maklumat penti ng daripada maklumat tidak penting dan ini memudahkan proses pengkodan maklumat untuk disimpan dalam ingatan jangka panjang. (f) Pembelajaran Konsep Pembentukan konsep bermula dengan pertalian berbahasa dan diskriminasi, iaitu mengenali cir i-ciri sesuatu konsep secara tepat. Pelajar dapat membentuk konsep yang baik set elah membuat persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang dan peristiwa. Pelaja r perlu didedahkan dengan banyak contoh-contoh yang jelas supaya dia dapat membe ntuk konsep yang betul dan tepat. (g) Pembelajaran Hukum Pembelajaran ini meliba tkan gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalam sesuatu urutan atau ran gkaian. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsip dan generalisasi. (h) Pembelajaran Penyelesaian Masalah Pembelajaran ini melibatkan penggunaan pri nsip, rumus, generalisasi, konsep dan hukum untuk menyelesaikan masalah dalam se suatu situasi baru. Terdapat beberapa langkah dalam penyelesaian masalah, iaitu mengenal masalah, mencari maklumat, membuat hipotesis, membuat pilihan, membuat rumusan. Gagne (1974, 1977) dan Gagne dan Briggs (1979) telah mengemukakan satu model pembelajaran langsung yang berasaskan model teori pemprosesan maklumat, di mana lapan fasa pengajaran disesuaikan dengan lapan fasa pembelajaran (Slavin,1 997). Fasa-fasa pembelajaran dan pengajaran tersebut ditunjukkan dalam Rajah 6.8 . 138 OUM

TOPIK 6 TEORI PEMBELAJARAN Rajah 6.8: Fasa pembelajaran dan pengajaran Gagne Penggunaan Prinsip Pembelajaran dan Pengajaran Gagne Prinsip pembelajaran dan pe ngajaran Gagne boleh digunakan dalam pengajaran dengan memberikan perhatian kepa da dua perkara berikut: Teori pembelajaran Gagne menekankan sistem pembelajaran harus bermula daripada yang mudah (peringkat asas) kepada yang rumit. Sebelum gu ru mengajar sesuatu kemahiran yang lebih tinggi, guru mesti memastikan pelajar t elah menguasai kemahiran asas yang perlu untuk pelajaran baru. Supaya pembelajar an menjadi berkesan, Gagne mencadangkan agar guru merancang pengajaran yang meli puti langkah-langkah yang dicadangkannya, iaitu meliputi 8 fasa pengajaran yang berinteraksi dengan 8 fasa pembelajaran. OUM 139

TEORI PEMBELAJARAN TOPIK 6 Latihan 6.4 Jelaskan bagaimana anda mengajar satu tajuk pelajaran tertentu dengan menggunaka n prinsip pembelajaran dan pengajaran Gagne. 6.3.4 Teori Pembelajaran Ausubel David Ausubel (1963, 1977) mengemukakan teori pembelajaran yang mengatakan manus ia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi dan bukan dar ipada pembelajaran penemuan atau dikenali sebagai Model Pembelajaran Ekspositori . Ausubel juga mengemukakan pembelajaran lisan bermakna (meaningful verbal learn ing), termasuk pentingnya maklumat lisan, idea dan hubungan antara idea yang dik enali sebagai Konsep Penyusunan Awal. Bagaimanapun, hafalan (rote memorization) tidak dianggap sebagai pembelajaran bermakna. (a) Model Pembelajaran Ekspositori Model pembelajaran ekspositori yang dikemukakan oleh Ausubel menekankan peneran gan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta yang tersusun dan dijelaskan menurut urutan serta fakta yang lengkap. Ausubel menegaskan pembelajaran sepatu tnya berkembang dalam bentuk deduktif daripada am kepada spesifik atau daripada prinsip kepada contoh (Woolfolk, 1998). (b) Penyusunan Awal Penyusunan awal (adv ance organizer) telah diperkenalkan oleh Ausubel untuk menyesuaikan skema pelaja r dengan bahan pembelajaran, supaya pembelajaran optimal berlaku. Salah satu str ategi untuk memastikan wujudnya kesesuaian tersebut ialah memulakan pembelajaran berpandukan kepada penyusunan awal. Ia merupakan struktur yang menerangkan hubung an antara konsep-konsep yang hendak disampaikan pada hari tersebut. Fungsi penyu sunan awal ialah untuk menjelaskan kepada guru dan pelajar tentang perkara-perka ra yang perlu difahami bagi sesuatu tajuk pelajaran. Penyusunan awal juga boleh menghubungkan konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari. Jadi terdapat tig a tujuan penggunaan penyusunan awal, iaitu memberi gambaran tentang apa yang pen ting dalam pelajaran, menjelaskan hubungan antara konsep yang akan dihuraikan da n menggerakkan minda pelajar untuk mengingat semula konsep berkaitan yang telah dipelajari. Penggunaan Prinsip Pembelajaran dan Pengajaran Ausubel Prinsip pembe lajaran dan pengajaran Ausubel boleh digunakan dalam pengajaran dengan memberika n perhatian kepada dua perkara berikut: Ausubel mencadangkan supaya guru menggun akan pembelajaran resepsi (penerimaan) atau model pengajaran ekspositori kerana guru dapat menyampaikan maklumat yang lengkap dalam susunan yang teratur seperti dalam kaedah kuliah. 140 OUM

TOPIK 6 TEORI PEMBELAJARAN Menggunakan penyusunan awal dalam pengajaran untuk menggalakkan pelajar menginga t semula konsep yang telah dipelajari dan mengaitkannya dengan konsep baru yang akan dipelajari serta mengingatkan mereka tentang perkara-perkara penting dalam sesuatu tajuk pelajaran. Latihan 6.5 Jelaskan bagaimana anda mengajar satu tajuk pelajaran tertentu dengan menggunaka n prinsip pembelajaran dan pengajaran Ausubel. 6.3.5 Teori Pembelajaran Bruner Jerome S. Bruner telah dilahirkan pada tahun kologi yang berpengaruh di Amerika Syarikat. gan mental manusia terbahagi kepada 3 tahap: gkat ikonik (2-4 tahun) Peringkat simbolik Rajah 4.9: Jerome S. Bruner (a) Peringkat Enaktif Pada peringkat ini (0-2 tahun), kanak-kanak akan bergerak ke arah sesuatu yang menarik perhatiannya. Oleh itu, kanak-kanak banyak mengguna kan anggotanya untuk menyelesaikan masalah, kerana kanak-kanak pada masa ini mas ih belum pandai berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa. Sesuatu objek itu akan dipegang untuk memperoleh makna atau tafsiran bagi dirinya. Contohnya, kana k-kanak cuba meletakkan sebatang kayu pada suatu sangga untuk melihat keseimbang annya. (b) Peringkat Ikonik Pada peringkat ini (2-4 tahun), kanak-kanak telah be rupaya menggambarkan sesuatu dalam fikirannya. Dia mampu menyimpan imej-imej ter tentu. Kanak-kanak juga berupaya OUM 141 1915 dan merupakan seorang ahli psi Bruner telah mengemukakan perkemban Peringkat enaktif (0-2 tahun) Perin (5-7 tahun)

TEORI PEMBELAJARAN TOPIK 6 menyebut objek yang tiada di hadapan matanya, iaitu telah terbentuk imej mental. C ontohnya, kanak-kanak tersebut boleh melukiskan kayu yang seimbang di atas sangg anya, walaupun objek tersebut tiada di hadapan matanya. (c) Peringkat Simbolik P ada peringkat ini (4-7 tahun) kanak-kanak telah boleh menggunakan simbol, sepert i perkataan dan bahasa untuk menghuraikan pengalamannya, iaitu bermulanya penaak ulan simbolik. Contohnya, kanak-kanak boleh menerangkan bagaimana kayu yang dile takkan di atas sangga menjadi seimbang. Adakah tahap perkembangan Bruner sama atau berlainan dari peringkat perkembangan Piaget? Apakah persamaan dan perbezaannya? Pembelajaran Penemuan Bruner Bruner telah mengemukakan pembelajaran penemuan. Dalam pembelajaran ini, pelajar diperkenalkan dengan satu fenomena. Contohnya, mengapa air terkumpul pada bahag ian luar gelas yang mengandungi ais di dalamnya. Selepas fenomena ini diperkenal kan, pelajar dikehendaki menyiasat bagaimana fenomena ini boleh terjadi. Pelajar akan menyiasat daripada beberapa sumber maklumat, seperti buku-buku di perpusta kaan, perbincangan dengan kawan, perbincangan dengan guru, membuat pemerhatian a tau membuat uji kaji sendiri. Setelah jawapan diperoleh, jawapan tersebut dibinc angkan bersama guru dan pelajar lain di dalam kelas. Latihan 6.6 Jelaskan bagaimana anda mengajar satu tajuk pelajaran tertentu dengan menggunaka n teori pembelajaran Bruner. 6.3.6 Teori Pembelajaran Konstruktivisme Menurut Borich dan Tombari (1997), dalam bukunya Educational Psychology. A Conte mporary Approach (ms. 177), pendekatan pembelajaran konstruktivisme (constructiv ism) ialah Constructivism is an approach to learning in which learners are provid ed the opportunity to construct their own sense of what is being learned by buil ding internal connections or relationships among the ideas and facts being taugh t. Dalam definisi ini, mereka menjelaskan bahawa konstruktivisme adalah pendekata n pembelajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman t erhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan atau hubungan (dalam minda) antara idea dan fakta yang sedang dipelajari. Oleh itu, konstuktivisme ju ga dikenali sebagai fahaman binaan. 142 OUM

TOPIK 6 TEORI PEMBELAJARAN Seterusnya, menurut Woolfolk (1998), dalam bukunya Educational Psychology, Constr uctivist perspectives View that emphasizes the active role of the learner in bui lding understanding and making sense of information. Dari kenyataan-kenyataan ini jelaslah bahawa mengikut teori pembelajaran konsruktivisme, pelajar perlu memai nkan peranan aktif dalam memahami dan memberi makna kepada maklumat atau pengeta huan yang dipelajari. Sejarah Pendekatan Konstruktivisme Konstruktivisme bukanlah satu konsep baru. Ia berasal daripada bidang falsafah d an telah digunakan dalam bidang sosiologi dan antropologi dan juga dalam bidang psikologi kognitif dan pendidikan. Pada tahun 1710, ahli falsafah konstruktivis yang pertama, iaitu Giambatista Vico, mengatakan one only knows something if one can explain it (Yager, 1999). Immanuel Kant menyokong pendapat ini dan mengatakan bahawa manusia bukanlah penerima maklumat yang pasif. Misalnya, pelajar menerim a maklumat dengan aktif, menghubungkannya dengan maklumat terdahulu yang telah d iasimilasinya, dan menjadikan maklumat itu miliknya dengan membina kefahaman ata u membuat interpretasi ke atas maklumat tersebut (Cheek, 1992). Seterusnya, pers pektif konstruktivisme ini terhasil daripada kajian Piaget, Vygotsky, ahli psiko logi gestalt, Bartlett, Bruner, Von Glaserfeld, Anderson, Dewey, Papert dan Conf rey. Pembelajaran bermakna (meaningful learning), mengikut John Dewey (1966), me libatkan belajar dengan membuat (learning by doing), yang kemudiannya dapat memban tu pelajar berfikir dan membentuk kefahaman tentang masalah yang cuba dihuraikan . Dewey mempelopori gerakan progresivisme dalam pendidikan. Dalam keadaan yang sam a, kita menyaksikan Jean Piaget (1951) lebih awal mengutarakan tentang perkemban gan kognitif dalam karya terjemahan, Play, Dreams and Imitation in Childhood dan V ygotsky (1978) dalam Mind in Society yang dikaitkan dengan perspektif konstruktivi sme dalam perkembangan minda kanak-kanak. Sejak satu setengah dekad yang lampau, di Amerika Syarikat pengajaran dan buku teks telah diolah agar lebih menjurus k epada penggalakan proses berfikir, menyelesaikan masalah dan membina keupayaan u ntuk belajar. Inilah gerakan konstruktivisme yang sudah dilaksanakan di Amerika Syarikat, yang juga mengambil kira pemikiran Dewey dan Bruner. Dalam konteks tem patan, kita menyaksikan gerakan ini sudah bermula dalam pembelajaran sains dan m atematik yang cuba menyemarakkan perspektif konstruktivisme. Pembelajaran dan Pengajaran Konstruktivisme Pembelajaran dan pengajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme boleh dilaksa na dengan memberikan perhatian kepada perkara-perkara berikut: Memberi peluang k epada pelajar mengemukakan pandangan tentang sesuatu konsep. Memberi peluang kep ada pelajar berkongsi persepsi antara satu sama lain. Menggalakkan pelajar mengh ormati pandangan alternatif rakan mereka. Menghormati semua pandangan pelajar da n tidak memandang rendah terhadap pandangan mereka. Melaksanakan pengajaran berp usatkan pelajar. 143 OUM

TEORI PEMBELAJARAN TOPIK 6 Menyediakan aktiviti-akativiti berbentuk hands on dan minds on. Mementingkan kemahir an saintifik dan kemahiran berfikir di kalangan pelajar. Menggalakkan pelajar me renung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya. Meminta pelajar menghubungka it idea asal dengan idea yang baru dibina. Menggalakkan pelajar mengemukakan hip otesis. Tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada pelajar. Memberi peluang pelajar berinteraksi dengan guru dan peljar-pelajar lain. Memberi perhatian kep ada keperluan, kebolehan dan minat pelajar. Menggalakkan pelajar bekerja dalam k umpulan. (Ramlah & Mahani, 2002) Kesimpulannya, terdapat pelbagai teori pengajar an-pembelajaran yang telah dikaji oleh ahliahli psikologi dan teori-teori ini bo leh digunakan oleh guru-guru dalam membantu proses pengajaran-pembelajaran yang berkesan. Di samping itu, guru-guru perlulah memahami pendekatan-pendekatan yang boleh digunakan berdasarkan teori-teori pengajaranpembelajaran yang ada. Latihan 6.7 Dalam pendekatan pengajaran konstruktivisme, guru perlu menggalakkan pelajar sup aya aktif. Terangkan ciri-ciri guru yang mengamalkan konstruktivisme. Sila lawat laman web berikut untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai teori -teori pembelajaran: www.funderstanding.com/about_learning.htm http://tip.psycho logy.org/theories.html Lakarkan sebuah peta minda untuk semua teori pembelajaran . Carikan kelebihan dan kelemahan setiap teori. 144 OUM

TOPIK 6 TEORI PEMBELAJARAN 6.4 PENDEKATAN PENGAJARAN-PEMBELAJARAN Bahagian ini menjelaskan tiga pendekatan pengajaran-pembelajaran yang biasa digu nakan dalam bilik darjah. Pendekatan-pendekatan tersebut ialah: Rajah 6.10: Pendekatan pengajaran-pembelajaran Anda perlu mengajar sebuah kelas darjah lima mengenai proses fotosintesis di man a pokok menggunakan klorofil untuk membuat makanannya. Bagaimanakah akan anda me ngajar topik ini? Apakah pelan pengajaran anda? 6.4.1 Pengajaran Langsung Pengajaran langsung ( direct instruction) ialah pendekatan pengajaran yang beror ientasikan matlamat (goal-oriented) dan distrukturkan oleh guru (Slavin, 1997). Ada masanya cara yang paling efektif dan efisien dalam menyampaikan maklumat, ko nsep dan kemahiran ialah melalui cara langsung. Pendekatan ini sesuai sekiranya setiap pelajar perlu menguasai maklumat dan kemahiran tertentu. Ia tidak sesuai sekiranya pembelajaran memerlukan aktiviti penyiasatan dan penemuan. Langkahlang kah dalam pengajaran langsung ialah seperti berikut: Guru memberitahu objektif p embelajaran dan orientasikan pelajar ke arah pembelajaran dengan memberitahu apa yang akan mereka pelajari, nyatakan hasil pembelajaran yang dikehendaki dan tim bulkan minat mereka dengan menyatakan faedah pembelajaran tersebut kepada pelaja r. Guru meninjau prasyarat (preview prerequisites) yang diperlukan untuk memaham i tajuk yang hendak diajar. Guru perlu membuat ulang kaji sekiranya konsep dan k emahiran asas prasyarat belum dikuasai pelajar. Guru membentangkan bahan baru, y ang merupakan pengajaran sebenar di mana guru mengajar, membentang maklumat, mem beri contoh, membuat demonstrasi dan sebagainya. Guru melaksana penyoalan penyia satan (learning probes), iaitu menyoal pelajar untuk mendapat maklum balas tenta ng tahap kefahaman, dan membetulkan kesalahfahaman konsep (misconceptions), jika ada. OUM 145

TEORI PEMBELAJARAN TOPIK 6 Guru memberi peluang kepada pelajar mempraktis sendiri kemahiran dan konsep yang baru diperoleh. Guru perlu membantu pelajar, sekiranya mereka menghadapi masala h. Guru meninjau perlakuan pelajar dalam praktis kemahiran baru dengan memberi l atihan atau kuiz. Guru memberi maklum balas dan jawapan yang betul serta mengaja r semula konsep dan kemahiran jika perlu. Guru memberi peluang pelajar praktis k onsep dan kemahiran baru dengan memberi latihan di rumah atau latihan tambahan. (Slavin, 1997;ms 23) Latihan 6.7 Dalam pendekatan pengajaran langsung, guru merancang dan berperanan penting dala m pengajaran. Berikan beberapa kebaikan dan kelemahan pendekatan pengajaran ini. 6.4.2 Pembelajaran Koperatif Vygotsky (1896-1943) menjelaskan pembelajaran koperatif sebagai group learning ac tivity organized on the socially structured exchange of information between lear ners in group and in which each learner is held accountable for his or her own l earning and is motivated to increase the learning of others. Koperatif bererti be kerja bersama untuk mencapai matlamat bersama. Pembelajaran koperatif pula ialah penggunaan kumpulan-kumpulan kecil dalam pengajaran supaya pelajar bekerja bers ama-sama bagi memaksimumkan pembelajaran sendiri dan juga rakan-rakan lain. Dala m kumpulan pembelajaran koperatif, pelajar diberikan dua tanggung jawab, iaitu m empelajari bahan yang diberikan dan memastikan ahli-ahli kumpulan juga mempelaja ri bahan tersebut. Oleh yang demikian, seseorang pelajar itu berusaha mencapai f aedah bagi dirinya dan juga ahli kumpulannya. Persepsi pelajar dalam pembelajara n koperatif ialah mereka hanya akan dapat mencapai matlamat pembelajarannya, sek iranya ahliahli kumpulan belajar bersama. Mereka berbincang dan saling membantu antara satu sama lain untuk memahami dan saling menggalak supaya bekerja bersung guhsungguh. 146 OUM

TOPIK 6 TEORI PEMBELAJARAN Rajah 6.11: Pembelajaran Kooperatif: Pelajar dibahagikan dalam kumpulan kecil un tuk mencapai sesuatu objektif Sumber: www.edb.utexas.edu/mmresearch/Students96/D oolittle Aktiviti pembelajaran berlaku dalam kumpulan heterogenus, iaitu tidak sama dari segi kebolehan, minat, bangsa dan agama (Slavin, 1991). Pembelajaran koperatif b iasanya berlaku dalam kumpulan di mana terdapat pelajar cerdas dan lambat. Dalam aktiviti pembelajaran, pelajar cerdas dikehendaki membantu pelajar lambat secar a bersungguh-sungguh, kerana markah yang diperoleh oleh setiap individu dalam ku mpulan akan menjadi markah kumpulan. Semangat bekerjasama menjadi semakin tinggi apabila kumpulan ini dikehendaki bertanding dengan kumpulan lain. Kaedah pembel ajaran ini menggunakan idea scaffolding dalam teori perkembangan kognitif Vygotsky , di mana pelajar yang cerdas akan membimbing pelajar lambat dalam zon perkemban gan proksimal. Dalam pembelajaran kooperatif, pelajar dibahagi-bahagikan kepada kumpulan kecil, di mana setiap kumpulan ditetapkan objektif pencapaiannya. Pembe lajaran distrukturkan di mana objektif kumpulan hanya boleh tercapai jika semua ahli kumpulan dapat menyempurnakan tugas yang telah diarahkan guru. Gred akhir p elajar diperoleh dengan mengambil kira skor individu-individu dalam kumpulan. Un sur-unsur kumpulan pembelajaran koperatif adalah seperti berikut: Interaksi bers emuka (face-to- face interaction). Saling pergantungan positif. Bertanggungjawab kepada pembelajaran sendiri. Kemahiran koloboratif perlu supaya ahli-ahli kumpu lan dapat berfungsi dengan baik. Memastikan setiap ahli memahami proses kumpulan dan mempelajari dinamika kumpulan. (Woolfolk, 1998; 349) OUM 147

TEORI PEMBELAJARAN TOPIK 6 Latihan 6.8 Dalam pembelajaran koperatif, pelajar dikehendaki bekerjasama dalam kumpulan het erogenus. Terangkan unsur-unsur dalam pembelajaran koperatif. 6.4.3 Pengajaran Masteri Pengajaran masteri adalah pendekatan pengajaran yang berasaskan andaian bahawa p elajar boleh menguasai objektif pembelajaran yang ditetapkan, sekiranya mereka d iajar jelas dalam masa yang mencukupi (Bloom et al. dalam Woolfolk, 1998: 334). Pendekatan pengajaran yang mempunyai ciri-ciri masteri telah lama dilaksanakan, yang boleh dikesan pada zaman Comenius, Pestalozzi dan Herbert (Bloom 1974). Bag aimanapun, penggunaannya pada zaman moden ini banyak terhasil dari kajian dan pe nulisan Bloom. Aplikasi pengajaran masteri adalah berasaskan model pembelajaran yang dikemukakan oleh Benjamin Bloom (1968) dan diubahsuai oleh Block. Pendekata n pengajaran masteri, pada asalnya adalah berasaskan pengajaran berpusat pelajar dan berlaku dalam kumpulan. Bagaimanapun, terdapat juga strategi pengajaran mas teri yang berbentuk individu atau pelajar belajar sendiri. Untuk menggunakan pen dekatan masteri, guru mesti memecahkan sesuatu unit pembelajaran kepada tajuk-ta juk kecil. Setiap tajuk kecil ini mengandungi beberapa objektif khusus. Masteri be rmaksud mencapai kemahiran seperti dalam objektif pembelajaran dengan memperoleh skor 80% ke atas dalam ujian. Guru perlu memberitahu pelajar mengenai objektifo bjektif dan kriteria untuk mencapai objektif-objektif tersebut. Pelajar yang tid ak mencapai tahap minimum dalam ujian atau pelajar yang dapat mencapai skor mini mum, tetapi masih tidak puas hati dengan pencapaian, mereka boleh mengulang semu la tajuk kecil tersebut, sebelum beralih kepada tajuk kecil yang lain. Dalam pen gajaran masteri, peranan guru adalah menyediakan bimbingan atau pelajaran tambah an kepada pelajar yang belum menguasai sesuatu tajuk kecil. Terdapat beberapa ca ra untuk melaksanakannya. Guru boleh mengaturkan supaya pelajar mendapat bantuan daripada rakan sebaya sesama kelas atau berlainan kelas, atau ahli-ahli lain da lam kumpulan pembelajaran kooperatif. Sekiranya tidak terdapat masa atau tenaga (guru atau pelajar), guru boleh mengadaptasi pengajaran masteri ini dalam bilik darjah biasa, iaitu guru memulakan pelajaran dengan menegaskan objektif yang per lu dicapai. Selepas pembelajaran, guru memberi ujian untuk menguji kefahaman pel ajar mengenai tajuk kecil tertentu. Pelajar yang telah mencapai tahap masteri ya ng ditetapkan, boleh diberi aktiviti pengayaan, seperti memberi tugasan simulasi komputer, projek kajian atau menyelesaikan masalah kreatif. 148 OUM

TOPIK 6 TEORI PEMBELAJARAN RUMUSAN Bab ini telah menghuraikan beberapa teori pembelajaran dan penggunaan teori-teor i ini dalam pengajaran-pembelajaran di bilik darjah. Teori-teori pembelajaran ya ng dibincangkan termasuklah teori pelaziman klasik Pavlov dan Watson, teori pemb elajaran Thorndike, teori pelaziman operan Skinner, teori pembelajaran sosial Ba ndura, teori pembelajaran kognitif, teori pembelajaran Gagne, teori pembelajaran Ausubel, teori pembelajaran Bruner dan teori pembelajaran konstruktivisme. Peng gunaan teori-teori ini dalam pengajaran-pembelajaran dibincangkan melalui pendek atan pengajaran-pembelajaran langsung, koperatif dan masteri. Terdapat beberapa pendekatan lain yang tidak dibincangkan dalam bab ini. GLOSARI Diskriminasi Dalam psikologi istilah ini merupakan tidak balas individu terhadap sesuatu rangangan yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain. Pri nsiup ini mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang lebih di minati untuk mengukuhkan tingkahlaku terhadap aktiviti yang kurang diminati. Prinsip premack Teori pembelajaran sosial Teori ini menyatakan bahawa faktor faktor sosial, kogn itif dan tingkah laku memainkan peranan penting dalam pembelajaran. UJIAN 1 Huraikan beserta contoh contoh tertentu langkah langkah dalam proses peniruan. UJIAN 2 Terangkan pendapat ahli psikologi kognitif tentang pembelajaran. OUM 149

Anda mungkin juga menyukai