Anda di halaman 1dari 24

Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran, Komunikasi Dan Tingkahlaku

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Definisi Kanak Bermasalah Pembelajaran (Learning Difficulties)


Menurut Smith (1996) kanak-kanak yang specific difficulties adalah mereka yang tidak mempunyai kecacatan pencaindera dan kerosakan organik yang nyata, mempunyai masalah kesukaran dalam pembelajaran satu atau lebih seperti membaca, menulis, mengeja dan matematik serta kanak-kanak ini tidak memberi tindak balas terhadap pengajaran yang normal.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Masalah Pembelajaran
Masalah pembelajaran diandai sebagai masalah neurologi. Ia tidak berkaitan dengan IQ seseorang kerana selalunya, IQ individu tersebut berada pada tahap normal. Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran sering ditafsir sebagai malas, tidak memberi perhatian atau tidak berminat. Mereka mungkin menunjukkan sikap yang tidak matang, sukar memberi tumpuan dan mudah lupa. Oleh kerana mereka menunjukkan cirri-ciri yang sama seperti kecacatan yang lain, masalah mereka sukar dikenalpasti dan sering disalahtafsir.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Masalah pembelajaran berkaitan dengan cara otak menerima, memproses, menganalisis dan menyimpan maklumat. Ia merupakan kecelaruan dalam satu atau lebih daripada satu proses psikologi yang melibatkan kefahaman atau penggunaan bahasa, sama ada lisan atau bertulis. Kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaan mendengar, berfikir,bertutur, membaca, menulis,megeja ataupun mengira. Selain itu, masalah ini mungkin disebabkan oleh aphasia. Ia mengakibatkan kadar pembelajaran murid tersebut berbeza dengan murid yang tidak menghadapi masalah tersebut. Namun, masalah ini juga sering dikaitkan dengan masalah tingkah laku dan emosi.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Antara masalah yang dikaitkan dengan masalah pembelajaran termasuk masalah pembelajaran akademik, masalah bahasa, ingatan, sosio-emosi, kemahiran motor dan koordinasi, metakognitif, kurang memberi perhatian dan hiperaktiviti.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Masalah Pembelajaran Ciri-ciri Akademik Membaca Banyak kesilapan semasa membaca dengan kuat, kerap mengulang atau berhenti. Menterbalikkan perkataan misalnya b dan d, 21 dan 12 atau on dan no. Sebutan yang tidak betul atau menggunakan perkataan yang salah yang bunyinya sama. Pembelajaran bahasa lewat dan mungkin mempunyai perbendaharaan kata yang terhad. Kesukaran dalam mengenalpasti idea utama dari bahan bacaan, mengingati fakta asas dan peristiwa dalam aturan yang betul serta membuat kesimpulan dan analisis bahan yang telah dibaca.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Masalah Pembelajaran Ciri-ciri Akademik Menulis Tulisan yang tidak kemas dan cara pegang pensil yang janggal. Ejaan Kesukaran menjelaskan idea melalui penulisan. Tidak dapat memikirkan perkataan yang sesuai dalam penulisan. Mengira Keliru dengan simbol Matematik dan salah baca nombor. Kesukaran mengingati fakta Matematik Kesukaran dalam kiraan Menukar aturan nombor

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Oral Language Difficulties


Terdapat dua jenis di dalam Oral Language Difficulties iaitu Dysphasia dan Aphasia. Dysphasia adalah merujuk kepada sebahagian ketidakupayaan untuk memahami percakapan dan kesukaran untuk bercakap. Manakala Aphasia pula ialah kanak-kanak yang kehilangan keupayaan untuk memahami, memanipulasi atau mengekspresi perkataan dalam percakapan dan gaya penulisan.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Reading Difficulties
Reading Difficulties pula merupakan tambahan yang terbahagi kepada disleksia dan alexia. Sebahagian ketidakbolehan untuk membaca atau memahami apa yang dibaca adalah dikenali sebagai Disleksia. Manakala Alexia pula ialah kanak-kanak yang kehilangan keupayaa untuk membaca, menulis ataupun menterjemahkan bahasa.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Writing Difficulties
Writting Difficulties pula terbahagi kepada Dysgraphia dan Agraphia. Disgraphianmerupakan sebahagian ketidakbolehan untuk menulis. Agraphia pula merujuk kepada ketidakbolehan untuk menulis secara keseluruhan. Masalah penggambaran semula merujuk kepada ketidakbolehan untuk membayangkan semua imej huruf atau perkataan. Formulation dan Syntax Disorder adalah ketidakupayan untuk menyusun idea dengan jelas dan meringkaskan corak perkataan. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah mengeja pula, mereka ini akan menghadapi masalah dalam membaca atau menulis. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Arithmetic Difficulties
Kanak-kanak yang mengalami Arithmetic difficulties pula ialah mereka bermasalah dalam mengasingkan angka atau siri angka. Di dalam Arithmetic difficulties terdapat dua kategori iaitu Dyscalculia dan Acalculia. Dyscalculia merupakan sebahagian ketidakbolehan dalam menyelesaikan pengiraan. Manakala Acalculia pula ketidakbolehan secara keseluruhan untuk menyelesaikan masalah pengiraan.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Punca-punca Berlaku Bermasalah Pembelajaran


Mercer (1997) menyatakan punca tentang berlakunya learning difficulties secara perubatannya berkaitan dengan etiologies. Terdapat empat punca berlakukan learning difficulties iaitu : 1. Acquired Trauma (Prenatal, Perinatal, Posnatal) 2. Faktor Keturunan (Genetic/Hereditary Influence) 3. Faktor persekitaran 4. Biochemical Abnormalities

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Ciri-ciri Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran


Menurut Clements (1966) terdapat sepuluh ciri-ciri kanakkanak bermasalah pembelajaran yang telah dikenalpasti iaitu : i) Hiperaktif ii) Perceptual impairment iii) Emosi yang tidak stabil iv) Disorder of attention v) Impulsivity vi) Disorder of memory and thinking vii) Masalah pembelajaran yang spesifik dalam membaca, menulis, mengeja dan mengira. viii) Disorder of speech and language ix) Equivocal neurological signs and electro encephalograhic irregulation
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Bermasalah Pembelajaran Dan Masalah Pendengaran (Learning Difficulties And Hearing Impaired)
Kanak-kanak cacat pendengaran digolongkan dalam dua kumpulan iaitu kanak-kanak cacat pendengaran pratutur (Prelingual) dan kanak-kanak cacat pendengaran postutur (postlingual). Kanak-kanak cacat pendengaran pratutur adalah kanak-kanak pekak dari sejak lahir, manakala kanak-kanak cacat pendengaran postutur adalah cacat pendengaran separa atau sepenuhnya, yang biasanya berlaku selepas mempunyai pengalaman bercakap. Kanak-kanak cacat pendengaran dalam peringkat pratutur menghadapi masalah pembelajaran dan komunikasi lebih teruk daripada kanak-kanak cacat pendengaran dalam peringkat postutur (Jamila Mohamed, 2006).
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Kanak-kanak yang mengalami kehilangan pendengaran biasanya mengalami masalah dalam pembelajaran di sekolah. Terdapat banyak kesan keadaan telinga tengah terhadap perkembangan bahasa dan pertuturan, kemahiran mendengar, tingkah laku, kebolehan membaca dan pencapaian amnya di sekolah. Kecacatan pendengaran disebabkan oleh kerosakan kekal pada sistem sensori-neural biasanya memberi kesan yang lebih serius terhadap kanak-kanak dan penjagaannya (Gargiulo, 2006). Murid yang menghadapi masalah pendengaran ini tidak dapat memberi tumpuan dan perhatian dalam pembelajaran. Hal ini menyebabkan, golongan masalah pendengaran sering memperolehi keputusan akademik yang rendah serta mengalami masalah dalam pembelajaran.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Bermasalah Pembelajaran Dan Penglihatan (Learning Difficulties And Blind)


Individu yang bermasalah penglihatan kadangkala bukan sahaja mempunyai satu kecacatan, malah mempunyai kecacatan yang lain disampingnya. Keadaan ini dikenali sebagai pelbagai kecacatan. Sebagai contoh masalah penglihatan boleh disebabkan oleh penyakit-penyakit lain dan kadangkala masalah ini didapati melalui keturunan dan kadangkala boleh diperolehi melalui jangkitan dan persekitaran (Richard, 2003). Menurut Julia Jantan et.al, (2009), masalah penglihatan ini terdiri daripada dua keadaan iaitu melibatkan masalah penglihatan dan masalah fizikal dan masalah penglihatan dan kecelaruan tingkah laku.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Masalah Penglihatan Dan Masalah Fizikal


Penyakit yang dikaitkan dengan masalah penglihatan dan masalah fizikal ialah Juvenile Rheumatoid Arthritis (JRA) sejenis penyakit arthritis yang menyebabkan radang dan kekejangan pada sendi. Penyakit ini selalu berlaku kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun. Penyakit ini memberi kesan kepada mata dan masalah mata boleh timbul akibat daripada keradangan dan juga kesan daripada ubatubatan yang diambil untuk mengubati JRA. Kesan jangka panjang daripada penyakit ini adalah kesakitan yang teruk pada sendi. Tumbesaran kanak-kanak akan menjadi perlahan, dan panjang anggota badan seperti tangan menjadi tidak sekata. Kerosakan mata yang teruk akan menyebabkan buta dan lain-lain masalah penglihatan.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Masalah Penglihatan Dan Kecelaruan Tingkah Laku


Menurut Julia Jantan et.al (2009), kanak-kanak yang bermasalah tingkah laku dan mengalami masalah penglihatan adalah memerlukan perhatian yang lebih. Antara ciri-ciri yang boleh diperhatikan pada kanak-kanak yang mempunyai masalah tingkah laku dan masalah penglihatan ialah seperti tingkah laku yang ganas, sikap terlalu bergantung kepada orang lain, suka menentang dan tidak mahu menurut kata, sikap mengelak dari melakukan sesuatu kerja dan dan tingkah laku pasif. Selain itu punca berlakunya kecelaruan tingkah laku kepada mereka yang mengalami masalah penglihatan ini ialah kerana ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak dan juga kekurangan fungsi kawalan otak

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Interaksi Sosial
a) Berminat kepada perkara atau permainan tertentu sahaja. b) Suka bersendirian. c) Sukar bergaul dengan orang lain d) Gagal berhubung dengan orang lain dengan cara yang sesuai. e) Terlebih sensitif atau tidak sensitif langsung kepada kesakitan f) Tidak merasa takut terhadap sesuatu suasana bahaya

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Komunikasi (lisan dan bukan lisan)


a) Sukar melakukan keinginan sendiri b) Menggunakan banyak bahasa badan daripada perkataan lisan

Minat Dan Aktiviti


a) Membuat pergerakan berulang-ulang yang aneh b) Ketawa, menangis atau rasa tertekan tanpa sebab dan suka mengamuk c) Tiada tindakbalas memberangsangkan kepada kaedah pengajaran normal.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Strategi Meningkatkan Kefungsian Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran


Strategi Pengajaran: Yasmin Moslem (1999) telah menyarankan untuk membangunkan kebolehan mereka melalui : i) Memperkenalkan kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran kepada prosedur spectrum ujian yang berbeza secara keseluruhan yang mana guru yang berbeza dapat menentukan pembelajaran berdasarkan pembelajaran berasaskan teks. ii) Meningkatkan latihan yang meluas dalam menentukan perbezaan jenis ujian yang dibuat. iii) Membina kurikulum kepada murid-murid masalah pendengaran dengan menggunaan strategi specific test-taking untuk meningkatkan keupayaan mereka.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Pengesanan Awal: Pengesanan awal yang sebaiknya adalah semasa di peringkat kanak-kanak lagi dan seringkali masalah ini dikesan oleh ibu bapa atau penjaga. Beberapa masalah perkembangan yang berkemungkinan boleh dikaitkan dengan masalah pembelajaran kelak juga dilakukan semasa pemeriksaan berkala kanak-kanak di klinik kesihatan.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Intervensi Awal: Intervensi awal perlu dimulakan seawal usia kanak-kanak lagi dan intervensi yang efektif bergantung kepada ketepatan mengenal pasti masalah yang dihadapi dan perancangan Individual Care Plan atau Rancangan Pembelajaran Individu yang teliti. Oleh kerana perancangan ini adalah bersifat individu, serta tatacara intervensi bagi setiap kanak-kanak dan remaja adalah berlainan, mereka perlu menjalani penilaian perkembangan untuk mengenalpasti penyebab kelewatan serta kekuatan dan kekurangan keupayaan mereka.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Soalan Tutorial
Masalah pembelajaran adalah apabila seseorang mengalami masalah atau kesukaran untuk mempelajari sesuatu dan ia seringkali berlaku akibat kekurangan keupayaan kognitif atau intelek pada diri seseorang individu itu. Jelaskan maksud pernyataan di atas dan bagaimanakah dapat dipertingkatkan keupayaan kanak-kanak bermasalah ini terhadap pembelajaran.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh