Anda di halaman 1dari 12

Ahli Kumpulan Kiu Sze Ling Lim Shushian Loo Syen Fung Tan Xin Yi

Dasar Pecah dan Perintah pada zaman pemerintahan British Kerajaan kolonial Inggeris telah mentadbir penduduk Bumiputera dan imigran secara berasingan. Dasar ini dikenali sebagai sistem `Pecah dan Perintah (Divide and Rule) satu kaedah imperialisme penjajah Eropah yang digunakan di tanah jajahan untuk `melemahkan Bumiputera dan pada masa yang sama memberikan keutamaan kepada kaum imigran dan sekaligus memisahkan mereka daripada penduduk Bumiputera. Golongan imigran dibiarkan mengekalkan identiti dan budaya masing masing dan tidak digalakkan berhubung secara langsung dengan kaum Bumiputera. Mereka diberi kesempatan dan kemudahan untuk terlibat dalam perkembangan perusahaan bijih, getah dan aktiviti perniagaan. Penduduk Bumiputera sebaliknya disisih dari corak kegiatan ekonomi komersial yang diwujudkan. Kaum bumiputera, walaupun tidak ditindas secara kekerasan seperti yang dilakukan oleh penjajah Belanda di Indonesia ataupun penjajah Sepanyol di Filipina, mereka tetap mahu dikekalkan dengan cara hidup tradisi mereka-menjadi petani sara-diri atau nelayan miskin. Dengan cara ini pihak Inggeris berharap dapat membentuk keadaan yang stabil dan terus menjajah negara ini. Dasar `Pecah dan Perintah membayangkan usaha yang terancang bagi mewujudkan suatu keadaan yang menjadikan orang Melayu sebagai penduduk Bumiputera akan tertekan daripada segi kehidupan ekonomi, politik dan sosial.

Kesan pengamalan dasar `Pecah dan Perintah Inggeris pada zaman sebelum merdeka. 1) Terlepasnya penguasaan para pembesar Melayu terhadap perusahaan melombong bijih. 2) Pengabaian bidang pertanian kecil-kecilan seperti tanaman padi yang melibatkan penduduk Bumiputera. 3) Proses pembandaran terjadi di pusat-pusat tumpuan aktiviti ekonomi eksport. 4) Di pusat aktiviti ekonomi eksport seperti lombong bijih dan ladang getah telah wujud kelas buruh dan pekerja yang kebanyakkanya orang Cina dan India. 5) Dari segi sosial, kedatangan imigran Cina dan India yang melimpah-limpah menjelang awal abad ke-20, telah menimbulkan fenomena asing dalam masyarakat tempatan. Masalah sosial seperti aktiviti kongsi gelap, pelacuran dan penagihan candu banyak berlaku. 6) Orang Melayu kehilangan tanah akibat tarikan terhadap tanaman getah, yang menyebabkan penjualan dan pindahmilik tanah berleluasa kepada pengusaha ladang asing. 7) Bumiputera kekal sebagai petani dan nelayan akibat dasar Inggeris dalam bidang pelajaran.

Terlepasnya

penguasaan

para

pembesar

Melayu

terhadap

perusahaan melombong bijih . Pembesar Melayu merupakan pemilik dan penguasa lombong-lombong bijih di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan, lama sebelum kedatangan Inggeris dan penglibatan bersungguh-sungguh oleh pemodal di Negeri-negeri Selat. Dengan bertapaknya penjajah di negeri-negeri Selat yang kaya dengan bijih, peranan ini segera diambil alih oleh pemodal Cina dari Negeri-negeri Selat dan syarikatsyarikat Inggeris sendiri. Disebabkan kaedah melombong orang Melayu

dianggap tidak memadai untuk menghasilkan pengeluaran yang mampu menampung keperluan eksport secara besar-besaran di samping keperluan membuka lebih banyak lombong, maka tenaga buruh dan teknologi terpaksa dibawa dari luar. Dalam tempoh yang singkat syarikat Inggeris telah menguasai aktiviti perlombongan.

Pengabaian bidang pertanian kecil-kecilan seperti tanaman padi yang melibatkan penduduk Bumiputera.

Kegiatan ekonomi eksport lebih menguntungkan golongan imigran, sebaliknya keadaan Bumiputera tidak dihiraukan sangat kerana penjajah memang berhasrat menyisihkan penduduk Bumiputera dari arus kemajuan yang berlaku pesat di sekeliling mereka.

Proses pembandaran terjadi di pusat-pusat tumpuan aktiviti ekonomi eksport.

Ini disebabkan kaum imigran menjadi penggerak (sebagai buruh dan usahawan) kawasan bandar yang menjadi tumpuan imigran.

Di pusat aktiviti ekonomi eksport seperti lombong bijih dan ladang getah telah wujud kelas buruh dan pekerja yang kebanyakkanya orang Cina dan India.

Disebabkan 90 peratus imigran Cina dan India terdiri daripada rakyat jelata kelas bawahan di negeri asal mereka, corak hidup dan budaya tersendiri dikekalkan. Pada zaman ini, kedudukan ekonomi penduduk Bumiputera di Semenanjung Tanah Melayu tidak mencapai sebarang kemajuan malahan semakin mundur disebabkan oleh dasar yang nampaknya tidak memberi manfaat kepada Bumiputera, sebaliknya telah mendatangkan kesempatan kepada golongan imigran untuk menguasai punca- punca ekonomi.

Dari segi sosial, kedatangan imigran cina dan India yang melimpahlimpah menjelang awal abad ke-20, telah menimbulkan fenomena asing dalam masyarakat tempatan. Masalah sosial seperti aktiviti kongsi gelap, pelacuran dan penagihan candu banyak berlaku.

Pada peringkat permulaan penghijrahan, semangat kesukuan Cina telah dijelmakan dalam aktiviti kongsi gelap. Pergaduhan sering terjadi antara mereka pada tahun 1860-an dan 1870-an, terutamanya di Perak. Keadaan ini tidak dapat dikawal oleh pembesar-pembesar Melayu berkenaan. Ketidak-seimbangan imigran laki-laki dan wanita telah menyebabkan kegiatan pelacuran terjadi di bandar-bandar kawasan perlombongan. Selain itu penagihan candu menjadi

masalah kepada sesetengah buruh imigran. Budaya imigran ini agak terasing dari cara hidup tempatan.

Orang Melayu kehilangan tanah akibat tarikan terhadap tanaman getah, yang menyebabkan penjualan dan pindahmilik tanah

berleluasa kepada pengusaha ladang asing. Tarikan terhadap tanaman getah bukan sahaja menghalang tumpuan orang Melayu kepada tanaman padi tetapi juga wujudnya persaingan untuk mendapatkan tanah bagi tanaman getah. Akibatnya beribu-ribu tanah pertanian dan kampung Melayu dijual kepada pengusaha ladang asing. Sistem Torens yang diperkenalkan di semua negeri menjadikan tanah sebagai input komersil. Penjualan dan pindah milik tanah orang Melayu yang berleluasa menyebabkan banyak yang kehilangan tanah.Pihak pentadbiran penjajah Inggeris kononnya merasa bimbang terhadap perkembangan ini yang jika dibiarkan mungkin akan menimbulkan kelas buruh upahan Melayu yang tidak bertanah. Keadaan ini bukan sahaja tidak diingini oleh sultan dan pembesar Melayu tetapi bercanggah dengan dasar Inggeris yang mahu mengekalkan orang Melayu sebagai petani. Untuk mengawal keadaan ini dan mengurangkan spekulasi tanah, kerajaan Inggeris telah meluluskan Enakmen Tanah Rezab Melayu pada tahun 1913.

Bumiputera kekal sebagai petani dan nelayan akibat dasar Inggeris dalam bidang pelajaran

Dasar Inggeris untuk mengekalkan kedudukan Bumiputera sebagai petani dan nelayan jelas diungkapkan dalam dasar pelajaran yang menjelaskan bahawa matlamatnya bukanlah untuk melahirkan anak-anak petani atau nelayan Melayu yang berpendidikan tinggi tetapi `sekadar untuk menjadikan anak-anak petani atau nelayan Melayu pandai sedikit daripada bapa mereka. Sehingga tahun 1920-an, sekolah- sekolah Melayu tidak diberi perhatian sangat dan sering menghadapi masalah buku teks dan guru-guru yang berkelayakkan. Pelajaran Inggeris diutamakan dan menjelang abad ke-20 boleh dikatakan kesemua bandar utama di Negeri- negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai sekolah-sekolah Inggeris yang ternama seperti Penang Free School, Raffles Institution di Singapura, Victoria Institution, Malacca High School dan sekolah-sekolah missionary yang lain. Disebabkan sekolah terbaik memang terletak di bandar, peluang memasuki sekolah berkenaan hanya terbuka kepada golongan imigran yang menjadi penghuni bandar. Pelajaran Inggeris untuk orang Melayu hanya dihadkan kepada keluarga aristokrat dan bangsawan Melayu. Untuk tujuan ini, Maktab Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan pada tahun 1905 sebagai sekolah golongan elit Melayu.

Kesan jangkamasa panjang pengamalan dasar `Pecah dan Perintah Inggeris Telah mewujudkan masalah perpaduan di antara kaum melalui : 1. Pengasingan penempatan 2. Pengasingan agama 3. Pengasingan sistem pendidikan 4. Kewujudan akhbar perlbagai bahasa 5. Kewujudan Persatuan pelbagai kaum

Pengasingan penempatan Penjajahan British di Tanah Melayu pada abad ke-19 telah membawa masuk secara beramai-ramai tenaga kerja dari China dan India. Salah satu faktor yang mendorong orang Cina dan India datang ke Malaya pada masa itu ialah faktor ekonomi. Faktor ini jugalah yang telah mendorong sesuatu golongan etnik menetap di sesuatu kawasan dan fakta ini juga berkait rapat dengan pekerjaan tertentu sesuatu kaum. Dalam tahun-tahun 1920-an, corak pendudukan rakyat di negara ini (seperti yang terdapat dewasa ini) telah jelas terbentuk. Terdapat perkampungan Melayu, pekan dan bandar dengan kedaikedai Cina, buruh-buruh India di ladang getah, rumah panjang kaum Iban dan kampung kaum kadazan. Hal ini merupak satu senario biasa yang boleh dilihat dalam masyarakat Malaysia. Masyarakat perlbagai kaum ini terpisah dan berbeza antara satu dengan yang lain. Corak pemisahan ini melahirkan asas-asas dalam masalah perpaduan dan integrasi kaum. Pengasingan daripada segi fizikal ini juga tidak membolehkan setiap kaum bercampur gaul, bermesra atau memahami budaya dan adat resam kaum yang lain. Pemisahan fizikal ini menjadikan ikatan hubungan antara kaum bertambah jauh ditambah lagi dengan adanya perbezaan-perbezaan lain seperti perbezaan agama, pendidikan, akhbar, persatuan dan pengaruh politik di tanah asal mereka. Pengasingan agama Pada amnya setiap kaum dapat digolongkan kepada agama yang dianutinya. Orang Melayu beragama Islam, orang India beragam Hindu dan orang Cina menganut agama Buddha, Kung Fu-tze dan Lao tze. Bagaimanapun pembahagian agama kaum ini dibuat secara kasar dan tidak mutlak kerana terdapat juga orang India yang menganut agama Islam, Kristian dan kaum India dari keturunan Punjabi pula menganut agama Sikh. Banyak juga kaum Cina yang menganut agama Kristian. Sementara kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak banyak yang beragama Kristian.

Pengasingan sistem pendidikan Pada asasnya, sistem pendidikan di negara ini berasaskan sistem yang telah ditinggalkan oleh pihak British. Sistem tersebut mula diperkenalkan pada awal abad ke-19 iaitu pada peringkat awal wujudnya Negeri-negeri Selat. Bagi orang Melayu, kerajaan British telah menitikberatkan tentang dua bentuk pelajaran bagi mereka, iaitu pelajaran Melayu untuk orang Melayu biasa dan pelajaran Inggeris untuk anakanak Melayu daripada golongan bangsawan. Kecenderungan pihak British terhadap pendidikan orang Melayu pada masa itu ialah kerana mengenangkan orang Melayu adalah penduduk tetap negeri ini, sedangkan orang Cina dan India adalah kaumkaum pendatang yang akhirnya akan pulang ke negara asal mereka. Orang Melayu kebanyakkannya tinggal di kampung. Sementara itu, sekolah-sekolah Inggeris untuk semua kaum pula didirikan di bandar-bandar. Tidak banyak orang Melayu yang mampu menghantar anak-anak mereka ke sekolah Inggeris. Pada tahun 1905, Kolej Melayu Kuala Kangsar dibuka bagi menyediakan pegawai-pegawai pentadbir Melayu. Pada masa itu, hanya segelintir orang Melayu sahaja (kerabat diraja dan bangsawan Melayu) yang mampu menghantar anak mereka bersekolah di maktab ini. Di samping sekolah Melayu dan Inggeris, pihak British juga mendirikan sekolah Tamil di ladang-ladang getah. Walaubagaimanapun, tuan-tuan punya ladang getah (yang terdiri daripada orang Inggeris dan Eropah) tidak begitu bersungguh-sungguh memajukan pendidikan sekolah Tamil. Oleh itu perkembangan pendidikan Tamil agak lembap. Walaupun guru- guru yang mengajar di sekolah Tamil ini diambil dari India, tetapi mutu pengajaran mereka tetap rendah. Tidak ada pelajaran peringkat menengah di sekolah Tamil. Justeru itu, lepasan sekolah Tamil seperti juga dengan lepasan sekolah Melayu, tidak menjamin mereka untuk mencapai pekerjaan lain selain menjadi buruh di ladang getah seperti ibu bapa mereka. Berbeza dengan orang Melayu dan India, orang Cina mempunyai tradisi untuk menghormati dan mementingkan pendidikan bagi anak-anak mereka. Di mana ada masyarakat Cina, sekolah-sekolah turut dibina dan dibiayai oleh orang Cina yang kaya dalam kelompok itu. Di samping itu, para guru dan buku teks yang diajar di sekolah- sekolah Cina didatangkan dari negeri China dan murid-muridnya mempelajari perkara-perkara yang sama seperti pelajar-pelajar di sana. Berbanding

dengan sekolah-sekolah Melayu dan Tamil, pelajar Cina mendapat pelajaran yang lebih tinggi di sekolah Cina. Sekolah Cina menyediakan pendidikan enam tahun di peringkat sekolah rendah. Pelajaran menengah diadakan di sekolah-sekolah yang lebih besar, dan banyak juga penuntut dari keluarga yang mampu telah menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran ke negeri China. Fakta- fakta yang telah dijelaskan di atas menunjukkan bahawa aliran pendidikan masyarakat pada zaman penjajahan British di Tanah Melayu merupakan kuasa yang membantu memisahkan lagi masyarakat pelbagai kaum di Malaya. Didapati bahawa aliran pendidikan yang membolehkan tiga kaum (Melayu, Cina dan India) ini berhubung dan berinterkasi antara satu sama lain ialah melalui pendidikan sekolah Inggeris. Satu perkara yang ketara ialah pendidikan aliran Inggeris ini membekalkan pengalaman yang sama bagi mereka yang menuntut. Pengalaman yang sama ini kelihatan dapat mengurangkan jurang pemisah antara kaum. Kumpulan perlbagai kaum yang mempunyai latar belakang pendidikan Inggeris seterusnya dapat bekerjasama menjadi satu kumpulan yang agak penting dalam usaha menuntut kemerdekaan negara ini kemudiannya. Walaupun pendidikan aliran Inggeris ini kelihatan mempunyai kesan positif terhadap interaksi dan perpaduan perlbagai kaum di Tanah Melayu ketika itu, tetapi kesan negatifnya juga dapat dirasai. Hal tersebut berlaku kerana mereka yang berpendidikan Inggeris ini agak terpisah dengan budaya dan cara hidup kelompok asal masing-masing.

Kewujudan akhbar perlbagai bahasa Akhbar merupakan salah satu media yang berkesan untuk memupuk perpaduan masyarakat. Selain itu, akhbar juga nerupakan alat yang dapat meniupkan dan menyemarakkan semangat perkauman di kalangan masyarakat perlbagai kaum. Keadaan ini memang berlaku dalam masyarakat kita semasa penjahan British. Terdapat perlbagai akhbar yang diterbitkan bagi memenuhi selera setiap kaum. Ada akhbar yang diterbitkan dalam bahasa Melayu, Tamil, Cina, Inggeris dan Punjabi. Setiap akhbar hanya memberikan perhatian secara menyeluruh kepada kegiatan golongan kaum tertentu sahaja. Misalnya akhbar berbahasa Cina lebih

mengutamakan perkembangan dan kejadian yang berlaku di China. Akhbar Tamil

pula membesar dan menonjolkan berita di India. Oleh itu kaum Cina dan India yang tinggal di Malaya merasakan adanya jalinan hubungan yang rapat di antara mereka dan saudara mara mereka di Tanah Besar China dan India. Dalam isu pendidikan sebagaimana yang disebutkan sebelum ini, kita dapati hanya pendidikan Inggeris merupakan aliran yang membolehkan ketiga-tiga kaum bercampur dan menimba ilmu di bawah bumbung yang sama. Kita dapati juga hanya akhbar berbahasa Inggeris yang dibaca oleh semua kaum di Malaya ketika itu. Walau bagaimanapun, akhbar-akhbar Inggeris ini pula tidak dapat memainkan peranan yang sebenarnya dalam menyatu padukan masyarakat, kerana berita- berita yang dimuatkan tidak memberatkan ke arah perpaduan kaum. Akhbar-akhbar Inggeris banyak

memberikan tumpuan ke arah perkembangan dan pemerintahan Inggeris sahaja. Akhbar -akhbar perlbagai bahasa juga telah menjarakkan lagi jurang pemisahan antara kaum di Malaya. Setiap kaum menonjolkan berita, budaya dan

perkembangan yang berlaku di sekitar kelompok kaum mereka sendiri dan di negara asal mereka. Ini menguatkan lagi semangat kecintaan terhadap tanah air dan kaum mereka sahaja. Perkembangan dan semangat yang sempit ini tidak dapat membantu mereka memahami bahasa, budaya, sensitiviti kaum-kaum lain.

Kewujudan Persatuan pelbagai kaum Di samping pelbagai aliran pendidikan, agama dan akhbar bagi memenuhi kehendak dan selera setipa kaum, terdapat juga pelbagai persatuan kebajikan, sukan dan pertubuhan-pertubuhan sosial lain yang ditubuhkan oleh setiap kaum bagi mengendalikan aktiviti kaum masing-masing. Walaupun antara persatuan dan pertubuhan sosial tersebut terdapat pertembungan dan perhubungan dengan persatuan kaum kaum yang lain, tetapi pertemuan ini berlaku dalam bentuk yang hanya menonjolkan identiti, persaingan dan semangat kekitaan kaum masing masing. Sebilangan besar persatuan ini diadakan khusus untuk kepentingan satu satu kaum sahaja. Misalnya terdapat Malay Club, Chinese dan Indian atau Ceylones Association di bandar-bandar. Pada tahun 1937, misalnya orang India telah menubuhkan Persatuan India. Persatuan ini telah membuat desakan terhadap kerajaan British supaya mengambil tindakan dalam membaiki keadaan bekerja yang lebih baik bagi pekerja-pekerja India.

Selain persatuan untuk kebajikan sesuatu kaum, terdapat juga persatuan- persatuan sukan. Pertandingan sukan persahabatan kerap dilakukan antara kaum, tetapi hubungan bersukan seperti ini banyak berasaskan persaingan antara kaum. Keadaan ini boleh menggalakkan dan menebalkan lagi semangat perkauman,

kerana tiap-tiap kaum cuba untuk menaikkan dan memenangkan persatuan sukan kaum mereka sahaja.

Kemuncak kepada kesan Dasar Pecah dan Perintah Inggeris di Tanah Melayu Tanggal 13 Mei 1969 tercetus satu detik hitam dalam lipatan sejarah negara. Pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda. Ia mempunyai kaitan rapat dengan Pilihanraya Umum 1969 dan merupakan puncak manifestasi masalah perpaduan kaum di Malaysia. Dalam pilihanraya tahun tersebut banyak isu-isu sensitif telah dibangkitkan dan ditimbulkan seperti bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Dalam pilihanraya tahun 1969 Parti Perikatan gagal memperolehi majorirti dua per tiga dalam Dewan Rakyat manakala Parti Gerakan Dan DAP yang berjaya memeprolehi sebanyak 25 kerusi telah mengadakan perarakan di Kuala Lumpur sambil menghina bangsa Melayu. Hal ini memberikan tamparan hebat kepada orang Melayu dan akhirnya UMNO telah mengadakan perarakan balas sebagai bantahan terhadap penghinaan parti DAP dan Gerakan. Dalam suasana tegang dan penuh emosi maka tercetuslah peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut telah mengorbankan ramai orang dan telah mengakibatkan kerugian harta benda yang banyak. Ia juga telah menyebabkan negara kita telah menjadi tumpuan dunia. Sebenarnya Masalah 13 Mei ini merupakan masalah perpaduan yang telah lama berakar umbi dalam masyarakat majmuk Malaysia sebelum tahun 1969 lagi. Masalah ini telah disebabkan oleh British yang telah memainkan peranan yang cukup besar untuk mewujudkan keadaan sedemikian rupa. Pada zaman pemerintahan British, British telah mewujudkan kelompok-kelompok etnik berdasarkan kegiatan ekonomi. Ini dilakukan untuk menjaga kepentingan mereka agar tidak terjejas dengan kewujudan perpaduan kaum kerana mereka

mahu mengeksploitasi semaksima mungkin kekayaan semulajadi Malaysia. Justeru mereka telah menetapkan status dan perana yang berbeza bagi setiap kaum seperti orang Melayu digalakkan tinggal di kampung, kaum Cina digalakkan tinggal di bandar manakala kaum India digalakkan tinggal di estet-estet. Dasar ini telah berjaya direalisasikan dan kesannya interaksi antara kaum-kaum menjadi terbatas hanya di pejabat dan pasar sahaja. Apabila ini berlaku maka lahirlah perasaan prasangka antara satu kaum dengan kaum yang lain.

Prasangka yang wujud inilah yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969. Gambaran detik-detik 13 Mei 1969 secara ringkas ialah pada 13 Mei 1969 anggota Parti Gerakan dan DAP yang telah berjaya memenangi sebanyak 35 kerusi dan berjaya menafikan majoriti dua per tiga kerajaan Parti Perikatan telah mengadakan perarakan untuk meraikan kemenangan mereka dalam pilihanraya tahun 1969. Ketika perarakan berlangsung mereka gagal mengawal emosi hingga membangkitkan soal-soal sensitif seperti mempertikaikan ketuanan Melayu yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Dalam masa yang sama pihak komunis dan kongsi gelap turut memainkan peranan mengeruhkan keadaan hingga berlaku cacian, provokasi dan hinaan terhadap bangsa Melayu. Hal ini telah menimbulkan kemarahan yang amat sangat kaum Melayu lalu mereka bertindak balas selepas sekumpulan Melayu diserang oleh sekumpulan Cina dari Setapak. Orang Melayu yang bertindak balas ini ialah mereka yang mengikuti perarakan anjuran UMNO Selangor yang diketuai oleh Datuk Harun Idris di Kampung Baru. Perarakan yang dianjurkan oleh UMNO Selangor ini telah mendapat kelulusan daripada pihak polis kerana beberapa sebab iaitu: 1. DAP dan gerakan telah mengadakan perarakan sama ada secara haram atau tidak sejak 11 Mei 1969 lagi 2. Perasaan Orang Melayu di ibu negara pada ketika itu selepas pilihanraya memuncak akibat cacian yang berbaur perkauman dan jika ia dibatalkan ia akan mencetuskan rusuhan kaum. 3. Adalah difikirkan bahawa jaminan yang sebaik-baiknya untuk mencegah kekacauan ialah dengan membenarkan perarakan yang dijalankan secara rapi.

4. Janji Datuk Harun Idris dan pengikutnya untuk berarak secara aman. Serangan balas oleh Orang Melayu tersebut telah menimbulkan kekecohan yang akhirnya telah mengorbankan banyak nyawa serta telah menyebabkan kerugian harta benda yang banyak. Maka tercetuslah episod berdarah 13 Mei 1969 yang sehingga kini masih diperkatakan.