Anda di halaman 1dari 13

MRSM Baling, Kedah

Nota Pendidikan Agama Islam Tingkatan Dua

Nama : Siti Mazenah Dienta Rochani binti Mohamed Tajudin Kelas : 2D/Jauzi No. Maktab : 12094 Guru : Rosmaini Irsham

Menginsafi Kekuasaan Allah SWT


Ayat Hafazan/Ayat Pemahaman: Surah Ali Imran: Ayat 26.

Antara bukti kekuasaan Allah SWT ialah:

Maksudnya: 26. Katakanlah: "Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendaki Nya;

menghilangkan kuasa pemerintahan daripada siapa yang dikehendaki Nya;

memuliakan seseorang yang dikehendaki Nya atau menjadikan seseorang itu hina.

Sebab-sebab kemuliaan seseorang


beriman dan bertakwa kepada Allah SWT;

Sebab-sebab kehinaan seseorang:


tidak melakukan perintah Allah SWT seperti solat fardu;

Cara menghargai nikmat Allah SWT:


membelanjakan harta untuk menyara hidup keluarga;

melakukan kebaikan sesama manusai;

melakukan larangan Allah SWT seperti minum arak;

menggunakan nikmat untuk membantu orang yang memerlukan.

berakhlak mulia dalam kehidupan;

malas berusaha dan tidak mahu berubah ke arah kebaikan.

Menggunakan nikmat dengan berhemah

berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT di samping berusaha dengan bersungguh-sungguh; berusaha dengan bersungguh ke arah kebaikan diri, keluarga dan masyarakat.

Akibat tidak menghargai nikmat Allah SWT:


terhadap individu
menjadi manusia yang tidak berguna; mendapat kemurkaan Allah SWT; jiwa tidak tenang.

terhadap masyarakat dan negara,


masyarakat hidup berpecah belah dan porak peranda; negara akan hancur dan musnah.

terhadap alam sekitar,


berlaku pelbagai pencemaran alam; sumber alam akan rosak dan pupus

Pengajaran ayat:
Allah SWT berkuasa ke atas semua makhluk ciptaan Nya; Kita hendaklah bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah SWT; Kita hendaklah menghindari diri daripada bersikap takbur dan sombong dengan kuasa yang diberikan oleh Allah kerana kuasa itu hanyalah sementara saja; Kita hendaklah berusaha untuk membangunkan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Dakwah Tanggungjawab Bersama


Ayat Pemahaman: Surah Ali Imran: Ayat 110. Maksudnya: 110. Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.

Dakwah dari segi istilah ialah menyeru manusia supaya beriman dan beribadatkepada Allah SWT dengan melakukan perkara yang diperintah dan meninggalkan perkara yang dilarang. Setiap Muslim wajib berdakwah mengikut kemampuan masing-masing.

Cara-cara berdakwah:
menyeru manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran berdakwah dengan cara berhikmah atau bijaksana berdakwah dengan cara memberi pengajaran yang baik berdakwah dengan cara perdebatan dan perbahasan yang berkesan.

Peranan pendakwah dalam masyarakat:


menyampaikan serta menjelaskan ajaran Islam yang sebenar kepada masyarakat membantu mengatasi masalah social yang berlaku dalam masyarakat membendung perbuatan bidaah, khurafat, syirik dan sebagainya yang boleh merosakkan iman.

Ciri-ciri orang mukmin:

memiliki akidah yang mantap terhadap Allah SWT melakukan sesuatu perkara berdasarkan syariat memelihara hubungan dengan Allah SWT dan menjalinkan hubungan dengan manusia berilmu pengetahuan dalam bidang ilmu fardu ain dan fardu kifayah berakhlak mulia dalam kehidupan seharian.

Ciri-ciri orang fasik:

suka melakukan maksiat kepada Allah SWT melakukan sesuatu perkara menurut hawa nafsu

Umat Islam digelar khairul ummah yang bermaksud sebaik-baik ummah kerana mereka beriman kepada Allah SWT dan ditugaskan untuk menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Antara ciri-ciri khairul ummah ialah: berdaya saing iaitu mempunyai kekuatan untuk menguasai pelbagai ilmu di samping meningkatkan kualiti hidup memiliki jati diri, iaitu mempunyai keperibadian yang berdasarkan ajaran Islam.

Pengajaran ayat: setiap umat Islam bertanggungjawab menjalankan dakwah umat Islam adalah peneraju ke arah kemajuan dan kesejahteraan dunia.

Saidina Usman bin Affan RA Korporat Yang Dermawan

Riwayat hidup:

Sifat-sifat peribadi:

Nama sebenar ialah Usman bin Affan bin Abu Al-As bin Umaiyah

Taat epada Allah SWT dan rasul

Berketurunan Bani Umaiyah

Pemalu dan lemah lembut

Dilahirkan di Mekah pada tahun 576 Masihi iaitu enam tahun selepas tahun Gajah

Zuhud dan dermawan.

Digelar Zunnurain yang bermaksud mempunyai dua cahaya kerana memperisterikan dua puteri Rasulullah SAW

Menjadi khalifah yang ketiga pada tahun ke 23 Hijrah bersamaan 644 Masihi

Wafat pada 18 Zulhijjah tahun ke 35 Hijrah

Dibunuh oleh pemberontak.

Bukti sifat dermawan Saidina Usman


Menafkahkan hartanya sebanyak 300 ekor unta dan 10 ribu dinar untuk kegunaan tentera Islam dalam Perang Tabuk Memerdekakan hamba pada setiap hari Jumaat Membeli sebidang tanah untuk membesarkan Masjid Nabawi.

Faktor semangat jihad Saidina Usman


Keimanan yang teguh terhadap Allah SWT Beliau sangat sayang dan cintakan Islam Mempunyai harta kekayaan yang melimpah ruah Minat yang tinggi untuk berdakwah kepada orang Islam dan bukan Islam.

Sumbangan Saidina Usman dalam bidang politik


Menjadi utusan Rasulullah SAW dalam Perjanjian Hudaibiyah Menubuhkan angkatan tentera laut untuk mengawasi perairan negara

Sumbangan dalam bidang ekonomi


Menyumbangkan harta yang banyak untuk perkembangan Islam; Mempertingkatkan ekonomi rakyat.

Sumbangan Saidina Usman dalam bidang sosial


Memperkenalkan sistem protokol dalam urusan kerajaan; Berjaya mewujudkan masyarakat yang harmoni hasil sifat beliau yang lemah lembut.

Sumbangan Saidina Usman dalam bidang dakwah


Membuka kawasan-kawasan baru untuk mengembangkan dakwah Islam; Mengumpul dan membukukan al-Quran yang melahirkan naskah al-Quran yang dikenali sebagai Mashaf Usamani.

Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib RA Pahlawan Terbilang Riwayat hidup


Dilahirkan di Mekah pada tahun 570 Masihi, iaitu tahun yang sama dengan kelahiran Nabi Muha mmad SAW

Nama sebenar ialah Hamzah bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdul Manaf

Berasal daripada keturunan Bani Hasyim, iaitu golongan bangsawan dihormati

Bapa saudara nabi

Hobi beliau ialah memanah dan berburu

Digelar Asadulla h (singa Allah) kerana keberani annya

Gugur syahid pada tahun ketiga Hijrah dalam perang Uhud setelah dibunuh oleh Wahsyi

Rasulullah amat sedih dan mengurni akan gelaran Sayyid AsSyuhada (penghulu sekelian orang yang mati syahid)

Jenazah dimakam di makam Syuhada berdekatan Bukit Uhud.

Kisah pengislaman Saidina Hamzah:


Beliau terus mencari Abu Jahal dan berjumpa Abu Jahal sedang duduk bersama pemimpin Quraisy di Masjidil Haram;

Pada suatu hari, Abu Jahal telah menghina Nabi Muhammad SAW secara keterlaluan di Bukit Safa;

Kejadian itu menyebabkan Saidina Hamzah amat marah;

Beliau terus memukul Abu Jahal dengan busur panah sehingga kepada Abu Jahal cedera dan berdarah;

Selepas itu beliau mengistiharkan pengislamannya.

Sifat peribadi:

Sumbangan Saidina Hamzah:


Melindungi dan mempertahankan Rasulullah SAW daripada ancaman musuh Islam;

Seorang yang pantas bertindak;

Seorang pahlawan yang gagah perkasa dan berani. Antara bukti keberaniannya ialah:
Memukul Abu Jahal yang menghina dan mengejek nabi; Menyahut cabaran dua orang tentera musyrikin untuk berlawan dengannya dalam Perang Badar;

Menyertai peperangan bersama Rasulullah SAW;

Seorang yang gigih tabah dan cekal hati dalam menjalani kehidupan.

Sanggup mengorbankan masa, tenaga dan nyawa untuk menegakkan agama Islam.

Menghayati Adab Berjiran

Jiran ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita iaitu di kanan, di kiri, di depan , di belakang, di tingkat atas dan di tingkat bawah yang meliputi 40 buah rumah dari setiap penjuru.

Islam telah membahagikan jiran kepada tiga jenis iaitu:


jiran Muslim yang mempunyai hubungan kekeluargaan jiran Muslim yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan

Cara beradab kepada jiran:

Akibat tidak beradab kepada jiran:


kehidupan akan jauh daripada rahmat dan keberkatan Allah SWT

Hikmat beradab kepada jiran:

menziarahi jiran pada masa yang sesuai seperti hujung minggu

kehidupan dalam keadaan aman dan damai

menghormati dan bersangka baik terhadap jiran

keharmonian hidup bermasyarakat akan terjejas

seseorang itu akan terpinggir daripada masyarakat

kemungkaran dalam masyarakat dapat dicegah dengan lebih berkesan

jiran bukan Islam.

membantu jiran ketika mereka memerlukan pertolongan.

sukar mendapat pertolongan ketika menghadapi kesusahan.

setiap orang mendapat kehidupan yang selesa kerana mendapat pembelaan.

Menjana Keharmonian Hidup

menjamin keharmonian hidup melahirkan masyarakat yang sejahtera untuk menjamin kestabilan dan keamanan negara.

Sebab-sebab kita perlu beradab terhadap orang Islam dan bukan Islam ialah:

Sebagai Muslim yang beriman, kita mestilah beradab ketika bergaul dengan saudara seagama dan juga orang bukan Islam.

Sebab dituntut beradab terhadab orang bukan Islam:


dapat menarik minat orang bukan Islam terhadap ajaran Islam supaya dakwah Islam dapat diterima oleh mereka supaya mereka tidak memusuhi Islam walaupun tidak menerima Islam.

Adab terhadap orang Islam dan orang bukan Islam:


memberi salam kepada orang Islam dan salam sejahtera kepada orang bukan Islam bertoleransi dalam sesuatu perkara hormat-menghormati antara satu dengan yang lain.

Akibat tidak beradab kepada orang bukan Islam: masyarakat bukan Islam akan bersikap buruk sangka terhadap Islam dakwah Islam tidak akan berkembang luas perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum dan agama akan terjejas.

Langkah mengekalkan adab terhadap orang bukan Islam berdasarkan syariat: membudayakan amalan ziarahmenziarahi mengadakan majlis-majlis yang melibatkan semua masyarakat seperti hari keluarga mengadakan sambutan hari kebesaran negara seperti Hari Kebangsaan perancangan penempatan yang lebih tersusun.

Anda mungkin juga menyukai