Anda di halaman 1dari 3

TAJUK 1

Aktiviti 1: Jawab soalan-soalan di bawah:

1.

Mengapa KAUB diajarkan kepada murid pendidikan khas?

a) Membolehkan murid untuk mengalami kehidupan yang lebih selesa. b) Membantu murid supaya dapat bersosial dalam masyarakat. c) Supaya murid dapat mengamalkan gaya hidup yang bersih dan sihat. d) Dapat membantu murid untuk menjaga imej diri sendiri e) Membantu murid untuk menjaga kebersihan dan kesihatan diri dengan sempurna

2.

Nyatakan kepentingan KAUB?

a) Dapat mendidik supaya murid dapat hidup dengan berdikari tanpa perlu bergantung kepada orang lain. b) Agar murid dapat melaksanakan tugasan harian mereka dengan sempurna, teratur dan sitematik. c) Dapat membiasakan murid dengan kehidupan yang sebenar dan menjalani kehidupan seperti orang lain. d) Untuk memberi peluang kepada murid bagi mengembangkan potensi diri dari segi jasmani, emosi dan rohani. e) Dapat melatih keupayaan atau kemampuan terpendam yang ada dalam diri murid untuk memenuhi keperluan mereka dalam melaksanakan tugasan harian. f) Supaya guru-guru dapat mengkaji kebolehan & kemampuan murid untuk merangka strategi dan memilih jenis KAUB yang perlu diajar kepada murid.

3.

Murid pendidikan khas dilatih menghadapi situasi sebenar. Apakah contoh

situasi tersebut?

a) Jual-beli seperti membeli makanan dan keperluan diri sendiri b) Menyediakan makanan dan minuman untuk diri sendiri dan orang lain c) Mengemas tempat tidur. d) Mengemas bilik atau rumah. e) Mengurus pakaian seperti mencuci, menyidai, melipat dan menyusun pakaian di rak/almari.

Aktiviti 2 : Jawab soalan-soalan di bawah:

1.

Apakah bidang kemahiran hidup yang sesuai untuk murid pendidikan khas?

a) Cara-cara menjaga kebersihan diri, bilik darjah dan rumah tangga b) Menjaga keselamatan diri di rumah, di bilik darjah dan tempt awam c) Kemahiran-kemahiran asas untuk hidup berdikari

2.

Senaraikan amalan kebersihan diri yang perlu diajarkan kepada murid

pendidikan khas?

a) Amalan kebersihan diri sendiri b) Kebersihan rupa c) Kesihatan diri d) Kebersihan rambut e) Kebersihan gigi f) Kebersihan tangan dan kaki g) Kebersihan pakaian dan kasut

3.

Apakah pertimbangan guru dalam pengurusan bilik darjah pendidikan khas.

a) Perabot disusun mengikut kesusaian bilik darjah b) Hiasan di dalam dan di luar bilik darjah yang sesuai dan munasabah c) Ruang pengudaraan dalam keadaan yang baik d) Kebersihan di luar dan di dalam bilik darjah harus diutamakan e) Keselamatan di bilik darjah dititik beratkan f) Elakkan bilik darjah daripada sebarang gangguan bunyi dan bau yang kurang menyenangkan g) Segala perabot dan peralatan yang ada sentiasa diselia oleh guru. h) Semua peralatan elektrik dapat berfungsi dengan baik. i) Bahagian dinding di luar dan di dalam bilik darjah didekorasi / dihias dengan dengan lukisan / mural yang sesuai dan menarik j) Bahagian di luar bilik darjah dihias dengan tanaman landskap yang sesuai untuk keadaan yang lebih ceria

DISEDIAKAN OLEH: NOR SHAKIAH BINTI HUSSAIN PPG PJJ AMBILAN JUN 2011 (KOHORT 1) PENDIDIKAN KHAS NO. KP : 750506-01-7460 NO. MATRIKS : 28087