Anda di halaman 1dari 14

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, UKURAN &SUKATAN, PENGENDALIAN DATA

BAHAN BACAAN 1. PENGENDALIAN DATA

Modul ini meliputi dua tajuk utama iaitu Manipulasi Data yang meliputi tajuk Pengumpulan Data, Paparan Data dan Terjemahan Data dan tajuk kedua adalah Purata yang meliputi menghasilkan rumus dan menggunakan rumus. Pengendalian data boleh dimanipulasikan berdasarkan masalah harian yang melibatkan penggunaan purata yang boleh meliputi tajuk-tajuk ukuran, timbangan berat, sukatan isipadu cecair dan masa.

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, UKURAN &SUKATAN, PENGENDALIAN DATA

2.0 Pengumpulan data


Dalam mengendalikan data , pelajar perlu mengetahui peringkat penting yang terlibat seperti berikut : Peringkat 1. Menanya soalan utama yang ingin dibincangkan 2. Perancangan apa Mengukur ketinggian setiap pelajar Guna alat ukur dalam unit cm. Adakah alat ukur yang lain yang boleh digunakan? Setiap pelajar diukur ketinggian mengikut unit cm Catatkan ketinggian pelajar dengan perwakilan data seperti jadual kekerapan yang sesuai
5.

Perwakilan Berapakah tinggi pelajarpelajar dikelas ini?

Catatan Perhatikan ada pelajar yang tinggi dan rendah

yang perlu dibuat kepada data yang ingin dikutip 3. Mengutip data

Pelajar tidak memakai kasut. Pelajar ambil ukuran tinggi rakan-rakan di kelas. Paksi x dan paksi y harus sesuai dan menggunakan pelbagai carta yang sesuai seperti carta bar, carta pai dan histogram. Contoh soalan: Murid manakah yang tinggi sekali dalam kelas? Murid manakah yang rendah sekali dalam kelas? Apakah min ketinggian murid dalam kelas ini?

dengan mengikut syarat tertentu 4. Persembahan data yang sesuai dengan kaedah yang dipiih

Mengintepretasi

Membaca data dan menanya soalan yang menggunakan perwakilan carta yang sesuai seperti , carta bar dan piktograf .

data dengan dan fokus kepada data yang digunakan

memberikan penegasan relevan dengan data dan

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, UKURAN &SUKATAN, PENGENDALIAN DATA

BAHAN BACAAN

1.1

Paparan Data Piktograf Menegak

Konsep

: Graf gambar adalah Piktograf yang mengandungi maklumat-maklumat yang ringkas dan mudah difahami melalui gambar-gambar yang dipamerkan dalam sesuatu jadual.

Objektif

: Selepas aktiviti pembelajaran, pelajar boleh : a. Membaca dan menerangkan maklumat-maklumat yang

terdapat didalam sesuatu graf gambar. b. Membina graf gambar yan berkaitan dengan masalah harian. Alatan : graf-graf gambar, biji gula-gula, jadual-jadual untuk membina graf gambar dan kad-kad gambar. Aktiviti Pengajaran a) Set Induksi : Guru menyoal murid berkenaan hobi mereka. Contoh : Siapa yang ada hobi? Siapa suka baca buku? Bilangan buku yang di baca seminggu? Langkah 1 : membaca maklumat dari graf gambar

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, UKURAN &SUKATAN, PENGENDALIAN DATA

Tajuk: Bilangan buku yang dibaca Amin Helen Ng Petunjuk : Siva Kamariah mewakili 1 buku

Berdasarkan graf gambar di atas, guru membimbing murid membaca maklumat-maklumat dengan beberapa soalan seperti: a. Apakah yang ditunjukkan dalam graf gambar itu? b. Apakah yang dinyatakan dalam petunjuk? c. Berapakah buku yang dibaca oleh Amin? d. Siapakah yang membaca buku terbanyak? e. Berapakah jumlah buku yang dibaca oleh kesemua empat murid tersebut? Ulang aktiviti dengan graf gambar dengan petunjuk 1 mewakili banyak. Langkah 2 : Membina graf gambar Guru berbincang dengan murid mengenai perkara-perkara yang perlu dinyatakan dalam sesuatu graf gambar yang lengkap seperti : a) Tajuk b) Petunjuk c) Gambar-gambar yang sesuai. d) Jadual Guru sediakan satu contoh jadual maklumat seperti berikut: Nama pelajar Bil. Pisang Goreng
4

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, UKURAN &SUKATAN, PENGENDALIAN DATA

yang dimakan Ahmad Beng Hock Chandran Devi 11 10 15 5

Guru membimbing murid-murid sehingga mereka memahami prosedur membina graf gambar .

Simbol

Tajuk

Nama label

Petunjuk

Petunjuk mewakili bilangan

Garis melintang

i) Guru berbincang dengan murid beberapa soalan bagaimana hendak menggunakan maklumat dalam jadual diatas untuk membina graf gambar. a. Garisan apakah yang perlu dilukis dahulu untuk membina graf gambar? b. Apakah perlu di tulis di bawah garis tersebut? c. Apakah symbol yang boleh digunakan untuk mewakili makanan ? d. Apakah tajuk yang sesuai untuk graf gambar yang dilukis? ii) Guru mengedarkan kertas mahjong kepada setiap kumpulan murid.

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, UKURAN &SUKATAN, PENGENDALIAN DATA

iii) Guru meminta setiap kumpulan untuk membina satu graf langkah-langkah yang telah diterangkan.

gambar mengikut

iv) Setiap kumpulan mempamerkan graf gambar yang telah dibina dan menerangkan hasil kerja. Langkah 4 : Mengedarkan lembaran kerja dan murid diminta menjawab soalan Membina piktograf. Rumusan : Mendorong murid untuk menerangkan semula langkah-langkah dalam membina piktograf daripada maklumat yang diberi dengan menekankan ciri-ciri yang perlu ada dalam sebuah piktograf seperti : i)
ii) iii)

gambar-gambar yang sesuai. Penunjuk (key) Penyusunan gambar-gambar secara berturutan

Data diwakili oleh gambar sebenar untuk menunjukkan berapa banyak kategori yang boleh dibuat berdasarkan label pada suatu paksi dan nilai-nilai pada paksi yang lain dan tajuk ditulis di atas. Graf ini sesuai untuk kanak-kanak bagi membina kefahaman secara mudah yang memerlukan pengamatan kepada symbol dan gambar yang digunakan.

PERBINCANGAN 2.1.3 Contoh Bilangan stem yang dikumpul oleh pelajar

Petunjuk : mewakili 10 stem


6

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, UKURAN &SUKATAN, PENGENDALIAN DATA

Anuar

Badrul

Chong

Dorai

1. Berapa jumlah stem yang dikumpul oleh keempat-empat murid? 2. Berapakah beza stem yang dikumpul oleh Chong dengan Badrul dan Anuar dengan Dorai? 3. Sekiranya Badrul mengumpul 40 stem dalam masa 5 hari, berapa bilangan stem yang dikumpul dalam 1 hari?

2.1 Paparan Data Piktograf Melintang LATIHAN


1. Anda dikehendaki membuat demonstrasi pengajaran mikro/makro dengan

memasukkan contoh soalan 2 yang diberi di bawah secara terperinci.


2. Sediakan satu Rancangan Mengajar untuk 60 minit secara terperinci dan

serahkan kepada pensyarah yang berkenaan.


7

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, UKURAN &SUKATAN, PENGENDALIAN DATA

3. Tuliskan satu refleksi berkaitan pengajaran anda dengan memberikan tumpuan kepada analisis SWOT (kekuatan-kelemahan-peluang-cabaran) Soalan 2 : Ali adalah seorang jurujual telefon bimbit Nokia di sebuah kedai di Subang Jaya. Dalam masa 5 hari dia telah berjaya menjual sebilangan telefon bimbit tersebut. Daripada jadual di bawah, carikan jawapan untuk soalan-soalan berikut : 1. Berapa jumlah telefon bimbit yang telah dijual oleh Ali ? 2. Pada hari apa yang penjualan telefon bimbit paling sikit ? 3. Berapakah beza penjualan telefon bimbit diantara hari Isnin dengan hari Rabu ? 4. Pada hari apa penjualan telefon bimbit paling banyak ? Pada pandangan kamu kenapa penjualan pada hari tersebut paling banyak ? 5. Binakan satu graf bar menegak menggunakan data daripada jadual tersebut.

BAHAN BACAAN 2.2 Paparan Data - Carta Bar


3.2 Carta bar adalah sebuah carta yang digunakan bagi menunjukkan saiz relatif sesuatu data yang boleh dilukis dalam bentuk menegak atau melintang dan nilai tertentu di atas paksi x dan y dengan label yang jelas. Bar atau lajur digunakan untuk sesuatu nilai. Carta bar ini mudah dibaca kerana jelas menunjukkan kekerapan sesuatu nilai diberi. Ia sesuai digunakan untuk perbandingan antara dua set data yang dilukis pada satu carta, menggunakan bar atau lajur dengan warna berbeza untuk membezakan kedua-dua set data.

PERBINCANGAN
3.1.1 Contoh Jenis Filem Yang Digemari

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, UKURAN &SUKATAN, PENGENDALIAN DATA

Katakanlah anda telah membuat tinjauan di kalangan rakan anda yang lain bagi mengenalpasti apakah jenis tayangan filem yang sangat digemari oleh mereka. Berikut adalah hasil kutipan data yang telah diambil : JADUAL 3.1 Jadual : Jenis Filem Yang Digemari Komedi 4 Aksi 5 Romantik 6 Drama 1 Sains Fiksyen 4

1. Anda boleh menunjukkan di atas kertas graf atau kertas berpetak bagaimana

suatu carta bar terhasil daripada data yang ada.


2. Adalah lebih baik jika dapat ditunjukkan carta yang mempunyai saiz yang relatif :

supaya mudah dilihat jenis filem yang yang paling digemari, dan yang mana yang paling tidak digemari dengan sekali pandang sahaja 3. Anda boleh menggunakan carta bar untuk menunjukkan saiz relative banyak perkara lain, seperti apakah jenis kereta yang dipandu oleh setiap guru, berapa banyakkah pelanggan di hari yang berbeza dan sebagainya. LAYARI INTERNET
http://www.mathsisfun.com/data/pictographs.html http://www.mathopolis.com/questions/q.php? id=1433&site=1&ref=/data/pictographs.html&qs=685_1433_1434_1435

RAJAH 3.1

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, UKURAN &SUKATAN, PENGENDALIAN DATA

Jenis Filem Yang Digemari

3.2. Contoh : Gred Pelajar

Kome di

Aksi

Romant ik

Dram a

Sains Fiksyen

Dalam satu ujian Matematik yang dijalankan oleh Cikgu Halim dalam kelas 4 Jasmin , berikut adalah gred yang diperolehi oleh pelajar : JADUAL 3.2 Gred Pelajar A 4 B 12 C 10 D 2

Carta bar yang terhasil adalah seperti berikut :

10

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, UKURAN &SUKATAN, PENGENDALIAN DATA

RAJAH 3.2 Gred Pelajar

PERBINCANGAN

1. Bincangkan apakah perbezaan yang jelas antara carta bar melintang dan menegak. 2. Huraikan apakah kepentingan carta dalam manipulasi data yang diberi.
3. Pelajar digalakkan mencuba latihan dalam talian di

http://www.bbc.co.uk/schools/ks1bitesize/numer

11

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, UKURAN &SUKATAN, PENGENDALIAN DATA

BAHAN BACAAN

Konsep Objektif

: :

Menyelesaikan masalah harian berkaitan perwakilan data. Selepas aktiviti pembelajaran, murid boleh : Menyelesaikan masalah harian melalui perwakilan data dan gambar rajah.

Peralatan Set Induksi

: :

Kad manila, pen marker, pembaris. Guru menimbulkan persoalan sama ada murid suka membaca buku cerita. Guru bertanyakan sama ada mereka pernah meminjam buku daripada perpustakaan.

Langkah 1

Guru memaparkan satu graf bar yang menunjukkan bilangan buku yang dipinjam oleh murid dari perpustakaan dalam tempoh seminggu. Bilangan Buku Yang Dipinjam

12

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, UKURAN &SUKATAN, PENGENDALIAN DATA

Langkah 2 :

i) Berpandu kepada graf bar, guru menanya murid soalan: berapakah perbezaan buku yang dipinjam di antara Kelas B dan Kelas A? ii) Guru menyelesaikan masalah menggunakan Kaedah Polya: Apa yang diberi? Kelas B membaca 50 buah buku seminggu Kelas A membaca 30 buah buku seminggu Apa yang hendak dicari? Perbezaan bilangan buku yang dibaca di antara kelas B dan kelas A Apakah operasi yang diperlukan? Operasi tolak. Penyelesaian 50 30 = 50 - 30 ----------20 -----------Semak semula 20 + 30 = 50

Perbezaan buku yang dipinjam oleh kelas B dan kelas A ialah 20 buku. Langkah 3: i) Guru menggalakkan murid memikirkan soalan-soalan lain yang boleh dibentuk daripada graf turus yang diberikan di atas. Contoh soalan: 1. Cari jumlah buku yang dipinjam oleh semua kelas. 2. Kelas yang mana meminjam bilangan buku yang sama ? ii) Guru membimbing murid menyelesaikan soalan yang dibentuk menggunakan kaedah yang ditunjukkan di atas. Rumusan : . Guru menilai tahap pencapaian murid. Jika murid boleh menjawab soalan yang dikemukakan, murid dibenarkan meneruskan ke tahap seterusnya, iaitu menyelesaikan soalan-soalan lain yang berkaitan.
13

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, UKURAN &SUKATAN, PENGENDALIAN DATA

14

Anda mungkin juga menyukai