Anda di halaman 1dari 14

BINCANGKAN PROSES MONSUN-MONSUN.

DENGAN MELAKARKAN PETA ASIA TENGGARA , BINCANGKAN JENIS-JENIS IKLIM YANG TERBENTUK DI ASIA TENGGARA

1.0 PENDAHULUAN Asia Tenggara menganjur dari gaisan lintang 28o 30 U ke 11o 0 S dan dari garisan bujur 92o 20T dan 130o50T. Garisan Khatulistiwa merentasi kawasan ini di tiga pulau yang terbesar iaitu Sumatera, Borneo dan Sulawesi di Indonesia. Oleh kerana kebanyakan hujan di sini di bawa oleh angin-angin monson, maka proses-proses mons on tersebut perlulah dibincangkan dahulu.

2.0 A) PROSES MONSUN-MONSUN

Sebelum membincangkan proses monsun-monsun, perkara utama yang perlu dibincangkan adalah mengenai tekanan udara. Tekanan udara ialah suatu pengukuran beratnya atmosfera atau beratnya udara yang menekan ke atas permukaan bumi.

2.1 Tekanan udara

Tekanan udara yang terdapat pada satu-satu tempat itu adalah berubah-ubah dari semasa ke semasa dan ianya berkurangan mengikut ketinggian. Tekanan udara juga adalah berubahubah dari satu tempat ke satu tempat disebabkan oleh perbezaan suhu serta edaran udara. Pengurangan ataupun tambahan kandungan air di udara juga dapat mempengaruhi tekanan udara.

Perubahan-perubahan yang berlaku pada tekanan udara tidak dapat dirasakan secara langsung tetapi perubahan tersebut menyebabkan berlakunya angin yang memindahkan haba dan juga air dari satu tempat ke satu tempat lain.Dua jenis tekanan udara yang utama ialah sistem tekanan udara tinggi dan sistem tekanan udara rendah. Sistem tekanan udara rendah biasa dipanggil sebagai siklon dan sistem tekanan udara tinggi dikenali sebagai antisiklon.

Udara apabila dipanaskan akan mengembang dan isipadu udara bertambah menyebabkan udara ringan. Oleh itu tekanan udara dikatakan rendah. Sebaliknya udara yang menjadi sejuk dan mengucup, isipadu udara berkurangan dan menyebabkan udara itu menjadi berat. Oleh itu tekanan udara dikatakan tinggi. Purata tekanan udara pada aras laut adalah 1013 mb dan kawasan yang mepunyai isobar 950 mb dianggap dalam keadaan tekanan udara rendah manakala kawasan yang mempunyai isobar 1050 mb dianggap dalam keadaan tekanan udara

tinggi. Isobar-isobar yang dilukis rapat menunjukkan kecerunan tekanan yang curam yang menandakan bahawa tiupan angin adalah laju dan kuat. Jika carta cuaca mempunyai isobar yang kurang, kawasan ini adalah tenang atau mempunyai bayu sepoi.

2.2 Kedudukan latitud

Kedudukan latitud juga mempengaruhi tekanan udara iaitu udara di kawasan khatulistiwa yang panas akan mengembang dan naik lalu membentuk kawasan tekanan rendah yang dikenali sebagai doldrum. Kawasan kutub merupakan kawasan kawasan tekanan tinggi kerana mempunyai udara yang sejuk lagi berat. Udara bergerak dari zon tekanan udara tinggi ke zon tekanan udara rendah dan pergerakan ini menghasilkan sistem angin permukaan. Tiupan angin terbias ke kanan di hemisfera utara dan ke kiri di hemisfera selatan. Pembiasan angin ini disebabkan oleh daya koriolis yang dihasilkan semasa putaran bumi pada paksinya.

Tekanan udara yang berbeza menyebabkan tiupan angin. Angin bertiup dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah. Di hemisfera utara, angin-angin yang bertiup dari kawasan tekanan tinggi menuju ke kawasan tekanan rendah tetapi terbias ke kanan menjadi angin Timuran Utara dan angin Baratan Utara. Di hemisfera selatan, angin-angin yang terbias ke kiri menjadi angin Timuran Selatan dan angin Baratan Selatan. Fenomena inilah yang mewujudkan angin-angin monsun. Pengaruh tekanan udara sama ada rendah atau tinggi

adalah paling jelas pada angin-angin monsun. Angin monsun merupakan salah satu fenomena iklim yang paling nyata di kawasan tropika Asia Tenggara.

Angin monsun adalah angin lazim yang berlaku mengikut musim. Di Asia Tenggara angin monsun yang paling dominan ialah Angin Monsun Barat Daya dan Angin Monsun Timur Laut. Kejadian angin monsun adalah berikutan kewujudan perbezaan tekanan udara di antara hemisfera utara dan hemisfera selatan. Pada bulan November hingga bulan Mac, berlaku tiupan Angin Monsun Timur Laut. Ini kerana dalam tempoh masa tersebut, matahari berada berhampiran garisan jadi di hemisfera selatan. Keadaan ini menyebabkan hemisfera selatan (terutama Benua Australia) menerima haba matahari yang lebih banyak berbanding hemisfera utara. Penerimaan sinaran suria yang banyak ini akan meningkatkan suhu atmosfera dan mewujudkan pusat tekanan udara rendah. Oleh itu, udara dari kawasan tekanan tinggi di pedalaman Benua Asia akan bergerak keluar menuju ke kawasan ini. Pada peringkat awal, angin ini keluar sebagai Angin Monsun Barat Laut tetapi terbias menjadi Angin Monsun Timur Laut apabila melintasi Asia Tenggara yang menyebabkan kawasan pantai timur negara-negara Asia Tenggara menerima hujan bukit ( hujan monsun) yang lebat.

2.3 Angin Monsun Timur Laut

Pada bulan Januari (musim sejuk), bahagian tengah China mengalami tekanan tinggi sementara Australia mengalami tekanan rendah. Angin dari tengah China bertiup sebagai Monsun Timur Laut menuju ke kawasan Australia. Angin Monsun Timur Laut itu terbias ke kiri di hemisfera selatan dan bertiup sebagai angin Monsun Barat Laut ke Australia.

2.4 Angin Monsun Barat Daya

Pada bulan Julai (musim panas), tengah China mengalami tekanan rendah sementara Australia mengalami tekanan tinggi. Angin bertiup dari Australia sebagai angin Monsun Tenggara. Angin itu terbias ke kanan di hemisfera utara dan menjadi angin Monsun Barat Daya dari Khatulistiwa menuju ke benua Asia.

2.5 Siklon Tropika

Siklon adalah kumpulan udara yang bergerak secara berputar dan dikenali sebagai angin daerah tekanan rendah.Siklon terjadi apabila terdapat garis-garis yang mempunyai tekanan yang sama lagi rapat mewujudkan satu kawasan dengan tekanan tinggi di luar dan tekanan rendah di dalam. Angin akan bertiup menuju ke tengah kawasan tekanan rendah mengikut arah pusingan jam di hemisfera selatan dan mengikut arah menentang pusingan jam di hemisfera utara.

Siklon diberi nama-nama yang berlainan seperti hurikan di Hindi Barat dan Telukan Mexico; Siklon di Lautan Hindi; Taufan di Lautan China dan Lautan Pasifik; Willy-Willies di barat laut Australia dan Tornado di selatan Amerika Selatan.

Siklon tropika merupakan sistem tekanan udara rendah yang terbentuk di kawasan tropika. Siklon tropika adalah ribut kencang yang membawa hujan ribut dan disertai dengan kilat dan guruh. Angin puting beliung, tornado dan taufan yang berlaku memberi kesan yang amat teruk pada manusia terutamanya ramai nyawa yang terkorban serta berlaku kerosakan harta benda yang banyak.

2.6 Bayu Darat dan Bayu Laut

Perbezaan tekanan di antara di antara daratan dan laut menyebabkan kejadian bayu laut dan bayu darat. Bayu Laut terjadi pada waktu siang iaitu daratan menjadi lebih panas berbanding laut. Udara di permukaan bumi yang panas akan mengembang dan mempunyai tekanan udara yang rendah.

Udara di permukaan laut pula lebih sejuk dan mempunyai tekanan tinggi. Oleh itu, angin bertiup dari laut (tekanan tinggi) ke daratan (tekanan tendah) sebagai bayu laut dan menyederhanakan suhu di tepi laut. Sementara bayu darat terjadi pada waktu malam iaitu daratan menjadi lebih cepat sejuk berbanding laut. Daratan mengalami tekanan 33tinggi

manakala laut mengalami tekanan rendah. Oleh itu , angin bertiup dari darat ke laut sebagai bayu darat.

2.7 El-Nino El-Nino ialah satu fenomena cuaca luar biasa yang berlaku pada arus lautan. Arus lautan menjadi panas melebihi keadaan biasanya sehingga boleh mengubah pola tiupan angin lazim. Ini mengganggu cuaca dunia sehingga menyebabkan sesetengah bahagian di dunia mengalami panas dan kemarau manakala sesetengah bahagian pula mengalami rebut dan banjir. Contoh pada tahun 1997, fenomena ini berlaku di kawasan lautan Pasifik Khatulistiwa. El-Nino terjadi apabila tumpuan tenaga matahari di Lautan Pasifik (bahagian khatulistiwa) menyebabkan pemanasan permukaan laut secara luar biasa. Arus Lautan Pasifik menjadi panas melebihi 5 C. Arus lautan yang panas ini bergerak ke arah timur telah mengubah pola tiupan angin timuran yang membawa hujan lebat khususnya ke kawasan Asia Tenggara. Suhu yang tinggi dan tekanan udara menjadi rendah telah melemah, menghenti, dan mengubah pola tiupan angin timuran menyebabkan cuaca di kawasan timur pasifik (Asia Tenggara) menjadi panas. Berlaku perubahan kepada lapisan termoklin di lautan menyebabkan proses pembuakan di lautan (upwelling) tidak terjadi. Air laut berterusan panas.

Di sebahagian negara-negara Asia Tenggara, El-Nino menyebabkan cuaca panas/kemarau berpanjangan. Apabila udara menjadi kering (dry air) ia menjadi syarat penting untuk

partikel-partikel terampai (PM 10) berada lebih lama dalam udara yang menghasilkan jerebu. El-Nino menyebabkan kekurangan hujan/ketiadaan hujan yang berterusan . Partikel-partikel terampai sukar dihapuskan/dihidangkan dalam atmosfera sebaliknya terus berkitar dalam udara kering. Hujan amat penting untuk menghilangkan jerebu. El-Nino menyebabkan cuaca panas cenderung untuk berlakunya kebakaran hutan secara semula jadi atau dibakar oleh manusia sehingga cepat merebak seperti mana yang berlaku di Kalimatan dan Sumatera, Indonesia pada tempoh El-Nino pada tahun 1997. Kebakaran hutan menjadi penyumbang terbesar kepada pencemaran yang menghasilkan komponen jerebu. 3.0 B) JENIS-JENIS IKLIM DI ASIA TENGGARA 3.1 Asia Tenggara secara umum Asia Tenggara terletak jauh di sudut tenggara benua Asia. Kawasan ini terletak di timur India dan Bangladesh, di selatan China dan terpisah dari bahagian lain Asia oleh gunung-gunung tinggi. Ia menganjur dari gaisan lintang 28o 30 U ke 11o 0 S dan dari garisan bujur 92o 20T dan 130o50T. Garisan Khatulistiwa merentasi kawasan ini di tiga pulau yang terbesar iaitu Sumatera, Borneo dan Sulawesi di Indonesia. Hanya Indonesia berada tepat di khatulistiwa sementara Negara lain di utara. Asia Tenggara terdiri daripada 11 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand. Brunei Darussalam , Vietnam, . Kemboja, Myanmar, Laos, Timur Leste dan Filipina. Secara amnya Asia Tenggara mempunyai 2 jenis iklim iaitu Iklim Khatulistiwa dan Iklim monsun Tropika. Kawasan-kawasan yang mempunyai iklim Khatulistiwa adalah Malaysia, Filipina Selatan, Brunei, Singapura, Sumatera, Jawa Barat, Sulawesi dan

Kalimantan di Indonesia. Manakala kawasan yang mempunyai iklim Monsun Tropika pula adalah Thailand, Myn Mar, Filipina Utara, Jawa Timur, Pulau-pulau Sunda dan Laos. 3.2 Suhu Secara amnya suhu Asia Tenggara tinggi dengan hujan lebat. Walau bagaimanapun terdapat variasi setempat dengan kesan garisan lintang, angin monsun, bentuk mukabumi, altitude dan pengaruh kelautan. Suhu tinggi seragam terdapat sepanjang tahun berhampiran Khatulistiwa di antara garisan lintang 8 o U dan 8 o S. Suhu purata ialah 7 o C . bezantara suhu harian dan tahunan agak kecil. Suhu seragam ini dipengaruhi oleh oleh lautan di sekeliling kawasan seperti Singapura di 1 o C mempunyai bezantara tahunan sebanyak 1.7 o C sahaja. Jauh dari Khatulistiwa, iaitu diluar 8 oU dan 8 o S, suhu tahunannya masih tinggi tetapi bezantara suhu tahunannya adalah lebih besar. Contohnya bezantara suhu Bangkok (13 o U) ialah 4.5 oC dan Mandalay (22 o U) ialah 6.7 C. Ini menunjukkan bezantara suhu bertambah dengan bertambahnya garsan intang. Kawasan yang mempunyai altitude tinggi mempunyai min suhu tahunan yang rendah berbanding dengan kawasan yang mempunyai altitude yang lebih rendah kerana suhunya berkurang apabila altitude bertambah. Secara purata suhu berkurang sebanyak 1 o C etiap 160m . Cameron Highlands dengan altitude 1500 m mempunyai suhu purata sebanayk 18 o C sementara di Kuala Lumpur suhu puratanya adalah 28 oC. Adakalanya keadaan hujan juga mempengaruhi suhu. Apabila terdapat sedikit hujan, suhu meningkat. Sebaliknya jika terdapat hujan lebat , suhu akan berkurang kerana kurang cahaya matahari. 3.3 Hujan Terdapat variasi atau perbezaan yang besar di antara taburan kawasan dan regim udara. Ini disebabkan oleh garisan lintang, angin monsun, topografi dan angin setempat.

Walaubagaimana pun hujan melebihi 1500 mm si kebanyakan tempat. Garisan lintang mempngaruhi hujan bilamana di kawasan khatulistiwa iaitu diantara garisan lintang 8 o U dan 8 o S hujan turun sepanjang tahun. Diluar garisan lintang pula musim kering dan lembap dialami bersilih ganti. Angin monsun yang bertiup melalui Asia Tenggara datang dari pelbagai arah pada berbagai musim sepanjang tahun yang membawa hujan lebat kebeberapa kawasan. Daripada Bulan Mei ke September, monsun tenggara di dapatidi kawasan selatan khatulistiwa. Apabila angin ini merentasi khatulistiwa, ia dibiaskan oleh putaran bumi (Hukum Ferrel) menjadi monsun barat daya di kawasan utara khatulistiwa. Pada masa ini tenggara Indonesia mengalami musim kepulauan dengan angin daaing dari kawasan tekanan tinggi Australia. Di tempat lain musim lembap dialami kerana angin melalui lautan luas. Hujan lebat dialami terutama di pantai barat Sumatera, Thailand, Myanmar dan Vietnam. Manakala daripada bulan November hingga Mac pula, monsun timur laut di dapati di kawasan utara khatulistiwa. Apabila angin ini merentasi khatulistiwa, ia dibiaskan dan menjadi monsun barat laut di kawasan selatan khatulistiwa. Pada masa ini benua Asia Tenggara mengalami musim kering. Ini disebabkan angin bertiup keluar dari Asia Tengah sebagai angin kering. Bahagian lain Asia Tenggara juga mengalami musim lembap kerana angi itu menyeberangi lautan luas iaitu Laut China Selatan, Laut Jawa dan Laut Sulawesi. Kebanyakan hujan jenis perolakan terutamanya di kawasan Khatulistiwa. Hujan ini selalunya diikuti oleh ribut pada lewat petang. Tidak terdapat musim yang nyata di sebahagian besar Asia Tenggara kecuali di bahagian utara dengan musim kering dan lembapnya yang agak nyata. Sebahagian besarnya mengalami musim lembap di antara bulan Mei dan Oktober, musim sejuk dan musim kering diantara bulan November dan Februari juga musim panas pada bulan Mac dan April.

3.4 Jenis-jenis Iklim Berdasarkan variasi suhu dan taburan hujan Asia Tenggara boleh dibahagikan kepada kawasan-kawasan iklim Asia Tenggara Khatulistiwa dan Asia Tenggara Monsun Tropika. Pebahagian kawasan iklim ini diperolehi berpandukan Sistem Klasifikasi Iklim. Sistem klasifikasi iklim Kppen ialah sejenis sistem klasifikasi iklim yang terlaris digunakan di dunia, pertama kalinya diterbitkan oleh seorang ahli kaji iklim berbangsa Jerman yang bernama Wladimir Koppen pada tahun 1884, diikuti beberapa pengubahsuaian oleh Koppen sendiri, khususnya pada tahun 1918 dan 1936 Sistem ini berasaskan konsep bahawa tumbuhtumbuhan asli setempat merupakan cara terbaik untuk menentukan iklimnya. Oleh itu, sempadan kawasan iklim digariskan berdasarkan taburan tumbuh-tumbuhan, menggabungkan purata suhu dan kerpasan tahunan dan bulanan, serta kebermusiman kerpasan. Kelompok iklim yang pertama adalah Iklim Tropika. IkIim tropika terdapat di kawasan yang terletak di utara dan selatan zon khatulistiwa yang meluas dari 10hingga 20 U dan S. Salah satu iklim yang terdapat dalam kelompok A ialah iklim hutan hujan tropika atau juga dikenali sebagai iklim khatulistiwa. 3.4.1 Iklim Khatulistiwa. (Af) Kawasan Asia Tenggara yang mengalami iklim ini ialah sebahagian besar Semenanjung Malaysia, Selatan Filipina, Singapura, Pulau Borneo, Sulawesi dan barat Pulau Jawa. Salah satu ciri-ciri iklim ini adalah ia mengalami kerpasan 60 mm ke atas sepanjang kesemua 12 bulan. Iklim ini terjadi dalam jurang garis lintang 510 dari khatulistiwa. Di sesetengah kawasan pantai timur, boleh juga terjadi 25 dari khatulistiwa. Iklim ini dikuasai oleh Sistem Tekanan Rendah Doldrum sepanjang tahun, oleh itu tidak mengalami perubahan musim. .

Sesetengah tempat yang mengalami iklim ini sememangnya mengalami kelembapan sepanjang tahun tetapi selalunya tempoh matahari lebih tinggi dan waktu siang lebih lama paling lembap sekali seperti di Palembang, Indonesia ataupun ketika matahari lebih rendah atau waktu siang lebih singkat juga lebih menerima hujan seperti di Sitiawan, Malaysia. Sebilangan kecil tempat yang mengalami iklim ini ditemui di pinggir luar rantau tropika, khususnya di Hemisfera Selatan.

3.4.2 Iklim Monsun Tropika (Am)

Terdapat di kawasan-kawasan tanah dan laut tropika yang luas di bawah kuasa yang dikenali sebagai monsun. Ia mengalami dua musim yang nyata bagi setiap tahun dimana ciri-cirinya adalah menerima arah tiupan angin secara songsang bagi setiap musim. Pada satu musim angin bertiup ke pantai dan membawa hujan sementara pada musim yang lain angin bertiup ke laut dan kering. Sebenarnya perkataan monsun datang daripada perkataan Arab mawsin yang:bererti musim. Sesungguhnya regim iklim ini mendapat musim lembap serta musim kering yang nyata rapat menyerupai dengan iklim tropika kebenuaan tetapi ciri-ciri monsunnya adalah lebih nyata. Jaluran garisan lintang di mana terdapat iklim monsun tropika adalah terdapat secara kasar diantara 5hingga 25 Utara dan Selatan walaupun di Asia Tenggara ia meluas jauh ke utara ke garisan lintang 10 hingga 30 Utara kerana hasil daripada keluasan yang besar dan kumpulan daratan Asia.

Di Asia Tenggara,kawasan yang mengalami iklim ini adalah bahagian utara Sumatera, bahagian utara Semenanjung Malaysia, sebahagian besar Thailand, Myanmar, Vietnam, Laos, utara Filipina, timur Jawa dan pulau-pulau yang terdapat di selatan Indonesia. Yang jelasnya kawasan ni mengalami hujan yang turun secara bermusim dengan musim kemarau yang nyata. Mempunyai suhu yang tinggi sepanjang tahun dengan bezantara yang lebih besar daripada kawasan khatulistiwa iaitu musim sejuk yang nyata .

4.0 PENUTUP Pengkajian tentang iklim di Asia Tenggara dan proses angin monson dapat memperlihatkan hubungan atau saling kait antara satu sama lain. Proses angin monson nyatanya mempengaruhi iklim yang terdapat di Asia Tenggara. Walaupun Negara-negara di Asia Tenggara berada pada kawasan iklim Tropika yang sama, tetapi bukan semua negara mempunyai iklim yang sama. Selain jenis iklim yang berlainan, jenis musim juga adalah berbeza. Bezantara suhu dan jumlah kerpasan serta tekanan udara amat mempengaruhi pembentukan iklim di Asia Tenggara.

Bibliografi Chan Ngai Weng (2002), Asas kajiiklim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Edward Aguando dan James E. Burt, (Fifth Edition). Understanding Weather and Climate.New Jersey: Pearson Education, Inc Jamaluddin Md. Jahi dan Ismail Ahmad, (1988). Pengantar Geografi Fizikal. Kuala Lumpur: Tropical Press. Gall L. Timothy (2004), Worldmark Encyclopedia of the Nations Europe, United States of America. The Gale Group, Ins. Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, (2008). Pengantar Persekitaran Fizikal. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.