Anda di halaman 1dari 15

Alhamdulillah dengan kehendakNya kami dapat menyempurnakan tugasan ini mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada Pn Rohani bt Din, Pensyarah Kursus Literasi Bahasa Melayu yang telah banyak memberi panduan dan bimbingan kepada kami dalam menyempurnakan tugasan ini. Sokongan daripada rakan-rakan sekuliah turut dihargai. Segala bahan rujukan yang disumbangkan cukup bermakna bagi diri kami kerana tanpa kerjasama rakan-rakan sudah tentu tugasan kami tidak seperti ini. Sebagai seorang pelajar yang baru, banyak perkara yang masih perlu dipelajari. Bimbingan dan sokongan daripada pensyarah kepada kami dalam kursus ini amat-amat kami harapkan. Segala kelemahan yang terdapat dalam tugasan ini adalah datangnya daripada kelemahan kami. Tunjuk ajar puan sudah tentu dapat mempertingkatlkan lagi mutu tugasan ini. Harapan kami agar tugasan ini, sedapat tidak mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada semua pihak. Semoga usaha kecil ini akan dapat keberkatan daripadaNya. Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih tidak terhingga kepada suami dan anakanak di atas sokongan mereka yang tidak berbelah bagi untuk kami meneruskan pengajian ini. Tanpa mereka siapalah kami. Sekian, terima kasih.

KANDUNGAN

Soalan Tugasan Jadual Pelaksanaan Tugasan Penghargaan Pengenalan Konsep Literasi Konsep Prabacaan Aktiviti Prabacaan Aktiviti Pengamatan Penglihatan Aktiviti Pengamatan Pendengaran Aktiviti Pergerakan Tangan Dan Mata Konsep Pratulisan Aktiviti Pratulisan Penyerapan Pemulihan Membaca Dan Menulis Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Muzik, Jasmani dan Seni visual Penyerapan Pemulihan Membaca Dan Menulis Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Muzik Penyerapan Pemulihan Membaca Dan Menulis Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani Penyerapan Pemulihan Membaca Dan Menulis Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Seni visual Kesimpulan Kaedah Pandang Sebut

i ii iii 1 1 1 2 2 3 4 4 4

7 8 9

Konsep Kaedah Pandang Sebut Keberkesanan Kaedah Pandang Sebut Dalam Mengajar Asas Membaca Kepada kanak-kanak Penutup Rujukan Lampiran

9 10 11 12

Pengenalan Setiap kanak-kanak mempunyai kemampuan untuk membaca dan menulis. Kemampuan mereka mungkin berbeza bagi setiap orang. Oleh itu, penguasaan literasi bahasa berperanan sebagai pelengkap kepada setiap individu kerana individu yang celik literasi amat diperlukan dalam masyarakat dan negara. Sesebuah negara akan maju jika rakyatnya celik literasi dengan mempelajari pelbagai ilmu. Oleh itu, guru memainkan peranan yang penting untuk mengajar murid-murid ke arah celik literasi secara berkesan dan sistematik. Konsep Literasi Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, literasi bermaksud kebolehan membaca dan menulis. Mahzan Arshad (2008) mentakrifkan kemahiran literasi sebagai keupayaan seseorang itu untuk membaca dan menulis. Khairuddin Mohamad

(2011) menyatakan literasi Bahasa Melayu ialah proses untuk melihat kemampuan murid membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Kesimpulannya literasi merujuk kepada kemampuan murid untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu secara minimum. Konsep Prabacaan Prabacaan ialah tahap penyediaan murid-murid untuk membaca di mana guru perlulah menyediakan pengalaman bahasa , iaitu mengenal dan mengecam huruf. Murid perlu didedahkan dengan aktiviti yang boleh mendorong mereka dalam mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran serta koordinasi mata dan tangan. Syed Abu Bakar (1994) menyatakan bahawa peringkat kesediaan membaca amat penting. Menurutnya jika tahap ini tidak dicapai terlebih dahulu, usaha untuk mengajar kemahiran membaca bukan sahaja sia-sia, malah boleh menimbulkan kesan yang buruk kepada kanak-kanak, ibu bapa dan guru. Konsep kesediaan membaca ini samalah dengan keadaan semulajadi yang dialami oleh kanak-kanak dalam perkembangan otot-otot tubuh mereka.

1 Aktiviti Prabacaan Aktiviti prabacaan merujuk kepada aktiviti yang dijalankan untuk memberikan asas kepada kanak-kanak sebelum mereka boleh membaca. Kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam aktiviti prabacaan ini amat penting dalam perkembangan kemahiran membaca kanak-kanak. Aktiviti prabacaan melibatkan aktiviti

pengamatan. Janet W. Learner (1971) berpendapat, pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas pancaindera dengan bantuan kuasa intelek. Aktiviti pengamatan terbahagi kepada tiga jenis iaitu pengamatan penglihatan, pengamatan pendengaran serta pergerakan mata dan tangan. Aktiviti Pengamatan Penglihatan Dalam aktiviti pengamatan penglihatan terdapat beberapa komponen yang dapat dijalankan bagi membantu murid mengatasi masalah pengamatan penglihatan antaranya ialah diskriminasi penglihatan. Diskriminasi penglihatan melibatkan keupayaan murid untuk melihat dan mengamati persamaan dan perbezaan sesuatu objek, bentuk geometri, gambar, huruf dan perkataan. Aktiviti yang boleh dijalankan bagi aktiviti mendiskriminasi yang sama ialah bulatkan bentuk yang sama (Gambar 1). Manakala aktiviti mendiskriminasi yang tidak sama ialah warnakan saiz yang tidak sama(Gambar 2). Selain itu, komponen ingat kembali melatih murid untuk mengingat kembali apa yang telah diamati. Contoh aktivitinya ialah guru mempamerkan beberapa keping gambar untuk diamati oleh murid. Kemudian gambar tersebut ditanggalkan. Guru meminta murid menyebut kembali gambar yang dipamerkan tadi. Bagi komponen orientasi kedudukan pula bertujuan menguji kebolehan murid

membezakan kedudukan sesuatu objek atau gambar. Murid diminta mengesan kedudukan gambar yang berbeza berdasarkan beberapa keping gambar yang mempunyai ciri-ciri yang sama. Di samping itu terdapat beberapa lagi komponen dalam aktiviti pengamatan penglihatan seperti turutan yang bertujuan menguji kebolehan murid mengingat sesuatu mengikut urutan. Contohnya urutan peristiwa pada gambar, huruf atau

2 nombor. Komponen melengkapkan atau menyudahkan pula menguji kebolehan murid mengenal objek, nombor, huruf, perkataan atau perkataan. Contohnya

memadankan kepala haiwan dengan ekornya (Gambar 3). Aktiviti Pengamatan Pendengaran Aktiviti pengamatan pendengaran bertujuan meningkatkan ketajaman

pengamatan pendengaran murid. Dalam aktiviti ini terdapat beberapa komponen yang dapat dilaksanakan bagi menguji pengamatan pendengaran murid seperti diskriminasi pendengaran iaitu diskriminasi yang sama dan yang berbeza. Tujuan diskriminasi pendengaran untuk melihat keupayaan murid-murid mengenali dan mengecam persamaan dan perbezaan bunyi yang didengar. Bagi aktiviti

diskriminasi yang sama guru boleh memperdengarkan kaset tentang bunyi haiwan yang sama seperti bunyi anak ayam, ayam betina dan ayam jantan. Kemudian meminta murid menyebut haiwan tersebut. Aktiviti diskriminasi bunyi yang berbeza pula, guru memperdengarkan pelbagai bunyi kenderaan seperti motosikal, kereta, kereta api dan kapal terbang dan murid menamakan kenderaan tersebut. Komponen penerimaan pendengaran pula bertujuan melihat keupayaan murid memperoleh dan mendapat makna daripada apa yang didengar. Aktiviti yang boleh dijalankan ialah murid menutup mata dan mendengar dengan teliti. Kemudian menyebut bunyi yang didengar seperti bunyi tiupan wisel, tiupan rekoder, ketukan meja dan sebagainya. Komponen ingatan pendengaran membolehkan murid mengingati apa jua yang didengar kemudian mengulanginya kembali. Aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah permainan menyampaikan pesanan. Aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan. Ketua kumpulan membaca pesanan yang ditulis kemudian menyampaikan secara lisan pada ahli kumpulan yang pertama. Ahli kumpulan pertama menyampaikan kepada orang kedua. Begitulah seterusnya sehingga kepada orang yang terakhir. Ahli kumpulan yang terakhir perlu menulis pesanan yang diterima dan menyerahkan kepada guru. Guru menyemak dan

membandingkan dengan pesanan asal. Kumpulan yang dapat menulis pesanan sama dengan pesanan asal dikira sebagai pemenang.

3 Aktiviti pergerakan tangan dan mata Aktiviti ini bertujuan membantu murid menguasai kemahiran asas pergerakan tangan secara kemas, berpandu, terarah dan berfokus. Aktiviti yang boleh

dijalankan ialah menyambung titik. Murid diminta menyambung titik-titik mengikut nombor atau abjad pada gambar dengan membuat garisan bagi menghasilkan sebuah gambar, objek atau huruf yang lengkap (Gambar 4). Guru boleh menyediakan bahan secara berperingkat iaitu dimulakan dengan gambar yang bilangan titik sedikit hingga peringkat yang sukar dan rumit. Melalui cara ini murid akan berasa seronok dan tercabar. Aktiviti kedua yang boleh dilaksanakan ialah menyalin corak (Gambar 5). Murid boleh meniru corak yang ditunjukkan oleh guru atau menggunakan kaedah tekap iaitu menggunakan kertas karbon atau kertas surih. Aktiviti ini juga boleh dijalankan secara berperingkat daripada corak yang mudah kepada corak yang sukar. Guru perlu membimbing murid supaya murid dapat menyalin corak dengan cermat dan kemas. Aktiviti ini penting supaya proses kordinasi tangan dan mata berlaku secara teratur dan bersistematik. Konsep Pratulisan Khairuddin Mohammad (2011) menyatakan pratulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh murid bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi yang khusus dan boleh diterima oleh masyarakat. Ia juga merupakan suatu kemahiran di mana murid mempunyai keupayaan menggunakan alat tulis dan menggunakan teknik serta cara gerakan tangan untuk membentuk huruf. Aktiviti Pratulisan Terdapat beberapa aktiviti pratulisan iaitu aktiviti pergerakan jari, tangan dan mata, aktiviti mencari jalan keluar, memadan gambar atau huruf, menyambung titik dan membuat corak serta aktiviti membentuk huruf. Aktiviti pergerakan jari, tangan dan mata dapat melembutkan motor halus murid. Aktiviti ini dapat dijalankan dengan santai seperti mewarna secara bebas dan secara terkawal, menyurih, melukis, mengoyak, menampal, melipat, menggentel, menguntai, menggunting, menjahit dan menganyam. Selain itu, aktiviti nyanyian dan pergerakan tangan juga dapat

4 melembutkan motor halus murid seperti nyanyian lagu Enjit-enjit Semut. Murid menyanyi sambil mengerakkan tangan ke atas dan lagu Kalau Rasa Gembira di mana murid menyanyi sambil membuat pergerakan seperti petik jari dan sebagainya. Aktiviti melukis di udara, di atas pasir (Gambar 6), di dalam air (Gambar 7) dan cermin dapat melatih murid meningkatkan kemahiran pratulisan. Aktiviti ini dijalankan secara berpandu menggunakan jari telunjuk, dilakukan secara perlahanlahan dan serentak. Murid melukis bentuk yang disebut oleh guru dan dilakukan secara berulang-ulang. Guru juga boleh meminta murid menulis huruf yang disebut oleh guru dalam aktiviti membentuk huruf di udara, atas pasir dan atas cermin dengan menggunakan tepung. Di samping itu, aktiviti memadankan bentuk, gambar dan huruf , aktiviti menyambung titik dan aktiviti membuat corak juga dapat meningkat kemahiran pratulisan murid. Contoh aktiviti memadankan ialah memadankan bentuk yang sama. Contoh aktiviti menyambung titik ialah menyambung titik-titik mengikut nombor menjadi gambar yang lengkap. Manakala aktiviti membuat corak pula seperti latihan menggaris dari atas ke bawah, dari kiri ke kanan dan sebaliknya serta membuat garisan melengkung dan bengkak-bengkok. Penyerapan pemulihan membaca dan menulis dalam mata pelajaran pendidikan muzik, Pendidikan Jasmani dan Seni Visual Penyerapan Mata pelajaran Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani dan Seni Visual membantu perkembangan menyeluruh dan seimbang dari segi intelek,

emosi, sosial dan fizikal murid selari dengan Falsafah Pendidikan Negara di samping berperanan sebagai satu perantaraan untuk bersosial dan merenggangkan emosi yang terganggu. Murid mudah memahami sesuatu kemahiran apabila sesuatu pengajaran tersebut menggunakan muzik , melakukan aktiviti fizikal seperi melompat dan berlari serta melukis. Dengan penyerapan mata pelajaran ini, murid akan

berasa seronok, ceria, gembira, tidak stress, tidak membosankan dan bersemangat untuk belajar serta dapat menggalakkan penglibatan ramai murid dalam sesuatu aktiviti yang dirancang. Di samping itu, pembelajaran literasi bahasa akan mudah diterima oleh murid. Ini dapat membantu murid untuk meningkatkan penguasaan membaca dan menulis dalam Literasi Bahasa Melayu.

5 Penyerapan pemulihan membaca dan menulis dalam mata pelajaran pendidikan muzik Khairuddin Mohammad (2011) mentakrifkan muzik merupakan media yang sesuai dan berkesan sebagai bahasa universal untuk menyampaikan sesuatu maksud dan mood. Kajian Gottifried Shlaug (Begley, 2000) mendapati muzik boleh mempengaruhi otak manusia secara saintifik, iaitu bahagian hadapan otak yang menyambungkan hemisfera kiri dan kanan otak manusia. Oleh itu,secara semulajadinya, seorang kanak-kanak cepat terangsang kepada irama muzik yang didengarnya. Justeru itu, penggunaan muzik seperti aktiviti nyanyian dalam pendidikan literasi boleh merangsangkan minat murid untuk belajar. Melalui aktiviti nyanyian, murid belajar dalam keadaan yang menyeronokkan. Dengan ini, memudahkan guru menyampaikan pengajarannya. Aktiviti yang dapat dijalankan seperti menyebut nama huruf mengikut melodi iaitu murid menyanyikan lagu ABC mengikut melodi. Selain itu, mengeja satu dan dua suku kata mengikut melodi ) seperti murid menyanyikan lagu Bapaku Pulang (senikata dilampirkan: Caranya,

guru memperdengarkan lagu Bapaku Pulang menggunakan

peralatan audio dan pancarkan senikata pada layar putih menggunakan LCD. Tujuannya supaya murid dapat menyanyi beramai-ramai berpandukan senikata lagu yang ditunjukkan. Kemudian pamerkan beberapa kad perkataan yang mengandungi dua suku kata KV + KV dan KV + KVK pada papan putih. Minta murid mengeja dan membaca kad tersebut. Aktiviti seterusnya murid memadankan kad perkataan dengan kad gambar. Akhir sekali murid dan guru menyanyi lagu tersebut bersamasama. Guru boleh mengaitkan nilai murni yang terdapat dalam lagu tersebut.

Penyerapan pemulihan membaca dan menulis dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani Penyerapan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dalam Literasi Bahasa Melayu bermaksud proses asas pembelajaran menulis dan membaca melalui aktiviti fizikal yang diperkukuh dengan pengalaman murid dengan tujuan memberikan maklumat, mengubah sikap dan mempengaruhi tingkah laku (Khairuddin

6 Mohammad,2011). Kebiasaannya murid lemah kurang memberi tumpuan kepada pengajaran guru. Oleh itu, melalui aktiviti fizikal ini murid dapat belajar sambil bermain. Dengan ini dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam Literasi Bahasa. Terdapat banyak aktiviti penyerapan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dalam Literasi Bahasa. Di antaranya ialah pancing suku kata, permainan teng-teng perkataan, boling suku kata, lari berganti-ganti, beg abjad, eja nama sendiri, pemburu abjad, permainan kutip huruf dan bina ayat dan sebagainya. Aktiviti pancing suku kata amat menarik minat murid. Guru perlu menyediakan pancing dan beberapa bentuk ikan yang ditulis suku kata KV serta sebuah kolam mini. Murid perlu memancing untuk mendapatkan sekurang-kurangnya dua bentuk ikan untuk membina perkataan. Murid yang paling pantas memancing dan berjaya membentuk perkataan dikira pemenang. Selain itu, guru boleh melaksanakan aktiviti menyusun huruf. Aktiviti ini dijalankan dalam kumpulan. Guru menyediakan beberapa set huruf dan diletakkan di dalam gelung rotan. Seorang ketua dipilih untuk memegang sekeping gambar. Secara bergilir-gilir setiap ahli kumpulan perlu mengambil satu kad huruf dan menyusun kad tersebut supaya menjadi perkataan berdasarkan gambar yang diberi. Kumpulan yang dapat menyusun dengan cepat dan tepat dikira pemenang. Penyerapan pemulihan membaca dan menulis dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Pendidikan Seni Visual merupakan satu mata pelajaran yang dapat memberikan peluang kepada murid untuk memperkembangkan bakat semulajadi dan minat mereka dalam bidang seni. Dalam pendidikan Seni Visual terdapat beberapa aspek estetika yang boleh membantu proses pengajaran Literasi Bahasa Melayu iaitu unsur peniruan, ekspresi dalam perasaan dan emosi, penggunaan Melalui

kaedah formalistik, serta keaslian, keunggulan idea dan gagasan bahan.

aspek-aspek ini, murid mampu melahirkan perasaan suka duka serta berfikir secara kritis dan kreatif untuk menghasilkan satu bahan yang menarik. Terdapat beberapa aktiviti Pendidikan Seni Visual yang boleh digunakan

dalam aktiviti Literasi Bahasa Melayu. Antaranya ialah kolaj, mozek, anyaman,

7 ukiran dan mewarna. Kelebihannya ialah murid dapat melihat dan merasa sendiri menggunakan tangan bentuk asas yang menjadi binaan utama huruf atau perkataan kerana imejnya timbul. Aktiviti kolaj menggunakan bijirin amat sesuai untuk murid pemulihan. Caranya, guru menyediakan bentuk huruf atau perkataan dengan tulisan besar pada kertas lukisan. Murid diminta menyapu gam pada bentuk huruf atau perkataan tersebut dan menabur bijirin di atasnya. Kemudian murid mempamerkan hasil kerja mereka dan menyebut bentuk huruf atau membaca perkataan yang mereka hasilkan. Melalui aktiviti ini murid akan seronok belajar dan mereka tidak merasa jemu kerana mereka membuat sesuatu dengan usaha mereka sendiri di samping mereka belajar mengenal huruf dan membaca perkataan. Selain itu, guru juga boleh membina bahan bantu mengajar menggunakan teknik kolaj supaya menarik minat murid untuk belajar terdapat empat jenis kolaj iaitu kolaj kertas, bahan jahitan, bijirin dan bahan terbuang. Semasa membuat kolaj, bahan tampalan boleh disusun, ditindih dan diatur pada permukaan kertas mengikut tema atau tajuk yang diperlukan. Mozek pula merupakan susunan bahan yang ditampal secara sebelah menyebelah dan tidak bertindih. Terdapat tiga jenis mozek iaitu mozek kertas, mozek kain serta mozek kulit kayu, kulit telur dan kulit kerang. Anyaman merupakan satu proses di mana daun atau kertas dianyam secara berselang-seli, turun naik dan ke atas serta ke bawah. Jenis anyaman ialah

anyaman kertas, anyaman reben dan anyaman daun mengkuang. Ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu. Terdapat dua jenis ukiran yang sesuai digunakan oleh guru untuk ukiran asas huruf, suku kata dan perkataan iaitu ukiran sabun dan ukiran blok kayu. Kesimpulan Setiap aktiviti yang dinyatakan di atas merupakan aktiviti yang dapat dilaksanakan bagi membantu murid-murid untuk menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Aktiviti yang pelbagai dan menarik dapat menimbulkan keinginan murid untuk belajar. Di samping itu, aktiviti nyanyian dan pergerakan dapat mengelak perasaan jemu ketika belajar.

8 Kaedah Pandang Sebut Kaedah pandang sebut sangat popular dalam mengajar bacaan dalam Bahasa Inggeris, namun guru boleh mencuba kaedah ini untuk mengajar membaca dalam bahasa Melayu. Kaedah ini juga dikenali dengan nama kaedah perkataan, kaedah rangkai kata dan kaedah ayat yang mementingkan dua perkara iaitu membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar dan membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita.

Melalui kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataanperkataan yang biasa diguna seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan kita seperti saya, minum, kopi, sepak, bola emak, bapa, adik, abang, kawan, dan sebagainya.

Konsep Kaedah Pandang Sebut Guru menunjuk gambar terlebih dahulu kemudian menyebut perkataan secara ramai dan berulang-ulang. Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali. Murid hanya perlu mengecam gambar dan menyebut perkataan. Setelah murid menguasai perkataan barulah diperkenalkan kumpulan huruf yang membentuk perkataan berkenaan.

Keberkesanan kaedah pandang sebut dalam pengajaran asas membaca kepada kanak-kanak Kaedah pandang sebut dapat membantu murid membaca dengan cepat dan pantas kerana murid tidak perlu mengeja terlebih dahulu. Dengan ini dapat

menjimatkan masa mereka dan masa yang ada boleh digunakan untuk tujuan pemahaman apa jua yang dibaca. Selain itu, kaedah ini mengambil kira pengalaman sedia ada murid supaya mereka mudah membuat telahan terhadap ayat atau perkataan yang dicam. Melalui kaedah ini juga murid mudah memahami apa yang dibaca dan dilihat oleh mereka. Ini kerana murid didedahkan dengan bahan konkrit dan bermakna. Penggunaan kad gambar dan kad perkataan memudahkan murid untuk memahami perkataan yang dilihat dan disebut.

9 Kaedah ini merupakan kaedah yang terpantas mempelajari kemahiran membaca. Dengan kaedah ini dapat mempertingkatkan keupayaan murid untuk membaca. Di samping itu murid tidak perlu menghafal nama-nama huruf yang abstrak. Kaedah ini juga dapat menarik minat murid untuk membaca kerana setiap perkataan disertakan dengan gambar. Setiap perkataan yang dipandang dan disebut memberi makna kepada murid. Mudah bagi murid untuk mengecam dan menyebut serta memahaminya. Guru juga dapat melatih murid membaca dengan sebutan dan rentak irama atau alunan suara yang betul dari mula. Penutup Dapat disimpulkan bahawa kaedah pandang dan sebut ini amat sesuai digunakan oleh guru untuk mengajar asas membaca kepada murid. Murid mudah mengecam dan menyebut perkataan tersebut dan tanpa memerlukan masa yang panjang kerana murid tidak perlu mengeja. Murid juga tidak perlu menghafal namanama huruf yang begitu banyak dan mengambil masa yang lama. Dengan ini dapat meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran membaca.

10

Rujukan Janet W. Learner (1971) ( Khairuddin Mohamad (2011)), Siri Pendidikan Guru, Literasi Bahasa Melayu, Oxford Fajar Sdn Bhd, Selangor. Khairuddin Mohamad (2011), Siri Pendidikan Guru, Literasi Bahasa Melayu, Oxford Fajar Sdn Bhd, Selangor.

Syed Abu Bakar Syed Akil (1994) Panduan Mengajar Kemahiran Membaca

Lampiran

Senikata lagu Bapaku Pulang Bapaku pulang dari kota Bapaku belikan kereta Kereta kecil warna merah Akan kubawa ke sekolah Pon pon pon pon pon pon pon pon pon Kereta kecil ku berbunyi Marilah adik mari naik Boleh kubawa jumpa nenek