Anda di halaman 1dari 21

HBAE 1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual Mohd Affandi bin Daud ( 741102087003)

1.0

Pendahuluan Seni Visual yang juga disebut seni tampak adalah objek untuk dilihat dan dihayati

kerana ianya dapat memberi kepuasan hati untuk menambah keindahan persekitaran hidup, mempamerkan suatu perasaan dalaman, menzahirkan ekspresi diri dan bertujuan untuk berkomunikasi tentang sesuatu idea ( Rosalind, 1995). Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Dengan ini, murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan. Dari segi bahasa, portfolio bererti bekas untuk menyimpan kertas, dokumen, lukisan dan lain-lain. Dalam pendidikan, portfolio diertikan sebagai himpunan segala bahan bukti tentang pengetahuan, kemahiran dan pemikiran pelajar terhadap sesuatu aspek pembelajarannya. Ia mengandungi koleksi hasil kerja yang dikumpulkan secara terancang, khusus, kemas dan teratur. Menurut kandungan Buku Sumber Guru Pendidikan Seni KBSR terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia, portfolio merakam pembelajaran dan penglibatan pelajar dalam kegiatan pelbagai kecerdasan dan ia dikaitkan dengan alat penilaian benar (autantik assessment ) Tugasan HBEF 1103 : Pengenalan Pendidikan Seni Visual ini merupakan tugasan pertama bagi jurusan pilihan yang saya ambil. Peluang membuat portfolio tentang hasil karya ini benar-benar memberi pengalaman baru buat saya yang agak kurang mahir dalam menghasilkan karya seni tampak ini. Sunggupun begitu, ianya saya jadikan sebagai cabaran yang banyak membantu saya meningkatkan komitmen diri dalam bidang pendidikan. Portfolio ini dibahagikan kepada dua bahagian mengikut kehendak soalan tugasan. Bahagian pertama menampilkan gambar hasil karya berserta ulasan atau sinopsi tentang kaedah penghasilan hasil karya. Bahagian kedua pula akan menyentuh tentang apresiasi seni dua orang tokoh yang dipilih beserta dengan contoh gambar karya agung mereka.

HBAE 1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual Mohd Affandi bin Daud ( 741102087003)

2.0

SOALAN TUGASAN 1:

Bahagian ini mengandungi pengenalan tentang bidang menggambar, contoh gambar bagi karya yang saya hasilkan, sinopsis lengkap tentang karya akhir, lampiran sumber rujukan yang saya gunakan dalam penyediaan hasil karya dan bibliografi tentang senarai rujukan yang digunakan. 2.1 Pengenalan Bidang Menggambar merupakan bidang yang memberi penegasan terhadap perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid. Bidang ini melihat kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik. menggambar ialah: Lukisan Catan Kolaj Montaj Cetakan Gosokan Resis Percikan Mozek Antara kegiatan yang dijalankan dalam bidang

Bidang ini memberi penekanan terhadap perkembangan imaginasi,kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan menggambar juga membolehkan kita mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya. Secara kesimpulannya, bidang menggambar merupakan asas kepada perkembangan seni dan diharapkan bidang ini dapat mengembangkan persepsi visual

HBAE 1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual Mohd Affandi bin Daud ( 741102087003)

terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Berikut merupakan gambar karya yang saya berjaya hasilkan menggunakan bidang menggambar. 2.2 Gambar Foto Karya Akhir

2.3

Sinopsis Karya Akhir Untuk menyiapkan tugasan ini, terlebih dahulu saya perlu mencari idea tentang tema

yang diberi. Tema tugasan ialah Keindahan Alam Semulajadi. Ia mungkin tema yang bersifat general tetapi bukan mudah untuk saya mencari idea yang sesuai dengan kehendak tema memandangkan bakat seni yang yang agak terbatas. Merujuk kepada sumber daripada internet, saya dapati hasil karya lebih bercorak pemandangan di dalam hutan, suasana kampung, ditepi laut dan ini merupakan gambaran bagi tema alam semulajadi yang bersifat klise dan saya cuba lari dari menghasilkan karya seumpama itu.

HBAE 1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual Mohd Affandi bin Daud ( 741102087003)

Idea pemilihan subject matter saya perolehi daripada suasana di kawasan sekolah. Mengajar di sebuah sekolah di luar bandar, kawasan sekolah yang kecil agak membataskan aktiviti keceriaan. Sungguhpun begitu, pihak sekolah yang prihatin telah berusaha untuk membina sebuah kolam ikan koi sebagai tempat untuk beriadah. Saya juga sangat tertarik dengan pemandangan ikan koi yang sedang berenang di dalam kolam dan bagi saya, itulah pemandangan alam semulajadi yang ingin saya gambarkan di dalam hasil karya saya.

Gambar 1: Kolam ikan koi untuk pemilihan tajuk atau subject matter Setelah pemilihan gambar yang sesuai dengan tema, saya perlu memilih teknik dan media yang sesuai dengan karya yang akan saya hasilkan. Saya telah memilih alat, bahan dan media yang sesuai serta tiga teknik dalam bidang menggambar untuk karya seni saya. 2.2.1 Pemilihan Alat, bahan, media yang digunakan Alat Bahan Media : Pensel, pemadam, berus lukisan, tempera, paku dan gam. : Warna air , krayon (oil pastel ) dan batu-batu kecil pelbagai warna. : Kertas lukisan.

HBAE 1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual Mohd Affandi bin Daud ( 741102087003)

2.2.2 i.

Pemilihan Teknik Catan Catan merupakan proses melukis menggunakan bahan pewarna yang diaplikasikan

pada permukaan atau perantara seperti kertas, kanvas dan dinding. Media yang sering digunakan dalam catan ialah cat air, cat minyak, akrilik dan tempera. Terdapat beberapa teknik mewarna dalam proses catan. Antaranya teknik menggunakan warna cair seperti basah atas kering dan basah atas basah. Saya menghasilkan karya ikan koi menggunakan teknik catan basah atas kering dan media yang saya gunakan ialah kertas lukisan dan cat air. Saya menggunakan cat air untuk mewarna ikan koi dan paduan warna yang saya gunakan menyerupai warna sebenar ikan koi Cuma saya mengubah warna badan ikan koi yang putih kepada sedikit kekuningan. Air kolam juga saya warnakan dengan cat air dan saya memilih warna hijau lumut seperti warna air kolam yang sebenar. ii Resis Resis merupakan satu proses menghasilkan corak dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak bercampur di antara satu dengan lain seperti cat air dengan cat minyak dan warna air dengan lilin. Beberapa teknik yang mudah dan menarik boleh digunakan dengan menggunakan pelbagai bahan yang diubahsuai. Bagi menghasilkan karya ini, saya menggunakan teknik resis pada imej daun yang terdapat dalam gambar. Saya menggunakan krayon berwarna kuning pada lapisan pertama

HBAE 1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual Mohd Affandi bin Daud ( 741102087003)

dan warna hijau pada lapisan kedua atau lapisan paling atas. Saya menghasilkan corak pada permukaan daun dengan mengaplikasikan teknik lorekan menggunakan paku.

iii.

Kolaj Kolaj bermaksud mengumpul dan menampal bahan-bahan seperti perca kain, kertas,

gambar dan sebagainya di atas permukaan tertentu mengikut corak yang dirancang. Hasil karya akan menjadi lebih menarik sekiranya susunan cebisan kertas atau bahan tampalan dirancang dengan sempurna. Saya menggunakan teknik kolaj pada objek berupa batu batan di dalam permukaan kolam. Saya telah menggunakan batu-batu kecil pelbagai warna (hitam, putih dan perang) dan ditampal menggunakan gam khas (UHU). Ini menggambarkan imej sebenar batu-batu di dalam dasar kolam bagi menampilkan lagi kesan nyata tentang keadaan di dalam kolam ikan koi. Bagi memastikan batu-batu mempunyai kesan kilat, saya menyapu gam sebagai glaze. Selain menampakkan kesan kilat, penggunaan gam ini juga menguatkan lagi lekatan batu pada lukisan. Saya mengambil masa selama dua minggu untuk menyiapkan karya ini dan saya lakukan setiap proses seni peringkat demi peringkat. Walaupun terpaksa membuat tiga kali cubaan, akhirnya karya akhir dapat saya hasilkan dan saya sangat berpuas hati dengan karya akhir saya ini. Proses terakhir ialah membuat bingkai dan pemilihan bingkai menggunakan mounting board menampakkan lagi kekemasan dan gambar ikan koi yang lebih timbul dan jelas.

HBAE 1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual Mohd Affandi bin Daud ( 741102087003)

3.0

SOALAN TUGASAN 2 Soalan kedua pula akan membuat kupasan tentang Apresiasi Seni. Apresiasi seni

dalam Pendidikan Seni harus dilihat sebagai bidang ilmu yang memperkayakan pengalaman kesenian pelajar terhadap karya. Apresiasi dan kritikan seni ini akan membantu pelajar untuk memahami, menghayati dan mengetahui asas penghasilan sesuatu karya seni secara lebih mendalam. Dengan itu, penilaian terhadap karya adalah lebih lengkap. 3.1 Pengenalan Apresiasi didefinasikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang memepengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan subject matter serta gaya dan stail tertentu mereka. Semunya ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek kognitif. Ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh juga dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek kognitif. Bahagian ini akan menjelaskan secara terperinci proses apresiasi seni terhadap dua buah karya yang dihasilkan oleh pelukis Malaysia berdasarkan model proses apresiasi seni yang dikemukakan oleh Feldman (1967) dan Smith ( 1967) iaitu menggambar, menganalisa, tafsiran dan penilaian. Oleh sebab itu, saya telah memilih dua orang pelukis tempatan yang terkenal dan berbakat iaitu: i. ii. Datuk Mohammed Hoessein Enas Mastura Abdul Rahman 7

HBAE 1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual Mohd Affandi bin Daud ( 741102087003)

Kedua orang pelukis ini akan saya jadikan sebagai pelukis kajian saya dan dua buah karya terkemuka mereka sebagai bahan untuk saya laksanakan proses apresiasi seni mengikut Feldman dan Smith (1967). i. Datuk Mohammed Hoessein Enas ( 1925 1995 )

3.1.1

Biodata Pelukis Datuk Mohammed Hoessein Enas dilahirkan di Bogor, Indonesia pada tahun

1924. Mendapat pendidikan seni di dalam bidang lukisan potret aliran akademik di Indonesia. Gaya persembahan tersebut telah dipraktikkannya di Malaysia. Beliau berhijrah ke Singapura sebelum menetap di tanah Melayu pada tahun 1947, iaitu selepas Perang Dunia Kedua. Beliau pernah memimpin Majlis Kesenian Melayu di Kuala Lumpur pada tahun 1956 sebelum menubuh dan memimpin Angkatan pelukis Semenanjung (APS) pada tahun 1957. Beliau pernah mendapat anugerah Pelukis Potret Diraja Selangor pada tahun 1990. Beliau terkenal sebagai pelukis potret dalam kalangan pelukis Melayu dan sering menggambarkan potret gadis-gadis Melayu yang cantik. Contohcontoh karyanya yang terkenal ialah :

HBAE 1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual Mohd Affandi bin Daud ( 741102087003)

ii.

Potret Diri ( 1968 ) Gadis Melayu ( 1959 ) Pengantin Perempuan Iban ( 1963 ) Mastura Abdul Rahman ( 1963 )

Foto kanan : Pelukis Malaysia, Mastura Abdul Rahman ( bersama suami )

3.1.2

Biodata Pelukis Mastura binti Abdul Rahman dilahirkan pada tahun 1963 dan merupakan

seorang pelukis muda yang berbakat. Mendapat pendidikan seni di UITM Shah Alam pada tahun 1982 dan kini berkhidmat sebagai pensyarah di University Multimedia di Cyberjaya, Selngor. Beliau merupakan seorang pelukis wanita yang mengetengahkan gaya hard edge pada lukisannya. Antara lukis beliau yang terkenal dan kini menjadi koleksi di Balai Senilukis Negara ialah :

HBAE 1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual Mohd Affandi bin Daud ( 741102087003)

3.2

Interior No. 29 (1987) House of Flower, House of Harmony ( 1999 ) Secawan kopi dan Badut / A cup of coffee and clown ( 1999)

Apresiasi dan Kritikan Seni Hasil Karya : Datuk Mohammed Hoessein Enas

Tajuk Alat, bahan dan media Saiz Lokasi Teknik

: Gadis Melayu ( 1959) : Kanvas dan Cat Minyak : 49 x 39 cm : Balai Senilukis Negara : Catan

a)

Menggambar ( Desciption )

10

HBAE 1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual Mohd Affandi bin Daud ( 741102087003)

Proses menggambar menekankan aspek-aspek seperti warna, garisan, ruang, rupa, prinsip rekaa, imbangan dan kesatuan. Berikut merupakan kritikan seni bagi lukisan Gadis Melayu hasil karya Datuk Hoessein Enas.

i.

Warna Penggunaan warna pastel menjadikan lukisan Gadis Melayu ini menampakkan imej atau wajah sebenar seorang gadis. Penggunaan warna seumpama ini memang sesuai untuk lukisan potret untuk menjadikannya lebih hidup dan bersifat realistik.

ii.

Garisan Unsur garisan pada lukisan ini berfokus kepada yang dilukis untuk mewujudkan kesan outline.

iii.

Ruang Potret ini tidak dilukis memenuhi ruang, dan mempunyai ruang atau latar belakang pada imej.

iv.

Rupa Menggunakan imej sebenar figura manusia yang hanya berfokus pada wajah hingga bahagian dada. Bersifat realistik dan naturalistik.

v.

Prinsip Rekaan Menampilkan prinsip penegasan untuk menampakkan lagi kesan realistik pada rupa gadis yang ingin digambarkan.

vi.

Imbangan Lukisan ini memanfaatkan gambaran sebenar wajah manusia sebagai imbangan.

11

HBAE 1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual Mohd Affandi bin Daud ( 741102087003)

vii.

Kesatuan Lukisan Gadis Melayu ini menampilkan unsur kesatuan pada penggunaan warna.

b)

Menganalisa ( Analyse ) Unsur-unsur yang terlibat dalam proses menganalisa ialah subjek, unsur seni, prinsip

rekaan, kualiti ekspresif dan bahan, teknik dan kaedah. i. Subjek Subjek bagi karya Gadis Melayu ini ialah manusia. ii. Unsur-unsur seni. Unsur-unsur seni yang terdapat dalam gambar lebih kepada warna dan rupa. iii. Prinsip rekaan Potret ini menampilkan prinsip penegasan, keseimbangan dan harmoni iaitu dari segi paduan warnanya. iv. Kualiti Ekspresif Kualiti ekspresif pada gambar dapat dilihat melalui riak wajah gadis yang dilukis. Ia menampilkan mood tenang dan bersahaja si gadis. v. Bahan, teknik dan Kaedah Karya ini menggunakan cat minyak pada kanvas dan memeri fokus pada ton warna. Teknik catan basah atas basah.

c)

Tafsiran ( Interpretation )

12

HBAE 1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual Mohd Affandi bin Daud ( 741102087003)

i.

Makna Menampakkan wajah seorang gadis Melayu pada tahun 1950 an melalui fesyen rambut dan pakaian.

ii.

Simbol Simbol seorang gadis Melayu yang asli. Baju kemeja pula membawa simbol kemodenan.

iii.

Unsur-unsur Seni Unsur seni yang terdapat dalam lukisan potret ini ialah warna, rupa dan ruang.

iv.

Prinsip Seni Menampilkan prinsip harmoni dan penegasan pada penggunaan warna dan rupa/imej gadis.

v.

Metafora / Analogi bagi menjelaskan makna. Seorang gadis, yang berambut hitam, bersanggul, bibir yang tebal, berantinganting,memandang ke satu tempat, dan memakai baju kemeja Makna rambut yang hitam dan bibir yang tebal memberi makna seorang gadis melayu yang asli. Baju kemeja pula membawa makna kemodenan. Karya potret ini secara keseluruhannya membawa makna seorang gadis Melayu yang menjaga kemelayuannya di dunia serba moden. Ini juga merupakan fesyen gadis Melayu di zaman itu.

d)

Penilaian ( Evaluation). i. Keaslian Keaslian pada lukisan dapat dilihat pada tahun di mana lukisan ini dihasilkan

13

HBAE 1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual Mohd Affandi bin Daud ( 741102087003)

iaitu pada tahun 1959.

Ini bermakna karya ini adalah karya asli Datuk

Hoessein yang mempunyai nilai estetika yang tinggi. ii. Gubahan Berdasarkan budaya atau nilai masyarakat pada tahun tersebut. Dapat dilihat melalui cara berpakaian dan fesyen yang ditampilkan iii. Teknik Hasil daripada persepsi pelukis tentang gadis Melayu pada waktu itu dan diolah menjadi rupa yang realistik dan naturalistik. iv. Fungsi Gambar ini menjadi ikon atau menampakkan imej gadis melayu pada zaman yang lalu tetapi sedang menuju ke arah kemodenan.

3.3

Apresiasi dan Kritikan Seni Hasil Karya : Mastura Abdul Rahman.

Tajuk

: Interior No. 29 ( 1987 )

14

HBAE 1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual Mohd Affandi bin Daud ( 741102087003)

Alat, bahan dan media Saiz Lokasi Teknik

: Pensel, pensel warna dan kertas lukisan : 438 x 435 cm : Balai Senilukis Negara : Gosokan menggunakan pelbagai jalinan dan warna.

a)

Menggambar ( Desciption ) Berikut merupakan kritikan seni bagi lukisan Interior no. 29 hasil karya Mastura

Abdul Rahman. i. Warna Pelukis mengolah hasil karyanya menggunakan lebih bantak warna asas iaitu warna biru dan beliau juga bijak mewujudkan kesan yang lebih menarik melalui tona warna pada corak-corak tertentu untuk menunjukkan kesan lebih sempurna. ii. Garisan Unsur garisan pada lukisan ini berfokus kepada yang dilukis untuk mewujudkan kesan bentuk sesuatu objek, ruang atau kedalaman. iii. Ruang Potret ini dilukis memenuhi ruang, dan menunjukkan perspektif dengan menggunakan elemen asas seni reka, contohnya pandangan bahagian ruang tamu dari pandangan atas. iv. Rupa Lukisan ini banyak menampilkan rupa geometri di dalam gambarnya. v. Prinsip Rekaan

15

HBAE 1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual Mohd Affandi bin Daud ( 741102087003)

Menampilkan prinsip kontra iaitu kesan jalinan pada coark seperti jalinan kasar dan jalinan halus. Prinsip ketiga ialah harmoni iaitu melalui corak yang penuh dengan warna kebiruan.dan pelukis berjaya mewujudkan kesan perbezaan ruang dengan harmoni melalui penggunaan warna yang seragam.

vi.

Imbangan Prinsip Imbangan pada lukisan dapat dilihat melalui imbangan simetri di mana imej objek berada di tengah-tengah lukisan. Taburan objek juga sekata dan mewujudkan imbangan yang sama rata..

vii.

Kesatuan Lukisan Interior No. 29 ini menampilkan kesatuan pada gabungan penggunaan unsur seni dan juga wujudnya pengulangan unsur seni di dalam karya ini. Dari segi penggunaan warna dan bentuk juga wujudkan kesan kesatuan yang nyata.

b)

Menganalisa ( Analyse ) Proses menganalisa bagi karya seni ini adalah seperti berikut : i. Subjek Subjek bagi karya Interior No. 29 ini ialah objek / bentuk dan ruang. ii. Unsur-unsur seni. Unsur-unsur seni yang terdapat dalam gambar lebih kepada warna, corak dan rupa. iii. Prinsip rekaan Potret ini menampilkan prinsip kontra, keseimbangan dan harmoni iaitu

16

HBAE 1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual Mohd Affandi bin Daud ( 741102087003)

dari segi paduan warna dan coraknya.. iv. Kualiti Ekspresif Kualiti ekspresif pada gambar dapat dilihat melalui gambaran pelukis tentang ruang tamu bagi sebuah rumah kampung atau rumah tradisi Melayu yang asli. . v. Bahan, teknik dan Kaedah Karya ini menggunakan kertas lukisan, pensel dan pensel warna sebagai bahan dan media. Teknik pula lebih kepada teknik gosokan pada perlbagai jenis permukaan.

c)

Tafsiran ( Interpretation ) i. Makna Menampakkan gambaran sebenar ruang tamu sebuah rumah kampung dari pandangan atas. Ia menampilkan gambaran budaya dan tradisi masyarakat Melayu melalui susun atur di dalam rumahnya. ii. Simbol Simbol atau gambaran kehidupan masyarakat Melayu melalui pemandangan dan gambaran yang realistik tentang suasana di dalam rumah kampung. iii. Unsur-unsur Seni Unsur seni yang terdapat dalam lukisan ini ialah warna,garisan, jalinan dan ruang. iv. Prinsip Seni Menampilkan prinsip kontra, imbangan dan harmoni pada penggunaan warna

17

HBAE 1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual Mohd Affandi bin Daud ( 741102087003)

dan bentuk. v. Metafora / Analogi bagi menjelaskan makna. Karya ini memperlihatkan gambaran pemandangan di dalam sebuah rumah kampung dari pandangan atas.Karya ini juga lebih kelihatan kemas dan menarik. Imej yang ingin ditonjolkan juga tidak berserabut dan lebih teratur. Gambaran yang ingin disampaikan oleh pelukis juga mudah difahami. d) Penilaian ( Evaluation). i. Keaslian Keaslian pada lukisan dapat dilihat pada tahun di mana lukisan ini dihasilkan iaitu pada tahun 1987. Ini bermakna karya ini adalah karya gaya hard edge yang jarang dipelopori oleh kebanyakan pelukis di Malaysia. ii. Gubahan Berdasarkan budaya atau nilai masyarakat Melayu yang ingin digambarkan oleh pelukis. Ianya dapat dilihat melalui rekaan corak dan susun atur perabot dan ruang di dalam gambar. iii. Teknik Hasil daripada persepsi pelukis tentang rupa sebuah rumah kampung. Menggunakan teknik gosokan pada pelbagai permukaan untuk menampakkan kesan timbul. iv. Fungsi Gambar ini menjadi satu gambaran realistik atau menampakkan imej kebudayaan Melayu yang kekal hingga ke hari ini. Ianya juga menampilkan cara hidup masyarakat Melayu yang kaya dengan adat dan budaya tersendiri termasuk di dalam susun atur perabot dan kedudukan ruang di dalam rumah.

18

HBAE 1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual Mohd Affandi bin Daud ( 741102087003)

4.0

Penutup Seorang guru yang prihatin perlulah memainkan peranan penting dalam

meningkatkan daya pengamatan, perkembangan kognitif dan kreativiti murid-muridnya dengan mengadakan aktiviti yang dapat membantu perkembangan minda mereka, Adalah menjadi tanggungjawab seorang guru memupuk kreativiti murid-muridnya disamping memantapkan lagi pemikiran dan pengamatan mereka. Tugasan ini merupakan satu langkah dalam pembentukan seorang guru pendidikan seni visual yang mempunyai komitmen yang tinggi ke arah perkembangan diri murid. Untuk itu juga guru haruslah peka pada perkembangan dan perubahan bagi mencapai matlamat pendidikan seni. Ini adalah kerana setiap individu mempunyai bakat tersendiri dan apa yang perlu, ianya perlu dipupuk dan dicungkil. Malahan guru haruslah menggalakkan murid-murid supaya mempunyai kepekaan yang tinggi kepada persekitaran, menunjukkan idea yang bernas dan menanamkan daya kreatif di kalangan mereka. Justeru itu sama-samalah kita mengembeleng tenaga melaksanakan amanah yang diberikan bagi meningkat perkembangan dan pembelajaran murid-murid kita di dalam mata pelajaran Pendidikan Seni amnya dan bidang-bidang yang terdapat dalam Pendidikan Seni Visual di sekolah.

19

HBAE 1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual Mohd Affandi bin Daud ( 741102087003)

BIBLIOGRAFI Bustam Kamri (2009). HBPS2303 Pendekatan dan kurikulum dalam pendidikan awal kanak, Kuala Lumpur: Open University Malaysia (OUM). Ee Ah Meng (2003). Ilmu pendidikan pengetahuan dan ketrampilan ikhtisas (semester 1), Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia (1992), KBSR: Buku Panduan Khas Tahap 2, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Malaysia, Open University. (2010). HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia. Prof. Madya Dr. Zurida Ismail (2003), Pendidikan Sains Prasekolah, PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd, Pahang Darul Makmur. Pusat Perkembangan Kurikulum (1998), Buku Sumber Guru : Pendidikan Seni KBSR, Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum (2002 ), Modul Pengajaran dan pembelajaran : Pendidikan Seni KBSR, Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Salmah, Ayob. (1994). Aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif panduan pengajar. Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd.

20

HBAE 1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual Mohd Affandi bin Daud ( 741102087003)

Shahabuddin Hashim, Rohizani & Mohd Zohir Ahmad ( 2003). Pedagogi strategi dan teknik mengajar dengan berkesan, Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti. http://anismi.blogspot.com/2010/04/teknik-menggambar.html

21

Anda mungkin juga menyukai