Anda di halaman 1dari 29

EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Bab 1 Bimbingan dan Kaunseling


Konsep asas bimbingan, kaunseling dan psikoterapi Matlamat bimbingan dan kaunseling Objektif bimbingan dan kaunseling Prinsip-prinsip bimbingan dan kaunseling Falsafah bimbingan dan kaunseling Pendekatan bimbingan dan kaunseling Kepentingan bimbingan dan kaunseling

Konsep Asas Bimbingan, Kaunseling dan Psikoterapi Bimbingan Konteks pendidikan bantuan atau pertolongan yang diberikan dengan betul kepada murid berkenaan. (Crow & Crow, 1983) Kaunseling Proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. (Shertzer & Stone, 1968) Perhubungan profesional antara kaunselor terlatih dan klien. (Burks & Stefflre, 1979) Proses pertemuan secara bersemuka di antara seorang kaunselor dengan kliennya yang membawa kepada perubahan klien pada akhirnya. (Patterson & Eisenberg, 1983) Psikoterapi Terapi rawatan sesuatu penyakit fizikal dan mental melalui proses pemulihan tanpa penggunaan ubat atau pembedahan. Terapi berasaskan psikologi (psikoterapi) - pemulihan minda atau pemulihan kendiri iaitu rawatan sakit jiwa atau gangguan mental dengan menggunakan kaedah psikologi.

Matlamat Bimbingan dan Kaunseling Memupuk kemahiran menyelesaikan masalah kendiri. Membantu klien menguasai pelbagai kemahiran asas untuk adaptasi dan penyesuaian diri. Menggunakan potensi dan pelbagai sumber yang ada untuk mencapai prestasi lebih baik.

Perubahan tingkah laku

Perubahan yang positif

Lima Matlamat Bimbingan dan Kaunseling

Pengurusan diri

Proses membuat keputusan efektif

Pencapaian potensi

Objektif Bimbingan dan Kaunseling


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.

Membimbing murid membentuk nilai, sikap dan tingkah laku positif. Melayan keperluan murid ke arah mengembangkan potensi murid secara optimum. Membimbing murid memahami kekuatan dan kelemahan diri. Mendorong murid menghadapi masalah dengan tabah hati dan yakin. Menyedarkan murid ada orang yang sudi membantu menyelesaikan masalah. Memberi nasihat untuk pemilihan kerjaya. Mengubah tingkah laku bermasalah murid. Membentuk konsep kendiri positif. Tunjuk ajar bagi mengatasi masalah akademik. Membantu murid memilih mata pelajaran elektif yang sesuai (sekolah menengah) Menganjurkan kem motivasi.

Prinsip-prinsip Bimbingan dan Kaunseling 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Klien berpeluang menerima perkhidmatan tanpa mengira latar belakang. Tanggungjawab bersama antara kaunselor, klien, pihak sekolah dan ibu bapa. Mengikut prosedur dan peraturan. Prinsip hubungan mesra dan kepercayaan antara kaunselor dan klien. Tanpa paksaan. Dijalankan dalam bilik khas. Mengikut etika dan memelihara hak murid (etika kerahsiaan) Tindakan susulan selepas proses perkhidmatan. Diuruskan oleh kaunselor bertauliah / guru bimbingan terlatih.

Falsafah Bimbingan dan Kaunseling Semua murid punya potensi yang dapat diperkembangkan secara optimum melalui pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan insan yang seimbang dalam aspek JERIS. Pendekatan bimbingan dan kaunseling Pendekatan krisis 1. Kendali kes kritikal yang timbul secara mendadak yang memerlukan tindakan segera 2. Berlaku apabila pelajar menghadapi keadaan yang menggugat kebajikan diri sendiri / orang lain 3. Contoh: Histeria, cubaan bunuh diri 4. Peranan guru: Campur tangan dalam krisis Sebagai orang tengah membantu pihak berselisih faham

Memperbaiki keadaan / sikap murid

Pendekatan pemulihan 1. Fokus kepada kekurangan / masalah yang dapat dikenal pasti dari semasa ke semasa 2. Objektif : mengubah perlakuan untuk mengelakkan situasi krisis. 3. Contoh: ponteng, bergaduh, lawan guru 4. Penyelesaian: Kaunseling Individu Kaunseling Kelompok Pendekatan pencegahan 1. Bimbingan / usaha untuk menyekat kemungkinan berlakunya masalah / aktiviti 2. yang tidak sihat. 3. Guru meramal masalah yang akan timbul. 4. Contoh: Penyalahgunaan dadah 5. Peranan guru: Mendedahkan pengetahuan untuk mencegah masalah (contoh: Pendidikan Pencegahan Dadah - PPD) Menganjurkan Kempen / taklimat / kem / ceramah Pendekatan perkembangan 1. Usaha kenal pasti aspek keperluan pelajar di alam persekolahan supaya mereka dapat dilengkapi dengan pengetahuan / kemahiran / pengalaman serta akhlak mulia. 2. Beri peluang kenali diri dan atasi masalah kendiri 3. Contoh: Bimbingan kerjaya, teknik menjadi pelajar cemerlang Kepentingan Bimbingan dan Kaunseling
Membantu menangani masalah disiplin dengan membimbing murid menguasai kemahiran mendisiplinkan diri.

Mengenalpasti tingkah laku bermasalah oleh murid untuk diatasi.

Membantu guru biasa membimbing murid-murid yang mengalami gangguan mental.

Membantu guru biasa mengurangkan masalah kawalan disiplin kelas dan membentuk iklin bilik darjah yang kondusif.

Bab 2 Peranan Guru Biasa sebagai Guru Pembimbing


Tugas guru bimbingan dalam pengurusan bimbingan dan kaunseling di sekolah Tugas guru bimbingan mengikut senarai yang ditentukan oleh KPM Isu dan etika dalam kaunseling

Tugas guru bimbingan dalam pengurusan bimbingan dan kaunseling di sekolah 1. Perancangan aktiviti, kos, tarikh, tempat, alatan, personalia yang terlibat (menghubungi para penceramah bagi setiap program diadakan) 2. Pengelolaan kelola prosedur prorom bimbingan dan kaunseling 3. Hala arah sediakan garis panduan, membuat keputusan dan tentukan arah program. 4. Pengawalan menilai keberkesanan program bimbingan, mengenal pasti masalah dalam program dan berusaha mengatasinya 5. Perhubungan guru bimbingan merupakan pakar rujuk / rundingan bagi guru lain apabila mereka menghadapi masalah Tugas guru bimbingan mengikut senarai yang ditentukan oleh KPM 1. Mengelolakan rancangan bimbingan di sekolah secara sistematik 2. Mengatur rancangan orientasi, membimbing pelajar untuk mendapat tempat di institusi pendidikan lanjutan (diploma, ijazah), membaiki tabiat murid, mempertingkatkan arah motivasi murid 3. Mengendalikan seminar, ceramah, pameran kerjaya di peringkat sekolah (UPSR, SPM) dan kursus-kursus yang berkaitan, relevan di sekolah, daerah dan negeri 4. Membina hubungan baik antara sekolah dengan NGO, pusat kebajikan dan hospital 5. Menyimpan rekod-rekod pelajar kad 001, kad kesihatan, rekod kaunseling individu dan kaunseling kelompok 6. Mengendalikan bilik bimbingan dengan lengkap dan tersusun 7. Mengatur sesi-sesi temu ramah, konsultasi keibubapaan serta bimbingan pelajar yang berkaitan dengan masalah dan isu-isu peribadi, akademik dan kerjaya 8. Mengendalikan bimbingan individu dan kelompok membantu pelajar mengatasi masalah peribadi, membina sikap / konsep kendiri positif, menguruskan emosi dengan bijak, belajar pengurusan masa yang betul, menggunakan cara komunikasi yang sesuai, mengenali diri dengan lebih dekat dan mendalam contohnya melalui sesi, Siapa diri saya? 9. Mengendalikan ujian-ujian tara yang berkaitan dengan sikap, bakat, kebolehan, personaliti para pelajar. Misalnya, Inventori Personaliti Sidek (IPS), Self Directed Search (SDS), Inventori Personaliti Warna (IPW), Senarai Semak Masalah Mooney, Nilai Pekerjaan, Parent Child Communication Inventory, Rosenberg Self Esteem Inventory (RSE), Senarai Semak Emosi, Beck Dipression Inventory (BDI) dan lain-lain

10. Menubuh dan mengelolakan kelab bimbingan, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di sekolah 11. Mengendalikan program khas bantu pelajar yang terlibat dengan dadah seperti Kelab Nafas Baru di sesetengah sekolah terutama sekolah yang mempunyai pelajar lelaki Isu dan etika dalam kaunseling Dalam bahagian isu dan etika dalam kaunseling, bab ini akan membincangkan tiga bahagian iaitu i. ii. iii. Peranan Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) Kod Etika Kaunselor

Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) PERKAMA telah diadakan sejak 1982 Objektif penubuhannya ialah untuk menyatupadukan semua lapisan kaunselor di seluruh masyarakat Malaysia, di samping mengiklankan kerjaya kaunseling dalam kalangan mereka Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) mengandungi tiga bahagian iaitu : i. ii. iii. Lembaga kaunselor Pendaftaran kaunselor dan perakuan amalan kaunselor Sijil perakuan amalan

Kod etika kaunselor 1. Tujuan kod etika kaunselor diadakan adalah termasuk rasional di bawah : a. Menyediakan suatu garis panduan kepada pengamal kaunseling b. Menentukan suatu piawaian tingkah laku kaunselor dari segi membina hubungan dengan klien c. Memberi didikan kepada pengamal kaunseling dan lapisan masyarakat tentang hak dan tanggungjawab ketika menjalankan sesi kaunseling 2. Bidang etika kaunselor termasuk lima topik di bawah : a. b. c. d. e. Tanggungjawab profesional (di perkhidmatan awam atau persendirian) Hubungan dalam kaunseling Kerahsiaan Penilaian (ujian inventori) dan interpretasi Penyelidikan dan penerbitan

3. Tanggungjawab profesional pula mengandungi empat domain yang berikut : a. Tanggungjawab kaunselor

Pengetahuan tentang isu dan etika kaunseling Meninggikan mutu perkhidmatan yang cekap Menggalakkan nilai-nilai moral diselit dalam sesi kaunseling Penyeliaan yang sistematik bagi pengamal kaunseling Kesedaran ketidakupayaan kaunselor sendiri Konflik kepentingan antara kaunselor dan klien Pembelajaran sepanjang hayat b. Tanggungjawab kaunselor terhadap klien Menjaga kerahsiaan isu klien Menghormati nilai dan persepsi klien Pengetahuan tentang silang budaya klien Menjaga kepentingan klien Isu gangguan seksual Isu kesejahteraan klien Isu kebenaran bermaklum Larangan dalam hubungan tertentu Rujukan Rakaman dan rekod kaunseling Pendaftaran dan sijil amalan c. Tanggungjawab kaunselor terhadap rakan sekerja Kemahiran kaunseling dalam sesi Sikap terbuka, hormat dan adil terhadap rakan profesional beliau Membetulkan, melapor serta mencegah tingkah laku rakan sekerja yang melanggar etika kaunseling sewaktu memberi kaunseling Pada masa yang sama, kaunselor perlu mempertahankan mana-mana rakan profesional yang teraniaya dan dilemparkan tohmahan kaunseling yang tidak beretika d. Tanggungjawab kaunselor terhadap majikan Perjanjian / mematuhi dasar dan prosedur Mengelakkan diskriminasi Kepakaran kaunselor Penilaian kendiri / kerjaya 4. Hubungan dalam kaunseling Tanpa diskriminasi terhadap sebarang klien yang tampil meminta pertolongan kaunseling sama ada dari segi umur, budaya, keupayaan, etnik, jantina, kaum, agama, identiti seksual orientasi klien, status perkahwinan serta status sosial ekonomi klien Hubungan intim dengan klien dilarang sama sekali Menjaga hak kepentingan klien dalam sesi kelompok Penamatan sesi 5. Kerahsiaan Keperluan kerahsiaan Kerahsiaan dalam kaunseling kelompok

Kerahsiaan rekod sesi kaunseling Kerahsiaan pemindahan rekod kaunseling

6. Penilaian dan interpretasi Kegunaan inventori penilaian Penilaian, keterangan dan interpretasi inventori 7. Penyelidikan dan penerbitan Berhati-hati dan mengelakkan kecederaan mana-mana pihak dalam kajian penyelidikan Kerahsiaan tentang maklumat yang dirujuk dalam penyelidikan

Bab 3 Teori-teori kaunseling


Teori behavioris Sejarah dan latar belakang teori behavioris Konsep-konsep asas teori behavioris Matlamat teori behavioris Teknik-teknik teori behavioris Kelebihan dan kekurangan teori behavioris Teori pemusatan perorangan (Humanistik PCC) Latar belakang dan sejarah Rogers Konsep asas teori PCC Matlamat teori PCC Teknik-teknik PCC Kemahiran-kemahiran kaunseling Teori Rasional Emotif Pengenalan dan latar belakang teori RET Konsep-konsep asas RET Konsep-konsep asas 11 pemikiran yang tidak rasional Matlamat kaunseling Teknik-teknik RET Kelebihan dan kekurangan teori RET

Teori behavioris (Ivan Pavlov, B.F Skinner) 1. Teori behavioris berasaskan pendekatan tindakan yang mekanikal 2. Antara pengasas teori ini ialah Pavlov dan Wolpe yang mengemukakan teori tingkah laku pelaziman klasik 3. Teori pelaziman operan pula dipelopori oleh Skinner dan Watson 4. Dalam teori ini, interaksi antara kaunselor dengan klien lebih mirip sebagai perantara yang dapat mengubah persekitaran bagi menggerakkan perubahan gerak balas tingkah laku klien. Sejarah dan latar belakang 1. Perspektif behavioris menumpukan perhatian kepada faktor-faktor alam sekeliling dalam mengubahsuai, membentuk serta mempengaruhi tingkah laku manusia 2. Watson eksperimen tikus putih 3. Skinner konsep pelaziman operan ( peneguhan / pemberian ganjaran ) 4. Thorndike perkaitan rangsangan gerak balas Konsep-konsep asas 1. Pandangan terhadap manusia mengikut teori tingkah laku adalah seperti berikut :

Penghasil dan hasil persekitarannya, iaitu ia tidak semata-mata ditentukan oleh persekitarannya, atau oleh naluri-naluri tertentu, malah ia turut mempunyai keupayaan-keupayaan tertentu untuk mencorakkan persekitarannya Mempunyai kebebasan untuk mengawal dan menambah ruang kebebasan manusia Bukanlah model-model yang berbentuk mekanistik dan deterministic sematamata (bukan bersifat mutlak) Mempunyai keupayaan untuk memperbaiki kehidupan mereka dengan mengubah satu atau lebih faktor yang mempengaruhi tingkah laku mereka yang mana mereka boleh mencapai nilai-nilai hidupnya dengan mempunyai arahan kendiri

Matlamat 1. Matlamat untuk menyediakan keadaan-keadaan dan persekitaran agar tingkah laku yang kurang sesuai itu boleh dihapuskan 2. Seterusnya, klien akan diajar untuk menguasai tingkah laku yang baru dan yang lebih sesuai bagi menggantikan tingkah laku yang kurang sesuai itu 3. Matlamat yang hendak ditujui sebenarnya adalah ditentukan oleh klien itu sendiri 4. Peranan kaunselor adalah membantu klien memilih matlamat yang hendak ditujui agar ia bersesuaian bagi dirinya dan dapat diterima oleh masyarakat 5. Matlamat behavioris ini juga menekankan kepada kejayaan yang khusus yang boleh dilihat, dinilai dan diukur. Matlamat ini dinyatakan secara tingkah laku dan realistik Teknik-teknik 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Latihan istirahat Desensitisasi bersistem Teknik implosive Teknik aversif Ekonomi token Modeling Latihan asertif

Kelebihan dan kekurangan 1. Hanya memfokuskan kepada perubahan tingkah laku dan bukannya perasaan atau pemikiran kognitif klien 2. Kurang mementingkan isu hubungan mesra atau yang lebih kondusif dan terapeutik antara kaunselor dan klien semasa sesi dijalankan 3. Kurang mendorong klien kepada pencapaian celik akal secara peribadi 4. Lebih fokus kepada rawatan tanda-tanda luaran pada klien dan bukan punca penyebab masalah tersebut

5. Ia mengenepikan faktor-faktor sejarah (dulu) yang mungkin merupakan penyebab kepada masalah tingkah laku klien sekarang Teori Pemusatan Perorangan (Humanistik) Carl Rogers 1. Pendekatan pemusatan perorangan yang terlebih dahulu dikenali sebagai pendekatan pemusatan klien pada asalnya dikenali sebagai terapi tanpa arahan Konsep asas 1. Individu adalah unik, mempunyai potensi diri untuk berkembang, boleh dipercayai dan manusia berkemampuan untuk menyelesaikan masalah demi menuju ke arah kesempurnaan 2. Pandangan terhadap sifat semula jadi manusia terbahagi kepada empat iaitu : a. Individu mempunyai harga diri dan penghormatan diri b. Tingkah laku dilihat dari sudut persepsi c. Cenderung ke arah kesempurnaan kendiri d. Manusia baik dan boleh dipercayai Matlamat 1. Kaunselor lebih membenarkan klien menetapkan matlamat sendirinya 2. Kaunselor percaya bahawa individu mempunyai motivasi dalaman, keperluan mencapai kesempurnaan kendiri yang membolehkan klien membina dan mengubah tingkah laku mereka sendiri Teknik-teknik Peringkat pertama perhubungan yang kurang mesra Peringkat kedua tidak bersedia untuk berkongsi pengalaman Peringkat ketiga kurang sedar terhadap diri Peringkat keempat berlaku pertentangan perasaan, pemikiran dan tingkah laku Peringkat kelima wujud kemesraan meluahkan pengalamannya Peringkat keenam berlaku kesedaran pada klien Peringkat ketujuh penerimaan tanpa syarat Kemahiran-kemahiran kaunseling 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Soalan terbuka dan tertutup Dorongan minimum Parafrasa Rumusan Refleksi perasaan Konfrontasi Memfokus

Teori rasional emotif (pendekatan kognitif) Konsep-konsep asas

1. Fikiran, emosi dan tingkah laku manusia saling berkaitan 2. Teori RET menekankan bahawa manusia mempunyai potensi berfikir secara rasional ataupun sebaliknya 3. Sebenarnya, manusia adalah unik tetapi apabila kepercayaan telah diganggu dan mengulangi pada diri sendiri menyebabkan gangguan akan berlaku secara berterusan Konsep-konsep asas 11 pemikiran yang tidak rasional 1. Dua jenis emosi iaitu emosi rasional dan emosi tidak rasional 2. Emosi yang rasional ialah gembira, sayang, sedih, kecewa dan lain-lain 3. Emosi yang tidak rasional adalah marah, bimbang, berasa tidak berguna 11 pemikiran yang tidak rasional yang ditekankan oleh Ellis : 1. Sangat memerlukan kasih sayang daripada orang yang signifikan 2. Jika seseorang berasa diri sendirinya berguna jadi dia harus lengkap, cekap dan berjaya dalam semua bidang 3. Sebahagian daripada kita adalah jahat dan bersifat kejam serta mereka ini seharusnya dihukum 4. Suatu yang malang sekiranya sesuatu yang diimpikan tidak menjadi. Kecewa adalah satu perasaan yang normal. Namun, kecewa yang berpanjangan merupakan satu sifat yang tidak normal 5. Perasaan tidak bahagia merupakan suatu emosi akibat daripada peristiwa di luar kawalan individu itu sendiri 6. Jika sesuatu yang berbahaya dan merosakkan individu seharusnya selalu mengambil berat dan memikirkannya 7. Perasaan saling melarikan diri dari masalah merupakan jalan terbaik adalah hasil daripada perasaan yang ingin menghapuskan masalah dari pandangan sematamata dan berfikiran singkat 8. Kebergantungan kepada orang lain merupakan satu sifat tidak yakin kepada kemampuan diri sendiri 9. Peristiwa buruk yang lepas tidak dapat diubah menghasilkan pemikiran yang tidak rasional 10. Memikirkan masalah orang lain yang bukan merupakan tanggungjawab individu itu adalah satu pemikiran yang tidak rasional 11. Setiap permasalahan yang timbul sering dianggap mesti ada jalan penyelesaiannya. Ini terhasil daripada pemikiran kita yang terlalu berfikiran konservatif yang menganggapnya satu yang harus dicari sehingga dapat Matlamat kaunseling 1. Mengubah pemikiran tidak rasional klien kepada rasional dan dapat menerima setiap yang berlaku dengan seadanya 2. Penekanan konsep ABCDE akan diberi perhatian kepada klien A - peristiwa yang berlaku kepada diri klien B - kepercayaan tidak rasional klien C - emosi yang terhasil

D - kaedah yang digunakan E - emosi yang normal

Teknik-teknik 1. Kaedah kognitif Mempertikai idea yang tidak rasional Kerja rumah Menukar penggunaan bahasa seseorang 2. Kaedah emosi Rasional-Emotif Imageri (REI) Main peranan Menggunakan tenaga 3. Kaedah tingkah laku Kelebihan dan kekurangan Teori RET menekankan bahawa proses kognitif yang tidak rasional aka menyebabkan gangguan emosi berlaku Teori Rasional-Emotif Tingkah laku mendorong klien mencuba cara tingkah laku yang baharu dalam kehidupannya

Bab 4 Kemahiran-kemahiran Asas dan Tahap-tahap Kaunseling


Kemahiran berkomunikasi / kemahiran melaksanakan intervensi Fasa-fasa atau proses kaunseling 1. Pra-sesi 2. Membina hubungan rapport 3. Meneroka dan menganalisa isu perbincangan 4. Mengenal pasti sebab-sebab di sebalik isu 5. Mengambil alternatif atau langkah-langkah yang wajar 6. Menamat sesi 7. Langkah susulan

Kemahiran berkomunikasi / kemahiran melaksanakan intervensi 1. Kemahiran prasesi Merujuk kepada persediaan bagi seseorang kaunselor untuk memberi perkhidmatan kepada seseorang klien. Kemahiran ini merangkumi kaunselor menentukan aspek tempat dan masa untuk menjalankan sesi kaunseling 2. Kemahiran membina hubungan Membina suasana alam sekeliling Mewujudkan suasana terapeutik Jarak komunikasi yang sesuai dan selesa 3. Kemahiran melayan Kontak mata Kualiti vokal Bahasa tanpa lisan Kemahiran memfokus Ekspresi muka Tahap tenaga Kedudukan dan jarak Dorongan minimum 4. Kemahiran memberi perhatian Kedudukan Senyuman Postur badan Tentangan mata Dorongan minima untuk bercakap

Ekspresi muka Intonasi Bertenang

5. Kemahiran mendengar Mendengar secara fizikal Mendengar dengan psikologi Mendengar dengan perasaan 6. Refleksi kemahiran memberi tindak balas (i) Refleksi adalah bayangan semula tentang perasaan terhad percakapan klien, perasaan yang tersirat dan idea-idea daripada pengalaman klien. Refleksi dapat diklasifikasikan kepada tiga iaitu refleksi perasaan, refleksi pengalaman dan refleksi isi. 7. Parafrasa kemahiran memberi tindak balas (ii) Dalam satu-satu sesi kaunseling, kaunselor perlu merumuskan satu-satu isi penting yang dinyatakan oleh klien dari semasa ke semasa 8. Kemahiran menyoal kemahiran mengenal pasti masalah Soalan tertutup Soalan terbuka 9. Pendedahan kendiri Pendedahan kendiri ialah keadaaan di mana kaunselor berkongsi maklumat berdasarkan pengalaman sendiri ataupun pengalaman lain yang berkaitan 10. Kemahiran menyemak persepsi Kemahiran menyemak persepsi ini ialah mengesahkan persepsi kaunselor tentang apa yang klien katakan 11. Kemahiran menghadapi kesenyapan 12. Kemahiran konfrontasi 13. Kemahiran meminta penjelasan 14. Kemahiran membuat interpretasi (terhadap tingkah laku bukan lisan) Kemahiran membuat interpretasi merupakan satu proses yang digunakan oleh kaunselor untuk memberikan maklum balas atau feedback kepada klien supaya klien berupaya untuk melihat masalahnya dari satu sudut berbeza 15. Kemahiran merumus Merumus adalah pernyataan atau pengikatan semula bahagian isi dan perasaan penting yang telah dikatakan oleh klien dalam sesi kaunseling tersebut

Fasa-fasa atau proses kaunseling 1. Pra-sesi Peringkat pra-sesi ialah persediaan kaunselor dari segi peribadi, peralatan fizikal dan maklumat atau rekod-rekod mengenai klien 2. Membina hubungan rapport Kaunselor perlu membina hubungan yang baik dengan klien bagi menggalakkan klien bercerita atau meluahkan perasaan tanpa dipaksa 3. Meneroka dan menganalisa isu perbincangan Penerokaan adalah inti pati dalam proses kaunseling dan nadi dalam mewujudkan kepercayaan, terapeutik dan kejayaan dalam proses menolong 4. Mengenal pasti sebab-sebab di sebalik isu Peringkat mengenal pasti masalah ini dilakukan selepas meneroka masalah klien sepenuhnya 5. Mengambil alternatif atau langkah-langkah yang wajar Selepas memilih alternatif yang sesuai dengan masalah, klien perlu mengambil tindakan yang sesuai 6. Menamat sesi Peringkat penamatan adalah peringkat akhir dalam sesi kaunseling Ia dibuat semasa setiap sesi atau setelah satu permasalahan dapat diuruskan 7. Langkah susulan

Bab 5 Intervensi Kaunseling Kanak kanak


Terapi bermain Terapi bercerita Terapi seni Terapi muzik Kaunseling biblio

Terapi bermain Pengenalan Bermain merupakan suatu aktiviti bagi anak yang menyenangkan dan merupakan suatu metode bagaimana mereka mengenal dunia. Bagi anak bermain tidak sekadar mengisi waktu, tetapi merupakan kebutuhan anak seperti halnya makanan, perawatan, cinta kasih dan lain-lain. Anak-anak memerlukan berbagai variasi permainan untuk kesihatan fizik, mental dan perkembangan emosinya. Dengan bermain anak dapat menstimulasi pertumbuhan otot-ototnya, kognitifnya dan juga emosinya karena mereka bermain dengan seluruh emosinya, perasaannya dan fikirannya. Elemen pokok dalam bermain adalah kesenangan dimana dengan kesenangan ini mereka mengenal segala sesuatu yang ada di sekitarnya sehingga anak yang mendapat kesempatan cukup untuk bermain juga akan mendapatkan kesempatan yang cukup untuk mengenal sekitarnya sehingga ia akan menjadi orang dewasa yang lebih mudah berteman, kreatif dan cerdas, bila dibandingkan dengan mereka yang masa kecilnya kurang mendapat kesempatan bermain. Definisi Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Carr pula dalam teorinya mengatakan bahawa main adalah penting kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing. Dari aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar. Terapi main membantu murid menunjukkan komitmen dan fokus yang sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan. Sejarah terapi main Penggunaan permainan dalam terapi pertama kali dijelaskan oleh perintis psikoterapi Kanak-kanak. Anna Freud (1928, 1964, 1965), Margaret Lowenfeld (1935, 1970) dan Melanie Klein (1961, 1987) yang dikemukakan itu premis teori untuk menggunakan permainan, sebagai contoh, Klein (1961, 1987) yang ditetapkan kanak-kanak bermain

secara spontan merupakan pengganti kepada persatuan bebas yang digunakan dalam psikoanalisis dewasa. Teori-teori dan amalan sekitar memainkan berbeza dalam setiap tradisi psikoterapi Kanak-kanak. Walau bagaimanapun, setiap tradisi yang berkaitan dengan cadangan pusat yang memainkan menghantar dan menyampaikan pengalaman yang tidak sedarkan diri, keinginan kanak-kanak, pemikiran dan emosi. Dengan penghijrahan Psychotherapists Kanak-kanak awal ke Britain pada tahun 1930an, psikoterapi kanak-kanak telah berkembang dan dibangunkan sebagai tradisi yang kukuh Eropah. Walaupun Play Therapy telah muncul dari unsur-unsur psikoterapi Kanak-kanak, asas-asas teori tertentu yang muncul daripada tradisi Psikologi kemanusiaan. Pada tahun 1940-an, Carl Rogers (1951, 1955) telah menubuhkan satu model baru psikoterapi - terapi berpusatkan klien (orang yang kemudiannya dipanggil terapi berpusatkan).Tradisi baru dilahirkan sebagai protes terhadap perspektif, diagnostik preskriptif masa itu. Penekanan diletakkan di atas hubungan antara ahli terapi dan klien berdasarkan penerimaan, ketulenan, dan amanah. Oleh itu, pendekatan orang berpusatkan yang dikemukakan perspektif teori struktur personaliti, kesihatan psikologi, pemerolehan kesukaran psikologi dan proses perubahan dalam tempoh terapi yang baru dan asli. Sebahagian besarnya dipengaruhi oleh pendekatan orang ini berpusatkan, Axline (1969, 1971) telah membangunkan satu pendekatan baru terapeutik untuk bekerja dengan kanak-kanak - Terapi Main arahan bukan. Penggunaan orang yang berpusat asas-asas teori, Axline mencipta Play Therapy teori dan kaedah yang jelas dan ringkas. Akaun beliau bagaimana dia bekerja dengan kanak-kanak lelaki muda yang dipanggil Dibs terkenal (Dibs: Mencari, 1964 Self). Axline diterangkan dengan terperinci bagaimana dia bekerja dengan Dibs dan bagaimana dia mampu untuk menyembuhkan dirinya sepanjang tempoh masa. Beliau berkata, "Tiada sesiapa yang tahu banyak tentang dunia dalaman manusia sebagai individu itu sendiri. Kebebasan Bertanggungjawab tumbuh dan berkembang dari dalam orang yang". Lapan prinsip beliau hubungan terapeutik memberitahu kerja-kerja banyak Jurupulih Main. Clark Moustakas menerangkan kerja-kerja yang dilakukan sebagai berkenaan dengan jenis hubungan yang diperlukan untuk membuat terapi pengalaman pertumbuhan. Di Britain, Play Therapy mula muncul sebagai tradisi yang baru dan berbeza dalam tahun 1980-an. Pada mulanya Amanah jam Kanak-kanak profesional mengajar teknik-teknik asas Terapi Main Axline yang digunakan dalam pelbagai tetapan. Pada masa yang sama, dua Dramatherapists yang mula menggunakan kaedah Terapi Play untuk memaklumkan kepada amalan Dramatherapy mereka dengan kanak-kanak. Sue Jennings (1994) dan Cattanach Ann (1993, 1994, 1998) unsur-unsur bersepadu Terapi Main arahan bukan untuk merumuskan pergerakan Terapi Main British. Pada tahun 1990, Institut Dramatherapy mula menawarkan Sijil dan Diploma Terapi Play. Pada tahun 1992, Persatuan British Play Jurupulih (BAPT) telah dimulakan oleh sekumpulan profesional yang belajar di Institut Dramatherapy. Lebih sembilan belas

tahun yang lalu, BAPT telah dibangunkan Terapi Main pergerakan British dan kini mengiktiraf beberapa kursus latihan di UK termasuk program-program peringkat Sarjana yang sedang berjalan di Universiti Roehampton (London) dan University of Glamorgan (Wales) Konsep terapi main 1. 2. 3. 4. melalui bermain kanak-kanak lebih mengenali dunia ruang fizikal disediakan melalui aktiviti bermain kanak-kanak berpeluang meneroka identiti masing-masing Mainan mencirikan kehidupan sebenar set permainan pekerjaan seperti polis, doktor dan tukang masak set permainan item rumah seperti seterika, kerusi dan telefon 5. Mainan bercirikan luahan perasaan agresif gari, penukul, peralatan militant, topeng. 6. Mainan bercirikan luahan perasaan kreativiti crayon, playdoh, kad, boneka bekas air. Tujuan terapi main mengurangkan masalah tingkah laku meningkatkan komunikasi mampu menilai diri sendiri meningkatkan keupayaan mempercayai seseorang

Proses terapi main Tahap satu : rasa diterima akibat hubungan erat yang terbina Tahap dua : luahan perasaan secara yang terpendam secara catharsis Tahap tiga : penerokaan peristiwa Tahap empat : bertindak ke atas penyelesaian yang dipilih

Perlaksanaan terapi main 1) Bilik terapi -Kelengkapan bilik terapi bersesuaian bergantung kepada kesesuaian kanak-kanak .Disertakan dengan bahan-bahan resos, alatan asas seperti rak buku, cermin, almari dan lain-lain 2) Media mainan (kriteria) Mendorong ekspresi pemikiran dan perasaan kanak-kanak Peluang untuk menguji realiti kanak-kanak Membekalkan kanak-kanak dengan cara yang boleh diterima untuk meluahkan perasaan yang tidak diingini Mudah dimanipulasi oleh kanak-kanak

Kepentingan terapi bermain Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan sendiri Membolehkan melahirkan masalah Menyediakan tempat yang selamat bagi meluahkan perasaan Keyakinan diri Berkomunikasi dengan rakan Kebolehan memberi pendapat Berkongsi Membentuk sahsiah Ekspresi kendiri Meningkatkan kemahiran manipulative Pengluahan emosi

Masalah perlaksanaan Kos kewangan yang tinggi Kesukaran mendapatkan alatan Kos peralatan yang mahal. Tempat yang besar dan luas Penyelenggaraan alatan yang berjadual Kepakaran yang terhad. Pematuhan kepada jadual dan rutin aktiviti terapi. Kerjasama ibubapa , guru serta murid. Tindakan susulan yang terhad. Tidak dapat diaplikasikan di rumah.

Terapi bercerita Teknik bercerita merupakan satu teknik untuk menyalurkan sesuatu maklumat melalui perkataan, gambar dan bunyi yang sering kali dilakukan melalui teknik improvisasi. Cerita atau naratif telah lama dikongsi dalam setiap budaya sebagai hiburan, pelajaran, penyampaian budaya dan menyampaikan nilai-nilai kepada masyarakat. Elemen yang penting dalam teknik ini ialah plot, watak dan persoalan sesuatu cerita. Bentuk penceritaan yang paling awal mempunyai kombinasi lisan berserta mimik muka dan gaya badan. Masyarakat peribumi Australia melukis simbol daripada cerita yang didengar pada dinding gua untuk membantu pencerita mengingati cerita. Seiring dengan peredaran zaman dan peradaban, cerita-cerita yang didengar kemudiannya ditulis di atas kayu, buluh, tulang, batu, kulit kayu, kulit binatang, kertas, sutera, kanvas, dirakam pada filem dan disimpan dalam bentuk digital.

Terapi bercerita merupakan satu medium untuk berkomunikasi antara ahli terapi dan klien. Komunikasi ini digunakan sebagai terapi psikologi untuk meyakinkan klien untuk membangunkan atau meningkatkan diri mereka melalui satu kaedah yang telah dipersetujui antara ahli terapi dan klien. Terapi bercerita merupakan salah satu terapi yang mengetengahkan konsep bercerita sebagai idea utama dalam terapi bercerita. Pada masa yang sama, ahli teori menganggap bercerita adalah satu cara yang berkesan untuk membina rapo. Di samping itu, terapi ini dapat mengenali kanak-kanak dengan lebih mesra lagi. Semasa mereka menyampaikan cerita masing-masing, kanak-kanak berkongsi maklumat penting mengenai diri serta keluarga mereka, di samping melahirkan perasaan yang terpendam. Akibatnya, guru bimbingan dan kaunseling lebih memahami konflik kanakkanak serta dinamika keluarga mereka. Selain daripada itu, melalui terapi ini murid dapat menyerap nilai-nilai pembelajaran melalui watak di dalam sesebuah cerita tanpa memikirkan tentang masalah mereka sendiri. Murid yang telah melalui pengalaman yang menakutkan akan memproses pengalaman tersebut dan secara tidak langsung akan belajar untuk mempercayai dan rasa selamat apabila mengingati pengalaman yang lalu dengan pandangan yang positif. Terapi bercerita sesuai dijalankan secara berkelompok ataupun individu. Kaunseling kelompok melibatkan perhubungan individu yang menekankan aspek kekuatan, fikiran, perasaan dalam aktiviti pembelajaran, peribadi dan sosial. Corey (1981). Oleh sebab itu pelaksanaan terapi bercerita dalam kelompok memudahkan perkongsian pengalaman antara ahli kelompok. Namun demikian penggunaan teknik ini dalam kaunseling kelompok memerlukan syarat proses kaunseling berpusatkan klien iaitu empati, penerimaan tanpa syarat, dan kongruen/ keikhlasan.

Terapi seni Terapi seni sebenarnya satu bentuk terapi emosi dan tingkah laku Terapi seni menggunakan media seni, imej, proses kreativiti seni dan tindak balas individu untuk menghasilkan produk

Kepentingan terapi seni Menyelesaikan konflik emosi Meningkatkan kesedaran dan semangat kendiri Membina kesedaran sosial Mengubah tingkah laku Membina strategi penyelesaian masalah Meningkatkan kemahiran penguasaan hidup

Kepentingan seni dalam kehidupan dan pendidikan seni merupakan pengalaman pandangan melalui imaginasi dan perasaan

seni adalah pengalaman yang berlaku sepanjang hari seni adalah pengalaman universal. Tidak terhad kepada individu tertentu

Fungsi seni dalam pendidikan menggalakkan perkembangan fizikal, mental dan estatik menyumbang kepada kepuasan diri menyumbang kepada penyelesaian masalah menyumbang kepada perkembangan personaliti sebagai alat membantu pertumbuhan kanak-kanak

Kepentingan seni visual kepada murid bermasalah pembelajaran meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan alam sekitar meluahkan perasaan menguatkan daya imaginasi menguatkan motor kasar dan motor halus

Aktiviti yang boleh dilakukan Catan Kolaj dan asemblaj Reka bentuk Anyaman Kraf tangan Pengubahsuaian alat untuk jadikan benda lain

Terapi muzik Terapi muzik berguna untuk meredakan tekanan akibat kerja, tersepit dalam pergolakan hidup berumah tangga atau stress menghadapi peperiksaan. Ia merupakan alternatif rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik. Tujuannya adalah untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal. Perubahan dari segi kognitif, sosial dan emosi mampu dicapai melalui teknik muzik tertentu. Malah, seramai antara 6,000 hingga 10,000 pakar terapi muzik terlatih ada di seluruh dunia dan bersedia memberi perkhidmatan kepada masyarakat terutama yang menghadapi trauma, gangguan emosi, terencat akal, ketegangan, penyakit kanser, juga AIDS dan lain-lain lagi

Matlamat Utama Terapi Muzik untuk memulihkan kekuatan fizikal menyediakan pesakit dalam keadaan bersedia menanggung kesakitan akibat rawatan memberi sokongan emosi kepada pesakit dan keluarga

memberi peluang kepada mereka meredakan ketegangan perasaan dan fikiran.

Fakta Tentang Terapi Muzik Ada kajian menunjukkan bahawa muzik klasik karya Mozart boleh diguna untuk mengurangkan penderitaan pesakit dan meredakan tekanan. Terapi muzik boleh digunakan dalam rawatan pesakit yang mengalami trauma, gangguan emosi, terencat akal, ketegangan, penyakit kanser, juga AIDS. Satu tinjauan yang dijalankan di Amerika Syarikat ke atas penuntut kolej menunjukkan bahawa tahap kecerdikan dapat dipertingkatkan dengan mendengar muzik gubahan Mozart. Muzik penggubah termasyhur itu berupaya menurunkan denyutan jantung dan membuat anda bersantai. Maka, tidak hairanlah jika muzik digunakan sebagai alat terapi. Ada dua keadaan yang menggunakan terapi muzik. Satu daripadanya ialah keadaan klinikal, di mana terapi muzik itu digunakan untuk tujuan pembetulan. Keadaan yang satu lagi ialah keadaan pendidikan, di mana terapi muzik itu digunakan untuk meningkatkan kecerdikan. Terapi muzik dalam keadaan pendidikan membantu pelajar belajar dengan lebih baik. Di samping meningkatkan kecerdikan, ia juga sangat berkesan untuk membaiki ingatan. Pelajar yang melalui terapi muzik itu juga menunjukkan keupayaan daya ingatan yang lebih kuat. Dalam keadaan klinikal itu, penyelidikan mendapati bahawa orang yang mengalami masalah psikiatri bertindak balas dengan lebih baik kepada rawatan apabila mereka diberikan terapi muzik pada masa yang sama

Kaunseling biblio Kaunseling biblio terapi paling awal digunakan pada zaman Yunani yang mana terdapat satu papan kenyataan yang tergantung di pintu masuk sebuah pusat sumber. (Zaccaria dan Moses, dalam Nystul, 2003) Perkembangannya selepas Perang Dunia Kedua. Buktinya - tentera yang cedera mendapati membaca adalah satu proses pemulihan (healing process) yang lebih pantas dan tenang. Terapi biblio ini juga dikenali sebagai terapi buku. Terapi ini juga boleh digunakan untuk semua lapisan masyarakat. Dalam konteks pendidikan pula, ia dapat meningkatkan motivasi intrinsik murid terhadap sesuatu mata pelajaran. Kaunseling biblio terapi juga bertujuan untuk memperoleh pemahaman atau menyelesaikan masalah sejajar dengan keperluan terapeutik kanak-kanak. Penggunaan biblio terapi agak popular sebagai pelengkap dalam sesi kaunseling

Langkah-langkah terapi biblio Fasa 1 - Peringkat Permulaan /Orientasi

Kaunselor bersuai kenal dengan klien. Klien menceritakan perihal peribadi tetapi membataskan cerita. Klien bersuai kenal sesama klien.

Fasa 2 - Konflik dan Konfrantasi Klien mula berkongsi masalah dan perasaan. Kaunselor sebagai fasilitator / pemudah cara.

Fasa 3 - Perkembangan dan Rasa Bersepadu Kaunselor menayangkan video yang berkaitan dengan masalah klien. Klien mula menghayati video dan mula mengaitkan dirinya dengan watak dalam video tersebut. Klien berbincang, mentafsir dan menyatakan celik akal yang diperoleh. Kaunselor memainkan peranan sebagai pelengkap dan penyokong. Kaunselor mencadangkan buku-buku yang perlu dibaca oleh klien.

Fasa 4 - Penghasilan Klien menyatakan kebolehan untuk mencari jalan penyelesaian. Kaunselor mengulas pendapat klien.

Fasa 5 - Penamatan Kaunselor memberitahu masa untuk sesi yang akan datang. Klien mengucapkan terima kasih kepada kaunselor. Sesi kaunseling ditangguhkan.

Kegunaan terapi biblio Mengurangkan stress atau tekanan yang dihadapi. Contohnya, bahan-bahan seperti Chickens Soup dapat membantu seseorang yang murung akibat satu pengalaman trauma untuk pulih (dari segi emosi). Membaca adalah satu proses terapi yang boleh bantu hilangkan kebosanan (misalnya ketika beratur menunggu sesuatu) Menghilangkan ketegangan (panas baran, marah, tidak sabar). Meningkatkan perkembangan kanak-kanak. Dapat menyelesaikan masalah murid. Membantu murid memperoleh ilmu.

Kekurangan terapi biblio Sesuai atau terhad kepada klien yang minat membaca sahaja Boleh diaplikasikan kepada murid yang boleh membaca sahaja Mengambil masa yang agak lama Kurang praktikal dalam kaunseling individu Memerlukan pemahaman yang tinggi.

Perlu disesuaikan mengikut masalah yang dihadapi.

Alat / kaedah terapi biblio Cerita Pendek Biografi Buku Bantu-kendiri Cerita Dongeng Buku Gambar Video

Bab 6 Kaunseling Kelompok


Jenis-jenis kaunseling kelompok Proses kaunseling kelompok Peranan kaunselor sebagai pemudah cara Dinamika dalam kelompok

Jenis-jenis kaunseling kelompok 1. Kelompok bimbingan Jenis kelompok bimbingan ini biasa dijalankan di sekolah untuk membimbing proses perkembangan pelajar Jenis bimbingan ini lebih tumpu kepada sebaran maklumat kepada pelajar dan ia bukan jenis kelompok kaunseling 2. Kelompok psikoterapi Kelompok psikoterapi ini lebih merupakan kelompok merawat bagi ahliahli dalam kelompok Tujuan kelompok ini dibentuk adalah untuk membantu ahli-ahli membentuk semula tingkah laku mereka yang positif melalui analisis yang mendalam atau teknik kesedaran diri yang tertentu 3. Kelompok tugasan Kelompok ini khas dibina untuk mencapai matlamat tertentu dalam kumpulan itu Kelompok tugasan biasa bergerak dalam keadaan brainstorm dan menunjukkan kehandalan ahli-ahli kumpulan dari segi menyelesaikan isu perbincangan dalam kumpulan 4. Kelompok perkembangan Kelompok pengalaman atau perkembangan ini merujuk kepada tiga jenis kelompok di bawah i. Kelompok latihan ii. Pertembungan iii. Kelompok maraton Ciri-cirinya termasuk keutamaan berdasarkan pengalaman, lebih berstruktur dan here and now difokuskan 5. Kelompok terapeutik Kelompok ini lebih menyerupai keadaan hidup sebenar harian bagi ahliahli kumpulan

Tujuan dan sasaran kelompok ini memberi peluang bagi ahli-ahli meluangkan perasaan tidak puas hati mereka dan belajar menangani masalah daripada ahli-ahli dalam kumpulan

6. Kelompok membantu diri Kelompok ini biasanya pula terdiri daripada ahli-ahli yang berlatar belakang sama atau homogenous dan sedang membincang isu atau masalah yang sama Proses kaunseling kelompok 1. Peringkat permulaan Proses penerokaan antara ahli kumpulan 2. Peringkat transisi 3. Peringkat pelaksanaan / perkembangan 4. Peringkat terakhir / tamat Peranan kaunselor sebagai pemudah cara 1. Kaunselor memiliki ciri-ciri boleh menyimpan rahsia klien 2. Bersifat mesra 3. Berkarisma 4. Berkeyakinan 5. Berunsur humor 6. Fleksibiliti / kelenturan 7. Peka terhadap keperluan dan budaya latar belakang klien 8. Kreatif 9. Berani menghadapi cabaran / risiko (dari aspek kaunseling) 10. Mempunyai disiplin diri yang kuat 11. Selalu berpandangan positif Dinamika dalam kelompok 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Berunsur nilai sejagat Berharapan Penuh dengan informasi terkini Bersedia membantu Perkembangan kemahiran bersosial Penekanan pada unsur hubungan interpersonal dalam kelompok Kejelekitan kelompok

Bab 7 Asas Kerjaya dan Memahami Diri Pelajar


1. Membina konsep gaya hidup pelajar sejak kecil adalah penting dan ia merupakan tugas kerja guru bimbingan dan kaunseling di sekolah 2. Terdapat tiga jenis teori kerjaya iaitu : a) Teori kerjaya John Holland (RIASEK) b) Teori kerjaya Super (5 peringkat) c) Teori kerjaya Ginzberg (3 peringkat) 3. Holland membahagikan teorinya kepada enam domain yang utama : a) Realistik (R) b) Investigatif (I) c) Artistik (A) d) Sosial (S) e) Enterprise (E) f) Konvensional (K) 4. Bagi orang realistik (R), kebanyakannya terdiri daripada tukang masak (chef), tukang jahit, tukang gunting, mekanik, operator yang lebih praktikal jenis pekerjaan mereka berbanding dengan kumpulan investigatif (I). 5. Bagi kumpulan kedua investigatif (I) ini, kebanyakan terdiri daripada daripada pakar doktor, saintis, pengkaji selidik sains, editor jurnal sains, ahli uji kaji yang bekerja di makmal sains, pengkaji kimia, biologi, fizik, geologi, zoologi, ahli astrologi, jurutera dan lain-lain. 6. Manakala untuk kumpulan artistik (A), mereka termasuk pelukis, pereka fesyen, pereka pakaian, kasut, pereka dalaman, penyanyi, penari, komposer muzik, konduktor, penyair, seniman, seniwati, artis dan pelakon. 7. Kumpulan sosial (S) pula terdiri daripada guru, kaunselor kerjaya, kaunselor keluarga, terapis pertuturan, doktor, jururawat, pensyarah, pekerja sosial, psikologis, psikiatrist dan lain.lain. 8. Kumpulan kelima enterprise (E) adalah mereka yang giat dalam bidang perniagaan dan perusahaan seperti ahli perniagaan, usahawan, entrepreneur, ahli insurans, promoter, jurujual terus, ahli politik, ahli pidato, pakar penceramah, motivator dan sebagainya. 9. Kumpulan terakhir iaitu kumpulan konvensional (K) adalah mereka yang terlibat dengan kerja statistik, komputer, kira-kira, kerani gaji, jurubank, akauntan dan actuaris 10. Teori kerjaya Donald Super ini terbahagi kepada tiga elemen yang utama iaitu : i. Pembentukan estim kendiri ii. Mentafsirkan estim kendiri dalam alam kerjaya iii. Mempraktiskan idea kerjaya yang cemerlang melalui persepsi kendiri yang positif 11. Menurut Super lagi, peringkat umur setiap orang dalam bidang kerjaya dapat dibahagikan kepada lima peringkat seperti di bawah : i. Peringkat pertumbuhan (5-14 tahun)

ii. Peringkat penerokaan (15-24 tahun) iii. Peringkat pengukuhan (25-44 tahun) iv. Peringkat pengekalan (45-64 tahun) v. Peringkat penurunan (65 tahun dan ke atas) 12. Menurut Ginzberg (1972), membahagikan perkembangan kerjaya seseorang individu kepada tiga peringkat yang utama iaitu : i. Peringkat fantasi peringkat sekolah rendah (umur antara 7-12 tahun) ii. Peringkat tentatif / sementara peringkat sekolah menengah ( umur antara 13-17 tahun) iii. Peringkat realistik peringkat pra dan universiti (umur antara 18-21 tahun) 13. Antara inventori yang terkenal : i. Inventori Self Directed Search (SDS) ii. Senarai Semak Masalah Mooney (SSMM) iii. Inventori Personaliti Sidek (IPS) iv. Inventori Personaliti Warna (IPW) v. Parent Adolescent Communication Inventory (PACI) vi. Beck Depression Inventory (BDI) vii. Rosenberg Self Esteem Scale (RSE) viii. Tenneesee Self Concept Scale (TSCS) ix. Coppersmith Self Concept Scale