Anda di halaman 1dari 10

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN KAEDAH BONEKA

1.0 PENGENALAN Boneka adalah merupakan sebagai sebarang benda objek yang digerak lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej. Apa-apa sahaja benda atau objek ini dapat dijadikan boneka itu pemain akan mencuba untuk menghidupkan watak sama-ada menerusi dialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpa sebarang sebarang dialog.

Boneka ini sesuai digunakan sebagai alat bantuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menyampaikan cerita atau maklumat dengan lebih berkesan. Dengan ini, murid-murid akan lebih menghayati dan memahami sesebuah penyampaian itu dengan khusyuk di samping melihatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka.

Pengaplikasian permainan boneka akan mendedahkan murid untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan serta melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita, dan merangsang imaginasi.Selain daripada itu, penggunaan boneka juga juga mendedahkan murid-murid untuk bekerjasama secara kumpulan.

2.0 JENIS-JENIS BONEKA

2.1 Boneka Sarung Tangan

Sarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan boneka jenis ini, kesemua jari atau hanya sebilangan jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka.

2.2 Boneka lidi

Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya, boneka dijulang pada lidi utama dan lidi-lidi yang lainnya digoyangkan untuk menggerakkan anggota badan boneka tersebut.

2.3 Boneka wayang kulit

Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya di potong keluar. Boneka ini juga boleh dibuat daripada kulit, plastik, lutsinar dan kertas tebal. Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini, ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih.Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin. Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. Satu lagi cara persembahan wayang kulit ialah dengan menggunakan OHP sebagai sumber cahaya dan imej boneka akan terpapar di atas skrin.

2.4 Boneka bertali

Boneka bertali atau marionette diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache, plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat anggota-anggota boneka tersebut bergerak.

2.5 Boneka tongkat

Boneka ini berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat seperti kayu, rotan, buluh dan sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut. Boneka ini menggunakan konsep wayang kulit tetapi berbentuk tiga dimensi.

3.0 AKTIVITI BONEKA Guru boleh mengapikasikan teknik bercerita dengan menggunakan boneka bagi pengajaran bertema yang dihubungkaitkan dengan tajuk pengajaran lain seperti mewarna, pengetahuan sains, dan pengajaran bahasa. Terdapat pelbagai jenis boneka yang boleh disesuaikan untuk aktiviti bercerita. Guru mempunyai dua pilihan untuk menggunakan aktiviti ini. Pertama,guru perlu memilih untuk bercerita terlebih dahulu dengan mencipta skrip, kemudian guru perlu membina boneka berdasarkan watakwatak dalam cerita tersebut. Kedua, guru menggunakan sebarang boneka yang akan menjadi watak dalam cerita.

Cara kedua ini lebih memberi kebebasan kepada guru di samping menggalakkan daya kreativiti pendengaran murid-murid.Bagi bahan cerita yang pendek dan terlalu panjang, guru perlu menulis dalam bentuk skrip berdasarkan cerita itu, sama ada memanjangkan atau memendekkan skripnya. Dialog skrip tidak perlu menggunakan ayat yang panjang dan haruslah disesuaikan dengan pemahaman kanak-kanak. Skrip cerita hanyalah dijadikan sebagai garis panduan pencerita dan boleh diubah suai sewaktu guru menyampaikan cerita.

Guru perlu berlatih menggunakan teknik menggerakkan lakonan boneka supaya dialog yang dituturkan selaras dengan gerak laku boneka. Variasi suara perlu difikirkan kesesuiannya dengan boneka yang akan digunakan. Penggunaan pentas akan membantu keberkesanan penyampaian sesebuah cerita. Walau bagaimanapun guru boleh menggunakan boneka tanpa pentas. Kedudukan pentas boneka boleh disesuaikan di mana-mana sudut. .

4.0KAEDAH MENCIPTA BONEKA Boneka-boneka ini boleh diperbuat daripada pelbagai jenis bahan, di antaranya sarung kaki, benang bulu kambing, kain perca, butang, kertas dan sebagainya.

Contoh cara membuat boneka sarung tangan: Boneka jenis ini adalah antara boneka yang mudah dibuat kerana ia memerlukan sepasang sarung kaki. Bagi melengkapkan boneka ini, badan sarung kaki tersebut dijahit dengan benang bulu kambing yang dibuat rambut. Manakala butang baju yang digunakan sebagai mata kepada boneka tersebut. Lakonan boneka sarung tangan memerlukan satu pentas khas dimana pemain boneka dapat melindungi diri di bahagian bawah kotak yang digunakan sebagai pentas lakonan boneka.

Alat atau bahan: -Sarung kaki, marker, gunting, jarum, benang jahit dan benang bulu kambing, kotak, kertas, butang, kain perca dan gam.

Cara membuatnya:
1. ambil benang bulu kambing dan bentukkan rambut boneka dengan menggunakan gam. 2. Kemudian, bentukkan bahagian muka boneka dengan menjahit butang bagi membuat mata boneka. 3. Marker dan kain perca digunakan bagi membuat bahagian mulut boneka. 4. Bagi membuat pentas lakonan boneka, kotak terpakai digunakan. Kotak di potong dan dibalut dengan kertas warna. 5. Hadapan kotak dilekatkan dengan latar belakang yang ditetapkan. 6. Boneka siap untuk dilakonkan.

5.0 PERSEMBAHAN BONEKA 5.1 Persekitaran Persekitaran tempat pertunjukan boneka perlu lapang. Seeloknya dihamparkan sebidang permaidani untuk membolehkan kanak-kanak duduk dengan selesa sambil menghadap kepada pentas boneka.

5.2 Susun atur Boneka hendaklah disusun di sudut perkembangan bahasa atau di sudut komponen kreativiti dan estetika. Tempat persembahan boneka perlulah lapang tanpa ada sebarang gangguan yang boleh menghalang perjalanan persembahan itu. Susun atur boneka hendaklah mengikut cerita yang hendak disampaikan.

5.3 Teknik penyampaian Terdapat beberapa teknik penyampaian dengan menggunakan boneka. Satu daripada teknik yang boleh digunakan ialah guru menggerak lakonkan boneka dengan berdialog secara selari duduk di depan kanak-kanak tanpa menggunakan pentas. Guru juga boleh mendapatkan khidmat pembantu dalam menggeraklakonkan boneka. Cara kedua ini disesuaikan dengan pentas boneka. Semasa bercerita, gerak lakon boneka disesuaikan dengan dialog seolah-olah boneka berkomunikasi dengan kanak-kanak. Kedudukan boneka di pentas perlu diambil kira iaitu keluar masuk pentas , jarak serta pertukaran masa dan waktu.Kesan muzik latar boleh digunakan untuk menjadikan cerita lebih menarik.

5.4 Persembahan Boneka Semasa membuat persembahan boneka, pelbagai jenis pentas boleh digunakan. Jenis-jenis pentas tersebut adalah seperti berikut: 1. Pentas kerusi Susun beberapa buah kerusi untuk dijadikan asas pentas. Gunakan dua atau empat batang penyapu untuk dijadikan tiang. Rentang kain hitam sebagai tirai. Guru sebagai pemain boneka duduk di belakang kain semasa menggeraklakonkan boneka.

2. Pentas rentang Tirai kain hitam diikat merentang pada dinding.

3. Pentas tingkap Tingkap terbuka (tanpa cermin) boleh digunakan sebagai pentas. Guru duduk di luar dan murid di dalam kelas.

4. Pentas pintu Seperti tingkap, pintu juga boleh digunakan sebagai pentas. Kain, papan atau kertas tebal boleh direntangkan untuk menutupi bahagian bawah pintu. Pemain boneka berada di luar dan penonton di dalam bilik darjah.

5. Pentas meja Susun beberapa buah meja dan tutup dengan kain di bahagian hadapan. Guru duduk di belakang meja semasa bermain boneka.

6. Pentas berlipat Pentas ini boleh dibuat dengan menggunakan rangka kayu sebagai bingkainya kemudian ditutup dengan kain.

7. Boneka tanpa pentas Boneka (biasanya sarung tangan) dimainkan ke arah audiens. Aktiviti yang sesuai ialah aktiviti lisan hyang dilakukan secara berpasangan.

8. Teknik overhead projektor (OHP) Overhead projektor boleh digunakan untuk menggantikan teknik wayang kulit. Objek diletakkan dan digerakkan dan digerakkan di atas cermin lutsinar. OHP dipancar ke dinding atau kain layar.

6.0 RUMUSAN Aktiviti pengajaran menggunakan boneka dapat merangsang minda murid untuk memahami sesuatu pelajaran itu dengan lebih berkesan terutama dalam kemahiran lisan, kefahaman dan membina sebuah karangan. Guru perlu lebih kreatif terutama dalam penyediaan bahan.Dengan menggunakan boneka untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak akan dapat meningkatkan daya kreativiti,perkembangan komunikasi dan bahasa,sosio emosi, menambah ilmu pengetahuan dan juga pengalaman.

Kepentingan boneka dan hubungannya dengan kurikulum dan bidang pengalaman adalah sebagai kaedah mempengaruhi kanak-kanak, menghubungkaitkan dengan keseronokan,meningkatkan perhatian kanak-kanak dan meredakan tekanan, meluaskan perbendaharaan kata kanak-kanak disamping memperkenalkan kanakkanak kepada penggunaan kata simbolik.

Membentuk dan membuat boneka merupakan satu bidang yang mengutamakan penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya. Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan satu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan. Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri reka bentuk di sampin kesesuaian terhadap mesej dan watak yang akan dipersembahkan. Persembahan boneka akan menjadi lebih menarik apabila pereka dapat menampilkan watak-watak yang bersesuaian dengan jalan cerita.

REFLEKSI Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya akhirnya tugasan KKP kumpulan Literasi Bahasa ini dapat saya siapkan pada masa yang telah ditetapkan. Dalam melaksanakan tugasan kumpulan ini, kami dikehendaki membuat boneka(puppet) untuk kegunaan pengajaran dan pembejaran di dalam kelas.Seperti kebiasaannya pelbagai cabaran dan dugaan yang datang.Pertama sekali, kesukaran yang saya hadapi ialah pada musim ini memang digelar musim membuat tugasan,Jadi masalah yang saya hadapi ialah kekangan masa untuk menyiapkan tugasan ini. Namun, saya berjaya mengatasi masalah ini dengan membahagikan masa dengan bijak. Selain itu, semasa membuat tugasan ini, saya dan rakan-rakan kekurangan informasi berkaitan tugasan yang diberi.Justeru saya dan rakan-rakan telah mengunjungi perpusatakaan dan melayari internet untuk mencari maklumat yang berkaitan. Di samping itu, setelah meneliti soalan tugasan saya telah menelaah beberapa buku untuk memahami apa yang dijelaskan mengenai boneka dan bagaimana cara membuatnya serta kaedah yang sesuai dalam menggunakan boneka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.Kemahiran menghasilkan boneka ini dapat saya jadikan panduan pada masa hadapan ketika mengajar kelak. Tambahan lagi, tugasan ini juga, mendedahkan saya tentang cara pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif. Impak membuat tugasan ini kepada saya juga ialah memberikan banyak informasi mengenai kaedah dan strategi pengajaran yang menggunakan bahan bantu mengajar iaitu boneka. Selain itu, saya juga dapat menjana idea bagaimana sebagai seorang guru untuk melakukan satu aktiviti yang boleh membantu perkembangan murid secara holistik dan bersepadu dari segi JERIS.Oleh itu, tugasan ini memberi banyak ilmu kepada saya terutamanya ilmu dari aspek pengajaran dan pembelajaran. Sekian, terima kasih NUR AIN BT ADNAN (911114-08-5370)

Anda mungkin juga menyukai