Anda di halaman 1dari 28

WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA 1 LEMPAR CAKERA

PENGENALAN
Acara melempar cakera merupakan acara tertua dalam kalangan acara balingan.Ia dipertandingkan di Sukan Olimpik di Greek Purba. Pada tahun 1896, cakera kayu digunakan di Athens dengan beratnya kurang daripada 2kg dalam tahun 1908 di Olimpik London barulah berat cakera ditetapkan sebagai 2kg. Sejak acara lempar cakera diperkenalkan pada zaman Greek purba, acara ini telah mengalami banyak perubahan terutama dari aspek peraturan dan gaya lemparan cakera. Dari lemparan cara berdiri di atas "pedestal" dalam pentas bulat, cara melempar yang mengamalkan teknik seperti "melangkah dan lempar", gaya melempar 90, gaya rotasi atau berpusing dan lempar dan pelbagai gaya lemparan lain telah diperkenalkan oleh jaguh-jaguh dunia pada era yang tertentu.

WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA 2 LEMPAR CAKERA

1.0

SEJARAH Lempar cakera merupakan acara lontaran yang mula-mula dicipta sebagai acara

sukan, Lempar cakera dimasukkan ke dalam sdukan olimpik kuno di Greek.Pada masa itu, peralatan atau cakera yang digunakan adalah jauh lebih besar dan lebih berat daripada cakera yang digunakan padsa masa kini. Cakera yang digunakan dalam sukan olimpik moden pertama tahun 1896, adalah seakan-akan sama dengan cakera yang digunakan sekarang. Cakera diperbuat daripada kepingan kayu tebal yang berbentuk bulat leper dan dibaluti besi sekelilingnya, serta dimasukkan timah hitam pada bahagian tengah dengan beratnya nhampir 2kg, iaitu 1.923kg. Untuk mengelakkan cakera dilempar ke merata arah, satu kawasan khas yang berbentuk segi empat sama dengan 2.5m panjang dan lebar telah disediakan. Teknik atau cara membuat lemparan ketika itu adalah bebas, tetapi permulaannya adalah mengikut cara lemparan yang dilakukan pada masa silam, yang menggunakan pergerakan dan kedudukan tangan serta badan yang sedikit bongkoh, tangan menghayunkan cakera dari sisi badan peserta. Cara lemparan seperti ini menyebabkan pergerakan cakera seakan-akan melayang pada jarak yang lebih jauh. Pada sukan olimpik 1912 di Stockholm, acara lempar cakera dipertandingkan menerusi penggunaan dua belah tangan. Caranya ialah dengan setiap peserta akan membuat lemparan kali pertama menggunakan sebelah tangan, dan kali kedua menggunakan tangan yang sebelah lagi. Cara lemparan ini bagaimanapun tidak mendapat sambutan kerana tidak ada teknik tertentu yang digunakan dan jarak cakera juga tidak jauh. Pertandingan cara ini hanya digunakan sehingga tahun 1920, dan selepas itu teknik lemparan baharu diperkenalkan. Kini lempar cakera merupakan salah satu acara yang dipertandingkan dalam kebanyakan sukan olahraga, termasuk di peringkat sekolah.Acara ini disertai oleh lelaki dan juga wanita, tetapi cakera yang lebih kecil dan lebih ringan digunakan oleh wanita.Begitu juga dengan penggunaan cakeradi peringkat sekolah.Jenis cakera ini adalah ditetapkan oleh IAAF yang harus dipatuhi oleh setiap penganjur sesuatu kejohanan olahraga, walau di mana-mana kejohanan diadakan.
2

WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA 3 LEMPAR CAKERA

2.0

PERALATAN YANG DIGUNAKAN Setiap acara padang memerlukan peralatan dan kawasan khusus untuk

membolehkan acara ini dijalankan. Peralatan ini direka dan dibentuk selari dengan keperluan jenis acara serta peraturan yang disyaratkan oleh IAAF. Dengan adanya peralatan kawasan khusus ini, dapat membezakan sesuatu acara lontaran atau lompatan dengan yang lain. Kita bincangkan setiap peralatan yang diperlukan untuk acara lempar cakera ini. i. CAKERA Cakera yang digunakan diperbuat daripada kayu atau bahan lain yang menyerupai kayu, dan dibaluti oleh lingkaran logam besi atau tembaga yang licin. Cakera hendaklah berbentuk bulat tetapi leper.Pada tengah-tengahnya dilekatkan piring bulat daripada besi dan dipasangkan pada kedua-dua belah cakera.Cakera juga boleh diperbuat tanpa melekatkan piring besi pada bahagian tengah, asalkan bahagian tengah ini berbentuk rata dan berat keseluruhan cakera adalah menepati berat yang ditetapkan. BAHAGIAN CAKERA

JENIS DAN BENTUK CAKERA Cakera untuk acara rasmi hendaklah diperbuat daripada kayu atau bahan-bahan sejenis yang sesuai. Di sekeliling cakera itu dibalutkan dengan simpai atau "rim" logam
3

WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA 4 LEMPAR CAKERA

(besi atau tembaga) dan di tengah-tengah muka cakera ada piring bulat logam. Ada juga jenis cakera yang tiada piring bulat logam tersebut.Bagaimanapun, bahagian tengah cakera itu hendaklah rata dan ukuran serta berat cakera hendaklah mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh IAAF (Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa).

UKURAN DAN BERAT CAKERA Kedua-dua belah cakera hendaklah sama rata dan sama bentuk. Saiz dan berat cakera yang digunakan untuk lelaki adalah berbeza dengan cakera untuk wanita.Begitu juga dengan cakera untuk sekolah. Ukuran dan berat cakera mengikut lelaki dan wanita adalah seperti berikut:

Bil 1

Perkara/bahagian Berat keseluruhan untuk pertandingan

Lelaki 2.0kg(minimum)

Wanita 1.0kg(minimum)

Ketebalan bahagian tengah cakera

40-46mm

37-39mm

Diameter piring atau kawasan rata pada tengah cakera

50-57mm

50-57mm

WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA 5 LEMPAR CAKERA

Diameter keseluruhan cakera

218-221mm

180-182mm

Ketebalan logam pada sekeliling cakera

12.0mm

12.0mm

ii.

BULATAN LEMPARAN Bulatan lemparan bermaksud bulatan atau kawasan bulat yang dibentuk khas

untuk peserta lempar cakera membuat lemparannya. Garisan atau bahan yang membentuk bulatan hendaklah diperbuat daripada besi, logam lain dan kayu dengan bahagian atasnya hendaklah sama aras dengan kawasan sekeliling. Bahagian dalam bulatan ini hendaklah diperbuat daripada simen, atau bahan lain yang tidak licin. Permukaan bulatan hendaklah rata dan ukuran pada saiz bulatan ini ialah 2.5m pada diameternya. Bulatan lemparan ini dibahagikan kepada 2 bahagian yang sama besar. Diameter bahagian dalam bulatan lemparan hendaklah terdiri daripada garisan lebih kurang 5mm, manakala garisan bulatannya harus sekurangkurangnya 6mm tebal dan diwarnakan putih.Garisan lurus setebal 5cm lebar hendaklah dilukiskan di luar bulatan sekurang-kurangnya 75cm pada kedua-dua belah bulatan. Permukaan bulatan boleh juga diperbuat daripada kayu atau bahan lain yang sesuai.

iii.

KAWASAN LEMPARAN Kawasan pendaratan atau lemparan cakera dibentuk daripada garisan separuh

bulatan dengan keluasan sudutnya 40 darjah.Panjang kawasan ini tidak terhad.Bagi peringkat sekolah, kawasan ini hendaklah lebih kurang 60m panjang, manakala, bagi peringkat antarabangsa, boleh dipanjangkan sehingga mencapai 100m.Panjang kawasan hendaklah diukur dari tengah bulatan lemparan cakera.
5

WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA 6 LEMPAR CAKERA

Kawasan ini hendaklah bebas daripada sebarang halangan atau gangguan atau penonton. Garisan melengkung mengikut bentuk bulatan kawasan lemparan boleh di adakan pada jarak tertentu, umpamanya 30m, 40m dan 50m untuk peringkat sekolah, dan jarak yang lebih jauh seperti 50m, 60m, 70m dan 80m. Garisan yang menandakan rekod atau pencapaian yang terbaik sesuatu kejohanan juga disediakan oleh sesetengah penganmjur.Garisan ini adalah sebagai panduan kepada para peserta untuk membuat lemparan, setidak-tidaknya untuk mereka mencipta rekod baru.

iv.

KURUNGAN KESELAMATAN Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku

semasa acara lempar cakera dilangsungkan, langkah-langkah keselamatan hendaklah diambil.Langkah yang paling penting ialah dengan memasang kurungan keselamatan dikawasan membuat lemparan.Kurungan ini hendaklah direka dan dipasang dengan kemas supaya dapat menahan lemparan cakera yang beratnya 2kg serta dilemparpada kelajuan sehingga melebihi 25m sesaat. Kurungan ini biasanya berbentuk U, terdiri daripada minimum 6 batang tiang yang menyokong jaring.Permukaan kurungan hendaklah 6 meter, terletak 5m dihadapan bulatan lemparan.Setiap kepingan jaring besi ini hendaklah sekurangkurangnya 4m tinggi.Jaringnya harus daripada bahan sintetik atau wayar yang seumpamanya. Apabila cakera gagal dilempar dengan baik ke kawasan pendaratan yang disediakan, kemungkinan besar akan mengena jaring keselamatan ini. Dengan demikian, cakera akan terjatuh di dalam kawasan yang dipagari ini dan bukan melayang tidak menentu arah. Sudah tentu lemparan itu dikira batal kerana gagal mengikut arah atau laluan yang disediakan.

WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA 7 LEMPAR CAKERA

Bagaimanapun, pada kejohanan olahraga peringkat sekolah atau kadangkadang negeri sekalipun, jaring keselamatan ini tidak disediakan.Ini mungkin kerana teknik lemparan yang dilakukan oleh kebanyakan peserta adalah bukan teknik memusingkan badan, yang tidak mudah menyebabkan cakera mengikut arah yang tidak sepatutnya. Alasan lain mungkin kerana jarak lemparan yang dilakukan agak dekat untuk dipasangkan kurungan keselamatan ini. Bagaimanapun, adalah lebih baik jika pagar ini dipasang, biarpun pertandingan hanya pada peringkat sekolah.

Gambar menunujukkan arah pergerakan dan pendaratan cakera

Gambar menunujukkan kawasan lempar cakera serta kurungankeselamatannya

WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA 8 LEMPAR CAKERA

v.

PITA PENGUKUR Oleh sebab dalam acara lontaran termasuk lempar cakera, kejuaraan

ditentukkan oleh jarak lemparan yang dibuat,maka sudah tentu jarak ini perlu diukur. Alat yang digunakan ialah pita pengukur.pegawai pertandingan akan mengukur setiap jarak yang dicapai oleh peserta kecuali lemparannya dibatalkan.ukuran jarak ini dibuat pada titik yang dicatatkan oleh cakera hingga ke bahagian dalam bulatan kawasan lemparan,walaupun pita ditarik hingga titik tengah bulatan lemparan itu.Bagaimanapun dalam kebanyakan perjumpaan olahraga peringkat antara-bangsa, alat pengukur elektronik sudah digunakan untuk menggantikan pengunnaan pita pengukur. Dengan demikian, setiap jarak yang dibuat dapat diukur dengan lebih cepat dan tepat.

WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA 9 LEMPAR CAKERA

3.0

PRINSIP ASAS MELEMPAR CAKERA Tujuan utama acara lempar cakera adalah untuk melempar cakera itu seberapa

jauh yang boleh dari bulatan lemparan.Garis pusat bulatan adalah berukuran 2.50 meter dan peserta dikehendak ibertindak dari bulatan ini dan mengarahkan cakera ke kawasan sektor yang bersudut 40 di hadapan bulatan. Selain daripada keperluan fizikal seperti kekuatan, kuasa, koordinasi dan ritma yang seharusnya dimiliki oleh seorang pelempar cakera, faktor-faktor rmekanikal juga perlu diambi lperhatian untuk keberkesanan tindakan melempar cakera. Empat faktor utama yang mempengaruhi lemparan adalah: Pegangan cakera dan lakuan sedia Hayunan awal Pusingan Lemparan Pulihan

WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA 10 LEMPAR CAKERA

4.0

TEKNIK MELEMPAR CAKERA

4.1

Gaya Berdiri atau Gaya 90 / Berdiri Statik

Aturan berikut boleh dijadikan penduan dalam melakukan lempara gaya statik ini. 1. Pegangan cakera dengan kemas dan selesa.

2. Peserta

hendaklah

merendahkan

pusat

graviti

badan

dengan

cara

membengkokkan sedikit lutut, terutama lutut kaki belakang. Dengan demikian peserta berada pada kedudukan separuh cangkung.

3. Peserta hendaklah memusingkan badan ke kanan mengikut arah atau sisi yang memegang cakera, sambil pandangan mata hendaklah ditumpukan ke arah hayunan cakera.

4. Siku tangan peserta yang tidak memegang cakera hendaklah dibengkokkan sehingga pada aras bahu untuk mengawal serta menimbangkan pusingan badan.

5. Tangan peserta yang tidak memegang cakera akan menyangga tangan yang memegang cakera ketika hayunan cakera kembali ke hadapan. Pergerakan
10

WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA 11 LEMPAR CAKERA

ini dilakukan beberapa kali bagi mendapatkan hayunan untuk lemparan yang baik.

6. Selepasa peserta mendapatkan pergerakan hayunan tangan serta cakera yang mencukupi, siku tangan yang tidak memegang cakera hendaklah diluruskan sambil melonjakkan dada ke hadapan. Ketika yang sama, keduadua belah peserta diluruskan bagi mendapatkan yang maksimum sambil muka dan mata ditumpukan ke arah kawasan pendaratan cakera.

7. Ketika ini peserta hendaklah menghayunkan cakera hingga ke aras bahu dan melemparkan ke hadapan dengan hayunan atau luncuran cakera secara menaik.

8. Peserta hendaklah berada di kawasan lemparan sehingga cakera selamat mendarat di kawasan pendaratan. Selepas itu peserta hendaklah

meninggalkan kawasan lemparan itu pada sebelah belakang melepas garisan tengah bulatan.

4.2

Gaya Berpusing / Berdiri Pusing

11

WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA 12 LEMPAR CAKERA

Berikut adalah aturan yang boleh dijadikan panduan dalam melakukan berpusing.Perlu diingat panduan ini adalah lebih sesuai untuk peserta lelaki, walaupun mungkin dapat juga dijadikan panduan untuk peserta wanita.

1. Peserta hendaklah berdiri di kawasan permulaaan lemparan dengan badan membelakangi arah kawasan lemparan. Kedudukan kaki peserta adalah pada jarak bahunya dengan tapak kaki belakang diserongkan sedikit dengan menghala ke arah sisi kanan badan, manakala tapak kaki kiri dalam kedudukan selari dengan arah dada yang membelakangi kawasan lemparan. Sementara itu berat badan peserta hendaklah diseimbangi pada kedua-dua belah kaki.

2. Daripada kedudukan sedia ini, peserta boleh memulakan hayunan cakera sebagai persediaan awal untuk pergerakan memusingkan badan. Ketika melakukan hayunan, berat badan peserta akan berpindah dari kaki belakang ke kaki hadapan mengikut arah tangan yang memegang cakera. 3. Peserta akan memusingkan badan yang bermula dengan hayunan persediaan terakhir yang terus memindahkan berat badan ke kaki hadapan, manakala kaki belakang kini berada pada kedudukan baru,mengikut pergerakan pusingan badan peserta. Sebenarnya bergerakan ini berlaku secara atomatik kesan hayunan tangan bersama cakera.Seterusnya hayunan bertukar dalam pergerakan yang lancer lagi licin kepada pusingan keseluruhan badan peserta.Peserta hendaklah memusingkan badan dengan segera serta lurus ke hadapan bagi mendapatkan pengawalan yang rapi terhadap pergerakan badan, peserta hendaklah berpusing dalam keadaan graviti yang rendah.

4. Langkah

seterusnya

ialah

peserta

dengan

cara

lompat

berpusing,

mengarahkan badan ke hadapan bulatan lemparan dalam kedudukan


12

WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA 13 LEMPAR CAKERA

melempar. Pusingan dari kedudukan berdiri bermula di belakang bulatan hendaklah membolehkan peserta mendaratkan kakinya pada kedudukan membuat lemparan dengan berkesan. 5. Selepas Berjaya melakukan lebih kurang antara satu hingga dua pusingan, bermakna peserta kini bersedia untuk membuat lemparan terhadap cakera dalam pegangannya. Teknik lemparan adalah hamper sama dengan teknik dalam lemparan static. Caranya ialah ketika bahagian badan bergerak menghadap ke kawasan lemparan, tangan kiri di lepaskan sambil lutut didongak kea rah kawasan pendaratan.Kedua-dua kaki hendaklah diluruskan selepas lonjakan akhir untuk pelepasan cakera. Cakera dilemparkan apabila tangan yang memegang cakera menamatkan hayunan sampai ke arah bahu. 6. Pergerakan akhir peserta ialah lajakan badan. Lonjakan ini bergantung kepada kelancaran lemparan yang dibuat. Sebagai panduan, berikut adalah kedudukan untuk melakukan lajakan. a. Peserta akan melonjakkan badan ke hadapan sehingga kedudukan peserta berdiri di atas kaki kanan secara menjengket. b. Peserta berada dalam kedudukan terkawal supaya dapat mengelakkan kaki daripada terkena atau terpijak garisan bulatan atau terus terkeluar dari bulatan itu. c. Pandangan peserta hendaklah pada penerbangan cakera sehingga cakera mendarat dengan selamat.

7. Peserta hendaklah meninggalkan kawasan lemparan sebaik sahaja cakera mendarat di kawasan penndaratan dengan menerusi bahagian separuh belakang bulatan.

8. Peserta hendaklah mematuhi aturan dan undang-undang yang ditetapkan untuk lemparan teknik badan berpusing ini.

13

WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA 14 LEMPAR CAKERA

5.0

FASA PELAKSANAAN Fasa pelaksanaan lempar cakera terdiri daripada empat iaitu: Fasa Persediaan Fasa Putaran Fasa Lemparan Fasa Ikut Lajak

14

WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA 15 LEMPAR CAKERA

15

WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA 16 LEMPAR CAKERA

6.0

LATIHAN ANSUR MAJU

6.1 Pegangan Cakera

6.2 Teknik Lemparan

1. Berdiri Hala Hadapan

16

WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA 17 LEMPAR CAKERA

2. Lempar Satu Pusingan

17

WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA 18 LEMPAR CAKERA

3. Lempar Berdiri Dari Posisi Kuasa

18

WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA 19 LEMPAR CAKERA

7.0

LATIHAN MELEMPAR CAKERA 7.1 Asas

Tuis kaki

19

WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA 20 LEMPAR CAKERA

7.2

Pertengahan

20

WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA 21 LEMPAR CAKERA

7.3

Mahir

Menghayunkan cakera

Menghayunkan cakera

Menghayunkan cakera dalam pusingan

Kaki tunjang berada dalam keadaan tetap

Kedudukan kaki ketika memusingkan badan

Memegang cakera

Dari posisi hadapan

Dari posisi lateral

Kedudukan pusingan cakera

Posisi medial

21

WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA 22 LEMPAR CAKERA

8.0

SESI LATIHAN KEMAHIRAN DAN LATIHAN PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI

ANSUR MAJU SERTA

Latihan 1 Tujuan: mengawal cakera semasa hayunan tangan dan memutar cakera ketika melepaskannya.

Panduan Pelaksanaan Aktiviti (a) Berdiri denagn kaki dijarakkan. Kaki kanan di belakang. Bengkokkan kaki sedikit. (b) Hayunan cakera berulang kali ke depan dan kebelakang di sisi badan. Ingat, jangan menggenggam cakera. Pegangan seperti yang diterangkan sebelum ini. (c) Setelah menghayun cakera beberapa kali, condongkan badan ke depan, lepaskan cakera supaya ia bergolek di atas tepinya (simpai logam) secara lurus ke depan. Di saat-saat akhir melepaskan cakera, putarkan cakera dengan pergerakan jari tengah dan telunjuk.

22

WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA 23 LEMPAR CAKERA

Latihan 2 Tujuan: Latihan fasa akhir dalam lemparan cakera.

Panduan Pelaksanaan Aktiviti (a) Berdiri dengan bahu kiri ke arah lemparan. Kedua-dua belah kaki dijarakkan. Pegang cakera di hadapan bahu kiri dengan sokongan tangan kanan. (b) Hayunan cakera ke belakang dengan tangan lurus dan badan mengilas ke kanan. Ketika melakukan pergerakan tersebut, badan berpaksi atas hujung kedua kaki. (c) Sambil mengilaskan badan dan menghayun cakera ke hadapan, tolak dengan kedua-dua belah kaki dan melempar cakera ke kawasan pendaratan.

23

WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA 24 LEMPAR CAKERA

Latihan 3 Tujuan: Latihan berpusing selepas menghayun cakera.

Panduan Pelaksanaan Aktiviti (a) Berdiri menghadap kawasan belakang arah lemparan. Badan direndahkan sedikit. Hayun cakera ke belakang dan ke depan bahu kiri. (b) Pada kali kedua sambil hayun cakera ke depan, badan berpusing ke arah lawan jam (ke sebelah kiri). Cakera masih mengikut dari belakang. (c) Sambil berpusing, kaki kanan digerakkan melepasi kaki kiri yang berpaksi. (d) Lakukannya sehingga badan menghadap semula ke belakang. (e) Garisan dan tandaan boleh diadakan di atas tanah untuk membantu latihan memusingkan badan sebagia panduan kedudukan kaki. Buat latihan dengan pergerakan yang perlahan dan kemudian beransur laju. ***(nota): pada peringkat awal, latihan boleh dilakukan tanpa menggunakan bulatan lemparan dan tanpa memegang cakera.***

24

WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA 25 LEMPAR CAKERA

Latihan 4 Tujuan: Simulasi peringkat selepas akhir pusingan pertama dan permulaan untuk melempar.

Panduan Pelaksanaan Aktiviti (a) Berdiri di tengah-tengah bulatan dan menghadap ke belakang kawasan lemparan dan hayunakan cakera. (b) Hayunan cakera dari belakang sambil mengangkat kaki kiri dan mula mengilaskan badan ke depan bulatan. (c) Apabila cakera sampai kea rah bahu, ia dilempar ke depan. Pada ketika lemparan, pastikan kaki kanan menolak kuat atas tanah.

25

WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA 26 LEMPAR CAKERA

RANCANGAN PENGAJARAN ACARA OLAHRAGA BAGI SATU SESI LATIHAN (LEMPAR CAKERA)

26

WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA 27 LEMPAR CAKERA

RUMUSAN
Acara lempar cakera mempunyai urutan sejarah dan perkembangan yang menarik. Setelah melalui pelbagai zaman dan kejohanan, acara ini telah diubah suai dan banyak perubahan berlaku dari segi undang-undang,sehinggakan kini iamenjadi acara sukan padang yang diminati dan dipertandingkan di seluruh dunia, termasuk di negara kita. Jika kita lihat sepintas lalu, acara ini kelihatan mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja.Bagaimanapun, sebenarnya sukan lempar cakera tidaklah semudah

dijangkakan. Mungkin ada antara merekayang baru menceburkan diri dalam acara ini mampu melakukan lemparan yang agak jauh, tetapi dari segi teknikatau cara melakukan lemparan mungkin tidak betul atau kurang tepat. Untuk mendapatkan teknik lemparan yang betuk dan mampu menghasilkan jarak yang lebih jauh, seseorang itu perlu mengikuti latihan dengan berpandukan tunjuk ajar dan bimbingan jurulatih atau guru pengawas yang berpengalaman. Tekniklemparan yang diubahsuai dan diperbaiki dari semasa ke semasa serta bentuk latihan yang dijalankan menyebabkan jarak lemparan yang dicapai terus meningkat sama ada diperingkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan ataupun antarabangsa, sehinggakan tiada rekod yang dapat bertahan lama. Umpamanya di peringkat dunia, jarak lemparan yang dilakukan telah melebihi 74 meter dan jarak ini dipercayai tidak akan kekal lama, seperti yang terjadi pada acara-acara lontaran dan lompatan yang lainnya. Penggunaan teknik latihan yang menggunakan peralatan serba moden masa kini seperti kaedah sains sukan, pemakanan yang teratur dan terkawal, jurulatih yang berpengalaman, serta latihan yang diadakan di luar negeri, memungkinkan pesertapeserta lempar cakera kita mencapai jarak yang lebih baik dan mungkin akan muncul peserta lempar cakera negara kita yang setanding dengan pencapaian peserta lain di dunia, atau sekadar di peringkat Asia.

27

WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA 28 LEMPAR CAKERA

BIBLIOGRAFI

BUKU RUJUKAN Wee Eng Hoe.2002 .Panduan Pengajaran Olahraga,Shah Alam:Karisma Publication Sdn Bhd.

LAMAN WEB Lempar Cakera. (2001, April 29). Diakses pada Februari 24, 2013, dari Sport: http://garnetcome.blogspot.com/2007/04/lempar-cakera-1.html lempar cakera. (2012, Jun 6). Diakses padaFebruari 21, 2013, dariNota-Nota PISMP Pendidikan Jasmani & Kesihatan: http://nota-

notapismppj.blogspot.com/2012/06/lempar-cakera.html FAIRUS. (2011, Januari 7). Lempar Cakera 1. Diakses padaFebruari 23, 2013, dariPendidikan Jasmani dan Kesihatan:

http://smksbpjpk.blogspot.com/2011/01/lempar-cakera-1.html faozika. (2009, Oktober 11). lempar cakera. Diakses padaFebruari 21, 2013,dariSukan Olahraga: http://olahraga2u.wordpress.com/2009/10/11/lempar-cakera/ Lempar Cakera. (n.d.). Diakses padaFebruari 21, 2013, daridocstoc:

http://www.docstoc.com/docs/78070376/Lempar-Cakera Wikipedia. (n.d.). Lempar cakera. Diakses padaFebruari 21, 2013, dariWikipedia : http://ms.wikipedia.org/wiki/Lempar_cakera

28

Anda mungkin juga menyukai