Anda di halaman 1dari 11

PANDUAN MENGANALISIS TEKS UNTUK TUGASAN

Tajuk: Jenis Binaan dan Peratusan Ayat Tunggal dan Majmuk


(Tajuk dibuat daripada maksud tiga aspek kehendak tugasan)

Pendahuluan Nyatakan dalam tiga atau empat ayat tentang apa dan bagaimana hendak melakukan tugasan. Tujuan Kalau teks yang dikaji hanya satu, ada dua tujuan, iaitu: i. ii. Menganalisis jenis binaan ayat tunggal dan ayat majmuk. Membuat perbandingan antara ayat tunggal dengan ayat majmuk dan subjenis masing-masing. Kalau ada dua teks, jadi tiga tujuan, iaitu membandingkan antara dua teks dengan butiran tujuan dalam i dan ii di atas. Bidang Kajian ini melibatkan aspek analisis sintaksis, iaitu jenis binaan ayat tunggal dan ayat majmuk dan subjenis masing-masing.

Bahan Bahan ini diambil daripada Utusan Online, ARKIB : 24/03/2013 dengan tajuk: Bahasa dan pemikiran BahaZain OLEH AMINUDIN MANSOR (amimasra@gmail.com) dan alamat artikel penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sastera/20130324/sa_02/Bahasa-danpemikiran-Baha-Zain#ixzz2OktOpktw Utusan Melayu (M) Bhd ). Khalayaknya pembaca yang tahu berbahasa Melayu. Kaedah Bahan diambil daripada Utusan online. Ayat dianalisis sepenuhnya dalam Lampiran 1. Analisis melibatkan tiga jadual, iaitu Jadual Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk, Jadual Analisis Ayat Tunggal, dan Jadual Analisis Ayat Majmuk. Perincian jenis dan subjenis serta peratusan masing-masing dilakukan. Konsep (Terdapat konsep penting yang digunakan dalam tugasan. Konsep ini perlu

didefinisikan untuk keperluan tugasan tersebut. Definisi itu perlu dengan perkataan sendiri, bukan secara memetik. Dalam hal ini, konsep seperti ayat, ayat dasar, ayat tunggal, ayat majmuk serta jenis dan subjenisnya hendaklah dinyatakan.)

Analisis Dapatan daripada analisis sepenuhnya terdapat dalam Lampiran I. (Di sini ditunjukkan cara menggunakan dapatan analisis sepenuhnya.) Daripada analisis seperti dalam Jadual Analisis Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk Lampiran 1, ayat majmuk berjumlah 5 (100.00%) berbanding dengan ayat tunggal, 0 (100.00%). Ini bermakna dalam teks yang dikaji semuanya ayat majmuk. Contoh ayat majmuk: 1. KEKUATAN Sasterawan Negara ke-12, Datuk Baharuddin Zainal (Baha Zain) terletak pada gaya penulisan yang tajam dan intelektual.

2. Aspek bahasa dan pemikiran yang bernas dan agung terdapat dalam Kumpulan puisi Bayang-Bayang (1974), Dari Catatan tengah Malam (1978), Tiga Catatan Perjalanan (1980), Jalan Desa Ke Kota (1994) dan Menangguhkan Kebenaran dan Sajak-Sajak lain (2008). 3. Ini jelas daripada kumpulan puisinya yang pertama memperlihatkan gaya, bentuk dan penyampaiannya sangat mengesankan. 4. Pengkritik penting Rom, Dionysius Cassius Longinus mensyaratkan lima prinsip karya terbaik, iaitu pemikiran yang agung, emosi yang intens, komposisi yang kemas, pemilihan diksi dengan metafora yang sesuai dan penggunaan bahasa yang tepat. (Kalau angka dan peratusan tadi dan yang berikutnya ditunjukkan dalam betuk graf dan carta pie, lebih menarik dan mudah difahami. Itu dikira daya usaha pelajar.) Dapatan daripada Jadual Analisis Ayat Tunggal menunjukkan bahawa tidak ada jenis ayat tunggal ditemui dalam teks yang dikaji. Jenis yang dimaksudkan itu ialah Ayat Tunggal FN+FN, Ayat Tunggal FN+FK, FN+FS. Jadual Analisis Ayat Majmuk pula menunjukkan 4 (80.00%) ayat majmuk jenis campuran berbanding dengan 1 (20.00%) ayat majmuk pancangan. Tidak ada ayat majmuk jenis gabungan. Contoh ayat majmuk campuran: Ayat Tunggal FN+FA, dan Ayat Tunggal

1.

KEKUATAN Sasterawan Negara ke-12, Datuk Baharuddin Zainal (Baha Zain) terletak pada gaya penulisan yang tajam dan intelektual.

2. Aspek bahasa dan pemikiran yang bernas dan agung terdapat dalam Kumpulan puisi Bayang-Bayang (1974), Dari Catatan tengah Malam (1978), Tiga Catatan Perjalanan (1980), Jalan Desa Ke Kota (1994) dan Menangguhkan Kebenaran dan Sajak-Sajak lain (2008).

3. Ini jelas daripada kumpulan puisinya yang pertama memperlihatkan gaya, bentuk dan penyampaiannya sangat mengesankan. 4. Pengkritik penting Rom, Dionysius Cassius Longinus mensyaratkan lima prinsip karya terbaik, iaitu pemikiran yang agung, emosi yang intens, komposisi yang kemas, pemilihan diksi dengan metafora yang sesuai dan penggunaan bahasa yang tepat.

Manakala contoh ayat majmuk pancangan di bawah: 1. Isu yang dipilih jarang disentuh dalam kalangan penyair lain.

Dari segi perincian jenis ayat majmuk pancangan, dilihat terdapat

1 (100.00%) ayat

majmuk pancangan relatif. Tidak ada jenis ayat majmuk pancangan yang lain, iaitu ayat majmuk pancangan komplemen dan ayat majmuk pancangan keterangan. Contoh ayat majmuk pancangan relatif di bawah: 1. Isu yang dipilih jarang disentuh dalam kalangan penyair lain.

Penutup Tugasan ini hanya mempunyai dua tujuan, iaitu untuk menganalisis dan membuat perbandingan. Didapati ayat tunggal tidak wujud dalam teks yang dikaji. Ayat majmuk wujud dalam semua ayat tetapi kebanyakannya ayat majmuk campuran. Ayat majmuk pancangan sangat sedikit, dan hanya daripada jenis ayat majmuk pancangan relatif. Dicadangkan kajian lanjutan dibuat sama ada dengan menambahkan teks yang sama genre atau genre yang lain, atau cakupan yang lebih luas seperti dengan mengambil kira jenis ayat yang berdasarkan intonasi. Contohnya, ayat tunggal yang berintonasi ayat penyata, tanya, perintah, atau seruan. Begitu juga dengan ayat majmuk, boleh dilihat dari sudut intonasinya.

Nota Hujung (Tidak ada.)

Bibliografi (Perlu ada. Pastikan formatnya seragam. Seboleh mungkin, gunakan Gaya Dewan.)

Lampiaran I Analisis Sepenuhnya Jadual Analisis AT dan AM

Bil A 1.

Senarai Ayat

AT

AM

KEKUATAN Sasterawan Negara ke-12, Datuk Baharuddin Zainal (Baha Zain) terletak pada gaya penulisan yang tajam dan intelektual. Aspek bahasa dan pemikiran yang bernas dan agung terdapat dalam Kumpulan puisi BayangBayang (1974), Dari Catatan tengah Malam (1978), Tiga Catatan Perjalanan (1980), Jalan Desa Ke Kota (1994) dan Menangguhkan Kebenaran dan Sajak-Sajak lain (2008). Ini jelas daripada kumpulan puisinya yang pertama memperlihatkan gaya, bentuk dan penyampaiannya sangat mengesankan. Isu yang dipilih jarang disentuh dalam kalangan penyair lain.

2.

3.

4.

0 5.
Pengkritik penting Rom, Dionysius Cassius Longinus mensyaratkan lima prinsip karya terbaik, iaitu pemikiran yang agung, emosi yang intens, komposisi yang kemas, pemilihan diksi dengan metafora yang sesuai dan penggunaan

bahasa yang tepat.

Jumlah Ayat: 5

AT:0 (0.00%)

AM:5 (100.00%

AT+AM=5 (100.00%)

Jadual Analisis AT

Bil A 1.

Senarai Ayat 1
KEKUATAN Sasterawan Negara ke-12, Datuk Baharuddin Zainal (Baha Zain) terletak pada gaya penulisan yang tajam dan intelektual.

AT 2 3 4

0 0

2.

Aspek bahasa dan pemikiran yang bernas dan agung terdapat dalam Kumpulan puisi BayangBayang (1974), Dari Catatan tengah Malam (1978), Tiga Catatan Perjalanan (1980), Jalan Desa Ke Kota (1994) dan Menangguhkan Kebenaran dan Sajak-Sajak lain (2008). Ini jelas daripada kumpulan puisinya yang pertama memperlihatkan gaya, bentuk dan penyampaiannya sangat mengesankan.

0 0

3.

0 0

4.

Isu yang dipilih jarang disentuh dalam kalangan penyair lain.

0 0

5.

Pengkritik penting Rom, Dionysius Cassius Longinus mensyaratkan lima prinsip karya terbaik, iaitu pemikiran yang agung, emosi yang intens, komposisi yang kemas, pemilihan diksi dengan metafora yang sesuai dan penggunaan bahasa yang tepat.

0 0

AT 1 : 0 (0.00%) 2 : 0 (0.00%) 3 : 0 (0.00%) 4 : 0 (0.00%) Jumlah Jenis Pembinaan AT: 0 (0.00%)

Jadual Analisis AM

Bil A 1.

Senarai Ayat 1
KEKUATAN Sasterawan Negara ke-12, Datuk Baharuddin Zainal (Baha Zain) terletak pada gaya penulisan yang tajam dan intelektual.

AM 2 2.1 2.2 2.3 3

0 0

2.

Aspek bahasa dan pemikiran yang bernas dan agung terdapat dalam Kumpulan puisi BayangBayang (1974), Dari Catatan tengah Malam (1978), Tiga Catatan Perjalanan (1980), Jalan

0 0

Desa Ke Kota (1994) dan Menangguhkan Kebenaran dan Sajak-Sajak lain (2008).

3.

Ini jelas daripada kumpulan puisinya yang pertama memperlihatkan gaya, bentuk dan penyampaiannya sangat mengesankan.

0 0

4.

Isu yang dipilih jarang disentuh dalam kalangan penyair lain.

0 1

5.

Pengkritik penting Rom, Dionysius Cassius Longinus mensyaratkan lima prinsip karya terbaik, iaitu pemikiran yang agung, emosi yang intens, komposisi yang kemas, pemilihan diksi dengan metafora yang sesuai dan penggunaan bahasa yang tepat.

0 0

AM 1: 2: 2.1: 1 (100.00%) 2.2: 0 (0.00%) 2.3: 0 (0.00%) Jumlah AM2: 1 (100.00%) 0 (0.00%) 1 (20.00%?)

3:

4 (80.00%?) Jumlah Jenis Pembinaan AM: 5 (100.00%)

Singkatan dan Kod Analisis Bil=Bilangan A= Ayat AT= Ayat Tunggal AT1= Ayat Tunggal FN+FN AT2= Ayat Tunggal FN+FK AT3= Ayat Tunggal FN+FA AT4= Ayat Tunggal FN+FS AM=Ayat Majmuk AM1=Ayat Majmuk Gabungan AM2=Ayat Majmuk Pancangan AM2.1= Ayat Majmuk Pancangan Relatif AM2.2= Ayat Majmuk Pancangan Komplemen AM2.3= Ayat Majmuk Pancangan Keterangan AM3= Ayat Majmuk Campuran

Lampiran II Bahan
ARKIB : 24/03/2013 Share on linkedinShare on facebookShare on twitterShare on emailMore Sharing Services0

Bahasa dan pemikiran Baha Zain


OLEH AMINUDIN MANSOR (amimasra@gmail.com)

KEKUATAN Sasterawan Negara ke 12, Datuk Baharuddin Zainal (Baha Zain) terletak pada gaya penulisan yang tajam dan intelektual. Aspek bahasa dan pemikiran yang bernas dan agung terdapat dalam Kumpulan puisi Bayang-Bayang (1974), Dari Catatan tengah Malam (1978), Tiga Catatan Perjalanan (1980), Jalan Desa Ke Kota (1994) dan Menangguhkan Kebenaran dan Sajak-Sajak lain (2008). Ini jelas daripada kumpulan puisinya yang pertama memperlihatkan gaya, bentuk dan penyampaiannya sangat mengesankan. Isu yang dipilih jarang disentuh dalam kalangan penyair lain. Pengkritik penting Rom, Dionysius Cassius Longinus mensyaratkan lima prinsip karya terbaik, iaitu pemikiran yang agung, emosi yang intens, komposisi yang kemas, pemilihan diksi dengan metafora yang sesuai dan penggunaan bahasa yang tepat.

(Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sastera/20130324/sa_02/Bahasa-dan-pemikiran-BahaZain#ixzz2OktOpktw Utusan Melayu (M) Bhd )