Anda di halaman 1dari 3

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN MATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN 5 2013

Meningkatkan Penguasaan Bagi Menerangkan Tindak Balas Alkena Dengan Menggunakan Persamaan Kimia, Pemangkin Dan Kondisi Yang Betul Dalam Soalan Essei Kertas Dua Dengan Menggunakan Permainan Hangman dan Kaedah Peta Minda.

Tempat: SMK Dato Syed Esa, Batu Pahat, Johor.

Penyelidik: Pn. Rose Emilia Binti Muzmi

1. Tajuk Meningkatkan Penguasaan Bagi Menerangkan Tindak Balas Alkena Dengan Menggunakan Persamaan Kimia, Pemangkin Dan Kondisi Yang Betul Dalam Soalan Essei Kertas Dua Dengan Menggunakan Permainan Hangman dan kaedah Peta Minda.

2. ISU / KEPERIHATINAN YANG DIKAJI Masalah utama yang dapat di kesan adalah : a) Pelajar-pelajar tidak minat kimia. b) Pelajar-pelajar tidak dapat mengenalpasti perbezaan tindakbalas alkena dengan tepat. c) Pelajar-pelajar keliru tentang pemangkin dan kondisi setiap tindakbalas oleh itu penyelidik terpanggil untuk mengkaji kaedah yang dapat menarik minat pelajar untuk mengatasi masalah di atas.

3. Refleksi Masalah Berdasarkan analisis matapelajaran kimia bagi penilaian kurikulum 1 2013, kelas 5 Sains Sukan hanya mencapai74.29% lulus dan 25.71% gagal. Di dapati, keadaan ini berpunca daripada sikap pelajar yang tidak minat subjek Kimia dan menganggap subjek ini susah. Penyelidik mengambil inisiatif menggunakan konsep permainan Hangman dan menyesuaikan dengan keadah peta minda.

4.

OBJEKTIF 4.1 Objektif Am: Tujuan kajian ini adalah untuk Meningkatkan Penguasaan Bagi Menerangkan Tindak Balas Alkena Dengan Menggunakan Persamaan Kimia, Pemangkin Dan Kondisi Yang Betul Dalam Soalan Essei Kertas Dua Dengan Menggunakan Permainan Hangman dan kaedah Peta Minda. Di akhir kajian, pelajar-pelajar dapat betul 5 daripada 6 tindakbalas kimia bagi alkena.

4.2 Objektif Khusus:

5. Kumpulan Sasaran 9 orang pelajar, kelas 5 sains Sukan yang gagal subjek kimia bagi penilaian kurikulum 1.

6. Tindakan Permainan Hangman Pelajar-pelajar dikehendaki mengisi tempat kosong di dalam peta minda yang disediakan. Sekiranya pelajar salah untuk setiap satu tindakbalas, maka guru akan memulakan melukis gambar hangman bermula dengan bentuk bulat. Sekiranya pelajar masih salah untuk 5 tindakbalas berikutnya, maka guru akan melukis gambar hangman sehingga habis.

7. Pemerhatian Semasa pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, guru akan melihat bagaimana respon pelajar setiap kali soalan-soalan alkena digunakan. Guru juga dapat melihat sikap pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sama ada memberi tumpuan atau tidak . Guru dapat mengesan kelemahan pelajar dengan cepat dan memberikan bantuan Guru menggunakan kaedah peta minda untuk membantu pelajar mengenalpasti tindakbalas alkena dengan jelas dan Permainan Hangman digunakan untuk menarik minat pelajar terhadap subjek Kimia.