Anda di halaman 1dari 23

[1]

KAJIAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH

Oleh :

Melati Binti Sabtu

Saliza Binti Abdul Razak Kolej Komuniti Temerloh

2011

ABSTRAK

Dalam era globalisasi hari ini kita tidak dapat lari dari perkembangan teknologi komputer dan maklumat. Penggunaan teknologi ini telah berkembang dengan pesat dalam sistem pendidikan negara samada di peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam proses pembelajaran di kalangan pelajar mempunyai banyak kelebihan dan impaknya. Kemampuan pelajar menguasai kedua-dua aspek ini sangat membantu dalam menjayakan sesi pembelajaran yang lebih mudah dan menarik. Justeru itu kajian ini dijalankan bagi melihat keberkesan penggunaan komputer dan teknologi maklumat di kalangan pelajar. Skop kajian dijalankan di Kolej Komuniti Temerloh dengan bilangan sampel yang dipilih secara rawak seramai 76 orang. Kajian melibatkan tiga program iaitu; Program Teknologi Maklumat, Program Fesyen dan Pakaian dan Program Penyenggaraan Bangunan. Data dikumpul dengan menggunakan set soal selidik. Hasil kajian menunjukkan penerimaan pelajar terhadap penggunaan komputer dalam melaksanakan tugasan atau laporan adalah sangat baik. Seterusnya dapatan kajian juga menunjukkan penerimaan pelajar terhadap pencarian maklumat dalam melengkapkan tugasan atau laporan dengan menggunakan teknologi maklumat juga amat baik. Pelajar mengatakan bahawa kerja mencari bahan tugasan atau laporan amat mudah dan pantas dengan menggunakan komputer. Walau bagaimanapun masih terdapat sebilangan kecil yang tidak tahu menggunakan enjin carian secara berkesan dan tidak mahir mencari bahan secara atas talian.

BAB 1 : PENGENALAN

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Revolusi komputer, dari komputer desktop ke komputer telapak, komputer baru sentiasa dijual setiap saat di serata dunia. Komputer merupakan alat elektronik yg menyimpan, menganalisis dan mengeluarkan maklumat sebagaimana yang dikehendaki atau yang diarahkan. Komputer dapat menyimpan maklumat, mengubah imej, mereka bentuk objek dan sebagai alat bermain permainan komputer. Dengan menggunakan aturcara multimedia, pengguna boleh berinteraksi dengan perkataan, imej dan bunyi, yang boleh mengubah cara belajar.

Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat. Perkembangan dalam teknologi maklumat kini dilihat semakin gah berkembang sejajar dengan perkembangan arus pemodenan dunia globalisasi. Ledakan teknologi ini telah membawa banyak perubahan kepada pelbagai golongan masyarakat di seluruh

[2]

dunia bagi membolehkan mereka bersaing di peringkat global.

Pada zaman bermaklumat dan

berteknologi ini, maklumat itu dianggap kuasa dan komoditi yang berharga yang boleh mengubah senario kehidupan dunia. Boleh dikatakan maklumat diperlukan oleh manusia seperti mereka perlukan wang malah tidak dapat disangkal lagi bahawa manusia tidak selesa hidup tanpa wang seperti manusia tidak dapat meneruskan kehidupan tanpa maklumat (Utusan, 2001). Kini, teknologi maklumat amat penting dalam usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara maju pada tahun 2020.

Di Malaysia perkembangan

komputer dan teknologi maklumat di kalangan masyarakat dilihat suatu yang positif di mana ia telah menggalakkan semua lapisan masyarakat melengkapkan diri dengan ilmu teknologi maklumat. Namun terdapat segelintir golongan memandang remeh terhadap perkembangan komputer dan teknologi maklumat kerana mereka beranggapan penggunaan komputer dan teknologi maklumat tidak penting dalam kehidupan

seharian. Dr. Rahmah Hashim (Utusan, 2002), berpendapat kejayaan atau kegagalan memasyarakatkan ICT banyak bergantung kepada kefahaman, keyakinan dan kesungguhan, serta komitmen semua pihak tidak kira anggota masyarakat, sektor awam mahupun swasta. Oleh itu, pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh kerajaan seperti membenarkan wang KWSP dikeluarkan untuk membeli komputer dan Kempen Satu Rumah Satu Komputer dalam usaha untuk memastikan masyarakat Malaysia tidak ketinggalan dalam arus teknologi yang serba canggih.

Revolusi komputer dan teknologi maklumat pada masa kini telah digunakan secara global dan revolusi ini telah meresap ke semua sektor dalam kehidupan masyarakat. Pengenalan kepada komputer dan teknologi maklumat telah membawa kepada sikap yang positif di kalangan pelajar. Ini kerana komputer dan teknologi maklumat menyediakan peluang yang luas dalam aktiviti pembelajaran berbanding dengan kaedah tradisional. Kemudahan internet, hipermedia dan multimedia telah memudahkan

[3]

pendekatan dan kaedah belajar yang tidak mungkin dapat dilaksanakan sekiranya menggunakan kaedah tradisional. Komputer dan teknologi maklumat menyediakan kaedah dengan memberi penekanan kepada penciptaan dan penerokaan ilmu secara aktif selain daripada menerima ilmu secara sehala sahaja.

Keberkesanan komputer dan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat dilihat seawal peringkat pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah sehingga ke institusi pengajian tinggi. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil langkah awal dengan memperkenalkan pelbagai program dalam usaha untuk memperkenalkan dan mendedahkan penggunaan komputer dan teknologi maklumat di kalangan generasi muda yang diharap dapat menjadi generasi celik teknologi maklumat yang cemerlang. Antara program tersebut seperti ‘my- Schoolnet’, ‘portal my-GFL’ (Malaysian Great For Learning) dan ‘portal Eduwebtv’. Usaha-usaha kerajaan ini dapat dibuktikan dengan petikan kata-

kata dari Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein :

”Kementerian ini sentiasa mencari jalan terbaik bagi menyahut hasrat kerajaan untuk memajukan bidang teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dalam pendidikan”

Institusi pengajian tinggi juga dilihat banyak mengaplikasikan penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam P&P. Komputer dan teknologi maklumat memainkan peranan yang penting sebagai alat bantuan mengajar yang serba canggih dan lebih berkesan daripada pendekatan ‘Paper & Chalk’. Kementerian Pengajian Tinggi telah mengambil langkah mempergiatkan penggunaan komputer dan teknologi maklumat bagi semua kursus di IPT seperti pembelajaran jarak jauh, e- pembelajaran, pembangunan perisian kursus serta penilaian kursus secara dalam talian.

Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi merupakan salah satu institusi yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran kepada semua

[4]

peringkat umur dan memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi. Objektif penubuhan Kolej Komuniti adalah untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti, berteknologi tinggi dan holistik dengan menyediakan pendidikan dan latihan kemahiran kepada semua peringkat masyarakat, menganjur dan menyediakan pembelajaran sepanjang hayat untuk menjadikan komuniti berpengetahuan (k- community), menganjur dan menyediakan latihan peningkatan kemahiran (up- skilling), latihan pemantapan kemahiran (re-skilling), dan latihan sangkutan (attachment training) untuk keperluan tenaga kerja setempat, mewujudkan dan menganjurkan rangkaian strategik dan pakatan strategik dengan komuniti setempat dan pemegang taruh (stakeholder), dan menyediakan kemudahan, perkhidmatan dan sistem pembelajaran yang kondusif dan berkualiti. Jesteru itu, penggunaan teknologi maklumat yang efisien, terancang dan bersesuaian dapat dijadikan sebagai wadah komunikasi abad ini yang mempercepatkan dan

mempermudahkan hubungan serta perolehan maklumat. Keupayaan Kolej Komuniti dalam menguasai teknologi maklumat adalah amat diperlukan agar dapat membantu komuniti setempat membaiki diri dan tidak ketinggalan dalam ilmu pengetahuan.

Sehubungan dengan itu, kajian ini dilaksanakan untuk melihat sejauhmana keberkesanan penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam pembelajaran di kalangan pelajar Kolej Komuniti Temerloh.

1.2 PENYATAAN MASALAH

Penggunaan komputer dan teknologi maklumat boleh memberikan signifikan terhadap keberkesanan, kecekapan dan produktiviti di dalam aktiviti yang dijalankan. Revolusi maklumat yang berlaku disebabkan oleh kemajuan komputer, teknologi maklumat dan komunikasi memberi cabaran baru kepada pelajar pelbagai bidang pendidikan. Kemajuan revolusi yang berlaku ini perlu dimanfaatkan oleh pelajar untuk mempertingkatkan diri ke

[5]

arah generasi celik teknologi maklumat yang cemerlang.

Melalui kajian ini, faktor-faktor tertentu mempengaruhi keberkesanan penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam pembelajaran di kalangan pelajar Kolej Komuniti Temerloh. Antaranya ialah faktor dari segi aspek pengetahuan, kemahiran dan teknologi. Aspek pengetahuan lebih memfokuskan kepada pengetahuan pelajar tentang cara penggunaan peralatan, perisian komputer dan teknologi maklumat. Aspek kemahiran pula lebih memfokuskan kepada kemahiran pelajar menggunakan komputer dalam membuat tugasan atau laporan dan juga kemahiran pelajar mencari maklumat atau bahan-bahan rujukan dengan menggunakan teknologi maklumat. Dari segi aspek teknologi pula, lebih memfokuskan kepada kemahiran pelajar dalam menggunakan teknologi internet, enjin pencarian, muat turun dan sebagainya.

Seperti yang kita sedia maklum pelajar Kolej Komuniti merupakan kumpulan pelajar tanpa had umur, jantina

dan bangsa. Program-program yang ditawarkan di Kolej Komuniti merupakan program latihan kemahiran yang berdasarkan kepada proses kerja sebenar. Pelajar perlu menghasilkan pelbagai bentuk tugasan atau laporan yang ditentukan oleh pensyarah sepanjang pengajian mereka. Pelajar Kolej Komuniti Temerloh juga tidak terkecuali menghadapi situasi sebegini. Dalam masa yang terhad, pelajar perlu menyiapkan setiap tugasan atau laporan yang diberikan oleh setiap pensyarah. Sekiranya para pelajar menggunakan teknologi komputer, iaitu perisian seperti Microsoft Office’, ‘AutoCad’, ‘Adobe’ dan sebagainya serta teknologi rangkaian internet sudah tentu tugasan atau laporan mereka dapat disiapkan dengan cekap, pantas dan tepat. Justeru itu, faktor penggunaan teknologi maklumat dilihat mampu memainkan peranan yang penting dalam memastikan keberkesanan pembelajaran di kalangan pelajar Kolej Komuniti Temerloh.

Berdasarkan kepada apa yang dinyatakan di atas maka satu kajian mengenai keberkesanan penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam

[6]

pembelajaran di kalangan pelajar Kolej Komuniti Temerloh perlu dijalankan. Kajian ini perlu dijalankan bagi memastikan penggunaan komputer dan teknologi maklumat benar-benar dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran pelajar Kolej Komuniti Temerloh.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan untuk melihat sejauhmana keberkesanan penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam pembelajaran di kalangan pelajar Kolej Komuniti Temerloh.

Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif-objektif berikut :

1. mengenalpasti penerimaan pelajar terhadap penggunaan komputer dalam membuat tugasan/laporan

2. mengenalpasti penerimaan pelajar terhadap pencarian maklumat untuk melengkapkan tugasan/laporan dengan menggunakan teknologi maklumat.

1.4 PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan kepada objektif-objektif kajian, beberapa soalan kajian

dikemukakan bagi mencapai kajian :

objektif

[7]

Pelajar-pelajar ini dipilih secara rawak daripada populasi pelajar seramai 252

orang untuk dijadikan sampel kajian. Oleh

itu, jumlah keseluruhan sampel kajian

yang digunakan adalah sebanyak 76

orang responden sahaja.

1.

Apakah penerimaan pelajar terhadap

 

penggunaan komputer dalam membuat tugasan/laporan ?

1.6

KEPENTINGAN KAJIAN

2.

Apakah penerimaan pelajar terhadap pencarian maklumat untuk melengkapkan tugasan/laporan dengan menggunakan teknologi maklumat ?

Setiap kajian yang dijalankan selalunya mempunyai kepentingan tertentu. Kajian ini dijalankan bagi mengkaji keberkesanan penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam pembelajaran

 

di

kalangan pelajar Kolej Komuniti

1.5

BATASAN

KAJIAN

/

SKOP

Temerloh. Dalam kajian ini, faktor yang dikaji adalah meliputi aspek pengetahuan,

KAJIAN

kemahiran dan teknologi. Aspek-aspek ini

Justeru itu, dapatan akhir kajian ini

Dalam kajian ini, kajian dibataskan kepada perkara-perkara tertentu supaya skop kajian tidak terlalu luas. Batasan- batasan kajian meliputi tempat kajian dan sampel kajian yang dipilih. Tempat kajian yang dilakukan adalah di Kolej Komuniti Temerloh, Pahang. Kajian ini hanya terbatas kepada 76 orang pelajar sepenuh masa dan modular dari Program Teknologi Maklumat, Penyenggaraan Bangunan dan Fesyen dan Pakaian sahaja.

dianggap sebagai tunjang utama bagi mengukur sejauh mana keberkesanan penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam pembelajaran di kalangan pelajar Kolej Komuniti Temerloh dapat ditingkatkan.

diharap dapat memberi maklumat kepada institusi mengenai tahap penerimaan pelajar yang terdiri daripada pelbagai bidang program di Kolej Komuniti

[8]

Temerloh terhadap penggunaan

Dapatan kajian yang dijalankan ini

semasa

bagi

manfaat

pada

masa

akan

komputer dan teknologi maklumat dalam

datang.

pembelajaran pelajar agar dapat sama- sama memperbaiki kelemahan dan mempertingkatkan lagi kecekapan yang

BAB 2 : KAJIAN LITERATUR

 

ada bagi mempersiapkan diri pelajar yang bakal menempuh alam pekerjaan yang lebih mencabar pada masa hadapan.

juga diharap dapat memberi manfaat kepada institusi untuk menilai keberkesanan penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar bagi mengoptimumkan penggunaan komputer dan teknologi maklumat seperti yang diharapkan oleh semua pihak.

Perkembangan komputer dan teknologi maklumat yang pesat telah merubah corak pendidikan masa kini dengan penggunaan teknologi maklumat sebagai alat bantuan mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Dalam konteks pengajaran, komputer dan teknologi maklumat digunakan sebagai tutor dan alat demonstrasi. Dalam konteks pembelajaran pula, penggunaan komputer dan teknologi maklumat boleh dikategorikan sebagai tutorial,

Dapatan kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran yang jelas dan dijadikan garis panduan yang berguna kepada semua pihak untuk meningkatkan lagi prestasi pengajaran dan pembelajaran dengan berbekalkan kemudahan dan kecanggihan teknologi yang ada bagi memastikan tahap keberkesanan dan kompetensi dapat dipertingkatkan lagi dari semasa ke

penerokaan, aplikasi dan komunikasi. Implementasi teknologi maklumat untuk meningkatkan P&P secara keseluruhannya telah menunjukkan banyak cabaran yang perlu dihadapi dan ditangani. Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat pada abad ke-21 dan perubahan ke arah masyarakat bermaklumat menimbulkan cabaran baru kepada institusi pendidikan. Untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 dan mewujudkan masyarakat bermaklumat,

maka inisiatif untuk mengintegrasikan penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam P&P adalah perlu.

Perkembangan komputer dan teknologi maklumat menjanjikan potensi besar, terutamanya dalam bidang pendidikan. Perkembangan ini dapat mengubah cara seseorang belajar, cara seseorang memperoleh maklumat, cara menyesuaikan setiap maklumat, dan sebagainya. Menurut Aszoura (2007), kaedah pembelajaran berbantukan komputer dapat memenuhi keperluan dan kebolehan pembelajaran individu. Pelajar boleh mengawal kadar dan urutan proses pembelajaran masing-masing dan jesteru itu dapat menyelamatkan masa pembelajaran berbanding dengan pengajaran secara biasa di dalam bilik kuliah. Kemudahan yang diberikan oleh komputer dan teknologi maklumat akan menjadi sebahagian daripada proses P&P di institusi pendidikan, sebagaimana ianya akan menjadi sebahagian daripada kaedah pengalaman pembelajaran yang baru dan inovatif di luar institusi pendidikan. Keupayaan komputer dan teknologi maklumat melaksanakan kerja-

[9]

kerja pembelajaran dengan baik merupakan tarikan utama pelajar terhadap penggunaannya. Kebolehan perisian dalam membantu pelajar untuk melaksanakan tugasan atau laporan dengan cepat dan senang dapat mendorong pelajar melaksanakan tugasan atau laporan mereka dengan lebih baik. Malangnya, terdapat juga pelajar yang memilih tidak menggunakan atau kurang menggunakan komputer dan teknologi maklumat dalam pembelajaran mereka. Menurut Selwyn (2003), dalam kajiannya menunjukkan salah satu sebab halangan perlaksanaan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyebabkan pelajar menolak diri daripada teknologi komputer ialah pelajar tersebut kurang berkemahiran dan pengetahuan menggunakan sesuatu teknologi. Menurut Normala, Zaliha & Mohamad (2005), dalam kajiannya menyatakan bahawa pelajar-pelajar yang tamat pengajian mereka tanpa mendapat pendedahan yang sewajarnya terhadap komputer boleh dianggap sebagai masih belum mengalami proses pendidikan yang sempurna. Buta komputer perlu dibasmi dengan segera sebagaimana

usaha kerajaan membasmi buta huruf suatu ketika dahulu.

Menurut Baharom (2011), dalam kajiannya dapat dirumuskan di sini bahawa strategi pengajaran merupakan antara faktor dalam menentukan kecemerlangan pelajar, kerana peranan guru amat penting dalam menentukan keberkesanan penggunaan komputer. Oleh itu, pihak institusi berperanan penting dalam menyediakan kemudahan komputer dan teknologi maklumat di institusi untuk kegunaan semua pelajar. Penggunaan komputer dan teknologi maklumat di insitusi pengajian tinggi boleh dianggap lebik baik berbanding di sekolah ataupun di rumah kerana adanya faktor persekitaran yang membantu menarik minat pelajar seperti pengaruh rakan sebaya, pengaruh media dan sebagainya. Pelajar dapat melihat bahawa kemahiran menggunakan komputer dan teknologi maklumat adalah satu budaya hidup yang baru. Antara kesan yang positif dari kaedah pembelajaran ini ialah penjimatan masa, lokasi dan kos, capaian maklumat yang tidak terhad serta mempunyai potensi tinggi untuk meningkatkan bilangan pelajar

[10]

menggunakan komputer dan teknologi maklumat. Untuk membudayakan penggunaan komputer dan teknologi maklumat, adalah mustahak bagi mereka untuk diberi galakan dan pengukuhan pengetahuan dan pendedahan kepada komputer dan teknologi maklumat. Penggunaan komputer dan teknologi maklumat sebagai keperluan P&P telahpun berkembang meluas, terutamanya di negara-negara maju. Ini merupakan fakta yang menunjukkan bahawa kekerapan penggunaan komputer dan teknologi maklumat dapat menggalakkan tenaga pengajar dan pelajar menyelenggara dan mengasah kemahiran mereka dengan lebih mendalam agar proses P&P menjadi lebih efektif.

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN

3.1 REKABENTUK KAJIAN

Kaedah kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan soal selidik. Rekabentuk kajian deskriptif adalah satu kaedah kuantitatif dan sesuai digunakan untuk

mendapatkan maklumbalas penerimaan pelajar dalam menggunakan komputer

dan teknologi maklumat. Menurut Ary et

al. (dalam Sidek, 2005), kajian deskriptif bertujuan untuk menentukan keadaan

sebenar yang berlaku semasa sesuatu kajian itu dilaksanakan. Soal selidik dibina dan diedarkan kepada responden untuk mengumpul maklumat mengenai keberkesanan penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam pembelajaran

di kalangan pelajar Kolej Komuniti

Temerloh.

3.2 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran untuk kajian ini adalah terdiri daripada 76 orang pelajar sepenuh masa dan modular dari Program Teknologi Maklumat, Penyenggaraan Bangunan dan Fesyen dan Pakaian di Kolej Komuniti Temerloh.

3.3 INSTRUMEN

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik yang diedarkan kepada responden. Untuk memenuhi objektif kajian ini, satu set

[11]

borang soal selidik telah disediakan. Borang soal selidik ini terdiri daripada 3 bahagian, iaitu :

Bahagian A : Latar Belakang Sampel Kajian Bahagian B : Penerimaan Pelajar Terhadap Penggunaan Komputer Dalam Membuat Tugasan/Laporan Bahagian C : Penerimaan Pelajar Terhadap Pencarian Maklumat Untuk Melengkapkan Tugasan/Laporan Dengan Menggunakan Teknologi Maklumat

3.4

PROSEDUR

Sampel kajian dikenalpasti dan Borang

Soal Selidik diedarkan untuk dijawab oleh

76 orang pelajar sepenuh masa dan

modular Kolej Komuniti Temerloh

mengikut program yang ditawarkan iaitu

26 orang pelajar program Teknologi

Maklumat, 25 orang pelajar program Penyenggaraan Bangunan, dan 25 orang pelajar Fesyen dan Pakaian.

BAB 4 : ANALISIS DATA

4.1

PENGENALAN

Bab ini membincangkan mengenai hasil

analisis data yang diperolehi daripada

soal selidik. Secara keseluruhan pengkaji

telah memilih 76 orang pelajar dalam

menjayakan kajian ini. Analisis data

dibuat dengan menggunakan perisian MS

Excel. Analisis data dihuraikan mengikut

persoalan kajian. Tumpuan bab ini adalah

[12]

4.2 LATAR BELAKANG RESPONDEN

Seramai 76 orang responden yang terlibat

dalam kajian ini, mereka terdiri daripada

pelajar Kolej Komuniti Temerloh bagi

Program Teknologi Maklumat, Program

Penyenggaraan Bangunan dan Program

Fesyen dan Pakaian. Jadual 4.1

menunjukkan latar belakang responden

yang menjawab soal selidik. Manakala

jadual 4.2 pula menunjukkan kemahiran

responden menggunakan beberapa jenis

menjurus kepada:

 

perisian.

 

i.

Latar belakang responden

 

ii.

Dapatan kajian

 

Jadual 4.1: Latar Belakang Responden

 
 

Jantina

Bangsa

Umur

                 

27

Program

Lain-

18-20

21-23

24-26

tahun

L

P

Melayu

India

Cina

lain

tahun

tahun

tahun

dan ke

atas

Teknologi

15

           

5

   

Maklumat

11

16

9

1

0

20

0

1

Penyenggaraa

25

                 

n Bangunan

0

23

1

0

1

13

3

1

8

Fesyen dan

                   

Pakaian

0

25

25

0

0

0

21

1

2

1

Jadual 4.1 menunjukkan bahawa seramai 40 orang (52.6%) adalah responden lelaki, manakala seramai 36 orang (47.4%) adalah responden perempuan. Responden berketurunan Melayu merupakan jumlah responden yang paling ramai iaitu 64 orang (84.2%), diikuti responden berketurunan India seramai 10 orang (13.2%), keturunan Cina seorang (1.3%) dan keturunan lain seramai seorang (1.3%). Dari aspek umur

[13]

responden, dapatan menunjukkan bahawa responden berumur antara 18 hingga 20 tahun merupakan jumlah responden yang paling ramai iaitu 54 orang (71.1%), responden berumur antara 21 hingga 23 tahun seramai sembilan orang (11.8%), responden berumur antara 24 hingga 26 tahun

seramai tiga orang (3.9%), dan responden berumur 27 tahun dan ke atas seramai 10

(13.2%).

orang

berumur 27 tahun dan ke atas seramai 10 (13.2%). orang Rajah 4.1 : Graf menunjukkan taburan

Rajah 4.1 : Graf menunjukkan taburan responden mengikut program

[14]

[14] Rajah 4.2 : Graf menunjukkan taburan responden mengikut bangsa Rajah 4.3 : Graf menunjukkan taburan

Rajah 4.2 : Graf menunjukkan taburan responden mengikut bangsa

4.2 : Graf menunjukkan taburan responden mengikut bangsa Rajah 4.3 : Graf menunjukkan taburan responden mengikut

Rajah 4.3 : Graf menunjukkan taburan responden mengikut umur

[15]

Jadual 4.2 : Jadual Kemahiran Responden Menggunakan Beberapa Jenis Perisian

 

Bilangan Responden (orang)

Bilangan perisian yang mahir digunakan oleh responden

Program

Program

Program

Teknologi

Penyenggaraan

Fesyen dan

 

Maklumat

Bangunan

Pakaian

1-2

10

19

20

3-4

9

6

5

5-6

7

0

0

Kemahiran responden menggunakan beberapa jenis perisian dilihat berdasarkan kemahiran responden menggunakan perisian seperti Ms Office (Word, Excel dan Powerpoint), pangkalan data, Adobe, internet, emel dan Autocad. Dapatannya adalah seperti yang disenaraikan dalam Jadual 4.2. Hasil dapatan menunjukkan bahawa responden dari Program Teknologi Maklumat yang mahir menggunakan satu hingga dua jenis perisian seramai 10 orang (38.5%), tiga hingga empat jenis perisian seramai sembilan orang (34.6%) dan lima hingga enam perisian seramai tujuh orang

(26.9%). Responden dari Program Penyenggaraan Bangunan pula yang mahir menggunakan satu hingga dua jenis perisian seramai 19 orang (76%), tiga hingga empat jenis perisian seramai enam orang (24%) dan tiada responden yang mahir menggunakan lima hingga enam perisian. Manakala, responden dari Program Fesyen dan Pakaian pula yang mahir menggunakan satu hingga dua jenis perisian seramai 20 orang (80%), tiga hingga empat jenis perisian seramai lima orang (20%) dan tiada responden yang mahir menggunakan lima hingga enam perisian.

[16]

[16] Rajah 4.4 : Graf menunjukkan kemahiran responden menggunakan beberapa jenis perisian 4.3 DAPATAN KAJIAN Dalam

Rajah 4.4 : Graf menunjukkan kemahiran responden menggunakan beberapa jenis perisian

4.3 DAPATAN KAJIAN

Dalam bahagian ini, hasil dapatan dianalisis mengikut persoalan kajian. Terdapat 10 item pada Bahagian B soal selidik yang akan menjawab persoalan kajian yang pertama. Hasil dapatan analisis Bahagian B dapat dilihat seperti dalam Jadual 4.3. Bagi item pertama seramai 74 orang responden bersetuju mengatakan penggunaan komputer memudahkan mereka menyiapkan laporan ataupun tugasan. Sementara itu, seramai 71 orang responden bersetuju bagi item kedua

iaitu mereka boleh menghasilkan tugasan atau laporan mengikut format yang baik dengan bantuan komputer dan juga item keempat iaitu kerja penyuntingan dan pengemaskinian tugasan atau laporan menjadi lebih mudah dengan penggunaan komputer. Bagi item yang ketiga pula seramai 72 orang responden bersetuju penggunaan komputer boleh mempercepatkan dan meningkatkan keberkesanan hasil kerja dalam menghasilkan tugasan atau laporan.

Bagi item yang kelima, hanya 47 orang bersetuju mengatakan bahawa mereka merancang, merangka dan membuat draf tugasan atau laporan dengan menggunakan komputer. Manakala 41 orang responden kurang setuju dengan pernyataan “Idea menulis atau mengarang datang mencurah-curah ketika mereka menggunakan komputer”. Namun begitu, seramai 45 orang responden mengatakan mereka mampu menaip terus tugasan atau laporan pada komputer tanpa perlu mengarang pada kertas. Bagi item ke lapan pula, seramai 41 orang responden kurang setuju dengan penyataan “Saya berasa malas untuk menulis tugasan atau laporan sekiranya tidak ada komputer”.

Hanya 46 orang responden mengatakan kurang setuju dengan pernyataan “Saya tidak lagi mengarang menggunakan pen selepas mengenali atau menggunakan komputer”. Bagi item yang terakhir dengan pernyataan “Saya tidak boleh menulis atau membuat tugasan atau laporan tanpa komputer”, 55 orang responden kurang setuju dengan pernyataan tersebut. Jadual 4.3

[17]

menunjukkan jumlah keseluruhan responden berdasarkan pernyataan.

[18]

Jadual 4.3: Penerimaan Pelajar Terhadap Penggunaan Komputer Dalam Melaksanakan Tugasan/Laporan

BIL

PERNYATAAN

 

SETUJU

KURANG SETUJU

TIDAK SETUJU

STM

SBM

SFP

STM

SBM

SFP

STM

SBM

SFP

1

Penggunaan komputer memudahkan saya membuat tugasan/laporan.

26

25

23

0

0

1

0

0

1

2

Saya boleh menghasilkan tugasan/laporan mengikut format yang baik dengan bantuan komputer.

25

23

23

1

2

1

0

0

1

 

Penggunaan komputer mempercepatkan dan

                 

3

meningkatkan keberkesanan hasil kerja saya dalam menghasilkan tugasan/laporan.

25

24

23

1

1

2

0

0

0

 

Kerja penyuntingan dan pengemaskinian

                 

4

tugasan/laporan menjadi lebih mudah dengan penggunaan komputer.

25

24

22

1

1

3

0

0

0

5

Saya merancang, merangka, dan membuat draf tugasan/laporan dengan menggunakan komputer.

17

22

8

9

3

15

0

0

2

6

Idea menulis dan mengarang datang mencurah-curah ketika saya menggunakan komputer.

12

10

9

14

13

14

0

2

2

7

Saya mampu menaip terus tugasan/laporan pada komputer tanpa perlu mengarang pada kertas.

15

17

13

11

8

10

0

0

2

8

Saya berasa malas untuk menulis tugasan/laporan sekiranya tidak ada komputer.

7

7

10

15

14

12

4

4

3

9

Saya tidak lagi mengarang menggunakan pen selepas mengenali / menggunakan komputer.

6

10

7

19

14

13

1

1

5

10

Saya tidak boleh menulis atau membuat tugasan/laporan tanpa menggunakan komputer.

7

4

3

16

20

19

3

1

3

Item pada Bahagian C pula menjawab persoalan kajian yang kedua. Terdapat 10 item pada Bahagian C soal selidik. Hasil dapatan analisis Bahagian C dapat dilihat seperti dalam Jadual 4.4.

Bagi item yang pertama seramai 73 orang responden bersetuju dengan pernyataan “Kerja mencari bahan tugasan atau laporan amat mudah dan pantas dengan menggunakan komputer”. Manakala seramai 70 orang responden bersetuju dengan pernyataan pengetahuan mereka mengenai cara-cara mencari maklumat melalui internet bertambah baik. Bagi item yang ketiga dan keempat, seramai 66 orang responden bersetuju dengan pernyataan “Saya selalu mencari bahan untuk tugasan atau laporan secara online” dan pernyataan “Saya menggunakan internet untuk mencari artikel, jurnal yang berkaitan dengan tugasan atau laporan”. Bagi item yang kelima iaitu pernyataan “Bahan atau maklumat yang saya perlukan untuk tugasan atau laporan biasanya mudah didapati secara online,

[19]

seramai 49 orang responden bersetuju. Manakala bagi item keenam, seramai 38 orang responden bersetuju dengan pernyataan “Saya masih suka mencari bahan bercetak di perpustakaan”.

Hanya 41 orang responden kurang setuju dengan pernyataan “Saya menghabiskan masa yang banyak mencari bahan tugasan atau laporan secara online, namun hasilnya selalu menghampakan saya”. Bagi pernyataan “Saya tidak lagi melakukan pencarian bahan tugasan atau laporan di perpustakaan secara manual”, seramai 44 orang responden menyatakan kurang setuju. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat 39 orang responden yang kurang setuju dengan pernyataan “Saya tidak tahu menggunakan enjin carian secara berkesan”. Manakala seramai 43 orang responden kurang setuju dengan pernyataan “Saya tidak mahir mencari bahan secara online”. Jadual 4.4 di bawah menunjukkan jumlah keseluruhan responden berdasarkan pernyataan.

[20]

Jadual 4.4 : Penerimaan Pelajar Terhadap Pencarian Maklumat Dalam Melengkapkan Tugasan/Laporan Dengan Menggunakan

Teknologi Maklumat

BIL

PERNYATAAN

 

SETUJU

KURANG SETUJU

TIDAK SETUJU

STM

SBM

SFP

STM

SBM

SFP

STM

SBM

SFP

1

Kerja mencari bahan tugasan/laporan amat mudah dan pantas dengan menggunakan komputer

25

25

23

1

0

1

0

0

1

2

Pengetahuan saya mengenai cara-cara mencari maklumat melalui internet bertambah baik.

24

23

23

2

2

1

0

0

1

3

Saya selalu mencari bahan untuk tugasan/laporan secara online.

21

22

23

5

3

2

0

0

0

4

Saya menggunakan internet untuk mencari artikel, jurnal yang berkaitan dengan tugasan/laporan.

22

22

22

4

3

3

0

0

0

 

Bahan/ maklumat yang sayaperlukan untuk

                 

5

tugasan/laporan biasanya mudah didapati secara online.

19

22

8

7

3

15

0

0

2

6

Saya masih suka mencari bahan bercetak di perpustakaan.

12

17

9

12

8

14

2

0

2

 

Saya menghabiskan masa yang banyak mencari bahan

                 

7

tugasan/laporan secara online, namun hasilnya selalu menghampakan saya.

8

7

13

16

15

10

2

3

2

8

Saya tidak lagi melakukan pencarian bahan tugasan/laporan di perpustakaan secara manual.

7

5

10

15

17

12

4

3

3

9

Saya tidak tahu menggunakan enjin carian secara berkesan.

2

11

7

15

11

13

9

3

5

10

Saya tidak mahir mencari bahan secara online.

2

8

3

12

12

19

12

5

3

BAB

PERBINCANGAN

5

:

KEPUTUSAN

DAN

Kajian ini dilaksanakan untuk meninjau tahap penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam pembelajaran di kalangan pelajar Kolej Komuniti Temerloh. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar mahir dalam menggunakan antara satu hingga dua jenis perisian dalam pembelajaran. Antara perisian yang biasa digunakan oleh pelajar Kolej Komuniti Temerloh ialah perisian seperti “Ms Office (Word, Excel dan Powerpoint)”, “pangkalan data”, “Adobe”, “internet”, “emel” dan “Autocad”.

Secara keseluruhan, penerimaan pelajar terhadap penggunaan komputer dalam melaksanakan tugasan atau laporan adalah sangat baik. Pelajar mengatakan penggunaan komputer memudahkan mereka menyiapkan laporan ataupun tugasan. Pelajar juga mampu menghasilkan tugasan atau laporan mengikut format yang baik dengan bantuan komputer dan mampu melaksanakan kerja penyuntingan dan pengemaskinian tugasan atau laporan dengan mudah. Penggunaan komputer

[21]

mampu mempercepatkan dan meningkatkan keberkesanan hasil kerja pelajar dalam menghasilkan tugasan atau laporan. Pelajar juga mengatakan bahawa mereka mampu merancang, merangka dan membuat draf tugasan atau laporan dengan menggunakan komputer. Pelajar juga mampu menaip terus tugasan atau laporan pada komputer tanpa perlu mengarang pada kertas.

Penerimaan pelajar terhadap pencarian maklumat dalam melengkapkan tugasan atau laporan dengan menggunakan teknologi maklumat juga amat baik. Pelajar mengatakan bahawa kerja mencari bahan tugasan atau laporan amat mudah dan pantas dengan menggunakan komputer. Pengetahuan pelajar mengenai cara-cara mencari maklumat melalui internet juga bertambah baik. Kebanyakan pelajar gemar mencari bahan seperti artikel atau jurnal yang berkaitan untuk tugasan atau laporan dengan menggunakan internet. Pelajar berpendapat bahawa bahan atau maklumat yang diperlukan untuk tugasan atau laporan mudah didapati secara dalam talian. Walaubagaimanapun,

terdapat segelintir pelajar masih suka mencari bahan bercetak di perpustakaan.

Hasil dapatan ini disokong daripada kajian Melvina dan Jamaludin (2010) yang mengatakan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan mutunya dan dipelbagaikan penyampaian dan penerimaannya melalui beberapa teknik seperti berbantukan komputer dan perisian, melalui sistem rangkaian, perisian dan pangkalan data atau melalui sistem internet. Daripada kajian ini dapat dirumuskan bahawa keberkesanan penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam pembelajaran di kalangan pelajar Kolej Komuniti Temerloh amat memuaskan. Penerimaan pelajar terhadap penggunaan komputer dan pencarian maklumat dengan menggunakan teknologi maklumat amat diterima baik oleh pelajar.

PENUTUP

Penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru. Malahan ia

[22]

bukan hanya mampu membantu tugas- tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Transformasi ini telah mengubah anjakan paradikma pengajar dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan negara khususnya dalam meningkatkan minat pelajar, meningkatkan kreativiti dan pengetahuan pelajar melalui penggunaan komputer dan teknologi maklumat. Justeru itu kepesatan penggunaan komputer dan teknologi maklumat ini perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh pendidik dan pelajar demi memartabatkan lagi pendidikan ke arah kecemerlangan pendidikan negara.

BIBLIOGRAFI

ive: Dilayari pada 4 Julai 2011

ve: Dilayari pada 4 Julai 2011

Aszoura Muhamed Salleh (2007). “Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Berbantukan Komputer (Penggunaan Perisian Powerpoint Interaktif) Terhadap Peningkatan Penguasaan Konsep Sains Dalam Tajuk Sel Untuk Sains Tingkatan Satu”. Universiti Terbuka Malaysia.

Baharom (2011). “Teknologi Komunikasi Dan Maklumat Dalam Program Pendidikan Khas Aliran Teknik Dan Vokasional di Malaysia”. Universiti Malaysia Sabah.

Melvina & Jamaludin (2010). “Sikap Guru Bahasa Melayu Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Pengajaran di Sekolah-

[23]

Sekolah Rendah Di Bintulu, Sarawak”. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nasariah Mansor, Nafisah Mahmud & Faizah Ahmad (2002). “Aplikasi Teknologi Maklumat Dalam Penulisan Ilmiah :

Tinjauan Dari Aspek Kemahiran Dan Persepsi Pelajar”. Universiti Utara Malaysia.

Normala, Zaliha & Mohamad (2005). “Tahap Literasi Komputer Pelajar Sekolah Menengah di Kedah”. Kedah : UiTM Kampus Sg. Petani.

Selwyn (2003). “Understanding Students’ (Non)Use Of Information And

Communications Technology In University”. Cardiff University School of

Social

Sciences.