Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) KAMPUS PULAU PINANG,11700,BUKIT COOMBE,PULAU PINANG

REFLEKSI
PENGAJARAN MIKRO : ACARA LARI BERGANTI-GANTI

WAJ 3112: OLAHRAGA

NAMA PELAJAR NO. K/P KUMP.AKADEMIK NAMA PENSYARAH TUTOR PERIBADI

: NURUL AFIFAH BT HJ ZAINAL ABIDIN : 910903 - 06 - 5124 : PISMP S5 T3 PENGAJIAN MELAYU : EN ABDUL JALEEL BIN ABDUL HAKEEM : PN ARBAKYAH BT HASSAN

Apabila mendapat tahu bahawa saya perlu melaksanakan pengajaran mikro berkenaan olahraga,saya menjadi sedikit takut kerana menyedari diri yang kurang berkebolehan dalam bidang sukan.Tambah pula,masa persediaan untuk melaksanakan pengajaran ini amatlah singkat kerana saya dan rakan masing-masing banyak terikat dengan tugas-tugas pengurusan seperti menganjur kejohanan,pertandingan,seminar dan lawatan selain tugasan kerja kursus berasaskan ilmu (KKBI) berjalan

serentak.Mujur kami sudah berpengalaman banyak melaksanakan aktiviti pengajaran mikro,maka penulisan RPH menjadi lebih mudah dan lancar.

Hasil undian,saya dan tiga orang rakan saya mendapat tajuk acara lari bergantiganti.Satu sesi pengajaran yang menarik adalah rantaian aktiviti yang

berkaitan,misalnya jika mengajarkan lompat jauh,daripada sesi pemanasan badan hinggalah penutup sepatutnya mempunyai pertalian dengan kemahiran yang ingin diajarkan (dalam konteks lompat jauh,aktiviti melompat).Apabila mendapat tajuk berkenaan larian dan penghantaran-penerimaan baton,saya memikirkan satu aktiviti memanaskan badan tentang bagaimana murid-murid boleh mengaplikasikan teknik hantar-terima ini tanpa mengetahui mereka akan belajar berkenaan lari berganti-ganti. Kata kunci yang berlegar-legar di kepala saya ialah tagging dan saya teringatkan adegan filem lucu hasil adaptasi novel bergambar Diary of Wimpy Kid yakni dalam satu babak,pelakon utamanya Greg menyentuh keju berkulat yang disumpah membawa malang kepada sesiapa yang menyentuhnya juga sesiapa yang disentuh orang pertama menyentuh keju tersebut.Semasa zaman kanak-kanak dahulu permainan ini dipanggil sep-sep.Maka terciptalah permainan kecil Sentuhan Beracun dengan menggunakan ABM Tangan Beracun.Hal ini saya kira adalah kekuatan pengajaran kumpulan kami kerana menggunakan ABM dan berkaitan dengan teknik hantar-terima namun dalam bentuk permainan kecil yang menyeronokkkan.

Dalam tugasan pengajaran mikro ini, saya mengambil bahagian untuk sesi demonstrasi. Seperti pengajaran mikro sebelumnya, selepas sahaja habis

pengajaran,saya pasti mengimbas dan mendapati saya tertinggal beberapa bahagian dalam penerangan. Setakat ini saya masih gagal untuk mengucapkan semua yang saya rancang dengan tenang. Mungkin kerana mengajar ini belum menjadi kebiasaan bagi saya tambah pula saya bukannya seorang atlet yang berkemahiran dalam teknik lari berganti-ganti ini.

Saya amat cemburu dengan rakan yang boleh memberikan penerangan yang ringkas,padat dan mudah difahami semua orang.Untuk mengatasi keadaan ini mungkin saya boleh bertanyakan mereka apakah rahsia memberikan tunjuk cara atau demonstrasi yang berkesan.Setakat ini teknik yang saya cuba adalah mengingat kata kunci dan jangan baca arahan yang panjang lebar dan rumit selain gunakan murid untuk tujuan demonstrasi.Kelemahan saya juga yang kurang bersedia dan tidak sempat mengingat kata kunci penerangan tersebut dan hanya sempat membaca prosedur penerangan itu awal pagi sebelum pengajaran.Dalam pada itu juga,saya agak mengejar masa sehingga tertinggal beberapa perkara penting misalnya membuat perkaitan demonstrasi dengan suasana sebenar acara lari berganti-ganti.Saya juga tidak menggunakan menceritakan pengalaman pengalaman sedia ada murid,misalnya menyertai meminta acara murid ini. untuk Maka

mereka

kesimpulannya,persediaan yang mantap adalah sangat diperlukan.

Selain itu kerana mengingatkan dunia sukan bukan kepakaran saya,berlaku kesilapan dalam mengajarkan cara menghantar baton hanya kerana saya mengikut kata rakan saya yang menjadi murid ketika itu. Padahal apa yang saya baca sudah pun bertepatan dan penerangan saya betul cuma saya kurang yakin.Secara

keseluruhannya saya berpuas hati dengan persembahan kumpulan saya.Komen pensyarah juga agak memberangsangkan cuma saya merasakan masih banyak kelemahan diri perlu diperbaiki tambah-tambah lagi untuk persediaan praktikum.Sekian.